Anda di halaman 1dari 2

TEORI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Terdapat pelbagai jenis teori dalam pelaksanaan bimbingan dan kaunseling. Antaranya
ialah teori Terapi Pemusatan Klien yang diperkenalkan oleh Carl Rogers, (1951). Teori
Behaviorisme, Teori Terapi Gestalt oleh Fredrick Perls (1951), Teori kaunseling Psiko-
Analisis oleh Sigmind Freud, Teori Terapi Kewujudan oleh Van Kaam dan Frankl
(1953), Teori Terapi Rasional-emosi yang dibentuk oleh Albert Ellis (1962) dan
pelbagai teori lagi. Terdapat tiga fungsi sesuatu teori iaitu; pertama untuk menjelaskan
sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian, kedua
menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu dan ketiga menggunakan
sesuatu teori untuk membuat ramalan.
Arnold Lazarus (1981) menyatakan bahawa kaunselor atau terapis tidak memerlukan
teori. Ada pula yang menyatakan pandangan sesuatu teori itu diberikan taraf
kepentingan yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya (Smith & Glass, 1977).
Pandangan begitu berasaskan dakwaan bahawa semua kaunselor dan ahli terapis
melakukan aktiviti yang sama, mendapat keputusan yang sama, malah ada yang
menggunakan teknik-teknk yang tidak bersangkut paut dengan teori yang didukungnya.
Ini bermakna teori yang didukungnya itu tidak memberi apa-apa faedah. Seorang lagi
pakar kaunseling iaitu Jerome Frank (1971) berpendapat bahawa teori amat penting
kepada seseorang yang mengamalkannya. Baginya teori itu penting sebab ia memberi
erti, keyakinan dan halatuju kepada seseorang kaunselor.
Dalam pendekatan Islam, antara tokoh yang dianggap tersohor sehingga kini ialah
Imam al-Ghazali. Walau bagaimanapun, segala pandangan yang dikemukakan adalah
sekadar menambahkan pengetahuan dan membuat perbandingan antara pandangan yang
dikemukakan oleh barat dan pandangan Islam. Aspek yang lebih penting ialah
kebolehan dan kebijaksanaan seseorang guru bimbingan atau kaunselor dalam memilih,
menyesuaikan dan mengaplikasikan segala teori yang dipelajari berdasarkan kebolehan,
kemampuan dan kemahiran yang ada tanpa membelakangkan latar belakang murid,
sekolah dan persekitarannya.
TEORI YANG DIAMALKAN OLEH KAUNSELOR
YANG DI RUJUK (A) UNTUK MENANGANI CASE STUDY
Pendekatan Humanistik Pendekatan Berpusatkan Klien: Carl R. Rogers.
Teori berpusatkan klien telah diasaskan oleh Carl R.Rogers (1951). Rogers percaya
bahawa setiap individu mempunyai sumber bakat untuk mengurus diri secara berkesan
dalam kehidupan serta berupaya menangani pelbagai masalah yang berlaku. Sumber
bakat individu ini kadangkala dikaburi, dilupai atau dinafikan, tetapi ia selalu wujud
bersama dengan potensi untuk perkembangan dan pertumbuhan. Rogers juga percaya
bahawa jika ada syarat dan peluang yang kondusif, individu itu akan dapat menuju
kearah diri serta mencapai autonomi
Teori ini menekankan bahawa perubahan boleh berlaku di dalam diri manusia kerana
manusia hakikatnya memiliki desakan semulajadi untuk majukan diri dan bergerak ke
arah kesejahteraan serta mempunyai nilai positif dan negatif terhadap
pengalaman. Anggapan penghargaan terhadap dirimempengaruhi tingkahlaku. Konsep
kendiri terbentuk hasil persepsi individu berhubung dengan pengalaman positif atau
negatif. Individu boleh mengasingkan pengalaman positif dan negatif. Ia boleh
menolak, menerima dan memberi erti yang bermakna terhadap pengalaman dalam
pembentukan konsep kendiri.
Jika kehendak desakan tidak tercapai ia akan memendam pengalaman. Ia menganggap
orang lain tidak dapat menerima secara positif desakan tadi dan menghasilkan konsep
kendiri yang negatif. Ini menimbulkan konflik antara kendiri ideal dan kendiri sebenar.
Individu menerima syarat-syarat penilaian yang telah dipelajari agar diterima oleh
orang lain. Syarat-syarat ini lebih menguasai desakan. Konflik berlaku kerana tidak
kongruen antara kendiri dengan pengalaman. Konflik adalah ancaman kepada
pertumbuhan individu dan menimbulkan helah bela diri.
Teori ini menekankan bahawa, apabila konsep kendiri seseorang telah dibentuk, dia
akan mempertahankannya jika terdapat realiti bertentangan dengan konsep kendirinya.
Maka, apabila orang itu dibawah keadaan tidak sepadan, dia akan berasa gelisah, dan
berusaha memutarbelitkan realiti supaya menjadi sepadan dengan konsep kendirinya.
Akibatnya ini akan menghasilkan tingkah laku negatif. Menurut Rogers, kecenderongan
aktualisasi (actualizing tendency) ialah motivasi dalaman yang sering beroperatif dalam
setiap individu kearah merialisasikan potensi secara sepenuhnya dan melepaskan
dirinya daripada kawalan daya luaran. Halangan-halangan aktualisasi tendensi akan
membawa masalah psikologikal, dan tujuan kauseling ialah membantu klien mengatasi
atau memusnahkan halangan-halangan itu
CADANGAN INTERVENSI DALAM MENANGANI
MASALAH DISIPLIN REMAJA (CASE STUDY) OLEH KAUNSELOR A
Model Kaunseling Tingkah Laku
Model ini terdiri daripada empat langkah, iaitu;
i) Penilaiaan Tingkah laku
Data penilaian yang akan digunakan untuk menentukan matlamat kaunseling seperti;
maklumat perubatan klien, rekod sejarah terapi psikologi, lapuran soal selidik kendiri,
pemerhatian secara langsung dan secara tidak langsung oleh kaunselor, dan pemerhatian
daripada simulasi, umpamanya main peranan

Anda mungkin juga menyukai