Anda di halaman 1dari 31

Konsep, matlamat dan keperluan bimbingan dan kaunseling

Definisi bimbingan Terdapat banyak definisi bimbingan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setipa maksud yang dikemukakan adalah berdasarkan falsafah dan aliran yang diikuti oleh ahli-ahli psikologi tersebut. Dalam bahasa Inggeris, bimbingan digelar guidance. Secara amnya, Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997 : 159) mentakrifkan bimbingan sebagai perbuatan membimbing , memberi petunjuk, atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Mathewson (1962) mendefinisikan bimbingan sebagai satu proses profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui cara- cara pendidikan. Crow dan Crow (1960) pula menganggap bimbingan sebagai bantuan yang diberikan oleh seseorang sam ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihan hidupnya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Shertzer dan Stone (1971) pula mendefinisikan bimbingan sebagai satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekeliling.

Dengan beberapa pendapat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa bimbingan adalah satu proses pendidikan yang tersusun dan sistematik untuk memberi pertolongan secara positif kepada seseorang memahami diri, menggunakan potensi dna peluang pendidikan yang ada dengan bijak utuk memajukan diri sendiri serta memperkembangkannya dengan lebih berkesan.

Definisi kaunseling Secara amnya, kaunseling bukanlah bererti nasihat walaupun terdapat unsur nasihat di dalamnya. Kaunseling adalah perkhidmatan utama yang termasuk dalam program bimbingan kerana sering disifatkan sebagai nadi kepada program bimbingan. Dalam bahasa Inggeris, kaunseling digelar counselling. Shetzer dan Stone (1968) mengatakan kaunseling sebagai proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan situasinya. Proses inilah yang akan membentuk dan menjelaskan nilai dan matlamat hidupnya sehingga dia dapat menentukan tindakan wajar utuk masa hadapannya. Krumboltz dan Thoreson (1976) beranggapan bahawa kaunseling adalah proses menolong manusia yang bermasalah. Kaunseling membantu manusia menyelesaikan masalah peribadi, emosi dan membuat sesuatu keputusan. Menurut Patterson dan Eisenberg (1983), kaunseling merupakan proses penemuan interaktif bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang akan menyebabkan berlakunya perubahan kepda klien tersebut.

Daripaada beberapa pendapat di atas, dapatlah dirumuskan di sini bahawa kaunseling merupakan proses pertolongan professional yang bertujuan membimbing klien memahami diri dan alam sekelilingnya serta mewujudkan perubahan tingkah laku yang positif terhadap individu tersebut.

Matlamat bimbingan dan kaunseling

Rogers (1961) berpendapat bahawa kaunseling hendaklah mengutamakan usaha membantu klien supaya lebih bergerak sendiri, kurang kaku, lebih terbuka terhadap kenyataan yang terdapat di persekitarannya, berpadu dan lebih hampar kepada idea yang telah dipilih untuk dirinya sendiri. Bimbingan dan kaunseling bertujuan membolehkan murid-murid melihat masalah mereka sebagai objektif, mendapat celik akal yang menjadi pendorong untuk bertindak dengan bijak serta berupaya memperoleh faedah yang berkesan dalam mencapai kemampuan diri sendiri. Matlamat asas kaunseling adalah untuk : i) ii) iii) iv) v) vi) Memperbaiki hubungan Memudahkan klien rasional Menyediakan perubahan tingkah laku Membentuk kemahiran tindak balas Membimbing klien membuat keputusan Mengendalikan perasaan cemas

Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) menjelaskan antara objektif perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah ialah : 1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara 2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar 3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku 4. Memberi khidmat bersifat pemulihan untuk mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah 5. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya 6. Memberi perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum 7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) sekolah diwujudkan sebagai alternatif untuk individu menemui kesejahteraan dan menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar. Perkhidmatan ini penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran wawasan 2020 serta membantu pelajar mencapai celik akal dan kesejahteraan hidup.

Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ditubuhkan adalah sebagai usaha pencegahan peringkat awal untuk : i) ii) iii) membantu mengatasi gejala sosial di peringkat raja memberi ruang kepada murid untuk mengenali membangunkan diri sendiri.

Cabaran masa kini sudah tentu memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti , sistematik dan berkesan.

Misi Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling adalah untuk : i) ii) menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia iii) membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik iv) mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling v) vi) memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

Keperluan kaunseling Suatu masa dahulu, pakar sakit jiwa telah mengambil langkah yang tepat apabila memberi pertolongan kepada orang yang tidak dapat menyesuaikan dirinya dan oeang ynag tidak dapat merasakan kehidupan yang bermakna. Bimbingan dan kaunseling dapat membuatkan seseorang melihat kekuatan dan kelemahan dirinya
5

in kerana kadangkala seseorang indvidu gagal melihat dirinya sendiri dan memerlukan orang lain untuk melihat dan membantu dirinya. Apabila seseorang dibantu untuk melihat kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya, individu tersebut akan dapat berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan yang lebih sempurna bagi dirinya atau dengan orang lain. Secara amnya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertujuaan untuk membantu sesseorang memahami bentuk-bentuk keperluaan dan kehendak diri dan masyarakatnya. Selain itu juga, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga membantu seseorang memahami tanggungjawab dan tindak balasnya terhadap kehendak sosial itu sendiri sehingga dia dapat memeriksa tentang dirinya sama ada bermasalah atau tidak, sempurna atau dia sudah tahu keupayaan dan potensi diri untuk dimanfaatkan kepada orang lain.

Kemahiran asas kaunseling


Terdapat beberapa kemahiran asas kaunseling. Antaranya ialah mendengar, membina perhubungan, menggalakkan klien bercakap, memberi maklum balas, menyoal, parafrasa, memimpin, berkomunikasi, dan melakukan dorongan minima. I ) Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar ialah satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Kemahiran ini memerlukan kaunselor lebih banyak mendengar dari menyampuk percakapan klien. Kaunselor perlu memberi tumpuan yang sepenuhnya utnuk memahami apa yang diperkatakan klien. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya. II) Kemahiran membina perhubungan Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah terawal dalam sesi kaunseling. Ia bertujuan untuk membina perhubungan yang mesra, percaya mempercayai dan rasa selamat antara klien dengan kaunselor supaya klien sedia berbincang dan meluahkan perasaan. Pada peringkat ini, kaunselor memberikan perangsang seperti memberikan tanggapan pertama yang postif kepada klien
7

supaya klien berasa senitasa tenang. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa kemahiran asas di bawahnya seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan cara duduk dalam kaunseling. III) Kemahiran menggalakkan klien bercakap Kemahiran menggalakkan klien bercakap merupakan kemahiran di mana kaunselor menggalakkan klien bercakap dengan menggunakan soalan-soalan jenis terbuka. Semasa klien bercakap, kaunselor perlu mendengar dengan penuh teliti dan empati. Semasa klien bercakap juga, kaunselor harus mendengar dan memberi perhatian, memberi respons seperti menganggukkan kepala dan lain-lain lagi bagi menggalakkan klien terus berbicara. IV) Kemahiran memberi maklum balas Kemahiran memberi maklum balas dapat mewujudkan hubungan baik antara satu sama lain. Seseorang memberi maklum balas terhadap ke atas kata-kata orang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu. Secara umumnya kemahiran ini mempunyai sub kemahiran iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar. V) Kemahiran menyoal Kemahiran menyoal perlu dikuasai kaunselor supaya soalan yang ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan rela. Menyoal adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan utuk mendapatkan kepastian. Kemahiran
8

menyoal dapat menambahkan kebolehan kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik. VI) Kemahiran parafrasa Kemahiran parafrasa merupakan respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Ia dinyatakan dalam ayat yang pendek tetapi padat dan tepat maksudnya. Ini bertujuan untuk memudahkan penerokaan ke atas klien. Ia penting untuk menunjukkan kaunselor dengar dan faham tentang apa yang dikatakan klien. VII) Kemahiran memimpin Kemahiran memimpin boleh dibahagikan kepada 2 iaitu memimpin secara langsung dan secara tidak langsung. Kemahiran memimpin secara tidak langsung membolehkn klien memulakan dan mengambil tanggungjawab terhadap sesi yang sedang berlangsung. Ia juga bagi menjemput klien untuk menceritakan atau memperincikan ceritanya. Manakala kemahiran memimpin secara langsung pula menggalaknna klien memperincikan, menjelaskan atau menggambarkan apa yang diperkatakan. Ia bertujuan untuk menentukna tujuan utuk memimpin, meluahkan dengan perkataan yang dapat memperincikan secara khusus, menggunakan soalan terbuka dan membolehkan klien bebas mengikut pimpinan kaunselor.

VIII) Kemahiran berkomunikasi Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seserorang kaunselor. Kaunselor perlu elak daripada menggunakan perkataan yang sukar difahami klien, menggunakan ayat yang mudah dan tidak berbelit. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menganggukkan kepala, membesarkan mata bagi menunjukkan minat dan sebagainya. IX) Kemahiran melakukan dorongan minima Kemahiran melakukan dorongan minima diperlukan untuk memberi sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Ia merupakan respons atau ungkapan ringkas atau pergerakan postif yang mebggalakann klien bercakap dan memberikan lebih penjelasan yang spesifik.

10

Teori kaunseling
Teori kaunseling dipengaruhi oleh sistem kepercayaan atau agama, latihan dan pendidikan, pengalaman peribadi, pemerhatian rawak, pemerhatian ke atas klien dan teori- teori lain. Terdapat beberapa teori kaunseling iaitu teori psikoanalitik, tingkahlaku dan pembelajaran sosial, Teori Rational Emotive dan teori reality. I) Teori psikoanalitik

Gladding (1996) menyatakan bahawa seseorang kaunselor yang tidak mengetahui konsep asas psikoanalisis dikatakan sebagai kaunselor yang tidak lengkap pakej ilmu mengenai teori kaunselingnya. Tokoh bagi teori Psikoanalitik ini merupakan Sigmund Freud dan Anna Frued.teori in menyatakan bahawa manusia terdiri daripada 3 personaliti iaitu id, ego dan superego. Teori ini juga menyatakan bahawa manusia mempunyai banyak helah bela diri dan perlakuan dipengaruhi minda bawah sedar. Freud berpandangan bahawa masalah berpunca daripada pengalaman lampau. Maslah juga mungkin timbul dari sifat tidak rasional manusia sendiri dan maslah juga mungkin timbul sekiranya individu terencat di mana-mana tahap psikoseksual. Matlamat teori ini ialah memahami alam tidak sedar klien, mengenalpasti konflik masa silam, mengorganisasi semula personaliti dan menguatkan ego klien agar lebih berkeyakinan.

11

Teori Pemusatan Perseorangan dipelopori oleh Carl Rogers. Pandangan Carl Rogers terhadap manusia adalah manusia pada asasnya adalah unik, baik dan positif dan boleh dipercayai. Beliau juga menganggap bahawa manusia sentiasa menuju kea rah penyempurnaan kendiri. Carl Rogers berpendapat bahawa persekitaran boleh mempengaruhi perlakuan negatif manusia dan diri sebenar tidak serupa dengan diri yang diidamkan. Mengikut teori ini, kaunselor bertindak sebagai pemudahcara, memberi fokus kepada keunikan klien. Kaunselor juga merapatkan jurang diri sebenar dan idaman klien di samping mempamerkan cri mesra, empati, menerima dan jujur. Matlamat teori ini ialah penerokaan kendiri dan sikap terbuka kepada diri atau orang lain. Teori ini juga bermatlamat agar klien menemui diri sendiri di damping mempuyai lokus kawalan dalaman yang stabil dan mempunyai konsep kendiri yang positif.

Ii ) Teori tingkah laku dan pembelajaran sosial Teori yang seterusnya ialah teori tingkahlaku dan pembelajaran sosial. Teori ini dipelopori oleh J.B Watson, B.F Skinner, Albert Bandura dan Aaron Beck. Teori ini berpandangan bahwa semua perlakuan manusia sama ada baik atau buruk adalah dipelajari atau ditiru. Tingkahlaku boleh digalak atau dihalang daripada berulang. Maunisa bermasalah kerana mengaitkan sesuatu peristiwa dengan sesuatu perasaan.

12

Teori ini juga berpandangan bahawa masalah tingkahlaku adalah berantaian. Teori ini bermatlamat bahawa modifikasi tingkahlaku melalui perubahan persekitaran. Dalam teori ini, kaunselor bertindak sebagai guru, pengarah dan pakar di samping aktif menganalisis rantaian antara tingkahlaku bermasalah dengan kesannya. Kaunselor juga berperanan menjelaskan matlamat dan merancang modifikasi. Iii) Teori Rational Emotive Teori Rational Emotive ( Pemikiran Perasaan) dipelopori oleh Albert Ellis. Teori ini menyatakan bahwa gangguan yang wujud dalam diri adalah disebabkan pengaruh pemikiran negative atau tidak rasional. Beliau juga berpendapat bahwa perlakuan dipengaruhi oleh perasaan dan sebaliknya. Peranan kaunselor ialah mengarah, aktif dan membuat pembetulan pemikiran tidak rasional. Teori ini bermatlamat untuk menghentikan pemikiran atau kata- kata tidak rasional serta menghapuskan penggunaan perkataan MESTI dan HARUS. Iv) Teori Realiti Teori Realiti pula dipelopori oleh Willian Glasser. Beliau berpandangan bahawa pendidikan adalah proses sepanjang hidup. Manusia perlu untuk menyayangi dan disayangi. Beliau juga berpendapat bahawa masalh timbul kerana manusia tidak bertanggungjawab. Kaunselor berperanan sebagai guru, aktif, mengarah dan menjadi model kepada klien. Kaunselor juga memberi fokus dalam membina hubungan dengan klien.

13

Matlamat teori ini adalah untuk menjadikan klien kuat dan utuh secara psikologikal dan rasional di samping mendidik klien dalam mengambil tanggungjwab terhadap diri atau sesuatu. Teori ini juga bermatlamat membantu membina matlamat hidup yang realistik dan membantu klien menghindari alasan.

14

Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing


Guru biasa juga berperanan sebagai guru pembimbing. Antara peranannya ialah : 1. Membantu murid membuat penyesuaian dari segi sosial , emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. 2. Membantu murid dalam pelajaran mereka dengan memperkenalkan sistem pendidikan, matlamat pelajaran yang ingin dicapai, cara belajar yang sesuai, situasi persekitaran yang kondusif, peraturan sekolah dan kepentingan mata-mata pelajaran. 3. Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan , minat dan perkembangan masing-masing di samping memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran. 4. Membantu murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran. 5. membuat keputusan yang rasional 6. membantu murid memupuk tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan membina sifat-sifat yang sempurna. 7. Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar. 8. Mengisi KOD 001(rekod persekolahan) dan Kod 002 (rekod peribadi) murid 9. Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan program. 10. Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang memerlukan pertolongan profesional.
15

Peranan guru bimbingan dan kaunseling


Tugas dan tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling meliputi 10 j3nis perkhidmatan iaitu : 1. Inventori individu dan rekod a. Mengendalikan semua fail bimbingan untuk setiap murid b. Mengumpul dan merekodkan butiran berkaitan dengan penilaian dan penafsiran minat murid c. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod murid d. Mengawasi perangkaan dan corak kehadiran murid yang dirujuk untuk tujuan kaunseling e. Memberi maklumat objektif tentang pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran murid yang bermasalah untuk tujuan pemulihan f. Menjalankan kaji selidik jika perlu atau berguna bagi membantu perkembangan murid 2. Perkhidmatan memberi maklumat a. Mengumpul, menyedia dan menyebarkan maklumat kerjaya dan peluang-peluang belajar melalui risalah, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan bulletin sekolah b. Menambah dan mengemas fail fail maklumat kerjaya, akademik, sosial dan peribadi c. Meberi maklumat atau penerangan tentang cara mendapatkan borang dan cara mengisi borang memohon melanjutkan pelajaran dan pekerjaan

16

d. Menyebarkan maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah dan bahaya merokok e. Memberi maklumat tentang kerjaya dan penolongan yang diperlukan oleh guru- guru dan anggota masyarakat dari semasa ke semasa 3. Perkhidmatan bimbingan kelompok a. Merancang dan menjadi penyelaras aktiviti-aktiviti bimbigan berkelompok dan penunjuk ajar serta fasilitator bagi aktiviti yang bersifat penyuburan b. Menjalan bimbingan atau kaunseling kepda kumpulan tertentu tentang sesuatu topik yang sesuai dan bersifat penyesuaian atau penambahbaikan c. Membantu murid meningkatkan prestasi akademik bagi mata pelajaran peperiksaan 4. Perkhidmatan kaunseling a. Kaunseling dengan murid secara individu atau kelompok dengan pencapaian akademik yang tidak memuaskan, kes-kes rujukan oleh guru, ibu bapa atau orang lain, masalah peribadi yang tidak mengancam keselamatan dan masalh berkaitan disiplin b. Kaunseling keluarga boleh diadakan jika guru bimbingan dan kaunseling yakin dapat mengendalikannya atau merasakan perlu diadakan c. Kaunseling tunjuk ajar iaitu guru bimbingan mengadakan kelas untuk mengajar perkara berkaitan dengan pembentukan kendiri

17

yang positif dan cara-cara mengelak dari terjerumus ke kancah kancah gejala negatif 5. Perkhidmatan penempatan a. Membantu murid menempatkaan atau memilih aktiviti kokurikulum yang sesuai berdasarkan minat, kebolehan dan kemampuan murid b. Membantu menempatkan murid lepasan sekolah rendah ke sekolah menengah atau memilih sekolah yang bersesuaian dengan pencapaiana kokurikulum dan kurikulum 6. Perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan tabiat merokok a. Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk memupuk sikap dan nilai membenci daddah dan akibat penyalahgunaan dadah b. Memberi bantuan atau pertolongan kepada murid yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau menjadi perokok untuk mendapatkan rawatan atau pemulihan c. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah tentang program atau aktiviti berkaitan yang telah dijalankan 7. Perkhidmatan rundingan dan rujukan a. Membantu bekas murid sekolah dalam soal peribadi, akademik, kerjaya dan sebagainya apabila diminta b. Membantu pihak pentadbir dan kakitangang sekolah memahami program bimbingan di sekolah dengan lebih mendalam

18

c. Membantu ibu bapa atau penjaga yang berkaitan dengan kebajikan murid d. Mengadakan rundingan dari semasa ke semasa dengan kakitangan sekolah tentang cara meningkatkan prestasi bimbingan di sekolah e. Merancang cara yang paling berkesab untuk mengawasi kemajuan muird-murid bersama guru-guru lain f. Mengadakan prosedur tertentu dalam merujuk kes-kes yang rumit kepada agensi atau pakar sepeerti doctor, pakar psikatri dan sebagainya 8. Perkhidmatan penyelarasan sumber a. Menjadi penyelaras aktiviti atau program berhubung dengan kebajikan murid-murid antara sekolah dnegan agensi-agensi lain atau yang melibatkan orang kenaaman setempat b. Menjadi semuber rujukan bagi aktviti aktivit kokurikulum c. Menjadi perancang dan penyelaras dalam ushaa memperkenalkan aktiviti atau program bimbingan kepada agensi-agensi dan masyarakat setempat 9. Perkhidmatan konferans dengan ibu bapa a. Menjalinkan hubungan baik dan bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga murid serta masyarakat setempat bagi tujuan mengawasi murid dari aspek akademik dan sahsiah b. Menghubungi keluarga atau penjaga apabila kemajuan murid tidak memuaskan c. Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid dan ibu bapa atau penjaga

19

d. Menadakan kaunseling keluarga jika terdapat masalah yang dihadapi oleh murid berpunca daripada keluarganya 10. Perkhidmatan penilaian a. Membuat penilaian tentang program bimbingan di sekolah dnegan tujuan untuk membaikinya atau mempertingkatkan keberkesanannya dari aspek pencapain objrktif yang dirancang b. Membuat penialain terhadap modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan dalam program sekolah c. Mewujudkan program kaunselor Tunas Pembimbing dan merancang program yang sesuai dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid di sekolah tersebut.

Antara peranan guru bimbingan dan kaunseling yang disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah : 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di sekolah 2. mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar 3. merancang, menyelia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar 4. mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. 5. mengelola dan melaksana aktiviti Bimbingan kelompok dan tunjuk ajar yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum

20

6. merancang, melaksana menyelia perkhidmatan bimbingan secara professional dan beretika 7. merancang, melaksana, menyelia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar 8. merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM 9. merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, rokok dan alcohol. 10. merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi 11. merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah 12. merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. 13. membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah 14. merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 15. menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

21

16. menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah 17. memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya, 18. menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan serta menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. 19. menjadi ahli jawatankusa dalam Majlis Perancang Sekolah 20. menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah 21. menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya, menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan ( Kemasukan ) pelajar ke sekolah 22. menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri 23. melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

22

Walaubagaimanapun, terdapat tugas lain yang perlu dilakukan oleh guru bimbingan dan kaunseling berdasarkan aspek-aspek berikut : 1. Perancangan Guru bimbingan perlu merancang program atau aktiviti bimbingan dan kaunseling untuk sekolahnya degan teliti. Setiap apa yang dirancang perlulah bersistematik dan mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti menyediakan kertas kerja yang lengkap. Perancangan yang dilakukan mestilah mengambilkira tempat, kemudahan asas dan keperluan program terhadap semua pihak yang dicadangkan terlibat.

2. Pengelolaan Guru bimbingan perlu menyediakan prosedur atau langkah pengelolaaan program yang lengkap dan teratur. Penyediaan kertas kerja yang lengkap boleh dijadikan panduan yang jelas untuk melaksanakan segala yang telah dirancang. Pengelolaan adalah sebagai panduan yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang agar dapat dijalankan dengan lancar.

3. Hala arah Guru bimbingan mengetuai setiap program atau aktiviti yang dijalankan terutamanya dari segi membuat keputusan, menyediakan garis panduan serta meningkatkan motivasi dan kaunseling. Guru bimbingan berperanan sebagai tenaga utama bagi menggerakkan program yang dirancang. Beliau yang akan

23

menyusun jawatankuasa pelaksan dan mengagihkan tugasan kepada orang yang terlibat. 4. Pengawalan Guru bimbingan menilai keberkesanan program , mengenal pasti kelemahan atau masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasinya. Apabila sesuatu program selesai dilaksanakan, program tersebut perlu dinilai keberkesanannya dan mengenalpasti masalah yang dihadapinya. Guru bimbingan perlu mengambil tindakan yang diraskan perlu dan sesuai agar masalh dapat diatasi pada masa hadapan. Ia seperti post motem kepada program yang dilaksanakan. Laporan perlu disediakan agar menjadi panduan lengkap ketika membuat penilaian terhadap program yang dilaksanakan.

24

Pandangan salah terhadap guru bimbingan dan kaunseling

Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah gelaran yang diberikan kepada guru yang memberikan perkhidmatan secara sepenuh masa dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Sepenuh masa bermakna memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan waktu bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru mata pelajaran biasa. Ini bermakna seluruh waktu bekerja guru ini perlu dipenuhi dengan memberi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk murid sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Secara wajarnya, guru Bimbingan dan kaunseling perlu diberi tanggungjawab menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk murid. Bagi memenuhi matlalamat Falsafah Pendidikan Negara, emosi seharusnya menjadi tanggungjawab guru Bimbingan dan Kaunseling. Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjalankan tugas mengikut jadual waktu persekolahan normal iaitu sama ada sesi pagi atau petang. Ini kerana terdapat kekliruan maksud arahan Bahagian Sekolah KP (BS) 8591 / Jld VII(56) semasa gelaran yang diberikan kepada perkhidmatan ini ialah pegawai Kaunselor Sepenuh Masa atau Kaunseolr Relajar Sepenuh Masa di mana perkataan pegawai menjadikan kefahaman guru bimbingan dan kaunseling adalah guru biasa tanpa keistimewaan pegawai seperti cuti dan elaun yang berkaitan sedangkan mereka berhak mendapat cuti sebagimana guru lain pada cuti persekolahan kecuali jika ada program murid.
25

Guru bimbingan seharusnya tidak diberikan waktu mengajar bagi mewujudkan sistem perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mantap, berterusan dan tersedia setiap masa untuk murid agar dapat memberi sumbangan kea rah kemajuan serta kemajuan sekolah. Namun, masih ramai guru bimbingan dan kaunselor mengajar walaupun teguran dari pihak Menteri telah dikeluarkan. Sehingga kini, masih terdapat banyak sekolah keliru dengan situasi ini dan mengambilkira bilangan guru bimbingan dan kaunseling dalam pengagihan jadual waktu menyebabkan perkhidmatan kaunseling terganggu dan murid tidak mendapat perkhidmatan yang disediakan kerana guru bimbingan dan Kaunseling melaksanakan tugas sampingan sedangkan tugas sebenar mereka untuk memberi perkhidmatan kepasa murid terabai.

26

Perkhidmatan intervensi kaunseling


Kaunseling merupakan proses perhubungan menolong secara professional berdasarka prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri. Secara umumnya, terdapat beberapa jenis intervensi kaunseling yang digunakan. Antaranya ialah kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling perkahwinan, kaunseling keluarga, tele kaunseling atau e-kaunseling dan intervensi krisis. i) Kaunseling individu

Kaunseling individu merupakan merupakan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien. ii) Kaunseling kelompok

Kaunseling kelompok pula merupakan proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan beberapa orang klien. iii) Kaunseling perkahwinan

Kaunseling perkahwinan adalah satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri.

27

iv)

Kaunseling keluarga

Kaunseling keluarga merupakan proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang atau lebih kaunselor dengan klien bersama ahli keluarga klien. v) Tele kaunseling atau e-kaunseling

Tele kaunseling atau nama lainnya e-kaunseling adalah satu bentuk perhubungan secara tidak bersemuka antara seorang kaunselor secara tidak bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien. vi) Intervens krisis

Intervensi krisis merupakan pendekatan yang memberi focus kepada situasi kritikal dengan meberi perhatian serta merta kepada peristiwa tersebut sperti keganasan rumah tangga, penceraia, pergaduhan , bencana alam dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, hanya kaunseling individu dan kelompok yang sering digunakan dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah.

28

Strategi menyelesaikan masalah menggunakan kaunseling


Dalam perlaksanaan kaunseling, keperluan teori adalah penting. Ini kerana teori- teori ini diperlukan untuk memudahkan guru pembimbing memilih pendekatan yang sesuai untuk membantu dan membimbing klien dalam menyelesaikan masalah. Selain dapat memudahkan guru pembimbing memilih pendekatan yang sesuai, teori juga dapat melahirkan guru pembimbing yang berilmu dan professional dalam menangani masalah dalam sesuatu sesi kaunseling. i) Peneguhan positif

Dalam menangani masalah murid yang enggan memberi kerjasama dan pasif, guru pembimbing boleh menggunakan teori pelaziman operan di mana guru pembimbingmemberikan peneguhan positif kepada murid jika murid dapat mengeluarkan sesuatu pendapat. Ini bertujuan untuk merangsang klien supaya dapat memberikan kerjasama untuk meneruskan sesi yang berikutnya. Peneguhan positif di sini adalah seperti pujian sekiranya pendapat itu selari dengan apa yang dikehendaki. ii) Role Play ( main peranan )

Selain menggunakan kaedah peneguhan positif, guru pembimbing boleh juga menggunakan kaedah Role Play. Kaedah ini merupakan satu kaedah lakonan dan latihan yang dibimbing oleh guru pembimbing dan lakonan ini mempunyai tujuan yang tersendiri. Role Play merupakan teknik terbaik dalam meluaskan kesedaran

29

murid dan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaedah untuk melakukan tingkah laku lain. Kaedah ini amat sesuai untuk menyelesaikan masalah bagi murid yang pasif dan sukar untuk meluahkan perasaan. Guru memainkan peranan sebagai orang lain sementara murid akan meluahkan perasaan dan menyatakan sesuatu. Guru dan murid akan berlakon seolah-olah berada dalam situasi yang sebenar. Walaubagaimanapun, kesungguhan guru dan kesediaan murid amat penting dalam menjayakan kaedah ini. iii) Latihan asertif

Teknik ini dapat memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki. Teknik ini dapat mengajar murid yang tidak bermotivasi supaya dapat bertindak secara produktif. Teknik ini menambahkan keyakinan diri murid ketika berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai orang asing dan ancaman bagi dirinya. Teknik ini bukan untuk mengajar murid menjadi seorang yang agresif utnuk mengatasi masalahnya tetapi untuk memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku yang menjadi pilihan dengan bertindak tanpa mencederakan fizikal dan emosi orang lain. Ia juga mengajar murid yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi supaya mencara alternatif lain iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif.

30

iv)

Token ekonomi

Token ekonomi merupakan prosedur teratur di mana token akan diberi sebagan peneguhan sekiranya murid mengamalkan tingkah laku yang baik dan bersesuaian. Token boleh diberi dalam pelbagai bentuk contohnya bentuk bulat, segiempat, bintang, bulan, kartun dan lain-lain lagi. Murid boleh menebus token ini dengan hadiah atau kemudahan yang tertentu yang telah ditetapkan oleh guru. Kaedah ini ternyata sesuai dengan murid yang mempunyai tingkah laku yang pasif dan prejudis. Kaedah ini boleh menukarkan tingkah laku tersebut kepada tingkah laku baik yang dikehendaki dan sesuai untuk diterima oleh orang sekeliling. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit masalah untuk memastikan tingkah laku ini berterusan. Ini kerana murid berubah kerana terdapatnya ganjaran ekstrinsik bukan keran ganjaran instrinsik. Sekiranya murid tidak lagi mendapat ganjaran, murid mungkin mengulangi tingkah laku negative itu kembali. Namun, dengan perancangan rapi yang dibuat guru pembimbing dan meminta bantuan dari orang sekeliling murid seperti ibu bapa murid, adik beradik dan kawan rapat murid, tingkah laku positif ini dapat berterusan dan berkekalan.

31

Anda mungkin juga menyukai