Anda di halaman 1dari 10

Kecelaruan mental memberi maksud tingkah laku abnormal-kecelaruan jiwa, penyakit mental,

kecelaruan psikologi (Azizi Yahaya, et. al, 2006), gangguan mental (Dewan Bahasa Pustaka,

2017; Syed Hassan Al-Mashoor & Raihanah Haji Abdullah, 1993), perangai yang berubahubah,
berselerak, kelam kabut, kekacauan.

Kecelaruan mental juga disebut sebagai penyakit mental, tidak teratur minda dan

emosinya, ketidakupayaan mengawal gangguan pemikiran, perasaan, tingkah laku, interaksi

peribadi sehingga menyebabkan tekanan (merriam-webster dictionary, 2017). Kecelaruan ini

merupakan sindrom atau psikologi yang biasanya dikaitkan dengan simptom kecemasan,

kerosakan atau gangguan fungsi otak dan pemikiran (Dewan Bahasa Pustaka, 2017).

Secara klinikal kecelaruan mental merupakan gangguan mental yang mempunyai

hubungan signifikan dengan tingkah laku atau psikologi individu yang mana individu tersebut

tidak berupaya mengawal mentalnya yang boleh menyebabkan pelbagai risiko seperti sakit,

cacat dan maut (Maisel, 2013). Gangguan mental terdiri daripada pelbagai masalah dengan

gejala yang berbeza. Umumnya dicirikan oleh gabungan beberapa pemikiran, emosi, tingkah

laku dan hubungan yang tidak normal dengan orang lain (World Health Organization, 2016).

Individu itu dalam keadaan yang gila, mental yang sakit, gangguan psikiatri yang digambarkan

melalui tingkah laku dan psikologi yang dikaitkan dengan menyakitkan atau kesedihan

(Britannica, 2017).

Kecelaruan mental ini merupakan satu jenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit

mental yang mana mentalnya tersekat / terbantut / terhenti perkembangan fikiran, gila

(psychopathic disorder), atau sebarang gangguan / ketidakupayaan untuk berfikir disebabkan

kekurangan mental (mental deficiency ) mental yang cacat (mental defective) yang memerlukan

kepada penyembuhan mental (mental healing) (Collins English Dictionary, 2017).

Justeru, mental yang sihat merupakan lawan kepada kecelaruan mental. Kesihatan

mental dalam keadaan sejahtera, sempurna pemikiran , emosi dan tingkah laku di mana

individu itu dapat berfungsi dalam melakukan pekerjaan sehingga mencapai matlamat antara

fizikal ,mental dan rohani (Mohammad Jamil Yaacob, 2007).


Punca penyakit mental

a. Krisis perkembangan

Individu yang sedang mengalami sesuatu detik peralihan yang sungguh bererti dalam

kehidupannya (Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar, 2006). Contohnya, apabila berlaku

pertukaran tempat sekolah/pengajian, peralihan pencapaian umur (alam remaja kepada alam

dewasa dan kepada alam separuh umur), ataupun setelah mendirikan rumah tangga dan

menimang cahaya mata pertama (pada remaja yang berkahwin awal). Pada setiap detik

peralihan itu didapati pelbagai konflik dan tanggungjawab yang mencabar. Jika mereka gagal

mengawal keadaan yang sedang berubah, remaja akan mengalami pelbagai rintangan dan

kerumitan.

b. Faktor persekitaran

Persekitaran sebagai unsur penting dalam kecelaruan mental. Persekitaran Sosial (Kekurangan dari
segi sosio-ekonomi (tempat tinggal sempit, tiada tempat permainan, tiada sistem pembetungan, air
dan elektrik), Persekitaran dan kejiranan yangkurang selamat (ketagihan alkohol, penyalahgunaan
dadah, pelacuran) keadaan rumah yang sempit, tiada prasarana, masyarakat dan budaya yang
berbeza (Rack, 1993) mampu menyumbang kepada masalah sosial seterusnya menyebabkan remaja
tidak berupaya untukberfikir secara normal untuk mengatasi cabaran yang dihadapinya. Mengikut
statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, suasana persekitaran rumah turut menyumbang kepada
masalah sosial remaja dan kanak-kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2015).

c. Krisis Kekeluargaan

Berlaku konflik daripada kekecohan antara ahli keluarga. Jika ahli keluarga mempunyai

masalah berat yang membabitkan jenayah, penagihan najis dadah, berpenyakit fizikal atau

mental yang serius, pergaduhan antara ibu bapa, krisis adik beradik, keganasan rumah tangga,

mangsa rogol ahli keluarga dan sebagainya akan menjejaskan keharmonian dan kestabilan

keluarga. Apabila krisis ini berpanjangan dan pengendaliannya tidak berkesan, tugas dan fungsi

keluarga turut terjejas yang akhirnya memberi kesan kepada kesihatan mental anak-anak.

Kanak-kanak/remaja yang mengalami keadaan seperti ini mempunyai risiko terlibat dengan

aktiviti jenayah (Robins, 1993). Ini lebih kerap berlaku dalam kalangan remaja lelaki

berbanding perempuan (Syed Hassan Al-Mashoor & Raihanah Haji Abdullah, 1993).

d. Kebudayaan dan Kepercayaan

Kepercayaan kepada kuasa ghaib masih kukuh di rantau Asia. Apabila berlaku sesuatu kejadian

yang luar biasa kepada seseorang, selalunya individu yang dicari ialah dukun atau bomoh.

Keadaan seumpama ini kerap berlaku terutama dalam penyakit jiwa kerana dimomok bala yang
menimpa berpunca daripada buatan orang yang mempunyai perasaan dendam dan berniat jahat

untuk menghancurkan seseorang. Tidak dinafikan perkara seperti ini wujud seperti jin dan

syaitan, sihir dan sebagainya. Kategori penyakit yang disebabkan oleh gangguan “makhluk”

ini mempunyai hubungan dengan mental kerana melibatkan gangguan emosi dan adakalanya

melibatkan fizikal perlu diubat, dirawat melalui aspek keagamaan. Jika rawatan moden

digabungkan berkemungkinan penyakit yang dialami dapat dirawat dengan segera serta

berkesan.

e. Konflik antara Kerjaya dan Kesejahteraan Jiwa

Remaja yang tidak berminat ke sekolah atau menamatkan zaman persekolah awal kerana faktor

terdesak untuk mencari pekerjaan juga berupaya menyumbang kepada kecelaruan mental.

Pendedahan kepada sesuatu konflik di tempat kerja rumah sekalipun akan meninggalkan kesan

di dalam hati setiap individu. Apabila seseorang perkerja sentiasa mengalami tekanan perasaan

berikutan pelbagai masalah yang timbul, dia akan terdedah kepada pelbagai penyakit.

Antaranya darah tinggi, penyakit jantung, dan migrain. Individu terbabit juga akan terdedah

kepada beberapa gangguan mental, seperti keresahan, kemurungan dan kekecewaan.

f. Didikan ibu bapa

Didikan ibu bapa yang yang terlalu mengawal pergerakan anak, ibu bapa yang mengamalkan

sikap “kuku besi” dalam tumbesaran atau terlalu memberi kebebasan sepenuhnya kepada anakanak
turut menyumbang kepada kepada masalah ini. Perkara ini penting kerana kajian

membuktikan didikan yang tidak sempurna akan menimbulkan kesulitan dan masalah apabila

seseorang itu menjangkau dewasa. Individu itu akan berasa janggal, kurang senang dan kurang

berkeyakinan bergaul dengan rakan – rakan. Mereka juga mudah cemas apabila interpretasi

yang mungkin negatif terhadap orang lain yang cuba membantunya. Manakala remaja yang

terlalu bebas juga terlibat dengan masalah sosial (Khairul Hamimah Mohammad Jodi, 2012).

Terdapat ibu bapa yang terlalu mengharap anak mereka menjadi yang “terbaik” dari segi

akadmeik dan kerjaya dan remaja ini mengalami stres yang melampaui kebolehannya kerana

takut untuk gagal, tidak berupaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya. Krisis ini

akhirnya menjadi masalah peribadi (mempunyai harga diri yang rendah, kurang yakin pada diri

sendiri) dan membawa kepada perubahan pada tubuh badan akibat hormon yang tidak stabil,

dan membawa kepada penyakit fizikal (Mohammad Jamil Yaacob, 2007).

g. Faktor genetik/keturunan
Punca lain disebabkan kecacatan baka, iaitu apabila proses perkembangan kromosom tidak

berlaku dengan sempurna, Gangguan bahan kimia (neurotransmitter) dalam otak seperti

penghasilan dopamine yang berlebihan, berlaku keabnormalan yang menyebabkan beberapa

jenis penyakit, sindrom, kecelaruan mental dan sebagainya (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008).

Perkara ini menjadi semakin buruk apabila terdapat keluarga yang tidak menerima hakikat,

membiarkan anak tersebut tanpa rawatan yang sesuai untuk memulihkan penyakit tersebut.

h. Sejarah hidup yang getir

Remaja menghadapi terlalu banyak cabaran hidup-kemalangan jalan raya, kemalangan di

tempat kerja, kemalangan semasa bersukan, pergaduhan, penganiyaan fizikal/mental/seksual

yang beri kecederaan kepada kepala secara langsung atau tidak meyebabkan selaput otak koyak

atau tempurung otak pecah dan mencederakan tisu otak. hentakan ini memutuskan serat-serat

jirim putih menyebabkan kecederaan sel-sel saraf yang menyeluruh (Mohammad Jamil

Yaacob, 2007).

RAWATAN

1. Terapi kognitif tingkah laku


Merupakan terapi terapi psikososial berorientasi tindakan yang mengandaikan bahawa
pemikiran yang salah menyebabkan tingkah laku salah dan emosi negatif. Ia merupakan
satu bentuk psikoterapi yang mensasarkan untuk menukar bagaimana manusia berfikir
(kognitif) dan bertingkah laku, dengan tujuan menjadikan menausia merasa lebih baik. CBT
berasaskan model bahawa perasaan dan tindakan kita dipengaruhi oleh gaya kita berfikir,
bukan faKtor luaran. Oleh itu rawatan yang diberikan memberi penekanan ke atas sistem
pemikiran (kognitif) dalam usaha untuk mengubah tingkah laku dan keadaan emosi. CBT
memberi fokus ke atas menggantikan bentuk pemikiran dan tingkah laku negatif dengan
bentuk pemikiran dan tingkah laku poitif.

Terapi kognitif tingkah laku menyatukan pendekatan penstrukturan semula terapi kognitif
dengan teknik modifikasi tingkah laku terapi tingkah laku. Ahli terapi bersama klien mereka
mengenalpasti gaya pemikiran dan tingkah laku yang menyebabkan tekanan, dan menukar
gaya pemikiran tersebut bertujuan untuk menyesuaikan semula tingkah laku. Ada kalanya
klien mempunyai pokok utama pemikirannya iaitu skimata yang memerlukan modifikasi.
Contoh, klien yang mengalami kemurungan mungkin akan mengelakkan diri dari kontak
sosial dengan orang lain, dan menyangkakan tekanan emosi yang dideritai disebabkan oleh
pemencilan dirinya. Apabila ditanya ‘mengapa?’, klien menjelaskan bahawa ia takut akan
penolakan atau apa orang lain akan lakukan atau katakan kepadanya. Melalui penerokaan,
klien berupaya menyedari bahawa ketakutan sebenarnya bukanlah penolakan tetapi
kepercayaan bahawa ia tiada harapan, tidak menarik dan tidak disayangi. Seterusnya klien
akan diuji realiti dakwaannya dengan mengemukakan beberapa nama rakan dan ahli
keluarga yang menyayanginya dan seronok bersama dengannya. Melalui menyedarkannya
tentang nilai orang lain terhadap dirinya, dapat mendedahkan pemikiran yang tidak rasional
dan memperkenalkan kepadanya gaya berfikir yang baru untuk mengubah bentuk tingkah
laku yang lama. Kaedah ini membolehkan klien belajar untuk berfikir ‘saya juga seorang
yang menarik dan disayangi; kerana itu saya tidak menghadapi kesukaran untuk mempunyai
rakan baru dalam hubungan sosial'. Sekiranya perubahan mencukupi ke atas ‘kognisi tidak
rasional’, klien akan mengalami pengalaman penting iaitu lega dari kemurungannaya

Model Generik Kognitif Tingkah Laku

Prinsip utama CBT mengikut Greenberger dan Padesky (1995) adalah melihat saling hubung
di antara lima komponen utama iaitu persekitaran, pemikiran, perasaan, sensasi fizikal dan
tingkah laku sebagaimana yang digambarkan dalam rajah di bawah. Masalah wujud apabila
berlaku kitaran jahat (vicious circle) yang saling berkait di antara ke lima-lima komponen ini.

Rajah: Saling hubung antara lima unsur kehidupan

Definisi Tingkah Laku dan Masalah Disruptif

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan
terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat
atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang
lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami
oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun
bandar.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku
bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau
akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan
berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu
kestabilan dan keharmonian persekitarannya.

Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh
merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di
dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan
utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah
positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan
proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu
tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah
laku bergantung yang berlebihan.

Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah
pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang
bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada
aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain,
gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa
mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal
emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan
diri.

Tingkah laku bermasalah diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah
laku bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses
pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara
keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil
hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik
dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku.

Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan
distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan
akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di
kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan
dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan
fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain.

Manakala tingkah laku distruptif pula bukan sahaja membahayakan diri sahaja malah
juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa
memikir akibatnya. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata,
vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak
puas hati, benci, marah atau dendam.

Pengasingan Diri di Dalam Kelas

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan di Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang,
saya mendapati terdapat sesetengah murid yang gemar mengasingkan diri semasa berada di
dalam kelas. Terdapat beberapa sebab atau faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Antaranya ialah murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul
dengan kawan-kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan
meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil.

Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti
keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material berbanding
rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah
peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana
sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan
adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi.

Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah
keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah
murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan
atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika
belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar.

Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi
menggunakan teori mazhab sosial. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut
ialah guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin
dan cemerlang dalam akademik dan lebih bagus jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya
mereka di dalam kelas. Selain itu, guru juga boleh menjadikan murid-murid ini sebagai
contoh kepada murid-murid yang bermasalah tingkah laku dan guru boleh menjelaskan apa
yang akan mereka perolehi sekiranya bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid contoh
dan murid-murid contoh dijadikan sebagai model.

Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid-murid yang suka mengasingkan diri
adalah murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi. ( Suradi Salim , 1996 ) Oleh
itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang suka memencilkan diri akan dicuba
diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau
ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Guru bimbingan akan cuba memberi
nasihat atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami.
Definisi dan Fungsi Pembugar

Definisi

Pembugar adalah sebuah aktiviti selingan ketika proses P&P yang dijalankan bagi
mengembalikan tumpuan dan menjadikan murid kembali cerdas dan bertanaga untuk
meneruskan proses P&P. pembugar tidaklah memerlukan masa yang banyak sehingga
memakan masa 2 – 3 jam tetapi ianya boleh di lakukan di dalam masa hanya 5 minit.

Pembugar boleh melibatkan aktiviti pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan


lokomotor. Aktiviti pergerakan lokomotor adalah ialah pergerakan yang menyebabkan
keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak
dan beredar. Contohnya, aktiviti seperti menari di dalam kelas atau aktiviti yang melibatkan
murid bergerak di seluruh kawasan kelas.

Aktiviti prgerakan bukan lokomotor pula ialah pergerakan yang tidak mengubah
kedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian
tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan
lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.
Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet
semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk
tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi. 

Fungsi

Antara fungsi pembugar yang paling utama adalah pembugar merupakan sebuah cara yang
diambil guru untuk menangai masalah distruktif ketika P&P sedang dijalankan. Ia mampu
menarik perhatian murid yang sedang mengelamun atau sudah tidak fokus kepada guru yang
sedang mengajar di dalam kelas. Pembugar juga boleh menjadi perangsang kepada tubuh
badan kerana ia boleh pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh pembugar yang
melibatkan pergerakan lokomotor adalah aktiviti dimana memminta murid menari di dalam
kelas, dalam pergerakan ini ia akan meransang otot murid-murid di samping mengembalikan
fokus kepada murid-murid. Bagi bukan lokomotor pula ia adalah seperti aktiviti berdiri
duduk dengan ini ia juga mampu merangsong otot dan tumpuan murid. Dengan pembugar
juga guru boleh merangsang keseimbangan kepada penggunaan otak kanan dan otak kiri
murid. Dengan ini guru boleh lah melasksanakan aktiviti seperti tangan kanan mengeluarkan
ibu jari manakala tangan kiri mengeluarkan Pembugar jari kelingking kemudian tukar pula
jari kanan dan kiri. Lakukan aktiviti ini berulang kali maka ia boleh merangsang penggunaan
otak kanan dan kiri.

Anda mungkin juga menyukai