Anda di halaman 1dari 70

TERAPI GESTALT

OLEH PROF MADYA MOHD MAKZAN MUSA JABATAN PSIKOLOGI & KAUNSELING KOLEJ SASTERA & SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
1

Kesedaran dan perhubungan dengan diri dan orang lain adalah penekanan utama dalam terapi Gestalt. Konsep-konsep utama dalam Gestalt psikoterapi berlandaskan kepada konsep dari psikologi Gestalt seperti figure & ground.
Teori Personaliti Gestalt tertumpu kepada perhubungan antara individu dengan orang lain atau objek yang memberi kesan kepada individu.

Tumpuan terapi Gestalt adalah pada persempadanan antara individu dengan persekitaran dan depth perhubungan diri dengan orang lain.

Terapi Gestalt turut menekankan kesedaran diri individu dengan persekitarannya dalam bentuk senses, bodily sensation & emotional feelings.
3

Tumpuan kepada kontak dengan diri sendiri dan orang lain, kesedaran kendiri dan orang lain yang berlaku pada masa kini serta bukan pada masa lalu atau masa hadapan. Pelopor Psikologi Gestalt & Terapi Gestalt adalah Marx Wertheimer, Wolfgang Kohler & Kurt Koffka.
4

Psikologi Gestalt berlandaskan kepada fenomena psikologikal lengkap teratur (organized wholes) berbanding dalam keadaan terpisah. Prinsip asas psikologi Gestalt adalah kepada persepsi visual & audio dan melihat pembelajaran sebagai proses persepsi di mana individu cuba untuk bertindak dalam tatacara yang betul dalam ruang lingkup persepsi (Shane, 2003).

Gerak balas seperti Baru aku faham, Baru nampak jelas adalah antara reaksi-reaksi kesan daripada pengalaman persepsi. Sesuatu fenomena itu tidak dapat diperhatikan dengan melihat bahagian-bahagian tertentu sahaja tetapi melihat sesuatu fenomena secara keseluruhan. Konsep figure & ground adalah contoh di mana figure menonjol dalam latarnya.

Kedua-dua konsep figure & ground Gestalt adalah penting dalam memahami terapi Gestalt. Apabila figura tidak lengkap atau tidak jelas, tumpuan beralih ke latar (background) yang menganggu (Polster & Polster, 1973). Wallen (1970) mengenengahkan 3 bentuk gangguan yang meganggu Gestalt yang lengkap :

i. Individu mempunyai persepsi yang tidak lengkap terhadap orang lain dan dengan diri sendiri.
ii. Gestalt yang lengkap terganggu apabila keperluan, keinginan yang dikehendaki tersekat. Contoh mahu menyatakan kasih sayang terhadap rakan tetapi terhalang.
8

iii. Perasaan-perasaan atau persepsi terpendam (repressed) boleh menghalang pembentukan Gestalt yang lengkap. Contoh ketidakbolehan untuk meluah keperitan psikologikal setelah disakiti oleh seseorang individu berkemungkinan menganggu perkembangan keseluruhan pengalaman Gestalt.
9

Contact
Contact atau kontak adalah nadi untuk tumbuh dan berkembang yang merujuk kepada mengubah diri kendiri dan pengalaman dunia individu (Polster & Polster, 1973).
Contact berlaku apabila ada sense of separateness dikekalkan. Contact membolehkan individu ada sense of self dan juga sense of impingement on a boundary.

10

Masalah kontak berlaku di kalangan kanak-kanak autism dan terapi Gestalt digunakan untuk membantu kanak-kanak autism berhubung / kontak dengan orang lain (Audet & Shub, 2007). Polster & Polster (1973) cabaran bagi kebanyakan individu bagaimana untuk hidup lively, kontak produktif dengan individu dan objek tanpa hilang sense of identity.
11

Contact / kontak dalam terapi Gestalt boleh begitu bermakna dan powerful. Perls (1969) mengutarakan gagasan betapa untuk matang secara psikologikal individu mesti mencarik / mengupas 5 lapisan yang mana setiap lapisan apabila dicarik / dikupas ia akan meningkatkan keberkesanan kontak dengan persekitaran.

12

i. Lapisan phony layer merujuk kepada dengan reaksi secara tidak jujur, ikhlas seperti Apa khabar? dengan harapan individu membeli sesuatu produk daripada kita. ii. Lapisan phobic layer mengelak dari mengalami kesakitan psikologikal seperti tidak mahu mengaku pada diri sendiri sesuatu perhubungan yang dijalin telah berakhir.

13

iii. Impasses - di mana individu takut untuk berubah atau terus mara ke depan. Individu merasa diri terbelenggu. iv. Impolsive - di mana merasai pengalaman mula tersedar diri sendiri yang sebenar tetapi kurang mengendahkannya.
14

v. Explosive - di mana lapisan diri yang sebenar tanpa berselindung. Adalah perlu untuk merasai pengalaman explosive untuk benar-benar merasai diri hidup dan autentik.

15

Contact Boundaries (Sempadan Kontak)

Contact boundaries atau sempadan kontak adalah proses untuk berhubung atau memisahkan diri dari orang lain atau objek.

Polster & Polster (1973) mengutarakan I-boundaries yang membezakan antara individu dengan individu lain, antara individu dengan objek atau individu dengan kualiti seseorang individu.

16

I-boundaries dibentuk melalui pengalaman kehidupan individu. Polster & Polster (1973) memerihalkan perbezaan I-boudaries dari segi : i. Body-boundaries tertakluk kepada sensasi tubuh terhad atau tempat di mana individu tidak dibenarkan berada. ii. Value-boundaries merujuk kepada nilai pegangan nilai yang sukar untuk diubah.

17

iii. Familiarity-boundaries merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang kerap diulang tetapi tidak pernah difikirkan atau dicabar. Contoh individu yang melakukan tugas / kerja yang sama setiap hari, berinteraksi dengan cara yang sama, perubahan yang berlaku ke atas familiarity-boundaries boleh membebankan malah menyusahkan.
18

iv. Expressive-boundaries dipelajari sejak kecil. Kita tidak dibenarkan, dilarang untuk menjerit, jangan sentuh sesuatu. Di kalangan lelaki, lelaki diajar untuk tidak menangis. Di samping itu juga kontak yang dijalin dengan individu lain adalah penting, justeru adalah wajar untuk meluaskan expressive-boundaries.
19

Contact Boundary Disturbances (Gangguan Kontak Sempadan)


Dalam keadaan-keadaan tertentu sempadan antara diri kita dengan orang lain agak samar, tidak lengkap atau mengalami gangguan.

Gangguan kontak dengan individu lain atau dengan objek tertentu boleh menyebabkan interaksi dengan individu lain atau objek tertentu akan menyebabkan berlakunya :

20

i. Introjection menerima pandangan orang lain tanpa memikirkannya. Anak-anak kerap menerima pandangan dari kedua ibubapa berbanding menerima nilai ibubapa. Semakin dewasa anak-anak, mereka semakin kurang introject pandangan ibubapa. - Introjection boleh menjadikan individu sihat atau patologikal bergantung kepada keadaan.

21

ii. Projection merujuk kepada melemparkan aspek-aspek tertentu dari sendiri kepada orang lain. Melemparkan atau rasa bersalah menyebabkan individu menyalahkan orang lain.

- Keadaan ini menyebabkan individu merasa selesa / tenang buat sementara tetapi perhubungan dengan individu lain mula berkurangan.

22

- Menerusi projection, apa yang tidak kena dengan diri sendiri dilihat kesan daripada perbuatan orang lain ke atas diri sendiri. Keadaan ini melebar / meluaskan lagi boundary / sempadan diri dengan orang lain.

- Menyalahkan pensyarah kerana gagal dalam peperiksaan kerana pelajar sendiri tidak belajar adalah suatu bentuk projection.

23

iii. Retroflection melakukan sesuatu untuk diri sendiri dengan melakukan apa yang orang perlu lakukan. - Kenyataan seperti Biar aku yang buat dalam bentuk apabila kita mahu orang lain menolong kita. - Tingkah laku sebegini dibentuk untuk kita merasa diri kita self-sufficient, tidak perlu orang lain menjadikan kita rasa bersendirian dan disisihkan dari orang lain.

24

- Dalam melakukan retroflection matlamat asalnya adalah diarahkan kepada orang lain untuk berubah / mengubah tetapi kemudian bertukar arah dan kembali kepada diri sendiri.

25

iv. Deflection berbeza darjah mengelak kontak dengan individu lain. Ini boleh berlaku dalam perbualan sosial yang berlegar-legar tanpa menjurus kepada sesuatu dengan tepat.
- Pengelakan / avoiding adalah suatu bentuk mengelak dari berhubung / kontak dengan individu lain.
26

v. Confluence ini berlaku antara diri sendiri dengan individu lain yang menjadikan kaku. - Antara dua individu dalam perhubungan terdapat persepsi kedua-kedua individu mempunyai perasaan & pemikiran yang sama tetapi individu semakin kurang sedar tentang perasaan & nilai diri sendiri. - Individu yang inginkan dirinya diterima melakukan / mengalami confluence sehingga mengenepikan perasaan atau pandangan peribadi.
27

Terapi Gestalt kontak atau berhubung dengan orang lain ada sesuatu yang sihat dan perlu bagi mencapai kefungsian psikologikal yang sihat.
Introjection, projection, retroflection, deflection & confluence adalah cara untuk mengelak, mengurang atau menghalang diri dari membuat kontak / contact.
28

Awareness (Kesedaran)
Awareness dari perspektif Gestalt merujuk kepada kontak dengan diri sendiri, termasuk individu lain & objek (Clarkson, 2004).

Polster & Polster (1973) telah mengenal pasti 4 jenis kesedaran.


29

i. Awareness of sensations & actions - yang menjurus kepada melihat, mendengar, sentuhan & lain-lain deria / pancaindera dan kesemuanya diluahkan melalui pergerakan atau suara.
ii. Awareness of feelings melibatkan kesedaran terhadap kedua-dua emosi & perasaan serta physical feelings seperti tapak tangan berpeluh atau sesak nafas.

30

iii. Awareness of wants membabitkan keinginan peristiwaperistiwa masa depan berlaku dalam kehidupan seperti lulus, tamat pengajian dengan berjaya atau perkahwinan.
iv. Awareness of values & assessment di mana tumpuan kepada pengalaman kehidupan yang lebih luas termasuk nilai terhadap orang lain, isu-isu sosial & lain-lain penilaian terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku.

31

Awareness dari perspektif Gestalt merujuk kepada apa yang sedang berlaku sekarang dan bukan apa yang diingati (Sharf, 2011).

32

The Present (Masa Kini)


Peristiwa-peristiwa sebelum dan masa depan dilihat dari perspektif masa kini. Masa kini adalah penting kerana pada masa kini individu merasai sistem tubuh dan sensori.
33

Tumpuan pada masa kini adalah penting untuk klien kerana dapat merasai, melalui self-acceptance (penerimaan kendiri), merasai apa yang dirasai sekarang & komitmen kepada apa yang bakal mendatang.
Menerusi pendekatan Gestalt, terapis / kaunselor perlu melihat masa lepas & masa hadapan pada masa kini.
34

Salah satu kaedah untuk meneliti bagaimana masa silam mempengaruhi masa kini adalah melalui unfinished business (Joyce & Sills, 2001). Ini merujuk kepada perasaan dari masa lalu yang tidak diluahkan tetapi dikendalikan pada masa kini.
35

Perasaan-perasaan ini turut melibatkan marah, sedih termasuk memori, fantasi yang masih ada di dalam diri individu.
Unfinished business boleh dalam bentuk obesesi terhadap wang, seks atau isu-isu lain. Dengan meneliti unfinished business, individu melengkapkan Gestalt.
36

Apabila closure atau pembubaran sesi telah dicapai, terbelenggu dengan masa silam juga terlerai.
Handlon & Fredericson (2007) menggunakan konsep unfinished pleasures di mana individu dapat menikmati bagi melengkapkan apa yang individu sukai yang selama ini tidak dapat dilakukan.
37

Teori Psikoterapi Gestalt


Matlamat utama terapi Gestalt adalah ke arah perkembangan dan intergrasi personal menerusi awareness / kesedaran.
Untuk mencapai matlamat ini adalah dengan menjalinkan perhubungan teraputik. Matlamat perhubungan teraputik ini berbeza dengan terapi lain.

38

Penekanan adalah kepada masa kini & menggunakan awareness / kesedaran.

Dalam terapi Gestalt penilaian (assessment) terhadap masa kini adalah kepada pemerhatian terapis / kaunselor secara moment-to-moment.
Pemerhatian yang banyak dilakukan adalah berguna kerana ia memberikan overview kepada permasalahan klien & terapis / kaunselor.

39

Hasil daripada penilaian membolehkan klien aware / sedar kedua-dua verbal & bukan verbal. Pendekatan mengintegrasikan penilaian verbal & bukan verbal memerlukan kreativiti dan pengalaman.
40

Matlamat Terapi
Perls (1969) menegaskan matlamat terapi adalah untuk membantu individu matang & berkembang. Ini melibatkan penekanan ke atas kebertanggungjawab diri (self-responsibility), membantu klien bergantung kepada diri sendiri dan bukan pada orang lain.
41

Tugas terapis / kaunselor adalah untuk melihat klien melakukan lebih daripada apa yang klien fikir ia boleh lakukan. Ini membolehkan klien menjadi lebih self-aware dan bergerak ke arah penghakikiankendiri.
Matlamat terselindung ke arah kematangan & pertumbuhan adalah untuk mencapai intergrasi.

42

Intergrasi merujuk perasaan, persepsi, pemikiran & proses tubuh adalah bahagian-bahagian kecil kepada yang bahagian yang lebih besar. Jika individu tidak mencapai intergrasi sepenuhnya, individu berada dalam ruang kosong (void). Lantaran, individu akan mengalami gangguan kontak sempadan (contact boundary disturbance).
43

Perls (1948) mempercayai dengan intergrasi bahagian-bahagian / pengalaman-pengalaman yang terpisah adalah matlamat utama dalam psikoterapi. Asas kepada kematangan, pertumbuhan dan intergrasi adalah perkembangan awareness / kesedaran (Yontef & Jacobs, 2011). Bagi Perls (1969) awareness / kesedaran boleh memulih.
44

Individu yang aware / sedar sepenuhnya terhadap diri sendiri akan mengelola dan berfungsi secara optimal. Individu yang betul-betul aware / sedar akan aware / sedar terhadap : - persekitaran - bertanggungjawab ke atas setiap pilihan - menerima diri sendiri
45

Zinker (1978) telah menggariskan bagaimana terapi Gestalt dapat membantu individu lebih aware / sedar terhadap diri sendiri & persekitaran.
- Individu terus menerus membentuk awareness / kesedaran terhadap tubuh diri sendiri, perasaan & persekitaran.

- Individu mengakui / menerima perbuatan / tingkah laku diri sendiri dan bukannya projecting kepada orang lain.
46

- Individu belajar untuk aware / sedar keperluan diri sendiri dan kemahirankemahiran yang ada untuk memenuhi hasrat diri sendiri tanpa menganggu orang lain. - Menikmati pengalaman sensasi dengan kontak sepenuhnya dengan sensasi dari pancaindera (bau, rasa, sentuh, dengar & lihat).
47

- Individu berkuasa / bertenaga dan berkebolehan untuk menjaga diri sendiri tanpa mengeluh, menyalah atau merasa bersalah.

- Individu sensitif kepada persekitarannya tetapi masih boleh untuk mengawal, mengawasi diri sendiri dalam persekitaran yang berbahaya.
48

- Individu bertanggungjwab ke atas setiap tindakan dan akibat daripada perbuatan diri sendiri yang merupakan sebahagian daripada awareness / kesedaran yang lebih luas.
Dengan berlakunya terapi, klien merasa lebih selesa melalui pengalaman dari tenaga diri sendiri dan menggunakannya dengan produktif & sepenuhnya.

49

Dengan memberi perhatian dan menggalakan klien untuk lebih aware / sedar, terapis / kaunselor membantu klien menjadi lebih sedar dan mencapai matlamat yang dikehendaki. Pendekatan terapi Gestalt amat bersesuaian kepada individu yang inhibited seperti individu yang terlalu bersosial (socialized) atau yang menghad, mengawal, mengekang diri sendiri.

50

Individu yang perfectionistik, fobik atau murung menyekat awareness / kesedaran terhadap diri sendiri & orang lain.
Shepard (1970) menegaskan semakin individu menyedari diri sendiri dan merasa ketidakpuasan dengan matlamat biasa atau dalam perhubungan, individu sebegini merasa kecewa dalam kebanyakan interaksi sosial.

51

Di samping itu juga individu sebegini tidak mempunyai kesamaan dengan individu lain tidak dapat berkongsi perkembangan dan kesedaran.
Pendekatan Gestalt boleh digunakan dalam bentuk kitaran / putaran (cyclical) untuk menilai klien (Clarkson, 2004).
52

Melnick & Nevis (1998) menjelaskan bagaimana pengalaman kitaran / putaran (experiencing cycle) dapat digunakan untuk diagnos kecelaruan yang melibatkan 5 fasa : i. Sensation / Awaress melibatkan merasai pengalaman melalui pancaindera.
53

ii. Mobilization merujuk dari awareness ke arah keinginan (want). Individu yang fobia dan bimbang (anxiety) mengelak dari bertindak atau berdepan. Individu yang mahu makan angin ke Amerika Syarikat dari Malaysia tidak dapat melakukannya kerana takut menaiki kapal terbang. Individu begini berat hati untuk bertindak dari apa yang ia inginkan.
54

iii. Contact kontak menyebabkan berlakunya kebangkitan emosi dan ini memperlihatkan kontak diri dengan orang lain. Individu yang bertingkah laku kesan daripada pengalaman silam boleh bertindak secara emosional tanpa menyedari status emosinya atau dapat berhubung dengan individu lain dengan baik secara emosional. Individu sebegini perlu lebih menyedari bukan sahaja perasaan tetapi perasaan terhadap diri sendiri dan orang lain.

55

iv. Resolusi / Closure berlaku sewaktu individu melepaskan diri daripada pengalaman yang ia lalui. Individu yang mengalami posttraumatic stress disorder sukar untuk melupakan peristiwa-peristiwa traumatik berbanding lain-lain peristiwa. - Terapi Gestalt membantu individu untuk mengakui bahawa mereka perlu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan mencari jalan untuk meluahkan perasaan untuk melakukan closure.

56

v. Withdrawal berlaku sewaktu pengalaman kitaran / putaran semakin menghampiri dan bergerak ke arah kontak kepada pengalaman-pengalaman lain. Ini merupakan fasa resolusi / closure. - Individu yang mengalami PTSD sukar untuk melalui fasa resolusi / closure jadi individu sukar untuk menarik diri / withdrawal. Ini menjadikan individu sebegini untuk mara ke depan berhadapan dengan lain-lain pengalaman.

57

Perubahan Teraputik
Perubahan berlaku dalam terapi Gestalt dengan meneroka keinginankeinginan klien.
Perls (1969) mempercayai ada individu sukar untuk berubah dalam terapi kerana mereka takut apa yang akan berlaku.
58

Proses perubahan tingkah laku dalam terapi Gestalt melibatkan gagasan Polster (1987) yang memerihalkan 3 tahap urutan intergrasi (3 stages sequence of intergration). Fasa I - Discovery ~ di mana klien melihat diri sendiri atau masalah lama atau situasi silam dari sudut pandangan yang berbeza.
59

Fasa II - Accommodation ~ klien belajar bahawa mereka mempunyai banyak pilihan dan dapat bertingkah laku dengan cara yang berbeza. Melalui proses ini, sokongan teraputik amat diutamakan.

60

Fasa III - Assimilation ~ klien memperlihatkan kemajuan dari memilih dan mencuba tingkah laku baru sebagai proses pembelajaran untuk membuat perubahan dalam persekitaran. Pada tahap ini klien boleh bertindak tegas untuk mendapatkan apa yang ia inginkan dari orang lain.
61

Meningkatkan Kesedaran (Enhancing Awareness)


Terapi Gestalt menggunakan keadah ke arah perubahan kesedaran klien dalam konteks perhubungan teraputik. Fokus terapi Gestalt adalah untuk membantu klien mencapai kesedaran klien ke arah pertumbuhan.
62

Teknik, kaedah terapi Gestalt dilakukan ke arah cara baru pembelajaran dalam mencapai kesedaran.

Antara kaedah :
- menekankan kesedaran

- kesedaran verbal atau bukan verbal - self-dialogue


63

- menggunakan kerusi sebagai cara menjadi lebih aware terhadap diri sendiri. - enacting - melakonkan sebahagian daripada diri di mana kaedah ini dapat membawa kepada perubahan tingkah laku. - tugasan untuk menggalakan klien berkembang dalam bentuk perkembangan kesedaran di sepanjang kehidupannya dan tidak terikat dalam sesi terapi sahaja.
64

- mengalisa mimpi
- awareness statements & questions

- emphasizing awareness / menekankan kesedaran


- enhancing awareness through language - awareness through non verbal behavior
65

- awareness of self & others

- enhancing awareness of feelings


- awareness through self-dialogue

- awareness through enactment


- awareness through dreams

- awareness outside of therapy : homework - awareness of avoidance


66

Intergrasi & Kreativiti


Tumpuan terapi Gestalt adalah kepada keseluruhan diri individu dalam kerangka yang luas tingkah laku verbal, tingkah laku bukan verbal, emotional feelings. Kesemua ini dilayan & dikendalikan dan kemudian diintergrasi.
67

Teknik Gestalt dilakukan ke arah intergrasi keseluruhan diri klien.

Bagaimana intergrasi dilakukan bergantung kepada gangguan ke atas contact boundary.


Setiap gangguan sempadan (contact boundary) introjection, projection, retroflection, deflection & confluence memerlukan pendekatan berbeza dalam usaha untuk mengintergrasi keseluruhan diri klien.

68

Bagaimana proses kreatif dalam usaha untuk intergrasikan kesedaran sukar diperihalkan dan memerlukan pelbagai cara. Proses kreatif yang unik terapis / kaunselor berlaku semasa klien berinteraksi dalam tatacara unik dengan terapis / kaunselor.

Perhubungan teraputik terapi Gestalt berlaku dalam bentuk I-thou antara klien dnegan terapis / kaunselor.
69

SEKIAN TERIMA KASIH


70

Anda mungkin juga menyukai