Anda di halaman 1dari 13

ALAT UJIAN PSIKOLOGI

“CLINICAL ASSESSMENT OF DEPRESSION” CAD


Pengenalan
Pada tahun 2004, alat ujian Clinical Assessment Of Depression (CAD) ini telah dibangunkan
dalam jarak masa selama 7 tahun oleh dua orang penyelidik iaitu Bruce A. Bracken (PhD)
dan Karen Howell (PhD). Kebanyakkan pakar-pakar klinikal dan penyelidik berpendapat
bahawa ciri-ciri, kriteria, dan pengukuran kemurungan di kalangan kanak-kanak, remaja, dan
orang dewasa harus dibezakan berdasarkan kajian-kajian sebelum ini. Berbeza dengan
Bruce dan Karen, mereka percaya bahawa ada ciri-ciri yang sama dengan satu sama lain
merentasi jangka hayat dan terdapat ciri-ciri kemurungan yang lebih. Borang tunggal CAD
telah dibangunkan brdasarkan kepercayaan tersebut, supaya dapat menghasilkan diagnosis
yang tepat terhadap kemurungan dikalangan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang
berumur antara 8 dan 79 tahun.

Sejarah yang menyumbang kepada alat ini adalah para penyelidik dan pakar klinikal
merasakan kepentingan untuk mengkaji kemurungan dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja dan ianya telah berkembang berdasarkan hasil pemerhatian dan kesedaran mereka.
Terdapat pelbagai kajian telah dilakukan mengenai penyakit ini bagi membina teori sebab-
musabab kemurungan, kaedah pengukuran, ciri-ciri penting, dan kriteria-kriteria diagnostik
untuk penyakit ini. Pada tahun 1960, terdapat kajian mengenai gangguan kemurungan klasik
(classic depressive disorder) tidak boleh berlaku kepada kanak-kanak kecil kerana mereka
tidak dianggap sebagai memiliki superego yang dapat dihayati dengan baik sebelum remaja.
Kajian lain pula mendapati kemurungan semasa kanak-kanak wujud, namun gangguan
tingkah laku yang lain mungkin telah menopeng / melindungi keadaan kemurungan yang
berlaku. Maka pada tahun 1975, National Institutes of Mental Health (NIMH) telah
mengadakan satu persidangan bagi membincangkan pelbagai isu dan halangan berkaitan
dengan kajian terhadap kemurungan kanak-kanak ini.

Seterusnya pada tahun 1980-an penyelidik-penyelidik mula melihat dengan jelas


kemurungan dikalangan kanak-kanak benar-benar wujud dan ianya boleh diklasifikasikan
sebagai gejala kemurungan yang dikenal pasti jika mendapat pengiktirafan. Diikuti dengan
sebuah kajian pada tahun 1996 yang menunujukkan bayi dan kanak-kanak kecil telah lama
dikenalpasti mengalami kemurungan melalui tanda gejala yang ditunjukkan serta kesedihan
yang berpanjangan.

Kebanyakan skala kemurungan yang sedia ada mempunyai banyak kelemahan dan ketara
dalam menghadkan nilai dan utiliti mereka. Adakalanya, instrumen individual telah
digunakan kerana keunikan yang tertentu atau usia populasi yang disasarkan oleh pakar
klinikal itu sendiri. Lazimnya, pakar klinikal cenderung untuk terlepas pandang kelemahan
instrumen ini kerana kekurangan instrumen yang lebih baik untuk dipilih dan pilihan yang
terhad.
Kandungan Ujian

1. Ciri-ciri CAD

Struktur CAD terdiri dari satu bentuk borang tunggal kerana kandungannya yang sesuai
untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa dalam lingkungan 8-79 tahun. Prosesnya adalah
lebih mudah dan ia mengandungi sebanyak 50 item skala. Format respon untuk setiap
itemnya menggunakan skala empat mata iaitu; sangat setuju (4), setuju (3), tidak setuju (2)
dan sangat tidak setuju (1). Masa yang ideal untuk menjawab inventori ini adalah lebih
kurang 10 minit.

CAD adalah berdasarkan kriteria diagnostik DSM-IV dan juga literatur klinikal dengan
penilaian simtom yang komprehensif. Berdasarkan gambar rajah di bawah, dapat dilihat
bahawa CAD meliputi pelbagai dimensi kemurungan dimana ianya terdiri daripada 4 skala-
skala simtom (symptom scales) – Depressed Mood (DM), Anxiety/ Worry (AW), Diminished
Interest (DI), Cognitive and Physical Fatigue (CPF), 6 kluster/kelompok item kritikal (critical
item clusters) – Hopelessness, Self-Devaluation, Sleep/ Fatigue, Failure, Worry, Nervous dan
3 skala-skala kesahan (validity scales) – Inconsistency Scale (IN), Negative Impression Scale
(NI), Infrequency Scale (IF).

Struktur teoretikal CAD


2. Dimensi alat ujian

Cara pengiraan boring penilaian CAD adalah berdasarkan kepada jawapan yang diberikan
oleh responden dalam borang jumlah yang telah disediakan. Pengiraan secara manual
adalah berdasarkan kepada nilai yang telah diberikan pada borang jumlah yang telah
disediakan. Terdapat item yang mana pengiraan nilai skor berbeza dengan borang jumlah
skor yang telah diberikan. Pada jadual dibawah ianya merujuk kepada pembahagian soalan
mengikut simpton yang telah dibuat dalam CAD. Merujuk kepada jadual di bawah, terdapat
23 item soalan untuk bahagian kemurungan, 11 item soalan untuk bahagian kebimbingan, 6
item soalan untuk bahagian berkurang dan 10 item untuk soalan keletihan kognitif dan
fizikal.

Skor akan dipindahkan ke dalam ruangan yang telah disediakan dan alih nilai tersebut
kepada kotak yang berwarna kelabu di sebelah kiri. Selepas itu, jumlah kesemua nilai yang
telah ditandakan kedalam bahagian kotak berwarna kelabu dan jumlahkan keseluruhannya.
Selepas menjumlah kedua-dua bahagian maka masukan jumlah keseluruhan dalam ruang
yang disediakan kepada jumlah “Raw Score”.

Perkara No Soalan

Depressed Mood 1, 7,9,10,12,13,14,15,17,18,20,22,25,


(Kemurungan) 26,27,28,33,34,36,37,39,40,41

Anxiety/Worry 2,3,5,8,11,24,35,43,45,46,49
(Kebimbangan)

Disimished (Berkurang) 19,21,38,47,48,50

Cognitive and Physical 4,6,16,23,29,30,31,32,42,44


Fatigue (Keletihan kognitif
dan fizikal)
Pembahagian item soalan mengikut simpton
skala yang ditetapkan pada CAD
Pengiraan bagi “Inconsistency Scale” - Bagi pengiraan skor skala yang tidak teratur atau
Inconsistency Scale (IN), pengiraan skor dilakukan dengan memindahkan skor item yang NI
kepada kepada borang Score Summary Sheet iaitu item yang yang bertanda “I” berdasarkan
kotak yang disediakan. Jumlahkan nilai keseluruhan di antara item yang dibanding dalam
kotak perbandingan tersebut dan berdasarkan nilai dalam setiap kotak, tolakkan angka yang
lebih besar dengan angka yang lebih kecil nilainya dan jumlahkan di dalam bahagian jumlah
skor. Maka dengan menambahkan skor keseluruhan, ianya akan menentukan nilai
Inconsistency Scale (IN).

Penggiraan bagi “Negative Impression” - Bagi pengiraan “Negative Impression (NI) dan
Infrequency scale (IF)” , catatkan 1 mata untuk ruang yang disediakan bagi bahagian “NI”
dan IF untuk skor yang mempunyai nilai 4. Pastikan proses pemindahan skor kepada ruang
yang tepat dan jumlahkan dalam “scoring sheet” untuk item NI dan IF pada ruangan yang
disediakan.

Penggunaan Jadual “Raw Score” dan “T Score” - Jadual terbahagi kepada empat peringkat
umur iaitu pada peringkat umur 8 hingga 11 tahun, 12 hingga 17 tahun, 18 hingga 25 tahun
dan 26 hingga 79 tahun. Penggiraan adalah menggunakan T score dan juga percentile.
Nilai raw score perlu dimasukkan ke dalam setiap bahagian “symptom scale score summary
table” kemudian rujuk berdasarkan kepada peringkat umur, cari nilai raw score dan
masukan nilai T Score dan nilai % Iie.

Untuk mendapatkan nilai 90% Confidence Interval (CI) pengiraan skor harus mencari selang
kelas tinggi dan selang kelas rendah dengan menolak dan menambah nilai T score yang
dimiliki pada setiap bahagian scale berdasarkan kepada angka ± pada bahagian bawah
jadual lampiran A hingga D yang berkaitan untuk mendapatkan nilai CI tersebut. Bagi
mendapatkan CAD Total Scale, jumlah keseluruhan iaitu daripada jumlah raw score dari
aspek Depressed Mood (DM), Anxiety/Worry (AW), Diminished Interest (DI) dan Cognitive
Psysical Fatigue (CPF).
Berdasarkan jadual CAD TS, dengan mencari T Score dan percentile maka nilai 90% CI maka
teknik yang sama digunakan pada sebelum ini dengan mencari selang kelas tertinggi dan
selang kelas rendah dengan menambah dan menolak nilai angka pada jadual tersebut.

Akhir sekali, bagi menentukan Qualitative Classification adalah berdasarkan kepada T-score
range terbahagi kepada 4 iaitu Normal Range (NR) ≤59, Mild Clinical Risk (MCR) 60 – 69,
Significant Clinical Risk (SCR) 70 – 79, dan Very Significant Clinical Risk (VSCR).
Berdasarkan kepada hasil score summary, graf dalam bahagian Profile Form boleh di isi
dengan meletakan dan menandakan “X” pada graf yang disediakan berdasarkan nilai T-
Score yang diperolehi.
3. Pengiraan / Interpretasi

Hasil daripada maklumat data kualitatif dan kuantitatif sebagai langkah yang sistematik
dalam pentafsiran CAD. Pengalaman professional, pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang perubatan dalam melakukan pentafsiran CAD dan ianya perlu dikendalikan oleh
individu yang mempunyai pengiktirafan secara berdaftar. Pentafsiran CAD mempunyai lima
langkah yang perlu diikuti seperti:

3.1 Pertimbangan yang melihat kepada jumlah nilai T score

SKALA T SCORE KLASIFIKASI KUALITATIF


≤ 59 Skala normal (NR)
60 – 69 Risiko klinikal yang sederhana (MCR)
70 – 90 Risiko klinikal yang ketara (SCR)
≥ 80 Risiko klinikal yang sangat ketara (VSCR)

3.2 Pertimbangan yang melihat kepada skor simptom individu, melihat kepada skala
yang sah dan skala kelompok item yang kritikal.

SKALA SIMPTOM
Depressed Mood (DM) Tidak gembira, sedih, kesunyian,
konsep kendiri yang lemah
Diminished Interest (DI) Hilang minat, keseronokan dalam
pelbagai perkara,
Anxiety/Worry (AW) Kebimbangan, ketakutan, kekeliruan
Cognitive and Physical Fatigue (CPF) Keletihan, mudah letih, sukar membuat
keputusan.

SKALA YANG SAH


Inconsistency Scales (IN) Mengenalpasti pasangan item yang bercanggah dan
mengukur sejauhmana responden menjawab
dengan cara yang konsisten
Salah seorang responden mungkin telah cuai dalam
bertindak balas dengan cara yang tidak boleh
dipercayai dan cara yang tidak betul.
Negative Impression Mengenal pasti responden yang mempunyai set
Scales (NI) tindak balas luar biasa yang negative
Responden yang mempunya skala luar biasa dan
sangat luar biasa memerlukan pemerhatian segera
untuk mengkaji semula item tertentu
Infrequency Scales (IF) Mengenal pasti item yang sangat sedikit responden
menyokong dengan cara yang melampau. Setelah
disahkan mungkin menunjukkan keinginan baik,
buruk atau palsu.

KLASSIFIKASI INCONSISTENCY SCALE (IN)


SKOR KLASSIFIKASI
0 - 10 Typical (Biasa)
11 – 14 Atypical (Luar Biasa)
15 – 30 Very Atypical
(Sangat Luar Biasa)

KLASSIFIKASI NEGATIVE IMPRESSION (NI)


SKOR KLASSIFIKASI
0 - 26 Typical (Biasa)
27 - 35 Atypical (Luar Biasa)
36 – 44 Very Atypical
(Sangat Luar Biasa)

KLASSIFIKASI INFREQUENCY SCALE (IF)


SKOR KLASSIFIKASI
0–3 Typical (Biasa)
4–6 Atypical (Luar Biasa)
7 – 10 Very Atypical
(Sangat Luar Biasa)

KELOMPOK ITEM KRITIKAL


Mengenal pasti sasaran tingkah laku untuk intervensi seperti kebimbangan,
kerisauan, imsomnia. Memerlukan penerokaan susulan yang lebih lanjut apabila
terdapat kemungkinan risiko untuk mencederakan diri sendiri.

3.3 Pertimbangan kepada item individu yang boleh digunakan untuk tujuan
penerokaan yang lebih lanjut.

Pemeriksa perlu mengimbas item dalam skala tersebut untuk melihat kepada
keseragaman apabila pemeriksa mendapati skala responden tinggi. Keseragaman
dalam penilaian perlu memberikan lebih keyakinan dalam skor yang diperolehi
apabila pemeriksa mentafsirkan hasil daripada penilaian terdapat percanggahan
atau respons yang sangat janggal dalam skala.
3.4 Pertimbangan kepada maklumat susulan secara klinikal melalui maklumat
temuramah untuk melakukan penerokaan lanjut berkaitan pemikiran dan
tingkah laku responden.

Setelah mentadbir, melakukan penskoran dan mentafsirkan CAD, pemerikas perlu


melakukan menjalankan temuramah susulan yang ringkas untuk mendapatkan
penjelasan dan melakukan penerokaan lanjut tentang pemikiran dan tingkah laku
responden.

3.5 Pertimbangan kepada prestasi responden terhadap CAD berdasarkan maklumat


lain seperti isu yang dirujuk, maklumat latar belakang yang wujud, pemerhatian
terhadap tingkah laku, keputusan penilaian yang terdahulu dan keputusan
intervensi yang terdahulu..

Pada peringkat ini, pemeriksa perlu mempertimbangkan sebab responden dirujuk


dan memikirkan sama ada corak skor skala adalah selaras dengan masalah yang
dinyatakan oleh responden.

Penilaian kualiti ujian

Kebolehpercayaan
Bagi perubahan skor yang dipercayai, terdapat dua jenis kebolehpercayaan
khususnya yang releven untuk skala CAD iaitu ketekalan dalam adalah darjah untuk
melihat sejauhmana item-item berkait rapat secara positif dan penyumbang.
Kesemua item perlu berkorelasi secara positif dan sederhana antara satu sama lain
dan mengabungkan jumlah skor supaya menghasilkan ketekalan dalaman yang
tinggi. Kestabilan dalam sesuatu pengujian adala penting dan merupakan
pertimbangan psikometrik yang digunakan sebagai asa untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh responden.

Kebolehpercayaan mengikut Bangsa

Kebolehpercayaan mengikut Umur


Kebolehpercayaan mengikut Jantina

Kesahan

Semasa menghasilkan skala dengan menyenaraikan item berdasarkan kriteria


tekanan dan symptom yang dialami oleh seseorang individu yang diambil daripada
kaedah diagnostic dan DSM-IV, kesahan kandungan CAD telah ditentukan.

Kandungan CAD ini telah disampel secara sistematik untuk mewakili symptom yang
releven berkaitan dengan kemurungan dan menghasilakn CAD skala symptom dan
kelompok item kritikal. CAD mempunyai korelasi sederhana tinggi dengan MDI, BDI
dan CDI. 75 item CAD termasuklah penilaian ketekalan dalaman, kestabilan dan
kesahan serentak. Bukti kesahihan adalah berdasarkan struktur dalaman ujian untuk
melihat sama ada instrumen melambangkan konstruk yang telah direka bentuk
untuk mengakses struktur dan kriteria dalaman.

Kesahan serentak antara BDI dan RAADS

Kesimpulan

CAD telah dicipta secara khas untuk lebih spesifik kepada simtomatologi kemurungan
menerusi jangka hayat dengan menggunakan item-item yang cukup umum yang relevan
kepada kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang berumur 8-79 tahun. Selain itu, ianya
mempunyai kandungan yang tertumpu kepada ciri-ciri unik kanak-kanak dan remaja
(contohnya, cepat marah), dan juga orang dewasa (contohnya, ciri-ciri depletion syndrome).
Tambahan pula, pembinaan CAD ini telah membuktikan secara empirikal bahawa bagi
menyediakan penilaian seragam yang mempuyai kebolehpercayaan dan kesahan merentasi
usia, satu borang tunggal boleh dibangunkan dan digunakan.
Kekurangan CAD yang dikenalpasti salah satunya melibatkan pengukuran laporan kendiri
(self-report measurement) adalah lebih sukar kerana persepsi seseorang tentang diri
mereka sendiri mungkin berbeza daripada persepsi orang lain terhadap mereka.
Walaubagaimanapun, dengan menggunakan respon skala kebolehpercayaan ini, ianya boleh
membantu penguji bagi menentukan dengan lebih baik sama ada data yang diperoleh
daripada inventori ini adalah sah berdasarkan kefungsian seseorang. Selain itu, apabila
diambil kira sebagai sebahagian daripada penilaian psychoeducational atau psikologikal
yang lebih menyeluruh, CAD memudahkan identifikasi kemurungan pada kanak-kanak,
remaja, orang dewasa, dan warga tua.

CAD ini juga boleh diaplikasikan secara meluas merangkumi konteks klinikal, pendidikan,
dan penyelidikan. Ia sangat membantu dalam setiap konteks tersebut kerana ianya telah
dibangunkan dan disahkan dengan sangat rapi dan teliti. Walaupun ia adalah sangat
komprehensif untuk pengukuran simtomatologi kemurungan, CAD adalah sememangnya
ringkas untuk digunakan kepada klien yang sedang tertekan dan mudah untuk ditadbir.
Sama ada CAD digunakan dalam amalan klinikal atau dalam penyelidikan, asas teorinya yang
kukuh, penggunaan yang mudah, psikometrik yang sangat baik, dan pelbagai aspek gejala
kemurungan yang dinilai menjadikan CAD alat yang sangat serba boleh untuk digunakan
untuk kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang menunjukkan tanda-tanda
kemurungan.

Anda mungkin juga menyukai