Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN PENGUJIAN PSIKOLOGI

(COU3600)

BECK DEPRESSION INVENTORY

(BDI)

AHLI KUMPULAN:

1. NUR FARAHANIM BT ABDULLAH (UK35031)


2. NUR FASEHA ANNASIHAH BT ARIFFIN (UK35049)
3. NIK NUR SYAMIMI BT NIK ROSLI (UK34608)
4. FATIN NURSYAHIRAH BT FAZIL (UK36422)
5. NOR AZEHAN BINTI DRAMAN @ WAHAB (UK36432)
6. RABIATUL ADAWIYAH BT HJ AHMAD (UK35592)
Pengenalan

Setiap insan yang bergelar manusia pasti tidak akan lari daripada masalah
kehidupan seharian. Manusia secara lumrahnya diketahui bahawa mempunyai pelbagai
perasaan, emosi yang mampu mempengaruhi tingkah laku seseorang. Penyakit
kemurungan salah satu penyebab yang membuatkan emosi dan tingkah laku individu
berkenaan berubah dari semasa ke semasa. Kemurungan boleh dikatakan sebagai satu
perkataan, suatu sindrom atau penyakit klinikal. Sepanjang hidupnya, individu akan
mengalami perasaan muram atau sedih pada masa tertentu. Namun, kebanyakkannya
gangguan emosi hanya berlaku dalam jangka masa pendek. Dalam kes-kes tertentu,
kemurungan ini juga boleh membawa kepada perkara tidak diingini berlaku seperti
bunuh diri atau penyakit mental yang serius. Kemurungan ini boleh menjejaskan
pelbagai aspek hidup individu sama ada dari segi kognitif, emosi, sosial dan fizikal
(Dacey & Kenny, 1977).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kemurungan merupakan penyakit
keempat paling serius yang boleh merosakkan jiwa seseorang. Kadar kelaziman
penyakit ini juga dapat dilihat lebih ketara berbanding tekanan darah tinggi dan penyakit
kenying manis. WHO turut menganggarkan kadar kematian kejadian bunuh diri di rantau
Asia Pasifik adalah lebih tinggi. 8 sehingga 10 peratus adalah kes kemurunangan yang
biasa berlaku dalam sesebuah Negara. Kemurungan juga merupakan
gangguan,kecelaruan perasaan termasuk penyakit minda yang memberi kesan
psikologi yang mengakibatkan seseorang itu suka menyalahkan diri sendiri, keliru serta
berasa tiada peluang untuk hidup.
Kemurungan adalah suatu masalah yang tidak seimbang dengan emosi di mana
manusia selalu berdepan dengan kekecewaan atau tekanan dalam kehidupan mereka.
Selain itu, menurut kajian Turkington dan Kapten (1997) seorang individu yang
mencapai berumur 15 salah satu daripada lima lelaki akan mengalami kemurungan.
Bagi Bachanas dan Kaslow (2001) kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan
perhatian dan intervensi yang baik.
Dalam bidang psikologi pula, kemurungan didefinisikan sebagai satu gejala yang
mengurangkan prestasi normal individu seperti melambatkan aktiviti psikomotor atau
mengurangkan intelektual individu untuk berfungsi. Manakala dalam bidang psikatrik
kemurungan merangkumi perubahan dalam bahagian perasaan yang meliputi
kesedihan sehingga berlakunya kecelaruan psikotik. Akibatnya seseorang itu lebih
cenderung untuk membunuh diri.

Aaron Beck : Pelopor kepada BDI

Nama ialah Aaron T.Beck. Dilahirkan pada tahun 1921, Aaron T. Beck berasal
Rhode Island dan merupakanPsychiatrist dari University of California. Selepas
menamatkan pengajian di Universiti Brown dan Sekolah Perubatan Yale, Dr. Aaron
Beck menetap di Pennsylvania. Selepas penyelidikan dan pembangunan cara baru
untuk melihat isu-isu dalam bidang psikologi dan psikiatri seperti membunuh diri ,
kemurungan, dan ketagihan yang banyak , beliau dianggap sebagai salah seorang
tokoh yang paling berpengaruh dalam terapi kognitif. Beck mula bekerja di Universiti
Pennsylvania pada tahun 1954 di mana beliau adalah seorang profesor psikiatri dan
Presiden Institut Beck untuk Terapi Kognitif dan Penyelidikan. Beck mula bekerja lebih
gigih terhadap pendekatan kognitif untuk kemurungan, dan pada tahun 1961 , beliau
mencipta Inventori Beck Kemurungan ( BDI ). BDI adalah salah satu daripada skala
yang paling banyak digunakan untuk merujuk kemurungan. Ia adalah skala 21 item
yang menggunakan skala Likert untuk menentukan keterukan sesuatu gejala
kemurungan. Beck telah menghasilkan pelbagai penerbitan mengenai mata pelajaran
yang terdiri daripada kemurungan, bunuh diri, hubungan, kebimbangan, dan banyak
topik lain. Kemurungan,merupakan elemen yang penting dalam penyelidikan
pertamanya. Dalam Asas Saintifik Teori Kognitif dan Terapi Kemurungan, Beck dan
pengarang bersama David Clark membincangkan asas dan prinsip-prinsip pendekatan
kognitif terhadap kemurungan. Menghasilkan lebih kurang sebelas buah buku dan telah
menerbitkan lebih daripada 350 kajian dan artikel professional. Antara anugerah yang
telah diterima oleh Aaron T.Beck adalah American Psychiatric Asssociation’s
Foundation Fund Prize For Research in Psychiatry dan The American Psychological
Association’s Distinguished Scientific Award for the Applications of Psychology.

Firdaus Mukhtar : Pengasas BDI Versi Melayu


Firdaus Mukhtar memiliki ijazah dalam bidang Sains Kemanusiaan di Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) dan master dalam Psikologi Klinikal di Universiti Edith
Cowan, Perth, Australia. Beliau sekarang merupakan pensyarah di Universiti Putra
Malaysia (UPM) Firdaus dipilih sebagai salah seorang daripada tiga penerima Anugerah
National Fellowship untuk Wanita dan Sains (FWIS) 2012 anjuran L'Oreal dengan
sokongan Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik
dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Pengguna Ujian

Terdapat beberapa orang pengguna di Malaysia yang menggunakan inventori


kemurungan oleh beck sebagai sebuah alat ujian untuk mengukur tahap kemurungan di
antara responden yang telah dipilih. Pengguna yang menggunakan alat ujian ini ialah
digunakan oleh Firdaus Mukhtar dari School of Health Sciences, Universiti Sains
Malaysia, Kelantan manakala Tian PS Oei daripada School of Psychology, University of
Queensland, Brisbane, Australia. Mereka menggunakan iventori kemurungan Beck
adalah bertujuan untuk menunjukkan ciri-ciri yang baik bagi seorang psikometrik bagi
penduduk di kalangan barat dan bukan barat untuk 40 tahun yang lepas. Kajian ini
melaporkan mengenai struktur faktor dan memberikan bukti sifat-sifat psikometrik
daripada BDI bagi orang Melayu di Malaysia.
Kedua ialah Jamaluddin Ramli, Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Siti Zainab Bt
Md. Lazin@ Md. Lazim iaitu daripada Universiti Teknologi Mara Melaka yang membuat
kajian tentang Kemurungan dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim di Daerah
Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti
masalah kemurungan yang berlaku dalam kalangan penghuni rumah anak yatim.
Seterusnya ialah See Ching Mey dan Lee Siew Siew dari Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mereka menggunakan iventori
Beck terhadap kajian Kemurungan Di Kalangan Pelajar. Kajian ini juga bertujuan untuk
menguji perkaitan antara kemurungan dengan pencapaian akademik.
Selain itu, Norfazilah A, Hafizah Z, Siti Zubaidah dan Azmawati MN. Mereka ini
merupakan sekumpulan komuniti daripada Department of Community Health, Faculty of
Medicine, daripada Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre. Mereka
menggunakan iventori kemurungan Beck di atas kajian mereka iaitu Poor Peer Support
as a Predictive Factor towards Depression among Adolescent. Kajian yang dijalankan
oleh mereka ialah mengkaji kemurungan dalam kalangan remaja yang kini semakin
meningkat, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan prevelens
kemurungan dan faktor-faktor ramalan. Kajian ini dijalankan ke atas responden yang
dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 iaitu dari lima buah sekolah
menengah di negeri Selangor.
Responden Kajian

Menurut Jamaluddin, Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Siti Zainab Bt Md.
Lazin@ Md. Lazim (2010) respoden yang digunakan ialah ke atas tiga buah anak yatim
di daerah Kota Bharu berkenaan. Antara rumah anak yang yatim yang telah dipilih oleh
mereka ialah Rumah Anak Yatim Darul Aitam (Putera), Rumah Anak Yatim Darul Aitam
(Puteri) dan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Rumah Putera dan Puteri
Harapan).
Selain itu,Firdaus Mukhtar dan Tian PS Oei (2008) kajian yang dilakukan oleh
mereka dengan menggunakan penduduk melayu yang terdiri daripada empat kategori
yang berbeza iaitu pelajar, masyarakat umum , pesakit perubatan am, dan pesakit yang
mempunyai kemurungan yang utama.
See Ching Mey dan Lee Siew Siew (2005) melakukan kajian dengan
menggunakan responden remaja lelaki dan remaja perempuan yang terdiri daripada
sekolah kebangsaan Cina. Seterusnya, Norfazilah A, Hafizah Z, Siti Zubaidah dan
Azmawati MN (2015) melakukan kajian ke atas responden yang dipilih secara rawak
yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah di negeri Selangor. Oleh
itu, boring soal selidik Beck Depression Inventory (BDI) ini sesuai digunakan ke atas
individu yang berumur 13 tahun dan ke atas.

Instrumen Kajian
Borang soal selidik yang mengandungi Beck Depression Inventory (BDI) yang
diasaskan oleh Aaron Beck di mana diubahsuai daripada kajian-kajian lepas yang telah
digunakan. Ini merupakan salah satu cara untuk mengukur tahap kemurungan yang
dialami oleh seseorang. BDI digunakan kerana lebih sesuai dan digunakan secara
meluas bagi menguji responden bukan klinikal (Gorenstein, 2005). Format yang jelas
dan mudah ditadbir menjadikan BDI digunakan secara meluas oleh banyak kajian yang
melibatkan remaja sebagai responden. BDI-Melayu adalah versi terjemahan. BDI asal
dengan 21 item yang memberikan penunjuk terhadap tahap perasaan tertekan. Peserta
bertindak balas terhadap soalan berhubung dengan bagaimana perasaan mereka lebih
seminggu yang lalu, dengan skor yang lebih tinggi menunjukkan kemurungan yang lebih
teruk. 21 item BDI dibahagikan kepada dua sub skala: subskala kognitif / afektif
terbentuk daripada 13 item pertama, dan subskala somatik / vegetative dibentuk dari
lapan perkara.

Populasi dan sampel

Berdasarkan kajian Firdaus Mukhtar dan Tian Ps Oei (2008), populasi telah
ditentukan terhadap bangsa Melayu iaitu seramai 1090 orang telah mengambil
bahagian untuk menjawab BDI-Malay ini yang terdiri 820 wanita (75.2%) dan berumur
dalam lingkungan 18 hingga 63 tahun dengan purata min umurnya ialah 26. Majoriti
yang mengambil ujian adalah berkelulusan tamat sekolah rendah (1%), sijil sekolah
menengah (47.6%), tahap diploma (17.1%), pelajar ijazah universiti (32.5%) dan ada
yang tidak menyatakan kelulusan (1.8%). Sampel ini juga terdiri daripada 315 pelajar
(28.9%), 495 orang awam (45.4%), 167 pesakit biasa (15.3%), dan 113 pesakit yang
mengalami gangguan kemurungan (10.4%). Bagi sampel pelajar, kajian ini telah
memilih para pelajar yang masih belajar dari 2 buah universiti dan fakulti yang berbeza
untuk menjawab secara berkumpulan dan ditadbir pada satu masa yang sama di setiap
universiti. Namun begitu, terdapat juga beberapa orang bukan Melayu yang terlibat
dalam ujian ini tetapi data yang diperoleh dalam kalangan mereka tidak dimasukkan
dalam analisis untuk mengelakkan berlakunya campur aduk. Selain itu, bagi sampel
orang awam, mereka dipilih secara rawak di kawasan awam oleh pembantu pengujian
dan dipulangkan kepada mereka melalui sampul surat. Seterusnya, bagi sampel pesakit
biasa pembantu penyelidik akan memberikan soalan tersebut di klinik-klinik kesihatan,
klinik obesiti, klinik telinga, hidung dan tengkuk serta klinik awam. Namun begitu,
sekiranya soalan tersebut dijawab oleh orang bukan Melayu, dibawah pengaruh dadah
dan kurang pandai membaca soalan yang dijawab oleh mereka akan diasingkan.
Selanjutnya, bagi sampel pesakit yang mengalami gangguan kemurungan, mereka akan
dijemput untuk menjawab soalan melalui emel, telefon atau penasihat daripada psikotris
yang berkefahaman mengenai BDI-Malay ini. Sebarang info yang berkaitan dan
jemputan untuk menjawab soalan akan dibuat kepada bangsa Melayu yang sukarela
untuk mengambil ujian ini serta telah menduduki Diagnosis and Statistical Manual of
Disorder- Fourth Edition (DSM-IV). Responden juga perlu mendapatkan pengesahan
berkenaan dengan gangguan kemurungan pada peringkat awal sahaja dan sesuai
untuk menduduki ujian BDI-Malay ini.
Menurut Jamaludin, Azizi, Noordin, Siti, populasi telah digariskan terhadap anak-
anak yatim yang berumur antara 10 hingga 17 tahun dan seramai 335 sampel.
Penyelidik turut menentukan kuota dan pemilihan sampel adalah tidak rawak iaitu 335
anak-anak yatim di Daerah Kota Bharu dengan jumlah 152 orang lelaki dan 183 orang

perempuan. Sampel adalah dari penghuni 3 buah rumah anak yatim iaitu Yayasan
Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Rumah Putera Dan Puteri Harapan), Rumah
Anak-anak Yatim Darul Aitam (Putera) dan Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam
(Puteri).
Menurut See Ching Mey dan Lee Siew Siew (2005), populasi untuk perbezaan
skor min kemurungan antara remaja lelaki dengan remaja perempuan adalah dalam
kalangan pelajar dari Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah jenis Cina. Terdapat
sebanyak 182 sampel (40.90%) telah dipilih secara rawak yang berumur antara 15
hingga 16 tahun sahaja. Sampel merupakan pelajar Tingkatan Tiga dari sebuah sekolah
menengah jenis Cina yang terdiri daripada kesemua 91 orang pelajar perempuan dan
91 orang pelajar lelaki iaitu seramai 7 orang dari setiap 13 buah kelas telah dipilih
secara rawak.
Menurut Norfazilah, Hafizah, Siti Zubaidah, dan Azmawati, populasi adalah dalam
kalangan remaja dari 5 sekolah menengah yang terdapat di Selangor, Malaysia. Pada
asalnya, 160 orang pelajar Tigkatan Empat dikhususkan untuk kajian ini namun begitu,
terdapat kekangan yang menghalang untuk menggunakan sampel tersebut iaitu
kekangan mengenai kehilangan data dan tiada memberi respon. Sehubungan dengan
itu, sebanyak 20% lagi ditambah untuk menjadikan saiz keseluruhan sampel adalah 191
responden dengan keyakinannya sebanyak 95% dan kuasa statistiknya adalah 80%.
Persampelan yang baru ini dipilih berdasarkan senarai nama yang telah diberikan oleh
guru dan jangka masa untuk kajian ini telah diperuntukkan dari bulan Januari hingga
Mac pada tahun 2011. Pemilihan sampel ini telah dipersetujui oleh Research and Ethics
Committee of Faculty of Medicine UKM (FF-009-2012), Ministry of Education, Director of
Selangor Education Department dan turut mendapat kebenaran daripada pihak keluarga
pelajar untuk dijadikan sebagai sampel.

Inventori Kemurungan Beck- versi Melayu

BDI versi Bahasa Melayu yang dipelopori oleh Firdaus Mukhtar dan Tian PS Oei
(2008) adalah satu versi yang telah diterjemahkan daripada BDI yang asal (Beck, Ward,
Mendelson, Mock and Erbaugh., 1961) dengan 21 item yang menjadi petunjuk kepada
tahap kemurungan. Para responden akan menjawab soalan yang dikemukakan
berkaitan dengan apa yang mereka rasa sepanjang minggu yang lepas, dan jika skor
yang diperoleh adalah tinggi, ia menandakan responden tersebut mengalami
kemurungan yang sangat teruk. 21 item yang terdapat dalam BDI akan dibahagikan

kepada 2 subskala, iaitu subskala kognitif atau efektif yang diwakili oleh item pertama
sehingga ketiga belas, manakala subskala yang kedua adalah subskala somatik atau
prestasi yang diwakili oleh item lapan yang terakhir. Skala keseluruhan dianggap
mempunyai ciri-ciri psikometrik yang tinggi, dengan nilai pekali alpha min melebihi 0.90
dan nilai kebolehpercayaan ujian semula sebanyak 0.80 (Beck et al., 1988). Berikut
merupakan contoh Inventori Kemurungan Beck yang asal dan inventori versi Bahasa
Melayu.
BECK DEPRESSION INVENTORY-MALAY
Firdaus Mukhtar & Tian PS Oei (2008) Exploratory and Confirmatory Factor Validation and
Psychometric Properties of Beck Depression for Malays (BDI-Malay) in Malaysia, Malaysian Journal of
Psychiatry E-Journal, Vol. 17, No.1
Soal-selidik ini mengandungi 20 kumpulan penyataan. Setelah anda membaca semua kumpulan pernyataan
ini dengan teliti, bulatkan nombor (0, 1, 2, 3) yang terdapat disebelah setiap pernyataan yang menerangkan
bagaimana perasaan anda pada minggu lepas, termasuk hari ini. Sekiranya pernyataan di dalam kumpulan itu
memberi jumlah yang samarata, bulatkan salah satu. Pastikan anda baca pernyataan untuk setiap kumpulan
tersebut dengan teliti sebelum membuat keputusan.

1 Kesedihan 6 Rasa Dihukum


0 Saya tak rasa sedih 0 Saya tak rasa saya sedang dihukum
1 Saya rasa sedih 1 Saya rasa saya mungkin dihukum
2 Saya kesedihan sepanjang masa dan sukar 2 Saya percaya saya akan dihukum
meredakannya 3 Saya rasa saya sedang dihukum
3 Saya sangat sedih atau tak gembira sehingga tak
mampu menanggungnya lagi
7 Tidak suka diri sendiri

2 Pesimis 0 Saya tak rasa kecewa dengan diri saya


0 Saya tak rasa lemah semangat mengenai masa 1 Saya kecewa dengan diri saya
depan 2 Saya rasa meluat dengan diri saya
1 Saya rasa lemah semangat tentang masa depan 3 Saya benci diri saya
2 Saya rasa tiada apa yang hendak diharapkan
3 Saya rasa masa depan saya mengecewakan dan
keadaan takkan bertambah baik 8 Kritik diri sendiri
0 Saya tak rasa saya lebih teruk daripada orang lain
1 Saya sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan
3 Kegagalan Lalu diri sendiri
0 Saya tak rasa saya seorang yang gagal 2 Saya menyalahkan diri saya setiap kali berlaku
1 Saya rasa saya dah gagal lebih dari orang biasa kesilapan
2 Apabila terkenangkan masa lalu, saya hanya 3 Saya menyalahkan diri sendiri atas setiap perkara
nampak banyak kegagalan buruk yang berlaku
3 Saya rasa saya seorang manusia yang benar-benar
gagal
9 Fikir untuk bunuh diri
0 Saya tak terfikir untuk bunuh diri
4 Hilang Kepuasan 1 Saya ada terfikir untuk bunuh diri, tapi saya tak
0 Saya dapat kepuasan daripada perkara yang akan melakukannya
pernah saya lakukan 2 Saya ingin bunuh diri
1 Saya tak seronok seperti dulu 3 Saya akan bunuh diri jika berpeluang
2 Saya tak dapat kepuasan sebenar daripada apa
sahaja
3 Saya tak puas hati atau bosan dengan segalanya. 10 Menangis
0 Saya tak menangis lagi daripada kebiasaannya
1 Saya kerap menangis sekarang daripada biasa
5 Rasa Bersalah 2 Saya kini menangis sepanjang masa
0 Saya tak rasa begitu bersalah 3 Saya biasanya boleh menangis, tapi kini saya tak
1 Saya rasa bersalah sekali-sekala sahaja dapat menangis walaupun saya mahu
2 Saya rasa agak bersalah hampir setiap masa
3 Saya rasa bersalah sepanjang masa

11 Sakit hati 17 Terganggu


0 Saya tidak lagi sakit hati seperti sebelum ini 0 Saya tak rasa letih lebih dari biasa
1 Saya lebih mudah meradang atau sakit hati 1 Saya lebih mudah letih dari biasa
daripada biasa 2 Saya letih ketika melakukan apa saja
2 Saya rasa sakit hati sepanjang masa 3 Saya terlalu letih untuk buat apa sahaja
3 Saya tak lagi rasa sakit hati dengan perkara yang
selalunya menyakitkan hati saya sebelum ini
18 Perubahan selera
0 Selera makan saya tak seteruk dulu
12 Hilang minat 1 Selera makan saya tak sebagus seperti selalu
0 Saya tak hilang minat terhadap orang lain 2 Selera makan saya makin teruk
1 Saya kurang minat terhadap orang lain 3 Saya langsung tak ada selera
berbanding dulu
2 Saya hampir hilang minat terhadap orang lain
3 Saya tak berminat langsung dengan orang lain 19 Masalah berat badan
0 Saya tak hilang banyak berat badan akhir-akhir
ini
13 Sukar buat keputusan 1 Saya hilang berat badan lebih dari lima paun
0 Saya cuba buat keputusan sebaik mungkin 2 Saya hilang berat badan lebih dari 10 paun
1 Saya lebih sering menangguh urusan membuat 3 Saya hilang berat badan lebih dari 15 paun
keputusan
2 Saya sukar buat keputusan berbanding dulu
3 Saya tidak lagi mampu membuat keputusan
20 Risau keadaan fizikal
0 Saya tak lagi bimbangkan kesihatan saya lagi
seperti kebiasaannya
14 Tak berguna 1 Saya risau masalah fizikal seperti sengal dan
0 Saya tak kelihatan teruk berbanding dulu kesakitan; perut sebu; atau sembelit
1 Saya risau kelihatan tua atau tak menarik 2 Saya risau dengan masalah fizikal ini hingga
2 Saya rasa ada perubahan kekal pada penampilan sukar untuk memikirkan perkara lain
saya yang membuat saya kelihatan kurang menarik 3 Saya sangat risau dengan masalah fizikal saya
3 Saya percaya saya kelihatan hodoh sehinggakan langsung tak dapat fikir hal lain

15 Hilang tenaga
0 Saya boleh bekerja dengan baik seperti biasa
1 Ia mengambil usaha yang lebih untuk memulakan
sesuatu kerja
2 Saya harus memaksa diri saya untuk buat sesuatu
3 Saya tak boleh lansung membuat apa-apa kerja

16 Perubahan tidur
0 Saya boleh tidur macam biasa
1 Saya tak tidur nyenyak seperti biasa dan sukar
untuk tidur semula
2 Saya terjaga 1-2 jam awal daripada biasa dan
sukar untuk tidur semula
3 Saya bangun awal beberapa jam daripada biasa
dan tak boleh tidur semula
Beck's Depression
Inventory
This depression inventory can be self-scored. The scoring scale is at the end of the
questionnaire

0 I do not feel sad.


1 I feel sad
2 I am sad all the time and I can't snap out of it.
3 I am so sad and unhappy that I can't stand it.
2.
0 I am not particularly discouraged about the future.
1 I feel discouraged about the future.
2 I feel I have nothing to look forward to.
3 I feel the future is hopeless and that things cannot improve.
3.
0 I do not feel like a failure.
1 I feel I have failed more than the average person.
2 As I look back on my life, all I can see is a lot of failures.
3 I feel I am a complete failure as a person.
4.
0 I get as much satisfaction out of things as I used to.
1 I don't enjoy things the way I used to.
2 I don't get real satisfaction out of anything anymore.
3 I am dissatisfied or bored with everything.
5.
0 I don't feel particularly guilty
1 I feel guilty a good part of the time.
2 I feel quite guilty most of the time.
3 I feel guilty all of the time.
6.
0 I don't feel I am being punished.
1 I feel I may be punished.
2 I expect to be punished.
3 I feel I am being punished.
7.
0 I don't feel disappointed in myself.
1 I am disappointed in myself.
2 I am disgusted with myself.
3 I hate myself.
8.
0 I don't feel I am any worse than anybody else.
1 I am critical of myself for my weaknesses or mistakes.
2 I blame myself all the time for my faults.
3 I blame myself for everything bad that happens.
9.
0 I don't have any thoughts of killing myself.
1 I have thoughts of killing myself, but I would not carry them out.
2 I would like to kill myself.
3 I would kill myself if I had the chance.
10.
0 I don't cry any more than usual.
1 I cry more now than I used to.
2 I cry all the time now.
3 I used to be able to cry, but now I can't cry even though I want to.
Berdasarkan inventori tersebut, item ke-21 dalam inventori (Mukhtar et al, 2008)
telah digugurkan daripada inventori asal (Beck et al, 1961) menjadikan jumlah
keseluruhan item sebanyak 20 kerana item tersebut adalah item kecenderungan
seks, di mana ianya tidak menjadi faktor pemberat kepada mana-mana faktor
kognitif atau somatik.

Penskoran
Bagi setiap item, terdapat empat pernyataan yang disusun mengikut tahap
keseriusan. Contohnya, untuk item pertama yang mewakili simptom 'perasaan
sedih', tahap pilihannya adalah seperti berikut:
0: Saya tidak berasa sedih
1: Saya berasa sedih kebanyakan masa
2: Saya berasa sedih setiap masa
3: Saya amat sedih dan tidak gembira sehingga saya tidak dapat bertahan lagi
Susunan pernyataan ini diberi skor 0, 1, 2 atau 3 mengikut urutan menaik bermula
dengan perasaan biasa sehinggalah kepada perasaan sedih yang ekstrem. Skor
daripada setiap item yang ditanda akan ditambahkan untuk mengenal pasti jumlah
skor. Jumlah skor maksimum yang boleh diperoleh ialah 63, iaitu jika responden
menandakan setiap item dengan skor nombor 3 manakala jumlah skor minimum
ialah 0 apabila responden menandakan kesemua item dengan skor 0.
Jumlah skor yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam skala likert untuk
menentukan tahap kemurungan yang dialami oleh setiap responden.
Skala likert yang digunakan dalam kajian ini untuk menentukan tahap kemurungan
ialah:
1-10 = perubahan mood dianggap normal
11-16= sedikit gangguan kepada mood
17-20= sempadan kemurungan klinikal
21-30= kemurungan sederhana
31-40= kemurungan yang teruk
Melebihi 40= kemurungan ekstrem
Berdasarkan skala likert tersebut, jika jumlah skor yang diperoleh daripada
hasil tambah kesemua item berada di antara 1 hingga 10, ia bermaksud indvidu
tersebut mengalami perubahan mood yang dianggap normal dan begitulah
seterusnya. Jika hasil tambah kesemua skor item adalah 17 dan ke atas, ianya
bermaksud individu tersebut berada dalam keadaan kemurungan dan memerlukan
rawatan daripada pakar ( Firdaus, 2008).

Kebolehpercayaan ( reliability )

Kebolehpercayaan ialah ialah satu konsep yang merujuk kepada ketekalan


( consistency ) dan kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur atau soal selidik.
Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang
sama apabila digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau
sampel atau responden yang sama. Alat ukur yang mengukur sesuatu
pembolehubah dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Sebaliknya, alat ukur yang menghasilkan markah yang berubah-ubah bagi
mengukur gagasan atau pembolehubah yang sama dikatakan tidak tekal
seterusnya mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Terdapat beberapa jenis
kebolehpercayaan untuk antaranya ialah ialah konsisten dalaman ( internal
consistency),
Konsistensi dalaman ( internal consistency ) ialah mengukur sejauh mana
item dalam satu ujian adalah konsisten antara satu sama lain dengan
keseluruhannya. Dalam kajian yang dibuat oleh Firdaus Mokhtar (2008 ) mengenai
Beck Depression Inventory (BDI ), ia menggunakan dua jenis kaedah iaitu
kebolehpercayaan belah dua (split half ) dan kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha.
Bagi kaedah bacaan Cronbach’s Alpha dalam kajian Firdaus Mokhtar
( 2008 ), terdapat dua faktor konsistensi dalam di dalam Beck Depression Inventory
( BDI ) iaitu faktor kognitif dan faktor somatic. Bagi faktor kognitif, nilai bacaan
Cronbach’s Alpha ialah pada nilai 0.89 manakala bacaan bagi faktor somatic pula
ialah 0.72. Bagi bacaan faktor kognitif iaitu pada nilai 0.89 menunjukkan konsistensi
antara item-item Beck Depression Inventory (BDI) tersebut ialah sangat bagus dan
mempunyai 14 item yang dimasukkan ke dalam faktor kognitif. Antaranya ialah
kesedihan, tidak suka diri sendiri, menangis dan lain-lain. Ini kerana apabila sesuatu
nilai melebihi 0.90 ia menunjukkan konsistensi dalaman antara item-item yang dikaji
adalah berada pada tahap keadaan yang bagus. Manakala bacaan Cronbach’s
Alpha bagi faktor somatic iaitu 0.72 dimana berada pada nilai diantara 0.70-0.80
dikatakan mempunyai nilai konsistensi yang bagus. Terdapat 6 item yang
dimasukkan ke dalam faktor somatic. Antaranya ialah item mengenai perubahan
selera, perubahan tidur, hilang tenaga dan lain-lain.
Bagi kajian yang dibuat oleh Jamaludin Ramli, Azizi Yahaya, Noordin
Yahaya, Siti Zainab bt Md Lazim ( 2007 ). Seramai 18 orang anak-anak yatim yang
tinggal di asrama yang berumur antara 10 tahun hingga 17 tahun telah digunakan
untuk membuat kajian rintis tersebut. Hasil daripada kajian rintis yang dilakukan,
nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.731. Memandangkan responden
melibatkan kanak-kanak, jadi pengkaji terlibat secara langsung ketika responden
menjawab soalselidik. Ini bagi mengelakkan kekeliruan atau kesusahan kepada
kanak-kanak tersebut memandangkan mereka terdiri daripada pelbagai tahap
kepandaian yang tidak pernah terdedah kepada sebarang kajian.
Selain itu, kami juga membuat perbandingan tentang bacaan Cronbach
Alpha mengikut item-item Beck Depression Inventory. Mengikut kajian yang dibuat
oleh Kapci (2008) ke atas sampel pekerja,didapati bacaan Cronbach’s Alpha
diperolehi sebanyak 0.90 dan nilai Pearson’r memperolehi sebanyak 0.94. Bagi
bacaan Cronbach’s Alpha , nilai sebanyak 0.90 dikategorikan berada dalam
ketekalan yang amat bagus.
Bagi kaedah uji sekali lagi ( Test –retest reliability ) dalam Beck Depression
Inventory (BDI) , mengikut kajian sebelum ini iaitu kajian yang dibuat oleh Carrol
IL,Bernal I L, Vea HB (1998), ia menunjukkan iaitu nilai correlation coefficients ialah
pada nilai 0.60 dan 0.77. Bagi kajian yang dibuat oleh Firdaus Mokhtar (2008), nilai
yang diperolehi ialah 0.80.

Kesahan

Versi awal Beck Depression Inventory (BDI) terdiri daripada 21 item dan BDI
versi melayu pula terdiri daripada 20 item yang mengukur tahap kemurungan. Perlu
diingatkan item yang 21 telah dibuang kerana budaya dan perspektif agama.Direka
untuk dalam kalangan remaja dan dewasa.

Kesahan serentak

Kesahan serentak telah dinilai menggunakan korelasi Pearson yang


significant kerana bacaanya lebih kecil dari (<.05). Menurut Mukhtar dan Tian
(2008) bukti kesahan serentak ditunjukkan apabila korelasi yang tinggi diperolehi
antara langkah-langkah membina yang sama.Hasil kajian yang positif yang ketara
korelasi antara jumlah BDI Melayu skor dengan Zung (r = 0.80), ATQ (r = 0.65),
DAS (r = 0.84), dan BHS-Melayu (r = 0.52), sambil menunjukkan ketara hubungan
negatif dengan WHOQOLBREF (r = -0.79). Tambahan pula, keputusan juga
mendedahkan yang positif yang ketara Hubungan antara kognitif / afektif dan Zung,
SDS-Melayu (r = 0.81), ATQ (r = 0.64), DAS (r = 0.65), dan BHS-Melayu (r =.54),
dengan negatif yang signifikan hubungan dengan WHOQOL-Bref (r = -0.78).
Sementara itu, subskala terakhir BDI Melayu somatik / prestasi menunjukkan
hubungan dengan ketara sederhana untuk kedua-dua langkah kognisi (ATQ; r =
0.53, DAS; r = 0.48), WHOQOL-Bref (r = -0.61), Zung SDS-Melayu (r = 0.61), dan
BHS-Melayu (r = 0.36).Ini menggambarkan bahawa BDI versi Melayu memegang
baik kesahan serentak. Menurut Ponterotto, Pace, dan Kavan (1989) dari segi
kesahan serentak, inventori ini memperoleh korelasi sebanyak 0.65. Ini
menunjukkan alat ujian BDI mempunyai kesahan.

Kesahan konstruk

Ia memberikan maklumat sejauh manakah faktor menentukan skor ujian dibina


dengan membandingkannya dengan pengukuran lain. Jika perbandingan dibuat
dengan pengukuran lain yang mengukur konstruk yang sama, faktor beban yang
tinggi memberikan bukti kesahan menumpu. Jika perbandingan dibuat dengan
pengukuran lain yang mengukur konstruk yang berbeza menurut ramalan teori,
faktor beban yang sederhana dan rendah akan memberikan bukti kesahan
membeza bagi kesahan konstruk (Cohen 2010).
Faktor Analisis

Component matrix of Exploratory Factor Analysis for group A and


Cronbach’s alpha

Item Title Factor 1 Factor 2 Communalities


7 Self-dislike 0.83 0.66
3 Sense of failure 0.77 0.56
9 Suicidal ideas 0.74 0.49
2 Pessimism 0.72 0.50
8 Self-accusation 0.71 0.44
1 Mood 0.68 0.49
6 Punishment 0.67 0.46
5 Guilt 0.66 0.45
13 Indecisiveness 0.65 0.49
10 Crying 0.63 0.37
4 Self-dissatisfaction 0.60 0.42
12 Social withdrawal 0.48 0.38
19 Weight loss 0.42 0.25
11 Irritability 0.30 0.19
18 Loss of appetite 0.79 0.51
16 Insomnia 0.58 0.48
15 Work difficulty 0.50 0.44
17 Fatigability 0.49 0.42
20 Somatic preoccupation 0.33 0.39 0.38
14 Body image change 0.34 0.37 0.36
Eigenvalues 7.49 1.26
Percent of
variance 37.41 6.28 20 items (43.7)
Cronbach’s (α) 0.91 0.89 0.72

Figure 1: Menunjukan faktor loading pada item ke 20 dan 14. Ini adalah kerana item ke 21
telah dibuang.
Figure 1, menunjukan faktor loading di item 20 dan 14 adalah kerana.
Terdapat dua perkara yang memuatkan kedua-dua faktor (item 20 dan 14), supaya
selaras dan bacaan faktor loading yang tinggi diambil dari faktor 2 iaitu
somatik/vegetatif (0.39 dan 0.37).Berdasarkan kajian yang dikaji (Mukhtar dan Tian
2008) Faktor 1, yang telah dilabel kognitif / afektif, menyumbang 37.41% varians
dan Faktor 2 menyumbang untuk 6.28% daripada varians dan kemudiannya dilabel
somatik / vegetatif. Perkara 21 (seks) telah dibuang, kerana faktor budaya dan
perspektif agama.Analisis faktor adalah prosedur yang sering digunakan bagi
mengenal pasti, mengurangkan serta menyusun sebilangan besar item soal selidik
ke dalam konstruk-konstruk tertentu di bawah suatu variabel bersandar dalam
kajian (Chua 2009). Terma yang biasa digunakan dalam faktor analisis ialah faktor
beban (factor loading).

Kesimpulan

Kajian ini jelas menunjukkan bahawa instrumen BDI versi melayu


mempunyai tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang tinggi dan pekali
kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperolehi ini selari dengan hasil kajian Beck
(1961) iaitu pencipta asal instrumen BDI. Dengan kata lain, kebolehpercayaan
instrumen BDI ini dapat mempamerkan ketekalan, kestabilan dan ketepatan skor-
skor apabila diuji. Selain itu, dua faktor iaitu kognitif dan somantik yang terbentuk
hasil daripada analisis faktor menunjukkan bahawa instrumen BDI mampu dan
berupaya untuk mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur iaitulah mengukur
aspek kemurungan. Sementara itu, kesahan serentak yang dihasilkan juga didapati
BDI berkorelasi positif dan signifikan dengan instrument yang lain. Hasil kajian ini
menggambarkan item-item pada instrumen BDI boleh dipercayai dan mempunyai
kesahan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai