Anda di halaman 1dari 8

Penaksiran Individu & Kelompok COU 5610

1.0 Proses Collaborative Translation

Penterjemahan inventori Mindful Attention Awareness Scale ini adalah dibuat


menggunakan kaedah Collaborative Translation. Kaedah ini merupakan satu kaedah
yang memerlukan penterjemah menterjemahkan inventori versi bahasa Inggeris ke
versi bahasa Melayu. Ianya bertujuan untuk memudahkan alat ukur digunapakai oleh
masyarakat setempat contohnya Malaysia.

Inventori yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, perlu disahkan oleh


pakar bahasa. Kebiasaannya, proses ini memerlukan penterjemah mendapatkan pakar
bahasa Inggeris yang bertauliah bagi mengesahkan kebenaaran penterjemaahannnya
itu. Jika terdapat sebarang kesilapan, penterjemah perlu memperbetulkan kesalahan
mengikut pandangan atau usul pakar bahasa. Dalam konteks ini, saya mendapatkan
pengesahan dari Pensyarah Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris, Universiti Malaysia
Terengganu iaitu Encik Muhammad Khairul Bin Zakaria.

Seterusnya, inventori perlu mendapat pengesahan dari pakar yang berkaitan


dengan bidang. Pakar bidang perlulah mereka yang bertauliah dalam kepakaran
mereka. Saya mendapatkan pengesahan dengan merujuk kepada Dr Zuhda Husain,
Pensyarah Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti
Malaysia Terengganu.

Kelebihan yang dapat diketengahkan dalam menggunakan proses


penterjemahan secara kolaboratif ini ialah, kita dapat memastikan inventori yang akan
digunapakai adalah mudah difahami dan sesuai untuk kegunaan masyarakat yang
memerlukan.

2.0 Psikometrik Inventori

a) Pembina Inventori
Mindful Attention Awareness Scale ini dibangunkan oleh Kirk Warren Brown dan
Richard M. Ryan dari Jabatan Sains Klinikal dan Sosial dalam Psikologi di University Of

1
Penaksiran Individu & Kelompok COU 5610

Rochester. Inventori ini dibina adalah sebagai satu alat untuk menilai ciri teras
pemikiran bersesuaian, iaitu kesedaran atau penerimaan dan perhatian terhadap apa
yang sedang berlaku pada seseorang individu pada masa sekarang.

b) Kaedah Pembinaan Inventori


MAAS mengandungi 15 item yang dibentuk untuk menilai ciri teras pemikiran
bersesuaian, iaitu kesedaran terbuka atau penerimaan dan perhatian terhadap apa
yang berlaku pada masa sekarang bagi seseorang individu. Inventori ini dibentuk
berinspirasikan daripada beberapa sumber seperti, pengalaman dan pengetahuan
Brown dan Ryan sendiri tentang kesedaran dan tidak berfikir individu, penulisan-
penulisan yang diterbitkan berkaitan dengan kesedaran dan perhatian, dan skala-skala
sedia ada yang menilai dan mengukur pelbagai keadaan sedar individu.

Item-item yang dibina adalah berkaitan dengan pengalaman dan keadaan pada
setiap hari. Terma-terma yang digunakan adalah terma yang umum diguna pakai
termasuklah variasi kesederan dan perhatian terhadap tindakan, komunikasi
interpersonal, pemikiran, emosi dan keadaan fizikal.

Pada permulaannya, inventori ini dibangunkan dengan 184 item. Namun


begitu, terdapat item-item yang disingkirkan seperti item-item yang berkaitan dengan
sikap dan item-item yang mencerminkan potensi akibat kesedaran. Selain itu, item-
item juga disesuaikan dengan peringkat umur dewasa iaitu mereka yang berumur 18
tahun ke atas. Bahasa dan terma yang digunakan adalah jelas dan tiada maksud
tersirat.

Responden akan menandakan kekerapan mereka mengalami setiap satu


pengalaman dengan menggunakan Skala Likert dari skala 1 (tersangat kerap) hingga
6 (tidak pernah). Dalam usaha untuk mengawal responden daripada menjawab soalan
berdasarkan tindak balas sosial yang diingini, responden diminta untuk menjawab
soalan berdasarkan pengalaman sendiri, atau pengalaman sebenar yang dilalui
berbanding dengan pengalaman yang dinginkan.

2
Penaksiran Individu & Kelompok COU 5610

Item-item yang terdapat dalam inventori ini dibahagikan merentasi domain


kognitif, emosi, fizikal, dan interpersonal.

c) Kesahan dan Kebolehpercayaan Inventori

Kesahan sesuatu alat ujian menggambarkan sejauh mana ujian tersebut


mengukur apa yang sepatutnya diukur (Tuckman 1978). Sesuatu ujian atau alat ukur
dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya atau
keupayaannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Sidek Mohd Noah
1990).

Dalam menentukan kesahan alat ukur atau inventori Mindful Attention


Awareness Scale ini, beberapa siri kajian telah dijalankan untuk menentukan samada
ianya mempunyai kesahan yang tinggi atau sebaliknya. Menggunakan Analisis Faktor
Pemeriksaan, Brown & Ryan (2003), telah mengambil sampel seramai 313 pelajar
sarjana muda untuk meneroka struktur faktor skala yang diperolehi. Kecukupan
persempalen ukuran Kaiser adalah .89.

Memandangkan jumlah item inventori adalah kecil dan setiap item dibahagi
secara normal, kaedah kemungkinan maksimum atau anggaran parameter dipilih.
Analisis faktor penerokaan menggunakan kaedah anggaran faktor utama juga
menunjukkan penyelesaian faktor tunggal yang kuat dan beban faktor yang hampir
sama. Oleh itu, hanya item yang dimuatkan pada faktor pertama dikekalkan.

Kajian mendapati bahawa ke semua 15 item adalah berhubung secara


signifikan dengan faktor dalaman di mana apabila kajian terhadap 327 orang pelajar
universiti dibuat, bacaan alphanya adalah .82 dan begitu juga kajian terhadap 239
populasi dewasa yang diambil secara rawak di US menunjukkan bacaan alpha adalah
.87.

Kobolehpercayaan menurut Mohd. Majid Konting (1990) menyatakan bahawa


ketekalan sesuatu alat ukuran dalam mengukur sesuatu pembolehubah atau gagasan
adalah pengertian bagi konsep kebolehpercayaan ujian atau alat ukuran. Alat ukuran

3
Penaksiran Individu & Kelompok COU 5610

yang mengukur sesuatu pembolehubah atau gagasan dengan tekal dikatakan


mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Murphy dan Davidshover (1998) telah menyebut bahawa objektif mentaksir ilia
pekali kebolehpercayaan adalah untuk menentukan sejauh mana variasi skor
pengukuran di antara dua bahagian skor. Mereka menjelaskan bahawa terdapat
empat kaedah pentaksiran kebolehpercayaan iaitu kaedah berbahagi dua, kaedah uji
dan uji kembali, kaedah bentuk setara, dan kaedah Alpha Cronbach.

Bagi menguji kebolehpercayaan inventori Mindful Attention Awareness Scale


ini, kaedah uji dan uji kembali telah dilaksanakan. Kestabilan skala telah dibuat ke
atas 60 orang pelajar psikologi dalam tempoh lebih empat minggu. Untuk menilai
kebolehpercayaan ujian, analisis komponen varians dilakukan menggunakan SAS
PROC MIXED. Kolerasi antara kelas (bersamaan dengan Pearson r) adalah .81.

Pada indeks kestabilan yang lain, skor ujian diuji sama ada, individu pada
umumnya menerima skor skala yang sama selama penilaian dibuat secara berulang
(Dawis, 2000). Analisis mendapati bahawaa nilai min adalah t(59)= .11. Tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dari skor skala.

Di sini dapat disimpulkan bahawa inventori Mindful Attention Awreness Scale


ini adalah satu alat ukur yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi
dan sesuai untuk digunakan untuk mengukur tahap kesedaran fokus sedar individu
kearah kesejahteraan hidup.

d) Pemarkatan Inventori
Untuk mendapatkan skor, jumlah purata daripada 15 item yang diberikan
dikira. Skor yang lebih tinggi menunjukkan tahap kesedaran yang lebih tinggi. Skor
tinggi adalah di antara 3.0 hingga 6.0. Skor rendah adalah di bawah 3.0. Ini bermakna
individu yang memperolehi skor yang rendah perlu diberi perhatian oleh kaunselor di
mana kaunselor perlu menyedarkan individu tersebut tentang perlunya kesedaran

4
Penaksiran Individu & Kelompok COU 5610

untuk fokus kepada apa yang dilakukan oleh individu tersebut pada satu-satu masa
tertentu.

e) Aplikasi Inventori
Inventori Mindful Attention Awareness Scale ini adalah bertujuan untuk
mengukur tahap kesedaran dan perhatian individu terhadap apa yang dilakukan pada
masa-masa tertentu. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja, berdasarkan kajian-
kajian yang telah dibuat oleh pengkaji, sampel yang digunakan adalah terdiri dari
kalangan pelajar sekolah, pelajar universiti, pesakit kanser, golongan dewasa yang
dipilih secara rawak dan sebagainya.

Relevannya inventori ini boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja (yang berumur
remaja hingga dewasa) adalah kerana tahap kesedaran dan keprihatinan yang rendah
tentang sesuatu keadaan diri akan membawa implikasi yang buruk kepada kesihatan
psikologi individu dan ini membawa kepada kemurungan dan tingkahlaku yang tidak
diingini.

3.0 Ulasan Jurnal

Dipetik dari Kirk Warren Brown & Richard M. Ryan, The Benefits of Being
Present: Mindfulness and Its role in Psychological Well-Being, Journal of Personality
and Social Psychology 2003, Vol. 84, No. 4, 822-848 , menyatakan bahawa kesedaran
tentang perhatian adalah satu perkara yang menyumbang kepada kesejahteraan
psikologi individu. Oleh sebab itu, inventori Mindful Attention Awareness Scale
dibangunkan. Dengan adanya alat ukur ini, tahap kesedaran perhatian individu dapat
diukur dan ia berkait rapat dengan kesedaran diri. Keputusan kajian mereka
mendapati bahawa sifat kesedaran ini boleh menjangkakan tingkahlaku diri yang
terkawal dan keadaan emosi yang positif.

Manakala bagi kajian mereka ke atas pesakit kanser, keputusan mendapati


bahawa semakin tinggi tahap kesedaran pesakit semakin berkurang tahap gangguan
emosi dan stress.

5
Penaksiran Individu & Kelompok COU 5610

Berdasarkan jurnal Jerman Et Al. Mindful Attention Awareness Scale (MAAS):


Psychometric Properties of the French Translation and Explationary of Its Relations
With Emotion Regulation Strategies, Psychological Assessment 2009, Vol. 21, No. 4,
506-5014 pengkaji-pengkaji menggunakan inventori yang diterjemahkan dalam
bahasa Perancis untuk meneroka perhubungan tahap kesedaran perhatian dengan
peraturan emosi kognitif dan simptom-simptom depresi seperti, gangguan emosi serta
menyalahkan diri sendiri. Pengkaji mengesyorkan inventori ini boleh digunapakai
untuk tujuan klinikal dan kajian.

Secara umumnya, inventori Mindful Attention Awareness Scale adalah salah


satu alat ukur yang sesuai untuk digunakan dalam bidang kaunseling bagi
menentukan tahap kesedaran perhatian individu terhadap diri mereka. Bertujuan
untuk mengenalpasti klien atau individu yang cenderung mempunyai simptom-
simptom stress, gangguan emosi dan sebagainya.

Lazimnya, individu yang mengalami kemurungan akan hilang fokus pada aktiviti
kehidupan seharian mereka. Mereka tidak menyedari atau fokus kepada apa yang
mereka lakukan. Akan berlaku pengabaian pada diri sendiri tanpa memikirkan kesan
dan akibat.

4.0 Interpretasi Skor Individu

Berdasarkan skor yang diperolehi daripada hasil menjawab inventori, saya


mendapat skor min sebanyak 4.6 (rujuk lampiran). Ini bermakna saya mempunyai
tahap kesedaran yang tinggi untuk fokus tentang apa yang berlaku pada diri saya
pada masa sekarang. Saya sentiasa memberi perhatian pada perkara-perkara yang
dilakukan setiap hari dan mempunyai matlamat dalam setiap tindakan.

Saya berpendapat setiap individu perlu mempunyai kesedaran dan fokus dalam
menjalani kehidupan seharian mereka. Dengan ini, individu akan sentiasa mempunyai
matlamat dan memahami keperluan emosi untuk kesejahteraan diri.

6
Penaksiran Individu & Kelompok COU 5610

Individu yang memperolehi skor min yang kurang daripada 3, perlu dibantu
untuk meningkatkan tahap kesedaran dan fokus individu supaya mereka dapat
mewujudkan peraturan dan pembangunan diri. Ia juga secara langsung memberi
kesan kepada emosi individu. Semakin tinggi tahap kesedaran, semakin berkurang
kadar stress dan gangguan perasaan.

5.0 Refleksi

Pada pandangan saya, penggunaan inventori ini sangat sesuai digunakan


dalam sesi kaunseling apabila isu yang dibawa oleh klien meibatkan isu-isu seperti
tidak tahu apa sebenarnya hala tuju hidupnya sekarang, merasakan dirinya sentiasa
bersalah, tidak selesa dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam hidup
mereka, tidak tenang dan sebagainya. Inventori ini berperanan untuk mengukur tahap
kesedaran perhatian individu dan ianya penting untuk pembangunan kendiri.

Dengan pengaplikasian inventori ini, kaunselor dapat memberi perhatian dan


tumpuan bagaimana untuk memberi terapi yang sesuai bagi memastikan klien
mencapai kesejahteraan psikologinya. Dalam konteks lain, Mindful Attention
Awareness Scale ini dilihat dapat menyumbang kepada bidang klinikal, iaitu dalam
memastikan tahap kesihatan mental sesorang. Jesteru, seandainya klien mempunyai
tahap kesedaran perhatian yang rendah, dan mungkin boleh menjurus kepada
kemurungan yang serius, kaunselor boleh merujuk klien kepada pakar psikiatrik untuk
mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Secara khususnya, tugasan untuk menterjemahkan inventori dan mengkaji


tentangnya adalah satu tugasan yang sangat bagus untuk dilakukan. Ini adalah kerana
secara tidak langsung kita belajar untuk memahami sesuatu inventori itu dibangunkan
adalah dengan tujuan yang tertentu dalam bidang psikologi dan kaunseling.

Interpretasi skor saya dalam inventori ini, menunjukkan saya seorang yang
stabil dari segi kesedaran perhatian dan ianya berketepatan dengan diri saya pada

7
Penaksiran Individu & Kelompok COU 5610

masa sekarang. Saya sentiasa sedar dan fokus kepada apa yang berlaku dan apa yang
dilakukan.

Kesimpulannya, penggunaan inventori yang sesuai dalam bidang kaunseling


dan psikologi adalah sangat penting untuk memastikan segala proses pemulihan atau
sesi dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai