Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN SESI 1

Nama Klien : KK01 Aida/Aina/Bella/Dayah/Mai/Mia/Puteri

Tarikh : 4 April 2019


Masa : 5.00 petang

Subjektif
 Ahli kelompok memperkenalkan diri dan serba sedikit latar belakang keluarga
masing-masing
 Ahli kelompok 1 (Aida) – Asal Tepoh,Terengganu, 14 Tahun
Ahli kelompok 2 (Aina) – Asal Kampung Baru Gong Datuk, 14 Tahun
Ahli kelompok 3 (Bella) – Asal Kuala Terengganu, 14Tahun
Ahli kelompok 4 (Dayah) – Asal Batu Rakit, Terengganu, 14 Tahun
Ahli kelompok 5 (Mai) – Asal Bukit Tunggal, Terengganu, 14 Tahun
Ahli kelompok 6 (Mia) – Asal Mengabang Panjang, Terengganu, 14Tahun
Ahli kelompok 7 (Puteri) – Asal Kampung Teluk Menara Manir, 14 Tahun

 Kesemua ahli menceritakan juga tentang impian dan cita-cita mereka


 Ahli kelompok 1 (Aida)
Cita-cita:Cikgu
Impian: Ingin membawa ibu dan ayah menunaikan haji
 Ahli kelompok 2 (Aina)
Cita-cita: Doktor
Impian: Berjaya dalam peperiksaan dan ingin membawa ibu dan ayah
menunaikan haji
 Ahli kelompok 3 (Bella)
Cita-cita: Doktor
Impian: Inginkan dirinya dan keluarga berjaya dunia akhirat
 Ahli kelompok 4 (Dayah)
Cita-cita: Cikgu
Impian: Ingin lulus PT3
 Ahli kelompok 5 (Mai)
Cita-cita: Doktor
Impian: Ingin membantu ibu dan ayah
 Ahli kelompok 6 (Mia)
Cita-cita: Chef
Impian: Ingin membawa ibu bapa ke mekah
 Ahli kelompok 7 (Puteri)
Cita-cita: Cikgu
Impian: Bahagiakan keluarga

 Ahli kelompok menyatakan tentang apa yang disukai dan tidak disukai.
 Ahli kelompok 1 (Aida)
Suka: Baca novel dan menyanyi
Tidak suka: Gaduh dengan orang
 Ahli kelompok 2 (Aina)
Suka: Meluangkan masa dengan keluarga dan bersolek
Tidak suka: Cari pasal dengan orang dan tak suka adik beradik bergaduh
 Ahli kelompok 3 (Bella)
Suka: Makan dan menyanyi lagu-lagu KPOP
Tidak suka: Perampas barang orang dan tempat yang kotor
 Ahli kelompok 4 (Dayah)
Suka: Pemandangan yang indah dan makan
Tidak suka: Bergaduh dengan adik dan tempat kotor (bersepah)
 Ahli kelompok 5 (Mai)
Suka: Berjalan-jalan dengan motor dan main handphone
Tidak suka: Bau busuk dan orang ambil barang tanpa minta izin
 Ahli kelompok 6 (Mia)
Suka: Tempat bersih dan baca novel
Tidak suka: Bersepah, tempat kotor dan bergaduh dengan orang
 Ahli kelompok 7 (Puteri)
Suka: Melukis
Tidak suka: Tempat kotor (air tumpah)

Objektif
 Semasa menjalankan sesi, ahli kelompok kelihatan agak malu-malu untuk
menceritakan tentang diri mereka. Ini kerana walaupun mereka telah mengenali
antara satu sama lain, mereka masih tidak mengenali dengan ketua kelompok
 Kesemua ahli kelompok saling bantu membantu antara satu sama lain apabila
terdapat ahli lain yang malu-malu untuk bercerita.
 Kesemua ahli kelompok dilihat bersemangat dan ceria bercerita.

Penilaian
 Oleh kerana ini sesi yang pertama, kaunselor hanya ingin mewujudkan perhubungan
dan saling mengenali secara mendalam dengan ahli kelompok.
 Kaunselor mendapati ahli kelompok agak sukar diteroka dan sukar untuk bercerita
jika tidak disoal.

Perancangan
 Kaunselor menggalakkan setiap ahli untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi.
 Kaunselor menjangka akan meneroka isu sebenar yang ingin dibincangkan pada
sesi yang seterusnya.
 Sesi susulan. (11 April 2019)

Nama Kaunselor :
Aznida Suhani Jailani

Tarikh : 4 April 2019

Tandatangan :
LAPORAN SESI 2

Nama Klien : KK02 Aida/Aina/Bella/Dayah/Mai/Mia/Puteri

Tarikh : 11 April 2019


Masa : 5:00 petang

Subjektif
 Ahli kelompok masih lagi bersikap difensif untuk berkongsi tentang perasaan
mereka.
 Ahli kelompok satu menyatakan dirinya gembira kerana sudah hampir dengan
hujung minggu dan tak perlu fikirkan tentang sekolah.
 Ahli kelompok kedua berkongsi perasaan sedih dan gembira, namun tidak mahu
berkongsi sebabnya dengan ahli kelompok yang lain.
 Ahli kelompok ketiga rasa biasa-biasa sahaja.
 Ahli kelompok keempat merasa tenang kerana sudah hampir dengan cuti hujung
minggu.
 Ahli kelompok kelima gembiira kerana kerja sekolah tidak banyak
 Ahli kelompok keenam juga seperti ahli kelompok ke tiga, merasakan perasaan
yang biasa-biasa sahaja.
 Ahli kelompok ketujuh rasa gembira namun tidak mahu berkongsi dengan ahli
kelompok tentang kegembiraannya itu.
 Ahli kelompok ketiga telah mengeluarkan isunya sewaktu kaunselor membuat
teknik making the round. Dia menceritakan bahawa dia tidak bahagia apabila dia
depression. Dan ini akan menyebabkan dia menyakiti dirinya sendiri. Ia bermula
ketika di zaman kanak-kanaknya dia melihat bapanya mencekik ibunya. Ahli
kelompok ini juga menyatakan dia sebenarnya tidak suka dihantar ke asrama.

Objektif
 Ahli kelompok saling menyokong dan memberi perhatian kepada isu ahli kelompok
tiga.
 Ahli kelompok tiga bercerita dengan agak beremosi dan kaunselor mendapati dia
sedang cuba mengawal emosinya

Penilaian
 Menggunakan Teori Gestalt yang melihat kepada here and now dan juga
unfinished business.
 Menggunakan Teknik Making The Round
 Berdasarkan konsep here and now, kaunselor mendapati ahli kelompok secara
keseluruhannya menyedari tentang perasaan semasa mereka.
 Ahli kelompok juga tidak mempunyai isu yang boleh mengganggu emosi dan
tingkah laku mereka kecuali ahli kelompok tiga yang berpotensi untuk
mencederakan dirinya sendiri dan juga orang lain (retroflection).
 Ahli kelompok 3 dilihat mempunyai unfinished business dengan keluarga,
terutama sekali dengan bapanya. Ahli kelompok juga tidak suka dihantar untuk
tinggal di asrama.

Perancangan
 Melaporkan kepada pihak pengurusan asrama tentang keadaan ahli kelompok ke
tiga untuk tindakan pengurusan asrama, di mana ahli kelompok tiga boleh dibawa
kepada psikologis untuk didiagnos tahap depression ahli tersebut.
 Sesi susulan (18 April 2019)

Nama Kaunselor :
Aznida Suhani Jailani

Tarikh : 11 April 2019

Tandatangan :
LAPORAN SESI 3

Nama Klien : KK03 Aida/Aina/Bella/Dayah/Mai/Mia/Puteri

Tarikh : 18 April 2019


Masa : 5 petang

Subjektif
 Ahli kelompok memilih untuk membincangkan isu perhubungan dengan senior di
asrama
 Ahli kelompok menyatakan perasaan marah, geram dan tidak puas hati terhadap
senior berkenaan.
 Ahli kelompok menceritakan bahawa terdapat seorang senior yang selalu mencari
kesalahan mereka.
 Ahli kelompok satu menyatakan tidak suka dengan keadaan di mana senior itu
hanya berbaik dengan pelajar-pelajar yang cantik sahaja.
 Ahli kelompok tiga menyokong apa yang diperkatakan oleh ahli kelompok satu
 Ahli kelompok tiga menceritakan pengalamannya dimarah oleh senior terbabit
ketika beratur di dewan makan untuk membasuh tray makanan. Ahli kelompok tiga
diherdik kerana lambat membasuh tray. Ahli kelompok tidak membalas perbuatan
senior berkenaan, tetapi setelah naik ke bilik, ahli kelompok tiga telah mencucuk
kakinya dengan pen untuk melepaskan rasa marahnya.
 Ahlli kelompok lima dan enam memberitahu bahawa mereka memujuk dan
meredakan kemarahan ahli kelompok tiga. Dan mereka berdua sama-sama
menangis dan memberi kata-kata semangat kepada ahli kelompok tiga.

Objektif
 Perkongsian dibuat oleh ahli kelompok lebih terbuka dan selesa
 Semua ahli kelompok bekerjasama dalam menyampaikan isu yang dihadapi
 Masing-masing mempelajari sesuatu sepanjang sesi kaunseling kelompok
berlangsung pada hari ini.

Penilaian
 Ahli kelompok berkongsi tentang perasaan dan tingkahlaku masing-masing
terhadap isu.
 Ahli kelompok menyedari bahawa ada sesetengah keadaan yang berlaku
disekeliling mereka tidak dapat dielakkan dan perlu kepada bagaimana ahli
kelompok menjadikan pengalaman tersebut sebagai pengajaran ke arah yang lebih
positif.
 Semua ahli kelompok memahami dan belajar sesuatu daripada ahli kelompok.

Perancangan
 Sesi susulan membuat Art Therapy (lukisan diri sendiri) untuk membawa kesedaran
pada ahli kelompok tentang kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri mereka.
 Sesi susulan (3 Mei 2019)

Nama Kaunselor :
Aznida Suhani Jailani

Tarikh : 18 April 2019

Tandatangan :
LAPORAN SESI 4

Nama Klien : KK04 Aida/Aina/Bella/Dayah/Mai/Mia/Puteri

Tarikh : 3 Mei 2019


Masa : 10 pagi

Subjektif
 Ahli kelompok melukis diri sendiri dan menceritakan apa yang disukai pada diri
mereka.
 Ahli kelompok 1 (Aida)
Suka: Pipi kerana rasa pipinya sering mendapat pujian dari rakan
 Ahli kelompok 2 (Aina)
Suka: Rambutnya panjang dan cantik.
 Ahli kelompok 3 (Bella)
Suka: Rambut dan mulut. Merasakan mulutnya seksi dan menarik.
 Ahli kelompok 4 (Dayah)
Suka: Rambut dan hidung mancung.
 Ahli kelompok 5 (Mai)
Suka: Rambut panjang
 Ahli kelompok 6 (Mia)
Suka: Rambut panjang
 Ahli kelompok 7 (Puteri)
Suka: Rambut berwarna sedikit putih keperangan

 Kebanyakan ahli kelompok mula menyedari akan kelebihan diri masing-masing


apabila berlaku perbincangan dan perkongsian.
 Ahli kelompok memberi refleksi sepanjang mereka menjalani sesi kaunseling
kelompok.
 Ahli kelompok empat menceritakan dia pernah diejek mempunyai kulit yang gelap
dan dia membalasnya dengan positif, dengan menyatakan hitam-hitam pun manis.

Objektif
 Berkomunikasi dengan nada yang baik.
 Semua ahli kelompok ceria dan aktif berkongsi.
 Masing-masing mempelajari sesuatu sepanjang sesi kaunseling kelompok
berlangsung.

Penilaian
 Ahli kelompok berkongsi tentang perasaan dan pengalaman masing-masing
berdasarkan lukisan yang dibuat.
 Ahli kelompok dapat menentukan tingkahlaku yang sesuai apabila berhadapan
dengan perasaan yang tidak menyenangkan.
 Semua ahli kelompok memahami dan belajar sesuatu daripada ahli kelompok.

Perancangan
 Follow up hasil perkembangan ahli kelompok.
 Art Therapy (Clay) untuk melihat perkembangan interaksi dan perkembangan
perasaan positif.
 Sesi susulan (3 Mei 2019-petang)

Nama Kaunselor :
Aznida Suhani Jailani

Tarikh : 3 Mei 2019

Tandatangan :
LAPORAN SESI 5

Nama Klien : KK01 Aida/Aina/Bella/Dayah/Mai/Mia/Puteri

Tarikh : 3 Mei 2019


Masa : 3 petang

Subjektif
 Ahli kelompok membincangkan kesesuaian tindakan baru yang dilakukan bagi
mengatasi perasaan marah atau geram seperti isu yang dibincangkan dalam sesi
tiga.
 Kebanyakan ahli kelompok mula menyukai tindakan baru yang dibincangkan bagi
menangani perasaan dan tingkah laku yang tidak sepatutnya dan ingin meneruskan
tindakan tersebut dalam kehidupan seharian mereka.
 Ahli kelompok memberi refleksi sepanjang mereka menjalani sesi kaunseling
kelompok.
 Ahli kelompok menyatakan bahawa banyak perkara yang boleh menggembirakan
perasaan mereka dalam hidup.
 Penceritaan tentang barang-barang yang ahli kelompok suka dengan menggunakan
tanah liat.
 Ahli kelompok menyatakan kegembiraan mereka dengan sesi yang dijalankan
selama lima sesi kerana akhirnya mereka rasa lega kerana dapat meluahkan dan
tahu bagaimana untuk menerima diri mereka seperti mana mereka sekarang.

Objektif
 Berkomunikasi dengan nada yang baik.
 Semua ahli kelompok ceria dan aktif berkongsi.
 Masing-masing mempelajari sesuatu sepanjang sesi kaunseling kelompok
berlangsung.

Penilaian
 Ahli kelompok berkongsi tentang pengalaman masing-masing.
 Ahli kelompok mempunyai kesedaran tentang perasaan mereka sendiri dan tahu
untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian.
 Semua ahli kelompok memahami dan belajar sesuatu daripada ahli kelompok.
 Ahli kelompok bertindak menyokong dan membantu satu sama lain di mana ini
merupakan interaksi yang positif dengan persekitan dan khususnya pada ahli
kelompok yang lain.
Perancangan
 Follow up hasil perkembangan ahli kelompok.
 Sesi ditamatkan.

Nama Kaunselor :
Aznida Suhani Jailani

Tarikh : 3 Mei 2019

Tandatangan :

Anda mungkin juga menyukai