Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Tajuk Modul : Buang Sayang dan Jasamu di Kenang


1.1 Tema : Motivasi

2.0 Sasaran Modul: Pelajar tingkatan 4 (asrama penuh)

3.0 Objektif Modul

3.1 Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tentang pengorbanan ibu dan
ayah serta keluarga.
3.2 Melahirkan individu yang penyayang terhadap orang lain serta rasa
bersyukur di atas apa yang dianugerahkan untuk dirinya.
3.3 Menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga.
3.4 Menyedarkan mereka bahawa ada insan lain yang menaruh harapan dan
menyayangi diri mereka.

4.0 Falsafah atau Pengajaran yang diperoleh daripada Modul

4.1 Peserta berani mengakui kesilapan diri sendiri.


4.2 Melahirkan pelajar yang seimbang daripada segi emosi, intelek, rohani,
jasmani dan berketrampilan.
4.3 Peserta dapat menginsafi setiap perbuatan yang telah mereka lakukan
kepada insan yang mereka sayangi.
4.4 Membantu pelajar celik akal dan memandang setiap pengorbanan yang
dilakukan oleh insan lain terhadap dirinya.
5.0 Alat / Bahan yang digunakan

 Pen/ pensil
 Kertas A4
 Labtop atau Komputer Riba
 Tisu jika perlu.

6.0 Masa yang Diperuntukkan

 1jam

7.0 Sinopsis Ringkas

Modul ini mempunyai dua bahagian aktiviti iaitu :-

7.1 Buang Sayang


7.2 Jasa Mu Dikenang

7.1 Buang Sayang

 Peserta dibekalkan dengan sekeping kertas A4.


 Peserta dikehendaki melipat kertas tersebut kepada 4 bahagian, kemudian
bahagian tersebut dipotong.
 Fasilitator meminta peserta menulis perkataan pada setiap helaian, iaitu
 Helaian pertama – Ayah
 Helaian kedua – Ibu
 Helaian ketiga – Orang yang paling disayangi selain
daripada ayah dan ibu.
 Fasilitator meminta peserta untuk membuang salah satu daripada tiga kering
kertas tersebut.
 Peserta diminta tidak menunjukkan apa yang dibuang kepada ahli yang lain.
 Setelah semua peserta membuat keputusan, salah seorang daripada mereka
diminta untuk meyatakan apa yang telah dibuangnya.
 Fasilitator bertanya mengapa mereka memilih untuk membuang kertas
tersebut, perasaan dan rasionalnya mengapa dia tidak membuang kertas yang
lain.
 Lakukan sehingga semua peserta menyatakan keputusan masing-masing
 Masa antara 30-40 minit.

7.2 Jasamu dikenang

 Fasilitator membawa peserta untuk mengingati semula pengorbanan dan jasa


ibu ayah dalam kehidupan peserta.
 Fasilitator menayangkan video kelahiran masihi untuk proses penghayatan
oleh peserta.
 Pelajar diminta untuk menutup mata sambil memikirkan apa yang telah
diarahkan oleh fasilitator.
 Fasilitator memberi masa kepada peserta untuk mengenang kembali apa yang
telah dilakukan oleh mereka terhadap ibu bapa dan apa harapan mereka pada
masa hadapan untuk kedua ibu dan ayah mereka.
 Peserta diminta untuk membuka mata kemudian menarik nafas dan
melepaskannya secara perlahan-lahan.
 Setelah keadaan menjadi tenang, peserta diminta untuk meluahkan
perasaannya terhadap ayah dan ibu mereka dan mengandaikan bahawa kedua
ibu dan ayah peserta berada dihadapan mereka ketika itu.
 Fasilitator akan mengawal situasi semasa terapi dijalankan.

8.0 Kaedah Modul

8.1 Peluahan keputusan


Peserta akan menyatakan keputusan yang telah dibuat dalam aktiviti
“buang sayang”. Selain itu, mereka akan menceritakan mengapa dia
membuat keputusan tersebut dan bagaiman perasaan ketika membuat
keputusan serta apa yang dia fikirkan tentang pilihan yang telah dibuat.

8.2 Memberi pendapat atau pandangan


Para peserta akan saling bertukar pendapat antara satu sama lain. Di sini
para peserta akan saling berinteraksi dan mengeluarkan pendapat dan
pandangan antara satu sama lain. Selain itu, mereka akan menceritakan
dan meluahkan segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Di
samping itu, ahli kelompok akan berbincang penyelesaian yang dihadapi
oleh seorang ahli kelompok. Hal ini memberikan sokongan moral kepada
peserta yang lain.

8.3 Main peranan


Setiap ahli kelompok akan memainkan peranan masing-masing sebagai
seorang pendengar yang berkesan dan sebagai seorang peserta dan kawan.
Ahli kelompok akan saling memainkan peranan penting dalam kelompok.

8.4 Konfrontasi
Kemahiran ini digunakan apabila fasilitator menjalankan aktiviti “buang
sayang” dimana fasilitator mahu mengetahui perasaan peserta apabila
diminta untuk memilih kad yang hendak dibuang.

8.5 Respons
Setiap peserta dalam kelompok akan memberi tindak balas terhadap apa
yang diperkatakan oleh ahli lain yang telah membuat pilihan. Ini akan
menggalakkan peserta meluahkan perasaan dan permasalahan yang
dihadapi oleh mereka.
9.0 Perlaksanaan Aktiviti

 Para peserta di beri kebebasan untuk menentukan kedudukan mengikut keselesaan


sendiri tapi masih mempunyai ruang yang memisahkan dengan peserta lain di antara
satu sama lain.
 Peserta dibekalkan dengan sekeping kertas A4.
 Peserta dikehendaki melipat kertas tersebut kepada 4 bahagian, kemudian bahagian
tersebut dipotong. Hanya tiga bahagian yang digunakan.
 Fasilitator meminta peserta menulis perkataan pada setiap helaian, iaitu
 Helaian pertama – Ayah
 Helaian kedua – Ibu
 Helaian ketiga – Orang yang paling disayangi selain
daripada ayah dan ibu.

 Fasilitator meminta peserta untuk membuang salah satu daripada tiga kering
kertastersebut. Masa yang diberikan adalah 3 minit untuk peserta membuat
keputusan.
 Peserta diminta tidak menunjukkan apa yang dibuang kepada ahli yang lain.
 Setelah semua peserta membuat keputusan, salah seorang daripada mereka diminta
untuk meyatakan apa yang telah dibuangnya.
 Fasilitator bertanya mengapa mereka memilih untuk membuang kertas tersebut,
perasaan dan rasionalnya mengapa dia tidak membuang kertas yang lain.
 Minta pandangan dan komen daripada ahli yang lain.
 Lakukan sehingga semua ahli membentangkan kertas yang dibuangnya.
 Masa antara 30-40 minit.
 Fasilitator membawa peserta untuk mengingati semula pengorbanan dan jasa ibu ayah
dalam kehidupan peserta.
 Fasilitator menayangkan video kelahiran masihi untuk proses penghayatan oleh
peserta. Peserta dikehendaki menghayati video tersebut untuk mengenang kembali
pergorbanan ibu yang telah mengandung, melahirkan, dan membesarkan mereka.
 Pelajar diminta untuk menutup mata sambil menghayati lagu yang didengarkan dan
memikirkan apa yang telah diarahkan oleh fasilitator.
 Fasilitator memberi masa kepada peserta untuk mengenang kembali apa yang telah
dilakukan oleh mereka terhadap ibu bapa dan apa harapan mereka pada masa hadapan
untuk kedua ibu dan ayah mereka.
 Proses penghayatan di sertakan dengan dendangan lagu “Ayah dan Ibu”.
 Peserta diminta untuk membuka mata manakala fasilitator akan mengedarkan tisu jika
perlu dan peserta diminta untuk menarik nafas dan melepaskannya secar perlahan-
lahan.
 Setelah keadaan menjadi tenang, peserta diminta untuk meluahkan perasaannya
terhadap ayah dan ibu mereka dan mengandaikan bahawa kedua ibu dan ayah peserta
berada dihadapan mereka ketika itu.
 Aktiviti diiringi dengan lagu2 yang berkaitan.
 Fasilitator akan mengawal situasi semasa terapi dijalankan.
 Fasilitator memberikan peserta 5 minit untuk kembali mengawal emosi dan
mendengarkan lagu.
 Fasilitator mengedarkan lirik lagu ramaja kepada peserta
 Setelah keadaan menjadi tenang kembali, peserta diminta untuk menyanyikan lagu
remaja beramai-ramai.
 Fasilitator meminta peserta duduk di dalam bulatan untuk membincangkan tentang
aktiviti yang telah dijalani sambil meminta pendapat, cadangan dan komen mereka
serta apa yang mereka dapat dari aktiviti tersebut dan perasaan mereka selepas
menjalani aktiviti yang dijalankan.
 Fasilitator menyatakan objektif modul sebagai penutup modul yang dijalankan.
Cerita untuk tajuk modul Jasamu di Kenang

“Boleh saya lihat bayi saya”, pinta seorang ibu yang melahirkan penuh
kebahagiaan ketika dukungan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang
membungkus wajah bayi lelaki yang mungil itu, ibu itu menahan sebak, menarik nafas
panjang, “Ya Allah, bayiku. Permata hatiku tiada kedua-dua belah telinga”.

Hari berganti hari, waktu membuktikan bayi yang tidak sempurna tumbuh
membesar dengan penuh kasih sayang. Hanya penampilannya sahaja kelihatan hodoh.
Satu hari, anak itu bergegas pulang ke rumah dan terus memeluk ibunya. Sambil
menangis anak itu berkata “Sabar sayang, tak pe nak...mak akan cuba merubah diri adik,
pedulikan kata orang yang penting ibu tetap sayangkan adik”.

Anak lelaki itu tumbuh dewasa, “ia cukup tampan dengan cacatnya”. Ia juga turut
disukai teman-teman di sekolah. Petah berkata-kata merupakan satu sinar dan bakat yang
wujud dalam diri anak itu. Anak itu ingin menjadi seorang pemidato dan menjadi seorang
diplomat yang berjaya. Namun, kecacatan telah melemahkan semangatnya.

Hati seorang ibu tersentuh. “Bang, kesian anak kita bang terpaksa korbankan cita-
citanya kerana dia malu dengan kecacatan yang ada dalam dirinya”, luah ibu kepada
suaminya. Suatu hari ayah anak itu bertemu dengan seorang doktor yang boleh memberi
sepasang telinga untuk anaknya. Doktor itu berkata “ saya rasa saya boleh memindahkan
sepasang telinga untuknya tetapi harus ada seseorang yang bersedia mendermakan telinga
kepada anak awak”. Kemudian, orang tua kepada anak lelaki tersebut mula mencari siapa
yang mahu mengorbankan dan mendermakan telinga untuk anaknya. Beberapa bulan
sudah lalu, tibalah saatnya mereka memanggil anak lelakinya. “ Nak, seseorang yang
tidak ingin dikenali telah bersedia mendermakan telinga untukmu”. “Tak lama lagi anak
ayah ini makin tampan”, kata ayah itu.

Pembedahan berjalan dengan lancar, lahir seorang lelaki dengan sepasang telinga
yang baru. Beberapa tahun kemudian, anak itu pun menikah dan telah menjadi seorang
diplomat yang berjaya. Namun, anak itu tidak pernah menghubungi orang tuanya. Naluri
ibu telah mendorong untuk menelefon anaknya. Satu hari, ibu itu menelefon anaknya.
“Assalamualaikum nak, nak apa khabar” soal ibu kepada anaknya. Waalaikumsalam,
siapa ni”, jawab anaknya. “ Ni mak nak, mak kau”. “mak, aku dah tak ada mak, mak aku
dah lama mati”, jawab anak itu dengan penuh kehinaan. “Ya Allah, inikah balasan kau
terhadap mak mu”.

Selepas tahun berganti tahun, rahsia tetap disimpan. Hinggala satu hari tibalah
saat yang meyedihkan bagi keluarga itu. Deringan telefon mengejutkan anak itu.
“Assalamualaikum nak, ini ayahmu, Nak, mak mu dah tak ada”, luahan seorang ayah. Di
hari itu, ayah kepada anak lelaki itu duduk ditepi jenazah isterinya yang baru sahaja
meninggal dunia. Dengan perlahan dan lembut, si ayah membelai rambut jenazah itu
yang terbujur kaku, lalu menyelak sehingga menampakkan si ibu tidak memiliki kedua-
dua belah telinga. Anak itu terperanjat melihat seorang ibu yang hilang kecantikkannya
semata-mata untuk memberikan kebahagiaan untuk anaknya. “Mak, ampunkan adik mak,
adik banyak berbuat dosa kepada mak”, jerit anak itu.
REMAJA

Remaja….
Ingatlah masa depanmu
Janganlah kau terleka
Di masa remaja

Kenanglah jasa
Ibu dan ayahmu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

Gunakanlah masa yang ada


Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad dihati
Memajukan diri

Tiada kejayaan yang datang


Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian

Jadilah warga yang berguna


Pada keluarga, masyarakat jua Negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu
Hidupmu 2x

Anda mungkin juga menyukai