Anda di halaman 1dari 3

MODUL: PENYESUAIAN DIRI

Tajuk aktiviti:
Apa nak Buat?

Sasaran:
Minggu orientasi pelajar Semester 1

Sinopsis:
Aktiviti ini penting bagi pelajar yang baru menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan yang
baru contohnya permulaan tinggal di asrama atau permulaan pengajian di tingkatan enam.
Pelajar perlu bersedia dengan satu situasi baru yang akan mereka tempuhi. Mereka tidak
perlu segan atau takut untuk mengemukakan pendapat. Setiap individu perlu belajar tentang
kehidupan membina perhubungan mesra dengan individu yang baru mereka kenali, membina
hubungan kekeluargaan serta berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Objektif modul:
-Belajar mengawal diri,emosi, dan berfikiran kreatif setiap masa.
-Supaya pelajar sentiasa bersedia menghadapi satu situasi baru.

Kaedah pengendalian modul:


1) Penyegar minda:
Digunakan sebagai alat penggerak untuk ahli berbincang sesuatu matlamat atau objektif
dengan bantuan fasilitator. Merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan serta bertujuan
supaya ahli kelompok bergerak, berfikir dan berseronok.

2)Simulasi:
Merupakan permainan yang menyediakan suasana yang hampir serupa dengan keadaan yang
sebenarnya. Proses pembelajaran yang aktif dan setiap ahli mengambil bahagian.
Menggalakkan ahli merasai sendiri apa yang difikirkan dan tidak hanya menggambarkan
sahaja.
Alatan atau bahan:
Kertas A4 kosong

Masa:
Tidak ditetapkan secara khusus

Perlaksanaan aktiviti:
Aktiviti 1
1) Fasilitator memulakan dengan aktiviti penyegaran minda dimana tiga arahan akan
dikemukakan dan diminta ahli kelompok mengatur diri dalam masa 30 saat. Arahan yang
dikemukan adalah:
a) Yang paling tinggi adalah di belakang dan yang paling rendah di hadapan.
b) Yang tua dibelakang dan yang muda di hadapan.
c) Susun diri mengikut anak keberapa dalam keluarga. Anak pertama di hadapan dan
anak bongsu dibelakang.
Aktiviti 2
2) Untuk perlaksanaan aktiviti, ahli kelompok dibahagi kepada empat kumpulan kecil yang
diwakili oleh tiga orang.
3) Aktiviti dimulakan dengan fasilitator mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh
seorang pelajar. Contohnya:

“Ahli kelompok cuba membayangkan dalam keadaan terdesak seperti sekarang, contohnya
banyak assigment yang kena hantar pada minggu ini dan tarikh akhir adalah pada esok hari.
pensyarah terpaksa tegas dan garang kerana mengikut standard ISO. Ahli kumpulan tidak
memberi komitmen dan menyerahkan tugas kepada anda kerana menganggap anda adalah
yang terbaik. Anda pula mendapat tahu ayah anda di kampung dimasukkan ke wad. Dalam
masa yang sama kawan baik anda minta menemaninya membaiki komputernya yang rosak
dan pulang kolej pada pukul 3 pagi. Esoknya anda pergi kuliah pada awal pagi dengan
keadaan bercelaru disebabkan assigment tidak siap, mengantuk,risau keadaan ayah di
kampung. Dalam masa yang sama pensyarah meminta anda berucap di hadapan khalayak
ramai sedangkan anda tidak bersedia.”

4) Fasilitator meminta salah seorang dari ahli kumpulan bercakap tentang apa sahaja tajuk
yang dikemukakan dalam keadaan tidak bersedia. Tengok reaksi mereka.
5) Selepas itu, ahli kumpulan diminta membincangkan tentang reaksi kawan-kawan mereka
dan bincangkan apa sepatutnya dibuat jika berada dalam keadaan tersebut dan cara untuk kita
sentiasa bersedia.
6) Wakil dari ahli kumpulan diminta membentangkan dihadapan kelompok.

Falsafah dan pengajaran:


1) Sentiasa bersedia dan dapat menyesuaikan diri walau dimana sahaja berada dan bagaimana
pun keadaannya.
2) Kekuatan jasmani dan emosi adalah penting dalam kehidupan.
 

Anda mungkin juga menyukai