Anda di halaman 1dari 6

3.1.1 Kaedah Simulasi Kaedah simulasi adalah sesuai digunakan dalam P&P berteraskan strategi pengajaran berasaskan tugasan.

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasisituasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal. Menurut Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu melalui tugasan dalam simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu aspek atau bidang. Terdapat beberapa ciri kaedah simulasi. Pertama, simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Murid belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. Kedua, dalam kaedah simulasi, peranan murid agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan. Ketiga, murid dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut Joyce et al. (2002) dalam Noriati (2009), model simulasi mengandungi empat fasa iaitu orientasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan. Fasa orientasi merupakan fasa guru mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi serta memberikan gambaran umum tentang aktiviti dalam simulasi. Dalam fasa kedua, murid akan diperkenalkan tentang peraturan, peranan murid, prosedur, cara mendapat skor serta matlamat simulasi. Guru akan mengagihkan peranan kepada setiap murid supaya mereka mengetahui peranan mereka. Murid-murid akan mula melakukan simulasi dalam fasa yang ketiga. Pada fasa ini, guru akan bertindak sebagai pengadil dan jurulatih. Guru juga boleh memberhentikan proses simulasi buat seketika bagi mendapatkan maklum balas daripada murid, menilai prestasi dan memperjelas salah tanggapan yang berlaku semasa proses simulasi. Selepas murid-murid menjalankan proses simulasi, guru hendaklah membuat perbincangan bersama murid tentang hasil pembelajaran dan refleksi daripada hasil aktiviti yang telah dijalankan. Ini adalah merupakan fasa yang keempat. 3.1.2 Aplikasi Kaedah Simulasi Bagi Mengajar Subjek Bahasa Melayu Tahun 6. Katakan seorang guru yang ingin mengajar subjek bahasa Melayu tahun 6 dalam tajuk penulisan karangan jenis cerita. Pertama, guru akan memberikan salam kepada muridmurid dan mengambil kedatangan murid-murid. Guru bertanyakan khabar dengan

murid-murid dan meminta mereka bersedia untuk meneruskan pembelajaran. Guru meminta semua murid untuk datang ke hadapan untuk mengambikkertas undian kumpulan yang terdiri daripada nombor 1 hingga 6. Kemudian, guru memberitahu murid supaya berada dalam kumpulan mengikut nombor yang mereka dapat. Cara pembahagian kumpulan ini membantu murid untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mencari ahli kumpulan masing-masing. Kumpulan yang berjaya dibentuk dahulu diberi pujian dan hadiah oleh guru manakala kumpulan yang terakhir yang dapat dibentuk dikenakan denda untuk menyanyikan sebuah lagu. Melalui cara ini, murid akan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Peneguhan dan hukuman yang diberikan oleh guru ini amat berkait rapat dengan teori pelaziman operan B.F. Skinner. Dalam teori Skinner, peneguhan dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan negatif. Hukuman juga dibahagikan kepada dua iaitu hukuman beri dan hukuman tarik. Hukuman beri mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang diberikan manakala hukuman tarik mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik (Noriati, 2009). Dalam kes tadi, kumpulan terakhir yang dapat dibentuk dikenakan hukuman beri iaitu mereka terpaksa menyanyikan sebuah lagu. Proses pengajaran diteruskan dengan perlantikan seorang ketua bagi setiap kumpulan. Pemilihan ketua kumpulan adalah berdasarkan tarikh lahir. Murid yang paling tua automatik dilantik menjadi ketua. Kemudian, ketua kumpulan diminta untuk mencabut kad tugasan daripada guru. Dalam kad tersebut tercatat situasi-situasi yang perlu dilakonkan oleh murid bagi setiap kumpulan. Dalam masa yang ditetapkan, murid-murid perlu berbincang antara ahli kumpulan tentang watak-watak yang yang diperlukan. Guru perlu memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti perbincangan ini. Kemudian, setiap kumpulan diminta melakonkan situasi-situasi yang dikehendaki dalam kad tugasan tadi dalam bentuk simulasi. Kumpulan yang tidak terlibat semasa simulasi dikehendaki mencatat idea-idea yang dikeluarkan oleh kumpulan yang melakukan simulasi. Proses ini diulang kepada kumpulan yang lain pula. Selepas simulasi tamat, guru memberikan pujian bagi membangkitkan semangat muridmurid. Guru membuat refleksi bersama pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan. Di akhir pengajaran, guru meminta murid menulis satu karangan berbentuk cerita berdasarkan mana-mana simulasi yang telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Guru menetapkan supaya murid-murid menyiapkan tugasan ini di rumah dan murid dikehendaki menghantar karangan ini pada keesokan harinya.

3.2 IMPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN

Pertama, kaedah simulasi membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini demikian kerana dalam kaedah simulasi, semua murid perlu memberikan idea secara verbal. Kedua, kaedah simulasi membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif. Kaedah simulasi membolehkan murid berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. Kaedah simulasi ini juga dapat membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran menjawab, dimana para pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bantahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti Sains : "Simulasi Keperluan Asas Tumbuhan"

Pengenalan Aktiviti simulasi melibatkan pergerakan pelajar secara aktif dan akan "menyentuh" pelajar apabila mereka terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Cubalah aktiviti simulasi di bawah dan mulakannya untuk membawa kepada topik keperluan asas tumbuhan.

Apa yang diperlukan? Pelajar sukarelawan Prop khas (topeng bunga, daun kad manila, bekas penyiram air, matahari, plastik alas meja) Apa yang perlu dibuat? 1. Sebelum kelas bermula, tawarkan kepada pelajar tentang peluang untuk melibatkan diri di dalam simulasi ini. 2. Bahagikan pelajar kepada dua kumpulan, kumpulan pertama ialah "pokok yang dijaga". Kumpulan kedua pula mewakili "pokok yang terbiar". Bekalkan mereka dengan prop yang sesuai supaya meka dapat digambarkan sebagai tumbuhan. Contohnya, gunakanlah topeng bentuk bunga dan daun yang dibentuk dengan kad manila.

3. Seorang pelajar yang memegang bekas siraman air yang kosong. Apabila guru memanggil pelajar itu untuk menyiram pokok, dia akan berlakon untuk "menyiram" pelajar kumpulan yang pertama. Minta kumpulan pertama untuk menunjukkan aksi segar dan ceria dan kumpulan kedua untuk menunjukkan aksi layu dan tidak bermaya.

4. Seorang pelajar pula akan menjadi "matahari". Apabila guru memanggil pelajar untuk "menyinarkan cahaya matahari", dia akan berdiri berdekatan dengan kumpulan pertama tetapi berjauhan dengan kumpulan kedua. Minta kumpulan pertama untuk menunjukkan aksi segar dan ceria dan kumpulan kedua untuk menunjukkan aksi layu dan tidak bermaya. 5. Minta pula dua orang pelajar untuk menyelubung kumpulan kedua dengan plastik alas meja untk menandakan bahawa kononnya tumbuhan itu disekat dari bekalan udara. Kumpulan kedua akan menunjukkan aksi layu dan tidak bermaya. Minta kumpulan pertama untuk menunjukkan aksi segar dan ceria. 3. Bincang bersama penonton (pelajar lain) tentang pemerhatian mereka. Apa yang berlaku? Keperluan asas tumbuhan ialah udara, air dan cahaya matahari. Makanan bukanlah keperluan asas tumbuhan kerana ia boleh menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Tumbuhan memerlukan udara untuk mendapatkan oksigen bagi proses pernafasan dan mendapatkan karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Tanpa udara, tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanannya sendiri dan ia akan mati. Tumbuhan memerlukan air sebagai medium pengangkutan nutrien dan garam mineral ke bahagian tumbuhan yang lain seperti daun dan batang tumbuhan itu. Air juga

diperlukan untuk proses fotosintesis, mengekalkan kesegahan, kesegaran dan juga sebagai mekanisme kawalan suhu. Tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk bercambah dengan baik dan membesar untuk terus hidup. Ia menggunakan tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis dan membuat makanannya sendiri. Tumbuhan hijau menggunakan pigmen hijau bernama klorofil untuk menyerap tenaga daripada cahaya matahari. Tahukah anda? Tumbuhan seperti cendawan tidak menjalankan proses fotosintesis. Ia tidak memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup. Keperluan asas tumbuhan ini ialah air, udara dan tumbuhan serta haiwan yang telah mati.

Cubalah! Ada pelbagai eksperimen yang boleh dilakukan untuk melihat kesan ketiadaan keperluan asas tumbuhan. Untuk menyiasat sama ada tumbuhan memerlukan udara untuk terus hidup, buat perbandingan di antara satu tumbuhan dengan satu tumbuhan lagi yang dibalutkan dengan beg plastik lutsinar. Lihat kesannya selepas satu minggu. Untuk memyiasat sama ada tumbuhan memerlukan air untuk terus hidup, buat perbandingan di antara tumbuhan yang disiram air setiap hari selama seminggu dengan tumbuhan yang tidak disiram langsung. Untuk menyiasat sama ada tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup, buat perbandingan di antara tumbuhan yang diletakkan di bawah sinaran cahaya matahari dengan tumbuhan yang diletakkan di dalam sebuah kotak hitam. Lihat kesannya selepas dua minggu.

Anda mungkin juga menyukai