Anda di halaman 1dari 12

ICE BREAKING

Masa: 1 jam 30 minit

Tempat: Dewan

Alat: Tiada

Keahlian: Kelompok besar

Objektif

o Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali antara satu sama lain.
o Mewujudkan suasana mesra dan selesa dalam kalangan peserta.
o Menjalinkan hubungan persahabatan antara peserta.

Rasional

o Untuk mengenali orang lain, seseorang perlu mendekati dan bergaul


dengannya.
o Setiap individu adalah berbeza, unik serta mempunyai identity sendiri.
o Sebagai seorang pelajar adalah perlu bagi mereka mengenali rakan-rakan
sekolah agar dapat menikmati kegembiraan kehidupan di sekolah.

Langkah-langkah

1) Peserta diarahkan berada dalam satu bulatan.


2) Ahli diberikan nombor 1-4, kemudian individu no 1 diarah ke dalam
bulatan dan membentuk bulatan baru. Dan seterusnya.
3) Apabila muzik dimainkan bulatan no 1 da no 3 diarahkan bergerak
mengikut arah jam manakala sebaliknya kepada bulatan no 2 dan no 4.
4) Apabila muzik dihentikan perserta diarahkan berkenalan (kelas, warna,
nama) dengan 3 orang dari bulatan yang berlainan sebaris dengannya (3
minit)
5) Aktiviti diulang sebanyak 3 kali.
6) Kemudian ahli diarah mencari rakan mereka yang mempunyai kelas /
warna / jam / berkaca mata yang sama / warna pakaian (ikut keadaan).
7) Setiap ahli diberi nilai 5 sen = RM 0.20 (4 orang), 10 sen= RM 1.00 (10
orang), 15 sen = RM 2.55 (17/18 orang).
8) Dan akan terbentuk 12 kumpulan dengan ahli 17/18 (kelompok
sederhana)
BOTOL HATIKU

Masa: 30 minit

Tempat: Dewan (dalam kumpulan kecil)

Alat: 2 botol mineral, (1 berisi air jernih dan 1 lagi berisi minyak), dan satu sudu sirap.

Objektif

o Memberi kesedaran kepada ahli kumpulan tentang pemilihan rakan


sebaya
o Menggalakkan perkongsian pendapat atau pengalaman terhadap rakan
sebaya
o Menggalakkan perkongsian tentang pengertian apa makna rakan,
sahabat, dan kawan.

Rasional

o Dalam memilih sahabat, kawan, dan rakan perlu berhati-hati


o Sebagai seorang kawan tidak boleh terpengaruh dengan tindakan negatif
kawan lain sebaliknya memberi kesedaran dan keinsafan pada kawan
tersebut.
o Sebagai seorang pelajar atau seorang manusia kita haruslah menempis
pengaruhan rakan-rakan ke arah tingkahlaku yang negatif.

Langkah

1) Fasilitator bersama-sama ahli membuat keputusan untuk memilih botol


yang mewakili Abu dan Bakar.
2) Fasilitator menceritakan sebuah cerita:

Dua orang sahabat, Abu dan Bakar berkawan rapat sejak kecil. Mereka
dibesarkan di kampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Mereka juga mempunyai
hobi yang sama iaitu memancing dan berkenalan dengan rakan baru. Semas mereka
memancing, Abu dan Bakar dihulurkan rokok untuk menghilangkan rasa kebosanan.
Abu menolak, begitu juga dengan Bakar. Namun apabila banyak kali dihulurkan dan
dikatakan “merokok aku nie boleh menghilangkan ketegangan, cubalah cikit baru tahu
kehebatannya”? ….. Bakar mencuba….

*Pada masa ini fasilitator meyerahkan kepada ahli utuk menitikkan setitik sirap
ke dalam botol yang berisi air jernih yang mana menggambarkan Bakar…

Bakar mulai berubah dan dia sering bersama kawan baru ke tempat hiburan dan mula
mendapat teman wanita.

*titik lagi….
3) Setelah selesai langkah 1 dan 2 fasilitator meminta pandangan daripada
ahli kumpulan tentang apa yang terjadi kepada kedua-dua botol
tersebut.

4) Lihat kepada perubahan kepada kedua-dua botol tersebut setelah


digoncangkan dengan perlahan.

5) Bincangkan…..

PERANAN DAN HARAPAN

Masa: 30 minit

Tempat: dewan(LDK)

Alat: kertas A4 dan pen serta kertas majong dan marker.

Objektif

o Mengenalpasti tentang peranan masing-masing dalam keluarga,


masyarakat, dan agama.
o Mengenalpasti tanggungjawab seseorang dalam struktur-struktur
keluarga, masyarakat, dan agama.
o Menyedarkan ahli tentang makna harapan, peranan, dan tanggungjawab
diri sendiri kepada masayarakat, keluarga, dan agama.

Rasional

o Boleh merasai dan mengandaikan betapa besarnya harapan seseorang itu


terhadap kita (sebagai pelajar).
o Dapat memahami tanggungjawab seseorang itu bila diberi harapan yang
tinggi daripada masyarakat, keluarga, dan agama.
o Mengetahui tentang bagaimana persaan seseorang bila menjadi harapan
seseorang.
o Memahami peranan masing-masing dalam struktur masyarakat, keluarga,
dan agama.

Langkah

1) Fasilitator menjelaskan tentang watak-watak yang perlu dimainkan oleh ahli


dalam kumpulan iaitu:
i) Ayah
ii) Ibu
iii) Abang
iv) Kakak
v) Adik
vi) Tok Penghulu
vii) Kawan baik
viii) Saudara mara
ix) Cikgu
x) Diri sendiri(sebagai pelajar)
xi) Majikan
xii) Pihak university
xiii) masyarakat@orang kampung
2) Setiap kumpulan diberikan cerita yang sama tetapi tempat dan status
keluarga yang berbeza samaada di kampung, pekan, dan Bandar dan miskin,
sederhana, dan kaya.
3) Peranan dan harapan tersebut berdasarkan cerita ini:
“ Dalam sebuah kampung/pekan/Bandar, ada sebuah keluarga
yang miskin/sederhana/kaya dengan empat orang anak, hidup
keluarga tersebut serba miskin/sederhana/kaya. Seorang daripada
anak dalam keluarga tersebut akan menghadapi peperiksaan
PMR/SPM dalam masa terdekat untuk menentukan masa depannya.
Semua ahli meletakkan harapan yang tinggi pada anak tersebut
termasuklah orang-orang di sekelilingnya. Manakala bagi pihak
Universiti, Majikan@organisasi yang akan mengambil pelajar dan
pekerja mesti juga mempunyai harapan dan tanggungjwab yang
tersendiri dalam menyokong pelajar tersebut demi masa depan
universiti dan organisasi tersebut….
4) Daripada cerita dan watak-watak yang diberikan fasilitator minta semua ahli
pilih watak yang mereka ingin jadi secara sukarela.
5) Setiap ahli mestilah mempunyai watak dan jalankan tanggungjawab
berdasarkan cerita berkenaan.
6) Setiap ahli diminta bentangkan hasil kerja dalam kumpulan besar supaya
peserta dapat memahami harapan dan peranan masing-masing di tempat
yang berbeza dan tahap sosial keluarga yang berbeza.
SINCHAN CARD

Masa: 45 minit

Tempat: Dewan (kumpulan besar)

Alat: Secebis kertas warna yang berbeza (hijau, biru,unggu,putih,dan kuning)

Objektif

o Mencari jawapan secara spontan


o Menguji keyakinan peserta bila menjawab soalan spontan
o Semua soalan yang akan dibaca atau akan kita dapat daripada
seseorang tidak boleh diramal.
o Menguji tahap kejujuran peserta dalam menjawab soalan

Rasional

o Peserta dapat mengaitkan diri dengan soalan yang diberi


o Peserta akan mendapati setiap jawapan daripada setiap peserta yang
lain adalah berbeza walaupun soalan yang sama diajukan.
o Peserta akan mendapati setiap jawapan yang dihasilkan berbeza bagi
setiap peserta yang lain dan kadang-kadang ada kaitan antara satu
sama lain.
o Menyedari bahawa persediaan yang rapi diperlukan dalam menjawab
soalan.
o Kita tidak boleh mengandaikan soalan apa yang akan ditanya dalam
peperiksaan atau temuduga.

Langkah-langkah

1) Setiap peserta akan diberikan lima helai kertas yang berbeza warna
iaitu hijau, biru,unggu,putih,dan kuning.
2) Setiap warna kertas tersebut mempunyai soalan-soalan yang tertentu
iaitu apa, kenapa, dimana, bila, siapa.
3) Peserta diberikan masa untuk menjawab soalan-soalan yang telah
diberikan berdasarkan peristiwa yang ingin diceritakan atau yang ada
dalam fikiran mereka pada masa tersebut.
4) Peserta akan dipilih seramai lima orang bergilir-gilir secara rawak
untuk menjawab soalan yang ditujukan.
5) Fasilitator hanya akan menanyakan satu soalan kepada lima orang
yang telah dipilih secara bergilir-gilir secara beratur.
6) Hasil jawapan kemudiannya akan dibacakan oleh peserta yang terakhir
sekali. Tapi INGAT!!! Jawapan yang akan dijawab adalah hanya
berdasarkan kepada kepada apa yang ditulis pada kertas tersebut
sahaja. Peserta tidak dibenarkan menukar jawapan berdasarkan
soalan.

UDA & DARA

Masa: 45 minit

Tempat: Dewan (LDK & Kumpulan Besar)

Alat: tiada

Objektif

o Menguji ketahanan peserta apabila pendapat tidak diterima


o Penggunaan “defend mechanism” apabila jawapan dipertikaikan
o Penilaian terhadap sesuatu tanpa melihat atau mencari maklumat yang
lebih mendalam.
o Melihat keberkesanan idea peserta.
o Peranan maklumat amat penting dalam melakukan sesuatu.

Rasional

o Ahli dalam kumpulan kecil bertukar pendapat tentang apa penilaian


masing-masing
o Melihat kerjasama dan kesefahaman idea ahli dalam kumpulan.
o Penilaian peserta terhadap sesuatu perkara
o Melatih kemahiran mendengar yang baik dalam diri peserta.
o Perbezaan pendapat dengan seseorang.
o Maklumat yang lengkap adalah penting dalam membuat keputusan.

Langkah-langkah

1) Fasilitator akan bacakan cerita ini dan ahli dalam kumpulan kecil dan
semua ahli diminta mendengar dengan baik.
“ Uda si jejaka yang tersadai di sebuah pulau yang terpencil,
setelah sekian lama Uda tersadai dia sempat menghantar mesej kepada
Dara bahawa dia tersadai di pulau dan supaya Dara pergi
menyelamatkannya secepat mungkin”.
Disebabkan Dara terlalu sayangkan Uda, dia berusaha untuk pergi
menyelamatkan Uda, tetapi apabila si Dara sampai di pinggir pulau
tersebut si Dara terpaksa meminta Tok Juragan iaitu pemilik bot yang ada
di pulau tersebut….tapi oleh kerana persaan Dara yang terlalu
bimbangkan si Uda yang lama mengharapkan bantuannya, si Dara
menerima apa sahaja syarat yang akan ditetapkan oleh Tok Juragan. Bagi
Tok Juragan dia telah meletakkan syarat kepada si Dara untuk memberi
pertolongan kepada si Dara iaitu si Dara haruslah bermalam dengnnya
semalaman sebelum pergi menyelamatkan Uda….pada ketika itu dalam
hati dan fikiran si Dara hanyalah untuk menyelamtkan Uda…..
Manakala apabila Dara sampai ditempat Uda, dia menceritakan apa
yang berlaku sebelum dia sampai ke tempat Uda…tiba-tiba si Uda terus
bangun dan terus memukul serta menendang Dara dengan rasa tidak
perikemanusiaannya sehingga mati….

Dalam hal ini:

1) Siapakah yang bersalah?


2) Siapakah yang baik hati?
3) Siapakah yang kasihan?
4) Siapakah yang beruntung?
2) Semua ahli dalam kumpulan dikehendaki bersama-sama memikirkan
persoalan yang timbul berdasarkan cerita tersebut.
3) Setelah kata sepakat ditemui dalam ahli kumpulan. Setiap peserta dalam
kumpulan masing-masing cuba membahaskan kenapa dan bagaimana
mereka menjawab persoalan tersebut.
4) Jika ada antara kumpulan mempunyai kata sepakat yang berbeza cuba
bagi defend mechanics kepada jawapan kumpulannya.

MALAYSIA SATU

Masa: 60 minit

Tempat: Dewan (antara kumpulan)

Alat: sampul surat, kertas warna kuning, merah, biru, dan putih. Gam,
gunting,pembaris, dan pisau.(kuantiti mengikut jumlah kumpulan)

Objektif

o Melihat kerjasama antara ahli kumpulan dan antara kumpulan serta


peserta.
o Kemahiran mendengar, memahami arahan, dan menerima maklumat.
o Menggunakan ikatan yang telah terjalin antara kumpulan.

Rasional

o Melihat cara peserta menerima arahan.


o Melatih dan memupuk sikap kerjasama dalam ahli kumpulan dan
antara kumpulan.
o Melaksanakan arahan dengan segala bahan dan maklumat yang telah
diberikan.

Langkah-langkah

1) Setiap kumpulan dibekalkan sampul surat yang berisi alatan untuk


membuat bendera Malaysia.
2) Dalam sampul surat tersebut alatan diberikan tidak mencukupi jadi
setiap kumpulan kena bijak dalam menyempurnakan tugas.
3) Arahan hanya diberikan seperti “memberi lebih baik daripada
mengambil hak orang lain dan hargai pemberian kami”.
4) Setiap kumpulan harus bekerjasama dalam menyiapkan bendera
ini.
5) Setiap ahli kumpulan juga harus bekerjasama dalam menyiakan
tugasan ini.
6) SUARA TIDAK DIBENARKAN DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI!!!

SIAPA DIRI ANDA??

Masa : 1 jam 30 minit

Tempat : dewan/luar

Keahlian : kelompok kecil

Objektif

o Membolehkan peserta mengenali siapa dirinya dengan membuat


perumpamaan melalui alam sekitar.

Rasional

o Membantu ahli mengenalpasti samaada dia selesa atau tidak dengan


dirinya sekarang.
o Tiada siapa yang mengenali siapa dirinya sebenar, jadi melalui aktiviti ini,
ahli boleh kenal baik buruk dirinya dan sedar akan kelebihan yang boleh
digilap dalam dirinya.

Langkah-langkah

1) Fasi membawa ahli keluar dari dewan dan mencari satu kawasan. Di situ
fasi meminta ahli mencari satu benda semulajadi yang boleh
diumpamakan dirinya (10 minit).
2) Fasi membawa ahli masuk semula ke dalam dewan.
3) Fasi meminta ahli secara sukarela berkongsi benda yang telah dicari dan
nyatakan perkaitan tentang diri mereka.
4) Fasi diarahkan bertanya tentang perasaan setelah LDK tadi.
5) Dengan menggunakan kertas lukisan, ahli diarahkan menyatukan
kesemua bahan yang telah dicari menjadi satu lukisan yang kreatif
dengan menggunakan pita pelengkap dang gam.
6) Bentang di hadapan kelompok sederhana (Jika masa lebih).

LEPASKAN SAYA

Masa : 15 minit

Alat : 1 meter tali bagi setiap ahli

Bilangan : Tiada had

Objektif

o Menggalakkan kerjasama dan bertolak ansur.


o Menguji kreativiti ahli dalam mengatasi masalah.

Langkah-langkah

1) Minta ahli kelompok mencari pasangan masing-masing yang sama jantina.


Jika mereka tidak keberatan, memilih pasangan yang berlainan jantina
juga dibenarkan.
2) Minta seorang ahli mengikat hujung tali pada kedua-dua pergelangan
tangan mereka.
3) Dengan pertolongan pasangannya, ikat satu hujung tai dipergelangan
tangan kanan dan masukkan tali itu dalam ikatan tali pasangannya tadi.
Kemudian, ikat hujung tali tersebut dipergelangan tangan kiri. Kedua-
duanya sekarang sudah terikat sama.
4) Beri arahan kepada semua pasangan supaya cuba melepaskan diri tanpa
membuka atau memotong tali ikatan itu. Perhatikan berapa lama mereka
mengambil masa untuk melepaskan diri.
5) Jika terlalu lama, minta pasangan yang Berjaya membantu rakan lain
dengan memberitahu cara untuk melepaskan diri mereka.
6) Fasilitator mengucapkan tahniah kepada usaha ahli dan bertanya
bagaimana mereka mendapat idea untuk melepaskan diri dengan
mematuhi arahan. Apa perasaan mereka selepas Berjaya dan apa pula
perasaan mereka yang gagal.
7) Fasililator merumuskan bahawa semua masalah mempunyai
penyelesaiannya dan terpulang kepada individu untuk berusaha dan
berfikir bagaimana mengatasinya. Usaha dan ketabahan akan bertemu
dengan kejayaan seperti yang dilihat melaui aktiviti ini.
LELONG…!!! LELONG…!!!

Masa: 60 minit

Alat: Wang kertas mainan atau kertas yang bertulis nilai wang RM300, RM200: RM100
(3 helai) dan RM50 (4 helai) bagi setiap ahli, kertas mahjung, pen marker.

Bilangan ahli: 20-30 orang

Objektif:

o Membolehkan ahli menilai diri tentang nilai hidup peribadi mereka sama
ada positif atau negatif.
o Menggalakkan ahli supaya membina ketabahan diri untuk membuang nilai
yang negatif dan menggantikannya dengan nilai yang positif.

Langkah:

1) Bahagikan ahli kelompok kepada kumpulan kecil, lima hingga enam orang
setiap kumpulan.
2) Minta kumpulan bincangkan apakah nilai hidup yang mereka suka dan
ingin mengamalkannya serta catatkan di atas kertas mahjung. Gabungkan
semua nilai hidup kumpulan dan senaraikan.
3) Secara individu, minta ahli catatkan pada kertas masing-masing lima nilai
hidup atau tingkah laku mereka yang negatif dan ingin mereka tukar.
4) Fasilitator kemudiannya membahagikan wang kertas mainan bernilai
RM1,000 seperti pecahan di atas kepada setiap ahli.
5) Dalam kumpulan besar, fasilitator menerangkan langkah aktiviti ini, iaitu
ahli boleh membeli sebarang nilai hidup yang tertera pada kertas mahjung
dan membuang nilai hidup atau tingkah laku negatif pada kertas mereka.
Sesiapa yang menawarkan harga paling tinggi akan mendapat nilai hidup
itu.
6) Fasilitator memulakan proses melelong nilai hidup. Ahli membeli nilai
hidup yang mereka kehendaki dengan menukar atau membuang nilai
hidup atau tabiat negatif mereka. Ahli yang menawarkan harga yang
paling tinggi bagi sesuatu nilai hidup adalah pemenangnya.
7) Lakukan aktiviti ini sehingga nilai hidup habis dibeli atau wang mereka
habis dibelanjakan.
8) Fasilitator memulakan perbincangan dengan bertanya mengapa terdapat
ahli sanggup berbelanja besar untuk membeli sesuatu nilai hidup. Apakah
nilai hidup yang paling popular dan banyak permintaan? Bincangkan
sebabnya. Apakah nilai hidup atau tabiat negatif yang mereka singkirkan?
Mengapa?
9) Fasilitator membuat rumusan bahawa manusia mempunyai keinginan
untuk mengamalkan tingkahlaku atau tabiat yang positif dan
memperaktikkan nilai hidup yang baik. Kadang-kala kita terlupa tentang
hal ini kerana dipesongkan dengan pengaruh atau keinginan yang lebih
penting walaupun bertentangan dengan nilai dengan peribadi asal.
Contohnya, keinginan untuk mendapatkan keinginan yang cepat boleh
membuatkan seseorang itu terlupa diri lalu melakukan rasuah. Oleh itu,
ketabahan dan mempraktikkan nilai positif secara sedar dapat
mengelakkan diri daripada terpesong.

Tajuk: Kenangan indah

Masa: 30 minit

Alat: Kertas Pendua A4 dan pen berwarna bagi setiap ahli.

Bil. Ahli: Tiada had (sesuai untuk kumpulan kecil)

Objektif:

1. memupuk rasa kasih mesra antara ahli

Langkah:

1- Fasilitator meminta ahli kelompok meletakkan tapak tangan kanan atau kiri
diatas kertas A4 dan melukis (trace) tapak tangan dan jari mereka dikertas
tersebut.

2. Minta ahli menulis nama mereka dengan tulisan besar yang mudah dibaca
dipenjuru hujung sebelah kanan kertas tersebut.

3. kertas-kertas yang mempunyai lukisan tangan setiap ahli itu disusun ditengah-
tengah bulatan.

4. Fasilitator meminta setiap ahli menulis satu sifat positif atau sebaranga komen
dalam satu ruang jari atau tapak tangan si empunya kertas itu.

5. Selepas setiap ahli menulis komen mereka, mereka dibenarkan mengambil


kertas itu untuk dibaca dan disimpan sebgai kenangan.

6. Mereka digalakkan mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada


rakan-rakan kelompok.
CERITA BERANGKAI

Masa: 15 minit

Tempat: dewan (kumpulan kecil)

Alat: kertas A4

Ojektif

• Melihat kesinambungan cerita daripada setiap ahli


• Perbezaan pendapat daripada orang yang berbeza

Rasional

• Menguji pemikiran spontan ahli kumpulan


• Mewujudkan kesinambungan pemikiran antara ahli

Langkah

1) Setiap kumpulan diberikan kertas A4


2) Seorang ahli diminta untuk menulis apa yang ingin diceritakan pada ahli
kumpulan dalam satu ayat.
3) Kemudian ayat tersebut disambung oleh ahli-ahli yang lain secara bergilir-
gilir.
4) Syarat permainan ini adalah ahli hanya boleh melihat ayat yang ditulis
oleh seorang ahli sebelumnya.
5) Ulangi langkah 1 dan 2 sehingga semua ahli kumpulan selesai menulis.
6) Setelah selesai ahli kumpulan yang terakhir haruslah membaca rangkaian
cerita yang telah dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai