Anda di halaman 1dari 17

AKTIVITI 1 : ICE BREAKING

TAJUK AKTIVITI : OH IBU, OH AYAH

OBJEKTIF :

1. Memberi peluang kepada peserta untuk melontarkan suara


masing masing.
2. Memberi keyakinan dan keberanian kepada peserta untuk
mengeluarkan suara.

MASA : 10 minit

BAHAN : Tiada

LANGKAH :

1. Dilaksanakan dalam kelompok yang besar.


2. Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut jantina.
3. Fasilitator meminta murid lelaki menyebut perkataan ibu dan
murid perempuan menyebut perkataan ayah.
4. Peserta menyebut perkataan tersebut dengan mengikut
arahan tangan fasilitator.
5. Memberi arahan secara terbalik untuk melihat kepekaan
peserta dalam mengikut arahan.

FALSAFAH : Memberi fokus atau tumpuan merupakan perkara yang sangat


penting dalam kehidupan kita. Kita tidak akan melakukan
kesilapan sekiranya mendengar dengan teliti.
AKTIVITI 2 : ICE BREAKING

TAJUK : LAGUKU UNTUK RAKAN

OBJEKTIF :

1. Menghadirkan suasana yang ceria dan lebih akrab di antara


satu sama lain.
2. Menciptakan suasana yang selesa agar semua peserta tidak
merasa terasing dan wujud kebersamaan dalam aktiviti yang
dilaksanakan.

MASA : 10 minit

BAHAN : Muzik , 3 biji bola

LANGKAH :

1. Peserta masih lagi berada dalam kelompok yang besar.


2. Peserta di arahkan membuat bulatan besar. Tiga orang
peserta diberikan bola secara rawak untuk memulakan
aktiviti.
3. Muzik dimainkan dan bola yang berada di tangan peserta
tadi mesti menyerahkan kepada rakan disebelahnya. Apabila
muzik berhenti, bola akan berpindah tangan kepada peserta
yang baru.
4. Peserta yang bersama dengan bola mesti memperkenalkan
diri kepada rakannya yang lain.
Contoh – Nama, Sekolah, Umur dan Tempat tinggal.
5. Langkah 3 dan 4 diulang.

FALSAFAH : Perasaan mesra akan wujud apabila kita sudah saling

mengenali di antara satu sama lain.


AKTIVITI 3 : ICE BREAKING

TAJUK : HIDUP BUKAN SENDIRI

OBJEKTIF :

1. Melahirkan sikap rasa tanggungjawab di antara satu sama


lain.
2. Memberi bantuan dan kerjasama kepada rakan yang
memerlukan.
3. Mewujudka sikap kebersamaan untuk menyelesaikan suatu
tugas dan masalah.

MASA : 15 minit

BAHAN : Sampul surat ( 50 Keping ), Keratan duit syiling kertas 1

sen , 5 sen, 10 sen dan 20 sen

LANGKAH :

1. Setiap peserta diberikan sekeping sampul surat yang


mengandungi duit.
2. Peserta dilarang menukar nilaian duit yang diterima dengan
peserta lain.
3. Fasilitator meminta peserta membentuk kumpulan mengikut
nilaian duit yang diterima.
4. Seterusnya peserta diminta membentuk kumpulan baru
berdasarkan kepada nilaian yang diberikan oleh Fasilitator.
Contoh – Bentuk kumpulan yang jumlahnya 57 sen, 83 sen
atau 1 ringgit.
5. Peserta yang tidak berjaya membetuk kumpulan akan
didenda.

FALSAFAH : Siapa pun kita, kita sebenarnya sangat bernilai dan boleh
memberi manfaat kepada orang lain.

LAMPIRAN
V

AKTIVITI : LDK 1

TAJUK : Ada apa tentang saya?


OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat,

1) Menyenaraikan maklumat tentang diri


2) Mengenali diri secara lebih mendalam
3) Pendedahan kendiri kepada orang lain

MASA : 45 Minit
BAHAN : Lampiran LDK 1
LANGKAH :
1. Edaran lampiran “Ada apa tentang saya” kepada murid /
peserta.
2. Fasilitator meminta murid melengkapkan butiran maklumat
diri dalam edaran.
3. Setiap murid / peserta berkongsi maklumat diri kepada murid
/ peserta lain.
4. Sesi soal jawab bersama murid / peserta lain.
5. Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti yang
dilaksanakan.

FALSAFAH : Pendedahan kendiri adalah kunci utama kepada


kehidupan yang lebih sempurna

LAMPIRAN - LDK 1
Ada apa
tentang
Nama : _________________________________
saya _________________________________
Umur : _________________________________
KELUARGA SAYA

Nama bapa : ______________________


______________________
Pekerjaan : ______________________

Nama ibu : ______________________


2 perkara yang saya suka: ______________________
Pekerjaan : ______________________
………………………………………
ATAU
………………………………………
Nama penjaga : ___________________
___________________

Bil. Adik beradik : __________________


2 perkara yang saya
tidak suka:

………………………………………

………………………………………

Cita-cita saya:

KEGEMARAN:

Makanan : _________________________________

Warna :___________________________________

Sukan / Permainan : __________________________

Binatang : __________________________________

AKTIVITI : LDK 2
TAJUK : DI SEBALIK DIRIKU

OBJEKTIF :

1. Membuat penilaian tentang diri sendiri


2. Meningkatkan kesedaran kendiri yang merangkumi tentang
apa yang dia fikir tentang dirinya, peranan diri dalam
keluarga, halangan yang ada dalam kehidupan dan harapan
yang diimpikan.

MASA : 45 Minit

BAHAN : LAMPIRAN LDK 2

LANGKAH :

1. Fasilitator menceritakan tentang kitaran kehidupan setiap


individu berbeza-beza nasib dan keadaan. (Fasilitator boleh
masukkan contoh cerita yang sesuai).
2. Fasilitator mengedarkan kertas edaran aktiviti kepada ahli
kumpulan.
3. Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dibuat
berdasarkan bahan edaran yang diberikan. Fasilitator
digalakkan untuk memberi penekanan kepada perasaan,
peranan, halangan yang diterima dan harapan yang ahli
kelompok inginkan dalam diri dan keluarga mereka.
4. Fasilitator meminta setiap ahli menceritakan atau berkongsi
tentang apa yang ditulis.
5. Fasilitator membuat rumusan berdasarkan apa yang telah
dikongsikan oleh ahli.

FALSAFAH : Setiap individu mempunyai laluan kehidupan yang

berbeza-beza
LAMPIRAN LDK 2 DI SEBALIK DIRIKU
Apa yang saya
fikirkan tentang
diri saya?

Saya selalu tolong ………………………… Ahli keluarga yang sentiasa bantu


……………………………………………….. saya ialah…………………………
………………………………………………..

Saya penat
bila ……………..
…………………….
……………………
……………………
…………………….
…………………….

Halangan Harapan
saya saya
…………….. ……………..
……………… ………………
……. …….
……………… ………………
……………… ………………
……………… ………………
……………… ………………
. .
……………… ………………
AKTIVITI : LDK 3
TAJUK : Rantaian Kasih
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat,

1. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab sebagai anak.


2. Menyedari kepentingan diri dalam perhubungan keluarga.
3. Rasional dan yakin dalam mengurus emosi serta komunikasi
dalam keluarga.

MASA : 45 Minit
BAHAN : Lampiran LDK 3, stapler, pen dan gunting
LANGKAH :
1. Murid diberi gambaran tentang peranan diri dalam keluarga
setiap ahli dalam keluarga ada tanggungjawab terhadap diri
dan orang lain serta emosi yang berbeza.
2. Fasilitator mengedarkan lembaran aktiviti kepada murid
3. Murid menulis peranan atau tanggungjawab diri dan ahli
keluarga pada lembaran aktiviti yang diberikan.
4. Murid menggunting kertas dan mencantumkan menjadi
rantaian. Ini menggambarkan hubungan dalam keluarga dan
tahu di mana kedudukan mereka dalam keluarga.
5. Murid memotong gelung rantai dirinya dan membayangkan
apa yang terjadi
6. Murid membuat refleksi tentang aktiviti
7. Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti

FALSAFAH : Setiap ahli keluarga saling memerlukan antara satu sama


lain.
LAMPIRAN LDK 3
RANTAIAN KASIH

Diriku
Tanggungjawab

Ibu
Tanggungjawab

Bapa
Tanggungjawab

Adik
Tanggungjawab

Abang
Tanggungjawab

Kakak
Tanggungjawab
AKTIVITI : LDK 4

TAJUK : Teko Aladdin

OBJEKTIF :

1. Mengetahui kelebihan dan kekurangan ahli keluarga.

2. Menerima seadanya kekurangan ahli keluarga.

3. Memperkukuhkan dan meghargai ikatan kasih sayang antara

ahli keluarga.

MASA : 60 minit

SASARAN : 50 orang murid

BAHAN : Kertas A4 ( putih dan merah ) , Pensil/pen , Helaian Lembaran


Teko Alladin , Cawan plastik / polistrin (50 biji) ,Gunting

LANGKAH :
1. Fasi memberi penerangan tentang ahli keluarga. (15 minit)
a. bercerita satu pengalaman ahli keluarga yang sangat
istimewa.
2. Fasilitator mengedarkan lembaran kerja Teko Aladdin.
a. Murid memilih 4 orang ahli keluarga dan namakan
pada gambar rajah teko Alladin.
b. setiap ahli perlu menulis di dalam Teko Alladin
kelebihan dan kelemahan bagi ahli keluarga mereka
dengan jujur.
c. Peranan ahli keluarga.
d. berkongsi cerita antara ahli kumpulan/bilangan ahli
keluarga/
e. menyebut keistimewaan salah seorang ahli keluarga.
f. bercerita satu pengalaman ahli keluarga yang sangat
istimewa.
3. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi. ( 15 minit )
4. Murid membentang hasil kerja. ( 20 minit )
5. Murid di beri 2 helai kertas (putih dan merah) dan cawan
plastik
6. Murid akan potong kertas menjadi 10( kedua-dua kertas)
7. Murid masukkan kertas yang dipotong ke dalam cawan pastik
dan goncang beberapa kali.
8. Fasilitator beri arahan untuk keluarkan kertas putih dari
cawan.
9. Fasi membuat rumusan . ( 10 minit )
a. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan.
b. Bersabar dengan setiap karenah ahli keluarga.
c. Cari kebaikan setiap ahli keluarga.
d. Hubungan ahli keluarga ibarat air dicincang tak akan
putus.
e. Toleransi membawa kebaikan dalam kehidupan.

FALSAFAH : Setiap individu mempunyai keupaya untuk berusaha


mewujudkan ketenangan diri apabila dapat menerima
kelemahan atau perbezaan manusia itu sebagai satu fitrah
semulajadi.
LAMPIRAN LDK 4
TEKO ALLADIN

NAMA : SEKOLAH: TARIKH:

AKTIVITI : LDK 5

TAJUK : ANUGERAH BERHARGA “TERIMA KASIH SAYANG”


OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dan ibu bapa dapat

1. Menerbitkan rasa kasih sayang antara anak dan ibu bapa


2. Mewujudkan rasa dihargai dan disayangi dengan
sentuhan
3. Meluahkan kasih sayang melalui perkataan
4. Memupuk rasa menghargai dan dihargai

MASA : 45 Minit

BAHAN : Kertas A4 , Pen , Sampul Surat

LANGKAH 1

1. Edarkan kertas A4 dan sampul surat kepada semua ibu bapa


dan murid
2. Minta ibu bapa dan murid meluahkan rasa terpendam atau
perasaan dalam diri masing-masing
3. Lipat dan masukkan dalam sampul surat
4. Tulis nama ibu bapa / anak pada sampul surat
5. Simpan sampul surat terlebih dahulu

LANGKAH 2

6. Anak duduk bersama ibu bapa masing-masing. Jarakkan sedikit


dari keluarga lain
7. Ibubapa di minta pegang tangan anak masing-masing
8. Ibubapa usap tangan anak sambil menyatakan perbezaan fizikal
anak yang sudah besar ( cth : besar dah anak ibu ni … )
9. Ibubapa ceritakan pada anak pengalaman dari bayi sehingga
anak besar sekarang. ( masa mengandungkan dia…peristiwa-
peristiwa yang menggembirakan keluarga/anak/ ceritakan kasih
sayang dan harapan ibu bapa pada anak )

LANGKAH 3
10. Minta ibu bapa memeluk anak masing-masing. Begitu juga
dengan murid-murid memeluk ibubapa masing-masing
11. Minta maaf dengan ibu bapa dan begitu juga sebaliknya.
Nyatakan perkara yang perlu kita minta maaf
12. Lafazkan rasa terima kasih dan syukur kita menjadi anak dan
ibu bapa

LANGKAH 4

13. Serahkan sampul surat tadi kepada anak dan ibu bapa masing-
masing
14. Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti tersebut.

FALSAFAH : Siapa pun keluarga kita, hanya ada satu di dunia ini.

AKTIVITI : LDK 5
TAJUK : BERSATU MENJADI SATU

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dan ibu bapa dapat

1. Mengeratkan silaturahim antara anak dan ibu bapa


2. Memupuk sikap kerjasama antara keluarga
3. Mewujudkan rasa dihargai dan disayangi dengan sentuhan
4. Meluahkan kasih sayang melalui perkataan

MASA : 45 Minit

BAHAN : Puzzle , hadiah


LANGKAH 1

1. Anak duduk bersama ibu bapa masing-masing. Jarakkan sedikit


dari keluarga lain
2. Setiap keluarga diberikan satu puzzle. Anak dan penjaga akan
lengkapkan puzzle dalam bentuk pertandingan ( 10 minit )
3. Keluarga yang paling cepat siapkan akan dinobatkan sebagai
pemenang dan diberikan hadiah ( penghargaan )

LANGKAH 2

4. Ibu bapa di minta pegang tangan anak masing-masing


5. Ibu bapa usap tangan anak sambil menyatakan berbezaan
fizikal anak yang sudah besar ( cth : besar dah anak ibu ni … )
6. Ibu bapa ceritakan pada anak pengalaman dari bayi sehingga
anak besar sekarang. ( masa mengandungkan dia…peristiwa-
peristiwa yang menggembirakan keluarga/anak/ ceritakan kasih
sayang dan harapan ibu bapa pada anak )

LANGKAH 3

7. Minta ibu bapa memeluk anak masing-masing. Begitu juga


dengan murid-murid memeluk ibu bapa masing-masing
8. Minta maaf dengan ibubapa dan begitu juga sebaliknya.
Nyatakan perkara yang perlu kita minta maaf
9. Lafazkan rasa terima kasih dan syukur kita menjadi anak dan
ibu bapa
10. Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti tersebut.
FALSAFAH : Bersatu Kita Bahagia

Anda mungkin juga menyukai