Anda di halaman 1dari 11

Aktiviti 1 : SIGN HERE..PLEASE..

Objektif : Untuk memberi peluang kepada peserta berkenalan di antara satu sama lain.

Masa : 30 minit

Peralatan :

Borang Sign here..please..

Prosedur :

Setiap peserta akan diberi sehelai borang Sign here..please..


Dalam masa 10 minit, setiap peserta diminta untuk memenuhi kesemua ruang yang
ada di dalam borang tersebut dengan tandatangan daripada 19 orang yang berbeza.

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:

Fasilitator reaksi dan perasaan setiap ahli kelompok : Apakah perasaan anda apabila
dikehendaki meminta seseorang menandatangani ruang yang anda harapkan? dan Apakah
perasaan anda apabila mendekati seseorang yang tidak / kurang dikenali?
Pernahkah anda mengalami situasi sedemikian dalam kehidupan harian anda? :
Pernahkan anda mengalami situasi sebegini di mana anda memperkenalkan diri dan rakan
yang baru memperkenalkan diri kepada anda?
Apakah kesan daripada anda setelah memperkenalkan diri kepada orang lain? Apakah
yang menyebabkan anda tidak mengambil langkah untuk memperkenalkan diri kepada orang
lain?

Rumusan :

Fasilitator merumuskan bahawa :


Ahli berpeluang berkenalan antara satu sama lain.
Setiap ahli mempunyai cara tersendiri untuk berkenalan dalam suasana yang selesa.
SIGN HEREPLEASE

KATEGORI 1. PALING 2. PALING 3. PALING 4. PALING


SERIUS HANDSOME CANTIK COMEL
NAMA PESERTA

TANDATANGA
N

5. PALING 6. PALING 7. PALING 8. PALING 9. PALING


CERIA COOL SETIA SISTEMATIK PENYAYANG

10. PALING 11. PALING 12. PALING 13. PALING 14. PALING
SUKA ROMANTIK PERAMAH LUCU PENDIAM
MENYANYI

15. PALING 16. PALING 17. PALING 18. PALING 19. PALING
PEMALU MATANG UNIK KREATIF SELAMBA
Aktiviti 2 : APA DI BELAKANG SAYA?

Objektif :
Membentuk kumpulan bagi para peserta.
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penyelesaian masalah secara
kreatif.
Masa : 30 minit

Peralatan :

Pelekat bergambar

Prosedur :

Semua peserta diminta membuat satu bulatan besar dan berdiri tegak.
Fasilitator akan mengambil pelekat bergambar dan melekatkannya di belakang setiap
peserta.
Peserta seterusnya diberi arahan untuk membentuk kumpulan berdasarkan gambar
pada pelekat di belakang mereka dalam tempoh 10 minit. Mereka dikehendaki mencari
seramai mungkin ahli kumpulan mereka yang mempunyai pelekat bergambar yang sama.
Syarat permainan ini, peserta tidak dibenarkan bertanya kepada rakan mereka apakah
gambar yang ada di belakang mereka. Walau bagaimanapun, rakan mereka boleh memberi
bayangan terhadap gambar tersebut. Contohnya Ia seekor binatang.., Ia berwarna
merah.. dan sebagainya.
Kumpulan yang berjaya mengumpul ahli dan mendahului kumpulan-kumpulan yang lain
dianggap memenangi permainan ini.

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:


Apakah perasaan anda ketika menjalani aktiviti ini?
Adakah anda mengalami kesukaran semasa menjalani aktiviti? Kongsikan.
Apakah cara yang anda gunakan untuk menyampaikan maklumat mengenai gambar
tersebut kepada rakan anda?
Apakah yang anda pelajari dalam aktiviti ini?
Bagaimana anda dapat kaitkan apa yang anda pelajari di dalam aktiviti ini dengan
kehidupan seharian anda?

Rumusan :

Di dalam kehidupan, terdapat pelbagai halangan dan masalah yang perlu ditempuhi. Walau
bagaimanapun, kita seharusnya berfikiran kreatif dalam mencapai sesuatu matlamat bagi
menyelesaikan masalah.
Aktiviti 3 : Throw to me!
Objektif :. Untuk memulakan perkenalan di antara ahli kumpulan
Masa : 30 minit

Peralatan :

Bola kecil

Prosedur :

Fasilitator mengalu-alukan kedatangan ahli dan memperkenalkan diri kepada ahli.


Fasilitator menerangkan aktiviti dan matlamat aktiviti.
Fasilitator meminta setiap orang memperkenalkan diri kepada kumpulan dengan
menyatakan nama penuh, nama singkatan, umur, dan tempat tinggal. Ahli yang lain diminta
untuk memberi perhatian semasa seseorang ahli menceritakan tentang dirinya.
Setelah semua ahli memperkenalkan diri, ahli diminta untuk mencari 3 lagi maklumat
tambahan mengenai diri setiap ahli di dalam kumpulan itu. Contohnya bilangan adik-beradik,
makanan kegemaran, atau hobi.
Maka, untuk mengumpul maklumat tersebut fasi akan mula membaling bola ke arah
mana-mana ahli kumpulan. Kemudian fasi bertanyakan satu soalan mengenai diri ahli
tersebut. Ahli tersebut kemudian akan membaling bola itu ke arah mana-mana ahli kumpulan
yang lain dan bertanyakan soalan mengenai diri ahli itu. Setiap balingan hanya dibenarkan
mengemukakan satu soalan. Proses terus berjalan sehingga setiap ahli dapat mengumpul 3
maklumat tambahan kesemua ahli dalam kumpulannya.

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:


Apa perasaan anda setelah berpeluang mengenali kesemua ahli kumpulan?
Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda berkenalan dengan seseorang buat
pertama kalinya?
Apakah perasaan anda ketika itu?
Dapatkah anda mengingati kesemua maklumat mengenai diri ahli kumpulan? (ya / tidak)
Apakah yang menyebabkan anda dapat/ tidak dapat mengingati maklumat-maklumat
tersebut?
Apakah elemen yang yang anda rasakan penting semasa berkenalan untuk kali pertama?
Apakah yang anda perolehi dalam aktiviti ini?

Rumusan :

Ahli kumpulan dapat mengenali rakan di dalam kumpulannya dengan lebih mendalam.
Perkenalan yang dimulakan dengan cara yang baik dapat mengukuhkan hubungan dan
membina kepercayaan di antara ahli di dalam kumpulan.
Aktiviti 4 : FOR YOUR EYES ONLY

Objektif : Melihat kreativiti peserta dalam menyampaikan maklumat

Masa : 30 minit

Peralatan :

Tiada

Prosedur :

Ahli kumpulan akan dipecahkan secara berpasangan (dyads). Dalam masa 10 minit,
setiap ahli dikehendaki mengenali pasangan masing-masing dengan bertanya mengenai
kehidupan di zaman kanak-kanak mereka.
Ahli kumpulan kemudian diminta berkumpul semula dan menceritakan mengenai
pasangan mereka kepada ahli yang lain tanpa menggunakan perkataan. Mereka dikehendaki
menyampaikan maklumat diri pasangan mereka dalam bentuk non-verbal.
Semasa seseorang ahli menyampaikan maklumat tersebut, ahli yang lain dikehendaki
memerhati non-verbal ahli tersebut dan meneka apakah yang cuba disampaikan kepada
mereka.

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:


Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini?
Apakah yang berlaku di dalam minda anda semasa ingin menyampaikan maklumat
kepada rakan-rakan?
Apakah yang anda perolehi dari aktiviti ini?
Dapatkah anda kaitkan aktiviti ini dengan pemikiran kreatif?

Rumusan :

Ahli kumpulan berpeluang untuk mengenali ahli kumpulan yang lain dengan lebih dekat.
Penyampaian maklumat dapat dikongsi dengan pelbagai cara. Apa yang penting, kita haruslah
membuka minda dan melakukan pelbagai cara dalam mencapai matlamat.
Mukaddimah
Aktiviti :
i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan Surah Al-
Fatihah bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.
2. Wisel
Aktiviti :
i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran

3. Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan
sebelah
2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak
berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

4. Barang Amanah
Aktiviti :
i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada
setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi,
maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

5. Nyanyian Lagu Motivasi


Aktiviti :
i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan
pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
ii. Contohnya lagu Warisan yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan
pemimpin negara di masa hadapan.
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

6. Salam Semut
Aktiviti :
i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan
dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil
mengucapkan tahniah (Bagi sama jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut huuuuu
tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

7. Senyum
Aktiviti :
i. Sebut perkataan tempey.
ii. Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat
awal aktiviti.

8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)


Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9. Kelopak Jantung
Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan kelopak
3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan jantung
4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan
bunyi kompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

10. Tepuk energy


Aktiviti :
Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit hooooo
Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit hooooo dan berdiri sambil bergerak
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.

11. Gosok Tangan


Aktiviti :
1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan
dari tanah

12. Fokus
Aktiviti :
1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke
dahi.
3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)
13. Pegang Dagu
Aktiviti :
1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan
alololooo
2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14. Urutan
Aktiviti :
1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang
telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan
pelajar.

15. Sentuhan Kasih


Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum
dikenali dengan rapat)
2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama
lain.
3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16. Pengelompokan mengikut kriteria


Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17. Group in
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi
arahan fasilitator.
ii. Fasilitator akan menyebut Group in 2, 5, 10 atau 20..
iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut
bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara
ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan
menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.
18. Kerusi Panas
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk
dengan rakan-rakan yang lain.
iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah
bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya Siapa rasa dirinya lelaki
tukar tempat duduk. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu,
pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan
sebelum bertindak.

19. Bunyi paling menarik


Aktiviti :
i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan
mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan
pergerakan yang menarik.
ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

20. Pergerakan paling menarik


Aktiviti :
i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah
ditetapkan untuk setiap kumpulan.
ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii. Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu,
Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi
menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam
melakukan sesuatu perkara.

21. Uji Bakat


Aktiviti :
i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti
disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan
sebagainya dengan diiringi muzik.
iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan
mencari :
a. Peserta yang paling comel
b. Peserta yang paling bijak berbicara
c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada
yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

22. Aktiviti Keretapi


Aktiviti :
i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-
masing menngunakan masking tape.
ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang
positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang
ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi
dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit 5 minit).
v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca
nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari.
Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

23. Brainstorming
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral,
kotak kapur dll.
iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda
tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh
menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu
hoki, syampu dll.
vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai
dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda
lakukan di bilik air dll.
vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih
ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada
setiap pemimpin dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia
ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan
lebih luas.

24. Aktiviti scanning (Strength and Weakness)


Aktiviti :
i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan
kelemahan masing-masing.
ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam
kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang
terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras)
iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif
yang boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri.
Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki
kekurangan.

25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark


Aktiviti :
i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan
bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan
bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai