Anda di halaman 1dari 9

BINA INSAN GURU 2018

AKTIVITI MORAL SEPANJANG BINA INSAN GURU (2/7/18)

ALATAN:

i) Marker Pen
ii) Kertas Mahjong
iii) A4 Paper
iv) Kertas Lukisan
v) Gambar

1. Permainan bingo
2. Urut-urut kawan
3. Sentuhan kasih (dagu ke dagu, dahi ke dahi, belakang ke belakang, telinga ke telinga,
rambut ke rambut)
4. YA atau TIDAK (Tanya soalan, lepastu teka mana satu tangan dan jawab soalan
sekiranya dapat YA)
5. Teka lukisan (hampir sama telefon rosak)

LDK 3: Pecahan kumpulan (PUZZLE)

1. Peserta akan diberi cebisan gambar setiap seorang


2. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan gambar tersebut dan
membentuk sekeping gambar yang lengkap
3. Seterusnya membentuk kumpulan

LDK 4: Telefon rosak

Objektif; -melatih sifat peka dalam diri peserta -membentuk kerjasama antara ahli kumpulan -
melatih kreativiti peserta dalam berfikir

Langkah;

 setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat


 peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki memberitahu frasa tersebut
kepada peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua ahli kumpulan
mengetahui frasa tersebut
 peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tresebut dalam bentuk lukisan

LDK 5: PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Nama pelajar akan diagihkan oleh fasi.

Nama akan ditampal di papan kenyataan sekolah bersama nama fasi.

Objektif:

1
BINA INSAN GURU 2018
1) Menggalakkan peserta bergaul dan berkenalan di antara satu sama lain.

2) Menyedarkan peserta bahawa kerjasama itu penting.

Falsafah:

1) Membina semangat untuk bekerjasama yang lebih erat antara satu sama lain.

2) Menggalakkan interaksi di dalam kumpulan

Taaruf (20 minit)- Aktiviti Dalam Kumpulan

i) Fasilitator akan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal, hobi, cita-cita dan
sebagainya mengikut kesesuaian
ii) Kemudian fasilitator boleh membuat aktiviti ringkas untuk mengingati nama peserta dan
berkenalan dengan rapat mengikut kekreatifan masing-masing jika berkesempatan.
iii) Setiap kumpulan juga diminta untuk melantik ahli kumpulan masing-masing

TAJUK: LEMBUT LIDAH

Objektif

i. Meningkatkan kecekapan otak atau minda bagi mentafsir input (rangkap ‘Lidah
Tergeliat’ yang diberi) dengan cepat dalam masa yang singkat
ii. Menguji kelancaran dan kefasihan bertutur. Menguji kemahiran menuturkan
perkataan yang hamper sama sebutannya. Dapat meringankan tekanan.

Kaedah Permainan

i) Pemain hanya diberikan peluang sekali sahaja untuk menyebutkan anglap yang
diberi dan tidak boleh mengulanginya.
ii) Sebutan hendaklah jelas,tidak terhenti-henti dan pantas.

Peraturan Permainan

Para peserta dikehendaki menyebutkan rangkap-rangkap berikut:

PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER


DID PETER PIPER PICK A PACK OF PEPPER?
IF PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER,
WHERE’S THE PACK OF PEPPER PETER PIPER PICKED?

LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER


DID LANKY LAWRENCE LOSE HIS LASS AND LOBSTER?
IF LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER,
WHERE ARE THE LESS AND LOBSTER LANKY LAWRENCE LOST?

2
BINA INSAN GURU 2018

1. Mukaddimah
Aktiviti :
i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah”
bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.
2. Wisel
Aktiviti :
i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran

3. Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan
sebelah
2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak
berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

4. Barang Amanah
Aktiviti :
i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap
kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi,
maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

5. Nyanyian Lagu Motivasi


Aktiviti :
i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar
sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
ii. Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan
pemimpin negara di masa hadapan.

3
BINA INSAN GURU 2018
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

6. Salam Semut
Aktiviti :
i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan.
(Cth. Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan
“tahniah” (Bagi sama jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda
kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal
aktiviti.

7. Senyum
Aktiviti :
i. Sebut perkataan “tempey”.
ii. Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat
awal aktiviti.

8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)


Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9. Kelopak Jantung
Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan
bunyi kompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

10. Tepuk energy


Aktiviti :

4
BINA INSAN GURU 2018
Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo”
Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.

11. Gosok Tangan


Aktiviti :
1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu
diciptakan dari tanah

12. Fokus
Aktiviti :
1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke
dahi.
3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)

13. Pegang Dagu


Aktiviti :
1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan
“alololooo”
2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14. Urutan
Aktiviti :
1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang
telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang
dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di
kalangan pelajar.

15. Sentuhan Kasih


Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang
belum dikenali dengan rapat)
2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama
lain.

5
BINA INSAN GURU 2018
3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16. Pengelompokan mengikut kriteria


Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17. Group in…


Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan
fasilitator.
ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut
bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan
menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.

18. Kerusi Panas


Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan
rakan-rakan yang lain.
iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah
bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar
tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu,
pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu
arahan sebelum bertindak.

19. Bunyi paling menarik


Aktiviti :

6
BINA INSAN GURU 2018
i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan
mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang
menarik.
ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam
kumpulan.

20. Pergerakan paling menarik


Aktiviti :
i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan
untuk setiap kumpulan.
ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii. Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu,
Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi
menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam
melakukan sesuatu perkara.

21. Uji Bakat


Aktiviti :
i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh
bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya
dengan diiringi muzik.
iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan
mencari :
a. Peserta yang paling comel
b. Peserta yang paling bijak berbicara
c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada
yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

22. Aktiviti Keretapi


Aktiviti :
i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-
masing menngunakan ‘masking tape’.

7
BINA INSAN GURU 2018
ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif
untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada
pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam
jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5 minit).
v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai-
nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari.
Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

23. Brainstorming
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak
kapur dll.
iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda
tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh
menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu
hoki, syampu dll.
vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai dengan
menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda
lakukan di bilik air dll.
vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih
ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada
setiap pemimpin dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan
sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran
peserta akan lebih luas.

24. Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness)


Aktiviti :
i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan
masing-masing.
ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam
kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan
yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras)

8
BINA INSAN GURU 2018
iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang
boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki
kekurangan.

25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark


Aktiviti :
i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan
bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan
bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan

Anda mungkin juga menyukai