Anda di halaman 1dari 7

AKTIVITI ICE-BREAKING

1. Mukaddimah
Aktiviti:
1) Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan
Surah Al-Fatihah bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan
program.

2. Wisel
Aktiviti:
1) Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
2) Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
3) Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali
wisel dibunyikan.

# Nilai / rasional aktiviti: Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka


dengan persekitaran

3. Ucapan Tahniah
Aktiviti:
1) Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan
tahniah kepada rakan sebelah
2) Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-
masing. Jika tidak berbau busuk, maka masih segar lagi untuk
mengikuti aktiviti ini.

# Nilai / rasional aktiviti: Penghargaan kepada rakan-rakan

4. Barang Amanah
Aktiviti:
1) Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan
diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir
program.
2) Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji
telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih
denda yang sesuai).

# Nilai / rasional aktiviti: Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

5. Nyanyian Lagu Motivasi


Aktiviti:
1) Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi
memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
2) Contohnya lagu Warisan yang membawa makna setiap pelajar
adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan.
# Nilai / rasional aktiviti: Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik
lagu.

6. Salam Semut
Aktiviti :
1) Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan
akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
2) Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap
sambil mengucapkan tahniah (Bagi sama jantina).
3) Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil
menyebut huuuuu tanda kemesraan.

# Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di


peringkat awal aktiviti.

7. Senyum
Aktiviti :
1) Sebut perkataan tempey.
2) Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas

# Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di


peringkat awal aktiviti.

8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)


Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat
kaki (wacha!)

# Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9. Kelopak Jantung
Aktiviti :
1) Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2) Kumpulan 1 akan menyebut perkataan kelopak
3) Kumpulan 2 akan menyebut perkataan jantung
4) Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator
sehingga menghasilkan
bunyi kompang.

# Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar


10. Tepuk energy
Aktiviti :
Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit hooooo
Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit hooooo dan berdiri sambil bergerak
# Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.
11. Gosok Tangan
Aktiviti :
1) Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2) Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka
hidu (bau tanah)

# Nilai / rasional aktiviti: Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama,
iaitu diciptakan dari tanah

12. Fokus
Aktiviti :
1) Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2) Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator
meletakkan tangan ke dahi. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-
benar fokus dengan arahan

# Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan
psikomotor)

13. Pegang Dagu


Aktiviti :
1) Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil
menyebut perkataan alololooo
2) Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini

# Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14. Urutan
Aktiviti :
1) Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2) Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut
arahan yang telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala,
hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.

#Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina


hubungan di kalangan pelajar.

15. Sentuhan Kasih


Aktiviti :
1) Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih
pasangan yang belum dikenali dengan rapat)
2) Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan
bertemu antara satu sama lain.
3) Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut
dan sebagainya.

# Nilai / rasional aktiviti: Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16. Pengelompokan mengikut kriteria


Aktiviti:
1) Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria
seperti :
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
2) Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu
sama lain.

# Nilai / rasional aktiviti: Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam


kumpulan.

17. Group in
Aktiviti :
1) Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan
mematuhi arahanfasilitator.
2) Fasilitator akan menyebut Group in 2, 5, 10 atau 20..
3) Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk
kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
4) Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan
secara ringkas.

# Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih


proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.

18. Kerusi Panas


Aktiviti :
1) Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
2) Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat
duduk dengan rakan-rakan yang lain.
3) Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman
di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu,
poco-poco dll.)
4) Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya Siapa rasa dirinya
lelaki tukar tempat duduk. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar
tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.

# Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami


sesuatu arahan sebelum bertindak.

19. Bunyi paling menarik


Aktiviti :
1) Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator
akan mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi
binatang beserta dengan pergerakan yang menarik.
2) Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang
paling menarik.
3) Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
#Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama
dalam kumpulan.

20. Pergerakan paling menarik


Aktiviti :
1) Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik
yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.
2) Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat
variasi pelajar.
3) Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental,
irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya.
4) Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi
aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar.

# Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan


yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara.

21. Uji Bakat


Aktiviti :
1) Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-
masing.
Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
2) Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian
emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan
aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan
diiringi muzik.
3) Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji
bakat ini dengan mencari :
a. Peserta yang paling comel
b. Peserta yang paling bijak berbicara
c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.

# Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan


tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar
untuk memimpin.

22. Aktiviti Keretapi


Aktiviti:
1) Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di
belakang masing-masing menngunakan masking tape.
2) Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan
yang positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar
bergerak).
3) Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai
positif yang ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab,
suka menolong orang dll.
4) Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya
diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan (3 minit 5 minit).
5) Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
6) Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk
membaca nilai-nilai yang diperolehi.
# Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita
tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak
untuk memimpin.

23. Brainstorming
Aktiviti :
1) Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
2) Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol
mineral, kotak kapur dll.
3) Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar /
asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir.
4) Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
5) Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut
tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan
benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll.
6) Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini
secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan
perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll.
7) Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara
yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang
kepimpinan.
8) Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang
perlu ada pada setiap pemimpin dll.

# Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui


pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka
ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.

24. Aktiviti scanning (Strength and Weakness)


Aktiviti :
1) Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan
dan kelemahan masing-masing.
2) Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan
pasangan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya
dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti
guru bimbingan dan guru penyelaras)
3) Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang
sensitif yang boleh mengaibkan pasangan.

# Nilai / rasional aktiviti: Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan


kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik
kekuatan serta memperbaiki kekurangan.

25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark


Aktiviti :
1) Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik
dan bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
2) Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu
pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
# Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai