Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PRS PERINGKAT SEKOLAH

1.0

RASIONAL

Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting
dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar
adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan,
maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam
kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
2.0

MATLAMAT

Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas


untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang
positif.
3.0

OBJEKTIF
3.1

Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya


mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.
3.2
Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran
kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka
kepada perasaan rakan.
3.3
Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai
kelebihan dan kelemahan diri.
3.4
Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan
mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
3.5
Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat
membantu diri dan rakan- rakan untuk membina matlamat hidup yang
positif.
3.6
Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu,
hormat, dan kasih
mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0

KUMPULAN SASAR
Pelajar yang berminat:

Kumpulan Perintis - Tingkatan 1 dan 2 seramai 40 orang pelajar lelaki dan


perempuan di bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing.

5.0

INPUT KURSUS
Merujuk kepada Modul Latihan Asas PRS Kementerian Pendidikan Malaysia 1992.

6.0

JANGKA MASA KURSUS


Masa tidak kurang daripada 15 jam
( Satu sesi 2 jam x 3 kali seminggu )

7.0

SUMBER KEWANGAN
PCG
Bimbingan
dan
Kaunseling
Sumbangan pelajar yang dilantik
sebagai PRS Derma PIBG
Derma
masyarakat

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat
dalaman sahaja iaitu dikendalikan
oleh
Guru
Kaunseling
dengan
menjalankan aktiviti-aktiviti asas dalam bidang Perkembangan Diri dan
Kemahiran Asas Komunikasi. Oleh yang demikian, hanya keperluan untuk
membeli peralatan tulis sahaja yang diperlukan:
Kertas Sebak
=
10 x 50 sen = RM 5.00
Kad manila
=
10 x 60 sen = RM 6.00
Kertas warna
=
5 x 80 sen = RM 4.00
Pen Marker ( Merah, Hitam, Biru ) =6 x RM 2.50= RM 15.00
Jumlah = RM 30.00

9.0

PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )


Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-

langkah berikut: LANGKAH 1


Kaedah 1
Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS
baru.
Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh seminggu ( 7 hari ) dari
tarikh iklan.
Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan yang
boleh didapati dari
Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Kaedah 2
Dengan mengedarkan soal selidik. Pelajar-pelajar diminta memilih dan
mencatatkan nama pelajar lain yang mereka merasa selesa untuk
berbincang tentang sebarang masalah / persoalan.
Kaedah 3
Guru memilih dan mengisi borang
dianggap sesuai dilantik sebagai PRS.

cadang

nama

pelajar

yang

LANGKAH 2
Kaedah 1

Semua nama pelajar yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru


Kaunseling akan membuat satu pemberitahuan tentang tarikh, masa,
dan tempat untuk calon-calon PRS mengikuti ujian personaliti.

ATAU
Kaedah
2

Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka satu


sesi temuduga akan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak
dilantik sebagai PRS.
Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang
akan dimaklumkan.

Anda mungkin juga menyukai