Anda di halaman 1dari 131

SESUNGGUHNYA WALAUPUN PASANGAN KITA SELALU SENYUM AKAN TETAPI DIA ADA

PENDAM PERASAAN TAK PUAS HATI.

Pernah tak anda lihat perangai pasangan anda lain tak seperti biaasa? Apa yang anda cakap
semuanya tidak dilayan Sepatah ditanya sepatah dijawabnya. Pernahkan anda mengalami situasi
seperti ini? Kemungkinan itu tandanya pasangan anda sedang pendam sesuatu dari pengetahuan
anda.

Sekiranya berlaku keadaan ini adalah baiknya anda sendiri mengambil langkah segera dengan cara
menanyakan kepadanya sekiranya dia ada pendam atau marah disebabkan anda. Kadang-kadang
mereka ini cuma senyum diluar tetapi dlam hati dia sendiri je yang tahu. Mungkin ini antara tingkah
laku yang anda tidak tahu sebernya si dia tengah pedam sesuatu.

1. Suka Mengelak
Ketika nak berbincang secara serius mengenai sesuatu isu dia mengelak. Ini bukan merajuk
tapi si dia sedang berasa sakit hati dengan anda. Si dia mengelak supaya tak bertambah sakit
hati lagi.

2. Suka Berdiam Diri


Si dia keluar pergi kerja diam. Balik kerja pun masih berdiam. DI rumah pasangannya tidak
ditegur langsung melainkan terpaksa. Sekiranya di tanya, jawabnya pun sepatah- sepatah je.

3. Suka Buat Hal Sendiri


Pasangan beli barad dapur sendiri, makan sendiri bahkan nak tonton tv pun sendiri.
Sesungguhnya adalah tidak seronok lebih-lebih lagi yang ada pasangan. Ini merupakan
sesuatu yang serius dan patut di ambil langkah segera kerana kemungkinan dia dah tawar
hati itu adalah tinggi.

4. Suka Protes
Sesungguhnya semua yang dilakukan oleh pasangan dia akan nampak kelemahan. Itu tak
baik, ini tak baik. Logik la apabila seseorang itu sudah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit
hati dan tidak puas hati.

5. Suka Berkira
Segalanya semua nak berkira tak kira sama ada duit, masa ataupun tenaga. Sebagai contoh
sampah yang kat rumah sampai tahap berulat tak nak buang sebab bekira nak buat kerja.
Ulat sampai boleh nampak ngesot-ngesot tapi kalau hati dah berulat taka da siapa yang
tahu.
Mulakan Dari Sekarang Demi Tabung Kahwin Bagi Masa Akan Datang.

Kos perbelanjaan yang tinggi sangat diperlukan oleh individu yang ingin mendirikan rumah
tangga. Hal ini kerana kos perbelanjaan untuk persiapan sesuatu majlis perkhawinan
memerlukan sejumlah wang yang agak tinggi.

Tambahan pula, kos hidup selepas berkahwin juga perlu dititikberatkan disebabakan anda
bukan saja perlu memikirkan kos hidup sendiri tapi juga pasangan anda agar lebih terjamin.

1) Mula Lebih Awal


Adalah disarankan kepada pasangan muda yang mana sudah bertemu jodoh, anda
dinasihkan catat segala perbelanjaan anda setiap bulan. Lagi bagus sekiranya anda
menyediakan satu buku noto untuk mencatat segala jenis perbelanjaan bagi setiap
bulan.

Kepada yang masih belum ada pasangan jangan ambil remeh perkara ini. Hal ini
seharusnya dijadikan satu peluang anda untuk mengumpul lebih banyak maklumat
setiap bulan.

2) Kerja Sambilan
Bagi mereka yang ada masa lebih anda boleh mula membuat bisnes kecil- kecilan
walaupun utungnya tidak besar. Sekurang-kurangya anda mempunyai duit lebih
untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.

Cara kedua, anda boleh membuat pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah.
Contohnya menjual barang online dengan menjadi ejen. Di era moden ini adanya
laman social seperti Facebook, Instagram dan banyak lagi yang dapat membantu
mempromosikan hasil kerja kita.

3) Ikut Kemampuan
Sesunguhnya sesebuahnya majlis perkhawinan itu bukanlah dinilai dari lokasinya,
gahnya sesebuah pelamin ataupun nilai mas khawinnya. Apa yang harus
dipentingkan adalah siapa yang hadir pada hari majlis anda bagi meraikan hari
bahagia anda dan pasangan.

4) Pihak Wanita Juga Perlu Bertanggungjawab


Setiap kali menyebut isu duit simpanan kahwin, sudah menjadi persepsi masyarakat
sumuanya adalah tangungjwab pihak lelaki. Tetapi bukankah berkhawin ini perkara
yang perlu dilakukan secara bersama?
Rupanya Nak Kekal Bahagian Lebih 10 Tahun Perlu Ada 10 Persamaan Dalam Diri Suami
Isteri.

Hubungan suami isteri pasti ada pasang surutnya. Selangkah ke a lam perkhawinan kehidupan anda
sangatlah berbeza ketika anda bergelar bujang dahulu. Selepas berkhawin lagi banyak
tanggungjawab yang perlu dipikul. Malah jika sudah bekeluarga, anak-anak menjadi keutamaan
anda. Komunikasi adalah kunci dalam sesuatu hubungan.

 Adalah digalakkan sentiasa meluahakan perasaaan. Sekiranya ada perasaan tidak puas hati
seharusnya diluahkan segera, begitu juga jika ada berita gembira seharusnya pasangan anda
lah orang pertama patut tahu.

 Seharusnya mempunyai sikap saling memaafkan dan ikhlas. Tidak sepatutnya memendam
rasa sakit hati lama-lama. Perasaan itu adalah doa. Hari-hari doa sakit hat, maka betul Allah
bagi sakit hati.

 Seelok-eloknya suami isteri itu saling bertolak ansur.

 Menjadi sesuatu yang bagus sekiranta suami isteri itu selalu memberi semangat, sokongan
dan dorongan sesame sendiri walau apa pun terjadi.

 Seharusnya saling mempercayai satu sama lain.

 Dalam satu hubungan komunikasi harus sentiasa dijaga. Jangan sesekali menggunakan
bahasa yang kesat semasa berlakunya salah faham.

 Sangat digalakkan saling rindu merindui.

 Tiada manusia yang sempurna sejak lahir maka haruslah berani mengakui kelemahan diri
dan berusaha kearah yang lebih bagus.

 Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak
membetulkan.

 Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi
harapan.
Dapat Lambatkan Proses Penuaan Merupakan Salah Satu Manfaat 30 Hari Minum Air Kosong
Tanpa Minuman Manis.

Bagi membiasakan seseorang individu untuk minum air kosong bukanlah hal yang mudah. Sebagai
contoh dalam banyak-banyak pillihan seperti air the ataupun kopi, ari kosong seringkali menjadi
pilihan terakhir. Hal ini kerana minuman manis kelihatan lebih menarik berbanding air kosong.

Terdapat beberapa manfaat yang dapat dirasai oleh seseorang individu jika mengambil air kosong
sahaja dalam tempoh 30 hari tanpa pengambilan sebarang minuman yang mengandungi kandungan
gula.

 Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti


Menurut satu jornal, sekiranya anda hanya mengambil air kosong dalam tempoh 30 hari
membantu otak anda bertindak balas dengan cepat. Hal demikian kerana otak seorang
manusia memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi secara optimum. Oleh itu,
pengambilan air kosong yang mencukupi membantu otak memperolehi oksigen yang
mencukupi.

 Melambatkan Proses Penuaan


Pengambilan air kosong yang mencukupi sangat membantu dalam memastikan kulit anda
cukup terhidrat sehingga dapat mengurangkan peratusan process penuan kulit. Dengan
pengambilan air yang mencukupi ianya membantu dalam memastikan kulit anda sihat,
lembap, lembut dan bebas kedutan.

 Meningkatkan Daya Tahan Tubuh


Secara saintifik air yang mencukupi dalam badan dan menyokong fungsi hati dan ginjal yang
menyingkirkan bahan kumuh dalam badan. Disamping itu, kandungan air yang mencukupi
jug dapat meneutralkan kadar pH serta membantu mengurangkan rasa sakit badan dan sakit
kepala.

 Menguatkan Tulang
Air kosong dapat membantu penghasilan semula shock absorber tulang rawan, sehingga
sendi dapat bergerak dengan lancer dan jug dapat mengurangkan kerosakan sendi.
Fleksibiliti sendi meningkat dengan pengambilan air kosong.

 Membakar Lemak Tubuh


Dalam tempoh pengambilan air kosong dalam 30 hari, ianya dapat membantu dengan
menyingkir racun berbahaya dan hasil perkumuhan daripada organ penting dalam tubuh
anda. Secara tidak langsung membantu dalam memastikan tubuh anda bersih serta
menurunkan lemak tubuh. Pengambilan air kosong juga dapat mengurangkan rasa lapar
anda.
6 Tips Perancangan Perkahwinan Penting Untuk Hari Besar yang Sempurna Dengan Tekanan
Minimum

 Menetapkan Lokasi Dan Membuat Tempahan Lebih Awal


Perlu diingat bahawa lokasi perkahwinan yang popular biasanya mempunyai senarai
menunggu lama dan juga boleh ditempah beberapa tahun lebih awal. Jadi salah satu perkara
pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat keputusan di lokasi dan segera membuat
tempahan untuk tarikh perkahwinan pilihan anda, terutamanya jika anda benar-benar perlu
berkahwin pada tarikh yang baik atau tarikh yang penting bagi anda.

Beberapa perkara lain yang perlu diingat apabila memilih lokasi perkahwinan anda termasuk
sama ada ia boleh menampung semua tetamu anda, sama ada dalam anggaran anda dan
pakej perkahwinan mereka.

 Menetapkan Perbelanjaan Perkahwinan Yang Realistik Dan Berpegang Kepadanya


Pasti, ia adalah satu hari seumur hidup, yang bermaksud bahawa anda mungkin mahu pergi
keluar dan menjadikannya perayaan yang paling epik, tetapi adakah anda benar-benar mahu
memulakan perkahwinan anda dalam hutang? Menurut iMoney, majlis perkahwinan di
Malaysia dijangka menelan kos sekurang-kurangnya RM50,000 secara purata, dan itu tidak
termasuk bulan madu!

Laman web seperti Wedding.com.my sangat membantu dalam perancangan bajet, kerana ia
membolehkan anda menyemak imbas rangkaian luas semua vendor yang berkaitan dengan
perkahwinan untuk mencari yang sesuai dengan anda dan anggaran anda yang terbaik.

 Menetapkan Garis Masa Terperinci Sama Pentingnya Dengan Anggaran


Sekiranya tarikh perkahwinan anda adalah tahun yang baik atau jauh, anda mungkin mudah
untuk berfikir bahawa anda mempunyai semua masa di dunia untuk mendapatkan barangan
yang dilakukan hanya untuk akhirnya berebut dekat dengan tarikh. Senarai terperinci semua
keputusan yang perlu dibuat dan tetapkan tarikh akhir bagi setiap orang untuk memastikan
perancangan anda di landasan. Perlu diingat bahawa banyak butiran perkahwinan
memerlukan tempahan terlebih dahulu supaya anda mungkin tidak mempunyai banyak
masa yang anda fikirkan

 Dapatkan Saranan Daripada Orang Di Sekeliling Anda Yang Baru Berkahwin


Terdapat banyak pilihan di sana untuk berkaitan perkahwinan termasuk lokasi, jurugambar,
jurusolek, pakaian, bunga, makanan, dan banyak lagi! Bercakap kepada rakan-rakan,
keluarga dan rakan sekerja yang baru-baru saja berkahwin mereka akan dapat
mencadangkan pilihan yang baik untuk anda untuk menyenaraikan dan membantu anda dari
dari masalah. Mereka juga akan mempunyai idea yang baik tentang anggaran harga umum
dan kadar pasaran, jadi anda boleh mengelakkan daripada dikenakan berlebihan.
 Sentiasa Fikir Tetamu Anda Apabila Membuat Keputusan Pada Menu Anda
Walaupun pastinya bukan perkara yang buruk untuk anda mahu menu itu terdiri daripada
semua kegemaran anda, anda juga perlu memastikan tetamu anda dan apa-apa
kemungkinan larangan diet yang mereka ada dalam fikiran.

Adakah makanan perlu menjadi halal? Adakah anda perlu menyediakan pilihan vegetarian?
Ketahui dari tetamu anda supaya anda boleh merancang menu dengan sewajarnya. Lagipun,
anda mahu semua orang menikmati sendiri di perkahwinan anda betul?

 Sentiasa ada back-up plan


Kemungkinan untuk ada masah itu ada. Tetapi itu tidak bermakna bahawa hari perkahwinan
anda harus benar-benar hancur. Cuba untuk menjangkakan kemungkinan masalah yang
mungkin berlaku dan tampil dengan rancangan sekiranya berlaku.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai perkahwinan luar, ia akan menjadi idea yang baik
untuk mempunyai payung bersiap sedia atau lokasi berdekatan yang semuanya dapat
dipindahkan dengan cepat sekiranya berlaku hujan lebat yang tidak dijangka.
Tips Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus

Hidup bujang lain. Hidup berkahwin lain. Semasa bujang, bila lapar boleh cari makan sendiri. Bila
berkahwin, sudah kena suap mulut dua orang. Bila dah ada anak, kena suap mulut tiga orang pula.

Tidak boleh sesuka hati melayan isteri yang kita nikahi. Isteri pula tidak boleh layan suami sesuka
hati. Mari kita dapatkan tips perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus.

1. Ketika Mencari Calon

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah
ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika Melamar

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui
orang tua/wali si gadis.

3. Ketika Akad Nikah

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika Resepsi Pernikahan

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir
untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do’a mereka.

5. Ketika Malam Pertama

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Selama Menempuh Hidup Berkeluarga

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar
yang penuh onak dan duri.
7. Ketika Rumah Tangga Goyang

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika Telah Memiliki Anak

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merudum

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami
dan isteri.

11. Ketika Ekonomi Berkembang

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. Ketika Anda Adalah Suami

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab
apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. Ketika Anda Adalah Isteri

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua
pekerjaan.
Siapa Kata Dengan RM3000 Anda Tak Boleh Buat Majlis Perkahwinan ?

Ramai yang beranggapan bahawa jika nak buat majlis perkahwinan perlu ada jumlah wang yang
banyak baru boleh buat majlis perkahwinan . Sebenarnya anda silap bab tu , sedangkan islam tu
mudah kita ni sahaja yang rumitkan . Jadi disini admin nak share rahsia bagaimana dengan RM3k
anda dah boleh melaksanakan majlis perkahwinan .

LANGKAH 1 :

Buat kiraan jemputan yang bakal anda jemput dan jemput keluarga terdekat sahaja. Tujuan supaya
tak terjadi belanja luar bajet dalam poket .

LANGKAH 2 :

Pilih tarikh majlis bukan cuti Sekolah dan juga Cuti Umum .

LANGKAH 3 :

Jika ada sedara mara atau keluarga terdekat boleh memasak ,sebaiknya baik rewang . Jika tak ada
orang tua-tua yang boleh memasak , anda boleh tempah katering , tapi buat menu biasa sahaja . Jika
perlu buat majlis nikah belah asar supaya tak perlu sediakan makanan yang berat .

LANGKAH 4 :

Jika punyai keluarga rapat yang mampu cuba buat group family dan bertanyakan untuk ada ke
sesiapa antara kalangan ahli keluarga yang nak menyumbang dari segi kewangan dan juga barang .

LANGKAH 5 :

Untuk persalinan pengantin beli sahaja baju kurung biasa dan baju melayu yang biasa , di tempat
yang mampu milik , supaya anda tak terover bajet bila menempah baju .

LANGKAH 6 :

Make Up Pengantin cuba bertanyakan rakan terdekat untuk tolong anda .

LANGKAH 7 :

Untuk doorgift bagi sahaja bentuk makanan buah ke telur ke dan tetapkan bajet .
Cara Yang Mendorong Rumah Tangga Bahagia

Antara perkara yang paling ditakuti oleh pasangan yang sudah pun berkahwin adalah apabila cinta
pasangan mula pudar dan beralih arah. Amat penting untuk kita mengetahui cara rumah tangga
bahagia agar pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pasangan kita mencari cinta lain dan pergi dari
perkahwinan kita?

1. Letakkan pasangan sebagai nombor SATU


Adalah amat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu,
berbanding orang lain. Selepas ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang
hal ini. Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri sering diabaikan sehingga mereka mula
rasa tidak disayangi. Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda.
Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa.

2. Buat pasangan rasa dihargai


Kata-kata seperti “terima kasih”, “saya minta maaf”, dan “saya sayang awak” jangan pernah
lupa untuk diucapkan setiap hari.

Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-
mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.

Bukan begitu, kata-kata manis dan ucapan penghargaan sebegini amat penting untuk
didengari oleh pasangan. Ia adalah tanda pengakuan ikhlas dari seorang insan bergelar
suami atau isteri.

Ia menunjukkan secara jelas yang anda menyayangi dan menghargai dirinya. Tidak percaya?
Sila cuba ucap dan lihat betapa lebar senyumannya.

3. Jangan simpan perasaan dalam hati


Selalunya, apabila bergaduh, kita sering memendam rasa. Kita sangkakan lebih baik untuk
menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.

Ya, itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah habit yang tidak bagus untuk
jangka masa panjang.

Lambat laun, “bom perasaan” akan meletup jua. Pada masa itu, pergaduhan besar terjadi
dan pasangan mula mencari yang lain.

Berkomunikasilah secara baik dan kekalkan rasa hormat ketika berselisih faham. Jika anda
tahu cara bergaduh yang sihat, anda pasti dapat mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Hati pun berasa lega, kan?
4. Jangan perkecilkan pasangan
Lagi satu cara rumah tangga bahagia adalah: jangan sekali-kali memperkecilkan pasangan
terutamanya di depan anak-anak atau orang lain.

Suami jangan mengata kelemahan isteri depan anak-anak dan isteri jangan memperlekeh
kebolehan suami di depan saudara-mara.

Ini amat penting bagi memastikan setiap pasangan kekal hormat suami dan isteri masing-
masing.

Ucap yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga kerana dipuji
oleh suami atau isteri sendiri.

5. Banyakkan berdoa untuk pasangan


Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri
suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga.

Tiada siapa yang dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain. Malah, rasa cinta dalam
diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita!

Hanya Tuhan sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati, maka
berdoalah selalu. Tuhan pasti kabulkan!
Nak Pastikan Gambar Perkhawinan Cantik ini Antara Tips Memilih “Wedding Photographer”

1. Semak Latarbelakang Jurugambar

Terdapat ramai jurugambar amatur dan professional di Malaysia ni, tinggal pilih sama ada
‘freelancer’ mahupun syarikat ternama. Contohnya, boleh la usha-usha page mereka tu banyak likers
tak?Kalau nak lebih kepastian kan tanyalah kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang dah
berkahwin. Cik adik boleh je refer previous jurugambar diorang. Tentu ada pro and cons yang
mereka boleh kongsikan. Bukan apa, cuma nak elakkan kes kena tipu je. Mesti tak nak jadi macam tu
kan?

2. Dapatkan Informasi Jurugambar

 Nombor untuk dihubungi. Sekarang ni ‘famous’ dengan whatsapp kan. Senang lagi pantas.
 Alamat lengkap kedai/ rumah- Alamat ni supaya anda tahu dari mana jurugambar tu tinggal
atau kedainya. Bukan apa, kalau dapat jurugambar yang dekat dengan tempat perkahwinan
anda kan bagus. Dah jimat kos pengangkutan kat situ. Haa nampak tak?
 Website
 Laman sosial seperti Facebook dan Instagram

3. Semak Pengalaman Jurugambar

Pengalaman jurugambar ni penting tau tak. Lagi lama dia terlibat dalam industri ni lagi bagus. Sebab
skill-skill tangkap gambar pengantin ni bukan boleh dapat sebulan dua tau, makan tahun cik adik
semua yer. Bukan main picit-picit jer kamera dah jadi gambar. Banyak teknik-teknik yang digunakan
untuk hasilkan gambar yang cantik. Contohnya, pernah tengok tak gambar yang fokus pengantin tapi
background blur. Jurugambar yang berpengalaman jek pandai cik adik. Lagi satu kan, kedudukan
pengantin alaa gaya posing tu. Kalau tak kena gayanya, pengantin nampak macam kayu jek nanti
dalam gambar tau. Lenggok badan, lentok kepala dan bukaan kaki ni semua diambil kira untuk
hasilkan The best Photo. Ehh panjang pulak kupasannya. Senang cakap kan cik adik boleh tengok
testimoni pelanggan-pelanggan terdahulu. Apa kata diorang OK.

4. Semak Sebut Harga Dan Pakej-Pakej Yang Ditawarkan

Minta senarai pakej dan sebut harga yang ditawarkan untuk anda pilih. Kebiasaannya, bermula dari
RM500 sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Pastikan anda faham isi kandungan pakej-pakej
tersebut. Apa jenis album, kuantiti gambar dan sebagainya. Buat ‘survey’ sekurang-kurangnya dari 3
orang jurugambar. Bandingkan ‘item’ yang akan anda dapat dalam pakej itu berbaloi ke tak dengan
harganya.

5. Cas-Cas Tambahan

Apa itu cas tambahan? Cas ni kan tak diceritakan secara details dalam pakej-pakej tadi. Ia
bergantung pada lokasi majlis Cik Adik. Lagi jauh, lagi mahal lah cas pengangkutan tu. Yang keduanya
pulak cas penginapan. Kalau majlis berlangsung dua hari. Mestilah kena ada tempat bermalam kan.
So, cas ni akan dimasukkan sekali dalam pakej sebagai bayaran tambahan. Haa clear tak?
6. Kontrak Perjanjian

Kontrak perjanjian diantara jurugambar dan pelanggan pun penting juga tau. Haa. Cik adik ingat nak
beli rumah je ke yang kena ada kontrak perjanjian. Ishh salah tu. Kontrak perjanjian ni penting tau.
Just in case lah kan jurugambar buat perangai tak muncul time majlis perkahwinan cik adik tak ke
naye nak cari jurugambar last minute. Dah tu, kot ada jurugambar missing in action after cik adik
buat full payment haaa haru-haru lah time nak buat police report sebab evidence pun takde. Haaa
sebab tu sebelum cik adik nak hire jurugambar dan buat payment, buat black and white agreement.
Kan memudahkan urusan cik adik di masa akan datang kan?

7. Temujanji

Iyee. Nak guna khidmat jurugambar perlu membuat temumjanji terlebih dahulu. Yela macam cik
adik jugak sebelum bercinta, kena kenal dulu orangnya siapa, duduk mana dan macam-macam lagi.
Time ni cik adik boleh jadi tukang interview dan tanya segala bneda yang menganggu fikiran cik adik,
cik adik tanya, jurugambarjawab jek.

8. Proses pembayaran

Jangan seronok dulu ye cik adik, sebelum nak berjoget zapin menanti hari bahagia anda. Pastikan
tanya terlebih dahulu pada jurugambar yang cik adik pilih tu macam mana proses pembayaran
album perkhawinan anda. Sama ada kena bayar sekaligus ataupun boleh bayar secaraansuran
macam beli barang di Courts Mammoth. Selepas itu,barulah cik adk boleh tarik nafas lega dan focus
mengenai persiapan hari bahagia cik adik.
Memilih Baju Pengantin Yang Kelihatan Sempurna. Ini Tips Berikut

Pemilihan busana yang baik menjadi keinginan setiap individu yang bergelar pengantin. Oleh itu,baju
pengatin perlulah bersesuaian dengan citarasa, harga, kualiti dn jenis kain agar si pemakai selesa.
Jadi para pengatin di luar sana dengar sini, buatlah keputusan bijak dalam pemilihan busana
pengantin anda nanti.

 Berapa Pasang

Sangat digalakkan menentukan berapa pasang baju pengantin yang anda inginkan. Jumlah
pasang bergantung kepada berapa jenis majlis yang anda adakan. Secara umumnya,
minimum dua pasang sudah mencukupi iaitu satu dipakai semasa majlis angkat nikah sama
ada di rumah pengantin perempuan ataupun di masjid dan lagi satu dipakai semasa majlis
bersanding. Sekiranya majlis anda berjalan serentak dlm sati hari, satu pasang sudah
mencukupi. Yang penting, jangan pakai sepasang baju yang sama pada hari yang berlainan.

 Beli/Tempah/Sewa

Bagi mendapatkan baju pengantin, tiga cara utama yang boleh dilakukan adah tempah, beli
ataupun sewa. Pada pendapat saya cara terbaik adalah dengan menempah, kerana anda
boleh berbincang dengan tukang jahit berkenaan reka bentuk yang diingin berdasarkan
citarasa anda. Tambahan lagi, apa yang paling bagus dengan tempahan ini ukuran dan saiz
boleh disesuaikan dengan badan anda. Kalau anda nak beli baju yang sudah siap tidak ada
masalah sekiranya anda mempunyai bentuk dan saiz badan yang normal kerana
kebanyakkan baju direka berdasarkan saiz normal kebanyakkan orang. Melainkan anda
kekurangan bajet untuk menempah sendiri atau beli baju yang dah siap, anda boleh
menyewa set pakaian pengantin dari butik-butik pengantin. Namun, perlu diingatkan, perlu
menyewa dengan lebih awal, takut takde saiz dan dan baju yang sesuai kalau lambat.

 Reka Bentuk

Reka bentuk baju pengantin yang korang pilih, sama ada baju melayu, baju kebaya melayu,
ala inggeris, ala Bollywood dan sebagainya. Perlu diingatkan lagi pemilhan ini perlulah
bersesuaian dengan tema majlis perkhawinan yang anda inginkan. Dari segi material pula,
perlulah jenis kain yang anda inginkan samada kain satin, songket, lase atau sebagainya.
Dapatkan pandangan dari pereka baju ataupun jurujual butik pengatin untuk mendapatkan
reka bentuk dan jenis material yang bersesuaian degan bentuk badan anda untuk majlis
perkhawinan.
 Warna

Pemilihan warna baju pengatin sangat memainkan peranan jika salah akan sedikit sebanyak
mencacatkan majlis perkhawinan, jadi anda periu berhati- hati dalam pemilihan warna baju
pengantin. Pastikan warna yang dipilih sesuai dengan bentuk tubuh serta warna kulit anda.
Jika anda seorang individu yang berbadan gempal, anda boleh kelihantan langsing jika
mengenakan baju pegantin yang berwarna sedikit gelap dan diperbuat daripada material
kain yang tidak licin. Bagi pengantin yang berkulit gelap, seelok-eloknya elakkan warna gelap
kerana akan menenggelamkan seri pengantin baru. Namun, memilih warna yang sangat
terang juga tidak sesuai terutama sekali semasa gambar diambil. Pilihan terbaik adalah
memilih baju yang beerwarna lembut dan sederhana, seperti kuning lembut dan putih. Apa-
apapun semuanya bergantung kepada citarasa anda tersendiri.

 Aksesori

Walaupun baju pengantin anda kelihatan ringkas dari segi rekabentuk, jenis, warna dan
materialnya, tetapi anda masih boleh menyerlahkan penampilan dengan menggunakan
aksesori yang bersesuaian. Sebagai contoh rantai, kerongsang, gelang, mahkota dan
selendang adalah aksesori yang sesuai untuk pengantin wanita. Bagi pengatin lelaki pula
aksesorinya bergantung kepada jenis bajunya antara aksesorinya ialah songkok, kerongsong,
sampan dan keris. Perlu diingatkan aksesori yang dipakai janganlah berlebihan sehingga
menyebabkan anda tidak selesa dan sukar bergerak. Di samping aksesori tambahan,
pemilihan kasut yang besesuain dengan pakaian yang dipakai turut memainkan peranan
yang penting. Elakkan memakai selipar biasa.
5 Tips Move On Dari Bekas Kekasih

 Jangan Buka Radio

Perasan tak setiap kali tengah sedih tengah berduka, asyik keluar lagu-lagu sedih kan ? Pernah tak
perasan? hihi. So, buat masa ni jangan buka radio dalam sebulan dua, dengar je lagu di Youtube. Dan
dengar lagu-lagu yang rock yang enjoy sikit supaya korang tak melayan perasaan sedih sangat.

 Gambar

Semestinya kalau masa bercinta, gambar si dia sahaja yang penuh dalam storage korang atau pon
letak dalam wallet kan ? Apa lagi…! Buang sahaja. Jangan disimpan kenangan yang tak pasti yang tak
wujud dah tu. Buang je semua gambar dia. Kalau ada simpan dalam bilik tu, pun buang. Jangan
simpan walau pun gambar dia. ok!

 Block Laman Sosial

Kat bio FB or Instagram mesti letak in relationship kan ? Or letak dp dengan si dia. Dah putus ni,
paham-paham lah , delete apa yang patut didelete tu dan korang terus block dia dari jadi friendlist
korang. Baru cepat nak move on.

 Sibukkan Diri

Waktu kerja cuba banyakkkan kerja yang dibuat, sampai korang stress dengan kerja dan buatkan
korang tak ingatkan dia langsung. Lepas balik kerja, spend time dengan keluarga atau kawan-kawan
atau cari ketenangan pergi lah mana-mana.

 Redha

Last sekali, walau apa jua rasa sakit kita dengan apa yang berlaku ni, penting nya adalah kita redha.
Redha adalah sebaik-baiknya penyelesaian nya. Dan percaya lah , apa yang korang dapat harini
sebenarnya Allah nak elakkan korang daripada berjumpa dengan orang yang salah supaya di masa
akan datang korang lebih matang untuk memilih pasangan korang.
5 Tips Menjaga Hubungan Pertunangan Supaya Tidak Terbabas

Bertunang adalah fasa permulaan sesebuah hubungan sebelum terbinanya ikatan perkahwinan.
Namun tidak semua pertunangan itu indah dan bahagia. Lumrah bertunang ada pasang surutnya.
Kadang bahagia , kadang derita. Oleh itu , saya nak share sikit 5 tips untuk menjaga hubungan
pertunangan korang supaya tidak terbabas.

#1. Jangan Terlalu Terburu-Buru

Anda janganlah bincang pasal anak nak berapa, anak nak nama apa, atau lain-lain. Hal sebegitu tak
perlulah anda nak bincang sepanjang pertunangan uolls. Boleh jadi rimas pasangan anda bila nak
kena fikir hal-hal remeh tu.

#2. Menahan Diri

Sesetengah pasangan yang dah bertunang selalu berangapan bertunang boleh lakukan hubungan
seperti suami isteri. JANGAN ! HARAM! Belum sah lagi. Simpan dulu kenangan dan keinginan anda tu
sampai anda dah berada ke alam perkahwinan korang. OKAY !

#3. Rakan-Rakan

Walaupun korang dah bertunang, rakan-rakan korang janganlah korang lupakan. Luangkan masa
bersama. Share masalah dan kegembiraan korang dengan mereka.

#4. Masalah kewangan.

HAH ! Ini adalah masalah yang terbesar sekali yang selalunya jadi punca putusnya hubungan anda.
Anda harus minimumkan perbelanjaan anda supaya nanti kewangan anda stabil apabila berumah
tangga nanti.

#5. Menerima Keburukan Pasangan.

Kenalinya terlebih dahulu dan terima keburukan dan kelemahan pasangan korang, jangan terus
minta putus. Setiap manusia itu mempunyai kelemahan yang tersendiri.
10 Tips Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali

Perjumpaan untuk kali pertama dengan bakal mertua sudah pastinya akan membuat anda nervous.
Ada yang sampai tahap tak boleh tidur dibuatnya kerana terlalu memikirkan perkara ini. Semua
orang tahu perkhawinan adalah satu perkara yang sangat indah. Namun sebelum mendirikan masjid
sendiri kita perlu ada cara dan langkah yang tertip demi menjalin kemersaan antara dua pihak.

 Rancang Pertemuan

Masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mertua.
Pemilihan masa yang tepat dapat menentukan keadaan dan suasa pertemuan.Elakkan
pertemuan mengejutkan atau dating bukan waktu genting serta pilihlah tarikh yang sesuai.

 Jaga Penampilan DIri

Tanggapan pertama keluarga mertua terhadap menantu amatlah la penting dalam


keperipadian anda. Hai ini demikian kerana mertua anda perlu membuat keputusan yang
terbaik dengan menyerahkan kehidupan anaknya kepada anda. Mereka akan analisis sendiri
para menantu yang ada pilih. Contohnya pakaian yang paling sopan adalah baju kurung.

 Tunjukkan Adab Yang Sopan Dan Kerajinan

Anda perlu tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji itu sendiri
menggambarkan keperibadian anda. Bagi perempuan amat digalakkan untuk ringan tulang
membantu bakal mertua membuat kertja rumah seperti memasak dan basuh pinggan.

 Biarlah Sederhana

Sentiasa bersederhana dalam segala perlakuan anda. Kerana sifat bersederhana dituntut
oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang.

 Jaga Diri Sendiri, Jangan `Fake`

Perkara yang baik dan perlu dijadikan tabiat adalah menunjukkan keperibadian anda yang
sebenar dengan mertua sepertimana anda terhadap pasangan anda.

 Ada Pengetahuan Agama Yang Kukuh

Pengetahuan tentang agama amat penting kerana adalah tunggak kebahagiaan dan
kewajipan keluarga. Selain itu, ilmu tersebut juga akan menjadi panduan kepada anak-anak
yang akan lahir kelak.
 Soal Selidik Bakal Mertua
Berjumpa pihak mertua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan
anda.Mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati
pihak mertua.

 Pandai Manbuka Biacara/Memulakan Topik Perbualan

Tak kira dalam apa jua komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan
terutama apabila di dalam keadaan yang janggal lebih-lebih lagi anda tidak mengenali satu
sama lain. Apa yang terbaik ialah cuba berbual secara spontan dan natural, supaya tidak
nampak seperti sudah dirancang .

 Bawa Buah Tangan

Buah tangan adalh simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mertua. Ianya
juga dapat dijadikan topic perbualan. Tapi menurut saya bawa buah-buahan pun sudah
mencukupi.

 Kenal-kenal Dengan Bakal Abang/Kakak/Adik Ipar

Jangan sesekali menunjukkan muka sombong. Apabila bakal mak mertua kenalkan satu
persatu anak dia, ini membolehkan anda menjadi lebih rapat dengan keluarga bakal mertua.
Sebab Lelaki Pencinta Kucing Layak Menjadi Pasangan Hidup Anda

Bukan sahaja golongan wanita yang suka kepada haiwan lebih-lebih lagi haiwan yang bermata comel
seperti kucing. Hakikatnya kucing binatang berbulu juga disukai oleh golongan lelaki. Kebiasaannya,
lelaki dengan binatang seperti kucing kelihatan `gentle` dan lebih `macho`.

Kucing merupakan haiwan kesayangnan Nabi. Kucing merupakan satu haiwan yang sangat comel.
Kalau kita lihat mesti sahaja cair melihatnya. Kemungkinan lelaki yang suka akan kucing ini
sememangnya layak untuk dijadikan pasangan hidup. Kenapa? Inilah sebabnya!

 Penuh Kasih Sayang

Mereka ini mepunyai hati yang lembut dan bersifat penuh kasih saying. Perasaan mereka
pada kucing itu sememangnya benar dan tulus. Jadi anda tidak perlu lagi ragu akan kasih
saying anda terhadap diri anda.

 Mudah Bersimpati

Bagaimana individu tersebut dapat menghaormati makhluk ciptaan Allah ini, sesungguhnya
begitu jugalah mereka menghormati sesama insan. Sifat kasih saying mereka teserlah pada
layanan mereka trhadap haiwan itu. Sesungguhnya begitu juga lah lmereka akan memberi
kasih syang kepada anda.

 Sedia Berkongsi

Kebiasaaannya, apa yang ada selalunya akan dkongsi bersama-sama dengan haiwan bak kata
orang “ Sharing is Caaring”. Bukan sesuatu yang mudah unttuk mencari pasangan yang tidak
berkongsi pada masa sekarang.

Sangat penyabar. Untuk menjaga satu haiwan peliharaan bukanlah sesuatu yang mudah
sangat memerlukan komitmen serta kesabaran yang tinggi dalam menangani karenah
haiwan peliharaan yang selalunya nakal, liar, degil dan tidak boleh dijangka. Agak-agak ada
yang sudi melayan karenah anda semua seperti pencinta haiwan itu?

 Tabah Dalam Hadapi Cabaran

Tidak dapat dinafikan bahawa ada juga haiwan yang menderita dan sakit. Percaya
menguruskan haiwan yang sakit itu bukanlah senang. Dengan ini , mereka tidak mudah
tersentak dengan cabaran apatah lagi kehidupan berumah tangga.
 Mendahulukan Kehendak Orang Yang Lebih Penting Dulu

Kebiasaannya, mereka ini rela berkorban apa saja demi haiwan kesayangan mereka hingga
sanggup mengikat perut asalkan haiwan peliharaan mereka kenyang dan gembira.
Disebabkan itu, sekiranya anda dterima musibah, jangan risau jika pasangan anda
mengelakkan diri. Mereka akan setia dengan anda sama ada susah atau senang.

 Tidak Suka Bangun Lewat

Hai ini demikian kerana mereka akan teringat akan haiwan peliharaan mereka yang perlu
diberi makan supayatidak kelaparan dan tidak smpai hati melihat muka sedih haiwan
peliharaan mereka itu. Hai ini menyebabkan pencinta haiwan jarang bangun lewat meskipun
hujung minggu. Bukankah bagus jika pasangan anda tiada masalah untuk bangun awal?

 Menghormati Orang

Pencinta haiwan jarang mengambil kisah hal orang lain kerana mereka sudah punya
komitmen yang tinggi dengan haiwan kesayangan. Disebabkan itu, mereka faham jika
sesekali itu anda memerlukan ruang privasi untuk diri sendiri.
Masa TIdur Pun Boleh Turunkan Berat Badan? Ini Antara Caranya

Sekiranya anda sudah mencuba perlbagai cara untuk menurunkan berat badan namum hasilnua
belum bekesan, tetapi janganlah berputus asa. Anda hanya perlu teruskan amalan itu dan dalam
waktu yang sama tambahkan cara ini sebelum anda tidur agar impian untuk menurunkan berat
badan dapat dicapai.

 Makan Malam Awal

Sekiranya anda ingin menurunkan, makan malam awal merupakan sesuatu yang sngat
penting Sangat tidak digalakkan untuk makan lewat malam dengan alas an jika anda makan
awal perut anda akan kembali lapar sebelum tidur. Dengan mengambil makan malam lebih
awal , system pencernaan tubh dapat membantu system penghadaman sekali gus
membuatkan kadar metabolisme berfungsi dengan baik ketika anda berehat ataupun tidur.

 Ambil Makanan Dan Minuman Berunsurkan Protein Sebelum TIdur

Sekiranya anda merupakan seorang indiviu yang suka menguyah snek sama ada siang
mahupun malam lebih-lebih lagi sebelum tidur amat digalakkan menggantikan sahaja snek
tersebut dangan makanan dan minuman yang berunsukan protein sperti susu ataupun
yogurt. Khasiat daripada protein itu berguna untuk menggalakkan otot boleh dirawat
sepanjang malam semasa anda tidur.

 Padam Semua Gajet Atau Barangan Elektronik

Seelok-eloknya sekiranya anda ingin melelapkan mata, anda harus memastikan anda
mematikan segala gajet dan barangan elektronik di bilik tidur. Kajian ada mengadakan
short-wave length cahaya biru yang dipancarkan daripada tablet ataupun telefon boleh
menyebabakan gangguan penghasilan melatonin yang ada di dalam tubuh anda selain
mengganggu metabolisme dalam badan.

 Tidur Dalam Bilik Gelap Sepenuhnya

Menerusi satu kajian sekiranya anda berada di dalam bilik atau satu ruang yang mana 99
peratus gelap tanpa sebarang cahaya, ianya akan menyebabkan badan menghasilkan
hormon melatonin. Ianya bukan sahaja membuatkan anda lebih mudah untuk tidur, dalam
masa yang sama membantu dalam proses pembakaran kalori lemak coklat.

 Rendahkan Suhu Bilik

Tidur dalam bilik yang suhunya rendah dan sejuk akan membantu anda untuk membakar
kalori sepanjang malam. Hai ini menyebabkan mekanisme pertahanan dalam badan dibina
supaya jika anda berasa sejuk menyebabakan badan akan membakar leibh banyak kalori
bagi tujuan memanaskan badan. Secara tidak langsung dapat membakar kalori.
 Tidur SlamaTujuh @ Lapan Jam

Apa yang paling penting ialah mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi dalam
sehari. Anda seharusnya menyiapkan tugasan lebih awal supaya dapat mengelakkan diri
daripada berjaga malam. Apa yang terjadi sekiranya anda kurang tidur adalah ianya akan
menyebabkan metabolisme badan terganggu dan menjadi perlahan pada siang hari. Hal ini
cenderung menyebabkan ada makan banyak di siang hari. Jadi ubahlah tabiat tidur anda dari
sekarang.
Apa Salahnya Sekiranya Mak Ayah Ingin Jodohkan Dengan Lelaki Lebih Berusia

4 Kelebihan Suami Lebuh Berusia

1. Lebih Matang

Boleh dikatakan ramai berpendapat jika lelaki yang lebih tua daripada pasangannya adalah
lelaki yang penyabar dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Sedar atau tidak,
sebenarnya lelaki lebih matang memiliki peribadi yang lebih tenang,lebih sabra dan lebih
menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga akan berusaha mengalah demi kebaikan
diri sendiri mahupun untuk pasangan.

2. Lebih Berjaya

Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang menawan kerana factor
material. Lelaki yang berusia ini jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin
masa hadapan serta stabil kewangannya.

3. Meluaskan Sudut Perspektif

Oleh kerana perempuan muda yang berkahwin dengan lelaki berusia sering dekaitkan
dengan menjadi punca keruntuhan rumah tangga, kaki kikis dan sebagainya, perkara itu
sedikit sebanyak telah mempengaruhi dalm menilai sesuatu.

Selain itu, oleh kerana suami anda capai usia pertengahan dahulu, anda secara tidak
langsung akan lebih banyak bersabar dan lebuh memahami bagaiman menjalani kehidupan
bersama- sama orang berusia.
4. Menghargai hari-hari yang mendatang

Bersama dengan lelaki berusia akan membuat anda lebih menghargai setiap waktu yang
dijalani bersama-sama. Bukan sahaja anda lebih mencintainya kerana mengetahui dia tidak
akan bersama dengan andanya selamanya, anda juga akan jadi lebih penyabar kerana
melihat sendiri betapa singkatnya kehidupan ini sebernanya.
Ini Antara Kelebihan Dan Cabaran Yang Anda Kena Hadap Sekiranya Berkahwin Dengan Duda

CInta itu buta. Ia merupakan sesuatu yang tidak mengenal usia mahupun status. Biarpun ramai ingin
membayangkan bertemu jodoh dengan asangan yang sesuai. Tapi itu bukan hak kita untuk
menetukan.

Semuanya yang terjadi telah ditentukan oleh Allah yang Maha Kuasa. Kalau dah ditakdirkan kita
bertemu jodoh dengan duda itu semuanya sudah tertulis. Hidup itu harus diteruskan. Terimalah
dengan hati yang terbuka. Tetapi perlu diingatkan mungkin agak berbeza jika anda memilih si duda
untuk menjadi pasangan hidup anda. Namun jangan risau semuanya pasti akan baik-baik shaja, Mari
kita lihat antara cabarannya.

1. Perlu Bersedia

Selain bersedia untuk berjumpa dengan keluarganya, anda perlu memikiran pasal diri anda
terlebuh dahulu. Mungkin pada dasarnya anda mencintainya, tetapi agak sukar untuk anda
menerima dirinya kerana anda perlu berkongsi dengan ank-anaknya juga. Jika anda sudah
bersedia mengharungi dugaan bersama maka teruskanlah niat anda untuk memilih duda
sebagai calon hidup anda.

2. Belajar Menyayangi Anaknya

Berkahwin dengan duda akan membuatkan anda menjadi ibu ‘segera’ kepada anak-anaknya
da akan digelarkan ibu tiri. Namun, jangan sesekali bersikap memilih dalam memberi kasih
saying kepada anak.Sebaiknya beri layanan sama rata agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Sayanglah mereka sperti anak anda sendiri.

3. Jangan Putuskan Ikatan

Mungkin akan ada situasi yang anda perlu faham apabila berkahwin dengan pasangan yang
duda ini. Kerana mungkin aka nada sedikit konflik dimana sekiranya pasangan anda duda
uang ditinggalakan isteri sebab kematian ataupun peceraian. Namun, anda dan pasangan
boleh mencuba dan menyokong antara satu sama lain agar rumah tangga anda dan si dia
tidak seperti perkahwinan yang lepas.

4. Lelaki Bergelar Duda Lebih Memahami

Jika si lelaki itu duda, maka dia sudah memahami selok-belok rumahtangga dan akan
bersikap lebih memahami masalah yang bakal ditempuhi dalam hubungan suami isteri dan
mempunyai pengalaman bagaiman ingin menyelesaikannya.
5. Bijak Mengurus Kewangan

Kebiasaannya keadaan kewangan lelaki bergelar duda sudah pun cukup matang dalam
menguruskan hal kewangan. Inilah antara sebab sesetengah wanita tidak kisah jika jodoh
mereka bersama duda.
Hadapi Dengan Tenang Dan Sabar Kerana Inilah Cabaran Selepas Berkahwin

Boleh dikatakan semasa bercinta semuanya ‘sweet’ dan indah. Segala yang dikatakan akan dituruti
olwh pasangan. Ramai pasangan beranggapan keindahan itu akan kekal sebaik memasuki alam
rumah tangga.Berikut adalah cabaran yang bakal dilalui oleh pasangan selepas mendirikan rumah
tangga.

1. Sukar Tinggalkan Gaya Hidup Semasa Bujang

Perkara ini sememangnya biasa terjadi kepada golongan muda dan biasanya lelaki lebih
sukar untuk mengubah perkaraini daripada golongan perempuan. Biasanya lelaki susuah
untuk meninggalkan hobi mereka seperti lepak atau ‘mengeteh’ sehingga lewat malam
ataupun menghabiskan masa bermain permainan video. Sepatutunya selepas berkahwin
dan jika mempunyai anak di awal perkahwinan anda sepatutunya kurangkan perkara
tersebut atau berhenti terus kerana buat masa tesebut anda sepatutnya melebihkan masa
bersama anak atau isteri dan pada awal perkahwinan adalah waktu yang sangat penting
untuk memastikan rumah tangga tersebut mampu bertahan ataupun tidak.

2. Kehidupan Rumah Tangga Tidak Seperti Yang Diharapkan Atau Diinginkan

Sebelum berkahwin semestinya anda telah merancang pelbagai perkara namun


kebanyakkannya sukar untuk dicapai disebabkan pelbagai factor dan disaat ini juga
pasangan suami isteri biasanya akan mengenali kriteria atau perangai sebenar pasangan
masing-masing. Pada waktu ini sangat penting untuk bertolak ansur dan jangan sebab tidak
tutup lampu atau letak baju merata-rata sahaja anda bergaduh besar.

3. Pembahagian Tugas Dan Peranan

Perkahwinan adalah bermakna anda akan mempunyai tanggungjawab sebagai suami atau
isteri dan seperti kebiasaan kita tahu yang tugas suami adalah mencari nafkah untuk
keluarga dan menyediakan keperluan bagi keluarga seperti rumah, pakaian dan sebagainya.
Isteri perlu menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan urusan rumah tanggaseperti
memasak serta menjaga anak. Tetapi hakikatnya, dalam zaman yang serba mencabar ini,
[eranan ini belum tentu akan dapat digalas sepenuhnya oleh seseorang suami mahupun
isteri. Pada masa kini, kos sara hidup yangserba meningkat tidak memungkinkan seorang
suami menyara isteri dan keluarga sendiri.

4. Selalu Berbeza Pendapat

Perkara in sering menjadi isu di awal perkahwinan dan biasanya pasangan suami dan isteri
akan bertekak dalam membicarakan perkara yang remeh-temeh dan masing-masing akan
cuba mempertahankan ego masing-masing. Pada masa ini anda mungkin akan merasakan
pendapat anda lebih baik dan perlu diikuti. Ini berlaku kerana sebekun berkahwin pasangan
tersebut membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan orang lain,
namum setelah berkahwin b=kebanyakkan keputusan yang dibuat perlulah dipersetujui
bersama.

5. Hubungan Dengan Keluarga Mertua

Selepas berkahwin, anda bukan sahaja telah menjalinkan hubungan dengan pasangan anda
sahaja namum dengan seluruh keluarga pasangan anda juga. Disebabakan itu perlunya anda
pandai bergaul dengan keluarga baru. Mungkin aka nada keluarga yang senang bergaul
namun tidak mustahil terdapat sebilangan keluarga yang kurang peramah. Disini penting
anda bersabar dan cuba untuk mengambil hati mereka dan untuk menyesuaikkan diri
dengan keluarga mertua juga memerlukan masa, jika baik suami atau isteri perlulah
bersabar dalam memahami sikap hidup keluarga mertua.
Curang Itu Pilihan Bukan Alasan. 5 Tips Elak Pasangan Curang Selepas Bertahun Kahwin

Curang dalm perkahwinan sering berlaku sekiranya pasangan leka. Semakin maju zaman sekarang
disebabkan peningkatan teknologi, semakin banyak mahligai indah yang dibina antara pasangan
suami isteri musnah angkara kes curang dalam perkahwinan.

Mungkin ramai yang menganggap curang adlah masalah utama kerana pasangan ulai bosan dengan
kehidupan berkeluarga. Pasangan yang curang memilih untuk menipu dan berlaku curang dengan
pasangan mereka di belakang. Di sini kami berkongsi 6tips boleh mengelakkan kes curang dalam
rumah tangga anda.

1. Jangan Pentingkan Diri Sendiri, Sebaliknya Pentingkan Pasangan

JIka anda perasan yang kalian asyik meluangkan masa dengan media social berbanding
bermesradan bermanja ketika free, mungkin kalian terfikir sejenak tentang siapa yang perlu
dipentingkan.

Jawapan yang palaing tepat tentang siapa yang perlu dipentingkan dalam perkahwinan
adalah pasangan. Kalau anda rasa anda tidak cukup mementingkan suami, cuba keluarkan
tenaga untuk mengubahnya

Kalau anda rasa suami seakan semakin tidak menghiraukan anda, beritahu secara jujur
padanya tentang apa anda rasa.

2. Tetapkan Peraturan Penting

Selepas berkahwin, atau sepatutnya sebelum berkahwin, kalian berdua kena bawa
berbincang peraturan penting tentang bagaimana kalian melayan orang lain.

Contohnya mungkin ada pasangan yang anggap ‘ terlalu ramah seaakan mengoda’ orang lain
adalah perkara normal. Tapi, ada pasangan yang anggap ianya sebagai curang.

Jadi tetapkan awal-awal apa yang kalian mahu. Ia menjimatkan masa supaya anda tak
bergaduh kelak sekiranya berlaku salah faham.

3. Cuba Jauhkan Diri Dari Peluang Berlaku Curang

Jika anda rasa seakan-akan mulai jatuh cinta dan tertarik dengan rakan sepejabat atau rakan
anda seoleh-oleh cuba menggoda anda, cuba lari dan jauhkan diri dari situasi itu.

Curang dalam perkahwinan adalah satu keputusan yang terletak di tangan anda. Jiaka anda
menjauhkan diri daripada sebarang peluang yang boleh membawa kepada kecurangan, ada
mungkin boleh berjaya.
Contohnya,elakkan diri daripada terlalu lama di luar tanpa pasangan, pergi , melancong
seorang diri, terlalu banyak masa bersendirian berbanding bersama pasangan dan
sebagainya. Kalau boleh, cuba buat sebarang aktiviti dengan pasangan agar kalian semakin
rapat.

4. Bersikap Terbuka Dengan Pasangan

Cuba cipta kebahagian dalam rumah tangga dengan bersikap terbuka bersama pasangan.
Jika kalian jujur, kes curang dalam perkahwinan susah nak terjadi. Anda dan pasangan
sepatutnya berasa selesa untuk bercerita dan berkongsi apa saja perasaan dan buah fikiran
dengan masing-masing. Kejujuran akan membuatkan kalian lebih rapat dan memahami satu
sama lain dengan lebih baik.

5. Jangan Biarkan Cemburu Buat Kalian Bergaduh

Kebiasaannya, pasangan berkahwin akan kerap bergaduh jika salah seorang daripada kalian
kuat cemburu. Cemburu sebernya adalah duri dalam daging. Jika anda rasa cemburu kerana
suami tidak beri sepenuhnya perhatian pada anda , jangan terus maki-hamun dirinya.

Sebaliknya, anda patut buat sebarang perubahan untuk biar suami ‘sedar’ kelainan yang
anda bawa. Kalau anda cemburu dia rapat dengan seseorang , berterus-terang dengannya.
Kurangnmu, Lebihmu, Ku Terima Seadanya

Sejauh mana sesuatu hubungan itu dibina? Kalau sampai ke syurga, Alhamdulillah. Namun, apakan
terjadi jika sebaliknya pulak? Apa yang perlu diketahui, Bagaimana ciri-ciri pasangan anda yang
menunjukkan bahawa mereka mencintai anda seadannya? Pernahkah anda terfikir mengani ini? Ok,
teruskan baca artikel ini untuk mengetahui ciri-ciri pasangan yang mencintai kamu seadannya.

1. Menerima Anda Seadannya

Apa yang jelas sepatutnya diimata mereka, anda adalah yang terbaik, anda adalah yang
tercantik dan yang paling kacak. Mereka menerima segala kelemahan dan kebaikkan yang
ada pada diri anda. Mereka tak akan senang-senang menyuruh anda menjadi itu ini,
sesunggguhnya mereka senang dengan anda. Mereka mampu terima anda seadannya.

2. Berupaya Memperbaiki Diri

Jika si dia menginginkan anda, dia akan melakukan berbagai cara untuk memperbaiki dirinya.
Sebagai contoh mudah yang dapat lihat pada masyarakat sekarang adalah, apabila si
perempuan tidak suka akan lelaki yang menghisap rokok, lantas si lelaki berusaha untuk
meeninggalkan tabiat itu. Ini bermakna, si lelaki cuba memperbaiki dirinya demi
pasangannya yang dicintai.

3. Sentiasa Memberi Perhatian

Si dia senntiasa menunjukkan perhatian kepada anda. Maksudnya perhatian dsiini bukanlah
setakat bertanya ‘sudah makan ke belum’ tetapi juga seperti bertanya khabar tentang anda
dan keluarga anda. Mereka juga sentiasa alert akan hari lahir anda, malah turutmeraikannya.
Itu tandanya, si dia sudah mula memberi perhatian buat orang yang mereka sayangi.

4. Meluangkan Masa Bersama

Apabila si dia sudah mula sukakan anda, sesibuk mana pun, sia dia akan meluangkan masa
bersama anda walaupun sekejap. Walaupun hanya sekadar melalui handphonesahaja, tetapi
si dia tetap akan berasa puas dapat menghubungi orang yang mereka sayangi dan cintai.
Namun perkara yang dibualkan haruslah tidak menjurus kepada maksiat dan kemungkaran.
5. Kekurangan Bukan Dijdikan Bahan Ejekkkan

Setiap kekurangan yang ada pada diri anda, tidak akan dijadikan sebagai bahan ejekan.
Mereka akan lebih bersifat matang. Kalau dah boleh menerima kekurangan anda, tak akan
pula kekurangan itu akan dijadikan bahan ejekkkan pula kan?

6. Jujur dan Terbuka

Apabila si dia sudah selesa bersama anda, si dia tidak segan untuk menceritakan masalah
mereka. Mereka berasa lebih terbuka dengan anda. Selain itu, mereka juga akan bersikap
jujur terhadap anda, bila dan rasa senang bersama anda, apa jua yang dilakukkan, berterus-
terang sahaja agar kelak tidak akan membawa kepada perbalahan dalam hubungan itu.
Berdasarkan kajian juga, salah satu kunci hubungan yang harmoni apabila pasangan sentiasa
bersikap terbuka dan jujur terhadap insan yang mereka sayangi.
Jangan Ingat Dalam Rumah Tangga Tiada Orang Dengki, Ini Tanda Pelik Hubungan Anda Terkena
Sihir

Jika ada tanda-tanda ini,anda mungkin telah terkena sihir pemisah. Sihir pemisah (sihir tafriq) atau
dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalh satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan
hubungan kekasih, suami isteri ataupun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta
permusuhan pergaduhan di antara mereka.

Bagi suami dan isteri pula, peceraian selalunya terjadi jika terkena sihir ini yang biasanya dihantar
oleh seseorang yang bertujuan dan berniat jahat. Amalan ilmu hitam dan juga sihir pemisah suami
isteri ini adalah satu perbuatan yang dilakukkan untuk merosakkan hubungan orang.

Dengan cara ini penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya serta meminta tolong
daripada jin, iblis dan syaitan dengan menggunakan jampi serapah, tangkal atau mentera bagi
mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya.

BERIKHTIAR

Ketika pasangandatangke pusat rawatan Islan untuk mendapatkan rawatan, mengubati serta
berikhtiar untuk membuat sihir. Si isteri secara tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas ustax membuat
bacaab Ruqyah terhadapnya sebagai cara rawatan serta menyembuhkan sihir ini dan ustaz tersebut
turut berkomunikasi dengan ‘benda’ yang telah merasuk ke dalam badan wanita itu tadi.

TERUSKAN RAWATAN

Tanpa berkata panjang saya teruskan rawatan membuang sihir ini,syukur Alhamdulillah dengan izin
Alllah, saya dapat keluarkan jin yang menumpang di badan wanita tersebut. Apabila si isteri sedar
terus mereka berpelukan sambil menitiskan air mata.

Mereka tidak menyangka mereka terkena sihir pemisah pembenci ini akibat perbuatan sihir yang
ditujukan kepada mereka suami isteri. Tak putus-putus dari mulut si isteri memohon maaf pada
suami kerana apabila beliau marah, ianya seolah-olah tidak dapat kawal perasaan.

Bila marah seperti ada bisikan yang menyuruh meminta cerai dari suaminya. Kadang-kadang suami
tidak ada buat salah apa pun, perasaan nak marah dan jadi benci pada suami tanpa sebab.
Rupanya Inilah Amalan Kenapa Orang Korea Dan Jepun Susah Nak Ada Jerawat

Setiap wanita inginkan kulit yang cerah dan bebas dari jerawat seperti gadis Korea dan Jepun. Korea
terkenal dengan pembendahan plastic dan Jepun pula terkenal dengan teknologi terkini dalam
kecantikan.

Walaupun kedua Negara tersebut sangat hebat dalam bidang kecantikan, namum mereka hanya
mengamalkan rutin mudah untuk dapatkan kulit yang cantik. Jom tengok , mana tahu kulit anda
boleh jadi macam artis Korea dan Jepun.

1. Mereka Mengamalkan MInum Teh Hijau

Gadis Jepun dan Korea minum the hijau ssekurang-kurangnya satu hinggu dua kali sehari.
Teh hijau membantu dari segimembebaskan kulit anda dari jerawat disebabkan
mengandungi antioksidan yang baik.

2. Gunakan Pencuci Muka Yang Betul

Gadis Korea dan Jepun mengguna cleasing pil kerana ianya membantu dalam membersihkan
mekaup dengan lebihsempurna, sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi waajah.
Patutlah muka mereka tiada jerawat.

3. Penggunaan Penyegar Wajah Sangat Penting

Penyegar wajah mampu menanggalkan sel kulit mati dan mampu membersihkan wajah
dengan sempurna. Mereka tidak gunakas kapas, tapi hanya gunakan jari untuk menyapukan
pada kulit untuk penyerapan yang optimum.

4. Pelembab Wajah Sangat Penting

Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk kulit.
Sapukan ke atas dank e bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

5. Amalkan Senaman Wajah Untuk Kulit Lebih Cantik

Kebanyakkan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menybut ‘ Ma Me Mi


Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
6. Urutan Wajah Buatkan Wajah Lebih Berseri

Rahsia wajah berseri adalah dengan melakukkan urutan pada bahagian wajah. Ia
menggalakkkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikab wajah.

7. Topeng Muka Jadi Rutin Setiap Minggu

Setiap kali tengok drama Korea je, mesti heroin sibuj oakai topeng muka sebelum tidur.
Topeng muka mampu mecerahkan kulit, mencuci kulit dan pori wajah.
Wahai Lelelaki, Ketahuilah Air Mata Wanita Bukan Tanda Dia Lemah

Selalunya golongan wanita yang sudah berkahwin da nada anak lebih suka memendam perasaan
daripada meluahkan masalah kepada suami. Bukan atas alas an tidak percaya tetapi risau kalau
suami kecil hati dalam hubungan suami isteri.

Situasi sebegini agak berbahaya dimana kalau smapai satu tahap wanita sudah tak mampu nak
pendam perasaan lagi. Jadi adalah lebih baiknya sebelum ‘meletup’ eloklah kaum lelaki cuba
memahami soal hati wanita secara perlahan-lahan.

Berikut 4 rahsia hati seorang isteri yang seharusnya seorang suami perlu ambil tahu:

1. Tertekan Dengan Masalah Duit


Dengan isu ekonomi pasda zaman ini, memang tidak pelik la kalau lelaki selalu pinjam duit
bini kemudia buat-buat lupa.Sikap sebegini boleh menyebabkan wanita tawar hati dengan
sikap suaminya. Silalah berusaha untuk memastikan dalam usaha melengkapkan nafkah dan
bayar duit yang sudah dipinjam semula.

2. Lelaki Suka Tengok Phone


Ini ujian ataupun satu cabaran bagi suami isteri pada zaman sekarang dimana segala jenis
info di hujung jari. Kononnya urusan bisnes, tapi hakikatnya kalau sampai tahap 24 jam
tengok phone? Tidak ke boleh buat wanita kecil hati, tambahan pula bila dah ada anak-anak.

3. Suami Berat Sebelah


Ada sesetengah lelaki tidak begitu mahir dalam bab-bab nak bergaul dengan ipar duai dan
apa yang paling tak seronok wujudnya lelaki yang selalu dengar sebelah pihak apabila
berlakunya salah faham dalam keluarga. Asyik pakai dan dengar cakap sebelah pihak, mana
tak sedih kaum wanita. Silalah ubah dan berlaku adil.

4. Wujudnya Lelaki Yang Mengarah


Ini cerita contohnya suami yang nak minum air dan anak sedang menangis. Memanglah isteri
kena dahulukan suami tetapi kalau sampai tak menang tangan nak buat semua kerja, agak-
agaklah. Suami sepatutnya pandai la membaca situasi dan salami dunia mak-mak yang sama-
sama keluar mencari rezeki. Suri rumah pun, kadang-kadang tak menang tangan.

Sebelum sesuatu keadaan menjadi lebih keruh,eloklah kaum lelaki sedar dan berubah demi
masa depan anak-anak, Esok-esok anak juga ikut perangai mak ayahnya.
Faham Lelaki Dulu, Baru Boleh Mintak Lebih-lebih Sesuai Dengan Usia Mereka

Setiap kali lelaki melangkaui usia, pasti ada sesuatu yang bermain di mindanya. Entah apa yang
difikirkan, terselit di fikiranya yang sukar diramalkan. Semakin meningkat usia, semakin tinggi
keinginan yang dihajatkan. Jadi, kenali perilaku lelaki mengikut peredaran usia mereka.

Berikut 8 perubahan perwatakan lelaki disebabkan factor peredaran usia:

1. Memberontak adlah perkara biasa di usia remaja


USIA 20-AN

Pelbagai pekara yang ingin dicubanya, jika ia tidak dapat dilaksanakan maka jiwa mula
memberontak demi mendapatkan apa yang mereka mahukan. Semakin ianya ditengah
keinginan untuk melakukanya semakin tinggi, di dalam lingkuangan umur ini, mereka ingin
melakukkan sesuatu yang luar jangkaan dan segala-galanya dilakukan mengikut emosi tanpa
memikirkan kesan daripadanya.

2. Sukar Lekat di Rumah

Llihat sahaja kawan lelaki anda, adakahmereka kerap berada di rumah ataupun lebih
memilih untuk keluar melepak bersama rakan-rakan. Di usia ini, remaja lelaki tidak suka
dipaksa untuk sentiasa tinggal di rumah kerana baginya inilah ruang buat mereka mengenali
dunia dan mengecam erti kebebasan.

3. Matang Memilih Pasangan


USIA 30-AN

Jika di usia 20-an jkaum lelaki asyik mencari sesuatu yang berbentuk hiburan, setibanya di
fasa usia 30-an lelaki mula berubah menjadi seorang yang sangat mantang terutama dalam
prihal hubungan. Dalam peringkat usia inilah mereka mencari arah untuk membentuk
keperibadian diri serta menetapkan pasangan sebagai peneman hidup abadi selamanya

4. Menetapkan Kestabilan Ekonomi

Peringkat usia ini juga digunakan untuk kaum lelaki untuk bekerja lebih keras bagi menjamin
kestabilan ekonomi dirinya. Impian dan cita-cita untuk memiliki sejak usia muda diluahkan
sebaiknya, bagi mereka inilah masa untuknya mengukuhkan kedudukan dari segi kewangan
serta mengumul asset sebanyak yang mungkin agar pada masa dating hanya senyuman yang
terukir.
5. Arif Perihal Politik Dan Dunia

Lingkungan usia ini juga melihat kaum lelaki lebih bijak dalam urusan mengatur masa
hadapan dengan cemerlang. Oleh itu perihal dunia dan politik mula menjadi topic perbualan
harian, tiada lagi kisah dongeng atau bual kosong untuk dibincangkan. Segala-galanya perlu
fakta agar tidak ketinggalan kerana masa dan angan-angan.

6. Ingin Dihormati

USIA 40-AN

Apabila individu lelaki mencecah usia 40-am. Kebiasaannya kehidupan mereka leebih stabil
dan ingin dirinyalebih dihormati dengan kedudukannya ketika itu. Selain ingin dikagumi,
mereka sedaya upaya membentuk diri agar menjadi ikon untuk keluarga mahupun
masyarakat.

7. Semakin Hebat Dalam Bergaya

Orang cakap semakin tua, semakin tinggi saham mereka. Memmang benar, apabila
seseorang lelaki itu berada di lingkungan usia ini, mereka ibarat muda terkena simptom
‘gatal’. Ada juga yang mula perasan muda dengan bergaya sakan kerana enggan dilabel tua
dan sebagai teknik mencuri perhatian pasangan.

8. Tidak Suka Perkara Remeh

Di usia begini, tahukah kamu lelaki lebih bersifat sensitive dan tidak gemar diperlakukan
seperti budak-budak serta dambakan privasi. Jauhkan diri kamu dengan prihal remeh yang
mungkin boleh menimbulkan kemarahannya, usah timbulkan persoalan pelik dan berbicara
perkara tidak rasional sewaktu mula berbicara.
Hari-hari Bertekak, Tapi Anak Tetap Setshun Satu

Janganlah melampau-lampau ketika bergaduh

Disini saya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh suami isteri
dalam kehidupan rumah tangga mereka, yang dinyatakan oleh Ustaz Dota Kazim Elias dalam
bukunya, Duhai Wanita Permaisuri Hati

Ingat, ada lapan perkara apabila suami isteri ertengkar, jangan sesekali menyebutnya!

1. Jangan Menyebut Dan Memlibatkan Ibu Bapanya


Kita ketika bertengkar hanyalah bergaduh dengannya bukan dengan ibu bapanya.
Maka jangan sesekali menyebut sesuatu yang boleh menghina ibu bapanya. Ucapan seperti
“Menyesal aku terima pinangan mak ayah hang dulu…” atau “Mak dengan anak sama sahaja
perangainya..” adalah satu ucapan yang seharusnya di jauhkan.

Ucapan-ucapan seperti itu adalah suatu penghinaan terhadap pasangan kita dan ibu
bapanya.

Melibatkan ibu bapa dalam pergaduhan atau pertengkaran secara tidak langsung akan
menyebabkan pasangan yang dihina ibu bapanya itu akan menjadi bertambah berang dan
perkara yang lebih buruk mungkin bakal terjadi.

2. Jangan Sesekali Mengungkit Setiap Pemberian Yang Kita Berikan


Pasangan suami isteri yang diikat dengan ikatan pernikahan yang sah dan suci ini biasanya
sudah bersatu hati untuk saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mengukuhkan
rumah tangga yang telah dibina.

Antaranya adalah dengan menunjukkkan kasih saying dan memberikan barangan bersifat
material kepada pasangan anda. Sabagai contoh, ada masanya kita belanja pasangan kita
sepasang baju, tak pun memberinya bunga atau apa sahaja dengan tujuan ingin
menggembirakan hatinya.

Jadi janganlah sesekali ungkit terhadap apa yang kita pernah berikan kepada pasangan kita.
Jangan pula anda cakap sebegini “saya belikan abang baju yang mahal dulu, itu pun tak reti
nak jaga…” atau “ Tak kenang budi, orang dah tolong banyak pun dia nak membebel lagi…”

Perbuatan itu hanyalah akan mengguris perasaannnya dan menunjukkan bahawa anda tidak
ikhlas dalam pemberian anda dahulu. Perbuatan mengungkit juga hanya akan merugikan
pahala kita.
3. Jangan Sebut Kita Ingin Meninggalkannya

Gaduh seterok mana pun, janganlah sesekali kita berkata kepadanya bahawa inilahlah kali
terakhir kita berjumpa dengannya dan selepas ini kita tidak mahu menemuinya lagi. Jangan
pernah sesekali cakap seperti itu. Ini seolah-olah kita seperti sudah tidak mahu bersama
dengan pasangan kita lagi.

Terguris hati pasangan jika mendengar kata-kata seperti, “kalau abang tahu saying buat
macam tu lagi, saying tak akan jumpa abang lagi..” atau “ Perangai awal ni buat saya nak
kawin lagi sorang dengan orang lain tau tak?!...” Jangan perbesarkan masalah pergaduhan
ini dengan kata- kata ini.

4. Jangan Bertengkar Depan Anak-Anak

Walaupun seteruk mana pun anda bertengkar, jangan sesekali bertengkar dihadapan anak-
anak. Hal ini menjadi kebimbangan dimana ianya menjadi contoh yang tidak baik kepada
mereka.

Ada suami yang mencengkam rambut isteri dihadapan anak-anak. Kemudian kepala
digoncang-goncang dan didera dengan pelbagai tindakan lagi. Jangan lakukan ini didepan
anak-anak bukan bermaksud kita boleh lakukannya secara sembunyi-sembunyi pula.

Tindakan ini akan dilihat oleh anak-anak sehingga boleh membentuk persepsi dalam minda
mereka bahawa semua lelaki itu jahat. Atau bila perempuan buat salah maka lelaki boleh
berkasar dengannya.

Bahkan, ianya juga boleh menyebabkan gangguan emosi anak-anak sehingga menyebabkan
mereka fobia untuk berumah tangga kelak.

5. Jangan Mengangkat Tangan atau Memegang Sebarang Objek

Jangan sesekali anda mengangkat tangan dengan tujuan untuk memukul isteri. Begitu juga
sangatlah dilarang untuk menggunakan apa-apa objek dengan alas an untuk memukul, ia
akan secara tidak langsung akan menambahkan keretakan rumahtangga, malah boleh
menjadi kes dera tanpa kita sedar.

Jika seorang suamiitu suka mendera isteri, itu bermaksud dia bukanlah pasangan yang baik.
Bahkan dia bukanlah pasangan yang kuat,, kerana orang yang kuat adalah orang yang
mampu menahan sabar. Seharusnya anda sebagai ketua keluarga, kita perlu pandai dalam
mengawal perasaan bukanya menyumbang kepada hubungan yang makin teruk.
6. Jangan Sebut Kekurangan Pasangan

Janganlah sesekali menghina isteri atau suami untuk apa tujuan sekalipun ketika anda
bergaduh. Lebih-lebih lagi yang dihina itu adalah bahagian anggota tubuh badannya. Ini
perkara sensitif buat pasangan.

Sewaktu kita bersetuju bernikah denganya, bermaksud kita juga setuju untuk menerima
segala kekurangan yang ada pada dirinya. Walaupun kekurangan itu wujud selepas
perkahwinan, kita harus menerima isteri seadannya.

Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk mengawal lidah semasa bergaduh. Bak kata orang-orang
tua, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padah.

7. Jangan Tinggikan Suara Sehingga Ramai Orang Dengar

Ketika bergaduh ataupun bertengkar, jangan sesekali meninggikan suara dengan tujuan
menengkinnya sehngga ramai orang yang boleh mendengarnya. Sebagai contoh, anda
bertengkar di rumah elakkan meninggikan suara sehingga jiran kiri kanan dengar.

Perbuatan ini hanya akan memalukan dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua
orang. Lelbih-lebih lagi ditempat awam. Jagalah maruh pasangan kita. Maruah dia, maruah
kita juga. Ia ibarat membuka pekung dan kelemahan kita dalam hidup berumah tangga.
Pasangan yang ditengking itu pasti akan terasa dengan kita. Bahkan akan menjatuhkan
dirinya daripada kita.

8. Jangan Bergaduh Dalam Tempoh Yang Lama

Jangan memanjang-manjangkan tempoh pergaduhan. Jangan lama-lama bertengkar,


cukuplah hanya untuk sementara waktu. Sudah habis bergaduh, berdamailah. Kadang-
kadang kita perlu buat tidak tahu sahaja yang kita bergaduh. Pujuklah pasangan kita dengan
kata-kata yang menyejukkan jiwa.

Memanjangkan pergaduhan tidak dapt mengubah keadaan. Sebaliknya dengan bertenang


dan berdamai itu lebih baik untuk membaiki hubungan atau masalah yang menimpa
pasangan. Maka, jangan kita hanya bergaduh semata-mata untuk mahukan perhatian
daripada pasangan.

Wujudkan rumahtangga yang harmoni. Walaupun perkara in adalah asam garam kehidupan rumah
tangga, hendakalh kita mengawal emosi dan amarah kita. Jikak kita mahukan anak yang sihat akhlak
dan rohaninya, maka perkara ini sebenarnya bermula daripada diri kita sendiri sebagai ibubapa.
Kerana anak-anak belajar dari pemerhatian kelakuan ibu bapa mereka.

Betuah Si Suami Dapat Isteri yang Keras Kepala

Menghadapi seseorang yang keras kepala bukanlah sesuatu perkara yang mudah, kerana ia tidak
akan dengan mudah menyerah pada apa yang ia percayai dan inginkan. Ternyata seorang wanita
yang keras kepala adalah calon isteri terbaik. Semak alasannya di sini.

1. Dia Tahu Apa Yang Diinginkan

Wanita keras kepala benar-benar tahu apa yang dia mahu dan mempunyai kemahuan besar
dalm usaha meraihnya. Ia sangat tegas dengan dengan apa yang dia rasakan dan apaibal hal
tersebut menyangkut kepada orang-orang yang dicintainya, ia tidak akan mudah menyerah.
Jatuh cinta pada wanita keras kepala bermakna, ia juga akan leras kepala mencintai anda. Ia
akan tetap mencintai anda dengan maksimum.

2. Dia Dapat Mengawal Emaosinya

Wanita adalah makhluk yang penuh dengan emosi. Hal terbaik dari wanita keras kepala
adalah ia dapat mengawal emosinya. Ia tahu betul apa yang membuatnya bersemangat dan
akan berjuang mati-matian untuk terus mendapatkannya. Berkaitan dengan wanita keras
kepala ertinya adalah anda akan merasakan pelbagai emosi, kerana wanita keras kepala
adalah seorang sangat emosional, dalam cara yang positif.

3. Dia Mendorang Anda Menjadi Lebih Baik

Kadang-kadang, orang lain lebih tahu yang terbaik untuk diri anda, berbanding diri anda
sendiri. Ia akan berjuang untuk anda ketika ia tahu perkara yang baik untuk anda. Ia kenal
lelah ketika hal itu berkaitan dengan kesihatan, keselamtan dan kebahagian anda. Ia tidak
akan menyingkir dan membuat anda menghancurkan diri sendiri. Sebaliknya, ia akan
meenjadi salah satu orang yang terus mencari cara untuk mencintai anda dan membuat
anda lebih mencintai diri sendiri.

4. Dia Adalah Seorang Tabah


Seorang wanita bersifat keras kepala kerana ada alasannya. Mungkin kerana ia telah
berjuang begitu keras untuk sesuatu yang dimilikinya sekarang, atau pernah
memperjuangkan sesuatu yang tidak mudah. Apa pun alasannya, ia keras kepala kerana
suatu tujuan. Ia adalah seorang wanita yang kuat dan menjadi seorang tabah terhadap hal
yang diinginkannya. Hal ini tidak hanya akan memberi inspirasi kepada anda, namun juga
membuatnya menjadi pasangan yang lebi hebat bagi anda.
5. Dia Jelas

Wamita ini bukan yang tunduk patuh. Ia bukan orang yang akan menurut kepada anda
kerana takut, kasihan atau lemah. Wanita ini mempunyai pilihannya sendiri dan menjaganya
tetap jelas untuk anda. Apabila ia tidak sependapat dengan anda, ia akan mengatakanya
kepada anda dan ia akan memberikan anda sebuah kejujuran.

6. Dia Akan Membuat Segala Hal Menjadi Menarik

Ia adalah orang yang keras kepala, termasuk membuat beberapa konflik. Namun, siapa yang
ingin jatuh cinta kepada orang yang selalu menurut? Tentu saja, tarikh dengan wanita keras
kepala bermakna banyak perkara akan menjadi sukar, namun itulah seninya, ia membuat
semua perkara kelihatan rumit dan nyata.

7. Dia Boleh Berempati

Kadang-kandang, anda boleh berbalah, namun satu perkara tntang wanita keras kepala
adlah sangat pandai dalam perbalahan. Kerana sifat keras kepalanya, ia dapat mengetahui
cara untuk melihat di sudut pandangan yang berbeza. Tentu saja,ia berlangsung pada
perasaannya sendiri, namun bukan bermakna ia tidak akan mempertimbangkan perspektif
anda.ia mungkin tidak selalu bersetuju dengan anda, namun ia berlangsung pada apa yang
dipercayainya dan dunia anda akan berputar-putar. Inilah yang terpenting.

8. Dia Percaya Diri Sendiri

Untuk menjadi orang keras kepala, anda harus merasa percaya diri terhadap apa yang anda
percaya dan bertahan dengan hal tersebut. Dan seseorang wanita dengan kepercayaan diri
itu cantik.

9. Dia Ghairah

Ia keras kepala dan emosional, yang bermakna ia mempunyai keinginan dan impian inilah
yang membuat ghairah, termasuk anda. Ia bukanlah orang yang akan menyerahkan segala
hal pada nasib. Ia akan berjuang untuk anda dan memberikan hubungan yang luar biasa.

10. Dia Sangat Peduli

Ia keras kepala untuk anda, bahkan ia aka mebuat anda menjadi keutamaan utama. Ia akan
tetap mencintai anda, bahkan ketika itu ia marah atau anda membuatnya kecewa. Dan
kerana ia keras kepala, ia tidak akan berputus asa untuk anda.
11. Dia Akan Membuat Anda Gila, Dalam Erti Positif

Seorang wanita keras kepala akan membuat anda kagum. Ia sering tidak sependapat, namun
wanita ini akan mencintai anda sepenuh hati. Gila, bukan? Tidak ada salahnya untuk mencari
seseorang yang membuat anda gila, dalam cara yang positif.

Isteri Stress Suami Terlalu Kuat Bekerja, Tetapi Dia Malas Nak Tunjuk

Bagaiman Menghadapi Suami Workaholic?

1. Berlapang Dada

Kebanyakkan isteri menjadi tetekan dan merasa tersisih dengan keadaan suami workaholic.
Terkanan ini menyebabkan mereka menjadi berjauh hati dan bersikap emosional terhadap
suami. Kerana itu adalah amat penting bagi para isteri bersikap sabar, tenang dan berlapang
dada dalam menghadapi situasi itu.

2. Jangan Mencaci

Jangan sesekali-kali mencaci atau merendah-rendahkan kerja suami. Harus diingatkan


bahawa suami jenis ini hamper menjadikan tugasan atau kerja mereka sebagai prioriti dalam
hidup. Dalam bahasa mudahny, kerja itu menjadi ‘sembahan’ mereka. Jika isteri tersilap
langkah dalm menyuarakan ketidakpuasan hati mereka maka keretakan rumah tangga boleh
menjadi dengan mudah.

3. Beri Dorongan

Cuba damping suami jenis ini dengan memberikan kata semangat dan penghargaan.
Nampakkan yang anda berbangga mempunyai suami yang kuat kerja dan kreatif berbanding
suami yang pemalas dan asyik makan tidur sahaja di rumah.
4. Tambah Daya Tarikan, Jangan Tambah Kebosanannya

Suami jenis ini biasanya agak kreatif dan akan pulang ke rumah dengan baki tenaga dan
mood yang kurang. Ada kalanya akan menjadi cepat marah dan mudah bosan dengan isteri
yang pemalas dan pengotor. Justeru carilah jalan untuk mengimbangi sikapnya agar beliau
merasa selesa di rumah. Siapkan diri dan indahkan suasana rumah agar nyaman dan selesa
ibarat syurga. Penuhi segala keperluannya yang biasa seperti makan, pakaian dan peralatan
kerjanya.

5. Jangan Suka Mendesak

Walaupun kita merasa bosan dan tertekan, cuba pujuk diri agar bertolak ansur ketika
permintaan kita tidak dipenuhi. Jangan sesekali-kali bersikap mendesak ketika meminta
sesuatu apabila dilihat beliau tidak selesa atau melayani permintaan kita. Contohnya untuk
mengajak beliau ke mana-mana sedangkan dia kelihatan sibuk.

6. Bantu Kerjanya

Jika memang workaholic tidak dapat dielakkan, cuba fahamisituasinya dan jadilah
penolongnya secara fizikal. Tawarkan apa sahaja yang boleh andabantu seperti tolong
mengira dan menaip, tolong menyusun dan sebagainya. Jika suami anda bekerja sendiri,
cuba cari jalan agar boleh pindahkan tempat kerja supaya dekat dengan rumah atau bawa
balik sedikit kerja agar bersama-sama boleh dibantu jika perlu.

7. Silaturrahim

Lazimkan untuk sentiasa bersilaturrahim dengan suami dari mula beliau berangkat ke
tempat kerja, sampai pulangnya. Kirim mesej yang lunak dan mesra seperti mendoakan
keselamatannya dalam perjalanan, doakan beliau dimudahkan urusan kerja hari itu,
nampakkan anda bersyukur yang beliau telah selamat sampai ke tempat kerja, tanyakan
beliau sudah makan kebelum? Makan apa? Di mana? Atau apa sahaja mesej yang mesra.
Orang Perempuan Bila Emosinya Penat, Membebel Adalah Satu Terapi Buat Mereka

Pernahkah terfikir tak kenapa perempuan suka membebel? Serius kalau isteri dah mula bebel kita
akan jadi simpati kat dia. Perempuan mana tak suka bebelkan tapi sebenarnya ada maksud tersirat
di sebalik bebelan tu yang lelaki tak faham.

Kalau orang perempuan dah mula bebel ni ada beberapa sebab yang kita sebagai lelaki nak kena
faham. Kemungkinan ada keprluan biologis fan fisiologid si dia yang tak terpenuhi.

1. Kurang Rehat
Bayangkan perempuan yang berkejaya ini terpaksa fikirkan banyak benda sekaligus dalm
satu masa. Pergi kerja, fikirkan masih kat ampaian dan dapur. Balik rumah, kerja pejabat tak
siap lagi. Memang otak perempuan ni hebat. Mereka boleh multitasking tapi kekuatan
mereka punada batasnya.

Lebih dasyat lagi kepenatan surirumah sebenarnya. Mereka sentiasa dalm mood bekerja 24
jam sehari. Bayangkan kepenatan kudrat dan beban emosi yang mereka terpaksa tanggung.

2. Kurang Tidur
Saya percaya lelaki yang kurang tidur pun akan jadi moody apatah lagi perempuan yang
sepatutnya perlukan waktu tidur yang lebih lama Mengikut National Sleep Foundation,
perempuan memerlukan tidur 20 minit lebih banyak daripada lelaki disebabkan otak mereka
yang kompleks. Tapi hakikatnya, kat rumah kebanyakkan lelaki yang berengkur dulu
daripada isteri dan anak-anknya.

3. Kurang Disayangi
Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya benda ini antara benda yang paling besar sekali.
Cuba periksa diri masing-masing. Berapa kali kita pegang tangan pasangan kita hari ini?
Pegang tangan sebab nak pergi kerja dan sebab baru habis solat je kan? Oh tidak. Si dia
perlukan lebih daripada itu untuk mengisi tangki emosinya. Ingat, isteri yang jarang disentuh
dan dipeluk akan cepat merasa terancam dan kekosongan.

4. Sedang Kesakitan
Tak kisah la kesakitan emosi ataupun kesakitan fizikal, orang perempuan ni paling susah nk
berterus terang! Dia akan bagi ayat kiasan tahap level PhD punya yang mana kita lelaki yang
level diploma ni susah sikit nak hadam.

Itu sifat kaumHawa yang kamu Adam kena faham. Mereka takkan cerita direact! Jadi untuk
membuatkan kita faham masalah dan kesakitan diorang, si dia akan membebel je tanpa
mereka pun sebenarnya.

InsyaAllah. Kalau kaum Adam boleh faham benda ini rumahtangga akan jadi lebih bestdan
menyeronokkan sebab kita tahu apa yang kena buat.
6 Perbuatan Suami Terhadap Isteri, Kita Ingat Perkara Biasa Tapi Sebenarnya Berdosa

Menunjukkan kesalahan orang lian tetapi sering lupa kesalahan diri sendiri. Hanya suami yang berani
dan bertanggungjawab saja yang bersedia melakukan introspeksi dengan melihat 10 dosa yang
paling banyak dilakukan oleh suami terhadap isteri.

1. Tidak Mengajar Ilmu Agama Pada isteri


Suami memberi nafkah, rumah, kenderaan, memenuhi segala keperluan hidup dan
bermacam lagi. Perkara yang wajib suami kena bagi ialah ilmu agama kepada isteri dan anak-
anak.

2. Tidak Merasa Camburu Terhadap Isteri


Isteri jalan keluar rumah, kesana kemari dengan lelaki lain, membuka aurat, kemna pun
suami tidak cemburu. Membiarkan isteri membuka aurat.

3. Tidak Memberi ‘Wang Belanja’ Atau Nafkah Untuk Isteri


Banyak contoh para suami yang tidak memberi nafkah sama sekali, ini merupakan dosa
yang luar biasa. Seorang wanita yang rela meninggalkan kedua orang tuanya untuk hidup
mengabdikan para suami.

4. Membiarkan Isteri Yang Bekerja Atau Menafkahkan Diri Suami dan Juga Menjadi Suami
Yang Dipimpin Isteri.
Ada suami yang ditanggung isterina yang bekerja siang malam, sedangkan si suami tidak
sakit apa-apa.

5. Membenci Isteri Sendiri


Kesalahan lain suami ialah membenci isteri sendiri. Rasulullah telah pesan ‘Jangan seorang
suami yang beriman membenci isterinya yang beriman, jka dia tidak menyukai satu akhlak
darinya, dia pasti meridhai akhlak lain darinya,’ (H.R Muslim)

6. Enggan Membantu Isteri Melakukan Kerja Rumah


Tidak sedikit si suami ingin membantu si isteri membuat kerja rumah, sedangkan Rasulullah
sendiri telah membantu isterinya dalam urusan rumah sekalipun.
Kelebihan Dan Kekurangan Rewang

Selain daripada megandakan majlis perkhawinan dia dewan serbaguna, rumah kediaman sendiri juga
boleh menjadi pilihan utama untuk lokasi majlis. Sekiranya majlis perkhawinan yang berlangsung di
rumah biasanya menggunakan konsep catering atau rewang.

Apa maksud rewang?

Rewang berasal daripada perkataan jawa yang membawa maksud gotong-royong. Dalam
perkahwinan rewang membawa maksud jiran tertangga dan ahli keluarga yang membantu dalam
menjayakan majlis perkahwinan dan terutama sekali dari segi makanan.

Kelebihan menggunakan Khidmat Katering Dan Rewang

1. Kos
Sekiranya majlis dijalankan secara rewang secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dari
segi perbelanjaan itu pun kalo tuan rumah mempunyai kelengkapan memasak yang
mencukupi.Perkakas masak seperti periuk belanga merupakan alat yang petng untuk
memasak. Di samping itu, adalah lebih baik sekiranya tuan rumah dapat menyediakan
barangan seperti pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain. Namunnya, sekiranya tuan
rumah tidak dapat menyediakan semua kelengkapan itu, maka kos perbelanjaan akan
meningkat. Adalah lebih baik untuk menggunakan perkhimatan catering dimana mereka
mempunyai semua kelengkapan yang diperlukan.

2. Kebersihan
Disini tiada jaminan samada pihak catering adalah kebersihannya lebih terjaga dari segi
penyediaan makanan berbanding secara rewang. Namun catering mempunyai kelebihan
dimana mereka sentiasa menjadikan kebersihan sebagai perkara utama untuk memastikan
pelanggan berpuas hati dengan servis mereka.

3. Masa
Antara kelebihan besar catering berbanding rewang dimana tuan rumah tidak perlu
memperuntukkan masa yang banyak untuk menyediakan makanan dan sebagainya. Ia telah
di uruskan semua dengan pihak penyedia catering yang dilantik.

4. Kawalan
Rewang mempunyai kawalan yang lebih terhadap majlis. Anda bebas untuk membeli bahan
di kedai yang murah. Ia juga bebas untuk menentukan masakkan dan bebas untuk
menentukan kualiti bahan yang dibeli.
5. Logistik
Rewangmemerlukan system logistik yang agak rumit di mana ia memerlukan ruang yang
besar untuk kerja-kerja rewang dan kemungkinan akan meningkatkan kos majlis kerana
harus mentediakan kos tambahan untuk majlis. Ini adalah contoh sperti khemah, makan
minum pekerja rewang dan sebagainya. Ia memerlukan kerja yang ramai, malang sekali jika
anda merupakan seorang yang ‘lone ranger’, tak bercampur dengan masyarakat, eloklah
lupakan sahaja rewang dan gunalah perkhidmatan katering,

6. Keseragaman dan Uniform


Diketahui umum bahawa pihak katering akan membawa pihak bersama pasukan yang akan
membantu kerja-kerja penyedia makanan. Kebiasaan mereka akan memakai uniform.
Dengan pemakaian yang kemas dan seragam anda dapat membezakan di antara tetamu
dengan petugas.
Untuk Menjadi Seorang Pengapit Anda Wajib Tahu Semua Ini

1. Sila Bawa Tisu Bersama Anda


Anda sebagai seorang pengapit seharusnya menyediakan tisu bagi tujuan untuk mengelap
peluh pengantin. Tetapi tidak perlulah sampai tahap bawa satu kotak, anda hanya perlu
bawa pack yang kecil sahaja.Yelakan takkan korang nak tengok pengantin itu berpeluh
yelakan mana tahu nanti korang nak wedding terjadi benda yang sama apa korang pernah
lakukan kepada pengantin.

2. Alert Dengan Flow Majlis


Sangat penting untuk anda bersedia. Jangan sampai majlis dah nak mula anda belum sampai
lagi. Adalah lebih baik kalau anda boleh bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang
akan berlaku.

3. Jangan Overshadow Pengantin


Walaupun anda ingin mendadan cantik kerana wajah anda turut menghiasi album-album
dan gambar nanti. Tapi terapakan dalam minda ia bukanmajlis korang. Memang tak kesah u
untuk melaram tapi jangan sampai melebih.

4. Sentiasa Senyum
Individu yang berperanan sebagai pengapit perlu sentiasa senyum untuk menampakkan lagi
seri. Walaupun anda penat, panas dan sebagainya. Anda perlu ingat itu adalah majlis kawan
atau family yang kita saying. Kepada yang ingin menjadi pengapit berlatihlah untuk senyum.

5. Jangan Pentingkan Diri Sendiri


Kerana pegantin adalah raja sehari so korang ringankan tulang untuk membantu apa yang
patut dan jauhkan sifat pentingkan diri sendiri. Anda perlu alert juga persekitaran pengantin.
Kerana mata korang tertumpu 80% kepada pengantin.

6. Berbincang Dengan Pengapit Lelaki/Perempuan Tentang Baju


Untuk nampak menarik dan menawan bincang lah dahulu dengan pasangan pengapit untuk
mengelak daripada pakaian yang tak sesuai dengan tema yang sepatutnya.Seperti anda
memakai baju yang lain dan tak mengikut tema yang sepatutnya.

7. ‘Hamba’kan Diri Anda Untuk Sehari


Anda adalah insan yang sangat penting untuk pengantin kerana anda lah yang sentiasa
berada di sebelah pengantin.Cuba anda bayangkan pengantin terjerit-jerit panggil sedara
mara untuk majlis merenjis. Sekiranya pengantin ingin sesuatu anda lah yang dia sangat
percaya.
8. Sediakan Baju Melayu Dan Songkok
Walaupun ia bukan majlis anda tetapi anda perlulah nampak kemas dan jangan ambbil
sambil lewa. Kalau boleh pakaian tu macam nak keluar date macam tu juga nanti time majlis.
Bukan selalu dapat jadi pengapit.

9. Hormati Keluarga Pengantin


Jika anda betul-betul kanwan baik dengan pasangan anda perlu lah berpakaian kemas dan
cantik. Bagi lelaki jangan lahpakai subang,gelang dan sebagainya. apa pula pandangan orang
tentang korang dan kawan korang.

10. Penenang Kepada Pengantin


Bagi pengantin lelaki, anda selaku pengapit bertanggungjawab untuk menenangkan mereka.
Kerana debaran menanti mereka. Anda perlulah berbual dengan mereka supaya mereka
tidak berasa takut.
Cara Sunnah Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri Dan Hidup Sihat

Pernahkah anda mendengar rasulullah sakit teruk? Sebenarnya rasulullah telah pun menjadi contoh
kepada kita bagaimana baginda menjaga kesihatan dan menjalani hidup yang sihat. Sunnah
rasulullah akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakkan dalaman. Sekiranya kita
melalukan sunnah rasulullah kita juga akan dapat pahala.

1. Selalu Bangun Sebelum Subuh

Rasulullah mengajak umat islam untuk bangun sebelum subuh untuk melaksanakan solat sunat,solat
fardu dan solat subuh untuk berjemaah. Ia memberi hikmahyang mendalam untuk mendapat
limpahan pahala serta kesegaran udara subuh yang sangat baik dan sesuai untuk merawat penyakit
tibi dan memperkuatkan akal fikiran.

2 .Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Adalah Aktif Dengan Menjaga Kebersihan

Rasulullah sentiasa menjaga kebersihan dengan teliti. Setiap hari khamis dan jumaat, Rasulullah akan
mencuci rambaut halus di pipi serta memotong kuku dan bersikat dan memakai wangian.

3. Rasulullah Tidak Pernah Makan Berlebihan

Dalam manusia terbahagi kepada tiga iaitu:sepertiga udara,sepertiga air dan sepertiga makanan.
Selain itu, umat islam juga didik untuk berpuasa pada bulan ramadan untuk imbangkan kesihatan
selaian itu juga nabi selalu melakuan puasa sunat.

4. Rasulullah Gemar Berjalan Kaki

Rasulullah akan berjalan kaki ke pasar, masjid,medan jihad dan mengunjung rumah sahabat. Jalan
kaki dapat mengeluarkan peluh dan peredaran darah berjalan dengan lancar. Ia juga dapat
mencegah penyakit jantung. Berbanding kita yang hanya menggunakan kenderaan.

5. Rasulullah Tidak Pemarah

Ini adalah hakikat kesihatan dan kekuatan muslim bukan terletak pada jasad,tetapi kepada
kebersihan jiwa. Ini ada lah terapi yang tepat untuk menahan marah iaitu mengubah posisi ketika
marah,seperti berdiri perlu kita duduk sekiranya kita duduk hendaklah kita berbaring. Setelah itu
membaca Ta’awwudz kerana marah itu datang daripada syaitan.Setelah itu segeralah mengambil
wudhu’ dan solat dua rakaat untuk mendapat ketenangan dan menghilangkan gundah di hati.

6. Sentiasa Optimis Dan Tidak Putus asa

Selain itu,sikao optimis juga dapat memberi kesan emosi yang sangat mendalam bagi kelapangan
jiwa, ia juga perlu banyak bersabar,istiqamah,bekerja keras dan tawakkal kepada Allah s.w.t.

7. Tidak Pernah Iri Hati

Menjaga kestabilan hati dan kesihatan semestinya perlu menjauh daripada sifat iri hati. “Ya Allah
bersihkanlah hatiku daripada sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat
mahmudah.”
8. Jadi Seorang Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang perlu kita ikut dan dituntut untuk mendapat ketenteraman hati serta jiwa.
Selain itu, memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelengu rasa kemarahan.
Sekiranya perasaan marah itu melekat pada hati. Maka jadi seorangg yang pemaaf kerana dapat
menyihatkan tubuh badan kita
Si Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam... Apakah tandanya?

Move on lah walaupun anda masih mencintainya. Bunga bukansekuntum kumbang bukan seekor.
Masih ada yang menunggu tapi bukan masanya. Anda saja yang beriya suka pada dia, hakikatnya dia
hanya mainkan perasaan anda sahaja. Jadi ,mari lihat perkara-perkara yang anda boleh kesan Si dia
dah tak suka pada anda.

1. Tidak Perkenalkan Anda Kepada Keluarga dan Sahabat


Sekiranya si dia jujur dan ikhlas dengan anda dia akan mengajak anda berjumpa dengan
keluarganya. Si dia tidak akan bermain-main dan mahu ke tahap yang lebih serius.

2. Kurang Berkomunikasi
Komunikasi dalam satu hubungan adalah perkara penting , sekiranya tiada komunikasi
antara satu sama lain lebih baik di lepaskan sebelum ke peringkat lebih serius.

3. Meletakkan Syarat Yang Mustahil Untuk Dipenuhi


Pasangan ialah yang menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain. Lebih-lebih lagi
pasangan yang ada komitmen untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius. Sekiranya si
dia meletakkan syarat. Maka dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk anda.

4. Tiada Rasa Percaya


Kepercayaan ada perkara penting di setiap hubungan. sekiranya tiada kepercayaan
bagaimana hubungan itu nak kekal. Maka dalam hati kedua-dua pasangan perlulah ada
kepercayaan antara satu sama lain.

5. Tidak Ada Komitmen Untuk Masa Depan


Banyak pasangan yang memiliki komitmen kuat namun, pada akhirnya tidak berjodoh.
Bagaimana pula yang tiada komitmen apakah layak dipanggil jodoh.

6. Jodoh Tidak Disukai Keluarga


Jika keluarga anda tidak menyukai pasangan anda,maka fikirkan kembali apa pasangan anda
telah melakukan,adakah dia pasangan terbaik untuk anda.

7. Tidak ada sikap terbuka dan banyak rahsia yang disembunyikan


Sekiranya pasangan anda terlalu berahsia dengan anda maka dia buakn lah jodoh yang
terbaik untuk anda di masa hadapan.

8. Tidak boleh menerima masa lalu anda


Jodoh anda adalah yang boleh menerima kisah lalu anda dan panagan anda akan bimbing
anda kejalan yang lebih baik dari yang lalu.

9. Kasar dan terlalu mengawal


Sekiranya dalam perhubungan jika ada pasangan yang bersikap kasar dan suka mengawal
maka dia bukan lah jodoh yang terbaik untuk anda di masa akan datang.
10. Selalu membohongi anda pasangan
Kebohongan adalah satu kesalahan yang sangat besar dalam perhubungan. Berbohong
merupakan perkara yang tidak sihat dalam satu perhubungan.Maka sudah pasti pasangan
anda tidak lalyak disebut sebagai jodoh.

Punca putus tunang yang korang tak perasan. Wanita tolong berhati-hati.

Ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat je yang
boleh bertahan. Tapi kalau dah memang dia ditakdirkan untuk kita, so percaya je lah kan.Lagipun
korang tengah darah manis semua benda nak kena jaga. Lagi dekat korang nak bina masjid lagi
banyak dugaan yang boleh mematahkan semangat korang.

Memang pergaduhan itu perkara biasa, sedangkan pasangan yang berkahwin pun ada pasang
surutnya. Ini kan korang yang tengah bertunang. So chill okay! Ada beberapa perkara yang korang
kurang perasan dan tak ambil tahu. At the end “hah putus la tunang lagi senang!”.

1. Hantaran Tinggi

Selalunya anak tak isah dengan jumlah wang hantaran, kadang-kadang family yang selalu
masuk campur. Penyudahnya, minta hantaran yang tinggi dan tak mampu diberi oleh pihak
lelaki. Dan kadang tu sampai tak masuk akal! “nak jual anak ke makcik”.

2. Tak Beri Perhatian

Sibuk memanjang. Sebelum bertunang taka da pula sibuk macam PM. Tapi,bila waktu
bertunang mula la tunjuk belang da nada juga yang mula nak ‘angin’ satu badan. Katanya
“kita kan dah bertunang, apa yang nak kecoh-kecoh lagi, kahwin nantikan jumpa 24 jam’.

3. Jumpa ex boyfriend/girlfriend

Kalau sebab yang ni memang boleh frust. Elok-elok kita bagi dia pergi majlis reunion sekolah,
alih-alih kasih bertaut semula dengan kekasih lama. Sadisnya! Ada juga, kata nak bagi kad
jemputan dekat kawan-kawan. At the end kita pulak yang dapat kad jemputan dari tunang
kite sebab cinta lama dah berputik katanya. Hahaha! So hati-hati okay guys.

4. Sihir

Jangan terkejut kalau sihir antara punca orang boleh putus tuning. Dunia sekarang ini
memang macam-macam boleh berlaku. Bukan nak percaya sangat tapi kita perlu berhati-
hati. Kadang ada yang sebab dengki dan tak boleh nak tengok kita bahagia. Yang paing
penting jaga tingkah laku.
5. Tempoh Pertunangan Yang Lama

Bila dan terlalu lama bertunang, maka banyaklah perkara-perkara buruk yang berlaku. Oleh
sebab itu, temoh pertunangan tidak digalakkan mengambil masayang lama. Paling-paling
setahun atau enam bulan sahaja.

Tips Memilih Tarikh Perkahwinan

Tarikh perkahwinan merupakan suatu perkara yang penting. Tanpa tarikh perkahwinan macam
mana anda nak kahwinkan. Jadi bagi sesiapa yang masih tercari-cari tarikh yang sesuai untuk anda
kahwin tak perlu kelam-kabut atau stress. Dibawah ini, kami sediakan tips macam mana anda nak
pilih tarikh perkahwinan anda itu.

1. Tarikh Majlis Sekurang-kurangnya Enam Bulan Akan Datang


Hal ini kerana kebiasaannya dalam tempoh enam bulan ini anda akan sibuk untuk ke sana ke
mari untuk uruskan jatering, dewan, hantaran, pelamin, fitting baju pengantin, tempeh tok
kadi dan macam-macam lagi.

2. Elakkan Buat Majlis Pada Musim Cuti Sekolah


Alasannya, kebiasaannya emmanglah orang buat majlis masa cuti sekolah sebab senang
sanak-saudara pulang ke kampung. Tapi biasanya kalau buat majlis bukan masa cuti sekolah
insyaAllah anda akan dapat pilih katering anda. Tambahan pula, korang dapat jimat dari segi
kos bahan mentah seperti ayam, daging dan sotong. Kebarangkalian untuk tetamu anda
hadir ke majlis anda juga nipis kerana bilangan majlis kenduri yang terlalu banyak masa xuti
sekolah.

3. Bukan Pada Minggu Pertama Raya


Mak andam dan pakcik katering pun nak cuti beraya. Tapi kalau anda rasa nak buat juga
majlis minggu pertama raya, jangan pula menyesal kalau anda dikenakan caj kos yang tinggi.
Tambahan pula orang dalam mood raya bukan mood kenduri.

4. Bukan Dalam Musim Hujan


Cuaca ini memang kita tak boleh nak agak macam mana. Tapi kebiasaannya, hujung tahun
ialah musim hujan. Tetapi lain negeri lain pulak pattern hujannya. Kena rajinkan diri semak
calendar dan tanya orang-orangsekeliling. Sebab , kalau anda berkahwin pada musim hujan,
macam-macam hal pulak nanti. Pakaian pengantin basah. Tetamu pun laju je nak balik
sampai tak sempat nak tengok pengantin. Tapi kita hanya merancang, allah yang tentukan.
Doalah semoga majlis anda semua berjalan lancar.
5. Pilih Tarikh Yang Senang Anda Ingat
Kalau anda dilema sangat, pilihlah tarikh berkembar seperti 9.9.2019 atau 10.10.2010.
ataupun anda pilih tarikh yang ada kena-mengena dengan diri anda macam tarikh lahir anda
atau pasangan anda. Sebabnya ialah senang nak celebrate anniversary. Anda pun senang
ingat dan pasangan pun tak lupa kan.

Ego Lelaki Setinggi Langgit. WHY?

Kalau kaitkan pasal ego, semestinya individu ini seringkali terpalit dengan sikap ini adalah insan yang
bergelar lelaki. Ada beberapa sebab kenapa ego lelaki mempertahankan ego mereka yang tinggi itu.

1. Lelaki Sebagai Pemimpin


Sejak dari zaman permulaan manusia lagi, lelaki diciptakan sebagai seorang pemimpin.
Selain itu, sifat pemimpin ini menjadikan mereka merasa berkuasa ke atas orang
bawahannya yang dianggap lebih lemah. Oleh itu keputusan berada di tangannya.

2. Tidak Mahu Jatuh Maruah


Lelaki merasakan kalau mereka merendahkan ego,maruah mereka seolah-olah jatuh dan
dipijak oleh wanita.Maka,untuk mengelakkan perasaan jatuh maruah tersebut,mereka
bertindak mengangkat ego mereka setinggi langit dan merasa senang dengan keadaan
tersebut.

3. Luaran Yang ‘Tough’


Seorang lelaki juga diciptakan dengan hati dan perasaan yang lembut dan sesitif di dalam.
Manakala, kelihatan ‘cool’ kalau mereka menunjukkan sifat tersebut,bukan? Mereka
menggunakan keperibadian luaran yang ego dan kasar.

4. Tidak Mahu Mengalah


Sifat tidak mahu mengalah adalah satu sifat yang positif.Namun,ia juga mampu menjadikan
ego seorang lelaki itu tinggi.Mereka cenderung untuk menggangap seorang isteri atau
wanita perlu mengikut kata-kata dan pandangan mereka sebagai ketua keluarga.

5. Sifat Kelahiran
Ego yang tinggi merupakan sifat semula jadi seorang lelaki sebenarnya.Kalau wanita itu
diciptakan dengan emosi yang lemah dan gayah,tugas seorang lelakilah untuk mengeraskan
dirinya dan melengkapi sesebuah perhubungan.

6. Ingin Dipatuhi
Lelaki mempamerkan ego mereka sebagai ‘warning’ kepada wanita bahawa mereka perlu
dipatuhi.Mereka tidak mahu wanita memandang enteng kata-kata dan pandangan mereka.
7. Tidak Boleh Menerima Kritikan/Teguran
Kebanyakan lelaki juga tidak boleh menerima kritikan dan teguran,Terutama kaum
hawa.Sifat keras kepala ini menjadikan ego lelaki itu lebih meninggi.

Ego lelaki itu lumrah, tapi ia boleh dikawal. Bukan semua ego lelaki ditujukkan secara negative. Ia
juga berfungsi untuk melindungi keluarga dan wanita yang disayangi.
Laungkan Bacaan Surah Al-Baqarah Bila Pindah Masuk Rumah Baru

Jika anda ingin memasuki ke rumah baru atau pindah rumah samaada rumah sendiri atau sewa dan
kosong., anda tidak sepatutnya masuk begitu sahaja tanpa sebarang amalan atau doa yang telah
diamalakan orang-orang Islam.

Sebelum anda berpindah, anda perlu membuat persiapan yang sewajarnya dan banyak perkara yang
penting anda harus ambilkira dan harus senaraikan sebelum pindah rumah. Seelok-eloknya,
kurangkan kos pemindahan dan cuba berjimat cermat agar perbelanjaandi rumah baru itu nanti
masih mencukupi.

Disebabkan terlalu teruja dan gembira berpindah kerumah baru, kita pasti akan terlupa tentang
pantang larang dan syarat-syarat untuk masuk rumah baru yang kita kan duduki. Oleh itu, sentiasa
ingat sebelum sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku kepada diri kita atau ahli keluarga.

Amalan Dan Doa Pindah Rumah Baru

Berikutan adalah panduan untuk masuk rumah baru yang akan anda duduki. Adab dan amalan serta
doa semasa pindah rumah ini agar dapt mengingatkan sesama kita sewaktu ingin memindah rumah.

1. Laungan Azan
Adalah wajib untuk anda melaungkan azan semasa pertama kali ingin masuk ke rumah baru.
Tindakan ini adalah amat baik bagi bagunan yang telah lama ditinggalkan ataupun yang
tidak berpenghuni. Sebaiknya adalah blebih baik pilih tarikh, hari dan masa yang sesuai
untuk berpindah ke rumah baru itu. Adalah sangat digalakkan untuk tidak berpindah pada
waktu Magrib.

Terdapat sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah
bangunan itu terlau lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni ia akan didatangi oleh sejenis
makhluk halus iaitu jin yang dikenali sebagai Al-`Ammar dimana ia suka tinggal di sekitar
rumah yang tidak dihuni oleh manusia.

2. Bacaan Surah Al-Baqarah


Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan pleh Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW telah
bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk
tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

Selalunya di kalangan masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan apabila masuk ke rumah
baru kita hanya membaca Surah Yassin sahaja sepatutnya kita juga harus membaca Surah Al-
Baqarah untuk masuk rumah baru.

3. Perbanyakkan Solat dan Mengaji Al-Quran

Dalm hadis uyang lain pula, Rasulullah SAW juga menggalakkan kita agar memperbanyakkan
solat dan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dalam rumah atau bangunanyang baru
sahaja kita duduki. Baginda juga bersabda yang bermaksud. ‘Sinarilah rumahmu dengan
meperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al Ikhlas dan Al Fatihah
Satu saranan dimana amalkan membaca Surah Yassin pada setiap malam terutamanya pada
tujuh malam pertama anda menduduki rumah berkenaan. Baca juga surah Al-Fatihah
sebanyak sekali, surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi sebanyak tujuh kali, ayat Kursi
sekali walaubagimanapun pada ayat terakhir bacalah dengan berulang sebanyak tujuh kali.1

5. Memagar Rumah Secara Islam


Sesungguhnya perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggatung sesuatu di
penjuru atau sudut-sudut yang tertentu di rumah yang diduki dengan kepercayaan bahawa
benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya, itu adalah
perbuatan yang sangat bertentangan denagan ajsrsn Islam iaitu syirik.

Bagaimana pun terdapat beberapa cara yang dibolehkan dan turut digalakkan mengikut
ajaran Islam. Caranya adalah dengan memagar rumah dengan merenjiskan air bacaab Yassin
di sekeliling rumah bakan anda duduki itu.
Buatlah 6 Perkara Ini Ketika Gaduh Suami Isteri, Agar Wajah Yang Kelat Kembali Manis

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Muslihat tiada langsung perselisihan faham
berlaku di dalam rumah tangga. Erkara ini merupakan situasi yang tidak boleh dielakkan lagi.

Jadi, apa kata daripada membiarkan pergaduhan berlarutan, tetapakan peraturan yang dipersetujui
bersama pasangan. Ini bagi menjamin anda dan pasangan masih berada dalam keadaan terkawal
walaupun berdepan dengan situasi yang tegang.

1. Jangan Bergaduh di Khalayak Ramai Terutam Di Depan Anak


Bergaduh di hadapan orang lain hanya akan mengeruhkan keadaan diaman masing-masing
akan berebut-rebut untuk menang berbanding mencari jalan penyelesaian. Sangat la penting
dimana jangan sesekali ‘berperang’ di hadapan anak-anak kerana ini akan memberiimpah
negatif kepada mereka sehingga besar.

2. Jangan Bergaduh Melalui Telefon


Ini termasuklah melalui aplikasi sperti WhatsApp dan sebagainya. Hal ini kerana salah faham
sangat mudah terjadi melaui teks. Hal ini dimana sedikit salah faham menybabkan
pergaduhan yang lebih serius. Lebih baik sekiranya perselisihan fahan diselesaikan secara
face-to- face. Anda tidak hanya boleh menilai keikhlasan melalui kata-kata sahaja tanpa
melihat perkara lain seperti nada suara, bahasa tubuh dan eksperi muka pasangan.

3. Jangan Tidur Dalam Keadaan Marah


Seboleh-bolehnya cuba selesaikan pergaduhan anda dan pasangan sebelum masuk tidur.
Tidur dalam keadaan marah menandakan tiada penyelesaian kepada peselisihan anda,
seterusnya akan memanjangkan lagi tempoh perbalahan itu sehingga esok dan hari
berikutnya. Jadikan katil tempat anda berdua sebagai ‘fightfree zone’ . Sebesar mana pun
perselisihan faham di antara berdua , anda akan tetap tidur bersama.

4. Ambil Masa Untuk ‘cooling off’


Masa bertenang membolehkan anda dan pasangan berfikir secara waras dan rasional.
Perkara ini boleh mengelakkan terjadinya. Perkara ini boleh mengelakkan terjadinya
perbalahan dengan nada suara yang tinggi seperti menengking dan terjerit-jerit. Anda
berdua akan lebih cepat menyelesaikan peselisihan dalam keadaan bertenang dan rasional.

5. Jangan Kongsi Cerita Gaduh Anda Dengan Ibu, Kawan Baik Atau di Media Sosial
Meluahkan atau menceritakan hal selisih faham anda kepada orang lain bukanlah jalan
untuk selesaikan masalah, lebih-lebih lagi dengan meluahkannya di laman sosial. Tanya diri
sendiri, apakah tujuan anda berbuat demikian, mahu si dia kelihatan jahat dan anda baik?
Secara realitinya, anda bukan sahaja tidak menghormati pasangan, malah membuka aibnya
kepada orang lain.
6. Jangan Menjerit-jerit Atau Mengeluarkan Kata-kata Kesat
Ketika dalam situasi tegang , anda seharusnya sentiasa ingat matlamat utama adalah untuk
mencari jalan penyelesaian. Jangan sesekali focus tentang salah siapa perkara ini terjadi.
Anda perlu mebuat keputusan tepat untuk bangkit daripada kekecewaan dan kemarahan
demi mencari cinta dan kekuatan.

Mengeluhlah Anda Sekiranya Ingin Rezeki Suami, Isteri Dan Keluarga Sukar Masuk

Komunikasi adalah asas dalam rumahtangga. Berhenti menyalahkan pasagan walau apa pun
puncanya. Nak ubah sesuatu terutama kebahagian dan kewangan keluarga kita perlu bermula dari
kita sendiri, bukan dengan melihat kelemahan orang.

1. Sering Bergaduh

Bergaduh sesame suami isteri lagi-lagi prihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila
pasangan tidak redha antara satu sama lain, itulah sebab reszeki disekat.

2. Merungut Dan Merasa anak Adalah Bebanan

Berikan kasih saying kepada anak-anak kerana anak adalah rezeki Allah. Ibu bapa perlu
mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan merasa terbeban.

3. Mengeluh Dengan Apa Yang Dimiliki


Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang ada tidak kira banyak atau
sedikit. Syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Lokek Dengan Pasangan


Jangan berkira-kira mempermudahkan hal yang baik untuk keluarga. Perlu ada tolak ansur
sesame pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal Mengawal Emosi Marah


Jangan tinggikan suar. Sebutkan kata-kata yang baik bila bersama suami, isteri dan juga
anak-anak. Buang cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan zahirkan layanan yang penuh
mesra.
6. Kurang Sabar
Bersabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Kadangkala ada sesuatu
perkara yang tidak berkenan. Namun, carilah penyelesaian secara baik.

7. Kurang Berdoa Dan Bertaqwa


Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Ingatkan mereka
dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Elak Jadi Isteri Yang Nusyuz, Pastikan Isteri Ambil Tahu Perkara Penting Ini

Kita sering kali mendengar perkataan nusyuz yang diakitkan dengan perangai isteri. Wanita
terutamanya yang bergelar isteri sangat takut kepada perkataan nusyuz kerana meperlihatkan
perangai buruk yang menyebabkan dia diceraikan.

Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar menyebabkan ianya
berakhir dengan peceraian. Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif dimana sampai tahap
meninggikan suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah
mengikut hukum syarak.

Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategori sebagai derhaka. Apabila ia berlaku,
gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehingga dia bertaubat.

Setiap pasangan yang berkahwinakan mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan harmoni.
Iakatan suci yang telah dibina seharusnya dipelihara dengan sebaik mungkin supaya dilimpahi
rahmat Allah serta kasih sayang akan terjalin antara suami isteri tersebut.

Sebaik sahaja wujudnya satu ikatan perkhawinan, maka hubungan itu perlulah dijaga setiap
pasangan lebih-lebih lagi si isteri, jika isteri tidak menjaga hubungannya dengan si suami, akan jatuh
nusyuz baginya.

Perkara-perkara Mengakibatkan Isteri Nusyuz

1. Tidak Mengendahkan Panggilan Suami


Walaupun sibuk menguruskan hal rumah tangga dananak-anak, namun apabila suami
memanggil isteri, isteri hendaklah segera mendapatkan suami dan bukan mengedahkannya.
Suami menjadi keutamaan isteri walaupun sibuk bekerja.

2. Enggan Mengikut Suami Berpindah


Jika si suami yang bekerja ditugaskan ke tempat lain dan menyebabkan dia terpaksa
berpindah , maka Si isteri juga wajib mengikutnya. Jika si isteri gagal berbuat demikian, maka
akan jatuh nusyuz padanya. Terdapat keadaan yang dibenarkan untuk si isteri untuk tidak
mengikut si suami di mana isteri mengalami keuzuran, sakit, negei yang bakal dituju tidak
aman ataupun dilanda wabak penyakit seperti taun.

3. Keluar dari Rumah Tanpa Keizinan Suami


Apabila Si isteri ingin keluar dari rumah sama ada hentak pergi kerja atau mana-mana
sahaja, Si isteri haruslah meminta izin daripada suami terlebih dahulu. Namun terdapat
beberapa yang dikecualikan seperti isteri pergi bertemu dengan pegawai agama untuk
menuntut hak serta isteri pergi mencari nafkah dimana si suami tidak mampun mencari
nafkah untuknya. Selain itu, terdapat satu keadaan dimana, kalau si Isteri meminta izin
untuk bertemu dengan ibu bapanya atau menziarahi jenazah ibu atau bapanya, suami juga
berhak untuk tidak mengizinkannya. Namun, dalam situasi ini, adlah lebih baik jika suami
mengizinkannya.

4. Tidak Membuka Pintu Untuk Suami


Isteri boleh dianggap nusyuz jika tidak membuka pintu kepada suami masuk ke rumah atau
bilik dengan tujuan melarang suami masuk.

Wahai Bakal Isteri… Tahukah Anda?

1. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayaninya dengan
baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sakit, maka dia
akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan
penuh rahmat.
4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi
ganjaran pahala seperti menyapu lantai baitullah.
5. Isteri yang memincit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas
manakal jika disuruh, akan mendapat tujuh ketuk perak.
6. Bagi isteri yang berkhidmat tanapa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala
seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan
cepat dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu
manayang disukai.
8. Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.
9. Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan
menjadi ketua bidadari.
Tiru Saja Cara Ini Untuk Jaidi Isteri Kesayangan Suami

Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja.
Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik.
Apabila nampak pasangan orangtua yang berpegangan tangan , itu tandanya romantik. Apabila
nampak steri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.

Benar,dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari
mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu Cuma secebis sahaja daripada
kehidupan berumah tangga. Oleh itu, jom tiru cara in agar anda menjadi isteri kesayangan suami.

1. Berhias namun tidak perlu bersolek over sangat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis
dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri,
jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin sekiranya ingin
keman-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakin pada suami
sebagai pemimpin keluarga.
4. Bersikap sederhana dan jangan minta sesuatu pada suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti menyediakan air minuman dan mengurut badannya jika suami
kepenatan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting
untuk kebahagian rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami,
facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau
kedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihan tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bagunnya, meniup semaangat sewaktu suaminya
gundah, menemami suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan
sepenuh hati.
Suami Jangan Buat-Buat Lupa, Isterilah Orang Paling Banyak Berkorban

Menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang kita cintai sudah pasti ianya satu pengalaman yang
amat luar biasa. Kebahagian dikecapai bersama tahun demi tahun. Namun begitu, bukan semua
lelaki mampu memahami hati isteri walaupun sudah bertahun-tahun hidup bersama.

Tahukan anda bahawa, ramai isteri diluar sana hanya mampu memendam perasaan sedih , hiba dan
tertekan! Berat tanggungjawab menjadi isteri, tambahan lagi jika mempunyai ramai anak. Ketahuilah
anda bahawa, isteri anda adalah seorang insan yang sangat hebat.

Berikut adalah antara pengorbanan isteri yang tidak wajar dipandang remeh oleh suami.

1. Kesusahan Menempuh Alam Kehamilan


Masa mengandung adalah waktu yang sangat berharga buat deorang ibu, namun ketahuilah
bahawa , sangat payah untuk mereka menempuh saat kehamilan.

Awal kehamilan,rasa tak selera, loya, mual, muntah-muntah, diikuti dengan sakit
belakang,sukar tidur dan bengkak kaki. Semua ini bukan saja menjejaskan kekuatan fizikal
mereka, tetapi juga boleh menjejaskan emosi. Oleh itu, janganlah menganggap mereka
mengada-ada, malas atau ‘lembek’ jika mereka kelihatan tidak bermaya.

Dalam tempoh itu juga, ramai isteri yang pergi menjalani check-up bulanan seorang diri
dengan alasan suamitak ada masa. Tak apalah kalau taka da masa, tapi sekurang-kurangnya
tunjukkanlah keprihatinan dan bertanyalah tentang keadaan kesihatan isteri dan bayi
dengan lebih kerap.

2. Sakit Bersalin Dan Melahirkan


Kesakitan bersalin adalah kesakitan yang begitu sukar digambarkan sampai ada yang sampai
fobia dan takut untuk hamil lagi. Malah dalam sesetengah kes, mereka tergolong dalam
kategori berisiko dan perlu menjarakkan kehamilan seterusnya. Tapi, ada suami yang buat
endah tak endah dan tidak mengambil berat hal meracang kehamilan. Sudahnya, si isteri
juga yang perlu menanggung kesakitan seorang diri.

Semasa berpantang juga, isteri terpaksa menggagahkan diri berjaga malam untuk menjaga
bayi. Ada suami yang rasa susah bila terpaksa jaga isteri dalam tempoh ini. Nak senang
cerita, isteri dihantar berpantang di rumah ibu ayah mereka. Bukan tak boleh, tapi dengan
cara ini mungkin suami kurang memahami keperluan seorang isteri.

3. Menyusukan Anak
Mungkin begitulah tanggapan para suami yang tidak berfikir panjang. Sanggupkah mereka
menyusukan bayi 2 jam sekali, menahan diri daripada makan kesukaan dan mengepam
secara rutin setiap hari? Itupun belum masuk melakukan segala pesediaan untuk
menyimpan stok susu perahan . kalau tak displin, susu badan boleh drop dan bengkak susu
boleh terjadi.

Ibu yang menyusukan anak dengan susu badan sebernanya tak pernah cukup tidur setiap
malam. Awalnya memang rasa susah tapi bila sudah menjadi kebiasaan semua itu mudah
saja. Sebagai suami, pernahkan anda menemani isteri yang mana bangun tengah malam
seorang diri dan awal pagi?

4. Melakukan Hampir Semua Kerja Rumah


Daripada hal mengurus bayi hinggalah urusan makan minum suami, semua kerja ini tak
pernah berhenti. Tidak kiralah sama ada isteri seorang surirumah atau bekerja mereka hanya
mahu memberi layanan yang terbaik dan memastikan semua urusan dapat berjalan lancar.
Semua ini dilakukan tanpa mengira masa dan ramai suami tidak menyedarinya. Bila rumah
kemas, taka da siapa berterima kasih padanya. Tapi, bila ada yang tak kena, mula
kedengaran suara-suara.

5. Mengorbankan ‘Me Time’


Bagi individu yang bergelar isteri adalah sangat susah untuk dapat ‘me time’ walaupun 10
minit. Isteri dah tak kenal apa itu hobi dan kenalan lama tak lagi dihubungi.

Semua masa dan tenaga kalau boleh mahu dicurahkan buat anak dan suami. Sekali-sekala,
berilah peluang isteri pergi ke kedai atau shopping barang rumah sendiri. Itupun dah rasa
macam dapat pergi bercuti.

6. Mendahulukan Kerjaya Suami


Bila anak sakit, isterlilah yang selalu minta cuti dan jaga anak di rumah. Bila suami terpaksa
berpindah ke tempat yang jauh, isterilah juga individu yang akan mengalah demi cita-cita
suami.
Kebanyakkan isteri sanggup tinggalkan semuanya demi melihat suami mereka berjaya.
Malah ada yang sanggup menerima tomahan masyarak sekeliling apabila menjadi suri rumah
sepenuh masa.

7. Merahsiakan Kesusahan Daripada Suami


Tak dinafikan semua wanita tidak mahu kelihatan ‘lemah’ di samping suami. Masing-masing
tak mahu membebankan suami. Masing-masing tak mahu membebankan suami. Semuanya
nak buat sendiri, hantar anak ke sekolah, uruskan makan minun, dan kalau boleh bil-bil pun
mahu ditanggung dengan kudrat sendiri.

Di malam hari, mungkin ada yang menangis kerana terlalu letih atau terluka dengan sikap
suami. Tapi demi anak-anak, isteri tetap akan bersabar dan berusaha lagi keesokkan harinya,
seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sekali sekala suami harus bertanyakan khabar isteri, peluk dan ciumlah dahi isteri selalu.
Kepenatan mereka hilang setelah mendapat kasih sayang suami.
Perempuan Pemalas Lebih Kreatif

Hampir semua orang berfikir negative ketika mendengar perkataan malas. Prang pemalas biasanya
jadi menjengkelkan buta orang di persekitaranya, termasuk kawan maahupun saudaranya sendiri.
Apatah lagi jika permalas itu adalah perempuan! Apa saja kelebihan perempuan pemalas?

1. Perempuan Pemalas Seorang Yang Sangat Kreatif


Apa daya tarikan perempuan yang pemalas? Jawapannya adalah kreatif. Dalam menghadpi
sesuatu situasi, perempuan pemalas bijak menggunakan corak fikiran minda mereka.jadi, dia
selalu berfikir untuk mencari cara sendiri untuk melakukan sesuatu tanpa menggunakan
tenaga. Inilaah yang menjadikannya mampu menghasilkan idea-idea kreatif.

2. Tidak Mudah Jatuh Sakit Dan Tekanan Stress


Dalam dunia pekerjaan, perempuan pemalas tidak suka melakukan pekerjaan yang terlalu
berlebihan sehingga mereka telih tubuh badan dan fikiran. Dia lebih suka bersantai dengan
menangguhkan kerja untuk berehat lebih awal. Selepas badan rasa segar, dia akan
meneruskan pekerjaan dengan cara tersendiri dan jaranf memikirkan hasilnya agartidak
mengganggu fikiran.

3. Sentiasa Optimistik
Sikap pemalas membina keyakian diri. Perempuan pemalas biasanya suka menangguh
sesuatu pekerjaan. Walaupun selalunya tertangguh, sebenarnya dia masih boleh
menyelesaikan setiap pekerjaan yang ditangguhkan itu lebh awal. Ya, kerana keyakinannya
dalam melakukan sesuatu pekerjaan walaupun suka bertangguh.

4. Lebih Cenderung Membina Empayar Perniagaannya Sendiri


Perempuan pemalas tidak suka mengikut peraturan, seperti perlu berangkat awal pagi atau
perlu melakukan sesuatu yang terhad dibatasi oleh deadline. Dia adalah jenis orang yang
tidak boleh terikat dengan peraturan sehingga dia dangat sesuai untuk mengembangkan
empayar perniagaannya sendiri. Wow, calon usahawanita yang berjaya.

5. Boleh Menjadi Pasangan Yang Memahami


Disebabkan sifatnya yang pemalas, dia sering menolak jemputan pasangannya bersiar-siar
atau makan bersama-sama dengan alasan “Malas la…”. Ini memberikan kelebihan kepada
pasangannya, kerana ia menjimatkan wang.
Kahwin Bukan Untuk Seronok, Baca Pesanan Penting Ini Buat Bakal Suami

Keluarga adalah teras dan asas dalam perhubungan antara manusia dengan manusia. Jika hubungan
keluarga sudah regang, maka hancurlah hubungan-hubungan yang lain. Dan di dalam sebuahrumah
tanggalah tegaknya kepimpinan seorang lelaki bernama suami. Jangan harap seseorang itu mampu
memimpin ummah sebelum berjaya memimpi orang rumah.

Apabila berbicara tentang perkahwinan semua menganggapnya indah, namun sedarkah mereka
dalam sesebuah perkahwinan ada turun naiknya. Ini pesanan buat ketua rumah tangga dan imam
buat keluarga.

Rasulullah SAW berpesan terus kepada suami: “sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri
kamu, mereka juga memounyai hak di atas kamu”. Sekiranyamereka menyempurnakan hak mereka
keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasa kasih sayang.

Sehubungan dengan itu terdapat beberapa keperluan (zahir dan batin) yang mesti diusahakan oleh
seorang suami sebagai melengkapkan infra struktur dan prasarana dalam menyara hidup, mendidik
dan memimpin isterinya. Tugas memenuhi keperluan ini merupakan tanggungjawab paling asasi dan
faktor yang paling kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalannya dalam sesebuah
rumah-tangga.

PENUHI 4 KEPERLUAN ISTERI

Sebagai imam, suami pada dasarnya wajib memenuhi empat keperluan isterinya.

1. Pertama – Keperluan fizikal dan material, seperti soal makan minum, pakaian, tempat
tinggal dan sakit deman isterinya. Ini merupakan keperluan paling asas. Selagi keperluan ini
dipenuhi, maka itu petunjuk bahawa suami masih mahu bertanggungjawab walaupun
mungkin ada kelemahan dalam memnuhi keperluan-keperluan yang lain.

2. Kedua - Keperluan akal (ilmu). Para suami wajib mengajar isterinya ilmu fardu Ain. Soal
taharah, wuduk, solat dan lain-lain. Adalah menjadi tanggungjawab suami mengenalkan
isterinya kepada Allah, Rasul dan lain-lain eleemen dalam rukun iman (Tauhid). Kemudian
disusuli cara-cara beribadah asas dalam rukun Islam (Feqah) diikuti pengalaman nilai-nilai
mulia pada diri (adab dan akhlak).

3. Ketiga – Keperluan emosi. Seorang suami mesti memberi kasih sayang kepada isterinya.
Untuk membina dan mengekalkan kasih sayang, maka suami harus menjadi pendegar yang
baik kepada isterinya. Ingatlah, tanggungjawab pertama cinta ialah mendengar. Suami yang
baik adalah seorang pendengar yang baik.

4. Keempat – Keperluan batin atau rohani. Ini bukan sahaja merujuk kepada seksual, tetapi
keperluan mendapat pendidikan dan akhlak yang baik untuk diteladani. Keperluan ini sangat
sukar diisi oleh suami sedangkan ini adalah keperluan yang paling utama berbanding dengan
keperluan lain. Bukan itu sahaja malah ada suami yangtidak menganggap soal ini sebagai
satu keperluan pun. Apa yang penting hanyalah fizikal dan akal semata-mata.
Miliki Wajah Awet Muda Dengan Petua Cara Islam Ini, Nak Amalkan Pun Mudah!

Bagaimanakah untuk kekal muda dan beseri? Meskipun bertambahnya usia, banyak orang yang tidak
mahu wajah kelihatan tua. Hal itu membuatkan ramai berusaha untuk melakukan pelbagai cara agar
memiliki wajak kekal awet muda.

Jika anda ingin memiliki wajah yang tampak awet muda, anda bolej mengikuti cara orang-orang
terdahulu. Seperti nenek and, mereka bahkan hingga berumur lanjut masih tetap kuat menjalankan
segala aktiviti. Maka anda perlu mengetahui tip daripada mereka.

Selain mengamalkan petua lama, anda juga boleh amalkan pelbagai doa dan zikir untuk awet muda.
Jangan mengubah tetapi pelihara dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Yang Maha Esa.
InshaAllah jika yakin pada Allah dan pasang niat yang baik, maka baiklah jadinya.

Petua Awet Muda

Petua 1 : Sejurus bagun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah
degan air dari bawah dagu hingga keatas dahi diiringi dengan selawat Nabi tiga kali. Amalkan urutan
ini setiap hari.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi sebelum mandi dan menggosok gigi, minum air dan biarkaniadalam
mulut anda selama 10 saat sambil berselawat tiga kali. Kemudian, baharulah anda meneguknya. Air
liur mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong dan gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi, bacalah selawat Nabi dikedua-dua tapak tangan dan
sapukan ke muka beserta niat dalam hati agar diindahkan wajah anda seperti Nabi Yusuf. Amalkan
setiap pagi.

Petua 5 : Agar wajah muda dari umur, amalkan petuaini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas
solat subuh, bacalah surah Yusuf, kemudian minum air sumasebanyak tiga kali teguk sahaja. Wajah
anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar.

Petua 6 : Hafal ayat 35-38 daripada surah Al-Waqiah. Baca dalam hati setiap kali mandi untuk curhan
pertama, mulakam dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah,
rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan
menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk
mengamalkan urutn wajah. Gunakan jari telunjuk di kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah
mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya bahagian dahi. Lakukan setiap
pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum sarapan pagi. Elak mengurut wajah dari atas ke
bawah kerana ia akan mempercepatkan kedutan.
Petua awet muda ini hanyalah sekadar perkongsian yang boleh anda amalkan. Insha Allah
denganizin-Nya ia dapat membantu menyerikan wajah dan membuatkan wajah awet muda.

Sebenarnya Ramai Bercinta Masa Zaman Belajar Dan Akhirnya Berkahwin

Tips Bercinta Semasa Belajar Di Universiti

Jika anda bertemu dengan bakal jodoh semasa masi belajar menguruskan perasaan cinta anda
dengan betul. Ini kerana cinta boleh menyebabkan pelajaran anda terabaijika tidak diuruskan
dengan baik. Namun saya juga tidak menafikan anda orang yang boleh berjaya di dalam pelajaran
dek motivasi cinta dan saling bersaing denganbakal pasangan.

Berikut pula adalah tips bagi mereka yang memerlukan panduan bagi menguruskan erasaan cinta
semasamasih belajar di universiti.

1. Jaga Batas Pergaulan Dan Had Yang Dibenarkan Islam


Ini adalah perkara pertama yang mesti diberi perhatian bagi pasangan yang bercinta. Anda
boleh ada perasaan cinta namun mestilah menjaga etika sebagai seorang Muslim. Jangan
buat perkara-perkara yang dilarang dalam agama Islam seperti berdua-duaan di tempat
sunyi, berpegang tangan dan sebagainya. Perkara inilah memberi fitnah kepada perasaan
cinta.

2. Bercinta Dengan Rakan Sekelas


Jika anda bercinta dengan rakan sekelas elakkan terlalu rapat dengan pasangan. Keakraban
untuk bersama jangan terlalu menonjol. Hal ini mungkin akan membuatkan rakan-rakan
sekelas yang lain merasa kurang senang dengan sikap anda berdua. Misalnya di dalam kelas
anda duduk berdua,makan di kafe berdua, buat tugasab ‘assignment’ berdua tanpa bersosial
dengan rakan-rakan yang lain.

3. Jangan Bercinta 24 Jam


Bertanya khabar tentang si dia sekali kala tiada masalah teapi jangan berlebihan. Tidak perlu
untuk menelefon, sms atau sembang menerusi ‘whatsapp’ 24 jam sehari. Dahu;ukan
pelejaranberbanding perasaan. Tidak semestinya semua benda anda perlu tanya dan
bagitahu bakal pasangan anda itu. Uruslah masa depan anda dengan baik. Adakan ruang
untuk diri sendiri dan bersahabat dengan orang lain. Jangan terlalau emosi sehingga
membuatkan kawan-kawan lain akan menjauhkan diri.

4. Tambah Ilmu Agama Dan Pengetahuan


Di university juga biasanya diadakan ceramah atau kuliah berkenaan ilmu agama selain
daripada kuliah-kuliah akademik yangdijalankan. Ambil peluang untuk mengikuti aktiviti
sebegini bagi menambah ilmu agama dan pengetahuan anda. Ia boleh dikira salah satu
persediaananda untuk menempuh alam perkahwinan nanti.
5. Memilh Kawan Yang Baik
Mempunyai kawan yang baik akan memberi kesan yang baik juga kepada anda. Pepatah
Arab ada menyebutkan, ‘jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau
wangi dan jik kita berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya.’ Oleh sebab
itu, penting untuk memilih kawan yang baik. Kawan yang baik mampu memberi kata-kata
nasihat kepada anda dalam perhubungan anda dengan si dia.

6. Jangan ‘Cinta Monyet’


Jangan bercinta seperti cinta monyet atau tidak serius dalam perhubungan. Anda sepatutnya
sudah matang dan pandai membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.tidak perlu banyak
merajuk, ‘gedik’ atau mengada-ngada dengan bakal pasangan anda. Perasaan cinta yang ada
mestilah dengan niat untuk berkahin bukan main-main.

7. Tidak Perlu Menghebohkan Perhubungan


Elakkan untuk mununjuk-nunjuk kepada orang ramai tentang perhubungan anda dengan si
dia seolah-olahhanya anda yang mempunyai kekasih. Si dia sebenarnya belum tentu akan
menjadi suami atau isteri anda.Pelbagai kemungkinan boleh berlaku selagi ikatan
perkahwinan belum sah. Bercinta biarlah secara berpada-pada.

Inilah beberapa tips yang sempat disenaraikan sebagai rujukan jika anda jatuh cinta semasa belajar.
Sekali lagi ditegaskan, batas-batas pergaulan semasa bercinta mesti dijaga. Apa yang penting
sandarkan cinta anda kepada Allah S.W.T menemukan anda dengan jodoh yang baik.
Wahai Wanita, Kalau Jumpa Lelaki Suka Dengan Budak-Budak Jangan Ditolak Cintanya

Ciri-ciri lelaki soleh yang dimaksudkan? Berikut adalah beberapa ciri-ciri lelaki soleh yang ‘jangan’
ditolak sekiranya dia dating melamar anda:

1. Baik Hubungannya Dengan Allah SWT


Hal ini dapat dilihat dari segi amal ibadahnya kepadacAllah seperti solat 5 waktu dan
melakukan amalan-amalan sunnah. Mereka yang memiliki peribadi seperti ini sentiasa ingin
dekat dengan Allah dan akan menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Sebagai contoh
mereka akan menundukkan pandangan pada waanita dan menjaga pergaulannya dengan
wanita.

2. Hubungan Baik Dengan Ibu Bapanya (terutama Ibu)


Mereka yang menjaga hubungan baik denfan ibunya dan selalu taat akan perintah ibu
nescaya akan melakukan perkara sama terhadap isterinya kelak. Allah SWT berfirman :

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan


berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa.
(An-Nisa 4:35)

Hadis di atas menjelaskan bahawa eorang anak yang soleh adalah anak yang sentiasa
menjaga hubungan dengan kedua-dua orang tua terutama insan yang melahirkannya.

3. Prihatin Terhadap Kanak-Kanak


Ciri yang ketiga adalah memiliki sifat keprihatinan dan ambil peduli terhadp anak-anak kecil.
Apabila ternampak sahaja anak-anak kecil, secara semula jadi si dia akan menunjukkan
keprihatinannya. Perasaan ini akan muncul tanpa disengajakan tetapi memang sudah sedia
ada dalam dirinya. Hal ini sangat penting kerana mencari suami adalah samamencari calon
ayah bagi anak-anak anda kelak.

Maka pastikanlah lelaki itu mempunyai sifat suka akan budak-budak. Bagindaa Rasulullah
SAW juga sangat mencintai anak kecil. Ketika pulangnya dari peperangan apabila
terserempak dengan anak kecil baginda turun dari untanya dan memberi senyuman kepada
anak kecil tersebut. Perkara ini menunjukkan baginda juga sabgat prihatin terhadap kanak-
kanak.

4. Baik Hubungan Sosial Dan Kemasyarakatan


Berumah tangga adalah proses yang lengkap iaitu dengan mempertemukan dua insan yang
berbeza dari keluarga yang berbeza untuk kehidupan baru. Sudah menjadi seperti satu
kewajipan setiap orang untuk hidup berumah tangga. Maka kemampuan dalam menjalin
hubungan kemasyarakat adalah sangat penting yang harus dimiliki oleh suami.

Suami juga adalah ketua keluarga dan dialah yang harus membimbing isteri dan anak-
anaknya kearah kemasyarakatan. Contoh baik hubungan sosial dan kemasyaraktan yang
dimaksudkan adalah seperti pergaulan sesame jiran tertangga, rakan sepejabat dan orang
sekeliling.
5. Pandai Mengurus Kewangan
Ya, wang memang bukan segala-galanya. Namun kegagalan dalam mengurus wang dengan
baik akan menjurus kepada kehancuran. Kehancuran yang imaksudkan adalah seperti
berlakunya perceraian dalam rumah tangga.

Kemampuan dalam mengurus wang atau kewangan dengan baik adalah kemampuan wajib
yang mesti dimiliki oleh si suami. Baik hubungannya dengan wang bukan bererti seorang
yang kaya raya. Si suami mestilah mampu mengendalikan wang dengan baik ( dari segi
pengeluaran dan perbelanjanaan demi penggunaan masa hadapan).

Kesimpulan :

Sedangkan Islam sendiri telah eletakkan panduan yang mulia dalam memilih calom suami. Rasulullah
SAW besabda:

“Apabila datanng kepadamu (untuk meminang) iaitu seorang yang kamu telah rela terhadap agama
dan akhlaknya, maka nikahkanlah (anak perempuanmu) dengannya, apabila tidak, maka akan
terjadi titnak dan kerosakan yang meluas di muka bumi.”

(HR. At Tirmidzi)

Hadis dia atas menjelaskan nahawa Rasulullah SAW menyeru agar mengutamakan moral dan agam
dari faktor lainnya. Baginda berpesan jangan sampai berpaling daripadanya kerana ianya akan
mengakibatkan kehancuran. Justeru, apa yangharus dilakukan sekiranya ada lelaki soleh melamar
anda? Mahu menolak lamaran itu? Renung-renungkanlah.
Jadi Perempuan Kalau Pemalu Sangat, Sampai Bila-Bila Kau Single

Dalam sebuah hadis, sabda Nabi Muhammad SAW:

“terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki lalu Allah kurniakan ke atas mereka
sifat malu.” ( Hadis Riwayat Baihaqi)

Sifat malu adalah sebahagian daripada Iman

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim malah sifat malu juga sudah sebati dalam
siri seorang wanita. Malu bukan sahaja untuk kaum wanita malah kaum lelaki juga berhak memiliki
perasaan malu dalam diri mereka. Nabi Muhammad SAW juga merupakan insan yang pemalu
sifatnya dari seorang gadis.

Letaklah perasaan malu di tempat yang sepatutnya.

Tidak ada salahnya sekiranya perasaan malu itu wujud dalam diri, namun mestilah kena pada
tempat yang sesuai.Malulah dalam kebanyakkan perkara tetapi dalam bab ilmu, kebenaran dan
mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri anda.

“Saya ingin berumah tangga tetapi saya seorang yang sangat pemalu. Saya malu untuk memulakan
bicara dengan orang terutama kaum lelaki. Perkara ini membuatkan saya sukar didekati leleki. Saya
tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Perkara inilah yang
membuatkan saya rungsing dan tidak tahu bagaiman cara untuk mencari jalan penyelesaian..”

Pemalu kepada lawan jenis

Perkara ini adalah masalah biasa. Sesiapa sahaja pasti aka nada perasaan malu apabila berhadapan
dengan lawan jenis. Perkara ini sering terjadi kepada kaum wanita yang sendang mencari cinta tetapi
malu untuk berhadapan dengan si lelaki. Malah tidak lupa juga bagi kaum lelaki, masih ada
sebilangan antara mereka yang mempunyai sifat ini terutamauntuk mendekati kaum wanita. Kalau
sekadar minat sahaja tetapi tanpausaha sia-sia sahaja kan?

Malu tidak bertempat akan membawa kerugian

Sesungguhnya perasaan malu yang tidak bertempat mampi menyebabkan hidup anda kehilangan
banyak kesempatan dan peluang. Malu juga boleh menyebabkan anda tidak bergaul dengan orang
lian dan tidak dapat meluahkan apa yang bermain di fikiran. Hanya sekadar menjadi pendengar
sahaja.

Bagaiman cara untuk mengatasi masalah ini?


Untuk melawan perasaan ini, anda boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat. Sebagai
contoh:

Kenali diri dan masalah yang dihadapi dengan mendalam. Tanya pada diri sendiri “ kenapa aku
malu sangat? Salah ke apa yang aku cuba lakukan?”
Sentiaasa berdoa untuk mengembalikan keyakinan diri – memohon agar Allah SWT memberi
kekuatan dlam menghadapi apa jua keadaan

Belajar etika bergaul – sosialkan diri dengan kawan-kawan (selagi ianya tidak melanggar syariat
agama yang telah ditetapkan)

Membentuk penampilan baru – boleh jadi disebabkan penampilan yang tidak terurus juga
menyebabkan seseorang itu tidak yakin untuk bergaul.

Tidak ada sesiapa pun memerhatikan anda


Jangan beranggapan bahawa ada yang sedang memerhatikan anda. Sedangkan itu hanya kelemahan
anda yang sering berfikir bahawa anda sedang diperhatikan. Gara-gara pemikiran itulahmembuatkan
diri anda tidak yakin. Apa yang paling penting adalah usaha anda untuk memperbaiki kelemahan itu
dengan tenang. Tidak perlu beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi cemuhan orang lain.

Cuba mesrakan diri untuk berkenalan


Tidak salah sekiranya anda terpaksa menjadi hipokrik. Ianya adalah untuk kebaikan anda juga.
Hipokrit dengan cuba menjadi mesra dengan orang lain tidak akan membawa kerugian kepada anda.
Malah ianya akan memberi keyakinan yang berganda kepada anda. Berkenalan dengan orang lain
bukanlah sesuatu perkara yang susah. Mulakan sesuatu degnan perkenalan dengan niat yang jujur
dan ikhlas, inshaAllah dipermudahkan.

Mindset perlu diubah


Apa yang paling penting adalah mindsetanda. Anda perlu mengubahnya dari pemikiran negative.
Sebagai contoh:

“Aku tak cantik, sudi ke dia berkenalan dengan aku?”

Setiap manusia sudah dianugerahkan denga keistimewaan tersendiri. Justeru itu, carilah
keistimewaan yang ada pada diri anda yang mungkin tidak ada pada orang lain.
Suami Hanya Pinjiman Dunia, Sekiranya Tidak Diambil Tuhan Pasti Diambil Wanita Lain

Pergaduhan itu berpunca dari ego yang timbul dalam diri. Jika ego mula meninggi, hubungan yang
kuat sekalipun mampu retak. Komunikasi antara pasangan sangat penting dalam hal ini, dan saling
bertolak ansur adalah jalan terbaik.

Sebenarnya , ada beberapa faktor mengapa keretakkan dalam sesuatu hubungan, malah
membuatkan hubungan anda dengan pasangan menjadi sangat reggang. Selain diganggu wanita lain,
apa agaknyamasalah yang menybabkan hubungan anda dan suami boleh terlerai.

1. Komunikasi
Kamu terlalu bosan untuk bercakap tentang perkara-perkara kecil kerana merasakan ianya
tidak penting. Atau boleh terjadi pada scenario di mana kamu bosan melaporkan setiap
aktiviti kepada si dia? Sebagai contoh, kamu perlu report apa yang dilakukan kepada
pasangan sama ada menerusipanggilan atau sekadar pesanan ringkas, yang sebenarnya
boleh disimpan untuk diceritakan kemudian hari.

2. Rutin Harian
Rutiin harian tanpa komuikasi agak rasa janggal dan sunyi, di mana kedua-duanya
melakukan hal sendiri. Setiap hari melakukan hal sendiri. Setiap hari melakukan rutin harian
yang sama dan rasa hidup berdua itu sangat membosankan. Tiada rasa kemanisan dalam
rumahtangga.

3. Tiada Lagi Keseronokan


Cuba tanya pada diribila kali terakhir kamu berdua melakukan sesuatu yang menarik?
Apabila kita berada dalam hubunganuntuk jangka masa yang panjang, cuba lakukan sesuatu
untuk membangkitkan kehangatan agar tidak terkubur. Mungkin komu boleh rancang
percutiaan, road trips ke tempat yan baru atau adventure, kejutan candle light dinner, apa
sahaja yang memberi keseronokan dalam perhubungan.

4. Kamu Rindukan Masa Bujang


Bila kebosanan mula timbul dalam diri, mula teringkatkan waktu bujang dahulu. Terasa rindu
hendak keluar dan bersama-sama rakan seperti dahulu. Ini kerana merasakan hidup
berumahtangga tiada keseronokkan lagi. Seharusnya anda berusaha untuk memulihkan
semula hubungan anda dengan pasangan, bukan semakin menjauh dan mengingati waktu
bujang kembali.

5. Masa berdua
Ya menghabiskan masa berdua memang baik tetapi terlalu banyak masa bersama boleh
menjadi sesak dan semak. Cuba luangkan masa dengan kawna-kawan atau dengan diri
sendiri. Jika, apabila kamu bertemu pada hujung minggu, kamu berdua akan teruja untuk
bercakap tentang kehidupan masing-masing, di sinilah kamu berasa seronok untuk tahu tahu
aktiviti, perkara baru tentangnya.
Kehidupan selepas berkahwin seharusnya menimbulkan rasa seronok dan untuk
mengekalkan rasa cinta itu anda harus berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan. Cuba
selesaikan masalah dengan pasangan cara terbaik, bukan lepas tangan dancuba larikan diri
dari masalah.

Pasangan Tidak Cukup Duit Selepas Berkahwin! Apa Puncanya?

Pasangan yang sedang bertunang , akan berkahwin dan yang telah mendirikan rumah tangga wajib
untuk membaca thread ini. Kenapa orang selepas berkahwin tiada duit? Apa yang perlu dielakkan.

Perlu diingatkan, masalah kewangan adlah antara punca terbesar berlakunya penceraian. Jom baca!

1. Honeymoon Tempat Mahal


Bila tengok Hanis Zalikha honeymoon dekat Maldives, kita pun nak pergi juga. “ Cantiknya
tempat tu sayang. Romantic sangat! Boleh la kita honeymood kat sana sayang.” Ujar isteri
kepada suaminya. Tiada kewajipan lepas kahwin terus honeymoon.

2. Suka Banding Dengan Orang Lain


Hidup taknak kalah, selalu beranggapan kalau majlis kecil nanti orang mengumpat. Padahal
takde orang kisah pun majlis itu kecil. Majlis besar hanya nak orang puji. “uish,meriahnya
majlis anak CIk Senah tu… Khawin dengan bisnesman ke tu ?”

Tak perlu bandingkan diri anda dengan orang lain. Adalah satu tindakan yang bagus
sekiranya anda membuat kajian persiapan kahwin dekat Internet, IG dan lain-lain. Tapi
jangan sampai tahap anda nak ikut orang yang mana melebihi bajet anda pula. Kita
seharusnya lebih tegar dalam bab-bab perbelanjaan ini.

3. Tidak Mempunyai Persefahaman Dalam Kewangan


Ada segelintir pasangan yang mana isteri seorang yang jimat, suami pula boros atau
sebaliknya. Ada juga pasangan yang berkira untuk beli barang keperluan dengan alasan dua-
dua bekerja. Bincang dan sentiasa telus dalam kewangan. Contohnya suami isteri kongsi
perbelanjaran untuk keperluan harian.

Antara komitmen besarlepas kahwin adalah rumah, kereta dan makan. Awal perkahwinan
yang mana situasi baru anda tidak dapat menjangka perbelanjaan. Jadi adalah lebih elok
sekiranya anda membuat bajet perbelanjaan dan cari alternative untuk jimat dalam mana-
mana bahagian.

4. Terus Nak Hidup Selesa Lepas Kahwin


Nak hidup senang dengan alasan nak isteri hidup selesa, maka dengan itu tanpa memikir
panjang terus beli kereta lebih dari kemampuan sendiri, katanya senang nak balik kampung.
Sewa pula rumah yang mahal yang mana terletak di tengah bandar kononya senang
dekatuntuk isteri pergi tempat kerja.
5. Tiada Duit Persediaan Selepas Kahwin
Kebanyakkan pasangan yang baru sahaja nak berkahwin mereka hanya mengumpul duit
untuk majlis perkahwinan tetapi tiada simpanan selepas kahwin dimana mereka berharap
semata-mata duit salam daripada orang yang datangmajlis mereka itu. Itu satu kesilapan
yang biasa dilakukan.

Jangan teruikut dengan cara sebegini. Duit salam kaut kita guan untuk emergency.banyak
perkara lain untuk diguna nanti, deposit rumah, persedian untuk anak nanti, pandang untuk
masa depan bukannya untuk seketika sahaja. Ada juga yang guna duit itu untuk pergi
honeymoon. Jangan belanja semua duit itu.
Kalau Nak Kahwin Sangat, Jangan Pilih Lelaki Yang Sweet Je, Tengok Sifat Lain Juga

Antara faktor peceraian yang utamanya adalah dari segi kewangan. Masalah kewangan bukan
semata-mata berlaku sebab gaji kita rendah, tetapi kita yang tidak pandai menguruskannnya. Jadi,
masa pilih bakal suami tu, pilihlaj betul-betul.

Nak cari pakwe, jangnan cari yang sweet sahaja, kena cari yang bijak kewangan sekali.Sweet tahap
potong kaki pun kalau bab kewangan kacau bilau, bukan senang juga. Nak sara diri sendiri pun haru
biru macam mana nak sara anak dara orang.

Selain daripada faktor kewangan, terdapat lagi beberapa ciri-ciri pilihan suami yang baik menurut
Islam agak sukar sebenarnya. Memang sesuatu yang benar dimana jodoh dan pertemun itu adalah
ketentuan Allah. Namun setiap ketentuan ini tidaj menafikan usaha dan ikhtIar. Jadi marilah ketahui
ciri-ciri lelaki yang baik dan calon suami yang baik.

1. Bijak Hal Ehwal Rumahtangga


Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Ianya umpana bonus sekiranya si suami itu
panai memasak dan membasuh sangat-sangatlah membantu kerana lelaki yang biasa
membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya
isteri tiada kemampuan.

2. Mudah Memaafkan
Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika
menegakkan agama Islam. Oleh itu, si suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri
dan anak merekea.

3. Berkemampuan
Mampun yang dimaksudkan disini adalah berupaya menyediakan tempat tinggal, sara hidup
seperti biasa, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang
dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan
bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang
diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga.

4. Amanah Dan Jujur


Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain
daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan.

5. Rajin Dan Tidak Malas


Rajin, berpikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri
lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
Mungkinlah pendapat ‘ memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami
yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata.

6. Hormati Dan Percaya Pada Wanita


Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak bersangka buruk terhadap
isteri.
7. Lelaki Yang Sanggup Menjadi Pembela Pasangannya
Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala
bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabilaseorang wanita reladinikahi dan
menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini
menjadi tempat pergantungan hidup . kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi
suaminya.

8. Ketrunan Yang Baik


Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak
dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, ciri terpenting dalam memilih
calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan
seterusnya mentarbiahkan anak.
Kalau Pasangan Kuat Merajuk, Cuba Pujuk Guns Cara Psikologi Ini. Gerenti Cair!

Adalah sangat digalakkkan untuk memujuk pasangan agar ia menjadi satu kebiasaan dalam rumah
tangga lebih-lebih lagu pasangan yang baharu berkahwin. Setiap kali pasangan merajuk mesti ada
sesuatu yang tak kena.

Terdapat kemahiran yang tertentu dalam memujuk. Adakalanya pelbagai cara memujuk pasangan
tetapi anda masih gagal memujuk sehingga menyebabkan pasangan merajuk berpanjangan.

Jangan anda pening, jika pasangan anda merajuk apa kata anda cuba ikut cara psikologi ini. Gerenti
pasangan cair!

Langakah 1 : Tunning In Atau Kenal Pasti Emosi Pasangan

Apa yang paling utama yang perlu dilukukan sebelum mangambil sebarang tindakan adalah kenal
pasti terlebih dahulu emosi pasangan anda ketika itu. Saya berikan analogy mudahh. Ingat tak kita
pasa radio lama?

Radio zaman atau atau yaha kita? Radio lama terpaksa di ‘tune’ secara manual untuk membolehkan
kita dpat frekuensi yang sesuai dengan siaran radio kegemaran kita. Puas kita memusingkan
tombolnyaagar frekuensi betul-betul bersesuaian supaya siaran yang kita inginkan kedegaran jelas.

Begitulah juga dengan cara menangani pasangan kita, kita cuba untuk ‘tune in’ dengan frekuensi
pasangan kita. Kenal pasti emosi pasangan anda dengan memandang tepat kepada matanya dan
bertanya padanya dengan lembut, “ Adakah awak kecewa? Marah? Sedih? Atau sekadar merajuk?

Langkah 2: Berhubungan Dengan Menerima Dan Mendengar

Cuba salami perasaan pasangan anda. Bertanya secara lembut apa yang menyebabkandie
berperasaaan sebegitu. Lebih elok sekirana anda memeluknya dan mendengar apa sahaja luahan
hatinya.

Dalam pergaduhan , selalunya isteri yang selalu menangis. Sambil memeluknya, katankan
kepadanya,” Tidak mengapa utnutk mengangis, tidak mengapa untuk marah”. Cuba mendengar
dengan tenang apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda, walaupun ada antaranya anda tidak
bersetuju.

Simpan dulu apa yang anda ingin katakana. Buang terus perasaan untuk menang. Dengar dan
menerima apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.
Langkah 3: Reflek

Kebanyakkan daripada kita lebih suka dipujuk semasa kita merajuk. Jangan biarkan kononnya supaya
pasangan cool down baru anda nak pujuk. Jika ditunggu, risau pulamacam-macam prasangka buruk
yang bermain di hatinya.

Ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang suka apabila suami isteri bergaduh. Dari kecil,pasti akan
bercambah menjadi perkara besar. Jangan sekalipun merasakan bahawa itu perbuatan sia-sia.
Ketahuilah, ada pahala memujuk yang Allah sediakan.

Jadi, bagaiman untuk memujuk pasangan anda?

1. Beri hadiah
Sebagai mana yang tahu hadiah merupakan antara cara yangsangat berkesan untuk
memujuk pasangan terutamanuauntuk kaum wanita. Tetapi tidak perlu sampai membeli
hadiah mahal. Hadiah kecil sudah cukup untuk memberitahunya yang anda sangat
menyayanginya.

2. Beri Kejutan
Bawa pasangan anda keluar makan malam, membawanya bercuti di pusat peranginan,
hantar sejambak bunga di pejabatnya atau apa sahaja bentuk kejutan yang boleh
menggembirakan pasangan.

3. Begurau Senda
Ada boleh cuba buat pasangan anda ketawa. Anda pasti mengetahui apa yang mampu
membuatkan pasangan anda ketawa . buat lawak, menggeleteknya secara manja ataupun
buat gaya yang kelakar.

4. Puji Pasangan
Apabila bergaduh, kita kerap kali terlupa segal kebaikan uang dimiliki oleh pasangan kita.
Disebabkan satu perkara kecil yang menyebabkan kita marah, segala keburukkan pasangan
kita akan ungkit.

Elakkan melakukan perkara sebegitu. Puji pasangan tentang apa yang anda sukakan
padanya. Cantik, bergaya, pandai masak atau kuat,bergaya, rajin menolong di dapur, pandai
melayan anak, kacak. Apa sahaja ang menyenangkan hati pasangan anda.

5. Mengajaknya Melakukan Apa Yang Pasangan Suka


Suami saya kerap mengajak saya melakukan aktiviti yang saya sukai untuk meredakan
pergaduhan. Berbasika;, bermain ping pong atau memasak bersama-sama. Apa saja yang
saya suka.
Semestinya akan menolak untuk menguatkan keegoan saya. Namun beliau memaksa.
Walaupun penuh dengan keegoan, saya akui dengan melakukkanaktiviti yang saya sukai
bersamanya, perasaan marah tersebut akan berkurang sedikit demi sedikit.
6. Mengucapkan Kata-Kata Indah
Kaum lelaki tentunya terkenal dengan pandai mengucapkan kata-kata indah. Sekiranya anda
pandai berkata manis sewaktu di awal perkenalan ketika anda ingin memperisterikannya
dahulu. Tidak mustahil untuk anda mengaplikasikan skill yang sama untuk memujuk
pasangan.

7. Sentiasa Berdoa
Berdoa adalah satu cara yang mana penting untuk meredakan suasana rumah tangga yang
sedang bermasalah. Tetapi anda tidak seharusnya hanya berdoa kita ditimpa masalah
sahaja. Galakkan diri anda berdua dengan banyakkan menyebut zikit Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya
Mutakabbir.

Bertuahlah Anda, Ini & Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Idaman Kebanyakan Lelaki

Sebagaimana yang anda tahu tugas sebagai seorang kakak sulung bukanlah sesuatu yang mudah
untuk dijalankan. Sebagai anak sulung banyak hal yang mana dia terpaksa mengalah,
walaubagiamanpun anda tetap ada kelebihan tersendiri.

Antara sikap yang dapat dilihat pada anak sulung yang dapat dilihat adalah matang dan berdikari
yang kelihatan sempurna di mata seorang lelaki. Ini 7 sebab kenapa anak sulung perempuan menjadi
idaman setiap lelaki.

1. Anda Bersifat Optimis DanBerdikari


Walaupun anda dilahirkan sebagai anak sulung perempuan, anda memiliki tubuh badan yang
kuat dan berdikari. Sifat ini secara tidak langsung dapat membela diri sendiri bahkan dapat
mebela nasib adik-adik anda serta keluarga anda. Disebabkan ini lah anda menjadi idaman
para lelaki.

2. Anak Perempuan Sulung Biasanya Pandai Memasak


Sudah pasti anda biasa memasak dan membuat kuih-muih untuk adik beradik atau untuk ibu
bapa anda. Sifat ibu yang menjaga keluarga cenderung untuk dimiliki oleh anda. Bukan
sahaja kelebihan memasak, selari dengan sifat lembutnya juga membuatkan anda menjadi
isteri idaman pada amnya.

3. Pendengar Yang Baik


Disebabkan anda sudah terbiasa dengan perangai serta curahan perasaan dari adik-adik
anda maka disini jelas menunjukkan anda seorang pendengar yang baik. Anda juga
mendengar keluhankisah adik-beradik dan tidak jarang memberikan adik anda untuk jalan
keluar. Bukan sahaja pendengar yang baik, anda juga dianggap isteri idaman kerana
kemampuan anda untuk mengendalikan segala situasi masalah.
4. Anak Sulung Perempuan Merupakan Calon Ibu Yang Baik
Macam mana anda tidak menjadi isteri idaman? Hal ini kerana anda sebagai anak sulung
perempuan yang mana sudah menjadi kebiasaan menjaga adik-beradik. Anda juga selalu
membantu ibu anda dalam membuat kerja-kerja rumah ketika ibu anda sibuk menguruskan
adik-beradik yang lain. Disebabakan situasi sebegini anda sudah terbiasa untuk menjaga
orang lain yang mana jelas melatih diri anda menjadi seorang yang bertanggungjawab.

5. Anda Seorang Perempuan Yang Selalu Melindungi Adik-beradik


Perempuan itu diperlukan sahaja kecantikan secara fizikal sahaja, namum faktanya lebih
gemar bersama lelaki yang kuat dan berdikari. Oleh kerana anda anak sulung anda memiliki
tanggungjawab untik menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekali gus
mengurus hal adik-beradik.

6. Anda Seorang Yang Jujur


Hal ini kerana anda selalu berlaku jujur terhadap kedua ibu bapa, jadi jujur adalah sifat
neutral yanganda miliki. Inilah sebab kenapa dan sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka
di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur kan?

7. Anak Sulung Perempuan Terkenal Dengan Kerajianannya


Disini anda selalu membantu membersihkan rumah ketika ibu bapa anda keluar ataupun
buat kerja di luar rumah. Anda melakukan kerja dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak
sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga.ini membuktikan anda seoranganak yang
rajin yang tidak harus diperlekehkan.

Kepada anak perempuan yang sulung, anda sangat beruntung dapat menjadi isteriidaman jejaki di
luar sana.

Nak Bahagia Dalam Rumah Tangga Yang Paling Penting Adalah Jangan Menipu
BIla sesorang mendirikan rumahtangga, perkara utama yang dicarinya ialah kebahagian bersama
pasangan dan anak-anak yang bakal dilahirkan hingga akhir hayatnya. Dalam merealisasikan
impiannya, pasti setiap setiap orang akan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada pasangan
mereka dengan harapan si dia akan jujur dengannya.

Tapi hakikatnya langit tidak selalu cerah hingga ke petang. Tidak kira suami atau isteri, ada masanya
mereka akan terperdaya dengan godaan luar hingga menyebabkan mereka melanggar janji setia
kepada pasangannya.

1. Elak ‘Penipuan’ Dalam Hubungan


Sekiranya anda sudah terbiasa menipu dan tidak jujur dengan pasangan anda lama-
kelamaan apabila semuanya terbongkar ianya menyebabkan pergaduhan antara pasangan.
Apa yang paling teruk lagi disebabkan pergaduhan ini jalan terakhir untuk selesaikannya
adalah dengan mengambil keputusan untuk bercerai. Tapi ada sesetengah pasangan yang
ketal serta dapat berfikiran waras yang mana mampu mengawal emosinya, mungkin
kemaafan telah tersedia untuk pasangan.

2. Tak Salah Pasangan Menyiasat


Sebagai contoh isteri akan mula mengambil tahu gerak geri suaminya dengan menyiasat.
Sekiranya si suami tertangkap telah menipu sekali lagi, si isteri akan berhenti menyiasat
namum itu tidak bermakna si isteri berputus asa. Suami mungkin sangkakan isterinya tak
marah lagi. Tapi sangkaan itu salah.

3. Bahayanya Sekiranya Pasangan Hilang Kepercayaan


Hakikatnya sekiranya dikhianati sekali, kepercayaan itu akan hilang untuk selama-lamanya.
Akan berlaku satu keadaan dimana si suami itu bercakap benar, namun si isteri sukar untuk
mempercayainya.

4. Jangan Sampai Pasangan ‘Meluat’ Dengan Perangai Anda


Jika berlaku situasi sebegini, ertinya si isteri sudah mula muak dengan perangai suami dan
tidak akan ambil peduli dengan apa yang berlaku. Apa yang difikirkan oleh isteri adalah
memikirkan cara untuk mengurankan kebergantungan terhadap si suami.

5. Persiapan Mental
Pasangan seharusnya bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku sama
ada dari segi material, fizikal dan mental.
Bila Dah Jadi Mak Mertua Nanti, Jadilah Mertua Yang Waras Dan Beriman

Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Semoga Allah permudahkan

1. Kalau anak anda perempuan, minta sahaja menantu bagi mas kahwin semampunya. Tidak
perlu mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak anda secara serdahana tidak terlalu
berlebihan.

2. Adalah digalakkan bagi anak dan menatu tinggal di rumah melebihi 2 bulan. Bulan ketiga
kahwin, sangat digalakkan untuk di rumah sendiri.

3. Jangan sesekali masuk campur hal anak menantu. Terserah kepada dioranglah nak susun
perabot macam mana. Potong sayur style apa, atau masak nasi pakai dapur apa. Semuanya
terserah kepada mereka sendiri.

4. Sekiranya menantu adalah perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak
mandikan anak kea tau mandikan anak 2 hari sekali ke, biarkan sahaja. Kalau rasa cucu tu
masam sangat, mandikannya sendiri.

5. Biarlah anak kita hidup dengan orang yang dia sayang dengan caranya sendiri. Kalau anak
kita lelaki nak tolong isterinya masak dan mengemas ruma, biarkan saja. Dia sudah besar,
taulah dia nak hidup.

6. Jangan sesekali gossip dengan anak-anak lain pasal menantu. Ingat! Sesungguhnya anak kita
itu menantu orang lain juga.

7. Kalau anak dengan menantu bergaduh beritahu anak, jangan mengadu, lebih baik
selesaikan sendiri.

8. Kalau menantu ni jenus orang kurang kemampuan tak berduit, jangan sesekali bezakan dia.
Manalah tahu mungkin satu hari nanti bila kita sudah tua nanti dialah yang basuh berak
kencing kita. Menantu yang kaya tu busy bekerja. Jangan menyesal pula nanti.

9. Jadilah seorang mertua yang waras dan beriman

10. Jangan buat tak tentu pulan dengan anak orang tu. Allah itu tidak lupa.
Cinta Jarak Jauh Bukan Alasan Boleh Curang! Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Kekal.

Kita sering kali dengar khabar angina bahawa cinta jarak jauh sukar nak kekal lama atas alasan
pasangan curang dan tidak setia, di samping faktor-faktor lain yang akhirnya menyebabkan ia putus
di pertengahan jalan. Siapa yang mahu menderita kerinduan apabila berjauhan dengan orang yang
disayangi?

Pastinya mereka yang kuat semangat dan saling mempercayai sahaja boleh melaluinya dengan
penuh sabar, apatah lagi bagi pasangan yang sudah berkahwin dan terpaksa berjauhan atas tuntutan
kerja.

Jangan jadikan cerita jarak jauh sebagai alasan untuk anda curang dan tidak setia dengan pasangan.
Setia dan percayalah kepadanya dengan mengamalkan limatip ini agar cinta jarak yang anda berdua
bina berkekalan buat selamanya.

1. Percaya Kepada Pasangan

Selalu sahaja kita dengar, apa gunanya bercinta kalau tiada kepercayaan dalam
perhubungan. Kepercayaan adalaah asas terutamanya dalam perhubungan yang ingin kekal
selain rasa bahagia sampai ke penghujung hendaknya. Jadi, percayalah pada pasangan anda
takala berjauhan. Namun, janganlah pula percaya kepadanya 100%. Letakkan sedikit untuk
diri sendiri agar tidak nanti anda kecewa jika takdir tidak menyebelahi hubungan anda
berdua.

2. Selalu Setia
Dalam cinta jarak jauh ini , saling setia perlulah ditanamkan dalam diri agar hubngan itu
boleh kekal lama. Tidak kisah yang belum atau sudah berkahwin, perempuan ataupun lelaki,
kedua-duanya perlu setia dalam perhbungan. Jangan nanti tahu-tahu sahaja dan orang
ketiga!

3. Kerap Berhubung Dan Berkomunikasi


Sudahnya semestinya berjauhan itu satu yang menyakitkan,namun rindu yang bertandang
kala berjauhan pastinya membuatkan hubungan lebih kekal lama jika anda saling menrindui
satu sama lain. Apatah lagi teknologi kini tanpa sempadan, jadi bukan alasan untuk anda
dan pasangan untuk tidak berhubung antara satu sama lain. Lepaskan rindu anda dengan
pasangan menerusi Facetime, WhatsApp dan banyak lagi. Sekiranya anda kerap berhubung,
anda akan dapat merasakan seolah-olah anda dekat antara satu sama lain yang mana
menghilangkan kerinduan.

4. Beri Kejutan Dan Hadiah


Bukanlah sesuatu yang salah sekiranya anda duduk berjauhan dengan tujuan untum
mengingati satu sama lain dengan cara memberikan hadiah kepada orang yang disayangi.
Apabila berjauhan, mungkin anda ingin mengirimkan tanda sayang dan rindu kepada
pasangan agar kekal ingat kepada anda. Sesekali buatlah kejutan dengan menghantar bunga
dan hadiah atau apa sahaja yang boleh membantu hubungan anda jadi lebih romantic.
5. Jangan Putus Doa
Bagi yang belum berkahwin, sentiasalah berdoaagar hubungan anda berkekalan hingga ke
jinjang pelamin seperti yang anda dan pasangan idamkan. Namun, jika takdir tidak
menyebelahi, terimalah ia sebagai takdir Tuhan untuk memberi pentunjuk yang ada lagi
orang lebih baik daripada si dia. Bagi yang sudah berkahwin pula, semestinya anda perlu
kekal berdoa agar si dia yang jauh di mata sentiasa dilindungi dan hubungan perkahwinan
yang sudah sah itu kekal bahagia hingga ke syurga.
‘Stop’ Ukur Kesungguhan Lelaki Dekat Wang Hantaran, Carilah Lelaki Yang Bersedia Lalui Bebanan
Bersama

Wahai wanita janganlah cari lelaki yang terlalu sempurna, tetapi pilih lah lelaki yang telah bersedia
untuk wahai wanita janganlah cari lelaki yang terlalu sempurna, tetapi pilih lah lelaki yang telah
bersedia untuk tanggungjawab menjadi seorang suami. Kebahagiaan seseorang bukan terletak
kepada tingginya nilai hantaran yang diberikan.

Kebahagiaan seseorang bergantung kepada pasangan masing-masing. Baiknya awak, inshaa Allah,
baiknya jugalah bakal jodoh anda. Oleh itu, jangan hanya menilai kesungguhan seorang lelaki hanya
dari wang hantaran sahaja. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui untuk menghalalkan kita.

Nak cari calon suami pastikan anda kenali ciri-ciri ini agar dia dapat melaksanakan peranannya
sebagai suami sekali gus memberi kebahagian untuk anda.

1. Bertanggungjawab
Setiap lelaki perlu ada rasa tanggungjawab dalam diri untuk jadi lelaki yang baik dan
sempurna. Adalah amat penting unti dia bertanggungjawasb dalam semua perkara seperti
pekerjaan serta tanggungjawabsebagai anak dan sebagainya.

2. Merendah Diri
Mereka tidak bersifat angkuh dan sentiasa merendah diri. Selain itu, untuk mengetahui
sesorang lelaki itu baik dia tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri
anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap anda dalam apa sahaja yang anda lakukan
dan yakin bahaa anda juga boleh berjaya.

3. Terima Diri Anda Seadanya


Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan
sesekali mengubah diri anda yang sebenarnya. Secara tidak langsung mereka akan terima
anda seadanya.

4. Saling Membantu
Sekiranya si dia berusaha membantu anda dalam apa jua keaadaan, walaupun hakikatnya
agak sukar untuk membantunnya adalah lelaki yang baik. Di samping itu, mereka akan cuba
sedaya upaya untuk menenangkan anda dalam apa jua keadaan supaya anda berasa selamat
dalam apa jua keadaan. Lelaki yang baik tak akan sesekali mementingkan diri sendiri.

5. Menghormati Orang Tua


Seorang lelaki yang baik akan mentaati kedua ibu bapanya dan akan menghormati orang
yang lebih tua daripadanya. Secara tidak langsung sifat ini menunjukkan budi pekerti yang
tinggi. Sekiranya di mentaati ibunya, secara automatic dia akan menghormati andasebagai
wanita.
6. Bersikap Jujur
Lelaki yang mana sama sekali tidak kisah untuk menasihati, menegur serta menyatakan
padangan mereka mengenai orang yang mereka sayang menunjukka mereka merupakan
lelaki yang baik. Segalanya akan dibincang bersama sama ada kebaikan ataupun keburukan.
Sekiranya ada kesilapan yang dilakukan si dia akan mengaku kesalahannya itu dan akan
berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut serta berusaha untuk tidak mengulanginya
lagi. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu ruang dimana pasangan ada peluang
untuk menyurakan pendapat masing-masing.

7. Hormat Anda Sebagai Wanita


Ketika anda dan pasangan berada dalam situasi yang mana berlaku percanggahan pedapat
atau peselisihan faham si dia tetap menghormati anda menunjukkan si dia adalah lelaki yang
baik. Bahkan dalam apa jua situasi dia tidak akan sesekali merendahkan martabat anda
sebagai seorang wanita.

8. Setia
Si dia tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun dia telah berjaya. Segala dorongan
dan motivasi yang anda berikan amat mereka hargai.

9. Menghargai Anda
Mereka tahy untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untum meberikan sejauh
manakah layanan terbaik yang anda perlu terima.Inilah ciri seorang lelaku yang baik.
Pilihlah Suami Dengan 9 Ciri Terpujji Anjuran Nabi Ini. Moga Rumah Tangga Diberkati

Sebagai ketua dan imam dalam keluarg, suami haruslah memiliki sifat-sifat terpujisebagaimana
Rasullulah SAW dalam mendidik osteri serta anak-anak demi mencapai kebahagian di dunia dan di
akhirat.

Agar rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati, ikuti amalan yang dilakukan oleh Rasullulah SAW.
Semoga dengan amalan ini akan menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang membawa ahli
keluarga ke jalan yang diredhai oleh Allah.

1. Sentiasa Bersyukur
Di suatu keadaan yang mana Rasulullah berada dalam kesakitan dimana keadaanfzikalnya
sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwnaya yang tinggi, ketika itu baginda ditanya
oleh ‘Aisyah, “Ya Rasullulah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau telah
masih bersusah payah begini?” Jawab Nabi dengan lembut, “ Ya ‘Aisyah, apakah aku tak
boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur?”

2. Lemah Lembut Terhadap Isteri


Nabi Muhammad SAW merupakan seorang suami yang sangat meninggikan kedudukan
isterinya dan amatt menghormati mereka. Rasulullah pernah bersabda. “ Sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik, kasih dan lembut terhadap isterinya.”Menjadi seorang ketua
keluarga yang prihatin, sabar dan merendah hati sama sekali tidak pernah merendahkan diri
suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga.

3. Berbincang Sebelum Mengambil Sebarang Keputusan


Nabi Muhammad SAW tidak pernah rasa segan atau keberkatan untuk mendengar serta
mengambil pendapat isterinya. Ini terjadi ketika Rasulullah meminta pendapat Ummu
Salamah dalam perjanjian Hudaybiyah. Ketika itu, Rasulullah memerintahkan para sahabat
untuk mencukur rambut dan menyembelih haiwan korban, namum mereka tidak mahu
melakukannya. Melihatkan respon para sahabat itu, baginda masuk ke bilik Ummu Salamah
dan menceritakan kepada Ummu Salamah apa yang berlaku. Lantas Ummu Salamah
mengajukan pendapatnya dan berkata. “ Keluarlah, ya Rasulullah, kemudian engkau
bercukur lalu potong haiwan korban, melihatkan perkara tersebut, para sahabat bangkit
lantas bercukur lalu memotong haiwan korban.

4. Sentiasa Membantu Isteri


‘Aisyah pernah ditanya mengenai apa yang sering dilakukan oleh Rasulullah di rumahnya?
Lantas ‘Aisyah menjawab. “ Baginda selalu membantu isterinya.” Pernah satu ketika
Rasulullah pulang ke rumah dan melihat tiada makanan yang siap dimasak, baginda sama
sekali tidak marah. Sebaliknya baginda akan tersenyum sambil menyinsingkan lengan
bajunya untuk membantu isteri di dapur. Menurut cerita yang disampaikan oleh ‘ Aisyah,
jika Rasulullah berada di rumah, baginda sentiasa membantunya dalam urusan rumah
tangga.
5. Sentiasa Romantik Dalam Rumah Tangga
Nabi Muhammad SAW sentiasa memuliakan, menghormati dan menggembirakan isterinya.
Baginda menjelaskan pada umatnya bergembira dan bergurauisendalah dengan isteri anda
yang mana termasuk dalam perbuatan yang memberi pahala kepada suami. Baginda
bersabda, “ Segala yang melalaikan seorang Muslim adalah batil, kecuali memanah, melatih
kuda dan bercanda-ria dengan isteri, ini semua termasuk kebenaran.”

6. Tidak Suka Memarahi Isteri Dan Anak


Rasulullah SAW sangat marah apabila melihat seorang suami sedang memukul isterinya,
lantas baginda mengur lelaki tersebut, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lelaki
tersebut menjawab dengan gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Aku sudah
menasihatikannya, tetapi dia masih begitu. Disebabkan itulah aku memukulnya.” Sahut
Rasulullah, “ Aku tidak menanyakan alasanmu. Aku menanyakan mengapa engkau memukul
teman tidur mu dan ibu kepada anak-anakmu?”

7. Rasa Cinta Yang Tinggi Terhadap Allah SWT


Nabi Muhammad SAW sesungguhnya mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap Allah SWT.
Malah rasa kehambaannya sudah sebati dengan dirinya sehingga baginda tidak sombong.

8. Tidak Merasakan Dirinya Lebih


Anugerah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Rasulullah sama sekali tidak
dijadikan alasan untuk baginda merasa tinggi diri, riak, sombong dan bongkak ketikadi
hadapan khalayak ramai mahupun untuk diri sendiri.

9. Terus-Menerus Melakukan Beribadah


Pada hakikatnya pintu syurga sudah terbentang luas untuk baginda dan baginda merupakan
insan terpilih sebagai ahli syurga, namun sama sekali baginda tidak lupa. Sebaliknya
Rasulullah masih bangun di waktu malam hari untuk beribadah kepada Allah SWT hinggakan
baginda pernah terjatuh kerana kakinya sudah bengkak.
10 Soalan Wajib Tanya Pada Diri Sebelum Buat Keputusan Nak Kahwin

Umumnya mengetahui bahawa sebaik sahaja berkahwin anda dan pasangan akan berkongsi
tanggungjawab bersama dalam bab kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segalanya anda
terima.

Adalah lebih elok sekiranya kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan supaya lebih
bahagia dan tidak terbeban dengan masalah kewangan. Anda juga boleh merancang kewangan yang
stabil untuk jangka masa panjang.

Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!

1. Ada membuat pinjaman?

X siap lagi
Bila Suami Pemalas Nauzubillah, Kesabaran Isteri Memamg Teruji Hebat

Setiap pasangan telah dikurniakan teman hidup yang berbeza perangai dan sifat. Ada suami yang
mana terlalu rajin melakukan kerja rumah sampai tahap isteri tidak dibenarkan buat kerja.

Tetapi ada pula yang terlalu pemalas sehinggakan semua perkara diserahkan kepada isteri untuk
melakukannya. Bagi kaum Hawa sudah pasti ia menguji kesabaran. Dalam hal ini untuk saling
menyalahkan antra satu sama lain sebenarnya tidak akan membantu.

Sebagai isteri apa yang boleh anda lakukan adalah mencari penyelesaian bagi mengatasinya iaitu
dengan cara memberi motivasi kepada suami. Ini kerana mungkin cara dia dibesarkan sejak kecil
berbeza menyebabkan dia langsung tidak tahu melakukan kerja rumah.

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan.

Antaranya:

1. Jangan Marah
Walaupun anda kecewa macam mana pun dengan suami anda disebabkan dia tidak mahu
membantu kerja di rumah. Marah bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasinya. Apa yang
anda lakukan adalah meminta secara perlahan-lahan dengan diplomasi.

2. Dengar Alasannya
Suami yang malas tentu mempunyai pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukan
kerja di rumah. Jangan berdebat dengan alasan yang diberikannya kerana itu hanya sia-sia.
Sebaik-baiknya dengar dulu semua alasan yang diberikan suami.

3. Motivasi Suami
Jika suami anda tidak suka melakukan tugas yang diminta, tawarkan kerja lain yang boleh
dilakukan. Jika dia boleh melakukan sesuatu yang membuatkannya selesa lama-kelamaan
dia pasti melakukannya dengan sendiri.

4. Jelaskan
Jika sifat malas membuatkan keadaan rumah kotor jelaskan kepadanya ia tidak baik untuk
kesihatan. Jelaskan apa saja yang anda rasakan dan apa yang akan terjadi dalam rumah
tangga disebabkan sifat malasnya itu. Semoga dengancara ini suami faham dan mahu
berubah.

5. Biar Suami Pilih Apa Yang Ingin Dilakukannya


Sifat lelaki biasanya tidak suka disuruh atau dipaksa. Jadi, jika kemalasannya berkaitan
dengan tugas dalam rumah, anda boleh memberinya peluang memilih tugas sendiri, supaya
anda tidak kelihatan seperti bos.
Jelaskan padanya urusan mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri sahaja. Semua
orang yang tinggal di rumah anda mempunyai peranan yang sama untuk menjaga rumah
supaya bersih dan selasa.
6. Buat Jadual Tugas
Apa yang boleh dilakukan adalah buat daftar tugas di rumah dan apa yang perlu suami
lakukan. Tunjukkan pada suami dan bawa berbincang. Minta bantuan suami meneyelesaikan
beberapa pekerjaan berat yang memang hanya mampu dilakukan lelaki.

7. Jangan Malu Minta Bantuan


Umumnya, wanita malu menita bantuan suami, padahal ketika itu dia terlalu penat.
Hapuskan perasaan ini supaya anda tidak terbeban dengan tugasan di rumah yang lama
kelamaan boleh menyebabkan anda berasa tertekan. Oleh itu, minta bantuan suami dengan
cara paling lembut.

8. Ucapkan Terima Kasih


Kebiasaannya lelakienggan melakukan kerja rumah kerana malu dan berasa harga dirinya
berkurang dengan melakukan pekerjaan itu. Mereka tidak sedar semua isteri akan berasa
bangga dan gembira apabila suami sudi meringankan tangan membantu mereka.

Justeru, anda perlu ucapakan ayat manis menyatakan betapa beruntungnya anda
mempunyai suami yang rajin. Jangan lupa ucapkan terima kasih selepasa suami selesai
melakukan kerja rumah. Bahkan tidak salah mengucapakan terima kasih sebelum dan ketika
dia melakukan satu-satu tugas yang diminta.

9. Fleksible Dan Sabar


Jangan sesekali anda menilai pekerjaan suami anda. Terima seadannyadan jangan pulan
anda kriktiknya. Walaupun kurang sempurna tetap ucapkan terima kasih dengan senyuman
manis.

10. Beri Hadiah


Berikan hadiah sama ada berbentuk barangan atau makan malam bersama di luar. Ini bagi
memastikan suami merasa dirinya dihargai.
Wanita Perlu Elak & Sikap Ini Daripada Suami

Asam garam rumah tangga dan isteri mesti aka nada peselisihan faham anatara satu sama
lain.Dalam rumah tangga anda haruslah adasiafat bertolak ansur antar suami isteri.

Bagi wanita anda perlu tahu batas anda sebagai seorng isteri. Jangan bersikap sehingga boleh
membuat suami anda tidak suka. Jom lihat di bawah ini ada atau tidak perangai seperti ini. Bahaya!

1. Keras Kepala
Wanita yang keras kepala agak sukar dibentuk keranam mereka ini tidak mahu dengar
scakap orang lain. Elakkan jika anda ada perangai ini!

2. Bercakap Kasar
Lelaki sangat tidak suka akan wanita yang bercakap kasar. Anda seharusnya tidak
menimbulkan kemarahan suami dengan cara bercakap dengan nada yang lembut
dengannya.

3. Tidak Bertanggungjawab
Mereka dikatakan tidak bertanggungjawab apabila selalu lepas tangan dan membiarkan
tugasan yang sepatutnya diberi kepada suami. Dalam rumah tangga bekerjasama itu
penting. Keluarga adalah tanggungjawab bersama.

4. Pentingkan Diri Sendiri


Mereka yang peranga sebegini selalunya tidak mengambil endah orang lain. Wanita
sebeginihanya sibuk dengan keperluan diri sendiri sahaja sampai suami pun tak kisah. Jangan
macam ini ok!

5. Suka Susahkan Keadaan


Mereka dianggap sukar menyusahkan keaadaan apabila ingkar apa yang diberi. Jika untuk
tujuan kebaikka, patutlah arahan suami anda. Jangan buat keadaan menjadi huru-hara.

6. Suka Cakap Bohong


Semua orangtidak suka apabila ditipu. Samalah seperti diri kita juga yang mana tidak suka
ditipu orang. Oleh itu, elakkan terlalu berahsia sampai tahap sanggup berbohong.
Apa Salahnya Isteri Yang Control Duit Suami Dan Jadi Gabenor Bank Keluarga

Sebagaiman yang anda tahu, masalah kewangan merupakan satu isu yang tidak dpt dielakkan lebih-
lebih lagi pasangan yang baru berkahwin. Rata-rata lepas berkahwin hal kewangan keluarga menjadi
urusan keluarga. Namun tidak semua lelaki tahu cara yang terbaik untuk menguruskan kewangan
keluarga. Jika suami tersilap langkah, boleh buathubungan jadi porak-peranda, selain terpaksa
berhutang dan bergolok bergadai.

Jangan Risau. Ini Perkara Biasa Buat Pengantin Baru

Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal perkahwinan, hamper semua pasangan
lalui benda yang sama. Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluuarga.kena
terima hakikat seorang wanita sebernanya lebih teliti daripada lelaki. Maka isteri boleh berfikir lebih
jauh daripada si suami, jika isteri yang pegang duit bukan bermaksud queen control. Ini masa depan
rumah tangga anda, pedulikan kata orang.

Menyediakan bajet kewangan tidaklah begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan adalah
dengan memantau ke mana duit gaji itu pergi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan:

1. Senaraikan Pendapatan
i. Senaraikan gaji kasar suami/isteri yang diterima setiap bulan
ii. Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOSCO dan Potongan Cukai Berjadual
(jika ada)

2. Tentukan Kategori Perbelanjaan


i. Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan rumah, ansuran kereta dan hutang lain yang
harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN
ii. Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan
sebagainya.

3. Buat Anggaran Perbelanjaan Sebulan


i. Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
ii. Bezakan antara keperluan dan kehendak
iii. Utamakan keperluan terlebih dahulu.

4. Merekodkan Perbelanjaan
i. Pertama sekali sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan pasti beli barang ada
dalam senarai sahaja.
ii. Rancang perbelanjaan supayatidak perlu ke pasar raya.
iii. Setiap pembelian barang perlulah utamakan yang perlu dahulu.
iv. Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan.

5. Post Mortem, Menilai Semula, Baiki Bajet


i. Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan
ii. Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
iii. Sekiranya terlebih belanaja, bulan depan, mesti ganti balik jumlah yang terlebih itu.
iv. Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
Untung Dapat Pasangan Kaki Travel Ni, Semua Tempat Dia Pergi Mesti Nak Ada Dengan Kau

Siapa sahaja yang tak suka melancong kan? Lagi best kalau dapat melancong ke Negara orang. Kita
dapat lihat sendiri suasa dan budaya mereka dia disana. Malah, kita juga boleh merasa jenis
makanan mereka disana.

Apa yang lagi menarik pasal travel ini ialah pasangan anda pun turut meminatinya juga. Ia satu
bonus! Dapat pula yang memang nak travel semua tempat dengan anda. Ini antara ciri-ciri dan sebab
mengapa pasangan kaki travel menjadi pilihan!

1. Pandai Cari Destinasi Menarik Untuk Keluarga


Dia pandai piih mana tempat yang sesuai, selamat dan menarik untuk keriangan seisi
keluarga. Dia akan cari tempat yang paling menjimatkan tapi paling seronok.

2. Lebih Mudah Menyesuaikan Diri


Bila dekat Negara orang ini mesti akan ada rasa kekok. Namun, tidak bagi kaki travel seperti
ini kerana mereka mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

3. Berpandangan Luas, Berfikiran Terbuka


Berpengetahuan am yang hebat, senang dibawa bincang. Dia tengok pelbagai budaya
semasa travel serta dapat menerima perbezaan pendapat. Dia tahu mana yang elok, mana
yang tidak. Dia lebih berkompromi. Dia ada banyak bahan nak cerita. Dia tahu macmam
mana nak cari arah kiblat,solat ketika travel dan mengambil wuduk dengan air mineral
500ml. Kau tengok dia punya kesungguhan untuk menunaikan kewajipan dalam kepayahan.

4. Dia sentiasa Berduit Untuk Berjalan


Travel sudah menjadi agenda hidup dia. Tiap tahun dia akan set satu destinasi. Dalam atau
luar Negara, kalau tak berjalan jiwa tak tenang. Sesekali mesti dia akan bawak anda juga.
Untung badan. Tahu tak bosannya kahwin dengan lelaki yang tak minat travel.
Pesanan Buat Lelaki Yang Pasangannya Kaki ‘Shopping’!

Umumnya mengetahui bahawa shopping atau membeli belah sudah menjadi akttiviti kegemeran
wanita sama ada sebelum kahwin atau selepas mendririkan rumah tangga. Namun bagi pihak lelaki
ataupun si Suami, aktiviti shopping ini semestinya akan membuat lelaki bosan disebabkan pasangan
anda mengambil masa yang lama untuk membeli-belah.

Dalam isu sebegini, terdapat beberapa yang anda boleh lakukan bagi memastikan anda ceria dan
sentasa tenang. Jadi mari kita lihat tip yang boleh diguna pakai ketika anda menemani pasangan
yang sedang shopping.

1. Sediakan Kelengkapan Secukupnya


Perkara yang paling utama untuk zaman teknologi sekarang adalah pastikan bateri telefon
anda dan powerbank dicaj penuh sebelum keluar dari rumah. Jika anda suka membaca,
bawalah bahan bacaan bersama seperti novel, buku, majalah atau suratkhabar. Dengan ini
akan tidak akan berasa bosan jika dapat membuat perkara-perkara yang anda sukai
sepanjang tempoh menunggu isteri sedang shopping.

2. Beri Komen Yang Positif


Sufdah menjadi satu kepastian dimana semasa membeli-belah, si isteri akan menanyakan
pendapat anda ketika dia memilih sesuatu barang. Adalah sesuatu yang tidak wajar untuk
anda hanya memberi jawapan yang selamat kerana perkara tersebut tidak akan memuaskan
hati pasangan anda. Jika anda ingin pulang ke rumah dengan cepat, belajarlah untuk
memberi komen yang pelbagai dan nampak bijak seperti, “ Baju ni cantik tetapi
potongannya tak sesuai dengan awak…” atau “ Kasut ini tumitnya terlalu tunggi, rasanya
elok kalau cari yangtumitnya rendah sikit.”

3. Bawa Kelengkapan Anak


Sekiranya anda mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa semua kelengkapan untuk
menjaganya. Bagi mengelakkan anda merana, pastikan anda membawa semua keperluan si
anak seperti susu, lampin pakai buang, makanan dan paling penting stroller. Tugas menjafa
anak ketika isteri sibuk shopping akan diserahkan sepenuhnya kepada anda. Lebih baik anda
bersiap sedia.

4. Makan Dan Minum Dahulu


Sebelum memulakan aktiviti shopping, adalah lebih elok sekiranya anda dan pasangan
makan terlebih dahulu. Persiapkan diri anda dengan tenaga secukupnya. Aktiviti membeli-
belah ini mungkin mengambil masa yang lama dan khuatir anda akan kelaparan kerana
menemani isteri anda shopping.

5. Cuba Cari Kahwin


Ada lebih elok sekiranya ada memberi masa kepada isteri anda untuk shopping sepuas
hatinya. Oleh itu, bagi mengelakkan anda bosan, carilah kawan yang mana senasib dengan
anda. Adalah sangat digalakkan untuk anda ringan mulut untuk menegur rakan disebelah
anda. Selain mendapat kawan baru, anda juga dapat pahala kerana menjalinkan
silarturahim,
Kalau Boleh Perempuan Jangan Buat Ni Pada Pasangan Kalau Tak Nak Kena Reject

Dalam sesuatu hubungan kita sering kali meletakkan harapan yang tinggi agar pasangan kita menjadi
seperti yang kita inginkan. Hakikatnya tidak yang seperti yang kita fikirkan lalu wanita beranggapan,
lelaki terlalu sukar untuk difahami.

1. Lelaki Dan Ego


Biasanya lelaki suka mempamerkan kegoaannya padadua masa, di pejabat dan di rumah.
Tidak dinafikan, ramai wanita yang merasa bosan menghadapi lelakii yang ego begini. Tetapi
tidak ada ruginya jika anda mengalah dan mempertingkatkan keegoannya kerana apabila dia
merasa senang, semua orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutama orang yang
dicintai.

2. Jangan Paksa Lelaki


Sikap semula jadi lelaki tidak suka dipaksa. Mereka akan bercakap apabila ditanya.
Sebaliknya kebanyakkkan wanita suka mendesak, memaksa dan menyelidik. Cara
sebegitunya sebernarnya tidak menguntungkan. Semakin didesak, semakin lelaki akan
membisu dan berhelah. Cara terbaik ialah membaca bahasa badan, matanya atau
perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadajk pasti ada sesuatu yang
tidak kena atau si dia sedang bermasalah.

3. Lelaki Suka Membisu


Sebagaimana yang anda tahu, wanita mempunyai kelebihan untuk berbicara tentang
sesuatu perkara yang sensetif atau meluahkan maslahnya atau apa jua yang dirasainya.
Selagi maslah itu tidak selesai, wanita akan terus bercerita. Namun tidak pulak bagi pihak
lelaki. Biasanya semakin berat masalah yang ditanggung, semakin dia akan membisu. Sama
ada dia tidak mahu menyusahkan pasangan atau mungkin dia memang tidak pandai untuk
meluahkannya.

4. Lelaki Gemar Berahsia


Wanita mudah bercerita tentang masalah yang dihadapinya atau apa saja yang dirasai
dengan wanita lain. Sebaliknya tidak bagi wanita lain. Malah untuk melakukannya, lelaki
memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksimum, walaupun untuk becerita dengan
teman lelakinya yang rapat.

5. Lelaki Tidak Kompleks


Ramai wanita yang tidak puas hati jika pasangan membiarkan dia sendirian melakukan kerja-
kerja rumah. Sedankan mereka sama-sama penat bekerja. Ini bukan beerti pasangan anda
seorang yan konservatif atau sememangnya lelaki ini kompleks. Sebenarnya kehendak lelaki
adalah mudah. Dia bukan tidak mahu menolong. Katakanlah berterus-terang jika anda ingin
meminta pertolongan. Pasti dia akan menerima dengan tangan terbuka.
Nak Tegur Pasangan Pun Ada Cara, Semak 5 Perkara Ini Dahulu Sebelum Menegur

Sudah menjadi satu perkara biasa yang mana kita sebagai seorang manusia tidak akan lari dari
melakukan kesilapan, begitu juga dengan pasangan suami isteri. Sudah menjadi satu perkaea wajib
untuk adanya perbalahan dalam rumah tangga. Oleh itu, sebagai pasangan kita sangat dituntut
untuk memeberi teguran dan nasihat antara satu sama lain.

Janganlah disebabkan anda takut untuk memberi teguran sehingga ianya sendiri boleh melukakan
hati dan perasaan anda. Jangan pula anda simpannya dalam hati. Adalah lebih baik untuk luahkan
apa yang terbuku dalam hati, yang lebih baik untuk anda berdua. Mudah sahaja kalau anda tahu
caranya seperti berikut.

1. Lihat Pada Diri Anda Dahulu


Sebelum anda mengur pasangan lihat pada diri anda dulu. Adalah anda juga melakukan
perkara yang betul? Jika tidak, anda boleh menasihatnya dengan cara yang baik dan tidak
melukakan hatinya.

2. Pujian Dan kritikan Seimbang


Biarpun niat anda memang baik iaitu menegurnya kerana si dia melakukan kesalahan. Namu,
anda tidak boleh focus dan menghentam hanya kerana kesalahannya sahaja. Sebaiknya anda
seimbangkan kritikan dan pujian dengan seimbang. Baru dia tidak melenting dengan anda.

3. Lihat Pada Suasana Yang Sesuai


Jangan menegurnya dengan marah secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi pada keadaan yang tidak
sesuai contohnya seperti di kompleks membeli-belah. Orang akan melihat pertengkaran
anda berdua. Ia tidak patut berlaku.

4. Jangan Bercakap Ikut Suka Hati Anda


Nada suara itu sangat penting apabila ingin menegur supaya pasangan anda boleh terima
dengan teguran yang anda berikan. GUnakan nada yang bersesuaian untuk menegur
seseorang.

5. Jelaskan Dengan Maksud Yang Senang Faham


Adalah lebih elok jika anda menggunakan bahasa yang mudah difahami. Anda dinasihatkan
agar tidak menggunakan ayat seperti kiasan kerana ia akan merumitkan keadaan. Sebaiknya,
terus terang sahaja apa yang anda ingin sampaikan.
Wahai Ister! 5 Cara ‘Power’ Ini Anda Kena Buat, Kalau Nak Pujuk Pasangan Merajuk

Dalam hubungan rumah tangga, kita sering mendengar wanita atau isteri yang selalu merajuk.
Menjadi tugas seorang untuk mengambil hati dan memujuk yang terasa hati atau dalam kesedihan.
Namun, siapa pula yang akan memujuk apabila suami merajuk?

Lelaki juga manusi biasa yang punya hati dan perasaan. Mungkin mereka jarang menunjukkan
perasaan kecil hati pasa si isteri dan sentiasa emnerima kerenah anda seadannya . tetapi bila
kerenah anda melampaui batas, mereka mula berjauh hati. Jangan abaikan perasaan mereka. Ambil
tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang merajuk.

Buat wanita dan isteri di luar sana, apakah perkara yang anda harus lakukan bila pasangan anda
merajuk? Jom kami kongsi 6 tperkara yang boleh anda buat saat suami anda sedang merajuk!

1. Beri Masa Bersendirian


Apabila lelaki kesayangan anda merajuk, mereka memerlukan masa untuk menenangkan
fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda
sahaja. Kebiasaannuya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri
mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.

2. Ketepian Ego Kewanitaan


Hakikatnya bukan sahaja lelaki yang ada ego, bahkan wanita pun sama mereka ada ego
mereka. Namun, ada lebih baik sekirnya sekali sekala anda buang ego itu demi orang yang
anda sayang. Jika si suami itu lama merajuknya, lebih elok sekiranya anda ucapkan maaf dan
salam tangannya. Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan rumah tangga.

3. Jangan Tanya Perasaannya


Seelok-eloknya jangan bertanya apa yang dia rasa kerana dia sedang merajuk dan marah.
Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap anda yang sambil lewa. Sekianya, anda secara
berterusan mendesak si dia untuk melayan pertanyaan anda, kebarangkalian untuk
membuat dia semakin marah dan muak dengan anda adalah tinggi. Anda harus pastikan
jangan sesekali membirkan anda si dia keluar rumah untuk mencari ketenangan. Hal ini
kerana, bimbang si dia bertemudengan wanita yang lebih memahami hatinya saat itu.

4. Sentiasa Beri Sokongan


Ketika si suami merajuk, mereka tidak akan mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika
dia sedang menontot rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa
berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda dia tahu anda tetap kekal di sisi
walau apa jua berlaku.

5. Ketahui Masa Yang Tepat Dan Sesuai


Sebaik sahaja berjaya mengembalikan senyuman si dia, adalah lebih elok duduk berbincang
dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan
persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan
masalah bersama-sama.
Jom Lihat Tanda Si Dia Sukakan Anda Dan Ingin Melamar Untuk Dijadikan Suri Hati

Lelaki mungkin sukar meluahkan rasa cinta mereka secara berterus- terang atau direct. Mereka
lebih gemar menunjukkan rasa kasih dan cinta itu dengan cara tersendiri. Mungkin wanita di luar
sana kadangkala bingung dengan kelakuan lelaki yang aneh untuk mendekati mereka. Tapi
percayalah, lelaki jika minat dengan seseorang perempuan, dia akan mudah memberikan gerak
tubuh yang berbeza dari kebiasaan.

1. Kerap Ajak Keluar


Dalam tempoh seminggu, sekurang-kurangnya dua kalu dia ajak anda keluar tidak kiralah
pergi makan ataupun meenonton. Hatinya gelisah sekiranya dalam sehari dia tidak
menelefon anda dan ingin mendengar suara anda. Dari situ, anda boleh tahu bahawa si dia
cukup suka dengan anda.

2. Ambil Berat
Dia sentiasa bertanya khabar dan mula menunjukkan yang dia ingin mengambil berat
tentang anda. Bermula dengan ucapan selamat pagi, khuatir jika anda lewat makan atau
memberi ucapan selamat apabila kamu hendak memandu adalah petanda awal yang dia
mula menunjukkan minat terhadap anda.

3. Pandangan Mata
Apabila anda bercakap, matanya akan tetap memandang kearah mata anda menunjukkan
yang dia benar-benar mahu mendengar apa yang anda ingin sampaikan. Jangan panik bila
mata anda bertentang, kata orang dari mata turun ke hati. Dari pandangan mata dia, anda
boleh tahu yang dia ada hati dengan anda.

4. Terserempak
Pertemuan yang tidak disangka seperti anda sedang minum petang dengan rakan di kafe,
tiba-tiba muncul si dia. Mungkin pertemuan itu disengajakan oleh si dia tetapi tidak mahu
kelihatan terlalu obsess, jadi dia akan berpura-pura terkejut. Dia tahu, dengan cara itu, anda
boelh lihat kesungguhannnya untuk bertemu dengan anda.

5. Gerak-Geri Tubuh
Adalah tidak begitu susah utuk mebaca gerak-geri tubuhnya. Lelaki jika minat dengan
seorang peremouan, dia akan mudah memberikan gerak tubuh yang berbeza dari kebiasaan
contohnya ketika berbual, tubuhnya akan betul-betul diadapakn kearah anda dan sentiasa
ingin berjalan dekat dengan anda.

6. Soalan Peribadi
Untuk mengenali anda dengan lebih rapat, dia akan mula mengajukan eberapa soalan
tentang diri anda seperti anda sudah berapa lama single, bagaiaman lelaki pilihan anda,
adakah anda sedang mengenali seseorang dan sebagainya. Dia juga akan menyentuh sedikit
sebanyak mengenai keluarga dan ibu bapa anda.
Jangan Buat 6 Perkara Ini Sepanjang Bertunang, Nanti Orang Menyampah

Bak kata orang-orang dulu, ‘bila sedang bercinta, ibarat dunia kita yang punya’. Inilah masalah yang
dihadapi oleh mereka yang menganggap dunia ini hanya milik berdua, terutama sekali apabila
sedang asyik berpacaran mahupun bertunang sehingga tidak menyedari ada mata-mata yang
memandang kelakuan anda berdua yang cukup menjengkelkan.

Jangan jadi mangsa kecamanorang-orang sekeliling! Hal ini sering kali dipandang remeh terutama
sekali bagi golongan muda yang sedang mabuk cinta juga mereka yang dalam proses bertunang.
Mungkin perilaku anda tidak menganggu ketenteraman orang di sekitar, namun ia cukup
membuatkan orang ramai menyampah melihat gelagat anda berdua.

1. Berjalan Terlalu Perlahan Di Kawasan Hot Spot


Dipercayai masalah ini sering dihadapi oleh kita, terutama sekali apabila kita sedang dalam
keeadaan terburu-buru ingin menyelesaikan sesuatu hal. Namun, langkah kita diperlahankan
gara-gara’terperangkap’ di belakang pasangan yang berjalan longlai dan gemalai, terutama
sekali di kawasan yang padat dan sesak dengan orang ramai. Cukup menyudahkan! Oleh itu,
elakkan dari bertindak sebegitu apabila sedang berjalan berdua dengan kekasih hati.

2. Memakai Pakaian Serupa (Matching Couples)


Ini mungkin dianggap remeh, tetapi yang pasti bukan semua dapat menerima tindakan ini.
Dengan memakai baju T-shirt dengan corak yang sama, ditambah pula dengan pelbagai reka
letak dan ayat-ayat yang menyatakan anda berdua adalah paangan, ini mungkin dianggap
keterlaluan. Mungkin anda mengikut trend fesyen terkini, namun anda terlihat seolah-olah
cuba untuk memberitahu kepada awam bahawa anda berdua adalah ‘couple’. Hentikan!
Anda bukanlah sesiapa.

3. Mesra Tahap Maksima!


Ini wajar untuk anda elakkan. Haruslah anda ingat, anda berdua kini berada di kawasan
awam yang dipenuhi dengan orang ramai. Pastikan gelagat anda dapat dikecam. Elakkan
bermesra secara berlebihan . Hormatilah orang sekeliling anda!

4. Anda Tidak Perlu Terlalu ‘Gentleman’


Sememangnya wajar untuk anda tunjukkan sisi gentleman kepada si dia, tetapi janganlah
berlebihan. Ingat, anda adalah lelaki bukannya hamba kepada si dia. Sering kali kita lihat ada
sahaja pasangan iaitu si lelaki ibarat terpaksa menurut perintah dengan memegang hand bag
pasangan kemana sahaja. Lebih memeritkan, ada pula yang sanggup memegang pelbagai
barang yang lain semata-mata nak mengambil hati. Si dia mungkin terpaut hati, tetapi anda
yang merana bukan?

5. Panggilan Manja Kurang Menyenangkan


Ini juga sering kali terjadi. Mungkin anda dan pasangan tidak menyedari atau menganggap
sesuatu ‘gelaran’ dapat menambahkan jalinan kemesraan. Sebenarnya tidak bagi orang
awam yang mendegarnya. Cukuplah dengan gelaran ‘sayang’. Elakkanlah dari menggunakan
geleran-gelaran seperti ‘papa dan mama’ (bagi yang belu berkahwin) ataupun lain-lain.
Sekiranya anda mempunyai gelaran manja yang tersendiri, seeloknya ia dijadikan rahsia
perhubungan anda.

6. Gaduh Mengalahkan Pasangan Bercerai


Ini pula berlaku terutama sekali bagi pasangan yang bergaduh ketika sedang berpacaran.
Kawal suara dan emosi. Anda kini berada di tempat awam. Janganlah pula anda dan
pasangan bergaduh, melenting tak tentu pasal, mengomel, merungut dan saling
menyalahkan ibarat pasangan kahwin yang ingin bercerai. Beretika dan jagalah tingkah laku
dan adab anda apabila menghadapi situasi sebegini.
Patutlah Ramai Lelaki Bujang Terkejar-Kejar Nak Kahwin Dengan Janda

Janda bermakna wanita yang tidak bersuami lagi, atas alasan bercerai dan kerana ditinggal mati oleh
suaminya. Sayangnya, bedaya ketimuran memberi kesan negative kepada janda daripada duda.
Namun sebahagian besar daripada kaum lelaki ingin berkahwin dengan kaum bujang. Malah status
lelaki sebagai duda pun masih akan mensasarkan wanita bujang.

Wanita yang mana statusnya adalah janda masih layak untuk dinikahi. Sama ada oleh duda atau
lelaki yang belum pernah berkahwin sebelum ini. Berikut 7 kelebihan jika menikahi seorang janda.

1. Banyak Tahu Tentang Hubungan


Seorang wanita yang mana menyandang status seorang janda memang tahu lebih banyak
tentang seorang lelaki, iaitu tentang hubungan lelaki dan wanita. Hal ini memberi kelbihan
dimana dia mempunyai pengalaman yang cukup.

2. Janda Tidak Banyak Menuntut


Pada hakikatnya seorang janda yang mempunyai anak lebih cenderung untuk tidak banyak
beranggan tentang hubungan. Ini bermakna dia tidak memerlukan seorang yang romantis,
penuh kata manja, drama dan lain-lain. Hal ini demikian kerana semasa hubungan
perkahwinan yang pertma dia telh banyak bermimpi. Di sini jelas bahawa dia tidak akan
banyak menuntut saat menjalani hubungan dengan anda.

3. Memiliki Pengalaman Membesarkan Anak


Ini adalah fakta di mana membesarkan seorang anak bukanlah perkara yang mudah. Dalam
hal ini anda perlu pengalaman, ke sabaran dan ketelitian. Bagi seorang ibu tunggal,
membesarkan seorang anak bukan perkara mudah. Namun pengalaman akan
mendewasakan dia dan akan membuatnya lebih gembira ketika melahirkan anak kedua
bersama anda.

4. Tidak Mudah Cemburu


Dia tahu, dia sedar bahawa dirinya seorang janda yang sudah mempunyai anak. Namun anda
malahmemilih dia untuk dijadikan pendamping hidup. Dia akan menilai anda sebagai lelaki
yang tidak semata-mata melihat wanita dari fizikal.

5. Dia Tahu Apa Erti Kebahagian Dalam Rumah Tangga


Ketika seorang wanita memutuskan bercerai dari perkahwinan pertamanya, tentu tidak
mudah. Biasanya hal itu dicetuskan oleh kurangnya kebahagian dalam rumah tangga. Tentu
dia akan sangat menhargai itu ketika berkahwin untuk kali kedua dengan anda. Dia akan
sangat mengutamakan keharmonian rumah tangga, peranan sebagai seorang isteri yang baik
serta akan sedaya upaya mengelakkan pertengkaran dalam rumah tangga.
Nak Elak Salah Faham Dalam Hubungan, Kena Ikut 4 Langkah Mudah Ini. Gerenti Menjadi!

Tidak dapat dielakkan untuk setiap hubungan ada masalh tersendiri. Masalah yang paling kerap
berlaku antara pasangan suami isteri adalah salah faham. Ianya akan menjadi parah jika ia tidak
membentung dan tidak diselesaikan dengan cara yang betul.

Oleh itu, dalam hal ini suami isteri memainkan peranan bagi mengelakkan salah faham untuk
menjadi punca untuk kepada keretakan rumah tangga. Jangan biarkan ego mengusai diri sekali gus
membawa kepada kemudahan hubungan rumah tangga. Hargai pasangan anda dalam memastikan
keluarga anda lebih bahagia.

1. Jangan Dunakan Perkataan “Tidak” Dan “ Tidak Akan”


Sebagaimana yang anda tahu perkataan “tidak “ dan ‘tidak akan” mempunyai kemungkinan
untuk memberi kenyataan negatif. Adalah suatu tidakkan yang tidak berkesan sekiranya
anda ingin berbincang tentang kehendak anda. Di samping itu, pasangan anda mungkin
sukar untuk sukaruntuk memahami apa yang harus mereka lakukan selepas mendengar
frasa ini, kerana kekeliruan akan meninggalkan mereka dengan pilihan yang berbeza.
Sebagai contoh,

Ayat kurang sesuai : “ Saya tidak mahu awak mengawal saya.”

Ayat yang sesuai : “ Saya nak awak percayakan saya.”

2. Jangan Sesekali Membandingkan Pasangan Anda


Sudah menjadi lumrah bagi setiap pasangan pastinya tidak suka dengan perbandingan.
Lebih-lebih perbandingan yang menunjukkan kelemahan pasangan anda. Mungkin hal ini
kelihatan sebagai sesuatu yang remeh, namun perkara ini boleh membuatkan pasangan
anda tersinggung dan berasa hati. Jika anda ingin membandingkan pasangan anda dengan
seseorang, pastikan perbandingan itu kea rah positif seperti memuji.

Ayat kurang sesuai: “Pandai awak memasak, tapi tidak boleh kalahkan masakan emak saya.”

Ayat yang Sesuai : “Sedapnya wak masak, rasa tak ubah seperti masakan emak saya.”

3. Jangan Rosakkan Pujian Dengan Perkara Negatif


Adalah satu perkara yang tidak bijak untuk dilakukan bagi menyatakan rasa tidak puas hati
ketika sedang memberikan pujian. Adalah lebih baik sekiranya anda tidak menggabungkan
pujian dengan kritikan sekiranya anda ingin memberikan pujian. Hai ini demikian kerana,
ianya akan menyinggung perasan pasangan anda.

Ayat yang tidak sesuai digunakan : “ Makan mala mini sungguh enak, bukan macam
semalam.”
4. Cuba Gunakan Perkataan “Dan” Daripada “Tetapi”
Kelihatan peraturan ini seperti mudah namun anda harus pastikan yang anda sentiasakan
mengaplikasikan peraturan ini dalam kehidupan anda. Dan ia pasti berbaloi kerana ianya
membantu komunikasi anda bersama pasangan anda.

Ayat kurang sesuai : “Saya boleh memahamiawak, tetapi saya juga mahu awak memahami
saya.”
Ayat yang sesuai: “Saya boleh memahami awak, dan saya juga mahu awak memahami saya.”
Lelaki Handsome Ni Eksklusif, Sebab Tu Ramai Single Tak Kahwin Lagi

Ini antara sebab kenapa ramai lelaki tak ready lagi nak kahwin.

1. Saya Nak Hidup Bebas Dulu


Ada segelinitir dimana orang yang sudah berkaahwin berpesan kepada individu bujang
supaya jangan kahwin dahulu. Alasannya? Sebab nanti bila dah kahwin, si lelaki tidak bebas
untuk berjalan ke mana mereka suka serta melakukan aktiviti yang disukai.

Fakta yang sebenarnya adalah perkahwinanlah yang membuatkan sesuatu kebebasan itu
berasa indah. Contohnya mungkin sebelum ini anda pulang berhari raya keseorangan
dengan ditemani dengan lagu hari raya yang disiarkan di radio, tapi selepas berkahwin, ada
wanita yang dicintai menemani kesunyian si lelaki sepanjang pulang ke kampung.

2. Saya Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin


Kita seringkali dapat lihat bahawa kaum lelaki gemar menggunakan alasan ini. Katanya, dia
masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
Sekiranya di minda itu sendri sudah berfikir “ Aku tidak bersedia lagi untuk berkahwin” maka
sampai bila-bila mereka tidak akan bersedia.

3. Keluarga Awak Macam Tak Suka Saya


Apa yang patut dilakukan oleh si lelaki cuba untuk menambat hati keluarga si perempuan
sepertimana si lelaki cuba mengayat dan menambat hati si perempuan sewaktu hendak
mula-mula berkenalan dahulu. Dimulanakn dengan salam, sedikit jenaka dan kata-kata
manis. Bukankah begitu akan membuatkan keluarga sebelah si perempuan mudah
menerima anda?

4. Saya Ingin Kecapi Cita-cita Dan Impian Saya Dahulu


Ada yang mengatakan banyak lagi impian dan cita-cita yang ingin dia kecapi. Kata si dia lagi,
dia ingin membeli kereta mewah, rumah besar dan gaji yang lumayan terlebih dahulu
sebelum berkahwin dengan si wanita. Pada hakikatnya si lelaki tidak tahu yang sebenarnya
bila mereka sudah berkahwin, mereka akan menjadi semakin bersemangat untuk mencapai
cita-cita dan impian kerana dorongan kasih sayang dari isteri yang mereka cintai.

5. Saya Tak Ada Duit


Alasan ini sangat popular di kalangan lelaki apabila si wanita bertanyakan bilakah si wanita
bertanyakan bilakah si dai hendak masuk meminang dan mengahwininya. Macam mana nak
cukup jikalau si lelaki sendiri tidak cuba menyimpan duit malah seringkali menghabiskan duit
ke tempat lain.
Elak Kekeruhan Dalam Rumah Tangga, Suami Isteri Aturlah Kewangan Dengan Bijak

Tidak dinafikan ada masanya punca pertengkaran adalah kerana pasangan tidak jujur dalam hal
kewangan. Adalah lebih baik sekiranya dalam rumah tangga yang harmoni, bersikap jujur dengan
pasangan dapat merungkai pelbagai masalah kewangan. Sebaiknya berbincanglah dengan baik untuk
mencari penyelesai bukannya dengan pertengkaran.

1. Mempunyai Kata Sepakat Sebelum Membelanjakan Wang


Sebaiknya adalah lebih baik buat aturan terlebih dahulu yang mana perlu kata sepakat dari
pasangan serta keluarga sebelum membuat sebarang tindakan untuk membeli sesuatu
barang. Misalnya menentukan berapa peratus wang yang perlu anda asingkan untuk
tabungan, pelaburan, melangsai hutang, tabung kecemasan dan sebagainya.

2. Terbuka
Tindakan yang pertama anda dapat lakukan untuk megelak masalah kewangan adalah
bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja baik pasangan, ibu bapa juga anak-anak. Masalah
kewangan sepatutnya tidak perlu dipendam sendiri. Oleh itu, adalah lebih elok sekiranya
anda berkongsi bersama orangorang terdekat ketika anda menghadai hal yang buruk dalam
bab kewangan. Anda dapat membincang semua keputusan yang melibatkan kewangan
seperti pengeluaran, kemasukan, tabungan, pelaburan dan sebagainya.

3. Menabung
Anda tidak perlulah terlalu banyak menabung wang di bank. Hanya dengan sejumlah wang
sahaja anda sudah boleh membuat simpanan yang bermanfaat.

4. Bincang Mengenai Tabungan


Untuk penyimpanan wang pula, terpulang kepada anda apa pun caranya. Anda boleh simpan
secara seorang ataupun tabungan bersama pasangan. Kedua-dua tabungan sama-sama
memberi manfaat. Dalam hal ini, supaya tidak tersalah mengambil langkah adalah lebih baik
sekiranya berbincang terlebih dahulu.

5. Mengasingkan Pengeluaran
Adalah lebih baik sekiranya anda melakukan pengasing wang mebgikut keperluan terlebih
dahulu sebelum melakukan sebarang pengeluaran. Ini sangatlah bermanfaat, terutamanya
bila anda melakukannya pada awal perkahwinan.
Dengan cara ini anda boleh menganggar seberapa banyak peneluaran wang untuk rumah
tanggan setiap hari ataupun bulannya.
10 Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta & Temui “ Cinta Sejati”

Sudah menjadi lumrah untuk setiap manusia ingin mencari pasangan sehidup semati yang terbaik
dan tepat. Untuk memastikan rumah tangga lebih harmoni perlunya sikap hormat-menghormati
antara satu sama lain.

Dalam mencari pasangan yang sempurna, pelbagai proses akan dilalui sepanajang tempoh
perkenalan hinggalah anda akan mengatakan he/she is the one for me. Namun bagaimanakah anda
akan tahu yang dia adalah pasangan terbaik untuk dijadikan teman sejiwa anda? Nak taju
jawapannya, cuba tengok tanda-tanda ini. Kalau ada tu, maskudnya anda sudah jatuh cinta dan
temui cinta sejati.

1. Hormati Pasangan
Sering kali bercanggah pendapat dengan pasangan? Jika ditakdirkan dia teman jiwa, anda
akan berkongsi idea yang sama. Jika bercanggah sekalipun anda dengan rela hati akan cuba
menerima pendapat pasangan dan melihat kebaikan daripada ideanya itu.

2. Kongsi Matlamat Hidup


Cara anda dan dia mencapai metlamat dalam hidup mungkin berlainan namun objektifnya
adalah sama iaitu untuk menikmati kesenangan dan kebahagian hidup yang abadi. Dari sini
anda berdua boleh mencari kesepakatan untuk terus bersama.

3. Tahu Kelebihan & Kelemahannya


Sudah menjadi lumrah setiap orang ada sisi positif dan negatif masing-masing.
Terpulangkah kepada anda sebagai pasangan untuk mengubah keburukan itu kearah yang
lebih baik.

4. Sentiasa Mengalah Dan Meminta Maaf


Adalah bukan sesuatu yang senang untuk menyebut perkataan maaf kepada orang lebih-
lebih kepada yang kita sayangi. Namun, teman sejiwa sebernanya akan berkongsi idea dan
buah fikiran yang sama.

5. Mudah Berkomunikasi
Ada sesetengan pasangan takut untuk berterus terang, malah lebih rela sakit sendiri kerana
tidak mahu berterus terang, malah lebih rela sakit sendiri kerana tidak mahu pasangan
berkecil hati atau meninggalkan anda. Anda SALAH! Teman sejiwa sebenar tidak akan gentar
untuk bersuara dan mencari jaln penyelesaian bersama. Bukan hanya seorang yang kena
mengalah, sebaliknya kedua-duanya perlu mengalah dan saling bertolak-ansur. Jadi jangan
gentar untuk meluahkan apa yang salah atau betul agar pasangan tahu.
Awas! Tingkahlaku Yang boleh Rosakkan Hubungan, Kena Elak Sebelum Parah

Sudah menjadi lumrah suami isteri yang mana pastinya menginginkan hubungan yang berkekalan
buat selamanya. Hubungan yang dijalin perlulah dijaga untuk memastikan tiada masalah boleh
tercetus. Namun, siapa boleh menjangka perkara yang mendatang sekali gus membuatkan perasaan
cinta kian memudar.

Mungkin anda tidak sedar bahawa perangai dan tingkah laku anda mahupun pasangan mampu
membuatkan hubungan cinta menjadi rosak. Ditambah pula dengan permasalahan lain yang tiada
kaitan, pastinya mampu menambahkan kerungsingan.

1. Berlagak Seperti Anda Masih Bujang


Dalam satu perhubungan ianya melibatkan dua orang. Tapi, jika anda masihberlagak seperti
masih hidup bersendirian tanpa mengambil kita perasaan pasangan, boleh buat hati
pasangan terguris. Bila anda dalam sesebuah hubungan, anda haruslah ingat dengan
perasaan pasangan.

Adakah anda suka berahsia daripada pengetahuan si dia? Ada sepatutnya tidak boleh
berlagak hidup seperti bujang. Jika anda mahu hidup bujang hiduplah bujang. Jika anda
mahu komited dalam perkahwinan, kenalah komited pada setiap perbuatan anda, secara
bersama-sama.

2. Tidak Jujur
Ini adalalah punca utama kerosakkan hubungan perkahwinan. Sekiranya anda tidak percaya
kepadanya, anda tidak lagi layak berada dalam perhubungan ini. Bila anda rasa tidak
dihargai, tidak dipercayai dan tidak dicintai, anda sebenarnya tidak lagi didahului dalam
perhubungan ini.

3. Terlalu Sensitif Dan Kurang Keyakinan


Tiada yang apa yang lebih menyedihkan daripada rasa tidak bernilai dalam sesuatu
hubungan. Rasa tidak yakin ini lama-kelamaan boleh membibitkan perasaan cemburu. Agak
sukar untuk mempercayai pasangan jika dia hanya membuatkan anda rasa tidak berharga.
Jika keadaan ini berterusan, anda perlu tanya diri sendiri, adakah ia berbaloi untuk
diteruskan.

4. Hanya Bertanggungajawab Pada Kewangan Sendiri


Apa yang jelasnya sekarang, isu wang memang antara cabaran terbesar dalam perkahwinan.
Jika anda atau suami berterusan berbelanja tanpa memikirkan ia adalah sebahagian
daripada keperluan keluarga, mulakan institusi perkahwinan akan retak dan berantakan. Ini
sama kes seperti di atas, berlagak bujang.
Kalau Ada Masalah Dengan Pasangan Baiki, Bukan Cari Yang Baru

Sesuatu yang kita sebagai manusia tidak dapat elak iaitu salah faham dan pergaduhan. Kita bergaul
dengan ramai orang. Begitu juga dalam rumah tangga. Bukan semuanya manis belaka. Ada pahitnya
juga.

Namun, ia terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana kita berusaha mengawal perasaan ketika
marah. Tidak dinafikan bahawa memberi pendapat itu tidak salah tetapi biarlah dengan cara yang
betul.

1. Mengaku Kesalahan
Tidak dapat dinafikan bahawa kejujuran adalah sangat penting dalam perhubungan. Adalah
lebih sekiranya mengaku kesalahan yang telah anda buat walaupun suatu kesalahan kecil.

2. Jaga Bahasa
Seteruk mana pun pertengkaran dan pergaduhan anada jangan sampau terkeluar bahasa
yang kurang enak didengar. Hal ini ditakuti akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda.

3. Cari Apa Yang Tidak Kena


Apa yang anda sepatutunya lakukan adalah kenal pasti kesalahan yang anda atau pasangan
lakukan untuk pastikan agar semuanya tidak berulang kembali.

4. Jangan Memaksa
Anda dinasihatkan jangan sesekali memaksa pasangan anda untuk berterus terang. Apa yang
lebih baik adalah tunggu sehingga dia betul-betul bersedia untuk menceritakan segalanya
pada anda.

5. Beri Ruang
Bagi ruang untuk berfikir dan tenangkan fikirannya terlebih dahulu. Nanti kalau rindu, dia
pasti akan hubungi anda.
Tips Kewangan Sebelum Menyambut Cahaya Mata Pertama

Sudah menjadi lumrah diamana setelah mendirikan rumah tangga, apa yang paling dinanti-nantikan
oleh pasangan mahupun keluarga kedua-dua pihak adalah kehadiran cahaya. Dalam kegembiraan
menyambut orang baharu dalamkeluarga, pasti banyak hal yang perlu disediakan. Ini bermakna
perbelanjaan juga makain bertambah.

1. Belanja Berpada-pada
Perkara ini merupakan perkara yang penting semasa anda menantikan kelahiran kelahiran
cahaya mata. Sudah pastinya setiapa pasangan akan teruja ingin menyambut kelahiran
cahaya mata pertama. Setiap ibu bapa pastinua ingin yang terbaik untuk anak mereka.

Namun tidak dapat dinafikan keterujaan itu boleh membawa kepada pembaziran. Apa yang
anda boleh lakukan adalah buat senarai barang bayi agar tidak terbeli benda yang tidak
penting pula nanti. Lagipun, selalunya cahaya mata sulung, akan banyak terima hadiah dari
keluarga serta kenalan rapat yang mana turut berkongsi kegembiraan.

2. Sediakan Tabung Kecemasan


Lebih elok sekiranya anda menyediakan simpanan yang dapat menampung kos perbelanjaan
selama 3-6 bulan yang mana ingin menampung kos perbelanjaan. Hal ini bertujuan untuk
memudahkan anda sekiranya terjadi sesuatu seperti kemalangan, masalah kesihatan atau
komplikasi kepada bayi baru lahir.

3. Takaful
Kata orang, malang itu tidak berbau dan setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak-anak
mereka membesar di depan mata. Tetapi ada yang tidaksempat merasai detik-detik
berharga itu. Jadi dengan adanya takaful ini, ia pastinya dapat menampung keperluan anak
anda sehingga mereka dewasa kelak.

4. Pusat Taska/Jagaan
Ini adalah perkara yang diharuskan bagi setiap pasangan suami isteri yang bekerja, anda
perlu mula melakukan survey tentang pusat jagaan ataupun taska untuk bayi yang bakal
lahir itu. Selain daripada faktor keselamatan, kebersihan dan juga kepercayaan kepada pusat
jagaan tersebut, soal harga pasti menjadi persoalan utama bukan? Anda harus pastikan
ianya bersesuaian dengan bajet bulanan anda.

5. Tabung Tambahan
Setelah si isteri hamil, apa yang perlu pasangan buat adaalh menyediakan pelbagai keperlua
bukan sahaja untuuk bayi, tapi juga untuk si ibu. Bakal ibu mungkin memerlukan pelbagai
jenis makanan tambahan seperti susu, vitamain pakaian mengandung dan sebagainya. Bagi
pasangan yang beragama Islam pula, anda perlu ingat tentang soal akikah anak anda.
10 Adab Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

1. Penyambut Bayi
Untuk pengetahuan anda orang yang terbaik untuk menyambut bayi ialah bidan atau doctor
Muslimah. Sekiranya tiada, maka keutamaannya boleh diseranakan kepada doktor
perempuan non- muslim, seterusnya kepada Muslim dan akhirnya kepada doktor non-
Muslim. Inisemua merujuk kepada fiqh aurat wanita di dalam Islam.

2. Persekitaran Tempat Bersalin


Bilik bersalin adalah tempat si ibu berjuang dengan nyawanya untuk melahirkan anak.
Justeru, pastikan tempat tersebut bersih. Selain itu, galakkan si bapa untuk berada sekali
semasa persalinan sebagai sokongan moral. Si bapa bolehlah memainkan peranan
mengurangkan kesakitan si ibu dan juga membaca doa atau sekadar memasang alunan
bacaan al-Quran. Biar si ibu sentiasa teringat Allah dan biarlah si bayi mendengar kalam
Allah sebagai kalimah pertama ketika mengunjungi alam dunia ini.

3. Menghebahkan Dan Ucapan Tahiniah


Untuk pengetahuan anda semua adalah disunatkan untuk menghebahkan kelahiran anak
terutama kepada si bapa dan juga kepada kaum keluarga dan rakan taulan. Dalam Al- Quran,
ketika Allah mengkhabarkan cerita mengenai kelahiran Yahya kepada Zakariya, Allah
menggunakan perkataan menggembirakan atau memberitakan berita gembira [rujuk Ali
Imran : 39 dan Maryam:7]

4. Azan Dan Iqamat


Sejurus selepas kelahiran anak. Si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdegarkan
bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. Ini berdasarkan sepotong
hadith riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika
kelahiran al-Hasan bin Ali. Ada yang mengkritik hadis ini kerana statusnya dho`if.

5. Tahnik Anak
Selepas anaik itu dilahirkan tahnik amat digalakkan. Orang Melayu biasa menyebutnya
dengan istilah membelah mulut. Untuk lakukan perkaran ini adalah dengan cara menguyah
tamar atau melumatkan tamar dengan jari, lalu letakkan tamar yang sudah lumat itu ke
hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak dan dirantai tamar tadi ke seluruh
bahagian lelangit bayi. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan
lembut yang manis. Hikmahnya ialah untuk menguatkan gusi, urat mulut bayi serta
menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh ibu bapanya
sendiri atau orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah [khilaf]. Pengulangan tahnik
oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

6. Mencukur Rambut Bayi


Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahiranya. Kemudian
ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir
miskin. Menurut Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitab Tsrbuyatul Aulad, terdapat dua
hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak,
dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera
berhampiran. Keduanya ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu
kepada yang memerlukan.

7. Memberikan Nama Anak


Ibu dan bapa disunakan memberikan nama anak sama adapada hari pertama atau hari
ketujuh. Khilaf ini berdasarkan hadis yang melaporkan Rasulullah memberi nam anak
baginda dengan nama moyang baginda Ibrahim sejurus selepas kelahirannya, sementara
dalam hadis yang lain Rasulullah memberikan nama al-Hasan dan Al-Husein serta ramai yang
lain pada hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberi nama anak dengan makna yang baik. Sebahagian ulamak
menyatakan bahawa sebaik-baik nama ialah nama yang dipuji seperti Ahmad, Muhammad,
Mahmud dan Hamadah serta nama yang disembah seperti Abdullah, Abdul Basit, Abdul
Razak dan lain-lain.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy.
Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga
memberikan nama yang buruk maknanya.

8. Aqiqah
Secara literal, maksunya ialah memutuskan. Daripada sudaut syara`, maksudnya ialah
menyembelih haiwan untuk anak yang dilahirkan kerana Allah. Hukum aqiqah adalah khilaf
dikalangan ulamak. Majoritinya termasuk mazhab Shafie menggalakannya (sunat).
Sementara mazhab Hanafi pula tidak mewajibkannya.

Haiwan aqiqah juga menjadi khilaf akademik ulamak. Majoriti menyatakan untuk anak
lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. Sebahagian
ulamak menyatakan menurut zahir hadis, memadai anak lelaki itu aqiqah dengan seekor
kambing sahaja.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan
sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya
kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap
diperolehi.

Makruh mematahkan tulang aqiqah. Penyembelih dan pembantu digalakkan memotong


haiwan aqiqah pada sendinya sahaja. Sunatnya ialah untuk menzahirkan kesungguhan
melalui kesempurnaan anggota haiwan aqiqah ketika agihan, dan semoga anak itu
mendapat barakah sihat dan sempurna tubuh badan.

9. Sunat
Hukum khitan atau bersunat juga adalah khilaf sama ada wajib atau sunat. Di dalam
mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam
Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan,
digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh
kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan
mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam
terhadap kesucian anak.

10. Doa
Anak-anak perlu dilihat sebagai saham kita untuk masa hadapan. Ini kerana ketika kita
meninggal dunia nanti, doa anak yang soleh ialah antara amalan yang akan berterusan
sampai kepada diri kita. Justeru, janganlah putus daripada mendoakan anak kita menjadi
anak yang soleh.
Cuba Cara Ni Untuk Simpan Duit Kahwin

Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang besar untuk perbelanjaan
majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.

Oleh itu, setiap asangan perlu lebih bersedia daripada segi metal, fizikal serta sudut kewangan
khususnya. Anda sangat digalakkan untuk ambil tahu pasal bajet perkahwinan dan cara
menguruskan wang tersebut supaya tidak berdepan masalah kewangan selepas berkahwin.

1. Kurangkan Membeli Gajet Elektronik


Sekiranya anda metupakan penggemar gajet elektronik, anda juga dinasihatkan untuk
meletakkan hasrat anda untuk membeli gajet terbaru ditepi dulu. Hal ini demikian kerana
wang tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.

2. Membeli Belah Ketika Ada Potongan Harga Sahaja


Ini sesuatu yang sangat digalakkan kerana pada ketika itu mungkin dapat potongan harga
jauh lebih murah daripada sebelumnya. Anda juga diansihatkan jangan terlalu mengikut
hawa nafsu ketika membeli belah kelak.

3. Jangan Mementingkan Stardard Anda


Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak
bahagia. Ramai pasangan yang hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana
menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tamapak gah.

4. Awasi Perbelanjaan Anda Setiap Bulan


Apa yang pasti perbelanjaaan setiap bulan mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika
anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan
menyusahkan anda kelak.

5. Menyewa Busana Perkahwinan


Apa ssewajarnya anda lakukan adalah elakkan menempah pakaian yang baru kerana
khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh
menempaah pakaian perkahwinan yang baru tetapi Cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas
memakai busana tersebut, anda perlu memulangkan semula kepada butik pengantin dan
harganya jauh lebih murah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.

6. Tempah Fotografi
Buat tempahan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di
pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.

7. Jangan Merokok
Untuk kaum lelaki merokok bukan shaja tidak baik untuk kesihatan untuk kesihatan tetapi ia
mebazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk
membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.
8. Elakkan Berhutang Kad Kredit
Kad kredit boleh dikatakan ada baik dan buruknya. Tetapi bagi individu yang tidak tahu
menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan jangan sessekali memakainya.
Berbelanja dengan hanya `swipe` menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar
hutang tersebut.

Makan Makanan Tak Sihat Antara Punca Wajah Cepat Tua

Ada segelntir wanita yang mana sering menghadapi masalah wajah yang kelihatan tua darpiada usia
sebenarnya. Keadaan ini terjadi disebabkan tekanan kepada diri sendiri bukan sahaja dalam mencari
teman hidup, malah menjadi ejekkan teman-teman kerana dianggap sudah beranak tiga.

1. Stress
Stress merupakan antara punca yang mana menyebabkan anda kelihatan cepat tua. Apa
yang boleh dilakukan untuk mengelakkan situasi ini adalah anda digalakkan untuk
melakukan aktiviti seperti berenang, membeli belah atau bersenam jika anda di dalam
keadaan stress.

2. Pola Makanan Tidak Sihat


Anda perlu prihatin dimana sekiranya anda memiliki kulit yang cepat kering atau cepat tua
jangan sesekali makan sebarangan. Adalah lebih elok sekiranya anda banyak makan buah-
buahan serta sayur dan omega 3 dalam memastikan ianya memberikat kulit yang sihat dan
awet muda.

3. Genetik
Fakor sebegini kita tidak dapat elakkkan. Jika keluarga anda mempunyai genetik cepat tua
dari usia sebenar. Usah mengeluh. Apa boleh anda lakukan adalah banyakkan makan ulaman
serta air suam untuk melambatkan proses penuan tersebut.

4. Sinaran Matahari/UV
Untuk pengetahuan anda kedutan yang muncul akibat cahaya panas matahari atau
menggunakan method pewarnaankulit seperti tanning bed. Sinaran UV dan UVB yang
menembusi kulit akan menyebabkan kelembapan pada pembentukan kolagen dan keanjalan
kulit.

5. Alkohol dan Rokok


Apa yang jelasnya disini kandungan racun yang terdapat pada rokok dan alcohol mempunyai
radikal bebas menyerang sel kulit dan melambatkan penggantian sel kulit mati. Disebabkan
ini kulit akan menjadi cepat kering ser tua berbanding usia sebenar.
TIP:

 Anda seharusnya elakkan minum ais supaya wajah kelihatan muda dan cantik
 Amalkan tiduk secukupnya dan jangan sering tidur lewat. Ini boleh menyebabkan eyebag di
bahagian mata
 Amalkan membaca selawat pada segelas air kosong dan minumnya setiap kali bagun tidur.
 Pengambilan kalogen yang beresuaian mampu menambahkan kalogen pada kulit.
 Sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum walaupun anda mempunyai masalah.
Wanita Kena Tahu & Kualiti Wajib Ada Ini Untuk Jadi Calon Isteri Yang Baik.

Untuk pengetahuan semua, wanita yanga mana baik budi pekertinya menjadi idaman setiap lelaki
untuk dijadikan seorang isteri. Ditambah lagi dimana bukan hanya bersandarkan pada rupa semata-
mata, wanita yang sempurna dilihat dengan mempunyai hati yang tulus dan ikhlas. Jika seorang
wanita itu seorang yang cantik dan jelita, ia merupakan pakej lengkap dan bonus buat seorang lelaki.

Namun pada hakikatnya lelaki sangat cerewet dalam memilih wanita untuk djadikan seorang isteri.
Ada kalanya mereka menetapkan kualiti dan kriteria yang harus pada seorang wanita untuk dijadikan
isteri yang baik.

1. Seorang Yang Bijak


Ketika anda mencari pasangan hidup, apa yang utama adalah pastikan dia bijak dan apa
yang lebih baik lagi adalah lebih bijak daripada anda. Ada fakta yang menyatakan wanita
yang bijak boleh melindungi anda daripada permasalahan ini bila usia meningkat. Secara
asasnya, wanita yang bijak akan sentiasa ‘mencabar’ anda dari segi intelektual jadi ia
membantu buat mental anda sentiasa peka dengan lama.

2. Mempunyai Hubungan Yang Baik Dengan Ibu Bapanya


Jika anda hendak tahu bagaiman perangai pasangan anda 30 tahun dari sekarang, lihatlah
bapa ibu bapanya. Jika anda hendak tahu bagaimana dia layan anda 30 tahun daripada
sekarang, lihatlah cara dia melayan ibubapanya.

3. Seorang Yang Jujur


Sudah menjadi lumrah setiap manusia melakukan kesilapan dan keputusan yang salah.
Disebabkan itu, anda memerlukan seorang yang mana boleh bawa anda kembali ke pangkal
jalan dan beterus terang jika anda buat kesilapan. Kajian menunjukkan lelaki mahukan kualiti
wanita yang ada sikap ini untuk perhubungan jangka panjang.

4. Mempunyai Pandangan Yang Positif


Adaakah kualiti wanita yang anda sayang ini sentiasa melihat semuanya positif walaupun
dalam persekitaran yang sebaliknya? Dialah wanita impian anda. Anggapnya begini,
pasangan yang negate adalah toksik dan tidak sihat untuk kesihatan jangka panajang. Kesan
dalaman daripada ini boleh menambahkan kadar denyutan jantung, menganggu system
pencernaan dan merendahkan focus.

5. Bertolak Ansur
Secara hakikatnya hidup sentiasa manis dan aka nada masanya anda dan pasangan tidak ada
persetujuan dalam satu perkara. Itu perkara normal tetapi perhubungan akan hanya berjaya
jika kedua-dua pasangan boleh bertolak ansur

6. Menyokong Cita-Cita Anda Dan Mencari Cita-Cita Sendiri


Wanita yang kuat di sis anda akan memberi anda motivasi dan takkan terlalu bergantung
pada anda. Anda tak perlu risaukan dirinya.
Sebab Apa Ramai Isteri Payah Ngam Dengan Mak Mertua?

Sudah pastinya menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin untuk mmiliki rumah tangga yang
bahagia. Masalah dalam hubungan perkahwinan akan menjadi sesuatu keadaan rumit lebih-lebih
lagi hubungan yang kurang harmoni antara menantu perempuan dengan mertua. Entri kali ini
berkongsi sebab mengapa isteri tidak boleh ngam dengan ibu mertua.

1. Kecewa
Secara hakikatnya untuk mengenali dan mersa dengan ibu mertua akan mengambil masa
yang lama lebih-lebih lagi baru bernikah. Boleh dikatakan ramai menantu perempuan yang
mengharapkan sambutan hangat dengan tangan terbuka ketika masuk rumah keluarga si
suami. Namun, ketika dia tidak mendapatkan apa yang diharapkan, dia akan kecewa. Ini
menjadi punca kenapa si isteri tidak akrab dengan mertua.

2. Merasa Diabaikan
Ada masanya, si isteri akan merasakan dirinyaseolah-olah diabaikab oleh ibu mertua.
Sebagai contoh si isteri akan merasakan dirinya diabaikan oleh mertua ketika perjumpaan
keluarga. Perkara ini boleh menyebabkan masalah di kemudian hari.

3. Sering Memberi Nasihat


Boleh dikatakan si isteri mungkin tidak berapa suka dengan nasihat yang selalu diberikan
oleh ibu mertua. Segalanya di tergur seperti cara memasak, cara mengurus anak hingga cara
berdandan. Bukannya si isteri tidak menyukai tentang nasihat tersebut, tetapi jika terlalu
kerap dan berkali-kali, ia akan membuatkan si isteri merasa kesal dan letih.

4. Terlalu Sensitif
Tidak kiralah berapa modennya ibu mertua, pastinya mereka inginkan menantu yang
memiliki standard yang sesuai dengan dirinya. Misalnya kepada menantu perempuan,
mertua menginginkan mereka dapat menguruskan rumah tangga, menjaga kebersihan
rumah , mengasuh anak-anak dengan baik dan membuat masaka tertentu dengan enak. Ini
adalah salah satu alasan mengapa si isteri kurang menyukai ibu mertua adalah kerana
mereka saling tidak bersependapat.

5. Berbicara Mengenai Bekas Kekasih


Hakikat dimana mertua sering membicarakan dan meengingatkan mengenai bekas kekasih si
suami. Sering menceritakan kebaikan bekas kekasih di depan si isteri. Selain itu, mertua
sering bercerita mengenai kisah cahaya mata dan zuriat bekas kekasih di depan si isteri
dengan niat untuk menyindir.

6. Bercakap Mengenai Imej


Salah satu sebab si isteri tidak rapat dengan ibu mertua adalah kerana si mertua sering
bercakap mengenai penampilan si isteri. Contohnya, menegur dengan kerap mengenai
masalah berat badan yang dihadapi. Selain itu, si mertua sering mengomel mengenai
pakaian yang si isteri pakai dan sentiasa bercakap negative mengenai penampilan si isteri.
Kenapa Pentingnya Ucapan Maaf Dalam Rumah Tangga. Bukan Lepas Gaduh Je!

Apa yang paling berkesan untuk melupuskan apa jua konflik adalah dengan cara meminta maaf dan
memaafkan. Dalam erti lain juha, maaf ini mampu menenangkan suasana dan menghapuskan
permusuhan dalam hubungan rumah tangga.

Pada hakikatnya ucapan maaf ini paling susah untuk diucapakan dan diterima ketika berlakunya
masalah antara suami isteri. Boleh dikatakan masing-masing ada ego tersendiri, tidak kurang juga
yang degil dan malu untuk meluahkan kalimat keramat ini yang akhirnya mengeruhkan lagi
hubungan.

Apa yang pastinya disini mengucapkan maaf kepada pasangan, menenangkan jiwa dan membuat
pasangan rasa lebih dihargai. Oleh itu, fahami empat alasan ini kenapa ungkapan maaf itu penting
dalam sesebuah rumah tangga.

1. Mampu Menyelamatkan Rumah Tangga


Sesuatu yang kita tidak dapat elak setelah menjadi suami isteri adalah rasa kecil hati dan
tersinggung. Apa yang dapat dilakukan untuk meleraikan segala masalah itu adalah dengan
anda mengakui kesilapan dan segera memohon maaf kepada pasangan. Dengan memohon
maaf, anda boleh belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan sekali gus
mengelakkan daripada ia berulang di kemudian hari.

2. Bukan Bererti Lemah


Jika anda berpendapat bahawa meminta maaf ituberada di pihak yang lemah, anda
sebenarnya telah silap. Hakikatnya, ketika anda meminta maaf kepada pasangan anda
disebabkan oleh kesalahan sendiri , ia akan menunjukkan bahawa anda sedang menghargai
perasaan pasangan. Lagipun tidak salah jika anda perlu mengalah kerana sikap
mementingkan diri boleh membuatkan anda semakin ego dalam hubungan. Adalah lebih
baik jika anda beterus-terang dan berkata bernar daripada membuatkan pasangan terus
tertekan. Jangan memendam rasa begitu lama kerana perasaan ini boleh mencetuskan
perang yang besar.

3. Keras Kepala Bukan Penentu Yang Anda Kuat


Untuk pengetahuan anda walaupun anda seorang yang keras kepala dan ego yang tinggi
ianya sama sekali bukan penentu sama ada seseorang itu lebih kuat ataupun tidak. Dalam
masa yang sama sekiranya sikap ego dan mementingkan diri ini dibiarakan sahaja lama-
kelamaan boleh menjadi racun yang akhirnya memusnahkan sesebuah rumah tangga.
Apabila anda merendahkan ego dan sikap keras kepala dengan memaafkan pasangan,
kehidupan rumah tangga yang anda bina akan lebih harmoni.

4. Tidak Semestinya Yang Salah Harus Meminta Maaf


Ketika anda memarahi pasangan kerana melakukan kesalahan terhadap anda, tanpa sengaja
ada perbuatan, mimic muka atau kata-kata anda yang telah menyinggung hatinya. Jadi, tidak
salah untuk anda pula yang meminta maaf kepadanya kerana kata itu merupakan sebuah
ungkapan yang sangaat berkesan dalam meredakan kemarahan.
Sebelum Jadi Ibu Dan Ayah, Ini Pasangan Baru Kahwin Kena Tahu Hak Bakal Anak Mereka

Apa yang pasti sebelum menjadi ibu bapa, seharusnya kita menambah ilmu dan mencari tahu segala
hal mengenai suatu pernikahan, keluarga dan anak. Pastinya, saat kita menikah maka memiliki anak
adalah harapan yang tinggi bagi pasangan suami isteri.

Berikut adalah hak janin sebelum anak lahir:

1. Memiliki Keturunan Atau Nasib Yang Baik


Merupakan salah satu alasan mengapakita harus berhati-hati saat memilih pasangan hidup.
Kerana pada masa akan dating, pasangan kita akan menjadi ayah atau ibu dari anak-anak
kita. Oleh sebab itu, kita seharusnya bijak dalam memilih pasangan dengan pemahaman
agama yang baik agar boleh menjadi imam dan ibu yang baik.

2. Dijaga Sejak Dalam Kandungan


Boleh dikatakan banyak ibu diluar sana yang melakukan pengguguran untuk menggugurkan
anaknya dengan pelbagai alasan. Secara hakikatnya, sebenarnya anak itu memiliki hak untuk
dijaga ketika dia masih di dalam kandungan. Kita harus memastikanbahwa anak
mendapatkan segala nutrisi yang mencukupi serta dapatkan rawatan doktor agar kandungan
tetap terjaga. Inilah hak anak dalam keluarga.

3. Memilih Ibu Yang Solehah


Untuk pengetahuan semua ibu merupakan orang pertama yang berpengaruh terhadap
perkembangan anak-anak dalam keluarga. Dapat dikatakan bahawa seorang ibu itu
umpama pencetak karakter anak, bagaimana cara seorang ibu itu mendidik anaknya,
mengasuh anaknya dan menyayanginya.

4. Mempersiapakan nama-nama yang baik dan memiliki kandungan doa


Untuk pengetahuan umum nama adalah doa. Apa yang sewajarnya kita buat adalah sebelum
anak lahir, sebaiknya kita mempersiapkan beberapa nama untuk anak, baik laki-laki ataupun
perempuan. Pastikan bahawa nama itu memiliki nama dan erti yang baik agar doa tersebut
menjadikan anak sesuai dengan harapan kita. Hukum memberi nama anak sebelum lahir
harus dipenuhi oleh orang tua.

5. Terlahir Dari Orang Tua Yang Sah


Tidak dapat dinafikan, sekarang ini, kita sering jumpa anak yang lahir hanya dengan seorang
ibu kerana ayahnya tidak mahu bertanggung jawab dan justeru melarikan diri. Walaupun
hakikatnya doa itu bukanlah dosa si anak, melainkan orang tuanya. Akan tetapi ketika si anak
sudah mula memahami secara tidak langsung akan menyebabkan tekanan tersendiri bagi
fikiran dan hati si anak.

6. Dianfkahi Dan Diberikan Dengan Rezeki Yang Halalan Thoyyibah


Jangan sesekali pernah memberikan, pakaian, makanan dan keperluan yang lain dari sumber
rezeki yang tidak halal. Apa yang sewajarnya adalah memastikan rezeki yang dipeolehi dari
sumber yang halal, baik dari sumber, cara perolehnya hingga pemakaiannnya.
Wahai Lelaki Bergelar Suami, Ini 5 Sikap Negatif Yang Patut Dielakkan

Dalam perhubungan suami isteri harus ada sikap saling bertoleransi dan juga memahami antara satu
sama lain yang tinggi. Untuk kaum lelaki apabila akad nikah telah dilafazkan, itu bermakna anda
`memiliki` isteri, sebaliknya ia lebih kepada anda berjanji untuk bertanggungjawab terhadapanya
dalam susah mahupun senang.

Anda sewajarnya tahu bahawa ikatan perkahwinan in bukannya satu tiket untuk lelaki menindas
wanita ataupun mengikat hidung mereka bagaikan lembu. Isteri juga ada hak untuk bersuara dan
isteri berhak menegur suami jika si suami itu tersasar dari jalan yang benar.

1. Malas Membantu
Sama sekali tidak mencuba sedaya upaya untuk memakmurkan rumah tangga! Si suami lebih
mengharapkan istri dalam segala hal baik dari menjaga anak, menyiapkan makanan,
mengemas rumah dan membasuh baju. Walaupun suami adalah ketua keluarga ini tidak
bermakna suami boleh melepaskan tangan dalam hal ini. Harus diingatkan bahawa
keharmonian rumah tangga terletak kepada bahu suami dan isteri.

2. Bersikap Dua Alam


Apa yang dimaksudkan dengan bersikap dua alam ini adalah sikapnya kat rumah lain, kat
luar lain. Di rumah suami bagaikan singa dan garang terhadap si isteri dan anak-anak namun
apabila di luar rumah berhadapan orang laim mereka menjadi sebaik-baik manusia. Sikap
begini harus dikikis kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan mental isteri dan anak-anak.
Bayangkanlah jika membesar dengan bapa sebegini, perasaan benci dan juga marah pasti
menjadi nanah yang akan memberi kesan negative terhadap sikap mereka.

3. Terlalu Ikut Kata Keluarga


Tidak dapat dinafikan ini sikap negatif yang menjadikan seseorang lelaki tidak layak
mengetuai rumah tangga. Seorang lelaki memang patut mendahulukan keluarga yang
mereka telah membesar daripada kecil, namun sebaik saja berkahwin dan memiliki kluarga
sendiri sebagai suami, lelaki harus memberi perlindungan kepada keluarganya sendiri.

Jangan sesekali membiarkan ibu bapa atau adik beradik mempengaruhi anda untuk tidak
bersikap adil terhadap keluarga sendiri. Apa sahaja perkara yang dilakukan harus dikongsi
dan bawa berbincang bersama isteri. Jangan sesekali jadi lelaki seperti lalang.

4. Selekeh Dan Berbau


Seharusnya si suami jangan sesekali mengabaikan penampilan selepas berkahwin. Boleh
dikata sebelum kahwin semuanya bersih dan elok sahaja, tetapi selepas kahwin semuanya
terabai. Anda seharusnya menitikberatknan aspek kebersihan jangan sampai tahap mulut
dan badan berbau anda nak biarkan sahaja. Apa yang pasti kahwin bukanlah alasan untuk
anda tidak menjaga kebersihan, kekalkanl penampilan agar sentiasa menarik. Ini adalah
suatu yang disaranakan sekiranya anda seorang yang kuat merokok, rajinkan diri untuk
memakai minyak wangi dan sentiasa mencuci mulut dengan produk penjagaan oral yang
baik. Tetapi alangkah bagus kalau anda terus berhenti merokok.

5. Lemah Dan Mudah Berputus Asa


Apa yang pasti di sini seorang lelaki seharusnya ridak lemah menghadapi kehidupan dimana
mereka haruslah bangkit untuk keluarga. Jika terdapat masalah yang berlaku, seorang suami
harus menyelesaikannya dengan baik dan professional. Lelaki yang lemah dan mudah
berputus asa juga tidak sesuai menjadi role model kepada anak-anak, bahkan mereka juga
menjadi lambing seorang isteri yang tidak tahu menjadu tulang belakang suami.
Isteri Jangan Ada Perangai 7C , Suami Tak Suka

Tidak dapat dinafikan adanya kelemahan dalam setiap pasangan alam hubungan suami isteri di alam
rumah tangga, namun apa yang paling penting adalah menyedari apa yang pasangan kita tidak suka
lalau berusaha memperbaiki diri.

Tips 7`c sebab suami benci si isteri dari Dr Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik
kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumah tangga dapat dijaga dan sebagai renungan
bersama.

1. Cabar
Sebagaimana yang anda tahu, lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Apa yang pasti
disini lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas
tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.

Isteri, setiap kali gaduh dengan suami mulalah kata. “kalau awak berani cubalah (cabar
suami cari perempuan lain) !”

2. Cabul
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (hilang sifat malu) seperti mengeluarkan
kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.

3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri
selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami
jauh hati.

4. Comot
Ada sesetengah wanita yang mana cantik tapi comot. Comot semada melibatkan wajah,
penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak
keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya!

5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita terlampau cemburu hingga
pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini
akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di ofis. Suami
baru balik kerja dah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dh syak yang
bukan-bukan.

6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu, wanita perlu mengawal
percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.Sangat tak suka.
7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincaim kemas rumaah cincai sera jagaanak cincai. Dr
Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jag anak.

Buat Yang Ingin Bercita-cita Nak Kahwin Muda, Kena Hadam 6 Perkara Penting Ini!

Disini jelas sekali bahwa perkahwinan merupakan proses pembelajaran yang harus ditempuhi oleh
setiap pasangan agar anda berdua `lulus` pada pelbagai ujian yang mendatang. Jika tidak dibekalkan
dengan ilmu dan kesabaran yang kuat, maka pincanglah sebuah perkahwinan.

Secara hakikatnya suami isteri perlu tahu bahawa perkahwinan ini bukan sekadar pemainan yang
jika anda tidak suka atau tidak sesuai, anda dengan mudah boleh `lari` daripada permainan tersebut.

Untuk pengetahuan anda diluar sana yang berhasrat ingin berkahwin di usia yang muda, hadamkan
enam pelajaran penting tentang dunia perkahwinan ini agar anda berdua mampu menempuh segala
rintangan dengan yakin dan cekal.

1. Bukan Perasaan Cinta Semata-Mata


Apa yang jelas disini jangan salah ertikan perasaan cinta yang terjalin antara anda dan
pasangan. Biarpun anda berdua saling mencintai, malah tidak meragui perasaan tersebut ini
bukan bermakna anda harus segera mungkin untuk berkahwin. Memang! Usia muda
bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berkahwin. Namun yang paling penting untuk
anda ketahui ialah cinta bukanlah alasan wajib untuk memutuskan keputusan untuk segera
berkahwin. Sebaiknya anda patut buat persediaan yang sewajarnya.

2. Tanggungjawab Yang Dipikul Semakin Bertambah


Anda harus bersedia untik memikul tanggungjawab atas diri anda sendiri, melainakan anda
harus memikul tanggungjawab pada pasangan, rumah tangga, bakal anak-anak, keluarga,
menrtua, perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya anda tidak besedia untuk pikul semua
tanggungjawab ini, jangan sesekali berani untuk cuba melangkah kea lam perkahwinan
hanya berlandaskan perasaan cinta semata-mata.

3. Kebebasan Anda Makin Terbatas


Akan menjadi sesuatu yang pasti di mana kebebasan yang anda nikmati semasa anda bujang
sudah lagi tidak sama, malah agak terbatas sebaik sahaja anda berkahwin. Hal ini disebabkan
anda sudah mendirikan rumah tangga dimana kebebasan anda tersekat memandangkan
anda sudah mempunyai tanggungjawab kepada pasangan. Bahkan anda sebagai isteri anda
yang memberi kebaikan haruslah mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu.

4. Mempengaruhi Karier dan Pelajaran Anda


Tidak dapt dinafikan individu yang berkahwin pastinya mempunyai target yang ingin dicapai.
Di dini ingin ditekan bahawa sekiranya anda masih bergelar pelajar pastikan anda fikir
masak-masak sebelum mengambil sebarang keputusan. Apa yang paling penting adalah
restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak sebelum anda memutuskan untuk berkahwin
di usia yang muda. Bukan apa, bimbang selepas berkahwn anda sukar untuk membahagikan
masa apatah lagi anda masih bergelar pelajar. Bukan itu sahaja, jika ketika bujang anda
gemar bersantai di hujung minggu, namum selepas berkahwin anda harus mengubah cara
hidup anda disebabkan anda sudah ada pasngan yang memerlukan perhatian anda.

5. Bersedia Untuk Dilepaskan Daripada Tanggungjawab Ibu Bapa


Sekiranya anda sudah begitu yakin bahawa anda mampu untuk jauh dari perhatian ibu bapa,
sahlah anda sudah bersedia untuk berkahwin dalam usia muda. Selepas berkahwin, anda
tidak boleh lagi berkepit di bawah ketiak orang tua kerana anda kini harus memikul
tanggungjawab sebagai suami atau isteri kepada pasangan.

6. Pola Kehidupan Peribadi Berubah


Kehidupan ketika bujang dan selepas berkahwin tentunya berbeza. Selepas berkahwin anda
tidak boleh lagi membuat keputusan seorangsendiri kerana anda kini melibatkan pasangan
dalam setiap pekara. Perkahwinan memerlukan anda berdua untuk berkongsi dalam semua
hal.

Anda mungkin juga menyukai