Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM ALAM REMAJA 2006

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ONN JAAFAR


KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN PERSIARAN KEWAJIPAN USJ
47630 SUBANG JAYA, SELANGOR

PENGENALAN
Bimbingan dan sokongan adalah salah satu daripada unsur yang penting bagi
menyedarkan dan menginsafkan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna.
Bagi diri seseorang pelajar, bimbingan adalah sangat perlu bagi mereka mengenali dan
menganalisis diri sendiri supaya boleh menentukan haluan dan masa depan mereka.
Program Alam Remaja ini merupakan salah satu pendedahan dan diharapkan dapat
memberikan suatu gambaran yang bermakna kepada para pelajar untuk melengkapkan diri
menjelang remaja, menyesuaikan diri dalam kehidupan seharian dan haluan masa depan
mereka.

Dengan pendedahan dalam aktiviti yang diberikan diharap pelajar akan dapat

mengenengahkan potensi diri dan membina keyakinan diri yang tinggi bagi menghadapi
perubahan alam remaja.

Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru

antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal
menghadapi alam remaja.
Pada hakikatnya setiap pelajar akan menghadapi alam remaja.

Seringkali ibubapa

sendiri tidak mendedahkan sepenuhnya perubahan-perubahan yang akan berlaku kepada


pelajar. Malangnya ada ibubapa yang merahsiakan dan menganggap malu untuk diceritakan.
Berdasarkan maklumat, kebanyakan pelajar ada yang terkejut dan ada yang menangis kerana
tidak tahu apakah yang berlaku kepada mereka kerana pelajar tiada persediaan apabila
mengalami proses-proses keremajaan.Hasil daripada konsep

kendiri yang lemah itu maka

tercetuslah pelbagai permasalahan yang sukar diatasi oleh dirinya sendiri. Lantaran itu juga,
ianya akan mengarah kepada ketidak keyakinan diri dan seterusnya memperlihatkan
seseorang itu tidak berkeupayaan.

Oleh itu, pelajar perlu diberikan input yang berbentuk

peningkatan keupayaan diri bagi memberi keyakinan yang tinggi terhadap diri mereka.

OBJEKTIF KURSUS
i.

Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tentang pentingnya persediaan ke


alam remaja.

ii.

Menanam sikap bertanggungjawab terhadap agama, negara, diri, dan keluarga.

iii.

Menanam

sikap

positif,

meningkatkan

keyakinan

diri,

beramanah,

berkesungguhan dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.


iv.

Melahirkan individu yang penyayang terhadap orang lain serta rasa bersyukur di
atas apa yang dianugerahkan untuk dirinya.

v.

Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan


dalam menentukan matlamat hidup.

TARIKH PROGRAM
31 Oktober 2006
TEMPAT KURSUS
Program ini diadakan di auditorium SK Dato Onn Jaafar USJ 15.
KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 6 seramai 117 orang.
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT

: En. Kamaruzzaman bin Yahya


(Guru Besar SKDOJ)

PENGERUSI

: Puan Aysha Rose Azyze bt Hamad Abdul Azyze


(Penolong Kanan HEM)

SETIAUSAHA

: Puan Siti Zuhaida bt Hashim

NAIB SETIAUSAHA

: Puan Geraldine a/p Innocent Lopez

BENDAHARI

: Puan Hau Chai Yan

Ahli Jawatankuasa Kecil


PENYAMBUT TETAMU

: Puan Rodziah bt Esa


Puan Hafizah bt Ahmad

PERSIAPAN TEMPAT

: En. Fauzan b. Abdul Samad


Puan Zakiah bt Abdullah Tahir

PA SISTEM DAN SIARAYA : En. Norazam b. Abdul Razak


En. Mohd Faisal b. Ahmad
DOKUMENTASI

: Puan Hau Chai Yan

DISIPLIN DAN KESELAMATAN

: Puan Hafizah bt Ahmad

CENDERAMATA
JAMUAN VIP

: Puan Subathira a/p Selvanayakam


: Puan Zakiah bt Abdullah Tahir

MODUL DAN PENGISIAN KURSUS


Ceramah
Aktiviti Bimbingan
Soal Jawab

ANGGARAN PERBELANJAAN
Alatan dan dokumentasi

RM150.00

Alat tulis

RM550.00

Cenderamata

RM 35.00

Jamuan Jemputan

RM 50.00

Jumlah

RM785.00

SUMBER KEWANGAN
Bimbingan dan Kaunseling SK Dato On Jaafar USJ 15

PENUTUP
Diharapkan program ini akan dapat memberi pengetahuan berguna dan mewujudkan
semangat baru kepada peserta bagi menyediakan mereka menghadapi kehidupan sebagai
seorang pelajar yang lebih berwawasan, berakhlak mulia dan meningkatkan keintelektualan
mereka dalam kehidupan serta cara mereka bertindak. Selain itu, adalah diharapkan mereka
akan menghadapi alam remaja dalam keadaan yang bersedia dan dapat membina benteng
kerohanian yang kental bagi membantu mereka menangkis segala pengaruh negatif yang
mungkin mereka hadapi semasa menjalani kehidupan seharian.

Disediakan oleh:

.
(Siti Zuhaida bt Hashim)
Guru Bimbingan Sekolah Rendah
SK Dato Onn Jaafar
Kompleks Sekolah Wawasan
Persiaran Kewajipan USJ 15
47630 Subang Jaya
Selangor

Disemak oleh,

.................................................

Disahkan oleh,

..............................................

AHLI JAWATANKUASA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ONN JAAFAR USJ 15 SUBANG JAYA

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
DAN
TERIMA KASIH
KEPADA
TUAN GURU BESAR
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ONN JAAFAR USJ 15
GURU-GURU DAN MURID-MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ONN JAAFAR USJ 15
DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG
ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN
PROGRAM INI.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ONN JAAFAR
Kompleks Sekolah Wawasan
Persiaran Kewajipan, USJ 15
47630 Subang Jaya

Tel : 03-80242343

Selangor Darul Ehsan.

Fax : 03-80241760

Ruj.Kami : Bil.(01) dlm. SKDOJ/BK/ 03/ 02/ 009/02


Tarikh

: 3 September 2005

Kepada :
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Dato Onn Jaafar
Kompleks Sekolah Wawasan
Persiaran Kewajipan Usj 15
47630 Subang Jaya
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Program Alam Remaja 2005
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Dato Onn Jaafar ingin memohon

kebenaran pihak tuan untuk mengadakan Program Alam Remaja. Program tersebut ingin
diadakan pada :
Tarikh

: September 2005 (Jumaat)

Masa

: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat

: Dewan Wawasan, Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15

Subang Jaya
Tajuk Ceramah
3.

: Cabaran Menjelang Remaja

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan kami iringi dengan jutaan

terima kasih.
Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

KE ARAH KEMANTAPAN KENDIRI

Yang menurut perintah,

........

s.k

Fail B&K (Motivasi/Bimbingan)

Ruj.Kami : Bil.(09) dlm. SKDOJ/BK/ 03/ 02/ 009


Tarikh

: 3 Ogos 2005

Kepada :
Puan Azni bt Ibrahim
Kao (M) Sdn Bhd
20 th Floor Menara Merais
No. 1 Jalan 19/3
46300 Petaling Jaya
Tuan,
Jemputan Program Alam Remaja
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.

Unit

Bimbingan

dan

Kaunseling

Sekolah

Kebangsaan

Dato

Onn

Jaafar

akan

mengadakan Program Alam Remaja. Oleh itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput
puan untuk memberikan ceramah tersebut hadir pada hari berikut :

Tarikh

: 12 September 2005 (Jumaat)

Masa

: 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari

Tempat

: Dewan Wawasan, Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15

Subang Jaya
Tajuk
3.

: Cabaran Menjelang Remaja

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan kami iringi dengan jutaan

terima kasih.
Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


KE ARAH KEMANTAPAN KENDIRI

Yang menurut perintah,

........

s.k

Fail B&K (Motivasi/Bimbingan)

Anda mungkin juga menyukai