Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH AGAMA KOTA TINGGI

KERTAS KERJA
Program Lawatan Menjejak Kasih Warga Emas

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, PANITIA SIVIK &
KEWARGANEGARAAN DAN ASRAMA SMAKT

Sasaran: Murid-Murid Ting 5 & AJK Asrama SMAKT

Tarikh:

7 MAC 2014( JUMAAT )

Masa: 7.00 am hingga 4.00 pm

Tempat: Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas


Johor

1. TUJUAN
Memberi kesedaran kepada murid-murid dalam erti kasih sayang ibu bapa.
2. NAMA PROJEK
Program Lawatan Menjejak Kasih Rumah Warga Emas
3. PENGENALAN
Program Lawatan Menjejak Kasih Rumah Warga Emas adalah program
berdasarkan kepada program penyayang. Warga emas adalah insan yang
banyak berjasa kepada kita secara langsung mahupun tidak langsung dalam
mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik.
Mereka juga adalah insan-insan yang kesunyian lantaran ditinggalkan oleh
anak-anak yang begitu sibuk dalam mencari harta dunia. Oleh itu,
sewajarnya program ini dianjurkan oleh kami bagi menjejak kasih sayang
warga tua yang ditinggalkan oleh insan yang bernama anak dan bagi
menghargai jasa mereka. Kami membawa kasih sayang yang berada dalam
jiwa kami sebagai seorang anak agar mereka dapat merasakan secebis kasih
sayang daripada kami dan rasa sedikit keprihatinan daripada masyarakat
sekeliling. Selain itu, program ini dapat memberikan kepada kami sedikit
input yang berguna dalam memahami sifat-sifat warga tua dengan lebih
mendalam dan mengambil cakna cara terbaik dalam menguruskan warga
tua yang mungkin mengalami masalah kesihatan dan emosi. Selain itu, kami
membawa sedikit ilmu yang ada pada kami kepada warga tua di sana dalam
mencari erti kasih sayang dan menerima sebagai satu ujian untuk diri.
4. OBJEKTIF
1. Mengeratkan silaturahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan
umur.
2. Murid dapat mempelajari ,mengetahui dan menghargai apa itu erti
kasih sayang ibu bapa.

3. Murid dapat memberikan secebis perasaan kasih sayang kepada


semua masyarakat tanpa mengira pangkat dan darjat.
4. Membantu mereka yang susah dan mengurangkan kesedihan orang
lain.
5. Murid dapat mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari dengan
bersosial dengan masyarakat di sana.
5. JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM
1. Memberi kesedaran kepada peserta dalam erti kasih sayang ibu bapa.
2. Dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan
sebuah erti kehidupan dan masa muda.
3. Supaya warga tua tidak merasakan dipinggirkan oleh masyarakat.
4. Meningkatkan kemahiran bersosial dalam diri murid .
5. Membantu warga tua mengurangkan kesedihan yang mereka alami
setelah diabaikan dan dibuang oleh anak-anak mereka.
6. Dapat mengenali dengan lebih mendalam sifat -sifat warga tua agar
dapat mendidik diri para peserta menjadi insan yang cakna dengan
warga tua .
6. TARIKH DAN HARI
7 Mac 2014 (Jumaat)
7. TEMPAT
Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas johor
8. JENIS KEGIATAN / PROGRAM
1. Beramah mesra dengan warga tua.
2. Membuat origami bersama warga tua.
3. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang santai untuk warga tua bagi
menggembirakan hati mereka.
4. Menyuapkan makanan kepada warga tua semasa makan tengahari

9.

PESERTA

40 orang murid 3 orang guru pengiring

10.

STRUKTUR ORGANISASI

Sila rujuk lampiran A


11.

ATURCARA PROGRAM

Sila rujuk lampiran B


12

ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk lampiran C


13.

PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya dan para


peserta mendapat impak yang positif. Semoga dengan penyertaan program
ini, murid lebih cakna kepada masyarakat sekeliling, menghargai ibu bapa
mereka dan lebih menghargai masa muda yang mereka miliki pada saat ini.

Lampiran A
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
N. Pengerusi 1
Penyelaras Program
Setiausaha
AJK

: Ustazah Fahariah Binti Pungut


( Pengetua SMAKT)
: Ustazah Aishah Binti Othman
(GPK HEM SMAKT)
: Ustaz Haironnizam Bin Pungut
(GPK Kokurikulum SMAKT)
: Cik Nur Hidayah Binti Saaban
( Guru Bimbingan dan Kaunseling )
: Cik Kamariah Binti Sahalihudin
: 1) Muhammad Zulfikri Bin Jumaat
2) En Mohd Faiz Bin Ithnin
3) Ustaz Shafarul Azhar Bin Sulaiman

Lampiran B
ATURCARA PROGRAM LAWATAN MENJEJAK KASIH WARGA EMAS
(20 Julai 2013 , Sabtu)
7.00 am

Pendaftaran pelajar

8.00 am

Bertolak ke rumah warga emas

9.00 am

Berkenalan dan sesi beramah mesra dengan warga

tua
9.30 am

Sarapan pagi

10.00 am :

Aktiviti - aktiviti bersama orang-orang tua

2.00 pm

Makan tengahari dan Solat Jumaat

3.00 am

Penyampaian sumbangan

4.00 pm

Bersurai.

Lampiran C
ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN:

Anggaran Perbelanjaan:

Bil.

Perkara

Kuantiti

Kos
(RM)

Jumlah Kos
(RM)

Bayaran Bas

RM 300.00

RM 300.00

Makanan Pelajar

RM 8.00

RM 320.00

Persiapan Program

40
-

RM 800.00

RM 800.00

Jumlah

RM 1420.00

Anggaran Pendapatan:

Bil.

Perkara

Jumlah Kos

PCG Unit Bimbingan &


Kaunseling
PCG Kecemerlangan Pelajar

RM 120.00
RM 500 .00

PCG Sivik & Kewarganegaraan

RM300.00

PCG Asrama
Jumlah

RM500.00
RM 1420.00

2
3
4

Disediakan oleh :

(Cik Kamariah Binti Sahalihudin)


Setiausaha Program Lawatan Menjejak
Kasih Warga Emas
Tarikh :
Disemak oleh :

(Pn. Aishah Binti Othman)


GPK Kokurikulum SMA Kota Tinggi
Tarikh :
Diluluskan oleh :

(Pn. Fahariah Binti Pungut)


Pengetua SMA Kota Tinggi
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai