Anda di halaman 1dari 3

Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan

fikiran- lari dari kesibukan, khususnya di kota sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah
masyarakat yang cergas dan sihat sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga
serta untuk memupuk kasih sayang ke arah keluarga bahagia untuk menghijaukan / mengindahkan
kawasan sekitar- menimbulkan suasana nyaman amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini,
sama ada di kawasan-kawasan perumahan, pekan, bandar, dan kota mendapat perhatian pemaju-
pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalu menyediakan taman rekreasi mendapat
sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh mereka yang bersenam atau yang
bersiar dengan teman serta anggota keluarga Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi
Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi (a) Kemudahan yang Disediakan alat-alat
permainan untuk kanak-kanak alat-alat untuk senaman ringan tempat duduk, tandas awam, dan
lorong pejalan kaki bakul sampah, lampu, dna pondok telefon gerai makanan dan minuman masih
tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor
semula jadi dan perlu diganti ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak ada yang tidak diberi
penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan (b) Keadaan Kemudahan di Taman
Rekreasi Taman rekreasi merupakan satu kawasan lapang yang penting terutama di kawasan
perumahan. Usaha kerajaan mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai taman rekreasi
merupakan satu langkah bijak kerajaan. Tindakan ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu kerana
kewujudan taman rekreasi memastikan pelbagai impak positif muncul. Sudah pasti kebaikan yang
ketara ialah taman ini menjadi tempat permainan kanak-kanak. Kita semua sedia maklum bahawa
dalam dunia yang penuh cabaran ini, ibu bapa sibuk bekerja sehingga menyebabkan anak-anak
bersendirian di rumah. Jadi, kewujudan taman rekreasi di kawasan perumahan menjadi satu medan
untuk golongan kecil ini bergembira dan melepaskan perasaan mereka sebagai kanak-kanak. Hidup
kanak-kanak terkongkong di rumah tetapi bebas di taman rekreasi. Malah, kewujudan taman rekreasi
ini menjadi tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan antara jiran tetangga. Kebiasaannya ibu
bapa akan menghantar anak-anak mereka bermain di taman ini dan sementara menunggu anak-anak
bermain, ibu bapa akan berbual dengan jiran-jiran yang turut menunggu anak-anak mereka. Interaksi
ini memastikan hubungan antara masyarakat lebih mesra dan terjalin rapat. Malahan, taman rekreasi
boleh dijadikan tempat untuk menjalankan sesuatu majlis yang bercorak kejiranan. Majlis seperti
majlis perkahwinan, pesta kejiranan, dan rumah terbuka boleh dijalankan di kawasan taman rekreasi
itu. Kawasannya yang luas dan selalunya di tengah-tengah kawasan perumahan memudahkan untuk
semua pihak datang dan terlibat dalam majlis itu. Dalam masa yang sama kos majlis mampu
dikurangkan berbanding majlis yang diadakan di dewan serba guna atau dewan hotel. Mungkin satu
lagi kebaikan taman rekreasi ialah kawasan ini boleh menjadi tempat menghilangkan penat setelah
bekerja. Suasananya yang tenang dengan kehijauan dan mungkin ada tasik di sekitarnya memberi
satu perasaan hening yang diperlukan oleh manusia setelah penat bekerja di pejabat. Keadaan ini
dapat mengurangkan tekanan di pejabat dan memastikan seseorang itu memperoleh tenaga untuk
meneruskan kehidupannya. Jika kita lihat dari sudut sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi ,
statistik yang diperoleh menyatakan kewujudan taman rekreasi member impak yang positif kepada
kebanyakan penduduk taman perumahan atau masyarakat di Malaysia umumnya . usaha kerajaan
mewujudkan taman rekreasi yang berfungsi untuk mengindahkan dan mewujudkan kawasan hijau di
setiap kawasan perumahan mampu menarik perhatian masyarakat yang cintakan alam sekitar .
pokok pokok yabng ditanam di sekitar taman rekreasi juga mampu melahirkan suasana yang aman
dan damai bagi orang orang yang beristerihat stelah penat bekerja .taman rekreasi juga mendapat
sambutan yang baik dikalangan masyarakat yang ingin bersenam , berjoging dan melakukan senaman
ringan di waktu pagi dan petang . Akhir sekali, kawasan rekreasi ini memastikan wujudnya kawasan
hijau di sesebuah kawasan perumahan itu. Kawasan hijau ini turut membuktikan kesegaran dan
suasana nyaman mastih wujud di kawasan perumahan tersebut. Tambahan pula, kawasan
perumahan akan lebih menarik kalau mempunyai taman rekreasi. Habitat serangga yang kecil turut
terhasil dengan kewujudan taman ini. Kesimpulannya, kawasan rekreasi bukanlah satu pilihan tetapi
wajib dibina oleh pemaju perumahan. Kerajaan harus memantau perkara ini supaya pemaju
perumahan tidak berdolak-dalih dalam pembinaannya. Kerajaan perlu bertegas dalam isu ini kerana
sudah agak lama isu ini dibiarkan tanpa diberi perhatian oleh kerajaan. Malah, pemaju perumahan
seharusnya menggunakan taman rekreasi sebagai unsur penting dalam mengiklankan projek
perumahan mereka.

Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya

Kebaikan pertama penggunaan pengangkutan awam ialah dapat mengurangkan kesesakan


jalan raya. Penggunaan pengangkutan awam ini amat penting di bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur. Kerajaan telah menyediakan dan membina pelbagai jenis pengangkutan awam di Kuala
Lumpur. Antara pengangkutan awam yang terdapat di Kuala Lumpur ialah perkhidmatan teksi, bas,
monorel dan LRT. Penggunaan pengangkutan awam ini telah dapat mengurangkan kesesakan jalan
raya di Kuala Lumpur terutama pada waktu pagi dan petang.

Menjimatkan Kos

Penggunaan pengangkutan awam juga membolehkan seseorang menjimatkan kos hidup. Hal
ini kerana pengguna tidak perlu membeli minyak kenderaan apabila menggunakan pengangkutan
awam. Pengguna pengangkutan awam juga tidak perlu memikirkan kos perkhidmatan meletakkan
kenderaan. Selain itu, dengan menggunakan pengangkutan awam juga membolehkan seseorang itu
mempunyai lebihan pendapatan untuk tabungan atau pendidikan kerana dia tidak perlu membayar
ansuran kenderaan, petrol, insurans kenderaan dan kos servis kenderaan. Terdapat juga
perkhidmatan pengangkutan yang dibayar secara bulanan dan ini lebih menjimatkan lagi kos hidup
seseorang.

Menjimatkan Tenaga

Di samping itu, penggunaan pengangkutan awam juga akan dapat menjimatkan tenaga. Jika
seseorang itu tinggal di Johor Bahru dan dia ada urusan di Kuala Lumpur, perkhidmatan kereta api
atau bas adalah baik untuknya. Dengan menaiki bas atau kereta api, seseorang itu akan dapat
menjimatkan tenaga yang digunakan untuk memandu. Tenaga yang dijimatkan Ini boleh dIgunakan
untuk membuat kerja-kerja lain seperti menulis atau membaca buku. Selain itu, seseorang yang
menggunakan pengangkutan awam juga akan berasa lebih segar dan ceria jika dibandingkan dengan
orang yang memandu kenderaan sendiri.
Menjimatkan Masa

Pengguna pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa. Contohnya, penggunaan


kapal terbang akan menjimatkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan memandu kenderaan
sendiri. Menaiki relbus atau monorel juga lebih menjimatkan masa jika dibandingkan dengan
menaiki kenderaan sendiri yang memungkinkan kita terlibat dalam kesesakan jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai