Anda di halaman 1dari 3

Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi

sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan fikiran- lari dari kesibukan, khususnyadi kota

sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah masyarakat yang cergas dan sihat

sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk kasihsayang ke
arah keluarga bahagia

untuk menghijaukan / mengindahkan kawasan sekitar- menimbulkan suasana nyaman

Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi

amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-kawasanperumahan, pekan,
bandar, dan kota

mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalumenyediakan


taman rekreasi

mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh mereka yangbersenam
atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga

Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi

(a) Kemudahan yang Disediakan

alat-alat permainan untuk kanak-kanak

alat-alat untuk senaman ringan

tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki

bakul sampah, lampu, dna pondok telefon

gerai makanan dan minuman

(b) Keadaan Kemudahan di Taman Rekreasi

masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu

ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti

ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak

ada yang tidak diberi penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaanTaman rekreasi
merupakan satu kawasan lapang yang penting terutama di kawasan perumahan. Usahakerajaan
mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai taman rekreasi merupakan satu langkah bijak
kerajaan. Tindakan ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu kerana kewujudan taman
rekreasi

memastikanpelbagai impak positif muncul.Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah taman ini menjadi
tempat permainan kanak-kanak. Kita semuasedia maklum bahawa dalam dunia yang penuh cabaran
ini, ibu bapa sibuk bekerja sehinggamenyebabkan anak-anak bersendirian di rumah. Jadi, kewujudan
taman rekreasi di kawasan perumahanmenjadi satu medan untuk golongan kecil ini bergembira dan
melepaskan perasaan mereka sebagaikanak-kanak. Hidup kanak-kanak terkongkong di rumah tetapi
bebas di taman rekreasi.Malah, kewujudan taman rekreasi ini menjadi tempat berkumpul dan
mengeratkan hubungan antara jirantetangga. Kebiasaannya ibu bapa akan menghantar anak-anak
mereka bermain di taman ini dansementara menunggu anak-anak bermain, ibu bapa akan berbual
dengan jiran-jiran yang turutmenunggu anak-anak mereka. Interaksi ini memastikan hubungan
antara masyarakat lebih mesra danterjalin rapat.

Kerajaan telah mewajibkan pemaju perumahan untuk mewujudkan kawasan rekreaksi di kawasan
perumahan. Tindakan ini telah menerima sambutan baik masyarakat.

Huraikan kesan-kesan positif yang timbul daripada pengenalan peraturan ini.

Taman rekreasi merupakan satu kawasan lapang yang penting terutama di kawasan perumahan.
Usaha kerajaan mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai taman rekreasi merupakan satu
langkah bijak kerajaan. Tindakan ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu kerana kewujudan taman
rekreasi memastikan pelbagai impak positif muncul.

Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah taman ini menjadi tempat permainan kanak-kanak. Kita
semua sedia maklum bahawa dalam dunia yang penuh cabaran ini, ibu bapa sibuk bekerja sehingga
menyebabkan anak-anak bersendirian di rumah. Jadi, kewujudan taman rekreasi di kawasan
perumahan menjadi satu medan untuk golongan kecil ini bergembira dan melepaskan perasaan
mereka sebagai kanak-kanak. Hidup kanak-kanak terkongkong di rumah tetapi bebas di taman
rekreasi.

Malah, kewujudan taman rekreasi ini menjadi tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan antara
jiran tetangga. Kebiasaannya ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka bermain di taman ini dan
sementara menunggu anak-anak bermain, ibu bapa akan berbual dengan jiran-jiran yang turut
menunggu anak-anak mereka. Interaksi ini memastikan hubungan antara masyarakat lebih mesra
dan terjalin rapat.

Malahan, taman rekreasi boleh dijadikan tempat untuk menjalankan sesuatu majlis yang bercorak
kejiranan. Majlis seperti majlis perkahwinan, pesta kejiranan, dan rumah terbuka boleh dijalankan di
kawasan taman rekreasi itu. Kawasannya yang luas dan selalunya di tengah-tengah kawasan
perumahan memudahkan semua pihak datang dan terlibat dalam majlis itu. Dalam masa yang sama
kos majlis mampu dikurangkan berbanding majlis yang diadakan di dewan serba guna atau dewan
hotel.

Mungkin satu lagi kebaikan taman rekreasi ialah kawasan ini boleh menjadi tempat menghilangkan
penat setelah bekerja. Suasananya yang tenang dengan kehijauan dan mungkin ada tasik di
sekitarnya memberi satu perasaan hening yang diperlukan oleh manusia setelah penat bekerja di
pejabat. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan di pejabat dan memastikan seseorang itu
memperoleh tenaga untuk meneruskan kehidupannya.

Akhir sekali, kawasan rekreasi ini memastikan wujudnya kawasan hijau di sesebuah kawasan
perumahan itu. Kawasan hijau ini turut membuktikan kesegaran dan suasana nyaman masih wujud
di kawasan perumahan tersebut. Tambahan pula, kawasan perumahan akan lebih menarik kalau
mempunyai taman rekreasi. Habitat serangga yang kecil turut terhasil dengan kewujudan taman ini.

Kesimpulannya, kawasan rekreasi bukanlah satu pilihan tetapi wajib dibina oleh pemaju perumahan.
Kerajaan harus memantau perkara ini supaya pemaju perumahan tidak berdolak-dalih dalam
pembinaannya. Kerajaan perlu bertegas dalam isu ini kerana sudah agak lama isu ini dibiarkan tanpa
diberi perhatian oleh kerajaan. Malah, pemaju perumahan seharusnya menggunakan taman rekreasi
sebagai unsur penting dalam mengiklankan projek perumahan mereka.

Maksud rekreasi melaui kamus dewan edisi keempat adalah kegiatan yang menyeronokkan yang
boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran.

Anda mungkin juga menyukai