Anda di halaman 1dari 11

Langkah-langkah Mengatasi Pemanasan Global

1. Penanaman semula pokok-pokok dan tumbuhan hijau Penanaman tumbuhan hijau adalah bertujuan untuk menngkatkan penghasilan gas gas yang bersih dalam udara. Penanaman ini boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Pihak sekolah boleh mengadakan taman-taman mini di sekolah untuk menyedarkan kepada pelajar-pelajar akan kepentingan tumbuhan hijau dalam ekosistem. 2. Kitar semula Program kitar semula perlu digiatkan dengan pelbagai idea yang lebih menarik. Melalui program kitar semula, masyarakat menyedari akan kepentingan menjaga hasil mineral bumi. Dengan cara ini generasi akan dapat merasai khazanah bumi seperti yang dinikmati oleh kita. Pendidikan secara tidak formal ini juga telah mendidik masyarakat jenis-jenis barang yang perlu dan boleh dikitar semula. 3. Pengurangan penggunaan tenaga Penggunaan petrol dalam pembakaran enjin kereta juga meningkatkan suhu pemanasan global. Penggunaan sumber alternatif seperti kereta hybrid yang bercirikan hijau alam sekitar adalah antara langkah terbaik dalam mengatasi pemanasan global. Di kebanyakkan negara maju, tenaga solar telah lama diaplikasi dalam kediaman rumah dan pejabat bagi menggantikan pembakaran fosil.

PEMANASAN GLOBAL :Faktor Dan Langkah Mengawalnya

Pengenalan: Pada era globalisasi ini,pelbagai fenomena yang menggugat keselamatan dan cukup hasrat dibincangkan masyarakat seluruh dunia. Contohnya, seperti fenomena el-nino yang menyebabkan kemarau yang berpanjangan dengan suhu panas yang keterlaluan. Hal ini secara globalnya di sebabkan oleh aktiviti manusia dan alam semula jadi. Oleh itu, faktor tidak berlakunya global ini haruslah diterokai bagi membendung pencemaran alam. Antara faktor berlakunya pencemaran global ini ialah aktiviti manusia melalui perindustrian. Kandungan gas-gas yang terhasil daripada industri-industri ini menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan menyebabkan ultraungu memancar terus ke bumi tanpa lapisan. Cahaya ultraungu ini yang menyebabkan suhu dunia lebih panas dari biasa.Aktiviti manusia melalui perindustrian ini akan mengeluarkan gas seperti karbon monoksiada, karbon dioksida, metana, nitrus dioksida akan menyerap sinaran cahaya matahari dan mengeluarkan sinaran tersebut semula. Proses tersebut menyebabkan suhu purata atmosfera bumi meningkat. Jelaslah, aktiviti manusia melalui perindustrian mampu mengakibatkan suhu bumi meningkat. Selain itu, pengguanaan bahan kimia yang tidak terkawal mahupun bahan kimia yang tidak bersifat mesra alam juga merupakan antara faktor penyumbang kepada pemanasan global. Contohnya, penggunaan kloroflurokarbon dalam industri penyaman udara dan plastik. Pembebasan gas halon yang digunakan dalam industri alat pemadam api juga di antara contoh penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan menyumbang kepada pemanasan global. Pembebasan ini juga telah menipiskan lapisan ozon yang berfungsi mgengawal kadar kemasukan pancaran ultra ungu. Apabila pancaran ultra ungu memancar dalam keadaan yang agak banyak, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia, merosakkan tumbuhan dan menyebabkan berlakunya pemanasan global. Oleh itu, penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan tidak terkawal dapat menyumbang kepada berlakunya fenomena pemanasan global.

Justeru, langkah mengatasi haruslah diambil iaitu dengan melaksanakan program pencegahan yang berkesan terhadap penggunaan CFC di peringkat antarabangsa.Penggunaan bahan lain yang tidak membebaskan radikal klorin hendaklah digalakkan untuk menggantikan klorofluro karbon (CFC), misalnya bahan CFC tiruan. Sebagai contoh,penggunaan racun serangga berasaskan H2O hendaklah digubal dan dilaksanakan dengan tegas agar semua pihak mematuhinya.Sekiranya sesebuah kilang itu terpaksa juga membebaskan CFC,pekilang hendaklah diwajibkan memasang alan penapis yang berkesan agar radikal klorin tidak terbebas secara berlebihan di udara. Di samping itu, orang ramai juga harislah digalakkan supaya mengurangkan sebarang penggunaan barangan yang mengandungi gas CFC.Bahan-bahan plastik yang digunakan sebagai alat pembungkus makanan yang mengandungi CFC, seperti barangan kloroform yang dijadikan pembungkus makanan harus digantikan dengan alat pembungkus tradisional seperti daun dan kertas untuk makanan seperti nasi lemak dan sebagainya. Bahan ini bykan sahaja mudah reput, tetapi juga tidak memcemarkan alam. Penjual ikan juga haruslah digalakkan untuk mengguna peti kayu dan bukannya peti plastik yang mengandungi bahan CFC. Tegasnya, seluruh masyarakat di dunia hendaklah menyedari akan seriusnya kesan akibat penipisan lapisan ozon dan masing-masing hendaklah menyumbang usaha untuk membanterasnya Penutup Intihannya semua pihak seharusnya bertindak cepat untuk mengatasi masalah ini sebelum keadaannya menjadi semakin serius. Usaha yang dijalankan tidak seharusnya hanya melibatkan generasi tua tetapi juga generasi muda kerana merekalah yang akan menentukan samaada masalah ini akan menjadi lebih parah atau sebaliknya. Generasi muda di seluruh dunia mestilah disedarkan tebtang masalah ini dan mereka hemdaklah dididik sejak kecil lagi agar menghargai alam sekitar dan bumi.

Kesan Pemanasan Global menurut NASA


Pemanasan global akan mengancam tumbuhan dan haiwan. Ia juga akan memaksa haiwan dan tumbuhan didarat untuk berpindah ke habitat baru. Kesan pencairan bongkah-bongkah ais dikutub yang telah menghasilkan fenomena peningkatan paras laut dan perubahan ini juga mengancam produktiviti dan tuaian hasil pertanian. a) Ancaman Hidupan Laut Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang. Peningkatan kepanasan juga membantu proses penyebaran penyakit yang akan mengancam hidupan laut. b) Kerosakan Cuaca Keadaan suhu yang ekstem dan kerap akan membawa kemusnahan. Perubahan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Taufan dan ribut tropika juga akan berlaku hasil perubahan cuaca dan suhu yang tidak konsisten. c) Peningkatan Paras Laut Suhu panas yang berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut. Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih. d) Ancaman Kesihatan Manusia Penyakit tropika seperti malaria dan denggi akan menular dengan mudah. Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan berlaku jika pendedahan kepada gelombang panas yang ekstrem dan untuk jangka panjang boleh menyebabkan kematian, kelaparan dan kekurangan zat makanan. e) Perubahan Tuaian Makanan Sesetengah kawasan dunia akan mengalami perubahan hasil tuaian pertanian sama ada meningkat atau sebaliknya. Rusia dikatakan akan memperoleh hasil pertanian yang lebih baik.

Kepentingan Perpaduan
'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini. Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain. Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Usaha-usaha Memperkukuh Perpaduan Kaum Rakyat Malaysia


Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni Bersekutu Bertambah Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita. Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakanrakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh. Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum. Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan

jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil. Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.
Pengenalan Perpaduan kaum amat penting kepada kita. - teras keharmonian dan kesejahteraan - wajar dikekalkan daripada satu generasi ke satu generasi ISI UTAMA 1. Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan . - gotong royong,,hari keluarga dan pelbagai lagi - masyarakat tanpa mengira kaum turut sama berganding bahu 2. Budaya rumah terbuka dalam sesuatu perayaan. - pelbagai bangsa akan hadir berkongsi kegembiraan - bertukar-tukar fikiran dan saling mengenali 3. Menubuhkan rukun tetangga di taman-taman perumahan - mengadakan rondaan keselamatan bersama-sama - meningkatkan tali silaturahim sesama masyarakat 4. Keharmonian hidup akan terjamain. - tidak berlaku rusuhan kaum seperti di negara- negara luar - aktiviti seharian berjalan dengan aman dan tenang 5. Imej negara di mata dunia akan meningkat. - negara yang harmoni walaupun didiami oleh masyarakat majmuk - menggamit kedatangan para pelabur dan pelancong 6. Pembangunan yang dirancang berjalan dengan baik - tiada unsur khianat dan dengki antara kaum - malah antara kaum sama-sama berganding bahu dalam pelbagai sektor Penutup Perpaduan hidup amalan di Malaysia. - Perdana Menteri telah melancarkan Program 1 Malaysia - tujuannya hanya satu dalam mempertingkat perpaduan yang sedia ada.

PUNCA-PUNCA JENAYAH SIBER 1. SUKAR KENAL PASTI PENJENAYAH


-SUKAR MENETUKAN SIAPA YANG MENYERANG SISTEM KITA, MENGAPA DAN DARI MANA -KEMUNGKINAN OLEH INSTITUSI PESAING ATAU DI UPAH OLEH PIHAK TERTENTU - KURANG BUKTI SUKAR DITANGKAP

2. KEPENTINGAN EKONOMI
- K-EKONOMI MENJADI SANGAT PENTING - MENGGUNAKAN KEPAKARAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT - MALAYSIA MENGGALAK PELABUR LUAR MEMBINA MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC). - UNTUK MENARIK PELABURAN ASING, MALAYSIA MEMPERKENALKAN RANG JAMINAN (BILL OF GUARANTEES) IAITU JAMINAN TIADA PENAPISAN INTERNET. - PENGGUNA BEBAS MENGGUNAKAN INTERNET TERMASUK PENJENAYAH SIBER.

3. SIKAP MANUSIA
- SUKAR DI KAWAL - MENYERANG SISTEM SEKADAR SUKA-SUKA ATAU MENCUBA ILMU DIPELAJARI - GOLONGAN REMAJA DAN BELUM MATANG UNTUK BERFIKIR

4. BERBEZA TAKRIFAN JENAYAH


-PERBEZAAN TAKRIFAN ANTARA JENAYAH SIBER DENGAN JENAYAH BIASA. - JABATAN KEHAKIMAN AMERIKA, JENAYAH SIBER ADALAH MANA-MANA AKTIVITI YG TIDAK SAH DI MANA PENGETAHUAN KOMPUTER DIGUNAKAN UNTUK MEREALISASIKAN. - BAGI MALAYSIA DAN NEGARA ISLAM, JUDI, BAHAN PORNOGRAFI DAN PENGIKLANAN SEKS ADALAH SATU JENAYAH TETAPI TIDAK DI SESETENGAH NEGARA.

- SUKAR DIKUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG SIBER. -MALAYSIA DENGAN JANJI TIDAK MENAPIS TERPAKSA MERELAKAN JENAYAH BERLAKU.

5. SIKAP SESETENGAH MASYARAKAT


-TAMAK WANG RINGGIT HINGGA SANGGUP MENIPU - CONTOH JUAL-BELI BARANGAN MELALUI INTERNET - TERTIPU DENGAN SKIM CEPAT KAYA YANG DIIKLANKAN DI INTERNET DIKELOLA OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNG JAWAB.

6. KEPENTINGAN KETENTERAAN
-DUNIA TANPA SEMPADAN - SISTEM DAN RANGKAIAN MAKLUMAT TERDEDAH ANCAMAN DAN MUDAH DI SERANG -PEPERANGAN ILMU PENGETAHUAN - MUSUH MENYERANG SISTEM KOMPUTER DAN MEMUSNAHKAN SISTEM. -MEMPERTAHANKAN DIRI DARI SERANGAN PENGGODAM

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JENAYAH SIBER. 1. KERJASAMA ANTARA NEGARA SECARA GLOBAL
-PERLU BEKERJASAMA DGN NEGARA LAIN UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN DLM MENGHADAPI SERANGAN SIBER. -HUBUNGAN DIPLOMATIK YANG BAIK BEKERJASAMA BERKONGSI MAKLUMAT DLM KESELAMATAN KOMPUTER - MENUBUHKAN UNIT PENCEGAHAN JENAYAH SIBER -PAKAR DARI NEGARA MAJU SPT AMERIKA, BRITAIN DLL.

2. MENINGKATKAN KEMAMPUAN ANGGOTA KESELAMATAN


- PDRM DN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) SERTA BANK NEGARA - MELATIH KAKITANGAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DLM BIDANG FORENSIK KOMPUTER (DIGUNAKAN UTK MENYIASAT DAN ANALISIS BAGI MENDAPATKAN BUKTI KUKUH ) - PENDAKWAAN KE ATAS PENJENAYAH SIBER LEBIH BERKESAN

3. KERJASAMA ANTARA KERAJAAN DGN SYARIKAT SERTA PENGGUNA KOMPUTER


- SYARIKAT YANG INGIN MEMULAKAN E-DAGANG PERLU MELAKUKAN LANGKAH KESELAMATAN TERLEBIH DAHULU - BERKONGSI MASALAH PENCEROBOHAN DAN PENGGODAMAN DGN KERAJAAN. - MEMBERI CADANGAN KPD KERAJAAN UNTUK MENINGKATKAN KESELAMATAN MAKLUMAT

4. KAJIAN TERHADAP HUKUMAN


-UNDANG-UNDANG SEDIA ADA PERLU DIKAJI KEBERKESANAN OLEH PENGGUBAL UNDANG-UNDANG - BENTUK HUKUMAN JUGA PERLU DI BERI TUMPUAN - HUKUMAN BERBENTUK PEMULIHAN -MENGGUNAKAN KEPAKARAN PENJENAYAG SIBER UNTUK JALAN YANG BAIK

5. PEMANTAUAN PIHAK BERKUASA DI ALAM SIBER


-PDRM MERONDA DI INTERNET MELALUI UNIT CYBER CRIME(JENAYAH SIBER) BUKIT AMAN MEMBANTERAS JENAYAH SIBER DI LAMAN SOSIAL SPT FACEBOOK (MUKA BUKU). - ANCAMAN DI LAMAN SOSIAL SPT UGUTAN, PROPAGANDA PERKAUMAN DLL. - KERJASAMA DRPD SKMM DAN CYBER SECURITY MALAYSIA.

6. MENERAPKAN PENGETAHUAN MENGENAI JENAYAH SIBER


- PENERAPAN DI BANGKU SEKOLAH LAGI - KEPADA MASYARAKAT MELALUI MEDIA MASSA DAN MEDIA ELEKTRONIK - MEMBERI MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT MENGENAI JENAYAH SIBER DAN CARA MENGELAK DRPD MENJADI MANGSA - MELAHIRKAN MASYARAKAT CELIK TEKNOLOGI MAKLUMAT

Anda mungkin juga menyukai