Anda di halaman 1dari 3

Sedawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap

penjuru alam tentang isu pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi. Akhir-
akhir ini, rakyat malaysia dilanda dengan cuaca yang amat panas terik sehingga
menyebabkan beberapa nyawa terkorban.

Pelbagai faktor yang menyumbang kepada isu pencemaran alam ini. Faktor
perdana merupakan pembangunan yang tidak terkawal dan pertambahan populasi yang
tinggi khususnya di metropolitan seperti Kuala Lumpur. Sebagai impaknya, semakin
bertambah sumber yang diperlukan untuk menaikkan hasil pengeluaran bagi menampung
kehidupan serta kebajikan masyarakat. Seterusnya, pembakaran secara terbuka turut
menyumbang kepada pencemaran alam sekitar seperti jerebu dan pemanasan global. Hal
ini kerana aktiviti ini melepaskan gas karbon dioksida dan mengurangkan kadar
oksigen di persekitaran. Akhir sekali, kenderaan motor juga merupakan penyumbang
pencemaran utama di dunia. Hal ini terjadi kerana masyarakat kini amat bergantung
kepada kepada pengakngkutan bermotor. Sebagai contoh, kereta, motor, lori, kapal
terbang dan kereta api. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk
bergerak dan ini melibatkan proses pembakaran bahan api fosil untuk
menghasilkannya. Impaknya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan
habuk-habuk terhasil. Aktivit harian manusia juga merupakan perencah bagi
pencemaran alam. Hal ini disebabkan oleh isi rumah yang menyumbang kepada
pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik.
Misalnya, peti sejuk, penyaman udara dan pengering rambut. Tindakan ini akan
melepaskan gas klorofluorokarbon CFC ke udara apabila cecair penyujuk digunakan.
Gas CFC mempunyai kemampuan untuk menipiskan lapisan ozon. Sementara itu,
penggunaan peralaan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga
menyumbang kepada pencemaran alam.

Pencemaran ekosistem dapat memberi kesannya yang buruk kepada semua


pihak termasukklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kesan yang dominan adalah
menjejaskan kesihatan manusia. Hal ini demikian kerana gas-gas seperti karbon
monoksida yang dilepaskan daripada kenderaan bermotor akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Hal ini akan
membuatkan sistem pernafasan manusia terganggu, cepat lelah serta kemerahan mata.
Selain itu, tumbuh-tumbuhan juga turut terkesan dengan ekosistem yang tercemar. Hal
ini demikian kerana tumbuh-tumbuhan akan mengalami kerosakan nekrosis iaitu
keguguran daun yang melampau, kloris yang merupakan perubahan warna pada dedaun
serta pertumbuhan pokok akan terbantut. Natijahnya, sebahagian daripada penduduk
bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang menyebabkan kegangguan kehidupan
seharian. Ini juga akan menganggu keseimbangan ekosistem. Seterusnya, pencemaran
ekosistem yang melampau turut memeberi impak negatif kepada haiwan. Hal ini terjadi
kerana haiwan akan terancam atau mati berpunca daripada udara yang tercemar
memasuki paru-paru haiwan dan membuatkan haiwan-haiwan tersebut sukar untuk membuat
proses respirasi. Dalam pada itu, ekosistem yang kotor akan meyumbang kepada
berlakunya fenomena pemanasan global. Hal ini begitu kerana penyusutan lapisan ozon
yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Sekiranya hal ini
tidak diambil berat maka pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik turut
menyebabkan pencairan ais di bahagian kutub bumi dan ini akan menjejaskan habitat
haiwan-haiwan di sana seperti penguin dan beruang kutub utara.

Begitu juga dengan fenomena hujan asid yang berlaku disebabkan oleh
penggabungan gas sulfur dioksida dan nitorgen oksida dengan air hujan dan ini akan
menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan
dan bergerak ke tempat -tempat yang berlainan. Asid tersebut akan turun bersama-
sama dengan hujan dan menimpa hidupan-hidupan yang wujud di dunia. Akibatnya,
tumbuh-tumbuhan serta hidupan air akan teraniaya. Sementelahan, hujan asid juga
boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah merosot. Impak
pencemaran alam yang selanjutnya merupakan buah mulut masyarakat kini iaitu kesan
pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Hal ini demikian kerana
peningkatan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang menjadi salah satu faktor
pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seantaro dunia. Dalam hal ini,
pembebesan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara merupakan punca
naiknya suhu. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak membuatkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi menaik dan persekitaran akan menjadi panas.
Penipisan lapisan ozon turut menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Hal ini
mengakibatkan bumi akan menjadi sangat panas, ekosistem akan terganggu, berlakunya
banjir dengan kerap serta berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Akhir sekali,
pencemaran alam sekitar dapat menjejaskan keindahan dunia pada ero globalisasi
ini. Hal ini demikian kerana sampah sarap yang dibuang ke dalam laut membuatkan
pantai-pantai penuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak sedap mata untuk
dipandang. Impaknya, keadaan air laut mahupun sungai akan tercemar dan berbau busuk
akibat daripada bakteria-bakteria daripada bakteria-bakteria daripada sisa-sisa
toksik yang dibuang ke dalam sumber air mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada
manusian serta hidupan yang lain di muka bumi ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap masalah sudah tentu ada jalan
penyelesaiannya kerana seyogia pernah berkata di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Oleh itu, pelbagai cara yang boleh kita usahakan untuk menangani isu-isu
alam sekitar. Langkah perdana adalah dengan menghijaukan kawasan. Dalam hal ini,
penaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan bolehlah
dipratikkan setiap bulan. Hal ini dapat mengurakan masalah peningkatan suhu
sekaligus kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan
kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesis. Selanjutnya, mengamalkan
penggunaan petrol tanpa plumbum. Hal ini mampu mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Selain itu, cara ini turut dapat menurangkan masalah
jerebu yang kerap berlaku pada waktu pagi dan sekaligus mengelakkan masalah
kesihatan yang kronik seperti asma dan kemerahan mata. Selain daripada itu,
menganjurkan program kitar semula juga merupakan salah satu usaha yang boleh
dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam. Hal ini berlaku kerana udara
yang tercemar akibat kegiatan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk di
sekitar taman perumahan. Oleh sebab itu, mereka bolehlah menjual barang-barang yang
boleh dikitar semula seperti surat khabar, majalah-majalah lama, botol plastik,
kertas terpakai dan tin aluminium kepada peniaga barang terpakai. Sekiranya usaha
ini diambil maka barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan produk
baharu. Dengan ini, penggunaan sumber boleh diperbaharui dan tidak boleh
diperbaharui dapat diminimumkan.
Kemudian, pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen mencitai alam
sekitar. Kempen ini boleh dilaksanakan dengan menyiarkan iklan-iklan dan poster-
poster berkaitan kepentingan alam sekitar melalui media amssa dan media sosial.
Dengan ini, perasaan bertanggungjawab dapat disemai dalam diri setiap ahli
masyarakat untuk menjaga kebersihan dan keselamatan alam sekitar demi masa depan.
Akhir sekali, pihak sekolah wajarlah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan
pendidikan alam sekitar kepada pelajar-pelajar sekolah. Murid-murid hendaklah
didedahkan kepada pendidikan alam sekitar ini semasa di bangku sekolah lagi kerana
bak kata pepatah jika hendak melentur rebung, biarlah dari rebungnya. Usaha ini
boleh dilaksanakan dengan menggubal satu kurikulum yang khusus agar pendedahan yang
sistematik dapat dilaksanakan. Selain itu, kurikulum ini boleh diselitkan dalam
mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Sebagai
impaknya, perasaan kesedaran dapat disemaikan dalam diri bangsa muda dengan lebih
berkesan.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ekosistem memainkan peranan yang


amat besar dalam kehidupan manusia, flora serta fauna. Oleh hal demikian, generasi
kini hendaklah berganding bahu dan cakna akan dengan keadaan persekitaran untuk
meminimumkan pencemaran alam sekitar. Sebagai generasi yang akan memimpin dan
takluk dunia ini pada masa depan, kita hendaklah mula menjaga dan prihatin dengan
ekosistem kerana siapa lagi kalau bukan kita yang memulakannya?

Anda mungkin juga menyukai