Anda di halaman 1dari 4

TAJUK FORUM: PEMANASAN GLOBAL

Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi
dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah
terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya
tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang
perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Untuk
melihat isu ini dengan lebih jelas, satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan
oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar Daerah Kemaman sempena kempen “Sayangi
Bumi Kita”

Pengerusi:
Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor _____ mengucapkan
selamat datang kepada semua yang ada di sini. Semuga kedatangan Tuan-tuan dan
puan-puan dalam majlis ilmu ini diberkati Allah S.W.T. Sempena kempen “Sayangi
Bumi Kita” yang sedang berlangsung di seluruh negara, Persatuan Pencinta Alam
Sekitar Kemaman mengambil kesempatan untuk bersama-sama membantu kerajaan
memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita.
Visual yang ditayangkan kepada kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya
serangan pemanasan global di seluruh dunia.

Oleh itu, bagi


membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan bermaklumat, penganjur
telah menjemput tiga orang tokoh yang terlibat secara langsung dengan alam
sekitar iaitu di sebelah kanan saya ialah Dato’______________, Pengarah
Jabatan Metreolagi Malaysia. Di sebelah kiri pula ialah Dr. _____________, aktivis
pencinta alam yang sangat aktif di peringkat antarabangsa. Beliau bertugas
sebagai sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Alam Sekitar , Universiti
Sains Malaysia. Di hujung sana pula, Dato’_____________________, Setiausaha Kerja
bagi Kementerian Sains dan Alam Sekitar, Putrajaya.

Selamat datang
semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku mesti ada penyebab atau
punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat yang diberi
tentang pemanasan global. Oleh itu, kita dengar pendapat Dr. ________ tentang persoalan ini. Silakan
Doktor.

Dr. _______: Terima kasih Profesor . Sebelum saya bincangkan tentang punca-puncanya, saya rasa lebih
baik diterangkan terlebih dahulu maksud pemanasan global. Pemanasan global adalah suatu bentuk
ketidak seimbangan ekosistem di bumi yang diakibatkan oleh proses peningkatan suhu di atmosfera, laut
dan daratan bumi. Peningkatan suhu ini disebabkan oleh Kesan Rumah Hijau yang terbentuk akibat
meningkatnya gas-gas seperti karban dioksida (CO2), metana (CH4), nitrogen oksida (N2O) dan CFC yang
merupakan gas buatan manusia.

Penyebab pemanasan global adalah disebabkan oleh kegiatan manusia sendiri dengan
pertumbuhan populasi teknologi dan industri serta penambahan populasi penduduk yang semakin
bertambah dan hal ini lah yang akan menyebabkan pemanasan global di seluruh dunia.

1
Berikut adalah beberapa penyebab pemanasan global :

1. Meningkatnya gas karbon monoksida dari kenderaan bermotor

Penyebab pemanasan global ini disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri, semakin padat nya
penduduk yang ada di seluruh dunia dan populasi manusia terus bertambah maka jumlah kendaraan
bermotor juga akan selalu bertambah. Kesan kenderaan bermotor sangat berpengaruh bagi pemanasan
global kerana gas yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor adalah gas karbon monoksida yang sangat
berbahaya bagi kesihatan manusia serta gas karbon monoksida juga menyebabkan kesan rumah hijau.

2. Kesan rumah hijau

Penyebab kesan rumah hijau adalah akibat kesan panas yang dipantulkan ke permukaan bumi
yang terperangkap oleh gas-gas yang ada di lapisan atmosfera sehingga mengalami pemberhentian dan
tidak dapat diteruskan kembali ke luar angkasa dan akibatnya bahang cahaya matahari tersebut akan
dipantulkan kembali ke permukaan bumi. Kesan rumah hijau juga memberikan manfaat bagi bumi serta
makhluk hidup yang ada di bumi, namun jika pemanasan global terlalu berlebihan akan mengakibatkan
impak yang tidak baik bagi kehidupan makhluk hidup yang ada dibumi.

3. Penggunaan CFC yang tidak terkontrol

CFC iaitu Cloro Flouro Carbon adalah penyebab pemanasan global yang sifatnya masih boleh
ditangani. CFC merupakan bahan kimia yang digabungkan menjadi sebuah bahan lalu digunakan untuk
memproduksi peralatan rumah tangga. CFC biasanya terdapat pada peti sejuk dan alat penghawa dingin
yang menimbulkan pemanasan global.

4. Luas hutan yang semakin menurun

Luas hutan yang semakin menurun juga menyebabkan pemanasan global, kerana seringnya ada
pembakaran hutan yang secara liar membuat litupan hutan semakin berkurang.Hutan berperanan penting
kepada makhluk hidup, hutan merupakan paru-paru dunia. Kesan hutan yang semakin berkurang adalah
cuaca semakin memburuk kerana tidak ada yang membantu karbon dioksida menjadi oksigen, pernafasan
pun menjadi terganggu kerana cuaca yang kurangnya masukan oksigen sehingga menyebabkan terjadinya
pencemaran udara.

Oleh itu, jelaslah pemanasan global banyak disebabkan oleh tangan-tangan manusia. Setakat ini sahaja
pendapat saya tentang punca-punca pemanasan global, saudari
pengerusi
.

Pengerusi: Terima
kasih Doktor kerana memberi pandangan yang bernas. Jika teliti, memang
benar pemanasan global banyak dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang
tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan . yang
menyedihkan semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang
melakukan kerosakan hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana
dampak fenomena pemanasan global ini, kita tujukan permasalahan ini kepada Datuk
_________. Silakan Datuk.

2
Datuk
_________: Terima kasih saudari Pengerusi. Pemanasan global juga akan memberikan dampak bagi
kehidupan makhluk hidup di seluruh dunia, dengan adanya pemanasan global lingkungan akan menjadi
semakin tercemar kerana banyaknya pencemaran dan gas karbondioksida yang menghambat untuk
menghasilkan oksigen di setiap harinya.

Berikut adalah dampak pemanasan global :

1.Perubahan cuaca dan iklim merupakan salah satu dampak dari adanya pemanasan global,
kerana meningkatnya suhu udara permukaan bumi dapat mengubah cuaca dan iklim di berbagai tempat di
seluruh dunia. Kesan dari perubahan iklim ini adalah: Air tanah akan lebih cepat menguap, Angin yang ada
di udara akan bertiup lebih kencang, Akan seringnya terjadinya badai, Menyebabkan gunung-gunung ais
yang ada dibahagian kutub akan mudah mencair dan Pola cuaca sulit untuk dijangkakan.

2. Pemanasan global memberikan dampak bagi hasil pertanian dan banyak petani yang sangat
bergantung pada musim dan iklim terutama bagi para petani di Indonesia yang sangat bergantung pada
musim dan iklim. Iklim di Indonesia sangat berpengaruh dengan para petani karena akan memberikan
dampak kepada hasil tanamannya nanti.

3. Pemanasan global sangat berpengaruh terhadap pernafasan manusia, kerana adanya nya
pencemaran udara serta gas karbondioksida yang menghambat penghasilan oksigen.Hal ini juga
menimbulkan alergi dan penyebaran penyakit semakin meluas.

Saya kira itu sahaja pendapat saya saudari pengerusi.

Pengerusi: Terima
kasih Dato’. Nampaknya , kesan pemanasan global ini bukanlah sekadar berlaku di negara
kit sahaja. Oleh kerana itu, wajarlah beberapa langkah perlu dilakukan
untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya menjemput Dato’ _____________
memperkatakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita
untuk menangani masalah ini.

Datuk
___________: Terima kasih dan assalamualikum semua. Banyak cara untuk mengatasi pemanasan global
yang boleh di lakukan oleh manusia. Kerana pengaruh bumi yang sudah semakin tua yang membuat
lapisan bumi mudah mengalami panas, sehingga diperlukan nya kesedaran manusia untuk menjaga
kelestarian lingkungannya yang memberikan pengaruh negatif bagi kehidupan manusia.

Antara langkah yang boleh dilaksanakan ialah sebaiknya mengurangi penggunaan kenderaan bermotor
dengan menggunakan alat pengangkutan yang lebih sihat seperti menggunakan basikal, atau berjalan
kaki, agar mengurangi polusi yang mengeluarkan gas karbondioksida yang akan membuat suhu bumi
semakin panas sehingga menyebabkan lebih cepatnya pemanasan global.

Selain itu, Untuk mencegah pemanasan global boleh juga melestarikan hutan, kerana terlalu banyak hutan
yang masih terancam dengan pembakaran/penebangan haram dan kerosakan hutan yang dilakukan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Oleh kerana itu pemerintah dan masyarakat harus melakukan
usaha untuk menjaga hutan dan melestarikan hutan dengan bersama-sama sehingga dapat memberikan
dampak positif bagi makhluk hidup yang ada di bumi.

3
Bahkan juga, Mengggunakan elektrik yang terlalu lama juga dapat menyebabkan pemanasan global,
apalagi penggunaan elektrik di siang hari kerana dapat menyebabkan panas bumi meningkat. Jika semakin
banyak manusia yang tidak menghemat penggunaan lampu setiap harinya, justeru akan membuat
pemanasan global lebih cepat kerana panas yang terkumpul dari penggunaan lampu akan membuat panas
bumi meningkat.

Demikianlah sahaja ,
antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh kita bagi menangani isu ini.

Pengerusi: Demikianlah
pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita pada kali ini. Semoga , segala
maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini memberi banyak kesedaran kepada
kita. Yang dapat disimpul ialah, pemanasan global yang dialami masa kini sebenarnya hasil kerja tangan-
tangan rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita.
Malahan juga, Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam
banyak ayat al-Quran dan hadis diantaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan
mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah
Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka."
(Surah Ali-Imran : 191).

Ayat ini menunjukkan bahawa secara fizikal, alam sekitar dan seluruh cakerawala ini adalah tanda
kebesaran Allah SWT Yang Maha Pencipta. Orang-orang yang beriman perlu sentiasa berusaha
menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah didalam apa jua
situasi. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih semula keindahan
alam sekitar kita. Sekian sahaja diskusi kita pada hari ini. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai