Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan
Konsep Teknik Berfikir yang Dipilih
Kesesakan lalu lintas di jambatan Pulau Pinang merupakan permasalahan yang seringkali
dihadapi oleh penduduk Pulau Pinang atau orang yang datang ke Pulau Pinang untuk pelbagai
tujuan seperti melancong,bekerja dan lain-lain lagi. Gaya fikiran yang sesuai untuk mengkaji isu
berkaitan kesesakan lalu lintas di jambatan Pulau Pinang adalah analitikal. Suatu kemahiran
memberi analisis terhadap kenyataan, pemikiran, tulisan, laporan dan sebab-akibat berlakunya
sesuatu Daya usaha hendak melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Berfikir analitikal adalah
bertitik tolak daripada asas logik dan mampu meyakinkan seseorang dengan fakta dan data serta
hujah-hujah yang menggambarkan sesuatu itu benar atau seolah-olah benar.
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga
terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya
merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan
tanah besar semenanjung di Seberang Prai.Ia bermula daripada idea mantan Ketua Menteri Pulau
Pinang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu.Cetusan itu dilahirkan setelah beliau berpendapat sebuah
jambatan perlu didirikan bagi menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth di tanah besar
sekitar tahun 1950-an.Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun
1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta.
Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian
kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara
jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14
September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah

13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985,
Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga
sekarangJambatan Pulau Pinang mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4
kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini juga menghubungkan Pulau Pinang di
Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerjakerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985 dan memakan
belanja sebanyak RM 850 juta.
2.0 Faktor kesesakan Jambatan Pulau Pinang
Kesesakan lalu lintas merupakan peningkatan isipadu lalu lintas pada waktu kemuncak di
jalan raya yang mempunyai kapasiti yang terhad menjadikan barisan kenderaan tidak bergerak
dengan lancar. Masalah kesesakan lalu lintas bukanlah satu fenomena baru. Ianya telah berlaku
sejak zaman Rom lagi disebabkan oleh pertambahan populasi yang telah meningkatkan lagi
permintaan terhadap pengangkutan beroda. Disebabkan itu,Julius Caesar telah mengharamkan
pengangkutan beroda di dalam Bandar Rom pada waktu siang(Lewis Mumford, 1961)
Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membawa kepada kesesakan jambatan Pulau
pinang, gaya objektif dipilih sebagai gaya pemikiran untuk merungkai kesesakan yang berlaku.
Gaya pemikiran objektif merupakan penilaian berdasarkan fakta dan maklumat. Selain itu
objektif juga menghasilkan fakta yang neutral dan tidak bias. Peningkatan jumlah penduduk
yang bergantung kepada kenderaan persendirian sebagai pengangkutan utama menjadi
penyumbang kepada kesesakan lalu lintas yang berlaku di jambatan Pulau Pinang. Hasil tinjauan
kajian penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Pulau Pinang terhadap situasi pengangkutan
menunjukkan terdapat peningkatan yang membimbangkan, dalam nisbah di antara kenderaan

dan populasi (vehicle-to-population ratio) di sana. Ia meningkat daripada 1.17 pada tahun 2008
kepada 1.39 pada tahun lalu. Penyelidikan ini berdasarkan kepada 1.6 juta penduduk di Pulau
Pinang dan populasi ini dijangkakan berganda sebanyak 3.04 peratus sehingga tahun 2020.
(Berita Harian)

Kerancakan aktiviti ekonomi di Pulau Pinang terutamanya di bahagian pulau


menyebabkan lebih 120,000 kenderaan keluar masuk menggunakan jambatan Pulau Pinang
setiap hari dan jumlah itu bertambah kepada 130,000 pada musim perayaan dan cuti sekolah.
Pulau Pinang sebagai bandar besar yang bercambah dengan pelbagai aktiviti pembangunan
menyebabkan laluan jambatan seringkali menjadi sesak. Selain daripada itu, kesesakan jambatan
juga disebabkan oleh faktor kemalangan. Hampir setiap hari di jambatan Pulau Pinang
berlakunya kemalangan. Kemalangan kenderaan membawa kepada kesesakan lalu lintas yang
amat teruk. Tempoh yang diambil untuk kembalikan trafik jalan kepada keadaan asal mengambil
masa yang. Ia menyebabkan kesesakan yang teruk berlaku di jambatan Pulau Pinang.
Faktor jambatan kedua yang tidak strategic juga menjadi faktor kepada kesesakan lalu
lintas di jambatan Pulau Pinang tidak dapat diatasi. Kesesakan jambatan pertama telah membawa
kepada pembinaan jambatan kedua,namun jambatan kedua tidak menjadi laluan utama pengguna
kerana kebanyakkan pengguna yang menggunakan jambatan petama dari butterworh,perai,dan
kawasan-kawasan berdekatan untuk tujuan bekerja. Manakala jambatan kedua menghubungkan
Bayan lepas ke Batu Maung. Hal ini menyebabkan kebanyakkan pengguna jalan menggunakan
jambatan pertama. Selain itu harga tol yang berbeza juga membawa kepada pengguna

menggunakan jambatan pertama kerana jambatan kedua agak mahal berbanding jambatan
pertama.
Kelemahan pengangkutan awam juga menjadi faktor kepada kesesakan jambatan Pulau
Pinang. Kekurangan alternative pengangkutan awam membawa kepada pengguna menggunakan
kenderaan sendri ke destinasi. Hal ini kerana, pengangkutan awam yang disediakan hanya bas
dan feri untuk menyeberangi jambatan. Jadual pengangkutan feri yang agak lambat dan sesak
menyebabkan pengguna cuba mengelakkan mengggunakan pengangkutan feri. Selain itu
pengangkutan feri mengambil masa yang agak lama berbanding dengan penggunaan jambatan.
Pengangkutan bas pula tidak efektik sebab bas turut seringkali terkandas dalam kesesakan jalan
menyebabkkan pengguna lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri. Kelemahan
pengangkutan awam sendiri membawa kepada kesesakan lalu lintas di jambatan Pulau Pinang.
Di samping itu, peningkatan pendapatan per kapita telah mendorong penduduk untuk
tinggal di luar pusat bandar. Kawasan perumahan yang lebih selesa dan luas serta harga hartanah
jauh lebih murah berbanding di pusat bandar adalah antara faktor yang mendorong penempatan
seperti ini.Kebanyakkan pengguna jambatan duduk di luar pulau kerana harga rumah terlalu
tinggi di Pulau Pinang Selain itu, pertumbuhan industri pembuatan kereta tempatan memproduk
kereta nasional iaitu Perodua dan Proton yang lebih murah. Oleh demikian telah menjadikan
lebih banyak 2 Perkembangan bandar secara mendatar atau tersebar luas yang tidak menentu.
Penduduk berkemampuan membeli kereta persendirian. Keadaan ini secara tidak langsung
menimbulkan masalah lalu Jintas kerana isipadu jalan raya sedia ada tidak dapat menampung
pertambahan bilangan kenderaan persendirian yang semakin mendadak.

Sektor pengangkutan telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan


sesebuah negara. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy telah menyatakan bahawa
ekonomi negara banyak bergantung kepada input sistem pengangkutan. Ini kerana pengangkutan
bandar telah menyediakan aksesibiliti kepada semua kawasan bagi membolehkan pergerakan
manusia, barangan dan perkhidmatan. Keadaan sedemikian telah menyebabkan pergerakan di
satu tempat ke satu tempat yang lain semakin meningkat. Kepesatan Ekonomi dan Pertumbuhan
industry automotif menjadikan penduduk mempunyai kuasa memilik kenderaan persendirian dan
secara langsung telah mempengaruhi mereka ingin tinggal jauh dari dari pusat bandar. Keadaan
sedemikian menyebabkan penduduk melakukan peralanan berulang-alik setiap hari dari rumah
ke destinasi-destinasi lain seperti tempat kerja, pusat beli-belah, dan sebagainya.
Faktor penggunan kenderaan berat yang memasuki jambatan Pulau pinang juga menjadi
faktor kesesakan lalu lintas. Pembangunan pesat dalam pulau membawa kepada guna tenaga
kenderaan besar semakin meningkat. Selain itu Pulau Pinang juga menjadi kawasan pelabuhan
yang strategic membawa kepada banyak kenderaan berat lalu menggunakan jambatan Pulau
Pinang. Hal ini pastinya akan meningkatkan kesakan lalu lintas. Waktu kemuncak di jambatan
Pulau Pinang adalah waktu pagi antara pukul 7 sehingga 10 dan petang pukul 4 sehingga 8
malam. Waktu kemuncak bertambah rumit apabila kenderaan berat turut menggunakan jambatan
waktu yang sama menyebabkan laluan menjadi perlahan dan akhirnya membawa kepada
kesesakan.

3.0 Langkah Mengatasi kesesakan Jambatan Pulau Pinang


Keadaan jambatan Pulau Pinang yang menjadi sesak telah mendatangkan pelbagai
masalah serta mendapat rungutan daripada pengguna-penggun. Pelbagai langkah boleh diambil
untuk mengurangkan kesesakan jambatan Pulau Pinang. Gaya pemikiran kreatif sesuai untuk
mencari alternative mengurangkan kesesakan jambatan. Melalui gaya pemikiran kreatif boleh
menghasilkan sesuatu konsep,idea,cara menyelesaikan masalah,cara melerikan konflik dan
sebagainya. Selain itu penggunaan teknik APC juga sesuai dalam mencari solusi terhadap
permasalahan ini. Teknik ini ditandai oleh kemahiran menyenaraikan pelbagai alternative,
kemungkinan dan pilihan.
Langkah pertama ialah memperkenalkan sistem pengangkutan awam berkapasiti tinggi
bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. Walau bagaimanapun, satu cabaran besar bagi
perancang pengangkutan sekarang adalah untuk membangunkan satu sistem pengangkutan yang
berkualiti tinggi di bawah pembiayaan terhad. Bus Rapid Transit (BRT), berciri-cirikan
kenderaan moden, serta dilengkapi dengan aplikasi teknologi sistem pengangkutan pintar (ITS),
baru-baru ini telah mendapat perhatian daripada pembuat dasar (Deng&Nelson 2012).
Di beberapa buah bandar, operasi BRT telah menyumbang kepada pengurangan kesesakan dan
meningkatkan kelajuan trafik secara keseluruhan, yang boleh meningkatkan ekonomi bahan api
kenderaan dan pelepasan pencemaran yang lebih rendah. Selain itu, BRT juga boleh
meningkatkan aliran trafik secara keseluruhan dan mengurangkan konflik antara kenderaan BRT
dan trafik lain. BRT menunjukkan kos pelaburan modal yang agak rendah bagi setiap
perbatuan. Perlaksanaan BRT dijambatan Pulau Pinang mampu mengurangkan kesesakan di
jambatan.

Langkah kedua adalah menghalang kenderaan berat memasuki jambatan ketika waktu
puncak dan meminta PBSB menggalakkan pengguna berkongsi kenderaan bagi mengurangkan
kesesakan di atas jambatan. Hal ini kerana kenderaan berat yang banyak menghalang kelancaran
kenderaan lain. Walaubagaimanapun cadangan menghalang kenderaan berat tidak disetujui
menteri kerja raya kerana ia akan membantukan ekonomi di sana kerana Pulau Pinang dikenali
sebagai kawasan perinsutrian dan pelabuhan antarabangsa. Penggalakkan berkongsi kenderaan
merupakan suatu cadangan yang baik cuma agak sukar untuk memberi kesedaran terhadap rakyat
walaupun pelbagai kempen berkaitan telah diadakan.
Langkah seterusnya adalah mewujudkan perkhidmatan LRT. Tidak mustahil untuk
mewujudkan laluan LRT di atas Jambatan Pulau Pinang. Pakar pengangkutan, Pengarah
Perunding Teknikal dan Pembangunan MAG, Goh Bok Yen, berkata sistem transit rel bandar
merupakan pilihan yang paling efektif untuk pengangkutan awam yang akan menjadi tulang
belakang kepada negeri ini seperti visi PTMP, yang lebih menjurus kepada LRT. Ia adalah
sangat penting untuk mempunyai sistem transit aliran bandar yang mesra pengguna dan dapat
menampung kadar kapasiti penumpang (ridership). Mewujudkan laluan LRT mengantikan
jambatan Pulau Pinang suatu usaha yang perlu dipertimbangkan supaya dapat mengatasi masalah
kesesakan.
Langkah seterusnya adalah meningkatkan keberkesanan pengangkutan awam di Pulau
Pinang. Kebergantungan penduduk Pulau Pinang yang begitu tinggi kepada pengangkutan
persendirian menjadi salah satu halangan utama dalam menyelesaikan masalah ini. Salah satu
kaedah ialah mengembangkan kapasiti laluan pengangkutan awam yang sediada. Cuba berfikir,
sebuah bas dapat membawa 24 atau 36 orang penumpang, tetapi sebuah kereta persendirian
hanya dapat muat 5 orang sahaja, lebih-lebih lagi kebanyakan kereta persendirian adalah

membawa tidak lebih daripada 3 orang, adakah penting aspek perkhidmatan pengangkutan awam
dalam mengurangkan kesesakan ? Pembinaan laluan khas untuk kenderaan awam terutamanya
bas adalah penting di pusat bandar. Jika langkah ini tidak berkesan, kenapa terdapat banyak
negara melaksanakan langkah ini dalam mengurangkan kesesakan di pusat Bandar.
Langkah yang terakhir adalah mengawal trafik daripada kemalangan. Kemalangan di atas
jambatan menjadi punca paling dominan yang membawa kepada kesesakan lalu lintas.
Kebiasaanya kemalalangan akan menyebabkan jambatan terhalang daripada laluan kereta. Maka
harus menetapkan kelajuan minimum supaya tidak membawa kepada kemalangan. Selain itu
apabil berlaku kemalngan pengurusan yang sistematik diperukan untuk mengawal keadaan dan
membersihkan kawasan kemalangan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu satu ketika
dulu mengarahkan LLM dan PBSB menyediakan perkhidmatan helikopter untuk mengangkat
kenderaan yang terbabit kemalangan di atas jambatan bagi menyuraikan lalu lintas.walaupun
cadangan ini Nampak agak relavan,tetapi satu hari nnti tidak mustahil.
4.0 Penilaian Idea
Idea-idea dalam mengatasi kesesakan jambatan Pulau Pinang mempunyai kesan positif
dan negative. Idea-idea ini boleh dinilai menggunakan gaya kritikal. Ciri gaya kritikal adalah
berfikiran secara jelas,teratur,adil,wajar dan tepat. Selain itu gaya kritikal juga merumuskan
sesuatu perkara berdasarkan alasan kukuh dan logik. Langkah menghalang kenderaan berat
mungkin boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi ia boleh menjejaskan aktiviti ekonomi
dan proses pembangunan.
Manakala langkah pembinaan LRT sepanjang jambatan dan pembinaan jambatan dua
tingkat mengambil masa yang lama dan risiko yang tinggi. Tidak dinafikan usaha tersebut boleh

diambil untuk mengurangkan masalah kesesakan jambatan Pulau Pinang. Langkah untuk
mengalihkan kenderaan kemalangan menggunakan helicopter nampak menarik tetapi
perlaksanaan memerlukan kos yang besar bertambah negara kita merupakan negara membangun.
Ia merupakan tindakan yang agak sukar untuk dilaksanakan.

5.0 Kesimpulan
Kesimpulan dalam isu ni dibuat dengan memilih langkah yang paling efektik dan
praktikal untuk dilaksanakan. Gaya fikiran sistematik paling sesuai untuk membuat penilaian
keputusan yang terbaik dalam memilih cara yang paling praktikal dilaksanakan untuk mengatasi
kesesakan iaitu dengan mewujudkan laluan khas untuk pengangkutan awam. Secara tidak
langsung pengangkutan akan menjadi alternative yang terbaik untuk digunakan kerana
kepantasan dan keefisenan. Apabila pengangkutan awam dapat memberikan perkhidmatan yang
terbaik maka pengguna jambatan akan memilih pengangkutan awam untuk ke mana-mana
destinasi. Secara tidak langsung penggunaan kenderaan persendirian akan berkurang. Maka
pencemaran dapat dikurangkan dan kesesakan juga boleh dikurangkan.

Bibliografi
Munir Shuib,Azlena Zainal dan Nursyida Sidit. (2010). Teknik Meningkatkan Kemahiran
Berfikir. Selangor:Prentice Hall
http://sp-speda.blogspot.my/2013/06/brt.html#mo
http://www.bharian.com.my/node/100311
http://malay.cri.cn/701/2011/08/12/122s123195.htm

Anda mungkin juga menyukai