Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI PENGANGKUTAN

Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan


drpd. suatu tempat ke tempat yang lain.(Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka,2007)Pengangkutan terbahagi kepada beberapa iaitu
pengangkutan melalui jalan darat,pengangkutan melalui jalan air dan
pengangkutan melalui jalan udara.
Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api,kereta dan lori untuk
jalan darat.Feri,kapal minyak, dan bot layar untuk jalan air.Manakala untuk
jalan udara pula kapal terbang,kapal kargo dan jet persendirian.
Contohnya,di kawasan kajian terdapat Jalan Putra Permai di mana ia
menghubungkan lebuh raya yang membolehkan kami pergi bekerja dan
sekolah.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN
1)Menurut kajian saya,terdapat beberapa kepentingan jaringan sistem
pengangkutan di kawasan kajian saya.Yang pertama,jaringan sistem
pengangkutan memudahkan penduduk termasuk saya untuk bergerak atau
pergi ke mana-mana tempat.Contohnya,saya boleh melalui Jalan Putra
Permai untuk memasuki lebuhraya.
2)Kedua,syarikat perdagangan boleh menghantar barangan dari kilang ke
peniaga-peniaga yang berada di bawahnya.Lori perdagangan menghantar
minuman dan makanan seperti Syarikat Air Nutrigen hantar produknya ke
Pasaraya Besar Giant.
3)Ketiga,Lebuhraya boleh memendekkan masa berjalan dengan banyak
sekali.Apabila jalan kaki,ia akan mengambil masa lebih kurang 3 jam tetapi
jika naik kenderaan ia akan mengambil masa kurang dari 15 minit jika ingin
bergerak dari kawasan rumah saya ke Cyberjaya.Contoh mengmbil
lebuhraya LDP untuk bergerak ke Cyber.

MASALAH PENGANGKUTAN
1.Jalan sesak pada pagi dan petang kerana ramai pekerja menggunakan
jalan tersebut untuk bekerja dan pulang bekerja. Contoh di Jalan Lestari
Perdana sesak pada hari bekerja. Menurut temu bual Puan Nazi,dia
berkata bahawa jalan amat sesak bila dia pulang dari bekerja.
2.Pada pemerhatian saya,jalan raya di Pingiran Putra penuh dengan penuh
dengan lubang dan retakan di jalan raya yang menyebabkan ketidak
selesaan kepada pengguna jalan raya.Hal ini juga boleh menyebabkan
kemalangan.Contohnya,di Jalan Pinggiran Putra yang banyak lubang
.Melalui temubual yang saya jalankan Abi berkata bahawa jalan raya
Pinggiran Putra berbahaya kerana terdapat banyak lubang.
3.Menurut kajian,jaringan sistem pengangkutan juga menyebabkan
pencemaran udara.Pencemaran udara ini berpunca daripada bas dan
kereta lain yng mengeluarkan asap dari ekzos dengan banyak ke udara
seperti di Jalan Putra Permai yang selalu sesak pada waktu pagi.Menurut
temubual saya,Zack mendapati bahawa keadaan udara amat kotor di
Taman Putra Permai.

Langkah-Langkah Mengurangkan Masalah Jaringan


Sistem Pengangkutan
1)Melalui pemerhatian saya,saya mencadangkan menyuruh Majlis
Perbandaran membaiki jalan.Ini keran tugas Majlis Perbandaran ialah
menjaga hak rakyat.Contohnya,baru-baru ini 3/4 lubang di Jalan Putra
Permai telah dibaiki oleh Majlis Perbandaran.Menurut temubual yang saya
jalankan,Abi merasa gembira apabila jalan sudah dibaiki.
2)Masalah kedua iaitu kesesakan jalan raya dapat diatasi jika penduduk
haruslah mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dengan
berkongsi kenderaan atau menaiki kenderaan awam.Menurut
temubual,Puan Nazi merasakan masa yang digunakan di jalan yang sesak
semakin kurang kerana dia telah nampak lebih banyak bas di jalan raya.
3)Selain itu, kerajaan boleh menurunkan harga kereta Hybrid supaya lebih
banyak orang dapat membeli kereta Hybrid.Ini dapat mengurangkan
penggunaan diesel dan dapat mengurangkan pencemaran.Kita juga boleh
menguatkuasakan undang-undang .Bagi kenderaan yang mengeluarkan
asap hitam dari ekzos denagn banyak,kita boleh membuat aduan kepada
Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan Pengangkutan
Awam.Contohnya,negara Jepun dan Korea Selatan yang kebanyakan
penduduk menggunak kereta Hybrid.Menurut temubual,Zack akan lebih
gembira jika pencemaran udara berkurangan.

Anda mungkin juga menyukai