Anda di halaman 1dari 1

3.

1 Konsep dan takrifan sistem pengangkutan


Menurut sumber Kamus Dewan dan Pustaka dalam Edisi Keempat, sistem pengangkutan
dapat ditakrifkan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti bas, teksi ataupun kereta api
yang digunakan oleh orang awam di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sementera itu, mengikut sumber Wikipedia pula, sistem
pengangkutan

dimaksudkan sebagai kenderaan yang akan mengangkut seseorang atau

sesuatu muatan dari satu tempat ke tempat yang lain.


Sistem Pengangkutan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, yakni pengangkutan
darat, pengangkutan udara dan pengangkutan laut. Lazimnya, pengangkutan darat terdiri
daripada pengangkutan atau kenderaan seperti bas, kereta, motosikal, teksi, BRT dan
sebagainya menggunakan sistem jaringan jalan raya. Sebaliknya Komuter, LRT , Monorel
dan ERL yang juga pengangkutan darat pula menggunakan trek atau landasan keretapi kerana
sistem pergerakan yang berbeza dan bergantung kepada kuasa kenderaan itu serta lain-lain
lagi.
Di samping itu, pengangkutan laut pula lebih kepada sistem pengangkutan yang
menggunakan air sebagai rangkaian pengangkutan untuk bergerak. Sebagai contohnya kapal
air, kapal selam dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga, pengangkutan udara pula lebih
berkuasa dan cepat dari segi pergerakannnya seperti kapal terbang, helikopter,kapal jet dan
sebagainya.
Kesimpulannya, sistem pengangkutan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan
manusia kerana banyak memanfaatkan dari segi pergerakan cepat yang menjimatkan masa
dan memenuhi keperluan harian mereka.

Anda mungkin juga menyukai