Anda di halaman 1dari 2

Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan

Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa


seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain,
biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem
pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa
pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-
lain. Antara pembahagian yang biasa adalah :
1. Pengangkutan darat
2. Pengangkutan laut
3. Pengangkutan udara
Jenis pengangkutan juga dikira seperti :-

Pengangkutan manusia
1. umum
2. individu
Pengangkutan kargo:Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah
kapal terbang, kapal, kereta dan kereta api.
Peranan pengangkutan
Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran
Pengangkutan memudahkan pemindahan barang dari tempat yang
mengalami lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan supaya
penawaran dan permintaan dapat diselaraskan. Penawaran yang
berlebihan akan menyebabkan harga menurun sementara
penawaran yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kenaikan
harga. Dengan bantuan pengangkutan,harga akan dapat distabilkan
kerana lebihan penawaran dapat diagihkan ke tempat yang
mengalami kekurangan.

Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa


Pengangkutan membantu meluaskan pasaran kerana dapat
mengagihkan barang ke merata tempat dan dapat meningkatkan
keuntungan. Perniagaan import dan eksport dapat dijalankan
dengan licin dengan adanya sistem pengangkutan yang moden dan
canggih. Contohnya, udang galah yang segar dapat dieksport ke
Jepun dengan terdapatnya sistem pengangkutan udara.
Perkembangan pernigaan antarabangsa juga dapat mengeratkan
perhubungan diplomatik antara negara di dunia.

Anda mungkin juga menyukai