Anda di halaman 1dari 6

Sistem Pengangkutan Geografi Tingkatan 2

DEFINISI PENGANGKUTAN
Pengangkutan boleh didefi nisikan sebagai suatu konsep
cara pemindahan drpd. suatu tempat ke tempat yang lain.
(Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,2007)Pengangkutan
terbahagi kepada beberapa iaitu pengangkutan melalui
jalan darat,pengangkutan melalui jalan air dan
pengangkutan melalui jalan udara.
Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta
api,kereta dan lori untuk jalan darat.Feri,kapal minyak, dan
bot layar untuk jalan air.Manakala untuk jalan udara pula
kapal terbang,kapal kargo dan jet persendirian.
Contohnya,di kawasan kajian terdapat Jalan Putra Permai
di mana ia menghubungkan lebuh raya yang membolehkan
kami pergi bekerja dan sekolah.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN
1)Menurut kajian saya,terdapat beberapa kepentingan
jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian saya.Yang
pertama,jaringan sistem pengangkutan memudahkan
penduduk termasuk saya untuk bergerak atau pergi ke
mana-mana tempat.Contohnya,saya boleh melalui Jalan
Putra Permai untuk memasuki lebuhraya.
2)Kedua,syarikat perdagangan boleh menghantar barangan
dari kilang ke peniaga-peniaga yang berada di
bawahnya.Lori perdagangan menghantar minuman dan
makanan seperti Syarikat Air Nutrigen hantar produknya ke
Pasaraya Besar Giant.
3)Ketiga,Lebuhraya boleh memendekkan masa berjalan
dengan banyak sekali.Apabila jalan kaki,ia akan mengambil
masa lebih kurang 3 jam tetapi jika naik kenderaan ia akan
mengambil masa kurang dari 15 minit jika ingin bergerak
dari kawasan rumah saya ke Cyberjaya.Contoh mengmbil
lebuhraya LDP untuk bergerak ke Cyber.

MASALAH PENGANGKUTAN
1.Jalan sesak pada pagi dan petang kerana ramai pekerja
menggunakan jalan tersebut untuk bekerja dan pulang

bekerja. Contoh di Jalan Lestari Perdana sesak pada hari


bekerja. Menurut temu bual Puan Nazi,dia berkata bahawa
jalan amat sesak bila dia pulang dari bekerja.
2.Pada pemerhatian saya,jalan raya di Pingiran Putra
penuh dengan penuh dengan lubang dan retakan di jalan
raya yang menyebabkan ketidak selesaan kepada pengguna
jalan raya.Hal ini juga boleh menyebabkan
kemalangan.Contohnya,di Jalan Pinggiran Putra yang
banyak lubang .Melalui temubual yang saya jalankan Abi
berkata bahawa jalan raya Pinggiran Putra berbahaya
kerana terdapat banyak lubang.
3.Menurut kajian,jaringan sistem pengangkutan juga
menyebabkan pencemaran udara.Pencemaran udara ini
berpunca daripada bas dan kereta lain yng mengeluarkan
asap dari ekzos dengan banyak ke udara seperti di Jalan
Putra Permai yang selalu sesak pada waktu pagi.Menurut
temubual saya,Zack mendapati bahawa keadaan udara
amat kotor di Taman Putra Permai.

Langkah-Langkah Mengurangkan Masalah Jaringan


Sistem Pengangkutan
1)Melalui pemerhatian saya,saya mencadangkan menyuruh
Majlis Perbandaran membaiki jalan.Ini keran tugas Majlis
Perbandaran ialah menjaga hak rakyat.Contohnya,barubaru ini 3/4 lubang di Jalan Putra Permai telah dibaiki oleh
Majlis Perbandaran.Menurut temubual yang saya
jalankan,Abi merasa gembira apabila jalan sudah dibaiki.
2)Masalah kedua iaitu kesesakan jalan raya dapat diatasi
jika penduduk haruslah mengurangkan bilangan kenderaan
di jalan raya dengan berkongsi kenderaan atau menaiki
kenderaan awam.Menurut temubual,Puan Nazi merasakan
masa yang digunakan di jalan yang sesak semakin kurang
kerana dia telah nampak lebih banyak bas di jalan raya.
3)Selain itu, kerajaan boleh menurunkan harga kereta
Hybrid supaya lebih banyak orang dapat membeli kereta
Hybrid.Ini dapat mengurangkan penggunaan diesel dan
dapat mengurangkan pencemaran.Kita juga boleh
menguatkuasakan undang-undang .Bagi kenderaan yang
mengeluarkan asap hitam dari ekzos denagn banyak,kita
boleh membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar atau

Jabatan Pengangkutan Awam.Contohnya,negara Jepun dan


Korea Selatan yang kebanyakan penduduk menggunak
kereta Hybrid.Menurut temubual,Zack akan lebih gembira
jika pencemaran udara berkurangan.
Posted by Danial Irfan at 04:48

APA ITU SISTEM PENGANGKUTAN?


Menurut wikipedia, pengangkutan boleh didefi nisikan
sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu
tempat ke tempat yang lain . Pengangkutan terbahagi
kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan
darat, pengangkutan melalui jalan air dan pengangkutan
melalui udara. Sistem pengangkutan tersebut adalah
sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor,
pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah
pengangkutan yang lain seperti hovercraft. Di kawasan
kajian terdapat pengangkutan awam seperti bas dan teksi,
pengangkutan persendirian seperti kereta dan motosikal,
dan juga pengangkutan awam perdagangan seperti lori.

3(B) KEPENTINGAN SISTEM JARINGAN


PENGANGKUTAN DI TPP
MEMUDAHKAN PERGERAKAN
Daripada pemerhatian saya, jaringan pengangkutan jalan
raya ini dapat memudahkan pergerakan orang yang tiada
kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja. Contohnya, Puan
Oi menggunakan Bas Rapid Kuala Lumpur untuk ke tempat
kerjanya iaitu Bank Nasional, Kuala Lumpur.Menurut kajian
saya, Jalan Amanputra 1/6 (lima minit dari Jalan Putra
Perdana) berhubung ke sebuah interchange atau
pertukaran di mana terdapat satu roundabout atau
bulatan. Bulatan tersebut berhubung ke Putrajaya-KLIA
Expressway, Maju Expressway, Putrajaya Interchange,
Dengkil Interchange dan juga Cyberjaya Interchange.
Dengan ini, pengguna jalan-jalan ini dapat sampai ke
destinasi dalam tempoh yang singkat. Contoh pengguna
roundabout ini yang tinggal di Taman Putra Perdana ialah
Puan Oi, Puan Bati dan Encik Slick.

MEMUDAHKAN PERGERAKAN BAHAN DAGANGAN

Responden menyatakan bahawa jaringan sistem


pengangkutan ini dapat memudahkan pergerakan barang
dagangan. Sebagai seorang tulang belakang kepada
keluarga yang tidak seberapa, sistem pengangkutan ini
sangat penting untuk menyara keluarga responden
tersebut. Contohnya, bahan mentah yang segar dari kilang
dapat dihantar ke kedai runcit dengan cepat dan efi sien.
Pelanggan pula akan memilih kedai responden tersebut
memandangkan barang jualannya segar.

PENINGKATAN TARAF EKONOMI


Menurut kajian saya, jaringan sistem pengangkutan di
Taman Putra Perdana sentiasa dimajukan. Pada tahun 2009,
Taman Putra Perdana dikategorikan sebagai luar bandar.
Walau bagaimanapun, lima tahun kemudian, iaitu pada
tahun 2014, Taman Putra Perdana telah mencapai kategori
bandar. Ini bermakna Taman Putra Perdana dimajukan dan
berkembang pesat dalam masa yang singkat. Taraf ekonomi
ini membawa banyak kebaikan kepada penduduk Taman
Putra Perdana. Jika semua tempat di Malaysia bergini,
negara kita akan mencapai kemajuan sepenuhnya tidak
lama lagi.

(3c) MASALAH JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI


TPP
BILANGAN BAS AWAM TIDAK CUKUP
Responden menyatakan bahawa kemudahan pengangkutan
awam seperti bas tidak dapat menumpang jumlah
pengguna yang banyak. Bas Rapid, teksi dan sebagainya
tidak mencukupi.Tambahan pula, bas tidak datang pada
waktu yang sepatutnya. Sepatutnya, bas tersebut harus
datang setiap 30 minit. Namun begitu, bas tersebut hanya
datang setiap jam sahaja. Contohnya, Puan Oi terpaksa
berdiri walaupun tengah mengandung kerana tiada tempat
untuk duduk.Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia tidak
bertolak ansur! Ini harus dihentikan !

TAMBANG BAS TERLALU MAHAL


Menurut seorang responden, tambang bas awam terlalu
mahal. Majoriti pengguna pengangkutan awam terdiri
daripada golongan miskin hingga kelas pertengahan.

Golongan tersebut tidak mampu membeli sebuah


kenderaan persendirian seperti motosikal atau kereta.
Contohnya, Puan Bati terpaksa membayar RM3.70 untuk ke
tempat kerjanya iaitu di Cyberjaya.

KESESAKAN JALAN RAYA


Menurut kajian saya, terdapat kesesakan jalan raya di
bulatan yang berhubung ke Putrajaya-KLIA Expressway,
Maju Expressway, Putrajaya Interchange, Dengkil
Interchange dan juga Cyberjaya Interchange. Kesesakkan
ini belaku ketika waktu sibuk atau peak hours.
Contohnya, Encik Slick membuang kira-kira 7 minit semasa
menggunakan bulatan tersebut.

3(D)LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH


JARINGAN PENGANGKUTAN DI TAMAN PUTRA
PERDANA
MEMBINA BAS AWAM DUA TINGKAT
Responden menyatakan bahawa kerajaan harus membina
bas awam dua tingkat. Ini dapat menumpang lebih ramai
penumpang sekaligus. Lebih-lebih lagi, petrol juga dapat
dijimatkan. Dengan ini, pengguna pengangkutan awam
seperti Puan Oi dapat pergi ke destinasi yang hendak
mereka tuju dengan lebih selesa.

MEMBINA KEMUDAHAN YANG LEBIH MODEN DAN


FURURISTIK
Daripada pemerhatian seorang lagi responden, kerajaan
harus membina kemudahan yang lebih moden dan
futuristik. Antaranya ialah LRT dan Monorail. Ini dapat
mengelakkan kesesakan jalan raya. Oleh itu, pengguna
kemudahan awam seperti Puan Bati akan cepat sampai ke
tempat kerjanya.

MEMBINA SEBUAH "FLYOVER" ATAU JEJAMBAT


Menurut kajian saya, cadangan untuk membina sebuah
"FLYOVER" atau jejambat adalah sangat digalakkan.
Pembinaan bulatan ini memang sangat bagus kerana

bulatan ini berhubung ke Putrajaya-KLIA Expressway, Maju


Expressway, Putrajaya Interchange, Dengkil Interchange
dan juga Cyberjaya Interchange. Namun begitu, kesesakan
yang berlaku memakan terlalu banyak masa. Dengan
pembinaan jejambat ini, pengguna seperti Encik Slick
mendapat hanya yang terbaik daripada
Posted by Danial Irfan at 02:27

Anda mungkin juga menyukai