Anda di halaman 1dari 14

1.0 TAJUK : KAJIAN PENGANGKUTAN DARAT DI KOTA BELUD.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


2.1 Menyatakan takrif dan konsep pengangkutan darat.
2.2 Mengenal pasti jenis-jenis pengangkutan di Kota Belud.
2.3 Menjelaskan kepentingan pengangkutan darat di Kota Belud
2.4 Mengenal pasti masalah-masalah pengangkutan darat di Kota Belud.
2.5 Mencadangkan langka-langkah mengatasi masalah pengangkutan darat di
Kota Belud.

3.0 KAWASAN KAJIAN


Kota Belud adalah sebuah kawasan pekan baru yang dilihat mempunyai potensi yang
besar menjadi Bandar pertanian sejak kebelakangan ini. Terletak di tengah laluan
darat antara Kudat, Tuaran , Kota Kinabalu dan juga Ranau memberikan kebaikan
kepada Kota Belud untuk menjadi sebuah pekan yang dilihat membangun dengan
begitu pesat sekali. Kedudukan geografi yang baik ini memberikan peluang kepada
Kota Belud untuk tumbuh sebagai sebuah pekan yang mempunyai jaringan
kemudahan yang baik dan juga jaringan pengangkutan yang semakin ditambah baik
dari tahun ke tahun. Jika diteliti melalui pemerhatian, Kota Belud sebenarnya
merupakan kawasan tanah pamah dan bukit bukau yang berdekatan dengan Gunung
Kinabalu sehinggakan potensi untuk membangunkannya dari segi pelancongan
adalah satu inisiatif pilihan yang mungkin boleh difikirkan pada masa hadapan.

Jaringan pengangkutan yang ada disekitar kawasan kajian ini adalah rata-ratanya
jalan bertar dimana hampir 97% kawasan pekan telah ditar dan kawasan jalan utama
juga bertar. Sungguhpun demikian, kawasan perkampungan dalaman yang
berselerak masih lagi tidak bertar namun kesampaian dari satu kawasan ke kawasan
lainnya adalah sangat baik. Terdapat pembangunan ekonomi baru yang ada disini
iaitu pembinaan rumah burung selain pertanian sedia ada yang banyak dipengaruhi
oleh faktor muka buminya yang agak rata dan juga sedikit berbukit bukau.

1
Kawasan kajian ini juga terletak hampir 60 kilometer dari kawasan Bandaraya utama
Sabah iaitu Kota Kinabalu yang rata-rata penduduknya adalah bercucuk tanam dan
juga menjalankan perniagaan. Jaringan darat digunakan seratus peratus dikawasan
ini kerana tidak terdapat sebarang pengangkutan lain yang boleh digunakan seperti
pengangkutan air dan juga udara. Oleh yang demikian, dapatlah dinyatakan bahawa,
pengangkutan darat di sini berfungsi secara sepenuhnya kerana ia terletak di kaki
gunung Kinabalu dan agak jauh dari kawasan yang berair.

2
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan sepanjang kajian kes ini adalah :-

4.1 Pemerhatian
Kaedah ini digunakan untuk melihat corak pengangkutan yang ada dimana saya akan
memerhatikan jaringan ini bermula dari kawasan jalan utama Kg Ulu Kukut
sehinggalah ke Pekan. Pemerhatian ini merupakan satu kaedah yang membantu saya
untuk meneroka lanskap dengan lebih baik memandangkan kawasan ini dilihat
sebagai sebuah kawsan yang agak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu. Pemerhatian
yang saya gunakan ini juga sedikit sebanyak membantu saya mengembangkan idea
tentang bagaimanakah bentuk muka bumi ini mempenagruhi pembentukan jaringan
jalan raya di sini.

4.2 Soal selidik


Soal selidik ini ditadbir kepada 20 responden yang mana ia dilihat membantu saya
untuk menilai dari sudut pandangan umum tentang apakah kedungsian
pengangkutan di Kota Marudu ini. Kebanyakan responden menjawab dengan
jawapan yang agak sama memandangkan mereka adalah terdiri dari anak jati Kota
Marudu itu sendiri. Soal selidik ini mengandungi beberapa soalan yang meminta
subjek menjawab mengikut pemerhatian mereka terhadap jaringan pengangkutan di
kawasan ini. Soal selidik ini juga Berjaya membantu saya mengemukakan apakah
kelestarian yang patut dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kualiti
pengangkutan di Kota marudu yang dilhat masih berstatus pekan yang sekian hari
berkembang dengnan baiknya.

4.3 Kaedah temu bual


Kaedah temu bual adalah merupakan cara saya mendapatkan maklumat selain soal
selidik. Kebanyakan soalan yang saya gunakan adalah hampir sama dengan soalan di
soal selidik. Ini kerana kajian ini adalah berkitar pada faktor, kepentingan dan juga

3
kelestraian pengangkutan itu sendiri. Kaedah lisan ini sedikit sebanyak
memperkukuhkan dapatan saya melalui soal selidik yang dijawab oleh responden.

4.4 Bukti bergambar


Antara bukti yang kukuh yang dapat saya laksanakan adalah dengan mengambil
bukti bergambar yang mana terdapat jenis-jenis kenderaan yang banyak digunakan
di Kota Marusu. Jika dilihat dari bukti dan juga pemerhatian, adalah tidak salah
menyatakan bahawa kenderaan yang ada disini adalah merupakan kenderaan yang
sesuai dengan kedudukan geografi dan bentuk muka buminya. Agak kurang sekali
kenderaan kecil disini kerana ia agak sukar untuk dicapai terutamanya kawasan yang
terpencil dan jauh dari kawasan pekan.

4
5.0 KONSEP PENGANGKUTAN DARAT

Pengangkutan adalah didefinisikan sebagai mengangkut barang atau bahan atau


memindahkan sesuatu dari satu titik ke titik yang lain. Dalam erti yang sebenar,
pengangkutan didefinisikan sebagai mengangkut bahan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain.

Sama seperti di kawasan kajian, pengangkutan utama yang digunakan disini adalah
pengangkutan darat yang mana ia terdiri dari pelbagai jenis seperti pacuan empat
roda, van, mpv, kereta, motosikal, lori dan juga basikal. Kesemua pengangkutan ini
hanya digunakanuntuk mengangkut orang peroranga/keluarga/barangan danbahan-
bahan yang diperlukan dari satu kawasan ke kawasan lainnya. Pengangkutan darat di
kawasan kajian ini amat penting kerana tiada jenis kemudahan pengakutan lain yang
dapat membantu pergerakan kerana bentuk muka buminya yang berbukit bukau.

5
6.0 FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN DARAT

Kawasan kajian yang menjadi pilihan adalah merupakan kawasan luar bandar yang
mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan sebahagian tanah rata. Ia
merupakan kawasan yang membangun dan mempunyai penempatan jenis
berselerak terutamanya dikawasan luar pekan. Kota Marudu adalah merupakan
kawasan yang mula membangun apabila jaringan pengangkutan darat telah
menghubungkan banyak daerah serta menjadikan pekan itu berhubungan antara
satu dengan lain. Antara pekan yang boleh dicapai melalui jalan darat adalah seperti
Pekan Kota Belud, Pekan Kudat, Pekan Pitas dan Pekan Ranau.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengangkutan darat di


kawasan kajian ini. Antaranya adalah bentuk muka bumi. Seperti yang disebutkan
tadi, bentuk muka bumi adalah penyumbang kepada wujudnya jaringan jalan raya.
Kebanyakan dikawasan kajian ini adalah berbukit bukau dimana ia dapat
dimanipulasi dengan sebaiknya dengan penanaman kelapa sawit. Bentuk muka bumi
yang berbukit bukau menjadikan kawasan ini agak sukar untuk dibangunkan dan
hanya sebahagian kawasan rata sahaja yang dibangunakan seperti kawasan pekan
Kota marudu yang rata. Bentuk muka bumi inilah menyebabkan pengangkutan darat
dikawasan kajian ini berbentuk pacuan empat roda, kereta besar, lori dan juga
kereta pengangkutan besar yang sesuai untuk di bawa kekawasan berbukit bukau.

Kegiatan ekonomi yang pelbagai juga menyumbang kepada wujudnya pengangkutan


yang agak berbeza dari kawasan Bandar. Sebagai contohnya, lori dan pacuan empat
roda dijadikan penyebab pengguna memilih kenderaan ini sebagai kenderaan utama
sebagai pengangkut, memindahkan barang, bertukar barang malahan juga bergerak
dari satu tempat ke tempat lainnya. Kawasan pertanian yang berbukit bukau juga
merupakan penyebab kepada pemilihan kenderaan pengangkutan tertentu
dikawasan ini. Pengangkutan bahan sayur-sayuran, buah-buahan malahan juga
penjualan sawit adalah merupakan factor lain yang menyebabkan kegiatan ekonomi
menjadi penyebab selain daripada bentuk muka bumi.

6
Pemilihan pengangkutan tertentu di sini juga disumbangkan oleh keadaan jalan raya
yang ada dikawasan kajian. Kawasan kajian ini adalah merupakan kawasan yang
terletak agak jauh dari satu tempat ke tempat lainnya. Keadaan jalan yang rosak,
berbukit bukau, mempunyai banyak simpang menyebabkan pemilihan kenderaan
yang sesuai patut dilaksanakan. Kawasan kajian ini juga merupakan kawasan
pertemuan dimana semua orang dari Pekan brdekatan akan cuba mendapatkan
barang keperluan selain barangan kehendak yang boleh didapati di kawasan tertentu
di Kota Marudu. Kebanyakan kenderaan yang ada juga lebih kepada pacuan empat
roda kerana ia digunakan untuk mengangkut barang yang banyak serta besar.
Kuantiti ini menyebabkan kenderaan yang ada lebih kepada kenderaan darat
berbentuk pacuan yang melindungi keluarga dan individu dari keadaan muka bumi
yang juga dilihat agak mencabar dikawasan ini.

7
7.0 KEPENTINGAN PENGANGKUTAN DARAT

Pengangkutan darat sangat penting kepada individu dalam banyak perkara. Antara
kepentingan pengangkutan darat kepada manusia adalah seperti berikut:-

a) Mobility penduduk
Antara kepentingan pengangkutan darat adalah untuk memudahkan pergerakan dari
satu titik ke satu titik yang lainnya. Titik ini dianggap sebagai satu kawasan dengan
kawasan lain samaada ia jauh ataupun dekat. Pergrakan mobility juga dimaksudkan
sebagai menggerakkan pelajar/individu/pekerja untuk ke tempat yang dituju
samaada ia bersifat selamanya ataupun hanya sementara. Pentadbiran soal selidik
mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 19 daripada 20 orang responden
menyatakan bahawa tujuan pengangkutan darat adalah untuk memudahkan
pergerakan dari satu tempat ketempat yang lain. Jadual di bawah menunjukkan
kepentingan pengangkutan darat mengikut respon dari subjek kajian.

8
b) Mengangkut hasil pertanian
Peratus pemilihan tinggi yang dipilih oleh subjek adalah pengangkutan digunakan
sebagai mengangkut hasil pertanian untuk dijual/bertukar ataupun dihantar kepada
pembeli pukal yang ada. Oleh yang demikian, dapatlah dinyatakan bahawa rata-rata
subjek bersetuju bahawa kepentingan pengangkutan darat adalah mengangkut hasil
pertanian seperti jagung, kacang, sayur-sayuran malahan ia diangkut ditempat yang
mudah untuk dijual ataupun di tukarkan dengan barangan lain. Mengangkut hasil
pertanian yang ada dari kawasan yang berbukit lazimnya menyebabkan factor
pemilihan pengankutan darat adalah yang dirasakan merupakan cara paling mudah
dan cepat sebelum hasil pertanian itu rosak dan tidak lagi dapat dijual.

c) Pelancongan
Pemilihan factor pelancongan adalah yang paling kurang sekali pemilihannya
dikalangan responden. Ini kerana kawasan kajian ini adalah merupakan kawasan
yang kurang tempat pelancongan melainkan ianya hanya menumpu kepada
penanaman sayuran, buah-buahan, sawah padi dan juga pertanian berskala besar
seperti penanaman kelapa sawit. Daripada 20 responden hanya 2 sahaja yang
memilih factor pelancongan peyebab kepada wujudnya jaringan pengangkutan jalan
raya manakala factor terbanyak adalah disebabkan mobility ataupun pergerakan dari
satu tempat ke tempat lainnya.

d) Factor lain-lain
Faktor lain-lain yang dicatatkan oleh responden adalah seperti wujudnya kawasan
pembinaan rumah burung menyebaban wujudnya jaringan pengangkutan dikawasan
tersebut. Sungguhpun jaringan pengangkutan yang ada lebih kepada penggunaan
jaan yang tidak bertar namun dengan adanya kawasan ini, ia dilihat membantu
meningkatkan keupayaan kawasan tersebut untuk dibangunkan terutamanya dari
segi pembinaan jalan raya.

9
8.0 AMALAN PENGANGKUTAN LESTARI

Pengangkutan lestari adalah merupakan penggunaan pengangkutan yang ada secara


bijak dan juga cekap. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk
melestarikan penggunaan penagngkutan yang dicadangkan iaitu perkongsian kereta,
penggunaan kereta eletrik dan juga penggunaan kereta hidbrid. Perkongsian kereta
adalah satu amalan yang telah diwar-warkan sejak sekain lama. Ia bukan sahaja
bertujuan untuk menjimatkan kos tanggungan individu malahan juga ia membantu
mengurangkan kesesakan di jalan raya. Sepanjang pemerhatian saya, oleh kerana
kawasan kajian ini merupakan kawasan membangun yang menjadi tumpuan pekan
lain berdekatan, kesesakan yang berlaku terutamanya apabila hari persekolahan
atau hari cuti umum, maka kesesakan terus akan berlaku. Keadaan ini menyebabkan
kereta terkandas sehingga 20 minit pada satu-satu kawasan. Oleh yang demikian,
perkongsian kereta adalah merupakan alternative terbaik mengurangkan kesesakan
yang semakin menjadi-jadi di kawasan kajian dan ia juga membantu melancarkan
lagi pergerakan kenderaan yang ada dari semua arah.

Pengangkutan lestari yang dicadangkan adalah dengan menggunakan pengangkutan


awam. Jenis pengangkutan yang ada di Kota Marudu seperti yang dibincangkan
adalah lebih kepada van, mpv dan juga bas untuk pengangkutan ke tempat jauh
seperti Ke Kota Kinabalu, Pitas, Kota Belud dan juga Kudat. Manakala penggunaan
kenderaan seperti pacuan empat roda yang digelar sebagai ‘pirate’ digunakan di
kawasan luar pekan yang tidak mempunyai jalan bertar. Penggunaan pengangkutan
awam secara bersama menggalakkan kehidupan social dan menterjemahkan
hubungan komuniti menjadi lebih baik. Ini kerana budaya perkongsian dan saling
kenal mengenali apabila menaiki kenderaan awam membantu individu menjana
hubungan yang baik antara satu dengan lain. Selain itu penggunaan kenderaan
awam juga menggalakkan kepada kurangnya kesesakan yang dilihat berlaku setiap
hari terutamanya di masa puncak.

Cadangan lainnya adalah dengan menyewa kenderaan yang sama apabila pekerja
atau pelajar bergerak dari satu kawasan dengan kawasan lain seperti sekolah atau

10
tempat kerja. Menyewa kenderaan ini adalah merupakan salah satu cara lestari yang
sesuai di praktikkan dikawasan ini dimana ia juga menggalakkan kepada wujudnya
perniagaan sewa kereta yang boleh membawa individu atau kumpulan bergerak dari
satu kawasan ke kawasan yang ingin dituju. Berikut merupakan peratus cadangan
yang dicadangkkan melalui penggunaan lestari oleh responden yang menjawab soal
selidik.

CARTA PAI MENUNJUKKAN PERATUS PEMILIHAN PENGGUNAAN KENDERAAN


SECARA LESTARI.

Carta pai diatas menunjukkan peratsu penggunaan pengangkutan secara lestari


dimana data menunjukkan 40 peratus esponden memilih untuk menggunakan
kenderaan awam, 30 peratus memilih menggunakan kenderaan sewa, 25 peratus
mencadangkan perkongsian kereta sebagai pilihan kelestarian dan akhir sekali
adalah lain-lain cadangan. Ini bermakna, penggunaan kelestarian ini mencadangkan
beberapa bentuk pemilihan yang boleh dijadika alternative untuk menguragkan

11
kesesakan dijalan raya sebagai jalan pengangkutan darat yang paling utama di
kawasan kajian buat masa ini. Pengangkutan darat adalah pengangkutan utama di
Sabah buat masa ini. Ia adalah disebabkan factor bentuk muka bumi yang pelbagai
sehingga menyebabkan ketersampaian di kawasan tertentu adalah sangat sukar.
Banyak lagi permasalahan lainnya yang dilihat mengganggu kepada penggunaan
darat yang lancer dan oleh yang demikian cadangan penggunaan pengangkutan
secara lestari adalah merupakan antara alternative terbaik yang boleh dipraktikkan
bagi memaksimumkan kapasitti penggunaan jalan yang lancar, tidak menyebabkan
kemalangan dan perkara lain yang dianggap sebagai mengganggu.

12
9.0 KESIMPULAN
Pengangkutan darat di kawasan kajian adalah merupakan pengangkutan yang
digunakan secara menyeluruh bagi memudahkan ketersampaian antara satu
kawasan dengan satu kawasan lainnya. Pengangkutan darat dikawasan ini terdiri dari
kenderaan berskala besar seperti pacuan 4 roda, van, mpv, lori dan motorsikal yang
dilihat mampu melalui jalan yang sukar, tidak berturap malahan juga tanah gambut
yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Kenderaan inilah yang menghubungkan
semua dengan kawasan lainnya yang mana ia akhirnya memudahkan proses
pengurusan seharian terutamanya mereka yang bergantung sepenuhnya dengan
kenderaan pengangkutan awam atau kenderaan bukan hak milik sendiri.

Antara factor mempengaruhi pengangkutan darat dikawasan ini adalah seperti


bentuk muka bumi dan juga penghantaran barangan atau hasil pertanian bagi tujuan
perniagaan dan juga penjualan. Bentuk muka bumi disini sendiri telah memberikan
gambaran tentang apakah jenis tanaman yang di tanam dan ini memerlukan
pengangkutan tertentu untuk membawa hasil pertanian ini ke satu kawasan yang
sesuai untuk melaksanakan aktiviti jual beli. Dapatlah dinyatakan bahawa jaringan
pengangkutan darat adalah bersifat jalan darat tidak berturap dan ini adalah bukti
kukuh tentang pentingnya pengangkutan cara ini dikawasan kajian.

Sungguhpun demikian, oleh kerana Kota Marudu merupakan sebuah pekan


membangun, kesesakan yang ada di kawasan ini terutamanya pada masa puncak
iaitu pagi dan masa pulang (petang) menyebabkan kenderaan bergerak dengan
kadar yang sangat perlahan. Malahan semasa wujudnya aktiviti mahuoun pesta
tertentu seperti Pesta Jagung menyebabkan kawasan ini penuh sesak dengan
kenderaan dan menyebabkan timbulnya masalah lain seperti kemalangan dan
kesesakan melampau. Atas desakan inilah cadangan kelestarian telah diberikan oleh
responden yang mana antara cadangan ini adalah seperti perkongsian kereta,
penggunaan pengangkutan awam dan akhir sekali adalah dengan mengamalkan
budaya perkongsian kereta dikalangan pekerja/pelajar ataupun individu yang
memerlukannya.

13
Konklusinya, pengangkutan darat adalah satu bentuk ketersampaian yang memang
digunapakai di kawasan kajian. Ia tidak mempunyai jaringan pengangkutan lain
kerana kedudukannya yang jauh dari kawasan air atau lapangan terbang. Keadaan
inilah yang memaksa semua individu dikawasan kajian memikirkan apakah tindakan
yang sesuai dilaksanakan bagi memaksimumkan lagi penggunaan pengangkutan
darat yang efisyen dan boleh digunapakai dengan sebaiknya dimasa-masa akan
datang.

14

Anda mungkin juga menyukai