Anda di halaman 1dari 26

SENI BINA DALAM TAMADUN ROM

Folio Sejarah

NAMA PELAJAR : NURUL IMAN NATASHA BINTI MOHD JESNI

TINGKATAN : 1 CYGMA

SUBJEK : SEJARAH
BIODATA PENULIS

NAMA PENULIS : NURUL IMAN NATASHA BT MOHD JESNI

KELAS : 1 CYGMA

Sekolah : sekolah menengah sains sabah

TARIKH LAHIR : 19.01.2004

Umur : 13 tahun

Hobi : Membaca novel DAN MENONTON TV

Asal : KOTA BELUD, SABAH

CITA-CITA : MENjadi seorang doktor

1
1.0 Pengenalan

“KOTA ini tidak dibina sehari”. Itulah sebahagian daripada kata-kata yang akan sampai ke telinga
anda jika melawat Rom, kota yang terletak di tengah Semenanjung Itali. Ungkapan itu
menggambarkan dengan tepat kehebatan kota tinggalan Empayar Rom sebagai gedung seni bina
terunggul yang pernah dibangunkan oleh tamadun manusia.

Bangsa Rom cukup dikenali kerana kepakaran mereka di dalam seni pembinaan, bahkan sebahagian
daripada apa yang kita kenali sekarang sebagai stadium, teater dan pasar raya adalah warisan dari
sentuhan mereka. Rom (disebut roʊm; Bahasa Itali: Roma; Latin: Roma) merupakan ibu negara Itali
dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu, dengan lebih 2.7 juta penduduk
dalam sebuah perbandaran lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi), manakala penduduk
kawasan bandar adalah dianggarkan 3.46 juta oleh Eurostat.

Seni bina sesuatu tamadun adalah satu cabang kesenian yang kita boleh lihat untuk mengkaji
bagaimana perkembangan sesebuah tamadun diukur dari sudut fizikalnya. Seni bina boleh
memperlihatkan kepada kita bagaimana idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun itu diolah
untuk membina identiti sesebuah tamadun itu mengikut acuannya yang tersendiri.

Kebayakan seni bina sesuatu tamadun dipengaruhi oleh faktor iklim, bahan binaan dan sains dan
teknologi yang ada pada masa tersebut. Ia juga banyak dipengaruhi dari faktor sosial , politik
ekonomi dan kebudayaan serta agama yang dianuti.

2
2.0 Kaedah Kajian

1. Kaedah lawatan dan pemerhatian

Saya telah melawat bangunan-bangunan unik dan bersejarah yang mempunyai seni bina yang
menarik dan unik yang terdapat di Sabah untuk mengkaji bagaimana mereka memelihara dan
memulihara seni bina tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolehi berdasarkan
pemerhatian saya di sini.

2. Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen yang dimuat turun dari internet untuk memastikan kesahihan
fakta yang ada. Dengan ini, penulisan folio saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

3. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya juga turut mengunjungi perpustakaan Daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat untuk
menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang
pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

4. Muat turun internet


Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman
sesawang tentang seni bina tamadun yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat
sebagai rujukan.

5. Kaedah Audio visual

Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan dokumentari dan video
pendek dari youtube. Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian dan
penulisan folio yang saya lakukan ini.

3
3.0 Laporan Kajian

Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang tamadun Rom
serta dapat menjelaskan keistemewaan dan keunikan seni bina tamadun Hasilnya, saya
lebih peka dan lebih menghargai lagi seni bina bangunan yang terdapat di negara kita
Malaysia khasnya dan dapat membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.

Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling
tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi, saling menghargai antara satu sama lain
serta menghargai seni dan nilai yang terdapat dalam seni bina bangunan bersejarah di
Negara kita. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam
masyarakat.

Akhir sekali , sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga dengan hasil seni bina
tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan
keharmonian negara kita

3.1 Seni bina tamadun Rom.

Seni bina menggabungkan seni dan sains untuk menghasilkan suatu binaan. Seni bermaksud
cantik, indah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Manakala dari segi sains ia
membawa bermaksud kukuh, kuat, stabil dan selamat. Gabungan ini penting untuk
menghasilkan bangunan yang ideal atau sempurna dan membawa kepada satu penghayatan
terhadap ruang fizikal, emosi dan intelek.

Pemerintah Rom mewujudkan majlis perbandaran di setiap Bandar. Majlis perbandaran telah
mewujudkan kemajuan dan keselesaan hidup penduduk di bandar. Bandar Pompei
merupakan bandar contoh dengan pelbagai kemudahan. Ia mempunyai 50,000 penduduk
pada tahun 80 M. Terdapat mahkamah, pejabat, dewan,perpustakaan rumah rumah ibadah,
kedai,pintu gerbang, dan colloseum. Terdapat sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan
air melalui paip sejauh 165 km yang melibatkan 14 buah terusan. Bekalan air ini dapat
digunakan ketika aman dan peperangan, selain digunakan untuk perindustrian dan
pengangkutan.

Di bawah ini saya akan menerangkan tentang beberapa seni bina bagunan dalam tamadun
Rom yang agak terkenal dengan keunikan seni binanya.

4
3.1.1 Colosseum

Colosseum adalah sebuah peninggalan besejarah berupa gedung pertunjukan yang besar berbentuk
elips yang disebut amphitheatre atau dengan nama asalnya Flavian Amphitheatre, yang termasuk
salah satu dari tujuh Keajaiban Dunia Pertenghan.

i. Proses Pembangunannya.

Terletak di ibukota Negara Itali, Rom, yang didirikan oleh Raja Vespasian pada masa Pemerintahan
Rom sekitar taun 72 M dan di selesaikan oleh anaknya Titus, dan menjadi salah satu karya terbesar
dari segi seni bina Rom yang pernah dibangunkan.

Colesseum terletak tidak jauh dari pusat pemerintahan Rom yang biasa disebut Roman Forum dan
sekarang sudah menjadi puing-puing dan menjadi kenangan sejarah. Antara Colesseum dan Roman
Forum terdapat Gerbang Titus. Jarak antara Roman Forum dan Colesseum kira-kira 500 meter.
Dibina di antara tahun 70 – 82 Masihi dan boleh menampung 50,000 orang penonton.

ii. Asal usul nama Colosseum.

Nama dari Colosseum diambil dari nama sebuah patung setinggi 130 kaki atau 40 m, Colossus.
Patung Colossus dibuat ulang sebagai pengganti Nero sebagai perumpamaan dari Sol dewa
matahari, dengan menambahkan mahkota matahari. Di waktu pertengahan tahun, patung colossus
telah menghilang. Seorang ahli mengatakan bahwa sejak patung itu terbuat dari tembaga, patung itu
telah dileburkan untuk digunakan kembali.
Selain diambil dari nama Colosseum, Colosseum juga disebut sebagai Flavian Amphitheatre yang

5
tidak diketahui siapa yang memberi nama itu. Di Itali, Colosseum diberi nama il colosseo tetapi
bahasa Rom lainnya menggunakan nama le colisée dan el coliseo untuk menyebutkan Colosseum.

iii. Bentuk Colosseum

Colosseum berukuran cukup besar. Dengan tinggi mencapai 50 m, panjang 188 m, lebar 156 m dan
luas seluruh bangunan sekitar 2.5 hektar membuat Colosseum kelihatan begitu besar dan luas serta
mampu memuatkan kira-kira 50,000 orang penonton. Dio Cassius seorang ahli sejarah mengatakan
bahawa ada sekitar 9000 haiwan buas yang telah terbunuh di 100 hari sebagai perayaan perasmian
dan pembukaan Colosseum tersebut. Arenanya terbuat dari kayu berukuran 86 m x 54 m, dan
tertutup oleh pasir untuk mencegah agar darah-drah tidak mengalir kemana-mana.

Bentuk elips atau bulat d ari Colosseum gunanya untuk mencegah para pemain untuk lari ke arah
sudut dan mencegah para penonton untuk berada lebih dekat dengan pertunjukan.

6
Colosseum merupakan hasil karya
seni yang sangat hebat. Tempat itu dikatakan sebagai stadium yang hebat dan spektakuler
disebabkan oleh bentuk dan strukturnya yang unik.Terdapat 80 pintu masuk dan tempat duduk di
Colosseum dibina bertingkat-tingkat untuk menempatkan penonton yang berbeza berdasarkan
status sosial dalam masyarakat Rom.

Podium utama di yang terletak di bagian


utara dan selatan untuk Kaisar dan keluarganya, pada tempat ini memberikan pemandangan yang
terbaik dilihat dari arena, terdapat tempat istirehat, dan juga tempat penyimpanan harta. Kemudian
pada tingkat yang sama dengan platform yang lebih luas merupakan podium khusus untuk para
senator Rom, yang boleh membawa kerusi sendiri. Nama-nama beberapa senator masih dapat
dilihat dari ukiran pada batu yang menjadi tempat duduknya.

7
Keratan rentas Colosseum

Pada tingkat berikutnya disebut maenianum primum, yang dikhususkan untuk para bangsawan
Roman. Selanjutnya pada tingkat ketiga adalah maenianum secundum yang dibahagikan lagi menjadi
tiga bahagian. Bahagian paling bawah (immum) digunakan untuk para orang kaya, di bagian atasnya
lagi (summum), digunakan untuk rakyat jelata. Dan yang terakhir, di bagian kayu (maenianum
secundum in legneis) adalah tempat yang strukturnya dari kayu di paling atas bangunan. Tempat itu
merupakan tempat untuk berdiri saja yang digunakan untuk para wanita rendahan.
iv. Fungsi Colosseum

Berfungsi sebagai tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti
gladiator. Pada asalnya tempat tersebut merupakan kediaman Kaisar Nero yang bernama Domus
Aurea. Namun setelah kekuasaan Nero berakhir, kediaman itu diganti oleh bangunan yang dapat
digunakan oleh masyarakat luas.

Di Colosseum pada saat itu adalah tempat penyelenggaraan sebuah pertunjukan yang spektakuler,
iaitu sebuah pertarungan antara binatang (venetaiones), pertarungan antara tahanan dan binatang,
eksekusi tahanan (noxii), pertarungan air (naumachiae) dengan cara membanjiri arena, dan
pertarungan antara gladiator (munera). Selama ratusan tahun itu, diperkirakan ribuan orang
mahupun binatang mati di pertunjukkan Colosseum.

Setelah 2 tahun Coloseum digunakan sebagai tempat pertunjukan, anak termuda Vespasian yang
bernama Domitian memerintahkan untuk mengkonstruksikan area bawah tanah (hypogeum), dua
tingkat jalur bawah tanah yang saling berhubungan berupa terowongan dan kurungan dimana para
gladiator dan binatang ditempatkan sebelum pertarungannya dimulakan. Disana juga disediakan
perangkap-perangkap yang berupa pintu perangkap yang digunakan untuk mencegah masuknya
haiwan-haiwan buas secara tidak sengaja ke dalam arena dan untuk menjaga tempat penyimpanan
senjata di dalam colosseum tersebut.

Dalam sejarah, Colosseum pernah menjadi tempat penyiksaan jemaat Kristian pertama pada zaman
Kaisar Nero. Banyak jemaat Kristian yang ditangkap dan dibawa ke bilik-bilik tempat para gladiator.
Sebahagian menjadi pekerja paksa dan sebahagian disiksa, diikat, dan dibakar hidup-hidup menjadi
lentera jalan di kota Roma. Di Colosseum inilah mereka dijadikan tontonan dan santapan binatang
buas. Mereka diiring secara paksa ke tengah lapangan dengan berpakaian putih. Sementara mereka
berlutut sambil bernyanyi, singa-singa buas yang kelaparan mulai menerkam serta melahap mereka
hidup-hidup. Kaisar beserta pengunjung bersorak sorai. Dan ia boleh dikatakan sebagai sebuah
pertunjukan yang sangat mengerikan.

Pertunjukan di Colosseum ini mulai memudar sejak jatuhnya pemerintahan Rom pada abad keenam.
Selepas itu Colosseum tidak lagi dipergunakan sebagai arena pertunjukan. Pada abad pertengahan
terjadi gempa dahsyat dan telah meruntuhkan sebagian kota Rom termasuk Roman Forum.

8
Colosseum mengalami kerosakan hebat sehingga hampir separuh dari bangunan itu runtuh.

v. Sejarah Masa Kini

Colosseum masih digunakan sehingga tahun 217, meskipun telah rosak terbakar karana disambar
petir. Colosseum telah diperbaiki di tahun 238 dan permainan gladiator berterusan sehingga umat
Kristian secara berangsur-angsur menghentikan permainan tersebut karana ia telah mengorbankan
banyak jiwa.

Bangunan tersebut digunakan untuk menyimpan berbagai jenis binatang hingga pada tahun ke 524.
Dua gempa bumi di tahun 442 dan 508 menyebabkan kerosakan yang parah pada bangunan
tersebut. Di Abad pertengahan, Colosseum mengalami kerosakan yang teruk disebabkan oleh gempa
bumi iaitu pada tahun 847 dan 1349. Setelah itu ia dijadikan sebagai benteng dan sebuah gereja juga
didirikan disana.

Banyak batu marmar digunakan untuk melapisi dan membangun kembali bagian-bagian Colosseum
yang telah rusak karena terbakar. Pada abad 16 dan 17, keluarga-keluarga Rom menggunakan
Colosseum sebagai tempat pengambilan batu marmar untuk pembinaan bangunan St. Peter’s
Basilica dan kediaman khusus palazzi, keluarga Rom.

Pada tahun 1749, Paus Benediktus XIV telah melarang untuk menggunakan Colosseum sebagai
tempat hukuman mati. Di tahun 2000 bantahan secara besar-besaran di Itali dalam rangka
menentang penggunaan hukuman mati untuk negara-negara di seluruh dunia (di Itali, hukuman mati
dihapuskan pada tahun 1948). Sejak saat itu, sebagai tanda menentang kapitalis tersebut, penduduk
tempatan mengganti warna Colosseum di malam hari dari putih menjadi emas dengan menggunakan
lilin dan lampu neon sehingga pada saat seluruh dunia menghapuskan tindakan hukuman mati itu.

9
3.1.2 Amfiteater

Amfiteater merupakan mini atau gelanggang terbuka yang digunakan untuk membuat persembahan
seni dan acara gladiator. Kewujudan amfiteater membuktikan cara hidup masyarakat Rom yang
meminati aktiviti di luar rumah. Terdapat kira-kira 230 Amfiteater dalam tamadun Rom. Amfiteater
terkenal di El Djem, Tunisia boleh memuatkan 16,000 orang dan di Arles, Perancis boleh memuatkan
20,000 orang.

Amfiteater Yunani kuno dibangun membentuk setengah lingkaran, dengan tempat duduk
berjenjang di sekitar area pertunjukan. Sedangkan amfiteater Rom kuno berbentuk oval atau
lingkaran dengan tempat duduk yang dibuat di sekelilingnya, serupa dengan stadium olahraga
moden, mempunyai pelbagai saiz dan jumlah kapasiti penonton berbeza. Amfiteater moden
bentuknya beraneka ragam; samada lokasi tempat duduk penontonnya hanya di satu sisi, amfiteater
melingkar atau amfiteater yang menyerupai stadium.

10
Kebanyakan orang lebih sering mendengar tentang Colosseum di Rom, namun masih banyak
amfiteater lainnya pada zaman Kekaisaran Rom. Pertarungan-pertarungan gladiator terawal, pada
masa Etruria, dibuat di mana saja asalkan di tempat yang rata di dekat bukit, supaya orang-orang
boleh duduk di lereng bukit dan menonton pertarungan yang berlangsung di bawahnya. Namun
tempat seperti itu jarang ada, sehingga pada tahun 300-an SM, para orang kaya dan pemerintah
membangun amfiteater sementara dari kayu bagi orang-orang untuk duduk, seperti layaknya bukit
buatan. Bangunan tersebut dinamakan amfiteater karena kelihatan seperti dua teater yang saling
berhadapan.

Pada tahun-tahun terakhir semasa pemerintahan Republik Rom, banyak pertarungan gladiator
dibuat sehingga rakyat keletihan untuk membina amfiteater sementara lalu membongkarnya setelah
pertunjukanitu selesai. Maka, kota-kota besar pun mula membina amfiteater tetap dari batu
marmar dan batu kapur. Amfiteater batu pertama di Rom tidak dibangun di kota Rom tetapi di kota
Pompeii. Amfiteater pertama di kota Rom adalah Colosseum, dibina pada tahun 70-an M oleh kaisar
Rom, Wespasianus.

Semakin lama, hampir semua kota memiliki amfiteater sendiri. Di seluruh Kekaisaran Rom, mulai
dari Syiria hingga ke Spanyol, dari Inggris hingga ke Tunisia, terdapat amfiteater. Kebanyakan dari
amfitetaer itu hingga kini masih lagi berdiri. Amfiteater juga menjadi tempat perlaksanaan hukuman
mati. Pada hari cuti, di beberapa kota, para petani ikut menyaksikan pertarungan dan eksekusi
hukuman mati di amfiteater.

11
Amfiteater terus digunakan sehingga tahun 300-an M. Setelah rakyat Rom memeluk agama Kristian,
pertarungan gladiator dihentikan kerana dahulu ramai penyebar agama Kristian telah menjadi
korban gladiator, dan juga kerana pertarungan gladiator itu diselenggarakan untuk memuja para
dewa. Walau bagaimanapun penggunaan amfiteater masih terus digunakan.

3.1.3 Akueduk

Akueduk berfungsi membekalkan air ke tempat mandi awam, rumah kediaman di sekitar Bandar
dalam empayar Rom dan menyalurkan air ke binaan utama seperti Colosseum semasa acara
gladiator diadakan.

Akueduk penting untuk menjaga taraf kesihatan peduduk Rom. Air tersebut dibawa dari sumbernya
di gunung dan teknologinya adalah berasaskan graviti.

12
Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana Akueduk berfungsi.

Akueduk adalah struktur kanal atau saluran penyediaan air yang dapat diatur atau dinavigasikan,
dibangun dengan fungsi utama untuk mengalirkan air. Dalam istilah lain, akueduk yang juga disebut
sebagai jambatan air untuk mengalirkan air melintasi rentang jarak tertentu sehingga permukaan
airnya tetap sama di kedua sisi. Akueduk yang besar digunakan sebagai jalur dan laluan kapal atau
rakit.

Kata Aqueduk diturunkan dari bahasa Latin aqua yang bererti air dan ducere yang bererti
mengarahkan. Ia dibina berdasarkan kajian mendalam terhadap mutu sumber air yang ada, aliran air
dan lokasi.

i. Perkembangan Akueduk

Akueduk yang pertama dibina pada tahun 312 SM di Aqua Appia sepanjang 16 kilometer. Marcus
Visanius Agrippa adalah jurutera yang bertanggungjawab membina Aqua Virgo yang dibina pada 19
SM. Akuaduk yang paling terkenal ialah Pont du Gard terletak di Perancis dan mempunyai 3 tingkat.
Manakala akueduk yang terpanjang adalah di Marcia, iaitu sejauh 91 km dan ia melalui saluran
dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang. Antara akueduk yang menjadi lambang kemegahan
Rom ialah Aqua Claudia.

Meskipun seringkali dikaitkan dengan Rom Kuno, akueduk juga telah dirancang lebih dahulu di Timur
Dekat dan sub-benua India, dimana orang-orang Mesir dan Harappa membangun sistem perairan
yang mengagumkan. Akueduk gaya Rom diguna pada awal abad ke-7 SM, ketika bangsa Assyria
membangun akuaduk sepanjang 80 km dari batu kapur atau limestone, setinggi 10 meter dan 300 m
lebarnya, mengangkut air melintasi lembah ke kota besar mereka, Nineveh.

Di Parsi dibangunkan sistem akueduk bawah tanah bernama Qanat, sama seperti dinding-dinding
pembatas vertikal yang disusun sama rata dan dihubungkan dengan terowong yang melandai dengan
teratur. Salah satu kelebihannya adalah dapat mengalirkan air hingga tempat yang jauh pada musim
kering tanpa kehilangan banyak air akibat rembesan dan penguwapan.

Akueduk karya bangsa Rom dibangun di seluruh bagian Kekaisaran Rom, dari Jerman ke Afrika dan
terutama di kota Rom yang jika dijumlahkan seluruhnya sepanjang 415 km. Akueduk mengairi air ke
kota-kota besar melintasi kerajaan dan membuat patokan teknik yang tidak terjangkau hingga lebih
dari seribu tahun.

Dekat Kota Peru di Nazca, Sistem akuaduk kuno Pra-Colombia bernama Puiqos dibina dan masih
digunakan hingga sekarang. Puiqos terbuat dari batu disusun berliku-liku. Ketika waktu
pembinaannya masih diperdebatkan, terdapat beberapa bukti menunjukkan waktunya adalah sekitar
tahun 540 - 552 masehi kemarau dan kekeringan yang berlaku di wilayah tersebut.

13
3.1.4 Pantheon

Banguan Pantheon dilihat dari hadapan dan dari atas.

Pantheon adalah bangunan besar berbentuk bulat dengan tiang-tiang serambi raksasa
rangkap tiga, gaya Yunani. Bagian atas tengah terdapat lingkaran berdiameter 8,5 meter
terbuka lebar-lebar. Pantheon merupakan salah satu karya seni bina terbaik yang masih
terpelihara. Pengaruh bangunan Pantheon sangat terasa, baik di Eropah maupun di Amerika
Syarikat.

i. Fungsi dan sejarah pembinaannya.

Nama Pantheon berasal dari bahasa Yunani Pantheion yang bererti Kuil Segala Dewa.
Pantheon adalah binaan kubah yang terbesar di dunia berfungsi sebagai tempat
peyembahan dewa dewi masyarakat Rom. Sejarawan menganggap Pantheon adalah tempat
pemujaan karena merupakan tempat semua dewa dan dewi Rom kuno.

Dibina pada tahun 27 SM oleh Marcus Visanius Agarippa namun musnah terbakar pada
tahun 80 Masihi. Maharaja Hadrian membina semula pada tahun 125 Masihi.

14
Ketika raja Rom telah menganut agama Kristian, Pantheon diserahkan kepada Paus
Bonifasius IV pada tahun 609. Pada tahun tersebut Pantheon diubah menjadi “Chiesa di
Santa Maria ad Martyres”, sebuah gereja Katolik. Paus menjadikannya sebagai gereja dengan
nama Gereja Santa Maria dan Para Martir. Pengalihan fungsi Pantheon menjadi gereja
menyelamatkan bangunan ini dari rosak dan musnah yang terjadi pada awal abad
pertengahan. Kini Pantheon masih berfungsi sebagai gereja. Perayaan Misa masih diadakan
secara teratur di tempat ini, khususnya dalam rangka perkawinan.

Antara tahun 1691-1765M, Giovanni Paolo Panini membangun kembali interior Pantheon.
Selama pemerintahan Kepausan, Pantheon digunakan sebagai tempat pemakaman untuk
raja dan orang-orang terkenal lainnya termasuk pelukis yang telah memeluk agama
Kristen.Pantheon menjadi makam banyak orang terkenal seperti makam Raphael, pelukis
(meninggal tahun 1520); Raja Victor Emmanuel II (meninggal tahun 1878); Raja Umberto I
(meninggal tahun 1900); Raja Victor Emmanuel III (meninggal tahun 1947), dan masih
banyak lagi.
ii. Ciri-ciri Pantheon
Dipengaruhi oleh seni bina Yunani iaitu di bahagian hadapan yang mempunyai tiang yang
kukuh. Kubah hemispherical Pantheon juga menunjukkan pengaruh seni bina Yunani dan
juga idea Greco-Roman mengenai “Cosmos”.

Bangunan ini telah digunakan selama lebih dari 2000 tahun. Pantheon merupakan struktur
melingkar yang dibuat dari batu bata. Figur yang paling menakjubkan dari monumen ini
adalah adanya kubah besar yang terbuat dari beton. Kubahnya besar dan bersaiz diameter
43 meter. Dindingnya pula dibina daripada batu-bata yang dilepa dengan simen. Simennya
pula diperbuat daripada campuran air, kapur, dan abu gunung berapi yang dikenali sebagai
Pozzolana.

Puncaknya mempunyai ruang yang terbuka yang dikenali sebagai Oculus atau “mata besar”
berukuran 13 meter lebar bagi membolehkan cahaya masuk menyinari ruang dalam
Pantheon. Kubah ini memiliki rancangan yang rumit dan dihiasi dekorasi perunggu dengan
berat sekitar 4.535 ton. Para sejarawan percaya bahwa “mata besar” melambangkan bahwa
kerajaan langit menjaga seluruh Kekaisaran Rom. “Mata besar” juga digunakan sebagai
lubang ventilasi sekaligus tempat masuknya cahaya matahari. Saat turun salji atau hujan,
terdapat saluran air yang membantu mengalirkan air yang masuk melalui “mata besar”.

Pada tiang serambi tertulis dengan jelas nama: M. AGRIPPA.L.F.COS.TERTIUM.FECIT, yang


berarti: Markus Agrippa, anak Lucius, yang telah tiga kali menjadi konsul untuk
membangukan bangunan ini.

15
3.1.5 Tempat mandi awam

Orang Rom percaya mandi melambangkan kehidupan bertamadun dan penting untuk kebersihan dan
kesihatan. Tempat mandi awam yang terkenal ialah Caracalla dibina oleh Maharaja Caracalla pada
abad ke-3 masihi dan boleh memuatkan sehingga 1500 orang.

i. Ciri-ciri tepat mandian awam

Tempat mandian awam boleh digunakan oleh setiap orang dan dikenakan bayaran tertentu. Tempat
mandian awam dilengkapi dengan tandas, ruang mandi, ruang mengurut, perpustakaan, bilik
berehat dan bilik bersenam. Manakala ruang mandi terbahagi kepada mandi air panas, mandian air
sejuk, mandi suam, dan mandi wap.

16
Tempat mandian awam
di Rom.

3.1.6 Tembok pertahanan

Tembok pertahanan Rom

Tembok pertahanan berfungsi melindungi tamadun Rom daripada serangan musuh. Ia juga
menjadi sempadan atau pemisah antara kawasan Rom dan kawasan bukan Rom.

i. Perkembangan tembok pertahanan.

Bermula pada tahun 100 Masihi . Tembok disusun menggunakan batu dan disusun
memanjang. Ketinggian tembok pertahanan boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter.
Terdapat kubu kecil dalam jarak (1.6 kilometer) setiap satu yang dikenali sebagai Milecastel
untuk menempatkan tentera yang mengawal tembok tersebut.

Tembok yang paling terkenal ialah Tembok Handrian yang dibina oleh Maharaja Handrian
pada tahu 122 Masihi sepanjang 117 meter dengaa ketinggian lima meter.

17
Tembok Handrian

Tembok Hadrian merupakan tembok pertahanan, bertujuan untuk menyekat serangan


daripada orang gasar, iaitu penduduk asal British. Tembok Hadrian (bahasa Latin: Vallum
Hadriani) adalah kubu batu dan tanah yang dibina oleh Empayar Rom merentasi Great
Britain.

Peta Tembok Handrian

Ia adalah kubu kedua dari tiga yang dibina merentasi Great Britain, yang pertama adalah
Rabung Gask dan yang terakhir Tembok Antonine. Ketiga tembok dibina bagi menghalang
serangan mengejut oleh puak dari kini dikenali sebagai Scotland di utara, untuk membaiki
kestabilan ekonomi dan memberikan keadaan aman bagi jajahan Rom di Britannia di selatan,
dan sebagai penanda sempadan Empayar. Tembok Hadrian paling dikenali kerana ia masih
kekal terpelihara secara fizikal dan paling jelas kelihatan pada hari ini.

Tembok ini merupakan sempadan utara Empayar di Britain bagi kebanyakan pemerintahan
Empayar Rom, dan juga sempadan yang paling kuat pertahanannya di Empayar. Tambahan
kepada kegunaannya sebagai kubu pertahanan, dipercayai bahawa pintu pagar tembok juga
digunakan sebagai pos kastam bagi memudahkan cukai perdagangan.

18
Pintu pagar tembok pertahanan

Sebahagian besar tembok masih wujud, terutamanya dibahagian tengah, dan kebanyakan
tembok tersebut boleh disusur dengan berjalan kaki. Ia merupakan tumpuan pelancong
paling popular di Utara England, di mana ia sering kali dikenali hanya sebagai Tembok Rom. Ia
dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1987. Warisan Inggeris, organisasi kerajaan
yang mengendalikan persekitaran bersejarah di England, menggambarkannya sebagai
"monumen paling penting di dirikan oleh Rom di Britain.

3.1.7 Jalan raya Rom

Rangkaian jalan raya orang Rom bermula dengan Via Appia yang terkemuka di tengah-tengah
Itali dan kemudian mengunjur keluar menelusuri ke seluruh Empayar Rom , yang pada
asalnya dibina untuk kegunaan ketenteraan. Ia juga dibina untuk tujuan menghubungkan
Bandar-bandar utama dan menjadi system pengangkutan utama. Untuk mempertahankan
sempadannya dan terus meluaskan jajahannya. Empayar Rom memerlukan pengangkutan
yang cepat untuk kegunaan tentera diatas permukaan keras dengan tapak yang kukuh.

i. Ciri-ciri jalan raya Rom

Jurutera Rom membina jalan raya yang kekal; dimana mereka menggunakan alat ringkas,
iaitu ladung palam untuk untuk mengekalkan aras permukaan, dan mereka sering membuat
empat atau lima lapisan, 4 kaki tebal dan 20 kaki lebar.

Proses membuat jalan


raya

Menggunakan batu besar, batu kecil, dan batu kerikil. Jalan raya Rom juga dbina berlapis-

19
lapis agar tahan dan kuat untuk menahan beban dan pergerakan pasukan tentera.

Terdapat batu tanda bagi menunjukkan jarak satu kawasan dengan satu kawasan yang lain.
Di tepi jalan raya terdapat satu longkang untuk mengalirkan air agar tidak bertakung di atas
jalan raya.

Jurutera Rom mampu membina jalan raya yang kekal hingga kini.

3.2 Keistimewaan dan keunikan seni bina tamadun Rom

Tamadun Rom banyak menyumbang dalam bidang pembinaan dan banyak meninggalkan seni bina yang
mengagumkan. Sumbangan utama Rom dalam bidang seni bina adalah gerbang lengkung, lorong, dan
kubah. Bangunan terkenal yang dibina pada zaman Rom ialah Colosseum , Pantheon dan Circus
Maximus.

Colosseum ialah sebuah panggung terbuka dan berbentuk bulat yang dibina pada tahun 80 M. Ciri
istimewanya ialah ia berbentuk melengkung dan dapat memuatkan 50 000 orang penonton. Pantheon
ialah sebuah kuil yang berbentuk bulat yang dibina pada tahun 2 M. Saliran air yang dikenali sebagai
aqueduct juga telah dibina. Orang Rom juga membina jalan raya , tempat mandi awam , air pancuran dan
kolam renang. Seni bina Rom dipengaruhi oleh seni bina Etruscan, Yunani dan Rom sendiri. Gabungan ini
dikenali dengan greco-roman.

Walaupun setelah 2,000 tahun berlalu, beberapa struktur dan ciri-ciri Rom masih lagi berdiri kukuh
karena kaedah pembuatan simen dan pilarnya yang canggih. Jalan raya Rom masih dianggap sebagai
jenis jalan yang paling maju hingga abad ke-19. Sistem jalan membantu memudahkan pergerakan
tentera, komunikasi, dan perdagangan. Jalan-jalan tersebut tahan terhadap banjir dan gangguan
lain. Walaupun setelah runtuh pemerintah pusat, beberapa jalan masih digunakan selama lebih dari
seribu tahun.

Jambatan Rom adalah salah satu jambatan pertama yang dibina dengan struktur besar dan tahan
lama, yang dibuat dari batu dengan gerbang lengkung sebagai struktur dasarnya. Sebagian besar
jambatannya juga menggunakan tiang atau pilar. Jambatan Rom yang terbesar adalah Jambatan
Trajanus di sungai Danube, yang dibangun oleh Apollodorus dari Damaskus dan telah menjadi
jambatan terpanjang yang pernah dibina selama lebih dari satu milenium.

20
Kaca insulator (kaca ganda) digunakan dalam pembangunan pemandian umum. Rumah-rumah
warga elite pada waktu cuaca dingin dilengkapi dengan hipokaust, sejenis pemanas sentral.
Masyarakat Romawi adalah masyarakat pertama yang mereka dan menyusun semua komponen
penting mesin wap, yang telah dimulai sejak Hero membangun Aeolipile.

Konsep perancangan tamadun Rom ini adalah baik kerana pembinaan Bandar Rom adalah terancang dan
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan infrastruktur. Contohnya:- bekalan air, sistem
pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana.

Pembinaan bangunan seperti aqueduct (saliran air bersih), Colloseum  dan Pantheon merupakan


warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan sumber contoh seni bina.
Kemahiran masyarakat Rom membina sistem saliran bawah tanah  dan terusan juga merupakan
salah satu sumbangan kepada kita.

3.3 Langkah memelihara dan memulihara seni bina di Malaysia

Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun di mana di celah-celah
arus pembangunan, terdapat bangunan-bangunan yang penuh denga kesan sejarah yang menarik di
samping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik.

Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan seni bina bangunan dan bangunan bersejarah perlulah
dilakukan oleh semua pihak. Ia boleh dijadikan panduan dan iktibar kepada generasi muda dan
menjadi bahan penyelidikan, rujukan dan kajian tentang evolusi sejarah yang berlaku, menerusi
kewujudan dan peninggalan bangunan bersejarah ini.

Pemeliharaan dan pemuliharaan ini adalah bertujuan untuk memastikan seni bina bangunan
bersejarah yang bakal dan telah dipulihara bebas dari sebarang masalah kerosakan bangunan dan
terpulihara dari segi reka bentuk seni bina dan bahan binaannya.

Bangunan bersejarah memberi banyak manfaat dari sudut pelancungan. Hal ini demikian kerana
bangunan bersejarah dapat menarik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar untuk
melawat negara kita.

Seni bina bangunan bersejarah lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat
terutamanya golongan remaja.

Ia juga dapat dijadikan sebagai bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada
generasi akan datang.

Seni bina bangunan bersejarah juga turut memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di
negara kita khususnya kepada para pelajar dan penyelidik. Bangunan bersejarah juga dapat

21
mengekalkan keunikan dan keaslian seni bina sesuatu bangunan.

Berikut adalah langkah-langkah memulihara seni bina dan bangunan bersejarah di Malaysia :

1. Meminimumkan gangguan seperti membaik pulih hanya pada struktur dan fabric bangunan
bersejarah yang rosak sahaja, manakala, yang masih elok perlulah dikekalkan keasliannya.

2. Menjalankan kajian saintifik dan ujian makmal bagi mengenal pasti kandungan dan sifat
bahan binaan serta tahap kerosakannya. Keputusan kajian saintifik dan ujian makmal dapat
dijadikan bukti sokongan dalam membuat sebarang keputusan terhadap kerja pemuliharaan
yang akan dilakukan kelak.

3. Mendokumentasikan kerja pemuliharaan yang menjadi amalan penting kerana ia dapat


digunakan sebagai bahan rujukan terhadap kerja penyelenggaraan bangunan bersejarah
pada masa akan dating.

4. Prinsip mengaplikasikan kaedah pemuliharaan yang terbukti berkesan bagi memastikan


setiap pendekatan pemuliharaan yang digunakan semasa kerja pemuliharaan tidak akan
mendatangkan sebarang masalah kepada bangunan bersejarah yang dipulihara.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat dan faedah masih boleh diperolehi daripada kewujudan dan
pengekalanseni dan binaan bangunan bersejarah ini. Ia merupakan sebahagian warisan bangsa
Malaysia dan peninggalan berharga pahlawan dan orang-orang terdahulu. Sudah semestinya wang
ringgit pun tidak dapat menggantikan tinggalan-tinggalan bersejarah ini. Banyak kisah yang
tersingkap di dalamnya yang tidak dapat diperikan ke dalam buku-buku sejarah. Oleh yang demkian,
dalam pengekalan dan untuk langkah-langkah memulihara seni bina bangunan bersejarah di
Malaysia, semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama antara satu sama lain.

22
4.0 Rumusan

Peningkatan tamadun berlaku kerana meningkatnya perkembangan dalam bentuk pemikiran dan
kemahiran yang dapat dilihat dalam warisan seni bina contohnya colloseum, akueduk dan
pantheum.

Seni bina tamadun Rom telah memberikan kita satu struktur yang megah. Dengan menggabungkan
pelbagai jenis bahan dan reka bentuk yang berani, orang Rom dapat menolak sempadan fizik dan
menjadikan arkitekture menjadi bentuk seni. Hasilnya ialah seni bina yang menjadi alat untuk
ditunjukkan kepada dunia bahawa Rom adalah budaya yang unggul kerana hanya memiliki kekayaan,
kemahiran, dan keberanian untuk menghasilkan bangunan seperti itu. Lebih penting lagi
penggunaan konkrit, batu bata, dan lengkungan berkembar dalam reka bentuk bangunan seperti
Colosseum atau Ampitheater telah mempengaruhi semua seni bina di barat sehingga kini.

Seni bina dalam sesebuah tamadun adalah amat penting kerana ia boleh memperlihatkan kepada
kita bagaimana idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun itu diolah untuk membina identiti
sesebuah tamadun itu mengikut acuannya yang tersendiri. Seni bina mereka boleh kita jadikan
sebagai penanda aras untuk membina sebuah lagi hasil seni yang boleh kita banggakan yang
sekaligus boleh menaikkan dan mengharumkan nama negara kita di persada dunia. Selain daripada
itu, kepincangan masyarakat tamadun ini merancangkan bandar dapat dijadikan rujukan dan
sempadan kepada generasi kita kini.

Generasi pada masa kini amat bertuah kerana dapat menghayati perubahan dari masa kesemasa
hasil daripada kemajuan yang dicapai oleh sesebuah tamadun itu baik dari segi pembangunan,
keagamaan, falsafah serta sains dan teknologi. Sekarang , bukti pencapaian sesebuah masyarakat
lampau dapat dilihat daripada warisan seni bina mereka seperti bangunan, monument dan dokumen
sejarah.

Sebagai kesimpulan, masyarakat kini hendaklah mencontohi sikap inovatif dan usaha gigih
masyarakat yang terdahulu seperti masyarakat dalam tamadun Rom untuk mewujudkan perubahan

23
seperti yanga dapat kita lihat pada hari ini.

Dalam meningkatkan tamadun, kita patut meningkatkan pemikiran dan kemahiran kita dengan cara
menambahkan ilmu yang sedia ada dan mencuba untuk meneroka bidang yang baharu. Hal ini
penting agar generasi muda dapat menikmati pencapaian kita pada hari ini.

5.0 Rujukan /Sumber:

1. Akashah Ismail & Abdul Hakim Samuri. (2017). Focus Sejarah Tingkatan 1 PT3 KSSM.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
2. Azzahra Sofea, Chan Chai Hock, Jonathan Luis & Wan Ikmal.(2017). Ulangkaji Sejarah
Tingkatan 1 KSSM. Sasbadi Sdn Bhd.
3. Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali & Sharifah Afidah binti Syed Hamed.
(2016).Buku Teks Sejarah Tingkatan 1. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Frank Sear. (1983). Roman Architecture. Cornell University Press.
5. www.sabah.edu.my/hc004.wcdd/courseware/tamadun_rom.htm
6. https://books.google.com/books?isbn
7. https://wwwgoogle.com/amp/s/videosejarah.wordpress.com/2011/12/01/senibina-
rom/amp/
8. https://prezi.com/m/ykg03laeidkd/seni-bina-tamadun/
9. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Koloseum
10. https://id.m.wikipedia.org/wiki/Amfiteater#Amfiteater_Romawi
11. www.ideaterkini.com/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/
12. https://www.slidesshare.net/mobile/aimunihusna1/keperluan-pemuliharaan
13. Geligacentre.blogspot.my/2014/01/sejarah-tingkatan-4-bab-2-tamadun-rom.html?m=1

24
6.0 Lampiran :

25

Anda mungkin juga menyukai