Anda di halaman 1dari 14

Kajian kes sejarah

tingkatan 1
Tajuk:Peningkatan tamadun Rom dalam aspek senibina.
Nama Penulis:Samirrah Shoban Babu
Penghargaan

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada,Puan


Rashidah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang
untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus
ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang
tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada kakak yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Beliau membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepadanya.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
Jadual kerja
Tarikh Perkara

22/11/2022 Taklimat diberikan untuk mendapat penjelasan


tentang kajian kes daripada guru mata pelajaran
Sejarah,Puan Rashidah.

24/11/2022 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk


tugasan melalui internet dan buku teks untuk
mendapatkan bahan penulisan.

27/11/2022 Membuat laporan mengikut arahan dan format yang


telah ditetapkan.

29/11/2022 Mengemaskini tugasan,membuat semakin akhir dan


menghantar tugasan.
Pendahuluan

Reka bentuk senibina Colosseum Tamadun Rom menjadi asas kepada idea pembinaanstadium pada masa kini.
Mengambil contoh reka bentuk dan fungsi stadium yang terdapat diMalaysia. buktikanBerdasarkan petikan
tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan reka bentukseni bina Colosseum pada zaman
Tamadun Rom menjadi asas kepada idea pembinaanstadium pada masa kini.

Standard Kandungan: 4.2: Peningkatan tamadun dan sumbangan.


Standard Pembelajaran: 4.2.3: Membincangkan peningkatan tamadun Rom dalam aspek senibina.
Elemen kewarganegaraan: K4.2.8: Membuat kesimpulan tentang kepentingan seni bina sebagai
lambing intelektual.
Objektik kajian
*Saya dapat menghuraikan ciri-ciri bentuk Colosseum.
*Saya dapat menjelaskan peranan Colosseum dalam Tamadun Rom.

*Saya dapat buat perbandingan peranan Colosseum dan Stadium Bukit Jalil.
*Saya dapat menghuraikan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan Stadium Bukit Jalil.
Kaedah kajian
a) Internet
Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, internet
adalah satu gerbang limpahanpelbagai sumber untuk mendapatkan
maklumat. Saya dapat memuat turun beberapa bahan berkaitan kajian ini
sebagai rujukan tambahan melalui beberapa laman sesawang.
b) Bimbingan guru
Tanpa bimbingan guru Sejarah saya iaitu Cikgu Rashidah sudah tentu
saya tidak dapat menyiapkan tugasan kajian ini mengikut tempoh masa
yang telah ditetapkan.
c) Buku ilmiah Sejarah Tingkatan satu
Dalam menyediakan tugasan ini, juga saya tidak lupa untuk merujuk
buku teks Sejarah Tingkatan satu dan bahan-bahan rujukan lain . Ini adalah
untuk memastikan kesahihan fakta tidak bercanggah dengan peristiwa
bangunan bersejarah yang sebenar.
Pengenalan :
A) Sumbangan Tamadun Rom daripada aspek seni bina
* Pembinaan bangunan seperti aqueduct (saliran air bersih), Colloseum dan
Pantheon merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber
pelancongan dan sumber contoh seni bina.
* Tamadun Rom banyak memberi sumbangan dalam bidang seni bina. Konsep
perancangan tamadun ini adalah baik kerana pembinaan bandar Rom adalah
terancang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan infrastukur.
*Contohnya, dilengkapi dengan kemudahan bekalan air, sistem pemanas, rumah
ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog atau forum, rumah mandi awam dan istana.
* Kepandaian masyarakat tamadun ini merancangkan bandar telah dijadikan
rujukan kepada generasi kini.
* Kemahiran masyarakat Rom membina sistem saliran bawah tanah dan terusan
juga merupakan salah satu sumbangan kepada kita.
B) Ciri-ciri reka bentuk Colosseum

1) Berbentuk oval.
2) Bangunan ini terdiri setinggi 4 tingkat.
3) Tersusun dari tiang gaya yunani dan romawi.
4) Tingkat colosseum dibuat daripada batu dan marmar.
5) Arena di tengah daripada pasir.
6) Di bawah arena terdapat ruang bawah tanah tempat gladiator
dan haiwan buas.
C) Peranan/fungsi Colosseum dalam Tamadun Rom
1. Reka bentuk colosseum adalah berbentuk umum oval. Colosseum dibina daripada
bahan batuan, marmer dan pasir.

2. Colosseum terdiri daripada 4 tingkat, dimana penonton duduk menikmati pertandingan


gladiator dan pertunjukan.

3.Tingkat-tingkat ini tersusun dari tiang-tiang dengan gaya Romawi dan Yunani.

4. Ia disokong oleh batuan dengan batu dan marmar yang membentuk gerbang melingkar.

5. Bahagian tengah Colosseum adalah lapangan atau arena yang terbuat dari pasir sebagai
tempat pertandingan dan pertunjukan.Pasir ini digunakan sebagai tempat gladiatror
bertanding dengan sesame gladiator atau dengan haiwan buas dan tempat pertunjukan lain
seperti balapan kuda. Salah satu kegunaan pasir ialah ia dapat meresap darah korban
pertandingan gladiator.

6. Di bawah arena terdapat bahagian bawah tanah yang berisi lorong dan ruangan tempat
budak, gladiator dan haiwan buas yang akan ditunjukkan disimpan. Ketika pertandingan
di mulai, gladiator dan binatang buas keluar dari ruang bawah tanah ke arena
pertandingan di atasnya.
D) Perbandingan peranan Colosseum dahulu dan stadium pada hari ini

Colosseum atau Favian Amphitheatre adalah sebuah monument bersejarah yang terdiri daripada
bangunan terbuka separa bulat dan berpentas. Merupakan stadium yang hebat dan digunakan
sebagai tempat pertunjukan pada Zaman Rom Kuno. Tempat ini dikatakan sebagai stadium yang
hebat disebabkan oleh bentuk dan struktur penciptaan Colosseum itu sendiri.

kini

Kegunaan atau peranan stadium pula ialah sebagai tempat perlawanan bola sepak tetapi ia juga
mempunyai kelengkapan untuk olahraga. Selain itu, stadium juga selalu digunakan sebagai tempat
pertunjukan pentas atau konsert kerana ia dapat menampung jumlah penonton yang ramai
E) Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

* Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencintai dan menghargai stadium,


sehingga lahir tanggungjawab bersama untuk menjaganya.
* Mengadakan seminar atau forum-forum diskusi untuk memberikan informasi tentang
kepentingan stadium.
*Menjadikan stadium sebagai tempat untuk pembelajaran murid-murid berkaitan seni bina
yang akhirnya tempat tersebut akan lebih dihargai.
* Melibatkan syarikat-syarikat swasta untuk menjana atau memperbaiki stadium tanpa
menghilangkan nilai yang terkandung di dalamnya dan tanpa merubah bentuk bangunan
tersebut.
* Menggunakan stadium dengan lebih efektif seperti perlawanan bola sepak, konsert,
pertunjukan pentas dan lain-lain supaya ia tidak terbengkalai begitu saje dan tetap
memberikan manfaat.
F) Kesimpulan dan cadangan

*Kesimpulannya seni bina lama banyak memberi inspirasi dan tauladan yang baik kepada generasi
masa kini dalam pembinaan pelbagai jenis bangunan-bangunan lama supaya generasi akan datang
dapat menghayati dan melihat keiindahan dan keistimewaan bangunan tersebut.
*Cadangan saya ialah stadium-stadium di Malaysia perlu ditambah baik dan menjaga lebih rapi
supaya dikenali seluruh negara akan kecantikan dan seni binanya.
G.Lampiran

Colloseum Akueduk

Pantheon Stadium Nasioanal


Bukit Jalil
Tempat Mandi Awam
Jalan Raya Rom Amfiteater

Tempat berdialog
H.Sumber rujukan

• https://
www.slideshare.net/nazri35/sekolah-menengah-kebangsaan-seri-indahdocx-musseum
docx
• https://youtu.be/AbzoZbsqgnQ
• Buku teks Sejarah Tingkatan 1
-Mohd bin Samsudin,Azharudin bin Mohamed Dali,Sharifah Afidah binti Syed
Hamid,Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur (2016).
• https://anyflip.com/wmlwa/mboa/basic
• https://anyflip.com/pjrkm/rsxt/basic

Anda mungkin juga menyukai