Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN A

1. Lukis rajah 8 arah mata angin bersama nilai darjahnya yang lengkap.

Jawapan:

2. Bagaimanakah kemajuan teknologi dapat mempengaruhi cara menentukan arah?

Jawapan:

Kemajuan teknologi dapat mempengaruhi cara menentukan arah dengan adanya


inovasi dalam pemetaan dan satelit yang membantu masyarakat untuk menentukan arah
atau lokasi. Penentuan arah menjadi lebih cepat walaupun kita berada di wilayah yang
belum pernah kita kujungi.Kemajuan teknologi dalam internet komunikasi dan jaringan
memiliki peranan yang sangat penting. Sebagai contoh dengan adanya kemudahan
seperti Google Maps dan aplikasi Waze,kita dapat mengakses pelbagai tempat di
seluruh dunia dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon pintar.

1
3. Menggunakan rajah, nyatakan perbezaan antara latitud dan longitud.

Jawapan:
Latitud Longitud
Garisan yang dilukis secara mendatar Garisan yang dilukis dari secara
pada glob menegak dari kutub utara hingga selatan
Diukur dari 0 darjah hingga 90 darjah Ukuran sudut bagi garisan longtitud ialah
: Zon Barat 00 – 180oB
Zon Timur 0o -180oT
Penentu lokasi atau kedudukan Penentu waktu

4. Sejauh manakah penggunaan GPS penting dalam menentukan kedudukan dalam dunia
moden hari ini? Bincangkan.

Jawapan:
Sistem penentudukan Global (GPS) diperkenalkan oleh jabatan pertahanan Amerika.Ia
juga dikenali dengan nama rasminya NAVSTAR-GPS.Secara nominal, GPS terdiri
daripada 24 satelit yang diancarkan secara berperingkat bermula dari tahun 1978.

Kegunaan GPS pada masa kini adalah untuk tujuan navigasi atau penunjuk arah.GPS
digunakan untuk menunjukkan arah digital jika kita tersesat di jalan. Selain itu,ia juga
digunakan dalam sistem informasi geografi dalam pembuatan peta seperti mengukur
jarak atau sebagai referensi pengukuran .

2
5. Lukis 10 simbol ciri budaya dan 10 simbol ciri fizikal. Label dan warnakan.

Jawapan:
Ciri Budaya Ciri Fizikal

Jalan Raya Kontur

Lorong jalan kaki Hutan

Landasan kereta api Pantai

Jeti Rumput

Kawasan Lombong Paya Bakau

Tali Air Air terjun

Benteng Tanda Tinggi

Masjid Sungai

Petempatan Gunung

Kelapa Pulau

3
6. Namakan negeri tempat tinggal anda dan nyatakan 5 keistimewaannya.

Jawapan:

Negeri tempat tinggal saya ialah Negeri Kedah dan antara keistimewaan negeri ini ialah
negeri ini merupakan antara pengeluar beras utama di Malaysia dan oleh sebab itulah
negeri Kedah diberi jolokan sebagai Negeri Jelapang Padi. Kedua negeri ini juga
mempunyai beberapa tempat tarikan perlancongan seperti Pulau Langkawi,Air Terjun
Gunung Jerai,Pantai Merdeka dan Kolam Air Panas. Ketiga,melalui sejarah dahulu
terdapat beberapa gug gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat
persinggahan masyarakat zaman prasejarah yang banyak terdapat di daerah Kubang
Pasu,Kota Star dan Baling. Keempat,negeri Kedah juga telah dimajukan kearah industri
automatif dan aeroangkasa apabila Modenas dan Rencam Asia menubuhkan
pangkalan. Selain itu,kawasan ekonomi ini adalah sebahagian daripada Wilayah
Ekonomi Koridor Utara.Yang kelima adalah Alor Setar merupakan lokasi kelahiran
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri keempat yang ketujuh.

7. Bincangkan Teori Hanyutan Benua dan kesannya kepada bumi pada hari ini.

Jawapan:

Teori Hanyutan Benua ialah teori yang menerangkan proses pengerakan benua yang
telah berlaku berjuta tahun dahulu dan kesan dari teori ini ialah berlakunya perubahan
kedudukan benua atau proses hanyutan benua. Hanyutan benua masih berterusan
sehingga kini sehingga kini sehingga menghasilkan 7 benua besar. Setiap plat hanyut
di pelbagai arah dengan purata pergerakan 5mm setahun.

4
8. Keempat-empat komponen sistem fizikal bumi mempunyai saling perkaitan. Sekiranya
berlaku gangguan terhadap salah satu komponen, komponen lain akan turut terjejas.
Bincangkan

Jawapan:

Jika salah satu dari empat komponen bumi terjejas,maka,komponen lain juga akan turut
terjejas.Sebagai contoh,jika Hidrosfera bumi menghadapi gangguan atau
pencemaran,maka Biosfera bumi juga akan terjejas kerana habitat hidupan akuatik telah
terjejas.Selain itu,manusia juga akan kehilangan sumber makanan akuatik seperti
ikan,udang dan rumpai laut.Disamping itu,industri pertanian juga akan mengalami
kerugian.

9. Nyatakan lapisan-lapisan atmosfera dan kegunaannya.

Jawapan:

Lapisan-lapisan atmosfera terbahagi kepada 4 iaitu troposphere yang fungsinya


mengandungi udara untuk bernafas,Stratosphere untuk penerbangan kapal
terbang,Mesosphere iaitu lapisan dimana meteor akan hancur,Thermosphere pula
memantulkan signal radio dan Exosphere ialah lapisan dimana satellit mengorbit bumi.

5
10. Bagaimanakah kawasan tanah pamah dan tanah tinggi dapat memberi sumbangan besar
terhadap pembangunan ekonomi Malaysia?

Jawapan:

Kawasan tanah pamah dapat memberi sumbangan besar terhadap ekonomi Malaysia
kerana kawasan tanah pamah yang rata sesuai menjadi tempat penempatan kerana
tanah yang stabil.Selain itu,kawasan tanah pamah pamah juga dilengkapi kemudahan
infrastruktur asas berpotensi menjadi kawasan perindustrian dan perdagangan.Kawasan
tanah pamah juga sesuai untuk tanah pertanian seprti padi dan getah.Disamping
itu,kawasan tanah tinggi pula mempunyai pemandangan yan menarik untuk
pelancongan.Seterusnya,kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman hawa seperti di
Cameron Highlands.Akhir sekali,kawasan tanah tinggi sering menerima hujan yang
banyak yang sesuai untuk perjanaan kuasa hidroelektrik seperti Empangan Kenyir dan
Empangan Bakun.

11. Bincangkan 5 kepentingan sungai di Malaysia dan setiap kepentingan disertai dengan
sekeping gambar yang menunjukkan situasi yang anda nyatakan.

Jawapan:

Antara kepentingan sungai di Malaysia ialah yang pertama,sungai sering digunakan


untuk tujuan pengangkutan dan perhubungan.Contohnya seperti sungai di Sabah dan
Sarawak yang menjadi jalan pengangkutan utama antara kawasan pendalaman dengan
bandar.Selain itu,sungai juga berfungsi sebagai sumber pengairan kerana air sungai
digunakan untuk mengairi kawasan penanaman padi.Seterusnya,sungai juga digunakan
untuk penjanaan kuasa hidroelektrik.Buktinya , terdapat beberapa empangan yang
dibina di sungai-sungai yang beraliran deras untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Disamping itu,sungai juga berfungsi sebagai sumber protein dengan menjadi kawasan
sungai sebagai pusat perikanan air tawar seperti ikan tilapia,patin dan jelawat.Akhir
sekali,sungai juga menjadi antara tempat rekreasi seperti Sungai Kampar yang terkenal
dengan aktiviti meredah jeram.

6
12. Lukis dan nyatakan proses pembentukan muka bumi yang berlaku di peringkat hulu,
tengah dan hilir sungai.

7
13. Lukis, label dan warnakan dengan lengkap kesemua bentuk muka bumi pinggir laut.

8
14. Bincangkan 4 faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia bersama
contoh sesuai bagi setiap faktor.

Jawapan:
1. Kawasan tanah pamah berpenduduk padat memudahkan pembinaan penempatan
dan jaringan pengangkutan serta sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi
2. Pembukaan bandar baharu menarik penduduk bertumpu pada ke kawasan tersebut
3. Peluang pekerjaan seperti petanian,perikanan,perlombongan,dan perniagaan bagi
memudahkan mencari sumber pendapatan
4. Kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik,air,jaringan pengangkutan dan
telekomunikasi mempengaruhi taburan penduduk seperti contoh,kawasan yang
jaringan pengangkutan padat akan mempunyai taburan penduduk yang padat.

9
15. Lukis 4 pola petempatan di Malaysia, warnakan dan nyatakan ciri-cirinya.

Jawapan:

Pola petempatan Ciri-ciri

Petempatan berpusat  Susun atur rumah atau bangunan adalah


rapat

 Terdapat di kawasan taman perumahan


atau persimpangan jalan

 Terdapat kemudahan seperti rumah


ibadat,kedai,pejabat pos dan pasar

Petempatan berkelompok  Susun atur cara rumah atau bangunan


adalah rapat dalam satu kelompok dan
terancang

 Terdapat kawasan ladang getah dan


ladang kelapa sawit di tanah rancangan
FELDA

Petempatan berjajar  Susun atur cara rumah atau bangunan


adalah secara berderetan atau selari di
sepanjang jalan raya

 Terdapat di sepanjang sungai dan kawasan


pinggir laut

Petempatan berselerak  Susun atur rumah atau bangunan adalah


jauh antara satu sama lain,kelihatan tidak
sekata.

 Terdapat di kawasan kebun kecil


getah,kebun sayur dan sawah padi

10
16. Bezakan fungsi petempatan bandar dan luar bandar di Malaysia dari segi aspek
ekonomi, sosial dan kerajaan.

Jawapan:

Perbezaan dari aspek ekonomi

Petempatan bandar Petempatan luar bandar


Bandar perindustrian Pusat perlancongan desa
Bandar perlancongan Pusat pengumpulan hasil pertanian
Bandar perniagaan Pusat penternakan

Perbezaan dari aspek sosial

Petempatan bandar Petempatan luar bandar


Bandar diraja Menyediakan kemudahan sosial
Bandar sempadan
Bandar pentadbiran

Perbezaan dari aspek kerajaan

Petempatan bandar Petempatan luar bandar


Bandar pentadbiran Pusat pengurusan pentadbiran
Bandar pertahanan Pusat kegiatan masyarakat
Bandar pentadbiran

11
17. Dalam satu rajah yang lengkap, senaraikan nama negara yang terletak di Tanah Besar
Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.

Jawapan:

Negara Tanah Besar Asia Tenggara Negara Kepulauan Asia Tenggara


Kemboja Brunei
Laos Filipina
Myanmar Indonesia
Thailand Malaysia
Vietnam Singapura
Timor Leste

18. Bandingkan bentuk muka bumi, sungai dan tasik antara Malaysia dan 2 buah negara di
Asia Tenggara yang anda pilih.

Jawapan:

Bentuk muka bumi sungai

Sungai Rajang,Malaysia Sungai Mekong,Thailand Sungai Irrawaddy,Myanmar


Sungai yang terpanjang di Sungai terpanjang di Asia Sungai utama dan terpanjang
Malaysia Tenggara di Myanmar
Sepanjang 563 KM Sepanjang 4880 KM Sepanjang 2293 KM
Mengalir dari banjaran Iran Mengalir dari dataran Tibet Mengalir Andalamandari
ditengah Pulau Borneo ke di utara melalui Mandalay di utara melalui
Laut China Selatan di Barat China,Myanmar,Thailand,L Yangon ke Telukan Martaban
aos,Kemboja dan Vietnam di selatan dan berakhiri ke
Laut Andaman

12
Bentuk muka bumi tasik

Tasik Kenyir,Malaysia Danau Toba,Indonesia Tonle Sap,Kemboja


Tasik buatan Malaysia Tasik vulkanik yang Tasik air tawar semula jadi
terbesar di Asia Tenggara terbentuk akibat letusan terbesar di Asia Tenggara
gunung berapi di Banjaran
Barisan
Berkeluasan 38000 Hektar Bersaiz 100 KM panjang dan Panjang 120 KM
30 Km lebar
Tempat rekreasi dan Merupakan pusat pengairan Membekalkan air untuk
perlancongan yang terkenal serta kegunaan domestic
membekalkan air untuk penduduk Kemboja dan
kegunaan domestic dan sistem pengairan untuk
pengairan pertanian kegiatan menanam padi

19. Berikan 4 nama sungai terpenting di Asia Tenggara dan kegunaannya masing-masing
terhadap penduduk dan ekonomi negara tersebut.

Jawapan:

Nama Sungai Kegunaan


Sungai Irrawaddy Sumber protein
Menam Chao Phraya Jalan pengangkutan utama untuk
mengangkat kayu balak
Sungai Mekong Kegiatan pertanian
Sungai Mahakam Sumber air, kawasan perikanan dan sebagai
laluan air

13
20. Mengapakah rantau Asia Tenggara terkenal sebagai kawasan pelancongan yang perlu
dilawati? Berikan contoh-contoh sesuai untuk menyokong hujah anda.

Jawapan:

Kawasan rantau Asia Tenggara perlu dilawati kerana kebanyakan kawasan


perlancongan itu mempunyai banyak makanan enak seperti di Sup Tulang Merah yang
dihidangkan di Singapura.Seterusnya,kekayaan budaya juga merupakan antara sebab
ramai pengunjung yang melancong ke lokasi tersebut seperti Rumah Panjang yang
terdapat di Sarawak,Malaysia. Selain itu,spesies flora dan fauna yang hanya terdapat di
negara tersebut juga menjadi antara penarik pelancong seperti Bornean Sun Bear yang
hanya terdapat di Sandakan,Sabah.

21. Kebanyakan bandar utama di Asia Tenggara mengalami masalah pencemaran dan
setinggan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku serta huraikan cara-
cara untuk mengatasi setiap permasalahan tersebut.

Jawapan:

Pada pendapat saya,keadaan pencemaran dan setinggan di bandar bandar utama kerana
pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil disebabkan kos sara hidup yang tidak stabil.
Cara penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan menambah peluang pekerjaan dan
perniagaan serta mengkaji semula kos sara hidup aga kos sara hidup berpadanan dengan
penduduk. Seterusnya, pencemaran pula berlaku disebabkan kepadatan di dalam bandar
dan rumah rumah setinggan yang dibina akibat kos sara hidup tidak stabil.Kita dapat
mengelakan hal ini dengan menyediakan tempat perlindungan atau penempatan di
bandar bagi mengurangkan kepadatan dan rumah setinggan yang banyak menyebabkan
pencemaran. Akhir sekali, punca terakhir ialah pertumbuhan ekonomi yang tidak sekata
yang menyebabkan kepadatan dan penghasialn sampah yang tidak sekata. Bagi
menyelesaikan hal ini , kita perlu mewujudkan peluang pekerjaan secara sekata bagi
mngurangkan

14
22. Apakah perbezaan antara maksud sumber air permukaan dan sumber air bawah tanah?

Jawapan:

Air Permukaan Air Bawah Tanah


Air yang mengalir di permukaaan bumi Air yang mengalir di bawah permukaan bumi
Menyumbang lebih kurang 97 peratus Menyumbang lebih kurang 2 peratus sumber
sumber air mentah air mentah

23. Fenomena cuaca mempunyai hubung kait dengan sumber air di Malaysia. Jelaskan.

Jawapan:

Fenomena cuaca berkait dengan sumber air di Malaysia. Sebagai contoh apabila
Malaysia dilanda fenomena seperti kemarau atau Elnino ianya boleh menjejaskan
sumber air di Malaysia. Jika berlakunya musim kemarau atau El Nino ini, tadahan air
akan semakin berkurang. Hidupan air akan terjejas dan akan berlakunya kemusnahan
tanaman kerana kekurangan air.

Selain itu jika berlaku banjir, ianya juga dapat menjejskan sumber air di Malaysia.
Sumber air bersih amat sukar didapatkan pada musim banjir. Ini termasuk kehilangan
rawatan air minum dan bekalan air, yang mungkin mengakibatkan ketiadaan air minuman
atau pencemaran air yang teruk

15
24. Sebagai pelajar, apakah sumbangan anda dalam membantu pihak sekolah
menguruskan sisa domestik yang terdapat di kawasan sekolah?

Jawapan:

Sebagai pelajar,saya akan menyumbang kepada pihak sekolah untuk membantu


mengurangkan sisa domestik dengan mencadangkan pihak sekolah untuk mewujudkan
pengunaan tong kitar semula dan mengamalkan amalan 3R di sekolah setiap hari.Selain
itu,Sisa domestik seperti lebihan makanan boleh dijadikan baja kompos.

25. Bagaimanakah kempen yang sesuai serta dapat memberikan kesedaran kepada
penduduk tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran?

Jawapan:

Kempen 3R,Kempen Cintailah Sungai Kita dan Kempen Cintai Alam Sekitar adalah
antara kempen yang dapat memberi kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya
menjaga alam sekitar dengan menjalankan kempen melalui media sosial,agensi
kerajaan,agensi bukan kerajaan(NGO),pihak berkuasa tempat dan individu.

26. Amalan 3R mampu mengurangkan pembuangan sisa domestik di kawasan kediaman.


Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?

Jawapan:

Saya sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa amalan 3R dapat mengurangkan


pembuangan sisa domestik kerana amalan 3R dapat mengurangkan pengunaan barang
yang menyebabkan sampah seperti plastik,mengunakan semula barang yang
menyebabkan sampah seperti beg plastik dan amalan 3R juga dapat menghasilkan
barangan baharu daripada barangan terbuang seperti kraf tangan.

16

Anda mungkin juga menyukai