Anda di halaman 1dari 58

 PUISI TRADITIONAL: PANTUN ALAM REMAJA

Pantun Maksud rangkap


Elok rupanya kumbang jati, Anak-anak akan berasa sangat gembira
Dibawa itik pulang petang; sewaktu menyambut kepulangan ibu ke
Tidak terkatakan besar hati, rumah.
Melihat ibu sudah pulang.

Dibawa itik pulang petang, Ketakutan dan kerisauan anak-anak


Dapat di rumput bilang-bilang; sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila
Melihat ibu sudah pulang, melihat ibu pulang ke rumah.
Hati cemas menjadi hilang.

Ayam kinantan terbang mengekas, Anak-anak akan berasa sangat gembira


Hinggap di ranting bilang-bilang; jika ibu cepat pulang ke rumah.
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

Kita menari keluar bilik, Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu


Sebarang tari kita tarikan; bersama-sama.
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Hanyut batang berlilit kumpai, Kepulangan ayah dan ibu ke rumah


Terdampar di ujung Tanjung Jati; merupakan detik yang paling
Bonda pulang bapa pun sampai, menggembirakan bagi   anak-anak.
Kita semua berbesar hati.

Ramai orang bersorak-sorak, Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa


Menepuk gendang dengan rebana; membuatkan anak-anak berasa gembira.
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

Mahulah kami hendak melapun, Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi


Lapun dibawa orang menjaja; anak-anak yang gemar berpantun kerana
Jangan marah kami berpantun, anak-anak yang masih kecil dan
Budak kecil biasa manja. ingin  bermanja.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan
Sdn. Bhd.) 

Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.
Persoalan
1. Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan
kepada anak-anak.

2. Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di
rumah.

3. Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyarnbut kepulangan ibu bapa.

4. Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan


antara adik-beradik.

5. Pernberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-anak.

6. Anak- anak yang kecil masih ingin bermanja dengan ibu bapa.

Bentuk Pantun
a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.

b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama, iaitu 4 baris setiap rangkap.

c) Ada pembayang dan maksudnya.

d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata.
Contohnya, Kita menyanyi adik-beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung
Tanjung Jati (4 patah kata)

e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata.
Contohnya, Elok rupanya kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan
celana (10 suku kata)

f) Pantun ini berbentuk terikat.

Unsur Bunyi
a) Asonansi.Contohnya,
 Tidak terkatakan besar hati  (perulangan vokal a)
 Menepuk gendang dengan rebana  (perulangan vokal e)

b) Aliterasi. Contohnya,
 Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b)
 Dibawa itik pulang petang  (perulangan konsonan p)

c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,


 rangkap 1: abab
 rangkap 2: aaaa
 rangkap 3: abab
 rangkap 4: abab
 rangkap 5: abab
 rangkap 6: abab
 rangkap 7: abab.

Gaya Bahasa Lisan

a) Inversi. Contohnya,
 Elok rupanya kumbang jati
 Sebarang tari kita tarikan
 Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

b) Kata ganda. Contohnya,


 adik-beradik
 bilang-bilang
 bersorak-sorak.

c) Penggunaan unsur alam. Contohnya,


 kumbang jati
 Itik
 Rumput
 ayam kinantan
 Ranting
 kumpai.

d) Peribahasa. Contohnya, besar hati.

e) Repetisi. Contohnya, • kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)

Nilai

(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin
kebahagiaan keluarga.

(b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga


keselamatan anak-anak.

(c) Baik hati/ Murah hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat
menggembirakan hati penerima.

(d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu
bergurau senda merupakan sikap yang terpuji.

(e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan


dalam kalangan anggota keluarga.

Pengajaran
a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.

b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.

c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota


keluarga.

d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku
kesilapan sewaktu bergurau senda.

e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita
hingga dewasa.
PUISI TRADITIONAL:  PANTUN KIASAN

Pantun Maksud Pantun


Tikar pucuk tikar mengkuang, Rangkap 1: Perbuatan membazir adalah suatu
Alas nikah raja Melayu; amalan yang merugikan.
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai, Rangkap 2: Orang yang merantau selalunya


 Burung dekut meniti batang; akan merendah diri apabila berada di tempat
Saya dagang tidak terpakai, orang.
Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam tebang kenanga, Rangkap 3: Sebelum menginginkan sesuatu


Batangnya tumbang menimpa gedung; yang dianggap mustahil (impossible),
Kumbang mengidam nak seri bunga, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan
Bunga kembang di puncak gunung. diri kita lebih dahulu.

Pokok terap tumbuh di bukit, Rangkap 4: mengharapkan sesuatu yang belum


Belat berbanjar panjang ke hulu; pasti.
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap, Rangkap 5: Sikap seseorang yang sombong


Budak-budak melempar burung; dengan kebolehan diri serta memandang rendah
Harimau di hutan lagi kutangkap, terhadap orang lain.
Kononlah pulak cicak mengkarung.

Air surut memungut bayam, Rangkap 6: Jangan suka membesar-besarkan


 Sayur diisi ke dalam kantung; kejayaan yang tidak seberapa.
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Anak punai anak merbah, Rangkap 7: Pendirian manusia sering berubah-


Hinggap di tonggak mencari sarang; ubah.
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hatinya orang.

Rotan siput rotan berlingkar, Rangkap 8: Perasaan marah akan segera hilang
Anak itik patah kakinya; dengan adanya nilai kesabaran dalam diri.
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.

Raut bilah pembatang taut, Rangkap 9: Orang yang merantau akhirnya


Kail berada dalam raga; akan kembali ke tempat asalnya semula.
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.
Sangkut terendak dekat beranda, Rangkap 10: Setiap perkara yang berlaku dan
Orang Papua anyam tak sudah; diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.

Bunga geti bergulai temenung, Rangkap 11: Menginginkan sesuatu yang besar
Di hari raya memakan tapai; tetapi tidak mempunyai keupayaan.
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.

Suasa bertahil emas berbungkal, Rangkap 12: Jika pengetahuan sedikit,


Tetapi intan tiada sesaga; janganlah hendak melawan orang yang lebih
Kalau kail panjang sejengkal, banyak pengetahuannya.
Usah lautan hendak diduga.

Dang Nila memangku puan, Rangkap 13: Sudah bersiap sedia untuk
Berembang buah pedada; mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.

Hari hujan puyuh mendengut, Rangkap 14: Jika semasa masih muda sudah
Mendengut marl sepanjang jalan; malas, apatah lagi setelah usia tua; sedangkan
Air dalam kapar tak hanyut, semasa makmur tidak senang, apatah lagi
Kononlah pula kemarau panjang. semasa susah.

Berilah saya pisau raut, Rangkap 15: Seseorang yang inginkan sesuatu
Hendak meraut bingkai tudung; di luar kemampuannya.
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.

Laksana gadis Menteri Bogor, Rangkap 16: Orang yang melakukan dosa
Bijak membilang ayam betina; tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.

Hilir berderap mudik berderap, Rangkap 17: Seseorang yang mempunyai rupa
Patah galah haluan perahu; paras yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.

Tema
Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif
sehingga boleh menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.

Persoalan
a) Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.

b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.

d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.

e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

f) Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.

g) Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.

h) Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa,
begitu juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.

i) Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.

j) Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.

Bentuk

a) Pantun ini terdiri daripada tujuh belas rangkap.

b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

Unsur bunyi

a) Asonansi. Contohnya,
 Alas nikah raja Melayu    (perulangan vokal a);
 Limau Bentan ditepi tingkap    (perulangan vokal e);
 Hujan ribut gunung terbakar  (perulangan vokal i);

b) Aliterasi. Contohnya,
 Buah bacang masak serangkai (perulangan konsonan b);
 Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan konsonan d);

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
1.    Hiperbola. Hujan ribut gunung terbakar,
     Embun setitik padam apinya.  

2.    Inversi Ikan busuk jangan dibuang;


     Gila apakah ikan di laut.

3.    Penggunaan unsur alam ikan;burung dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga;
    
4.    Peribahasa Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh
     sekampung;
5.    Personifikasi nyawa menangis di pintu kubur.
    
6.    Repetisi tikar (rangkap 1, baris 1);
    
7.    Sinkope Kilat memancar hujan tak lalu;
    
8.    Simile Macam melukut di tepi gantang;
    

6.      Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai berjimat cermat Kita mestilah mengelakkan diri daripada
melakukan pembaziran.
Nilai kesabaran Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan
kemarahan dalam diri
Nilai berbudi bahasa Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita akan
dipandang mulia oleh masyarakat.
Nilai merendah diri Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke
tempat orang.
Nilai keinsafan. Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.
PUISI TRADITIONAL:  PANTUN BUDI

Pantun Maksud pantun


Tenang-tenang air di laut, Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa
Sampan kolek mudik ke tanjung; dikenang dan menjadi sebutan orang.
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi, Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi


Yang merah saga; dan bahasa yang tinggi.
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa
Bunga seroja di tepi kali; akan dipandang hina.
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu, Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup,


Jatuh daunnya ke dalam ruang; kekayaan lebih diutamakan daripada budi
Adat dunia memang begitu, bahasa.
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,  Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan
Pandai melompat pandai menari; kita sentiasa berbudi bahasa.
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi, Rangkap 6 Orang yang berbudi akan


Sampan sakat di Pulau Angsa; dipandang mulia, manakala martabat bangsa
lndah tampan kerana budi, dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padang Temu Padang baiduri, Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan
Tempat raja membangun kota; lebih hebat jika bersama-sama dengan orang
Bijak bertemu dengan jauhari, yang sama taraf dengannya.
Bagai cincin dengan permata.

Tema
Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana
bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa. 

Persoalan
a) Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

b) Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka


lupa akan nilai budi bahasa.
c) Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

d) Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.

e) Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.

f) Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang
bijaksana.

Bentuk
a) Puisi ini terdiri daripada tujuh rangkap.

b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya, setiap rangkap


empat baris;

c) Ada pembayang dan maksudnya.

d) Jumlah suku kata 4 hingga 7.

e) Puisi jenis terikat.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Anafora (ulangan perkataan di Yang kurik kundi,
hadapan) Yang merah saga, Yang  baik
Penggunaan unsur alam air; laut; tanjung; bunga melati;batu.
Peribahasa/simile Bagai cincin dengan permata
Personifikasi. Bijak bertemu dengan jauhari.
Repetisi. budi (rangkap 1, baris 4)
Responsi (perulangan perkataan Indah tampan kerana budi, Tinggi
yang sama di tengah ayat). bangsa kerana bahasa.

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai berbudi bahasa. Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi
bahasa agar sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat
Nilai mengenang jasa. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi
kepada kita.
Nilai kebijaksanaan Kita disarankan supaya menjadi golongan
yang bijaksana agar dapat membantu untuk
membangunkan bangsa dan negara.
PUISI TRADITIONAL:  PANTUN NASIHAT

Pantun Maksud Pantun


Tanam balik buah peria, Jika hendak membuat pekerjaan yang baik,
Buah peria mahal sekali; janganlah berlebih- lebihan sehingga tidak
Buat baik berpada-pada, kena pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat
Buat jahat jangan sekali. hendaklah dihindarkan sama sekali.

Ketua-ketua raja duduk, Sesuatu yang haram dan memabukkan


Jangan ditimpa pagan; hendaklah tidak diambil sama sekali.
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?

Meninjau berpadi masak, Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau


Batang kapas bertimbul jalan; berpanjangan.
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.

Pulau di balik Pulau Gosong, Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita
Pandan di Jawa diranggungkan; tidak menanggung sengsara.
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.

Hangus bertih berwarna merah, Seseorang isteri hendaklah mengelakkan diri


Mari dituang ke dalam kain; daripada memarahi suami yang sedang letih
Suami yang letih usah dimarah, kerana dikhuatiri dia akan mencari perempuan
Kelak terbang ke bunga lain. lain.

Anak Cina membawa surat, Hendaklah beradat ketika hidup di dunia dan
Dari Perak langsung ke Deli; bahasa itu tidak dapat dijual beli.
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Pisang kelat digonggong helang, Para perantau dinasihatkan agar pandai


Jatuh ke lubuk lnderagiri; membawa diri di tempat orang.
Jikalau berdagang ke rantau orang,
Baik-baik membawa diri.

Tema
Nasihat yang dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar sentiasa melakukan
kebaikan. Pelanggaran norma dalam masyarakat akan membawa keburukan dalam
kehidupan.

Persoalan
a) Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.
b) Melakukan perbuatan haram akan membawa kemudaratan.
c) Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan.
d) Berhati-hati mengucapkan tutur kata kerana jika tersilap berkata-kata buruk
padahnya.
e) Persefahaman antara suami dengan isteri mampu menjamin kebahagiaan rumah
tangga.
f) Budi bahasa amat penting dalam hidup bermasyarakat.
g) Adat orang merantau mestilah pandai membawa diri di tempat orang.

Bentuk
a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama iaitu empat baris satu rangkap.
c) Ada pembayang dan maksudnya.
d) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara tujuh hingga sebelas suku kata.
e) Pantun ini berbentuk terikat.

Unsur Bunyi

a) Asonansi. Contohnya,
 Batang kapas bertimbal jalan  (perulangan vokal a);
 Hangus bertih berwarna (perulangan vokal e);

b) Aliterasi. Contohnya,
 Buat baik berpada-pada   (perulangan konsonan b);
 Hidup di dunia biar beradat  (perulangan konsonan d).

Gaya Bahasa

Anafora (perulangan kata pada awal Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan


baris). sekali.
Inversi. Buat jahat jangan sekali;

Penggunaan unsur alam. buah peria; padi; kapas; panas; hujan;


pulau;
Repetisi. buah peria (rangkap 1, baris 1 dan 2)
Simile. Bagai panas mengandung hujan.

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai baik hati. Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan
diri daripada melakukan kemungkaran.
Nilai rasional. Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang haram supaya hidup kita tidak binasa.
Nilai ketabahan Kita hendaklah tidak terlalu bersedih dengan dugaan yang
menimpa diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri
sendiri.
Nilai berhati-hati. Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata supaya diri kita
terhindar daripada sebarang bencana.

PANTUN KASIH SAYANG


Pantun Maksud pantun
Buah mengkudu kusangka kandis, Wajah (muka) seseorang kelihatan berseri-
Kandis terletak di dalam puan; seri(bersinar) kerana senyumannya yang
Gula madu kusangka manis, menawan.
Manis lagi senyuman tuan

Asap api di Tanjung Tuan, Harapan yang tinggi terhadap seseorang


Kuala Linggi bakaunya rendah; tetapi akibat tersilap perhitungan, harapan
Harap hati kepada tuan, tidak kesampaian.
Langit tinggi kupandang rendah.

Anak udang meniti batang, Menyimpan impian untuk mendapatkan


Berasa dahan terlmpai; seorang wanita yang cantik serta tiada
Melihat bulan di pagar bintang, bandingannya.
Bagaikan rasa hendak dicapai.

Jalan-jalan sepanjang jalan, Menggunakan muslihat (tipu helah) untuk


Singgah menyinggah di pagar orang; memikat anak gadis(anak perempuan) orang.
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.

Bila masa dipanggil maut, Rangkap 5: Seseorang perempuan dan lelaki,


Cinta tidak berharga lagi; kalau sudah jodoh akan bertemu juga
Asam di darat ikan di laut, akhirnya.
Sampai masa berjumpa lagi.

Tema
Kasih sayang antara teruna dengan dara. Namun begitu, untuk mencapai impian
supaya dapat hidup bersama-sama kadangkala kita terpaksa menempuh berbagai-
bagai halangan seperti perbezaan darjat atau perpisahan.

Persoalan
a) Perwatakan yang menarik akan menyebabkan kita disukai oleh ramai orang.
b) Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar dianggap mustahil kerana adanya
kekurangan diri.
c) Sanggup berpura-pura untuk mencapai sesuatu tujuan.
d) Perpisahan yang berlaku tidak semestinya terpisah untuk selama-lamanya kerana
pada suatu hari nanti pasti akan bertemu semula.

Bentuk
a) Pantun ini terdiri daripada lima rangkap.
b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
c) Ada pembayang dan maksudnya.
d) Jumlah suku kata 4 hingga 7.
e) Pantun jenis terikat.
Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya, Kandis terletak dalam puan (perulangan vokal a)


(b) Aliterasi. Contohnya, Asam didarat ikan di laut. (perulangan konsonan d)
(c) Rima akhir :
·       rangkap 1: abab
·       rangkap 2: abab
·       rangkap 3: abab
·       rangkap 4: abcb
·       rangkap 5: abab

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Kata ganda. jalan-jalan; singgah-menyinggah;
Penggunaan unsur alam buah mengkudu; kandis; ayam, udang, laut
Personifikasi. Anak udang meniti batang.
Repetisi. kandis (rangkap 1, baris 1 dan 2);
Simile Bagaikan rasa hendak dicapai.

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai kasih sayang. Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
Nilai rasional. Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu
yang dianggap mustahil.
Nilai keikhlasan. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam
kehidupan.
PUISI TRADITIONAL:  Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

Syair Maksud Syair


Tamatlah kitab dikarang orang, Penyair telah tamat mengarang kitab
akalnya pendek ilmunya kurang, supaya dapat dijadikan SYAIR
daripada sangat hajatku gerang, NASIHAT
diperbuat juga sebarang-barang.

Melepaskan hati yang terbuku, Ayah berharap agar anaknya akan


pengajaran kepada sekalian anakku, mudah- menjaga tingkah laku dan menjadi
mudahan betul tingkah dan laku, perangai insan yang berakhlak mulia.
yang baik biar terpaku.

Dengarkan tuan ayahanda berperi, Ayah menasihati anaknya agar tidak


kepada anakanda muda bestari, bersikap malas.
nasihat kebajikan ayahanda beri,
amalkan jangan malas dan ngeri.

Ayuhai anakanda muda remaja, Menurut ayahnya lagi, jika anaknya itu
jika anakanda menjadi raja, menjadi raja, dia hendaklah bertindak
hati yang betul hendaklah disahaja, dengan betul dan rajin bekerja.
serta rajin pada bekerja.

Kerja kebajikan janganlah malas, Ayah menasihati anaknya supaya rajin


zahir dan batin janganlah culas, berbuat kebajikan. Pada masa yang
jernihkan hati hendaklah ikhlas, sama, hati perlulah ikhlas dan bersih.
seperti air di dalam gelas.

Menuntut ilmu janganlah segan, Ayah menasihati anaknya supaya tidak


ilmu yang benar jangan yang bukan, malas untuk menuntut ilmu. Ilmu yang
iaitu ilmu yang kebajikan, drtuntut itu mestilah ilmu yang betul
di kitab ini sudah disebutkan. seperti yang telah diperintahkan oleh
Allah SWT.
Hendaklah anakanda mengaji selalu, Ayah menasihati anaknya agar rajin
dari yang lain lebihkan dulu, mengaji dan hal ini perlu diberi
had syarak janganlah dilalu, keutamaan daripada hal yang lain.
tidaklah anakanda beroleh malu. Hukum syarak pula tidak boleh
dilanggar kerana akan
menyebabkannya mendapat malu.
Segala perbuatan dengan berilmu, Sebarang tindakan perlu didasarkan
maka kebajikan boleh bertemu, kepada ilmu pengetahuan agar
jika sebarang-barang diramu, membawa kebaikan. Ayah juga
akhirnya anakanda jatuh tersemu menasihati anaknya agar berhati-hati
dalam melakukan setiap perkara agar
tidak terjerumus dalam perkara yang
membawa kemudaratan.
Ilmu itu benar faedahnya, Ilmu itu banyak manfaatnya kerana
membezakan hak dengan batilnya, dengan ilmu, perkara yang benar
mengetahui rakyat benar salahnya, dengan perkara yang tidak benar dapat
supaya dihukumkan dengan adilnya. dibezakan. Dengan adanya ilmu,
pemimpin dapat mengetahui sama ada
rakyat benar atau salah dan dapat
menjatuhkan hukuman yang adil
kepada mereka.
Jika ilmu tidak diendah, Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu
sebab anakanda capak permudah, dianggap remeh, hal ini tentu akan
rakyat datang membawa gundah, membawa masalah kepada anaknya
anakanda tercengang tunduk tengadah jika menjadi pemerintah. Jika ada
rakyat yang datang untuk menyatakan
masalah, anaknya tidak akan dapat
menyelesaikan masalah tersebut kerana
tiadanya ilmu pengetahuan.
Hendak menghukumkan tiada tahu, Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan
hendak diam hati tak mahu, hukuman dan tidak mahu pula berdiam
berpeluk tubuh tangan ke bahu, sahaja. Anaknya itu cuma mampu
mengeluh mengucap mengata Allahu. berpeluk tubuh dan menyebut nama
Allah SWT.
Terkadang duduk mendiamkan diri, Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata
sepatah tidak mengeluarkan peri, apa-apa. Setelah penat duduk dan
penat duduk bangkit berdiri, bangun, anaknya itu akan
lalu masuk ke dalam purl. menyembunyikan diri di dalam istana.

Orang berdakwa duduk menanti, Orang yang ingin mendapatkan


serta dengan bersakit hati, pengadilan akan menjadi marah kerana
hairan takjub tidak mengerti, perbicaraan belum pasti dapat
sebab bicaranya belum pasti. dilakukan.

Terkadang dihukumkan dengan biladah, Sebarang hukuman tidak boleh diambil


bukannya syarak bukannya 'adah, mudah. Jalan yang terbaik ialah
ambil lekas jalan yang mudah, kembali merujuk kepada hukum syarak
supaya jangan berhati gundah. untuk mendapatkan ketenangan hati.

Jika demikian apa jadinya, Jika perbicaraan tidak dijalankan


hukum tak betul dengan jalannya, mengikut hukum, maka pemimpin
di hadapan majlis diterimanya, pasti akan dikeji oleh rakyat.
di belakang kelak diumpatnya.

Jika yang benar kita hukumkan, Jika perbicaraan tidak dijalankan


di belakang jangan kita hiraukan, mengikut hukum Allah SWT, maka
umpat dan puji kita biarkan, kejian dan pujian rakyat bawahan tidak
kepada Allah kita syaksikan. perlulah dihiraukan oleh mereka.

Jika anakanda jadi menteri, Ayah berpesan lagi, jika anaknya


orang berilmu anakanda hampiri, menjadi menteri, dia digalakkan untuk
lawan mesyuarat lawan berperi, berdamping dengan orang yang
supaya pekerjaan jadi ugahari berilmu supaya dapat memudahkan
segala kerjanya.
Hendaklah periksa adabnya wazir, Ketua haruslah memerhatikan tingkah
di dalam kitab sudah terukir, laku pegawai bawahannya supaya
hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, penyelewengan tidak berlaku.
supaya jangan jadi tergelincir.

Tema
Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika
anaknya dilantik sebagai raja atau menteri supaya dapat memimpin negara dengan
jujur dan ikhlas.

Persoalan
a) Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.
b) Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mempunyai hati yang mulia, bijak,
adil, dan saksama ketika menjalankan tugas.
c) Kerja kebajikan yang dilakukan harus dibuat dengan penuh keikhlasan.
d) Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang telah diperintahkan
oleh Allah SWT.
e) Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan ilmu
pengetahuan supaya tiada kesilapan ketika menjatuhkan hukuman.
f) Hukuman yang dijalankan mengikut hukum syarak akan menenangkan hati
pemimpin.
g) Ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap pemimpin.
h) Apabila pemimpin bergaul dengan orang yang berilmu, maka segala kerja akan
menjadi mudah.
i) Tugas pemimpin adalah untuk memantau setiap tugas yang diamanahkan kepada
orang bawahan agar tidak berlaku penyelewengan.

Bentuk
a) Syair ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
b) Semua baris mempunyai maksud.
c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata.
Contohnya,  diperbuat juga sebarang-barang ilmu yang benar jangan yang bukan
e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga suku kata.
f) Contohnya, had syarak jangan dilalu pengajaran kepada sekalian anakku Syair ini
berbentuk terikat.

Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, • Ayuhai anakanda muda remaja (perulangan vokal a)
(b) Aliterasi. Contohnya, • maka kebajikan boleh bertemu. (perulangan konsonan m)
(c) Rima akhir :
·         rangkap 1: aaaa;
·         rangkap 2: aaaa;
·         rangkap 3: aaaa;
·         rangkap 4: aaaa;
·         rangkap 5: aaaa;
·         rangkap 6: aaaa;
·         rangkap 7: aaaa;
·         rangkap 8: aaaa;
·         rangkap 9: aaaa;
·         rangkap 10: aaaa;
·         rangkap 11: aaaa;
·         rangkap 12: aaaa;
·         rangkap 13: aaaa;
·         rangkap 14: aaaa;
·         rangkap 15: aaaa;
·         rangkap 16: aaaa;

 
Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Anafora (perulangan pada awal Hendak menghukumkan tiada tabu,
perkataan) hendak diam hati tak mahu,
Inversi nasihat kebajikan ayahanda beri;
Kata ganda sebarang-barang;
Penggunaan bahasa Arab ikhlas; syarak; batil; Allahu; biladah;
`adah; Allah
Simile seperti air di dalam gelas.
Sinkope tak

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai keadilan. Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh
bertindak zalim terhadap rakyat.
Nilai berilmu Seseorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu
pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan urusan
pentadbiran.
Nilai keikhlasan Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan.
Nilai tawakal Kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah SWT
 ( berserah diri) setelah membuat apa-apa keputusan berdasarkan syariat.
Puisi Moden :  Sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata

"Dia mencipta manusia. Rangkap 1: Tuhan yang menciptakan


Mengajarnya pandai berbicara." manusia. Dialah yang membolehkan
(Al-Quran, 55:3-4 ) manusia bertutur dan menerima kenyataan.

Engkau beri kami kata-kata Rangkap 2: Tuhan telah mengurniakan


dan akal untuk mengucapkannya. manusia kebijaksanaan  untuk berbicara
Kami pindahkan makna, tentang apa-apa yang tergores dalam
dari tempat ke tempat, jiwanya dan apa-apa yang terfikir dalam
dari zaman ke zaman mindanya. Manusia telah bertutur dalam
pelbagai bahasa mengikut tempat dan zaman
yang berbeza.
Engkau jadikan kami bangsa Rangkap 3: Tuhan menciptakan manusia
berkulit sawo matang pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia
Belayar di samudera jauh mengembara dan menghuni serata alam
Menjelajah pulau-pulau dan berlabuh untuk mencari rezeki.
di pantai-pantai semenanjung

Kata-kata yang berselerakan Rangkap 4 : Unsur-unsur alam menjadi


langit, bumi, laut, gunung, dalil(bukti) bagi mengesakan(percaya tuhan
awan, hujan dan pohon, itu satu) Allah berpandukan Al-Quran dan
adalah persekitaran. hadis serta kitab-kitab terdahulu.
Seperti kami memetik buah-buahan Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi
kami sunting istilah iman, kehidupan.
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif  tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.

Kata-kata mengembangkan Rangkap 5: Percakapan atau ungkapan yang


pengalaman, dituturkan dapat menambah pengetuahuan
terbentang di semesta alam, dan membuatkan manusia menghargai
memaknakan kewujudan. kewujudan diri.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi,
Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.)

Tema sajak
Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia
berkembang dari generasi ke generasi dan dari satu tempat ke satu tempat.

Persoalan
1. Persoalan  sikap bersyukur  ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia
kebijaksanaan untuk berbicara.
2. Persoalan kepentingan bahasa kepada  manusia.
Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan
bahasa sehingga bahasa berbeza mengikut tempat dan zaman.
3. Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah.
Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu
bertebaran mereka ke seluruh alam.
4. Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta
Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam
semesta.
5. Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.
Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami
hubungan sesama manusia dan hubungan dengan pencipta
Bentuk
1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,:
• rangkap 1: lima baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: sembilan baris;
• rangkap 4: tiga baris.
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga empat patah kata.
Contohnya, adalah persekitaran (2 patah kata) dan akal untuk mengucapkannya
(4 patah kata)
4. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara tujuh hingga tiga belas suku kata.
Contohnya, Kami pindahkan makna (7 suku kata) Seperti kami memetik buah-
buahan (13 suku kata)
5. Sajak ini berbentuk bebas.
6. Nada keagamaan.
Unsur bunyi
1.    Asonansi. Contohnya, • Kami pindahkan makna (perulangan vokal a);
2.    Aliterasi. Contohnya, • Engkau beri kami kata-kata (perulangan konsonan k);

Gaya Bahasa
  1.     Hiperbola terbentang di semesta alam.
   
  2.     Penggunaan unsur alam. samudera; pulau-pulau; pantai-pantai;
   
  3.     Anafora (perulangan kata pada dari tempat ke tempat,
    awal baris). dari zaman ke zaman.
  4.     Repetisi. perkataan kata-kata
   
 
 Nilai dan Pengajaran
Nilai Pengajaran
1.      Nilai kesungguhan Kita hendaklah bersungguh-sungguh
untuk mempelajari bahasa.
2.      Nilai keberanian Kita hendaklah berani pergi ke tempat
yang jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.
3.      Nilai rajin kita mestilah rajin membaca dan mengkaji
kitab-kitab lama untuk memperoleh ilmu.
Sajak Roti

Dari cerobong dapur Roti yang dibuat di dapur


asap berjelaga berkepul membangkitkan selera. Selera tersebut
terkecur liur bangkit kerana baunya yang harum.
harum berbau juadah tersohor.

Perut yang lapar Perut bertambah lapar kerana


selera kian meggelepar menunggu roti siap dibakar.
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.

Kalau roti di depan mata Perut akan menjadi kenyang apabila


nafsu makan pun bergelora memakan roti yang telah siap dibakar.
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.

Bagi pemilik iman di dada Orang yang kaya masih tidak


sendawa itu tidak sempurna sempurna iman mereka jika tidak
masih ada beban di bahu mereka memikul tanggungjawab untuk
warga miskin belum terbela membantu orang yang memerlukan.
masih merintih lapar dahaga.

Bila begitu selamanya Jika seseorang itu beriman maka dia


kalimah syukur pun jelas tertera harus bersyukur dengan nikmat dan
di hati sanubari warga dunia kemewahan yang diperoleh.
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.

Tema
Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.

Persoalan
1. Persoalan bau roti yang harum apabila dibakar membangkitkan selera.
2. Persoalan manusia tidak dapat menahan nafsu makan ketika lapar.
3. Persoalan manusia akan makan makanan yang sedap sehingga kenyang dan
sendawa.
4. Persoalan orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka
berasa kenyang.
5. Persoalan bersyukur ketika mendapat sesuatu kebaikan.

Bentuk
1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Rangkap 1: 4 baris
Rangkap 2: 5 baris
Rangkap 3: 5 baris
Rangkap 4: 5 baris
Rangkap 5: 5 baris
3. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara 2 hingga 6 patah kata.
4. Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur Bunyi
1. Asonansi. Contohnya selera kian meggelepar (vokal = a)
2. Aliterasi Contohnya: Bila begitu selamanya (konsonan = b)

Gaya Bahasa
1. Hiperbola. Contoh: nafsu makan pun bergelora
2. Inversi. Contoh: harum berbau juadah tersohor.
3. Metafora. Contoh: percikan iman.
4. Simile. Contoh: terhidang seumpama permaidani terhampar.

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai kesabaran Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan
sesuatu.
Nilai Kita mestilah bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan.
kesyukuran
Nilai keimanan Kita haruslah melatih diri agar menjadi orang yang beriman.
PUISI MODEN :  Sajak Kucari Damai Di Sini

Kucari damai di sini Rangkap 1: Penyajak menyatakan


di tanah subur makmur dan merdeka bahawa dia mencari kedamaian di
yang menyilau dan merdeka antara realiti negaranya makmur dan merdeka.
dan mimpi Kemerdekaan tersebut dianggap berada
membebat perasaan kehidupan antara kenyataan dengan impian. Hal ini
dengan sejarah persaudaraan demikian kerana wujudnya perasaan tidak
mengikat naluri kemanusiaan. puas hati antara rakyat. Namun demikian,
penyajak menyatakan bahawa perasaan
negatif itu perlu diubati dengan bersangka
baik iaitu dengan menjadikan sejarah
persaudaraan sebagai dasar untuk
membina rasa kemanusiaan.

Kucari damai di sini Rangkap 2: Penyajak menyatakan


cinta dan jati diri bahawa kedamaian juga dicari dengan
bersemarak di laman sukma rasa kasih sayang dan dengan
dengan kasih sayang keperibadian mulia rakyat Malaysia.
bersemadi di naluri. Perasaan kasih mengasihi perlu dididik
dalam diri manusia.

Di sini damainya badai Rangkap 3: Penyajak menyatakan


moga gemilang sepanjang zaman bahawa walaupun negara kita mempunyai
menjadi catatan sejarah kebanggaan masalah, kita masih boleh berdamai dan
untuk generasi masa depan. hidup dengan aman. Penyajak berharap
agar kemerdekaan yang dicapai
berkekalan. Segala masalah perlu
diselesaikan dengan bijaksana supaya
kejayaan tercipta menjadi kebanggaan
generasi akan datang.

Tema sajak
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
Contoh: Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya
kasih sayang yang ikhlas dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi,
masalah tersebut masih dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat
hinggalah ke generasi yang akan datang.

Persoalan
1. Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang
dengan sendirinya.
2. Persoalan  negara kita ialah negara yang aman dan makmur.
3. Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
4. Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
5. Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.

Bentuk
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,:
• rangkap 1: enam baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: empat baris;
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.
Contohnya, dengan sejarah persaudaraan
4. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata.
Contohnya, dengan kasih sayang yang menyilau dan merdeka antara realiti dan
Mimpi
5. Sajak ini berbentuk bebas.
6. Nada patriotik.

Unsur bunyi

1.    Asonansi. Contohnya, bersemarak di laman sukma (perulangan vokal a);


2.    Aliterasi. Contohnya, • mengikat naluri kemanusiaan. (perulangan konsonan n);

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


1.   Hiperbola membebat perasaan kehidupan
   
2.   Penggunaan unsur alam. tanah
   
3.   Repetisi. Kucari damai di sini
   
Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
1.      Nilai kedamaian Kita hendaklah berusaha untuk
medapatkan dan mengekalkan
kedamaian.
2.      Nilai patriotisme Kita hendaklah mencintai negara yang
merdeka ini.
3.      Nilai hormat-menghormati Kita mestilah saling hormat-
menghormati dan berkasih sayang antara
satu sama lain.
PUISI MODEN :  Sajak Pada Sekuntum Mawar

Sehelai kelopakmu gugur; Rangkap 1: Maksud Sajak  Penyajak


 adalah titis air mata bonda mengumpamakan bunga mawar sebagai
yang luruh dalam lipatan usia. gadis. Jika  maruah seorang gadis
tercemar, maka ibunya akan berasa amat
sedih dalam menghadapi hari tua.

Merenung pada malam yang kematian Rangkap 2: Jika maruah anak gadisnya
angin tercemar, maka ibu akan merasakan
pada laut yang kematian ombak bahawa segala-galanya telah musnah. Dia
seperti telah menutup merasakan bahawa hidupnya sia-sia atau
pintu kehidupan ini tidak bemakna lagi. Dia juga merasakan
menjadi sepi dan lara bahawa segala-galanya telah musnah dan
pada kemusnahan yang tak pernah tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki
dipinta. keadaan tersebut.

Sekuntum mawar Rangkap 3 :Penyajak berpesan agar gadis-


bukan melontar harum indahmu gadis tidak akan membiarkan diri mereka
di hujung lembah tercemar dalam menghadapi kehidupan
tapi mengangkat seri mahkotamu yang serba mencabar ini, sebaliknya
ke puncak iman. hendaklah menjaga diri supaya menjadi
gadis yang beriman dan dihormati
masyarakat.

Tema sajak
Anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika
seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas,
maka nama keluarganya turut tercemar.

Persoalan
1. Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
2. Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya sudah
tidak bermakna lagi.
3. Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu kemusnahan yang tidak
sanggup diterima oleh seseorang ibu.
4. Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang
kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.

Bentuk

a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.


b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,
 rangkap 1: tiga baris;
 rangkap 2: enam baris;
 rangkap 3: lima baris.
c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata.
Contohnya, Sekuntum mawar (2 patah kata) Merenung pada malam yang
kematian angin (6 patah kata)
d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suk kata.
Contohnya, di hujung lembah (5 suku kata)
e) Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur bunyi
1.  Asonansi. Contohnya, adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a);
2.  Aliterasi. Contohnya, • seperti telah menutup. (perulangan konsonan t);

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


1.    Sinkope pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
2.    Penggunaan unsur alam. malam; angin; laut;
3.    Simile seperti telah menutup.
Nilai dan Pengajaran
Nilai Pengajaran
1.    Nilai  kasih sayang Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak
menderita.
2.    Nilai  berwaspada. Kita hendaklah menjaga diri agar tidak
menghadapi kemusnahan dalam kehidupan.
3.    Nilai  kesedaran. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada
terlibat dalam masalah sosial.

Prosa Tradisional :  Pelanduk Mengajar Memerang

Sinopsis

               Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap seperti manusia.
Manakala, Nabi Sulaiman pula mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri
daripada seorang manusia, seekor jin bernama Afrit, seekor unggas, seekor landak,
dan seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang paling bijak diikuti
oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk yang digelar sebagai Syah Alam di Rimba
ialah yang paling terkenal. 

Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau kawasan pemerintahannya dan
menemui lubang tempat tinggal memerang. Anak-anak memerang yang sebanyak
tujuh ekor sedang bermain-main di sekitar lubang tersebut. Syah Alam di Rimba
menghampiri mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak memerang itu
memberitahu Syah Alam di Rimba bahawa ibu bapanya pergi mencari ikan untuk
dijadikan makanan mereka.
Syah Alam di Rimba berasa runsing(risau) kerana ikan-ikan pernah mengadu kepada
Nabi Sulaiman bahawa memerang menganiaya mereka. Pada waktu itu, ditakdirkan
Allah burung berbunyi dengan bersahut-sahutan dan Syah Alam di Rimba
lalu berpencak silat menyerang anak-anak memerang. Anak-anak memerang itu
mengalami kecederaan parah, lalu mati kesemuanya.

Setelah hari menjelang petang, pasangan suami isteri memerang pulang dan
mendapati anak-anak mereka sudah mati. Hanya bekas tapak kaki Syah Alam di
Rimba sahaja yang ditemukan di sekitar kawasan itu. Ibu memerang menangis kerana
terlalu sedih. Pada malam itu, pasangan memerang itu berbincang untuk bertemu
dengan Nabi Sulaiman pada keesokan harinya bagi memaklumkan perkara tersebut.

Keesokan harinya selepas makan, pasangan memerang itu pun pergi untuk berjumpa
dengan Nabi Sulaiman. Ketika itu, baginda sedang bersemayam di atas takhta di
hadapan sekalian menteri, hulubalang rakyatnya yang tidak terkira bilangannya.
Mereka datang dengan menerima pelbagai aduan untuk diselesaikan oleh baginda
Nabi Sulaiman.

Apabila tiba gilirannya, pasangan memerang itu pun beri ampun sembah dan
menceritakan perihal diri mereka yang dianiaya Perdana Menteri Syah Alam di
Rimba. Anak-anak mereka telah di bunuh oleh Syah Alam di Rimba semasa mereka
berdua keluar mencari makan. Setelah mendengar aduan itu, Nabi Sulaiman
termenung seketika  berasa hairan dengan perbuatan Syah Alam di Rimba itu.
Baginda memerintahkan supaya unggas belatuk memanggil Syah Alam di lalu
perintah itu disampaikan dengan segera.

Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanyakan


kebenaran aduan pasangan memerang itu serta sebab berbuat demikian. Syah Alam di
Rimba segera memohon ampun kepada Nabi Sulaiman dan menceritakan hal yang
sebenar. Ketika dia berjumpa dengan anak-anak memerang itu, dia terdengar Sang
Bubut bersiul dengan bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Dia
menyangka bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan musuh lalu membuka silat dan
tanpa sedar dia telah mencederakan anak-anak memerang.

Selepas mendengar penjelasan Syah Alam di Rimba, Nabi Sulaiman memerintahkan


unggas belatuk supaya memanggil Sang Bubut . Apabila Sang Bubut datang
menghadap, baginda bertanyakan sebab Bubut memalu gendang perang tanpa
menunggu perintah baginda terlebih dahulu. Sang Bubut memberi alasan bahawa dia
ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan membawa pedang yang telah tercabut.
Dia menyangka bahawa ada musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu
Bubut memalu gendang dengan sekuat hatinya supaya dapat didengar oleh para
hulubalang.

Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang


Biawak. Apabila Sang Biawak datang, baginda bertanya kebenaran dakwaan Sang
Bubut. Jika benar, baginda ingin tahu akan  Sang Biawak membawa pedang tanpa
sarung. Sang Biawak menyatakan bahawa dia membawa pedang tanpa sarung kerana
dia terlihat Labi-labi membawa perisai. Pada sangkaannya, ada musuh yang hendak
menyerang baginda.
Setelah itu, Sang Labi-labi pula dititahkan untuk menghadap Nabi Sulaiman. Perkara
itu ditanyakan pula kepada Sang Labi-labi. Sang Labi-ilabi mendakwa bahawa dia
berbuat demikian setelah melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Dia
juga menyangka bahawa ada musuh besar yang datang menyerang. Maka, Sang
Udang pun dipanggil supaya datang menghadap baginda. Setelah ditanya, Sang
Udang memberi alasan bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-
olah berhadapan dengan masalah yang besar. Dia menyangka bahawa masalah itu
berkaitan dengan musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman menitahkan pula unggas belatuk memanggil Sang Sebarau. Belatuk
menemui Sang Sebarau di tengah jalan yang kebetulan mahu berjumpa dengan Nabi
Sulaiman juga. Setelah Sang Sebarau datang menghadap, baginda bertanyakan sebab
Sang Sebarau berikat pinggang ;sehingga melengkung seperti orang dalam kesusahan.
Sang Sebarau mengangkat sembah, lalu menyatakan bahawa dia memang mahu
berjumpa dengan baginda bagi mengadukan hal dirinya.

Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah menganiaya kaumnya dan memakan
anggota keluarga serta kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah dirinya
seekor saja. Sang Sebarau berasa sangat sedih dengan keadaannya itu dan memohon
agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan menjatuhkan hukuman kepada Sang
Memerang.

Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu, baginda berasa sangat murka
terhadap Sang Memerang suami isteri. Sang Memerang memohon ampun dan
mengakui akan kesalahan mereka itu. Nabi Sulaiman menyatakan bahawa tindakan
Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi menebus nyawa anak-anak dan kaum
keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang Memerang.

Tema
Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.
Hal ini digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak-anak Sang
Sebarau. Sebagai balasannya, dengan takdir Allah Subhanahuwataala, an anak Sang
Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba ketika Syah
Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan gendang perang yang
dilakukan oleh Sang Bubut.

Persoalan
a) Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa
memikirkan nasib pihak lain. Contohnya, Sang Memerang telah makan semua
anak Sang Sebarau sehingga hanya Sang Sebarau yang tinggal dalam keadaan
bersusah hati.

b) Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang berkuasa. Contohnya, Sang


Memerang membuat pengaduan kepada pihak yang berkuasa, iaitu Nabi Allah
Sulaiman tentang peristiwa kematian anak-anaknya disebabkan perbuatan Syah
Alam di Rimba.

c) Pengadilan memerlukan saksi. Contohnya, Nabi Allah Sulaiman memanggil


semua rakyat yang terlibat dengan hal yang menyebabkan kematian anak-anak
Sang Memerang.
d) Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, Syah Alam di Rimba
bijak mencari jalan penyelesaian untuk memberikan kesedaran kepada Sang
Memerang.

e) Bercakap benar di hadapan pemerintah. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang


Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap
benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

f) Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah. Contohnya, Syah Alam di


Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang bersedia
dengan tugas masing-masing apabila merasakan Nabi Allah Sulaiman diancam
oleh pihak musuh.

Plot

PERMULAAN
Syah Alam di Rimba bertemu dengan anak-anak memerang. Kemudian, dia terdengar
bunyi paluan gendang perang lalu membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang
terbunuh. Ibu bapa memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati.

PERKEMBANGAN
Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian anak-anak
mereka akibat perbuatan Syah Alam di Rimba. Baginda memanggil Menteri Syah
Alam di Rimba untuk mendapatkan penjelasan. Selepas itu, baginda memanggil Sang
Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau untuk mencari
punca yang sebenarnya.

KLIMAKS
Sang Sebarau menceritakan perbuatan jahat pasangan memerang terhadap kaum
keluarganya. Nabi Sulaiman berasa sangat murka terhadap Sang Memerang.

PELERAIAN
Sang Memerang memohon maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Akhirnya,
Nabi Sulaiman memberi kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.

Teknik Plot

a) Dialog. Contohnya,
 "Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?" [hlm. 35]
 "Hai Syah Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai
penghadapan." [hlm. 38]

b) Monolog dalaman. Contohnya, Fikir Syah Alam di Rimba, "Itulah akan


memerang ini, selalu saja ia membuat aniaya atas ikan-ikan itu, terlalu runsing
hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu,
baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia." [hlm. 36]

c) Pemerian. Contohnya, Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi
berjalan menatapi sekalian anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia
suatu lubang tempat memerang, ada anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]
  
Latar

Latar Tempat
a) Hutan rimba. Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke
kawasan wilayah pemerintahannya.
b) Lubang. Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.
c) Kota istana. Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
d) Lubuk. Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam
lubuk.

Latar Masa
a) Pada zaman dahulu. Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman
adalah pada zaman dahulu.

b) Siang. Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah
Sulaiman pada waktu siang.

c) Petang. Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu
petang.

d) Malam. Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta


membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu
malam.

Latar Masyarakat
a) Masyarakat binatang yang tinggal di rimba. Contohnya, Syah Alam di Rimba,
Sang Memerang, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan
Sang Sebarau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di rimba.

b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Contohnya, Sang Memerang begitu


tamak ketika menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib
yang menimpa ikan-ikan tersebut.

c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah. Contohnya, Syah Alam di


Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang
Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

d) Masyarakat yang patuh akan pemerintah. Contohnya, mak dan bapa memerang
taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap
kesalahan yang telah di lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.


Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan
Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan
bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.

f) Masyarakat yang cepat bertindak. Contohnya, burung belatuk amat cepat


menjalankan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang
lain untuk datang menghadap baginda.

g) Masyarakat yang mengaku kesilapan diri. Contohnya, mak dan bapa memerang
telah membuat pengakuan tentang kesalahan yang dilakukan di hadapan Nabi
Allah Sulaiman.

h) Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah. Contohnya, Syah Alam di Rimba


dan Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

Watak dan Perwatakan

Pelanduk atau Syah Alam di Rimba


 Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
 Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana kebijaksanaannya.
 Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
 Pandai bersilat.
 Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat akan kehidupan
rakyatnya.
 Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman.
 Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang masalah.
 Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.

Memerang atau Sang Memerang


 Mempunyai tujuh orang anak.
 Menjadikan ikan sebagai makanan.
 Tamak terutamanya dalam hal makanan.
 Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan untuk anak-anak.
 Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.
 Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.
 Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

Nabi Allah Sulaiman


 Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan binatang.
 Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
 Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.
 Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
 Pemerintah yang adil.
 Tegas dalam membuat keputusan.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Ayat pendek Seketika lagi hari pun siang
Ayat panjang Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat
sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya
membawa ikan terlalu banyak hendak memberi
makanan akan anak-anaknya itu.
Penggunaan bahasa Arab Allah Subhanahuwataala
Penggunaan bahasa istana bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah •
tuanku • beta
Penggunaan bahasa klasik • Hatta
Sinkope Sang Biawak membawa pedang
tercabut saja berlari-lari;
Repetisi Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat
Sang Udang pun bersama membawa perisai itu,

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai prihatin Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin
terhadap kehidupan rakyat
Nilai patuh akan pemimpin Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap
arahan pemerintah
Nilai keadilan Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita
hendaklah membuat keputusan dengan adil
Nilai bertanggungjawab Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang
bertanggungjawab.
Nilai kejujuran Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita
dihadapkan ke muka pengadilan.
DRAMA: MAHKAMAH

Sinopsis

Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Hakim
memerintahkan pegawai memanggil Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat
sumpah. Tertuduh I, Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian seorang nenek
tua. Pendakwa raya membaca pertuduhan, bahawa Bulat bin Leper telah dituduh
menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali, berumur 99
tahun, di Taman Gagak Putih.

Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya. Namun
begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela telah dipanggil masuk untuk
membela Bulat bin Leper. Selepas perbicaraan dijalankan, Bulat bin Leper mengaku
bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang
dan membuang kulitnya. Kemudian, seorang nenek yang sedang berjoging telah
terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu. Nenek itu tergelincir dan
jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu patah dan dia meninggal
dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya
mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Bulat bin Leper bertegas bahawa dia
tidak mahu mengaku salah. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan pendakwa
raya yang cuba mendesak anak guamnya mengaku bersalah terhadap tuduhan
tersebut.

Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut, Bulat bin Leper telah makan
sebiji pisang. Kulit pisang tersebut dibuang ke dalam tong sampah yang telah
disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak. Bulat bin Leper
mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan
bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan
tugasnya. Tambah peguam bela lagi, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper
ke dalam tong sampah itu sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik dan perkara
itu merupakan suatu contoh yang baik.

Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam
bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan
menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong
sampah. Namun begitu, seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa
buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga menyebabkan kulit
pisang itu tercampak keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing terlalu letih, matanya
menjadi kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu tidak nampak akan kulit pisang
sehingga terkaislah kulit pisang itu ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu,
dia terpijak kulit pisang itu lalu jatuh, kemudian meninggal dunia. Dengan itu,
jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Sebaliknya, kambing itu yang
bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper
daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja tanpa syarat.

Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat
bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia,
bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakawa
raya. Peguam bela menyatakan bahawa binatang peliharaan mesti ada tuannya. Oleh
itu, tuan kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku,
maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Berdasarkan kenyataan
tersebut, hakim telah membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh
II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah
ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami.
Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membacakan
pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akikino-komokotoko (Akinomoto). Pada 20
Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan
Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk
subsidi. Hakim mohon pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut. Pendakwa raya
menjelaskan istilah tersebut dengan menggunakan bahasa lnggeris seperti yang
tercatat di dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the
Malaysian World.

Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa
raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan dan seharusnya digunakan dalam mahkamah tersebut.
Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa
Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan
mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa
ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang
berhak semula dan dia mahu memelihara anak beruk itu. Hakim memerintahkan
Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai
dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil
baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak
beruk itu sebagai tuannya. . Keadilan dan kebenaran itu mesti ditegakkan dengan apa-
apa cara sekalipun tanpa mengira bangsa, warna kulit, kepercayaan, pangkat,
kedudukan, dan sebagainya.

Tema

Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan.

Persoalan

1. Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela dirinya. Namun
begitu, demi keadilan, peguam bela telah disediakan. Bulat bin Leper ialah orang
miskin. Dia telah menggunakan khidmat peguam bela untuk membela dirinya di
mahkamah.

2. Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun. Peguam bela


bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat
bin Leper daripada pertuduhan.

3. Kehidupan golongan yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menegakkan keadilan


dan kebenaran sama seperti kehidupan golongan biasa. Hakim dan peguam bela
gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang biasa. Selain itu, hakim juga
gemar akan colek kelubi dan pisang.
4. Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah. Tertuduh II dikenakan
denda supaya menjaga anak beruk yang baru lahir itu sehingga mencapai umur
akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak
beruk sebagai tuannya.

5. Isu bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah


masih belum meluas lagi. Hakim sendiri masih bercakap dalam bahasa Melayu
dengan bunyi Inggeris.

Plot

1. Permulaan
Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan.
Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa
raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat bin Leper. Bulat bin Leper
dituduh menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur, 99 tahun di Taman
Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku tidak bersalah. Peguam bela percuma
dipanggil untuk membela Bulat bin Leper. Mereka diberi masa untuk berunding
selama seminit.

2. Perkembangan
Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu.
Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak
mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan
peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang
seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa
buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang
dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui
jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua
itumeninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.
Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada
tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah
pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin
Leper tidak bersalah.

3. Klimaks
Tertuduh II (Akikino-komokotoko, ringkasnya Akinomoto) dipanggil masuk.
Akinomoto mengangkat sumpah. Dia berbicara dalam bahasa yang tidak
difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya
membaca pertuduhan bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh
mencuri seekor beruk subsidi milli( kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.
Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta
pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam bahasa
InggerisAkinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya
menggunakan bahasa Melayu. Setelah pendakwa raya menjelaskan istilah beruk
subsidi itu dalam bahasa Melayu, Tertuduh II dapat memahami kestuduhan
tersebut. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Namun begitu,
dia turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu
mengembalikan ibu beruk itu semula kepada yang berhak dan mahu memelihara
anaknya.

4. Peleraian
Setelah hakim mempertimbangkan kes tersebut dengan adil dan saksama, hakim
niemerintahkan Akinomoto supaya memelihara ibu beruk itu sehingga selamat
melahirkan anak. Sebagai dendanya pula, dia perlu menjaga anak beruk itu
sehingga mencapai umur akil baligh dan dia dipaksa memanjat pokok kelapa
dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.

Teknik Plot

Teknik Plot Contohnya,


Dialog HAKIM: Siapa nama kamu?
TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan.
Pemerian. PENDAKWA RAYA dan PEGAWAI
MAHKAMAH berdiri. TUAN HAKIM masuk
(dengan iringan muzik) lalu mengambil tempat. [

Latar Tempat

Mahkamah Tempat berlangsungnya sidang perbicaraan


Taman Gagak Tempat Bulat bin Leper makan sebiji pisang
Putih. berangan dan tempat Mek Teh bin Jali berjoging.
Stor JKK Ulu Tempat Tertuduh II mencuri seekor beruk subsidi
Dungun milik kerajaan Malaysia

Latar Masa

Waktu pagi sidang perbicaraan itu dijalankan pada waktu pagi.


20 Mac 1988 Tertuduh II telah dituduh mencuri seekor beruk
subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu
Dungun pada 20 Mac 1988
Januari 1988 Tarikh Januari 1988 kematian Mek Teh bin Jali dan
waktu Bulat bin Leper berada di Taman Gagak
Putih.
1 minit Hakim memberikan tempoh seminit kepada peguam
bela dan Tertuduh I untuk berunding.
2 minit Mahkamah mengambil masa untuk berehat selama
dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh
masa untuk pendakwa raya merujuk kamus.

Latar Masyarakat   

Masyarakat intelektual. Hakim, pendakwa raya, dan peguam bela


merupakan masyarakat intelektual.
Masyarakat yang hidup Tertuduh I merupakan masyarakat yang
miskin miskin kerana dia tiada wang untuk
mengupah peguam bagi membela dirinya
di mahkamah.
Masyarakat yang baik Peguam bela bersungguh-sungguh
hati. mempertahankan Tertuduh I agar anak
guamnya itu terlepas daripada pertuduhan
yang dihadapinya.
Masyarakat yang Tertuduh II prihatin terhadap keadaan
prihatin terhadap beruk yang telah dicurinya itu
haiwan.
Masyarakat yang tetap Bulat bin Leper dipaksa oleh pendakwa
pendirian raya untuk mengaku bersalah tetapi dia
tetap tidak mengaku bersalah.

Watak dan Perwatakan

Hakim
 Seorang golongan intelektual.
 Seorang yang pandai bergurau.
 Seorang yang menggunakan  bahasa Melayu tetapi dengan bunyi Inggeris.
 Seorang yang adil dan saksama.
 Seroang yang menjalankan amanah dengan baik.

Pendakwa raya
 Golongan intelektual.
 Seorang yang tegas dengan hujahnya
 Seorang yang menjalankan tugasnya dengan bertanggungjawab
 Seorang yang terburu-buru ketika berhujah.

Peguam bela
 Seorang yang tegas ketika menjalankan tugas.
 Seorang yang berfikiran rasional ketika menjalankan tugas.
 Seorang yang sanggup berkhidmat dengan percuma untuk orang-orang susah.
 Seorang yang  berkeyakinan ketika membicarakan hujah.
 Gemar menonton gusti.

Tertuduh I (Bulat bin Leper)


 Orang miskin.
 Seorang yang dituduh terlibat dengan kes kematian seorang nenek tua, iaitu Mek
Teh.
 Seorang yang berani berhadapan dengan hakim dan pendakwa raya.
 Seorang yang bertanggungjawab kerana membuang kulit pisang ke dalam tong
sampah yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.
 Seorang yang tetap pendirian bahawa dirinya tidak bersalah.
 Seorang yang berbudi bahasa.

Tertuduh II (Akikino-komokotoko)
 Dipanggil Akinomoto.
 Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.
 Seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi boleh memahaminya.
 Seorang yang prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.
 Seorang yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman menjaga anak beruk
sehingga akil baligh serta memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk
itu sebagai tuannya

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Pengarang PEGAWAI: Sudah, tuan.
menggunakan dialog HAKIM: Kenapa lambat?
pendek
Dialog panjang HAKIM: Ya, peguam bela ini pelanggan
kamu Bulat bin Leper, telah dituduh
menyebabkan kematian seorang nenek tua
secara tidak sengaja pada 10 Januari 1988,
antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, di Taman
Gagak Putih.
Diksi Kata-kata tersebut seperti hakim, pendakwa
Pemilihan kata yang raya, peguam bela, penterjemah, Tertuduh I,
digunakan oleh Tertuduh II, kandang, bersumpah, tuduhan,
pengarang menyabitkan, anak guam, kad kuning, dan
bersesuaian dengan sebagainya.
jalan cerita yang
berlaku di mahkamah
bahasa Inggeris The Advance Dictionary of the Modern
English for the Malaysians World
Sinkope HAKIM: Oh, itu tak jadi masalah kita ada
peguam percuma.
Repetisi PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya,
Bulat bin Leper ialah pihak yang
bertanggungjawab dalam kes ini. Kalau
Bulat tidak membuang

 Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran Contoh


Keadilan. Kita hendaklah adil Hakim membuat
dalam membuat keputusan terhadap
keputusan. tertuduh dengan
adil dan saksama

Tanggungjawa Kita mestilah Bulat bin Leper


b bertanggungjawab membuang kulit
untuk menjaga pisang ke dalam
kebersihan alam tong sampah.
sekitar
Ketegasan. Kita hendaklah tegas Hakim tegas ketika
dalam menjalankan membuat
sesuatu tugas keputusan terhadap
tertuduh.
Keyakinan Kita mestilah yakin Peguam bela
ketika begitu yakin ketika
membicarakan berhujah untuk
sesuatu hujah supaya menyelamatkan
tidak menimbulkan Tertuduh I
keraguan. daripada
pertuduhan yang
dihadapinya.  
Keprihatinan Kita hendaklah Tertuduh II
prihatin terhadap prihatin terhadap
keadaan haiwan keadaan beruk
yang berada di subsidi yang
sekeliling kita. sedang hamil itu.
Cerpen Menuai Emas

Sinopsis

Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif
berkata bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi
kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak
lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula. Alif
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah
mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda.

Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk
Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua
bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai kepada Alif. Alif menjawab
bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun
akan dimulakan esok.

Alif menyusuri permatang sawah yang sangat bernilai baginya. Alif teringat
akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di
rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal
dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas
hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan
taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah
bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak
Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak
sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata
bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu
membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin
Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan
dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila
mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia
menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan
berbincang secara anak-beranak dengan Alif.

Emak Alif menangis. Alif memberitahu emaknya bahawa dia akan


melepaskan dua petak sawah tersebut jika itulah kemahuan emaknya. Emak
Alif menegaskan bahawa dia tidak mahu Alif melepaskan dua petak tanah
tersebut. Alif bertekad untuk mempertahankan dua petak sawah berkenaan
walau dengan apa-apa cara sekalipun. Bagi Alif, mengerjakan tanaman padi
juga merupakan sesuatu yang dapat membawa kemajuan. Namun begitu, Alif
terfikir juga bahawa kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan
tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak
mereka yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu menyambung
tugas mereka.

Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. Dua petak sawah Alif
bersempadan dengan petak sawah Abang Man. Jika Alif tidak mahu
melepaskan dua petak sawahnya, petak Abang Man pun akan bermasalah.
Oleh sebab itulah, Abang Man marah kepada Alif. Alif tidak dapat
memahamkan Abang Man bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu
yang juga dinamakan kemajuan. Lamunan Alif terhenti. Alif menarik nafas
dalam-dalam di tengah petak sawah padi yang sedang menguning. Alif berasa
puas dan bersyukur kerana dia semakin memahami makna kemajuan yang
mahu dibawanya.

Alif teringat akan perbualannya dengan seorang pegawai pertanian. Pegawai


pertanian tersebut menasihati Alif supaya tidak memandang rendah terhadap
bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak perlu membeli beras dari
luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan sungguh-sungguh. Kata-kata
motivasi pegawai pertanian itu terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk
membawa kemajuan dalam penanaman padi.

Tuk Ketua turut bersama-sama Alif menyusuri sawah padi yang sedang
menguning. Segala pengorbanan Alif tidak sia-sia. Alif teringat akan
peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang
rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu
dibatalkan. Namun demikian, Alif mengatakan bahawa dia hanya berdoa
kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah,
Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam
dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah
itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet
padi.

Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15
orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya
berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk
menuai emas.

Tema
Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi.

Persoalan
a) Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.
b) Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan betul dapat
mendatangkan kemajuan ekonomi.
c) Ilmu, kegigihan, dan ketekunan yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan
menghasilkan kejayaan.
d) Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji.
e) Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah tidak berminat untuk
mengusahakan penanaman padi.
f) Muafakat membawa berkat.

Watak dan Perwatakan

Alif
 Anak kepada Mak Wan.
 Lulusan universiti dalam bidang ekonomi.
 Seorang anak muda yang berwawasan tinggi.
 Seorang yang sabar, reda, dan senantiasa bersyukur.
 Berani menghadapi cabaran.
 Yakin akan kebolehan diri.
 Seorang anak yang menghormati ibu bapa.
 Terlalu sayang akan emak dan ayahnya.
 Seorang yang positif dan optimistik.
 Seorang petani moden.

Mak Wan
 Ibu kepada Alif.
 Seorang yang penyabar.
 Tegas.
 Teguh pendirian.
 Sayang akan tanah milik keluarganya.
 Sensitif.

Tuk Ketua
 Penyabar.
 Berhemah tinggi.
 Tenang ketika menghadapi masalah.
 Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik.
 Sentiasa menyokong hasrat murni Alif.

Abang Man
 Seorang yang agresif.
 Tidak berhemah.
 Gemar menggunakan kata-kata kesat.
 Bersikap terburu-buru.
 Tidak berfikiran jauh.

Plot
Permulaan
Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata
bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka
akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas.
Alif terkenang akan kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan
reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk
Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan
waktu jentera tuai padi akan sampai. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan
sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.

Perkembangan
Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di
rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal
dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas
tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman
perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk
melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif
menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat
perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti
dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut
mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah,
dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut
apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia
menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan
berbincang secara anak-beranak dengan Alif. Seterusnya, Alif teringat pula akan
perbualannya dengan pegawai pertanian. Pegawai itu menasihati Alif agar tidak
memandang ringan terhadap bidang pertanian.

Klimaks
Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung
menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu
dibatalkan. Namun demikian, Alif memberitahu bahawa dia hanya berdoa kepada
Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta
Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu.
Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan
petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi.

Peleraian
Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang
tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi
kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.

Teknik Plot
(a) Dialog.
(b) Pemerian.
(c) Imbas kembali.

Latar Tempat
a) Petak Bendang
b) Anjung rumah Alif.
c) Petak-petak sawah di Seberang Perak.

Latar Masa
a) Waktu awal pagi
b) Setahun yang lalu

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat golongan petani.
(b) Masyarakat yang berilmu.
(c) Masyarakat yang agresif.
(d) Masyarakat yang berhemah tinggi.
(e) Masyarakat yang berfikiran positif.
(f) Masyarakat yang mempunyai nilai kepemimpinan yang tinggi.

Gaya Bahasa
1. Bahasa Arab. Contohnya, Alhamdulillah; Insya-Allah.
2. Metafora. Contohnya, pita ingatan; pisau kata-kata.
3. Simile. Contohnya, Kuningnya seperti emas; hati yang terasa seperti mahu luruh.
4. Personifikasi. Contohnya, Petak-petak yang telah menyajikan uji semangat
leluhurnya; Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak.
5. Peribahasa. Contohnya, tersenyum-senyum kambing; kata putus; naik angin.
6. Sinkope. Contohnya, Dia seorang saja yang tak beri kata putus; Anak Mak Wan
seorang saja yang tolak tuah.

Nilai
a) Keyakinan
b) Ketabahan
c) Kegigihan
d) Keberanian
e) Kegigihan
f) Hemah tinggi
g) Berdikari
h) Kesyukuran
i) Kepemimpinan

Pengajaran
1. Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri dalam melakukan sesuatu
perkara.
2. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh
kejayaan.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman.
4. Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya dalam hal
tanah.
5. Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada golongan yang
ingin memajukan sesuatu bidang.
6. Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan kepada
kita.
7. Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat
daripadanya.
Cerpen :  Banjir di Mata Emak

Sinopsis

Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon temannya tetapi tersalah
tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat
panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu "Nana" (saya)
bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya
sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana" (saya) kerana
menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang
duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung walaupun banjir sedang melanda
kampung emaknya itu.

Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar,
talian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat hari empat malam tanpa henti.
"Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi panggilannya tidak dijawab.
"Saya" bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua
nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-
jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke
pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah.
Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar, apatah
pulang untuk menjenguknya. "Saya" berasa sangat cemas apabila memikirkan perkara
yang mungkin berlaku kepada Mak Piah.

"Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab pangilan
"saya". Mak Piah meminta "saya" yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang
tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada "saya"agar menjaga anak dan
suaminya baik-balk.

"Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat melepaskan rindu
terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah merindui
anak-anaknya. "Saya" merindui emaknya. "Saya" menemukan alamat Mak Piah di
dalam buku panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa
makanan. Mak Piah menyambut kedatangan "saya" dengan ceria.

Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah
memberitahu "saya" bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala
Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya kepada Mak Piah tentang sebab dia
tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak
mahu mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya yang kerap
membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. "Saya"
berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk "saya"
selepas mendengar kata-kata "saya" itu.

"Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang masak
dan menyuruh "saya" menghantar makanan itu. "Saya" mengangguk sambil
tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong dan menanggung dosa hanya kerana hendak
melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan "saya" menolong Mak Piah mencuci
dan menyimpan barang-barang makanan yang "saya bawa ke dalam peti sejuk. "Saya"
memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah
meminta "saya" menyampaikan salam kepada anaknya, Nana.

Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari. Setelah sihat,
"saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila
"saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Mak
Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa
hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata
Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah
mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah berasa sangat gembira.
Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan apa-apa
kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon emaknya kerana emaknya
mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana
sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana
berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap emaknya selama ini.

Tema
Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan
yang mendalam dalam kehidupan seseorang.

Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui
anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk
pulang menjenguknya. Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan
suatu kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian. "Saya"
pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak "saya" telah kembali
kepada Yang Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya. Pertemuan "saya"
dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang menimpa Mak
Piah meraih simpati "saya" untuk mendekati Mak Piah. Kehadiran Mak Piah
membuka peluang untuk "saya" melepaskan rindu terhadap emaknya.

Persoalan
1. Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak. Contohnya,
Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang
menjenguknya.

2. Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap


jiwa seseorang. Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah
kehilangan ibu untuk selama-lamanya.

3. Kasih ibu tidak berbelah bagi. Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak
menjenguk emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya.

4. Menyesal kemudian tiada gunanya. Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya,


Nubhan sudah terlambat. Emak mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk
selama-lamanya.

5. Anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Nana dan Nubhan ialah


anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan pasangan masing-
masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat terhadap ibu mereka.
Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu mereka
sendiri.
6. Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang. Contohnya, "saya" sangat
simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu bersungguh-sungguh mencari rumah
Mak Piah dan berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga banjir surut.

Plot
Permulaan — Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi tersalah
menekan nombor telefon lalu panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak
Piah mengadu kepada "saya" yang disangka anak perempuannya, Nana, bahawa orang
menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini
demikian kerana banjir telah naik ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan
dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya.

Perkembangan — "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak
berjawab. "Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana Mak
Piah tinggal seorang diri. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir.
Akhirnya Mak Piah menjawab panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja. "Saya"
tidak sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah memikirkan
keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai ke paras dada.
Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia akan emaknya. Hal ini menambahkan
rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. Perasaan dan keinginan "saya"
hendak berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya" mendapatkan alamat
rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya"datang ke rumah Mak Piah
dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa berbohong di hadapan Mak Piah bahawa
makanan yang dibawanya itu merupakan kiriman daripada anak perempuannya, Nana.

Klimaks — Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah diserang demam
panas selama lima hari. Setelah sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak Piah seperti
yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak
Piah, orang ramai sedang berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah masuk ke
dalam rumah Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa keluar. "Saya" mengikut
jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

Peleraian — Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka menyesal
kerana tidak pulang menjenguk dan membantu emak mereka semasa banjir. Emak
mereka meninggal dunia setelah kepalanya cedera kerana terjatuh semasa hendak
membersihkan rumah selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah
jenazahnya ditemui jirannya.

Teknik Plot
Teknik Plot Contohnya
(a) Dialog "Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh
masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampaii ke paras
dada ..." [hlm. 51]

(b) Pemerian Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau sedikit
kesempatan untuk menerangkan bahawa saya bukanlah Nana, kembali
menujah-nujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu panggilan
keluar. Saya tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi. [hlm. 52]
c) Saspens Pada permulaan cerita, pembaca tertanya-tanya pemilik suara tua yang
sedang bercakap dengan watak "saya" melalui telefon.

Contohnya: Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada
kad pengenalan, tidak juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah
empunya suara tua yang rusuh di hujung talian sana? Seperti saya yang
terburu-buru mendail nombor rumah teman yang baru diberikan pagi
tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari saya salah
menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang
sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan
dengan penghargaan dan pesanan. [hlm. 51]

Latar

Latar Tempat
Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat berlakunya
kejadian banjir.

Rumah "saya" Tempat "saya" membuat panggilan telefon ke rumah Mak Piah.
Rumah Mak Piah Tempat "saya" menemui Mak Piah yang tinggal keseorangan.
Tanah perkuburan Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.

Latar Masa
Empat hari empat Contohnya, hujan turun selama empat hari empat malam.
malam.
Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan kerana banjir yang
melanda kampung Mak Piah sudah sampai ke paras dada.
Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam selama lima hari.
Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan kepalanya cedera ketika
membersihkan rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah meninggal
dunia selepas kejadian banjir melanda kampungnya.
Waktu pagi. Contohnya, watak "saya" mendapatkan nombor telefon rumah
temannya, iaitu Ameera pada waktu pagi.

Latar Masyarakat    


Masyarakat kampung Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah merupakan masyarakat
yang tinggal di kampung.
Masyarakat yang Contohnya, watak "saya" sangat mengambil berat tentang
prihatin keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan.
Masyarakat yang tidak Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan emak mereka hidup
bertanggungjawab keseorangan di rumah usang tanpa bertanya khabar atau
menjenguknya walaupun Nubhan tinggal berdekatan dengan
rumah emaknya.
Masyarakat yang Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan sangat merindui
mementingkan kasih anaknya, Nana serta mengharapkan Nana sekeluarga berada
sayang dalam keadaan baik..
Masyarakat yang terlalu Contohnya, watak "saya" sangat merindui emaknya yang telah
merindui ibunya meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa dengan
Mak Piah yang tinggal keseorangan itu.
Masyarakat yang taat Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat walaupun
akan perintah agama keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.

Watak dan Perwatakan

"Saya"
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Seorang yang mudah bersimpati.
(e) Seorang yang merindui ibunya.
(f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat kebahagiaan Mak
Piah.

Mak Piah
(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang yang takut akan ular.
(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.
(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(g) Seorang yang kurang pendengaran.
(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Seorang yang takut kepada suami.
(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.
(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya.
(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan emaknya.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Pengarang Contohnya,
menggunakan ayat "Dah tu, macam mana?"
pendek. "Mak takut ular."
"Mari kita makan! "
ayat panjang. Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu putus
dalam hujan yang sudah empat hari em pat malam lebat dan
renyai menyilih ganti. [hlm. 52]
Penggunaan bahasa Contohnya, Ya Allah; zuhur; assalamualaikum; Alhamduldlah;
Arab. insya-Allah; jenazah; Arwah
Metafora Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda teruja menyalam
perkenalan. [hlm. 54]
... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm. 54]
Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir [hlm.551]
Personifikasi Contohnya, ... banjir kali ini telah menelan dua nyawa. [hlm. 521
Getar suaranya menggegarkan perasaan. [him. 52]
... rindu yang mencengkam sukma ini,... [hlm. 54]
Peribahasa Contohnya, isi hati

Sinkope Contohnya, Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual
roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. [hlm.
51]
Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk
langsung tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51] •
Repetisi Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar lagi? Ataukah
agaknya dia bimbangkan bil telefon "anak" ini akan menjadi
seperti harga ikan di pasar kami? Atau sememangnya dia keliru,
antara pemanggil dengan orang yang dipanggil, siapa yang
dikenakan bayaran? [him. 53]
Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! [hlm. 53]

8.    Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
Kasih sayang Kita mestilah menghargai Walaupun anak-anak Mak Piah tidak
kasih sayang ibu bapa mengambil berat tentang
terhadap anak-anak mereka. kehidupannya di kampung, Mak Piah
masih mengingati dan menyayangi
anak-anaknya.
Keprihatinan. Kita hendaklah mengamalkan "Saya" sanggup mengharungi banjir
sikap perikemanusiaan dan untuk melihat keadaan hidup Mak
tolong-menolong sesama Piah yang tinggal seorang diri.
manusia.
Baik hati. Kita hendaklah sikap baik hati "saya" membawa bekalan makanan
dengan membantu golongan untuk Mak Piah yang telah terputus
warga emas. bekalan makanan akibat kejadian
banjir.
Simpati. Kita hendaklah bersimpati "saya" berasa simpati dengan
kepada golongan yang susah. keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan serta keadaan Mak Piah
yang terlalu merindui anak-anaknya.
Cerpen :  Talia dan Raksasa Qadqad karya ZaniffaAzzuraAbdullah

Sinopsis

Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal jauh di kawasan
pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu Talia sedang
bermain-main di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu,
Talia telah bertemu dengan seekor katak raksasa yang telah tercedera di bahagian tepi
kepalanya. Luka itu kelihatan seperti dilibas gergaji. Oleh sebab timbul rasa kasihan,
Talia telah merawat katak raksasa tersebut dengan menggunakan pucuk daun dalut.
Dengan bantuan Talia, raksasa tersebut telah pulih dan terus menghilang di dalam
hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo
menganggap bahawa cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu,
tanggapan ibu dan ayah Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli
suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di
denai yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak raksasa
tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan oleh
katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi
kerana mereka semua baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.

Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa
Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta
api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga
segera meninggalkan rumah mereka. Dodo mendukung Talia. lsterinya, Misa pula
membawa Jini di dalam bakul sandang.

 Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh seorang
lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih yang disorong keluar untuk
dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo memberitahu lelaki itu tentang
hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu memarahi
Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar memandang mereka dengan kehairanan.
Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan
Binjah tentang keadaan di kern balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut
berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang meninggal dunia
manakala dua puluh orang lagi cedera.
Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak telah menimpa
sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap.
Mandur kem balak berkenaan telah menetak semua katak raksasa yang terperangkap
itu. Tindakan tersebut membawa padah kepada pembalak-pembalak di kern
berkenaan.

Sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran
untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan pekerja termasuk Sidek masuk ke
dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia melompat
lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip memandang
Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu
Dodo melompat turun. Ratusan katak raksasa yang lain mengikuti jejak Qadqad itu
berundur. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh
kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan,
kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut
akan tanah berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api
tersebut untuk ke bandar.

Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan
pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu Dodo
tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah
telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke
kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk
mengadukan perkara yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke
kampung mereka dengan menaiki sebuah kenderaan.

Mereka tiba di kawasan perkampungan orang asli tersebut. Mereka mendengar suara
Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya membawa jentera
berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah menyuruh samseng
upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit
meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar
pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut.
Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi
lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor
katak raksasa tersebut muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad itu
menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya terus
melarikan diri dari tempat tersebut.

Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa
buah pondok musnah terbakar. Puluhan mayat manusia dan bangkai Qadqad
bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

Tema

Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia dengan alam semula jadi.

Manusia bandar yang rakus dan tamak telah memusnahkan alam semula jadi demi
mengaut keuntungan semata-mata. Hutan belantara ditarah untuk pembalakan
manakala bukit diruntuhkan untuk dijadikan kawasan perlombongan sehingga
memusnahkan habitat flora dan fauna. Kehidupan orang ash yang aman dan harmoni
turut terancam.

Persoalan
1. Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Contohnya, Talia yang telah
merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera, akhirnya telah
diselamatkan oleh raksasa tersebut sewaktu perkampungan mereka hendak
dimusnahkan oleh Binjah.

2. Kasih sayang terhadap keluarga. Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota


keluarganya dan sanggup ditembak oleh Binjah semata-mata untuk
menyelamatkan anggota keluarganya.

3. Sikap tamak segelintir manusia. Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana
hendak melombong di perkampungan orang asli tetapi akhirnya terkorban kerana
diserang oleh Raksasa Qadqad.
4. Kesusahan masyarakat orang ash yang tinggal di kawasan pedalaman.
Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen kereta untuk mendapatkan
rawatan anaknya, Jini yang sedang sakit di bandar.

5. Persahabatan antara manusia dengan haiwan. Contohnya, sifat Talia yang baik
hati dan merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera telah
menyebabkan haiwan tersebut membantu kampungnya daripada dimusnahkan
oleh Binjah.

Plot
a) Permulaan —Talia telah bertembung dengan seekor Raksasa Qadqad sewaktu
bermain di pinggir huma berhampiran dengan hutan di lereng Bukit Ungu. Talia
terlihat seekor binatang aneh yang menyerupai seekor katak tercedera. Dia telah
mengambil pucuk daun dalut untuk merawat binatang tersebut. Binatang aneh
tersebut diberi nama Qadqad oleh penduduk kampung kerana bunyinya yang
menyerupai bunyi seekor katak.

(b) Perkembangan — Peristiwa Dodo bersama-sama dengan isterinya, Misa dan anak-
anaknya, Talia dan Jini pergi ke stesen kereta api untuk merawat Jini yang sedang
demam di bandar. Di pertengahan jalan, mereka telah bertembung dengan Sidek,
pemandu kereta api dan Binjah yang bertugas mengawas bijih yang disorong keluar
dari bangunan untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Mereka telah digertak
oleh Binjah kerana cuba menaiki kereta api tersebut secara percuma. Secara tiba-tiba,
Binjah dan pekerja lombong telah diserang oleh Raksasa Qadqad. Binjah berasa
hairan kerana Talia dan keluarganya terselamat daripada serangan tersebut. Sidek
telah menemani Dodo mendapatkan rawatan untuk Jini di hospital. Kemudian, mereka
membuat laporan di balai polis tentang Binjah dai pengikutnya yang menyerang
kampung mereka.

(c) Klimaks — Binjah dan para pengikutnya telah membawa jentera berat unto
memusnahkan perkampungan orang ash tersebut kerana ingin mengaut hasil buminya.
Dodo yang cuba mempertahankan kampung tersebut telah terkena tembakan pada
lengan kirinya yang dilepaskan oleh Binjah.
(d) Peleraian — Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan'i dan
telah menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak pengikutnya yang telah
terkorban termasuk Binjah sendiri. Akhirnya, penduduk di perkampungan orang ash
itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

Teknik Plot

Teknik Plot Contohnya,


Dialog "Ini bukan demam biasa," kata Dodo. "Kita perlu bawa ke hospital." [hlm.
61]
"Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad sekarang berleluasa di hutan di
seluruh negeri. Kata Tuan Binjah, sesiapa yang dapat mengawal tanah ungu,
pasti kaya-raya!" [hlm. 64]
Pemerian Makhluk itu mengerang, mempamerkan taring. Cecair hijau likat meleleh
dari lekuk tajam di bahagian sisi kepalanya, persis luka akibat dilibas gergaj
Imbas  Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang terselamat, pada hari yang
kembali sebelumnya, sebatang balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak
cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Namun, entah apa-apa
alasannya, mandur kem balak menetak mati kesemua yang terperangkap itu.
Tindakannya itulah yang menjerut manusia lain dengan hukuman mati. [hlm.
62]

Latar

Latar Tempat
Kawasan Bukit Ungu. Tempat tinggal Talia dan keluarganya serta ahli sukunya.
Kawasan hutan berhampiran Tempat Talia bertemu dengan anak Raksasa Qadqad
dengan lereng Bukit Ungu
bersempadan huma
Rumah Dodo Tempat Dodo berbincang dengan isterinya, Misa untuk
membawa anak mereka, Jini yang sedang demam ke
hospital.
Stesen kereta api Tempat Dodo dan keluarganya diherdik oleh Binjah
Kawasan perlombongan Tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa
Qadqad
Hospital Tempat Dodo membawa anaknya, Jini mendapatkan
rawatan dan tempat pekerja lombong yang cedera
mendapatkan rawatan.
Balai polis Tempat Sidek membawa Dodo membuat laporan tentang
rancangan Binjah untuk melombong di Bukit Ungu.

Latar Masa
Waktu siang. Contohnya, Talia berjumpa dengan anak Raksasa Qadqad
yang tercedera pada waktu siang
Waktu tengah hari. Contohnya, penduduk orang asli di Bukit Ungu dapat
mendengar bunyi kereta api datang dan pergi untuk
mengangkut bijih ke bandar.
Tiga hari. Contohnya, Jini mendapat rawatan di hospital selama tiga
hari.
Waktu matahari tergelincir. Contohnya, Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki ke
kawasan Bukit Ungu untuk memastikan bahawa keadaan di
situ sudah selamat.

Latar Masyarakat   
Masyarakat orang asli Contohnya, anggota keluarga Talia dan sukunya merupakan
masyarakat orang asli yang berpindah-randah, bertani, dan
tinggal di kawasan hutan.
Masyarakat bandar yang Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan
tamak dan kejam. menghalau orang asli untuk mendapatkan kawasan lombong
di Bukit Ungu.
Masyarakat yang berkonflik Contohnya, Binjah telah menebang balak dengan sesuka hati
dengan alam semula jadi. dan ingin melakukan kerja perlombongan di Bukit Ungu
sehingga mendorong Raksasa Qadqad menyerang mereka.
Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Dodo amat menyayangi anak-anak dan isterinya
sehingga sanggup menerima tembakan untuk
menyelamatkan tempat tinggal mereka.
Masyarakat yang kejam dan Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan
zalim. membakar pondok orang asli yang terletak berhampiran
dengan Bukit Ungu.

Watak dan Perwatakan

Talia
 Seorang budak perempuan kecil keturunan orang asli.
 Anak kepada Dodo dan Misa.
 Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
 Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
 Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
 Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
 Menghormati ibu dan bapanya.

Raksasa Qadqad
 Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
 Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
 Mempunyai taring.
 Mampu meloncat tinggi.
 Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
 Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
 Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung mereka.
 Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
 Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

Dodo
 Ayah kepada Talia dan Jini.
 Isterinya bernama Misa.
 Seorang yang penyayang kerana sanggup mempertahankan keluarga dan
kampungnya daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya.
 Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya yang sedang
demam untuk mendapatkan rawatan di hospital.
 Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota keluarganya.

Binjah
 Seorang saudagar yang tamak kerana cuba memusnahkan kampung orang asli
untuk mendapatkan hasil buminya.
 Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup menyerang dan membakar
rumah orang asli.
 Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam
semula jadi.
 Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa
Qadqad.

Sidek
 Bekerja dengan Binjah.
 Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital.
 Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah yang mahu
memusnahkan kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu.
 Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba memusnahkan kampung
mereka.

Tuk Sibat
 Ketua suku kaum orang asli.
 Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah yang ingin
memusnahkan kampungnya.
 Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang mengganggu
tempat tinggal sukunya.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Ayat pendek. "Kita ke bandar" ujar Dodo.
"Nak ke mana?"
Ayat panjang. Talia sedang bermain sendirian di sempadan huma, berdekatan
dengan hutan di lereng Bukit Ungu apabila dia terdengar rengekan
ganjil. [hlm. 58]
Walaupun belum semusim berkampung di situ, semua orang dapat
melihat betapa gemuknya padi mereka, seolah-olah buminya
berkhasiat ajaib. [hlm. 60]
Kata Ganda "Apa tumpang-tumpang? Kau fakir kereta api ni untuk bersuka
ria?" [hlm. 62]
... Jentera-jentera berat yang menumbangkan pokok-pokok ceruyu
tampak kecil di hujung jalan. [hlm. 65]
Personifikasi ... lingkaran reben hijau kuning itu kembali ditelan hutan belantara.
[hlm. 63]
Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat menghantar dua orang
lelaki [hlm. 67]

Inversi Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi. [hlm.
61]
... Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan mereka ke hospital
bersama-sama dengan pekerja lombong yang cedera. [hlm. 64]
Sinkope "Kami ada padi saja."
"Kalau begitu, melombong di pinggir hutan saja tanahnya ungu
juga," saran Dodo. [hlm. 64]
"... Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu," ujar Sidek,
menyambung cerita. [hlm. 64]
Repetisi "Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ..."
"Tanah. Talia main tanah tadi," sambut Dodo, bingung.
Simile "Gempal macam disumbat air"…
... bagaikan cincin melingkari gunung

 Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
Baik hati Kita haruslah bersimpati Contohnya, Talia menolong dan
dengan semua makhluk yang merawat anak Raksasa Qadqad yang
berada di sekeliling kita. tercedera pada bahagian kepalanya.

Kasih sayang Kita mestilah menyayangi Contohnya, Dodo amat menyayangi


anggota keluarga supaya keluarganya. Dia sanggup bersusah
mereka dapat hidup dengan payah menghantar anaknya, Jini ke
selamat dan selesa. hospital yang terletak di bandar untuk
mendapatkan rawatan.
Keberanian. Kita harus berani Contohnya, Dodo berani menentang
mempertahankan hak kita kekejaman Binjah yang ingin
walaupun terpaksa merampas kawasan tempat tinggal
mengorbankan diri. sukunya.
Kegigihan. Sebagai ketua yang Contohnya, Tuk Sibat gigih berusaha
bertanggungjawab, kita untuk mempertahankan perkampungan
mestilah mempertahankan hak sukunya daripada dirampas oleh
anak-anak buah kita daripada Binjah.
dirampas oleh pihak luar
Tolong-menolong Kita haruslah memberikan Contohnya, Sidek memberikan
pertolongan kepada orang yang pertolongan kepada keluarga Dodo
sedang berada dalam dengan menumpangkan mereka
kesusahan. pulang dari bandar menggunakan
kereta api yang dipandunya.

Anda mungkin juga menyukai