Anda di halaman 1dari 3

Menukar bahasa melayu klasik kepada bahasa melayu

standard…

….10 langkah…

1. Baca dan fahami teks secara keseluruhan terlebih


dahulu..
2. Kenal pasti watak dan peranannya…
3. Istilah2 spt: alkisah, hatta, arakian, syahadan…
digugurkan kerana tidak digunakan dlm bahasa
melayu moden.
4. Kosa kata drpd bahasa istana dikekalkan
5. Kata ganti diri…(baginda, bonda,kakanda)
dikekalkan
6. Proses penukaran dilakukan ayat demi ayat.
7. Semua dialog tidak boleh disalin semula (wajib
tukar kpd b.m standard)
8. Semua ayat harus ditukar (walaupun ada ayat yg
maksudnya berulang)
9. Boleh gantikan beberapa istilah dalam teks (tanpa
menjejaskan maksud asal teks)
10. Jangan tafsir atau ulasan keseluruhan dalam
menukar teks klasik (jgn tokok tambah isi baru.

_________________________________________
Contoh :

Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun


ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih Gajah Mada
pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi
bertanyakan anaknya yang bemama Kertala Sari
pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari
Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada
pun pergilah kepada bininya Petala Bumi. Tatkala itu
Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak
beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian
dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak
dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke
rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya,
“Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku
lihat ini?” Setelah sudah ibunya mendengar kata
anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata, “ Hai anakku, yang bapamu itu
sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Ayat 1
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun
ingat akan Petala Bumi itu.

Ketika berfikir, Patih Gajah Mada telah teringat


akan Petala bumi.
Ayat 2

Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada


bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang benama
Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah
datang dari Daha atau belumkah.

Patih Gajah Mada menyuruh pegawai bertanya pada


isteri Petala Bumi tentang anaknya Kertala Sari yang
pergi ke Daha untuk mencuri itu, sudah pulang atau
belum.

Ayat 3

Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada


bininya Petala Bumi.

Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi


berjumpa dengan isteri Petala Bumi.

Anda mungkin juga menyukai