Anda di halaman 1dari 5

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

PERSOALAN
1._________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Haikal berhasrat menghidupkan semula tarian zapin jincat yang telah lama hilang di
Kampung Seri Purnama setelah kematian ayahnya dan sengketa ahli-ahli kumpulan zapin
itu.
Haikal meminta bantuan Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim untuk mengaktifkan
semula tarian itu .
Pak Cik Bakar berjanji akan berbincang dengan ketua kampung tentang hasrat Haikal
mahu mengaktifkan semula zapin jincat.
Haikal meminta Lazim membantunya menghidupkan semula tarian zapin jincat di
Kmpung Seri Pernama
2. _________________________________________________________________________
Swee Hwa memberitahu Haikal arwah ayah Haikal bercita -cita menjadikan Kampung
Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu dengan penubuhan
Aksara iaitu Akademik Sastera Rakyat, namun tidak kesampaian. Maka dia mahu Haikal
merealisasikan cita-citanya.
3. _________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal betapa bersyukurnya penduduk kampung dengan
kepulangan Haikal ke Kampung Seri Purnama. Penduduk Kampung Seri Purnama amat
berharap ada golongan Muda seperti Haikal yang berminat untuk mengembalikan zaman
kegemilangan sastera dan budaya di dalam kampung itu,kerana generasi yang ada sudah
terlalu tua untuk bergiat aktif.

WATAK DAN PERWATAKAN


1. SWEE HWA
______________________________
Swee Hwa mengemas bilik bacaan di balai raya kampung Seri Purnama setiap hujung
minggu. Bilik itu kelihatan bersih dan kemas.
_____________________________
Swee Hwa satu-satunya anak murid arwah ayah Haikal yang diberikan kepercayaan
menyimpan koleksi buku yang ditulis oleh arwah ayahnya.
2. HAIKAL
_____________________________
Haikal bersungguh-sungguh mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat di Kampung
Seri Purnama. Dia terus berjumpa Pak Cik Bakar untuk berbincang tentang hasratnya itu
pada malam itu juga setelah meninjau-ninjau balai raya bersama-sama Lazim dan Swee
Hwa pada petang itu.
___________________________________________________________________________
Haikal amat mencintai dunia sastera dan kebudayaan. Dia amat menghargai dan
mengagumi pencapaian arwahnya dalam bidang penulisan dan tarian zapin. Dia berhasrat
menghidupkan semula tarian zapin di Kampung Seri Purnama.
3. PAK CIK BAKAR
_______________________________
Pak Cik Bakar mahu berbincang dengan ketua kampung dulu apabila Haikal menyatakan
hasrat untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat di Kampung Seri Purnama. Dia
berasa perkara yang dibawa Haikal adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh
dibuat sembarangan.

NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
___________________________________________
Swee Hwa rajin mengemas bilik bacaan di balai raya setiap minggu. Bilik bacaan
tersebut bersih dan kemas.
___________________________________________
Swee Hwa seorang yang jujur dan amanah. Arwah ayah Haikal menyerah-kan koleksi
buku hasil penulisannya untuk dibaca dan disimpan oleh SweeHwa dan Swee Hwa
berjanji akan memberi Haikal membaca buku-buku tersebut.
___________________________________________
Haikal bersungguh-sungguh mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat di Kampung
Seri Purnama. Dia terus berjumpa Pak Cik Bakar untuk berbincang tentang hasratnya itu
pada malam itu juga setelah meninjau-ninjau balai raya bersama-sama Lazim dan Swee
Hwa pada petang itu.
__________________________________________
Pak Cik Bakar mahu berbincang dengan ketua kampung dulu apabila Haikal menyatakan
hasrat untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat di kampung Seri Purnama. Dia
berasa perkara yang dibawa Haikal adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh
dibuat sembarangan.
_________________________________________
Haikal terus beriltizam untuk menghidupkan semula kumpulan zapin DPurnama setelah
melihat dan membaca pencapaian arwah ayahnya dalam sastera dan kebudayaan yang
tersimpan di balai raya Kampung Seri Purnama.
Haikal terus beriltizam untuk meneruskan agenda ayahnya yang terbengkalai iaitu
merealisasikan AKSARA dan menyudahkan manuskrip yang diterimanya setelah
diberitahu oleh Swee Hwa.
Haikal terus meminta Lazim dan Pak Cik Bakar membantunya menghidupkan semula
tarian zapin di Kampung Seri Purnama.
NILAI KEMASYARAKATAN
1. _________________________________________________________________________
Lazim membantu Haikal mendapatkan maklumat tentang arwah ayahnya dengan
membawa Haikal melihat sendiri koleksi dan pengkisahan hidup ayahnya di balai raya
Kampung Seri Purnama.
Swee Hwa membantu Haikal mengenali arwahnya dengan lebih dekat dengan
meminjamkan koleksi buku-buku penulisan arwah ayah Haikal yang disimpannya
kepada Haikal.

PENGAJARAN
1._________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Haikal segera mengajak Lazim menghidupkan semula tarian zapin jincat yang terkubur
di Kampung Seri Purnama setelah kematian ayahnya.

Haikal mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat setelah mendapat tahu tentang
kehebatan dan kesungguhan ayahnya menghidupkan tarian zapin jincat yang pernah
popular di Kampung Seri Purnama.
Haikal segera bertemu Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim di warung Wak Min bagi
meminta sokongan dan kerjasama mereka pada malam itu juga selepas mendapat
maklumat tentang penglibatan arawah ayahnya dalam tarian zapin jincat.

LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
1._________________________________________________________________________
Lazim dan Swee Hwa membawa Haikal meninjau-ninjau balai raya kampung Seri
Purnama
Haikal melihat-lihat bilik bacaan di balai raya itu yang merupakan idea arwah ayahnya
Haikal melihat galeri pameran yang mempamerkan pencapaian arwah ayahnya dalam
bidang sastera
Haikal melihat gambar arwah ayahnya berbaju Melayu Teluk Belanga bersama-sama
kumpulan zapin
Di sudut pameran itu Lazim memberitahu Haikal ayahnyalah yang menghidupkan semua
Kumpuln Zapin DPurnama setelah lama terkubur.
Haikal terfikir untuk menghidupkan semula kumpulan itu setelah kembali terkubur
selepas kematian arwah ayahnya.
2._________________________________________________________________________
Haikal bertanya Swee Hwa tentang Aksara
Swee Hwa memberitahu Haikal Aksara ialah satu-satunya impian arwah ayahnya yang
belum tercapai iaitu Akademik Sastera Rakyat.
Swee Hwa mengakui tujuan manuskrip diserahkan kepada Haikal bagi memenuhi
amanat ayahnya agar Haikal menyudahkan manuskrip tersebut
Haikal memberitahu Swee Hwa dia khuatir tidak dapat melaksanakan tugas yang berat
itu

3._________________________________________________________________________
Haikal menyelak-nyelak buku catatan lama milik ayahnya yang mengandungi maklumat
tentang 15 jenis tarian zapin dana alat-alat muzik gambus,rebana, gendang,
dok,akordian,biola dan markas.
Haikal membayangkan keharmonian irama muzik dan benar-benar mahu mendengar
alunan iramanya
Haikal terus ke warung Wak Min bagi menyampaikan cadangannya kepada Pak Cik
Bakar untuk menghidupkan semual tarian zapin.
Pak Cik Bakar berjanji akan mengusulkan hal tersebut kepada ketua kampung kerana
menganggap cadangan haikal suatu perkara yang besar.
Haji Salim dan penduduk berasa bersyukur dengan kepulangan haikal ke kampung seri

Purnama.
Haikal teringat akan adiknya Nurul Aisyah dan walid serta uminya . Haikal teringat katakata walid yang umi amat terkilan dengan tindakan HaiKAL

LATAR MASYARAKAT
1. _________________________________________________________________________
Arwah ayah Haikal menghidupkan semula kumpulan zapin DPurnama di Kampung Seri
Purnama yang telah lama berkubur .
Haikal berusah menghidupkan semula Kumpulan Zapin DPurnama setalah terkubur juga
selepas kematian arwah ayahnya. Haikal segera berjumpa Pak Cik Bakar untuk
menyampaikan cadangannya itu pada malam itu juga.
Di sudut pameran balai raya, Haikal berasa ayahnya benar-benar seorang yang hebat
dalam dunia sastera dan budaya apabila melihat koleksi buku karya arwah ayahnya dan
gambar ayahnya dalam pakaian zapin pencapaian yang dicapai oleh ayahnya.
Golongan veteran ;Wak Arif, Haji Salim dan Pak Cik Bakar yang meruapakan ahli
kumpulan zapin DPurnama amat mencintai tarian zapin jincat. Mereka memberi
kerjasama kepada Haikal untuk menghidupkan semula kumpulan DPurnama .

Anda mungkin juga menyukai