Anda di halaman 1dari 3

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 5: RINDU

SINOPSIS
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu
Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya
akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang
terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk
menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi
jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR.
Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat
merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan
umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada
umi.
PERSOALAN
1. ________________________________________________________________________

Haikal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah sejak kecil sehingga
membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri Purnama , kampung
ayahnya
2. _______________________________________________________________________

Haikal begitu seronok dan teruja membayangkan kegiatan seni tarian zapin yang
digambarkan oleh manuskrip ayahnya tetapi tidak meminati bidang perniagaan yang
diusahakan oleh uminya

Uminya pula mahu Haikal mewarisi perniagaan batik di Pasar Payang yang langsung
tidak diminatinya.

WATAK DAN PERWATAKAN


1. Haikal
PERWATAKAN
1. Matang

Haikal memikirkan sama ada tindakannya bertanya tentang perpisahan umi dan ayahnya
dianggap biadap oleh uminya.

2. Taat

Haikal taat akan uminya.Haikal hanya menurut sahaja keputusan uminya apabila berkait
dengan ayahnya. Uminya tidak membenarkan Haikal menziarahi jenazah ayahnya
walaupun dirayu Haikal.
NILAI
Nilai Kemanusiaan
1. _________________________

Haikal terasa terlalu kasih akan arwah ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya.

Haikal berasa limpahan kasih sayang walid walaupun hanya ayah tirinya.
2. ________________________

Haikal amat taat akan kehendak uminya yang tidak mahu dia menziarahi jenazah ayahny
a tujuh tahun yang lalu
Nilai Kemasyarakatan
1. ________________________

Guru pengawas peperiksaan UPSR memujuk Haikal untuk mententeramkannya kerana H


aikal menangis kesedihan tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk memberi
penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya pada hari kematian arwah ayahnya.
PENGAJARAN
1. _________________________________________________________________________

Haikal terasa amat menyayangi arwah ayahnya walaupun tidak pernah bersua sejak kecil
setelah membaca manuskrip ayahnya.
2. _________________________________________________________________________

Haikal amat menghargai kasih sayang walid ayah tirinya yang memeliharanya sejak kecil

3. _________________________________________________________________________

Haikal amat menghormati perasaan uminya sehingga dia berasa serba salah untuk
bertanyakan punca perpisahan umi dan ayahnya.
LATAR

Latar Masa
1. Malam

Haikal tidak dapat melelapkan mata kerana masih teringat-ingat tentang kisah yang
ditulis dalam manuskrip arwah ayahnya

Haikal terbayang-bayang situasi meriah di Sri Purnama sehingga berasa terpanggil untuk
ke sana

Haikal terdengar-dengar irama zapin dan kehebatan ayahnya menari zapin


2. Tujuh tahun lalu

Haikal menangis kerana tidak dibenarkan oleh umi mengikutinya menziarahi jenazah
ayahnya di Johor kerana menduduki peperiksaan UPSR.
Latar Masyarakat
1. Golongan peniaga

Umi dan walid berniaga batik di Pasar Payang


2. Golongan pencinta seni budaya melau

Haikal dapat merasakan ayahnya seorang pencinta tarian zapin yang hebat seperti
digambarkan dalam manuskripnya.
Latar Tempat
1. Di rumah haikal

Haikal serba salah untuk menyatakan hasratnya kepada umi untuk pulang ke kampung
ayahnya bagi mengcungkil kisah sebenar dalam manuskrip yang diterimanya.
2. Di dalam dewan peperiksaan

Haikal yang menangis kerana tidak boleh pulang ke Johor untuk memberi penghormatan
terakhir kepada arwah ayahnya , ditenteramkan oleh pengawas peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai