Anda di halaman 1dari 2

1. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. 2.

Masuk ke telinga kanan, keluar dari telinga kiri tidak mahu menerima nasihat yang diberikan. 3. Melepaskan anjing tersepit (Sesudah selepas ia menggigit) menolong orang yang tidak tahu mengenang budi akan merugikan kita sendiri. 4. Meludah ke langit menimpa muka sendiri juga membuat sesuatu yang tidak padan dengan diri sendiri seperti melawan orang yang lebih berkuasa, akhirnya kita sendiri yang susah. 5. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada orang yang dicela. 6. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya tidak sesiapa pun dapat melarang seseorang daripada bercakap. 7. Niat hati nak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai tidak berdaya untuk mencapai cita-cita. 8. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa mengucapkan terima kasih dan menghargai pemberian dan pertolongan yang diterima. 9. Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam. 10. Penyu bertelur beratus-ratus tiada orang tahu, ayam bertelur sebiji riuh sekampung orang yang berilmu merendah diri tetapi orang yang berpengetahuan cetek suka berlagak. 11. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri orang yang miskin dan lemah dilakukan sesuka hati oleh orang yang kaya dan berkuasa. 12. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga. 13. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain tekun dan sabar membuat sesuatu pekerjaan akhirnya berhasil juga. 14. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu orang yang sudah kena tipu akan berhati-hati pada kali lain. 15. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh juga walau betapa pandai pun seseorang itu, ada kalanya tersilap atau kecundang juga. 16. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna sebelum melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis dahulu agar tidak menyesal kemudian. 17. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan jika tidak dapat dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali soalan pokoknya. 18. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga walau ke mana juga seseorang itu merantau, akhirnya balik ke tempat asalnya juga. 19. Siapa makan lada, dialah berasa pedas orang yang melakukan sesuatu yang kurang baik mudah terasa apabila orang mengatai dan menyindirnya. 20. ak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adat yang tidak berubah-ubah; sesuatu yang tetap utuh dan tidak berubah-ubah. 21. akut kerana salah, berani kerana benar orang yang bersalah berasa takut tetapi orang yang tidak bersalah berani mempertahankan diri. 22. !ang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang keuntungan yang datang daripada berbagai-bagai punca. 23. !ang dikejar tak dapat, yang dikendong ber"i"iran kerana mahu mengejar keuntungan yang besar, harta sedikit yang ada hilang pula.

Soalan:

eknik Penulisan Pendahuluan #arangan $enis %akta Petua & S

Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan.

Kerangka pendahuluan B - Masalah sosial - semakin membimbangkan - mencatatkan peningkatan yang mendadak. ! - "ejala gengsterisme - melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah -> bermaharajalela di sekolah S -> banyak fak or #aripada kerang di atas, dapatlah kita membina $ ayat dengan mudah. %ihat contoh pendahuluan di bawah: &endahuluan Kualiti &M' Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi buah mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin bermaharajalela di alma mater. ebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat. !endah"l"an #"ali i S!$

!alam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak pantas pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak sejak akhir-akhir ini. "ntara masalah sosial yang terus menjadi buah mulut yang hangat ialah gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. #eadaan menjadi semakin kronik kerana golongan gengster ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. ebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.

Anda mungkin juga menyukai