Anda di halaman 1dari 7

SKEMA RUMUSAN:

Pendahuluan:
Rumusan membincangkan impak/implikasi tekanan terhadap kesihatan dan
langkah-langkah mengatasi tekanan.

Isi tersurat – kesan negatif tekanan terhadap kesihatan


 Kerosakan sturktur saraf otak yang mengawal daya ingatan pembelajaran dan
emosi
 Mengalami perubahan fizikal dan sosiologi badan
 Menghidap penyakit kardiovaskular, kerosakan neuron dan sistem imun serta
kecelaruan mental
 Peratus kemurungan yang tinggi
 Menghidap penyakit kronik yang berkaitan dengan tekanan
 Menyumbang kepada risiko kanser payudara dalam kalangan waita
 Keupayaan kognitif yang rendah dalam kalangan yang lebih muda
 Mengubah proses kawal atur tenaga antara sistem imun , sistem saraf dan tisu
adipos
 Mengalami penyarencatan yang lebih tinggi
 Makan lebih banyak terutama snek
 Mempunyai kualiti diet yang rendah

Isi tersirat – langkah-langkah mengatasi tekanan


 Amalan gaya hidup sihat
 Bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi
 Pendidikan agama dan moral
 Sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan denga situasi yang kritikal dan
sukar
 Berkongsi masalah/meluahkan masalah/tekanan dengan orang yang dipercayai
 Beriadah

Kesimpulan:
Kita hendaklah bijak mengawal/mengurus tekanan yang dihadapi agar kesihatan
dan kesejahteraan diri terjamin.
SKEMA JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN TEKS.

Soalan 2(a) : Soalan Pemahaman Petikan Umum


(i) Maksud rangkai kata dipandang serius – diambil berat/diberi perhatian

(ii) Kesan-kesan kemurungan akibat tekanan di tempat kerja


- Pekerja kurang bermotivasi
- Bersikap acuh tak acuh dalam melakukan sesuatu pekerjaan
- Kegemukan abdominal
- Mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak untuk
menghilangkan tekanan
- Menyebabkan kegemukan

(iii) KBAT- punca-punca tekanan


- Masalah kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran yang dihadapi
- Tidak mendapat apa yang diingini
- Terlalu menitikberatkan kesempurnaan
- Pengalaman lampau yang buruk/ngeri
- Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja
yang dilakukan

Soalan 2(b) : Soalan Pemahaman Prosa Moden (Cerpen – Munsyi)


i. Berdasarkan petikan, apakah sebab-sebab kaum-kaum dipecahkan?
[2 markah]
- Ideologi
- Puak
- Etnik
- warna kulit
- bahasa percakapan
- fahaman politik

ii. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya tidak wujud
perpaduan dalam sesuatu negara?
[3 markah]
- berlaku perpecahan kaum
- negara akan mundur
- rakyat tidak bersatu-padu
- imej negara bakal tercemar

iii. Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu lagi
persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]
- Persoalan dalam petikan: sikap setiap kaum yang mentingkan diri
sehingga mereka sanggup mengorbankan nyawa disebabkan
inginmembela negara masing-masing.

- Persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen: kesan


penjajahan yang menyebabkan perubahan pada suatu ketika dahulu
semasa zaman “bonda”.

Soalan 2 (c) : Pemahaman Prosa Klasik

i. Apakah reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan


pulang bendahara?
[2 markah]
 Baginda terlalu gembira
 Memberi persalin akan bendahara daripada pakaian
 Hulubalah dianugerahi persalin

ii. Apakah tindakan Paduka Bubunnya setelah Awi Dicu datang menghadap?
[3 markah]
 Baginda murka
 Ingin pergi menyerang Melaka

iii. Sekiraya anda Awi Dicu, bagaimanakah anda hendak menembusi pertahanan
negeri Melaka?

 Memohon bantuan ketenteraan yang lebih besar daripada Paduka Bubunnya


 Melengkapkan tentera dengan alatan yang mencukupi
 Melatih tentera dengan lebih sistematik dan proaktif

Soalan 2(d) : Pemahaman Puisi Moden (sajak)


i. Apakah keluhan yang cuba disampaikan oleh warga tua dalam sajak
tersebut?
- Keluhan warga tua yang kesunyian akibat anak-anak yang melupakan
mereka.
- harapan agar anak-anaknya insaf dan kembali kepadanya.
ii. Ibu bapa perlu dihormati dan disayangi. Pada pendapat anda,
bagaimanakah cara untuk menghormati dan menyayangi ibu bapa kita?
- anak-anak perlu menjaga kebajikan mereka
- anak-anak perlu menyayangi dan menghormati mereka.
- anak-anak perlu melayan mereka dengan baik.

iii. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.


- Nilai ketabahan. Tabah mengharungi kehidupan seorang diri tanpa kasih
sayang dan perhatian anak-anak
- Nilai kasih sayang – menyayanyi anak-anaknya walaupun disisihkan oleh
mereka.

Soalan 4 : KOMSAS [novel Silir Daksina dan Di Sebalik Dinara]

1. Pengajaran Silir Daksina


Pengajaran :
1. Kita hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain
Abdullah b. Kayan atau Cikgu Nizam sentiasa mengingati anaknya walaupun
telah lama terpisah dan menulis manuskrip pada waktu malam di rumahnya
untuk diserahkan kepada anaknya

2. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga


Semasa hayatnya,Abdullah b Kayan bertanggungjawab menyediakan wang
simpanan dan kebun kelapa sawit untuk diserahkan kepada Haiqal

3. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah orang lain


Ratna prihatin mendengar masalah Haiqal yang berjumpanya di gerai milik
keluarga Ratna pada waktu malam

4. Kita hendaklah berani dalam membuat keputusan


Haiqal berani mengambil risiko  pergi k e Batu Pahat, Johor dari Terengganu
seorang diri untuk menjejak sejarah hidup ayah kandungnya

5. Kita hendaklah tabah dalah menghadapi dugaan


Walaupun mendapat tentangan daripada umi, Haiqal tabah meneruskan
hasratnya untuk ke Batu Pahat bagi mengetahui sejarah ayah kandungnya

6. Kita hendaklah gigih/bekerjasama dalam melakukan sesuatu


Haiqal dan penduduk Kampung Seri Purnama gigih berlatih di balai raya pada
waktu malam untuk menghidupkan semula  sini zapin dan ghazal di kampung itu

7. Kita hendaklah memegang amanah dengan baik


Tauke Ong memegang amanah ayah Haiqal dengan baik. Tauke Ong
menyerahkan kebun kelapa sawit dan buku simpanan kepada Haiqal.

8. Kita hendaklah taat pada agama


Haiqal bersolat subuh di Stesen bas Batu Pahat sebelum mencari teksi untuk ke
Kampung Seri Purnama

Pengajaran Disebalik Dinara

1. Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan memberi kebebasan hak


kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
2. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan dalam hidup dan cuba berusaha
untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
3. Kita mestilah bertanggungjawab sebagai seorang insan di dunia ini, jangan
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain, terutamanya ahli
keluarga kita.

2. Perbandingan Perwatakan watak utama

Di Sebalik Dinara

Watak Utama Farisha


o    Anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.
o    Anak angkat kepada keluarga Azraai.
o    Berusia 26 tahun dan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat.
o    Telah ditanam mikrocip oleh bapanya, Karl.
o    Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.
o    Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun.
o    Bijak selok belok berkaitan sistem maklumat komputer.
o    Berminat dan menyukai dengan perwatakan Aqram

Silir Daksina

Watak Utama :  Haiqal Hakimi/Aiman

1. Seorang yang prihatin

Ratna prihatin mendengar masalah Haiqal yang berjumpanya di gerai milik keluarga
Ratna pada waktu malam
2. Seorang yang berani

Haiqal berani mengambil risiko  pergi k e Batu Pahat, Johor dari Terengganu
seorang diri untuk menjejak sejarah hidup ayah kandungnya

3. Seorang yang tabah

Walaupun mendapat tentangan daripada umi, Haiqal tabah meneruskan hasratnya


untuk ke Batu Pahat bagi mengetahui sejarah ayah kandungnya

4. Seorang yang gigih/bekerjasama

Haiqal dan penduduk Kampung Seri Purnama gigih berlatih di balai raya pada waktu
malam untuk menghidupkan semula  sini zapin dan ghazal di kampung itu

5. Seorang yang taat

Haiqal bersolat subuh di Stesen bas Batu Pahat sebelum mencari teksi untuk ke
Kampung Seri Purnama
NOVEL SILIR DAKSINA 9/21/2020

Anda mungkin juga menyukai