Anda di halaman 1dari 13

KELEMAHAN MENULIS RUMUSAN

Contoh soalan:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan
angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa
lepas. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pendahuluan

1. Petikan membincangkan tentang manfaat penerokaan angkasa lepas kepada negara kita Malaysia.
2. Petikan membincangkan faedah-faedah penerokaan angkasa lepas kepada negara kita Malaysia.
3. Petikan membincangkan kebaikan penerokaan angkasa lepas.
4. Petikan membincangkan kelebihan penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat
masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas.

Isi Tersurat

Antaranya program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang
penerokaan angkasa lepas. Negara dapat menjalin kerja sama yang lebih erat dengan negara-negara yang
sudah maju dalam bidang ini. Secara tidak langsung, kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan
rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut. Seterusnya, sistem komunikasi
yang semakin canggih. Peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang. Kerja-kerja pemetaan,
pengawalan dan pemantauan alam sekitar dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui satelit.

Isi Tersirat

Antara cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang ini ialah pendidikan di sekolah yang
menekankan kepentingan bidang ini. Ibubapa juga berperanan mendorong anak-anak meminati bidang Sains
dan Matematik.

Penutup

1. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berganding bahu menjayakan program ini.
2. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berganding bahu supaya negara kita maju.
3. Kesimpulannya, semua pihak mesti menjayakan bidang ini agar negara kita bertambah maju.
4. Kesimpulannya, langkah yang sistematik harus diambil supaya pada suatu hari nanti Malaysia dapat
melahirkan lebih banyak angkasawan bagi membuktikan kehebatan negara dalam bidang angkasa
lepas.
5. Kesimpulannya, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.









2
KELEMAHAN JAWAPAN PEMAHAMAN

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memberikan impak. [2 markah]

Contoh jawapan:
1. Maksud rangkai kata memberikan impak adalah sesuatu kesan yang diterima.
2. Maksud rangkai kata memberikan impak adalah memberikan kesan.
3. Maksud rangkai kata memberikan impak adalah mendatangkan impak.
4. Maksud rangkai kata memberikan impak adalah menyumbang natijah.
5. Maksud rangkai kata memberikan impak adalah memperlihatkan/mendatangkan kesan/natijah.
6. Mendatangkan hasil.
7. Calon melakukan kesalahan bahasa.


(ii) Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam bidang
penerokaan angkasa lepas.
Nyatakan bukti-bukti tersebut. [3 markah]

Contoh jawapan:
1. Calon menyatakan bukti tepat dan cukup (3 isi) tetapi tidak dikemukakan oleh pengarang.
2. Calon menyatakan bukti tepat dan cukup (3 isi) tetapi menyalin terus daripada ayat pengarang.
3. Calon menyatakan bukti tepat dan cukup (3 isi) tetapi secara poin.
4. Calon menyatakan bukti tepat dan cukup (3 isi) tetapi dalam satu ayat.
5. Calon menyatakan bukti tepat tetapi tidak cukup.
6. Calon menyatakan bukti yang salah.
7. Calon melakukan kesalahan bahasa.


(iii) Sebagai murid yang berwawasan, jelaskan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan supaya
terpilih sebagai calon angkasawan pada masa akan datang. [4 markah]

Contoh jawapan:
1. KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
2. Calon menjelaskan persediaan cukup (4 isi) tetapi tidak sesuai.
3. Calon menjelaskan persediaan cukup (4 isi) tetapi secara poin.
4. Calon menjelaskan persediaan cukup (4 isi) tetapi dalam satu ayat.
5. Calon menjelaskan persediaan tidak cukup.
6. Calon melakukan kesalahan bahasa.




3
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan
angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa
lepas. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pembabitan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas bermula pada awal 1980-an sedangkan
bidang tersebut telah diceburi lebih awal lagi oleh sesetengah negara lain. Pada mulanya rakyat Malaysia
tertanya-tanya sama ada penglibatan dalam bidang angkasa lepas itu benar-benar berbaloi dengan kos tinggi
yang dilaburkan. Walau bagaimanapun, persoalan itu telah terjawab apabila Malaysia telah diakui sebagai
antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia.

Belakangan ini, Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang tersebut apabila melaksanakan
program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas melalui kerjasama dengan beberapa buah
negara lain. Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ramai
peserta telah menawarkan diri untuk menyertainya. Calon-calonnya terdiri daripada pendidik, doktor,
jurutera, saintis dan juruterbang. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk
terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Melalui program ini juga, negara dapat menjalin
kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Secara tidak
langsung, kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka
bekerja dalam bidang tersebut.

Masyarakat, yang pada suatu ketika dahulu ragu-ragu akan manfaat penerokaan angkasa lepas, kini
menerima hakikat bahawa sistem komunikasi yang semakin canggih ialah hasil daripada penerokaan angkasa
lepas. Kecanggihan sistem komunikasi ini, seperti penggunaan Internet, telah menyebabkan bidang
perniagaan dan pemasaran semakin meluas. Kita boleh mencontohi negara-negara maju yang menggunakan
Internet untuk tujuan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Selain itu, peluang pekerjaan dan perkhidmatan
turut berkembang seiring dengan perkembangan sistem komunikasi ini.

Satu lagi bukti pembabitan Malaysia dalam bidang angkasa lepas ialah pelancaran tiga buah satelit ke
angkasa lepas. Menerusi pelancaran satelit ini, sistem komunikasi negara terus berkembang maju yang
akhirnya dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat. Kerja-kerja pemetaan, pengawalan dan pemantauan alam
sekitar dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui satelit. Sesungguhnya, kejayaan dalam penerokaan
angkasa lepas ini bukan sahaja dapat memperluas bidang tersebut, tetapi turut memberikan suntikan dalam
perkembangan bidang-bidang lain seperti pendidikan, penyelidikan dan perubatan. Program penerokaan
angkasa lepas ini mempunyai peluang yang cerah untuk berkembang pada masa hadapan. Oleh sebab itu,
langkah yang sistematik harus diambil supaya pada suatu hari nanti Malaysia dapat melahirkan lebih banyak
angkasawan bagi membuktikan kehebatan negara dalam bidang angkasa lepas.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Meneroka Angkasa Lepas
oleh Haslin Ghafur, Utusan Malaysia, 26 Mei 2006)


1
Soalan 2(b) Prosa Moden (Cerpen/Drama)


(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh Jumari Jipan untuk
menjaga Deliah. [2 markah]

Contoh jawapan:
1. Calon memberikan jawapan cukup (2 isi) tetapi tidak terdapat dalam petikan.
2. Calon memberikan jawapan cukup (2 isi) tetapi dalam bentuk poin.
3. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
4. Calon tidak memahami dan menghayati petikan.
5. Calon melakukan kesalahan bahasa.


(ii) Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membela nasib kanak-kanak seperti Deliah.
[3 markah]

Contoh jawapan:
1. KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
2. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi tidak sesuai.
3. Calon menjelaskan jawapan cukup (3 isi) tetapi secara poin.
4. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi dalam satu ayat.
5. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
6. Calon melakukan kesalahan bahasa.


(iii) Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua persoalan lain yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Contoh jawapan:
1. Aspek KOMSAS.
2. Calon memberikan jawapan cukup (4 isi) tetapi tidak sesuai.
3. Calon menjelaskan jawapan cukup (4 isi) tetapi secara poin.
4. Calon memberikan jawapan cukup (4 isi) tetapi dalam satu ayat.
5. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
6. Calon tidak memahami dan menghayati petikan.
7. Calon melakukan kesalahan bahasa.








5
Soalan 2(c) Prosa Klasik/Tradisional


(i) Berikan maksud rangkai kata kabullah tuan puteri akan kehendak raja itu. [2 markah]

Contoh jawapan:
1. Maksud rangkai kata/soalan berdasarkan petikan.
2. Calon memberikan maksud salah.
3. Calon memberikan jawapan cukup (2 isi) tetapi tidak terdapat dalam petikan.
4. Calon memberikan jawapan cukup (2 isi) tetapi dalam bentuk poin.
5. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
6. Calon tidak memahami dan menghayati petikan.
7. Calon melakukan kesalahan bahasa.


(ii) Apakah tindakan-tindakan Tun Mamat setelah mendengar kata-kata Dang Raya Rani? [3 markah]

Contoh jawapan:
1. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi tidak terdapat dalam petikan.
2. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi dalam bentuk poin.
3. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
4. Calon tidak memahami dan menghayati petikan.
5. Calon melakukan kesalahan bahasa.


(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Puteri Gunung Ledang memberikan syarat-syarat peminangan yang
sukar untuk ditunaikan? [3 markah]

Contoh jawapan:
1. KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
2. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi tidak sesuai.
3. Calon menjelaskan jawapan cukup (3 isi) tetapi secara poin.
4. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi dalam satu ayat.
5. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
6. Calon melakukan kesalahan bahasa.









7
Soalan 2(d) Pantun


(i) Berikan maksud pandai-pandailah membawa diri. [2 markah]

Contoh jawapan:
1. Maksud rangkai kata/rangkap/soalan berdasarkan puisi.
2. Calon memberikan maksud salah.
3. Calon memberikan jawapan cukup (2 isi) tetapi tidak terdapat dalam puisi.
4. Calon memberikan jawapan cukup (2 isi) tetapi dalam bentuk poin.
5. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
6. Calon tidak memahami dan menghayati puisi.
7. Calon melakukan kesalahan bahasa.


(ii) Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang ketika berada di rantau orang?
Kemukakan tiga pandangan anda. [3 markah]

Contoh jawapan:
1. KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
2. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi tidak sesuai.
3. Calon menjelaskan jawapan cukup (3 isi) tetapi secara poin.
4. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi dalam satu ayat.
5. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
6. Calon melakukan kesalahan bahasa.


(iii) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam puisi tersebut. [4 markah]

Contoh jawapan:
1. Aspek KOMSAS.
2. Calon memberikan jawapan cukup (4 isi) tetapi tidak sesuai.
3. Calon menjelaskan jawapan cukup (4 isi) tetapi secara poin.
4. Calon memberikan jawapan cukup (4 isi) tetapi dalam satu ayat.
5. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
6. Calon tidak memahami dan menghayati puisi.
7. Calon melakukan kesalahan bahasa.







9
KELEMAHAN JAWAPAN
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA


Soalan 3(a) Morfologi

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan/frasa di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
[6 markah]

Contoh jawapan:
1. Calon tidak faham maksud perkataan/frasa.
2. Calon menuliskan ayat yang tidak lengkap.
3. Calon menambahkan/meninggalkan imbuhan pada kata yang diberi.
4. Calon menggunakan kata sebagai peribahasa atau nama khas.
5. Calon melakukan kesalahan bahasa.


Soalan 3(b) Sintaksis

Semua jenis ayat yang telah dipelajari boleh disoal dalam bahagian ini. [6 markah]

Contoh jawapan:
1. Calon tidak menguasai konsep ayat.
2. Calon tidak menguasai teknik mengubah ayat.
3. Calon melakukan kesalahan bahasa.


Soalan 3(c) Ejaan dan Imbuhan

Dalam setiap ayat/petikan di bawah, terdapat satu/tiga kesalahan ejaan dan satu/tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu/tiga kesalahan ejaan dan satu/tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat/petikan itu semula.
[6 markah]

Contoh jawapan:
1. Calon tidak menguasai ejaan baku.
2. Calon tidak menguasai sistem pengimbuhan.
3. Calon salah mengenal pasti perkataan.
4. Calon menyenaraikan lebih daripada satu perkataan seperti dalam arahan.
5. Calon melakukan kesalahan bahasa.

10
Soalan 3(d) Kata/Istilah dan Tatabahasa

Dalam setiap ayat/petikan di bawah, terdapat satu/tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu/tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat/petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu/tiga kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu/tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat/petikan itu semula.
[6 markah]

Contoh jawapan:
1. Calon tidak mempunyai kosa kata luas.
2. Calon tidak menguasai sistem tatabahasa.
3. Calon salah mengenal pasti perkataan.
4. Calon menyenaraikan lebih daripada satu perkataan seperti dalam arahan.
5. Calon melakukan kesalahan bahasa.


Soalan 3(e) Peribahasa/Ungkapan Menarik

Semua peribahasa/ungkapan menarik yang telah dipelajari boleh disoal dalam bahagian ini. [6 markah]

Contoh jawapan:
1. Calon tidak berpengetahuan tentang peribahasa/ungkapan menarik..
2. Calon menyatakan maksud peribahasa yang salah.
3. Calon tidak dapat mengaitkan ayat/situasi dengan peribahasa.
4. Calon tidak dapat membina ayat daripaa peribahasa.
5. Calon menyenaraikan lebih daripada satu peibahasa.
6. Calon melakukan kesalahan bahasa.
















11
KELEMAHAN JAWAPAN NOVEL

Soalan 4 : Novel

Jawab soalan-soalan di bawah berasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdukkah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan


(a) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu menimbulkan kesedaran
kepada pembaca. [7 markah]

Contoh jawapan:
1. Aspek KOMSAS.
2. Calon tidak menyatakan novel yang dikaji.
3. Calon memberikan jawapan cukup (2 isi) tetapi tidak sesuai.
4. Calon menjelaskan jawapan cukup (2 isi) tetapi secara poin.
5. Calon memberikan jawapan cukup (2 isi) tetapi tiada huraian (bukti/contoh)
6. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
7. Calon tidak memahami dan menghayati aspek KOMSAS.
8. Calon melakukan kesalahan bahasa.


(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai
keberanian dalam setiap novel. [8 markah]

Contoh jawapan:
1. Aspek KOMSAS.
2. Calon tidak menyatakan novel yang dikaji.
3. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi tidak sesuai.
4. Calon menjelaskan jawapan cukup (3 isi) tetapi secara poin.
5. Calon memberikan jawapan cukup (3 isi) tetapi tiada huraian (bukti/contoh)
6. Calon memberikan jawapan tidak cukup.
7. Calon tidak dapat membuat perbandingan antara novel.
8. Calon tidak memahami dan menghayati aspek KOMSAS.
9. Calon melakukan kesalahan bahasa.

12












KELEMAHAN JAWAPAN CALON






BAHASA MELAYU
KERTAS 2
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA






Oleh:
Ismail Bin Jaafar
Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.


Subuh tadi anak itu ternyata benar terkejut dan gamam. Baru sehari, datuk Deliah, penjaganya yang
tunggal, terkorban oleh ledakan bom di tepi tebing teluk yang selama ini diyakini tempat paling selamat.
Semalam dia masih di tengah laut hari ini baru dia sempat menemui Deliah. Jumari Jipan memang lebih
dekat dengan Ripin. Mereka memang sama-sama sekolah, sama-sama seiring remaja, sama-sama sehari
bersunat, sama-sama beransur dewasa, sama-sama seketika mengikut rombongan sarkas Filipina
mengelilingi negeri, sebelum masing-masing mencari pekerjaan lain dan sama-sama juga beransur tua.

Kini masalahnya Deliah. Jumari Jipan sebenarnya tidak akan dapat melayan anak itu dalam botnya di
tengah laut. Selain kerana tugasnya di bawah bilik enjin yang panas, tentera Jepun pula kini semakin ternyata
seperti tidak menghiraukan apa atau siapa sasarannya atau tidak tahu. Mereka menggugurkan bom atau
memuntahkan peluru sesukanya hampir ke arah siapa saja sama ada anak kecil atau wanita tua. Jepun
mengesyaki semua bot berisi senjata dengan tenaga yang pada bila-bila masa boleh mengancam tenteranya.
Pada saat begitulah terkadang-kadang apa yang disebutkan Kapten Dawson tentang kebebasan itu dirasakan
semakin bererti.

(Dipetik daripada Di Sisi Rinda
oleh A. Samad Said dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)


















4

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.


Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itupun lenyaplah. Ada kadar sesaat,
maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya. Maka ia berkata pada Tun Mamat,Adapun
segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang.
Akan titah tuan puteri,Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan
perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati
kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan
darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri
akan kehendak raja itu.

Telah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia.

Maka pada suatu riwayat orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan
dirinya seperti orang tua.

Telah itu Tun Mamat pun turunlah dari sana, kembali kepada Laksamana dan Sang Setia. Maka
segala kata Puteri Gunung Ledang itu semuanya dikatakannya pada Laksamana dan Sang Setia. Maka
Laksamana dengan segala kawannya itu pun turunlah dari atas Gunung Ledang itu, berjalan kembali ke
Melaka.

(Dipetik daripada
Peminangan Puteri Gunung Ledang
dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)













6
Soalan 2(d) Pantun

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.


PANTUN LAPAN KERAT

Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.

Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka.






8

Anda mungkin juga menyukai