Anda di halaman 1dari 11

STPM Pengajian Am 2011 Extra Tips and Predictions for Paper 900/2 Answering Techniques Bahagian E Menukar bentuk

k teks bukan linear kepada linear. Terdapat 3 perkara utama yang pelajar perlu mengambil tahu. 1. Pola antara tahun (bandingkan dgn tahun-tahun lain) terdiri daripada: Jumlah keseluruhan Pola yang meningkat berterusan Pola yang menurun berterusan Pola tidak konsisten 2. Pola dalam tahun (dalam tahun itu sahaja) terdiri daripada: Pola yang paling tertinggi/paling banyak Pola yang paling terendah/ paling kecil 3. Alasan ada 2 jenis iaitu: a. Alasan berkaitan pola. Dalam soalan dinyatakan Mengapa keadaan sedemikian berlaku? Penjelasan: Jadi perlu letak alasan pada setiap perenggan. b. Alasan tidak berkaitan pola. Soalan baru diberikan contohnya: Berdasarkan graf bar di bawah, nyatakan pola bilangan kes jenayah di Malaysia antara tahun 2002 hingga 2004. Jelaskan langkah-langkah yang diperlukan utk mengatasinya. (soalan baru yang diberikan). Penjelasan: Maka pelajar perlu beri beberapa alasan tentang langkah-langkah tersebut diperenggan terakhir sekali sebelum kesimpulan, tidak perlu tulis alasan pada tiap-tiap perenggan. Kata kunci dalam soalan: 1. Jika dalam soalan ada perkataan: pola, analisa, aliran & perubahan maka skema jawapan: 3 pola antara tahun & 1 pola dalam tahun 2. Jika dalam soalan ada perkataan: hubungkait, ulasan & tafsirkan maka skema jawapan: 4 Pola antara tahun sahaja. * Untuk mendapat markah lebih, pelajar hendaklah mengira nilai tersirat ( mengira peratus perubahan) Umum Pada kebiasaannya, para pelajar gagal memperolehi markah yang tinggi dalam bahagian esei kerana pelajar gagal memahami kehendak soalan, walaupun pelajar dapat mengarang dengan baik. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit maklumat bagaimana pelajar dalam mendekati tugasan soalan yang berbunyi bincangkan pernyataan di atas . Pelajar perlu memahami pernyataan yang terdapat dalam soalan . Kebiasaannya terdapat dua arahan dalam pernyataan soalan .( paling popular) Bagaimanapun, pernah juga soalan STPM yang hanya meminta satu arahan atau tiga arahan. Jadi, pernyataan soalan itu sendiri akan menentukan arahan sebenar yang perlu dijawab oleh calon STPM. Teknik Memahami Soalan yang Berbunyi Bincangkan pernyataan di atas . Arahan : Cuba kenal pasti arahan/tugasan yang diminta dalam soalan berikut dan sediakan

rangka isi sebelum merujuk kepada jawapan. 1. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini .( 1997-soalan 4) Jawapan Soalan 1

Soalan 1 a. Ayat Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, membawa maksud kepentingan/kebaikan teknologi pengkomputeran kepada manusia. b. Ayat namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan bermaksud keburukan komputer c. Perkataan walaupun...... namum membawa maksud kontrats d. Jadi soalan ini meminta pelajar memberikan kebaikan dan keburukan komputer kepada kehidupan manusia. e. Kebaikan termasuk memudahkan urusan harian manusia, wujud peluang pekerjaan dan R & D. Keburukan komputer adalah mengganggu kesihatan dan masalah penyebaran maklumat tidak benar.

2 Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya. Jelaskan penyataan ini.(1998-soalan 1) Jawapan Soalan 2

Soalan 2 a. Ayat Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara meminta kebaikan sektor pelancongan. b. Ayat sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya jelas meminta pelajar memberikan kesan negatif sektor pelancongan. c. Soalan 2 mengkehendaki pelajar menjawab kebaikan dan keburukan sektor pelancongan. d. Kebaikan termasuk mewujudkan peluang pekerjaan, pendapatan negara dan pembangunan setempat. Keburukannya seperti pencemaran budaya dan kemusnahan alam sekitar.

3. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun, namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara berkenaan. Bincangkan(2004-Soalan 2)

Jawapan Soalan 3 Soalan 3 a. Ayat Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun bermaksud keperluan-keperluan proses perbandaran di negara membangun. b. Ayat namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negaranegara berkenaan meminta masalah-masalah urbanisani. c. Soalan 3 meminta pelajar memberi keperluan-keperluan urbanisasi dan masalah masalah urbanisasi. d. Keperluannya untuk menwujudkan sistem pentdbiran yang lebih baik , peluang-peluang ekonomi yang luas dan petempatan yang lebih terurus.Masalah urbanisasi adalah masalah pencemaran, masalah sosial dan kesesakan jalan raya.

4 Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini. (1997- soalan 3) Jawapan Soalan 4 Soalan 4 a. Ayat Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. membawa maksud kepentingan sains dan teknologi . b. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan bermakna kepentingan seni dan kemanusiaan kepada negara. c. Soalan 4 meminta kepentingan sains dan teknologi dan seni & kemanusiaan kepada sesebuah negara. d. Kepentingan sains & teknologi adalah menggalakkan usaha R & D dan menghasilkan peralatan yang canggih. Kepentingan seni & kemanusiaan termasuk menyumbangkan dari segi aspek kerohanian serta mengekalkan warisan seni dan budaya bangsa.

5. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas.( 2006-Soalan 2) Jawapan Soalan 5 Soalan 5 a. Ayat Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian jelas mengkehendaki pelajar memberikan kepentingankepentingan sektor perindustrian.

b. Ayat Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya pula meminta keperluan sektor pertanian. c. Soalan 5 meminta kepentingan sektor perindustrian dan keperluan sektor pertanian kepada Malaysia. d. Kepentingan sektor perindustrian adalah mewujudkan peluang pekerjaan dan menambah pendapatan negara. Keperluan sektor pertanian meliputi membekalkan bekalan bahan input untuk sektor perindustrian , mengurangkan import makanan , iklim Malaysia memang sesuai untuk aktiviti pertanian. Soalan ini hanya ada satu arahan/tugasan.

6. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah alam sekitar. Bincangkan ( STPM 2006- Soalan 3) Jawapan Soalan 6 Soalan 6. 1. Soalan ini hanya ada satu arahan sahaja, iaitu cara-cara yang mesra alam dalam usaha mengatasi masalah alam sekitar. Jadi pelajar perlu menerangkan sekurang-kurangnya 4 isi langkah. 2. Cadangan isi adalah melalui aktiviti kitar semula, penggunaan tenaga solar/biomass, mengadakan R & D dan menggunakan kaedah kawalan biologi dalam sektor pertanian. Soalan ini ada tida arahan/tugasan.

7. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yang terusmenerus berkembang. Sungguhpun secara umum buruh kanak-kanak dianggap menyalahi undangundang, tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan dan kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya. Bincangkan pernyataan ini.( STPM 2002- soalan 1) Jawapan Soalan 7

Soalan 7. 1. Soalan ini agak berlainan, sebab dalam pernyataan soalan adalah 3 arahan soalan. 2. Ayat Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yang terus-menerus berkembang meminta sebab buruh kanak-kanak terus-menerus berkembang.( Isi =masalah kemiskinan dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang) 3. Ayat Sungguhpun secara umum buruh kanak-kanak dianggap menyalahi undangundang meminta sebab buruh kanak-kanak menyalahi undang-undang.(Isi = kanak-kanak mudah dieskplotasi dan kanak-kanak berhak mendapat pendidikan) 4. Ayat tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan & kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya bermaksud sebab-sebab ibu bapa/majikan /kanak-kanak menyembunyikan buruh kanak-kanak.( Isi =salah dari segi undang-undang dan kanak-kanak tidak minat ke sekolah/belajar)

Bahagian C Panduan Menjawab Bahagian C 1. 2. Calon perlu menjawab soalan 5 ( laras sastera, a atau b) dan soalan 6 ( laras sains , a atau b ) 10 markah utk setiap soalan

3. Baca dan fahamkan petikan. 4. Fahamkan arahan soalan & jawab mengikut kehendak soalan. 5. Jawapan perlu ringkas dan padat. 6. Gunakan bahasa yg ringkas, padat & gramatis Jawapan utk bahagian (i)

Lebih senang & jawapan boleh dikesan melalui petikan. Kemungkinan soalan juga bertanyakan definisi sesuatu konsep (S6 sains) Tiada had perkataan Jawab dalam 1 ayat. Gunakan ayat sendiri. Jawapan untuk Bahagian ( ii ) 1. Soalan berbentuk KBKK 2. Jawab ikut arahan soalan. 3 4 Berikan 2 isi untuk jawapan bahagian ( ii ) Setiap isi perlu ada 2 huraian yang ringkas.

Contoh soalan Exel 1 JPS 5 (a). Sikap saling memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wajar menjadi teras perpaduan. Kita perlu mempastikan hubungan baik ini berkekalan dan semangat tolak ansur menjadi pegangan kehidupan seharian supaya generasi masa depan dapat mewarisinya, sekaligus membudayakan cara hidup ini demi kemakmuran serta keamanan negara (Dipetik daripada http://www.bharian.com.my) (i) Apakah yang anda faham tentang teras perpaduan?

Jawapan ( i )

Teras perpaduan bermakna sikap saling memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini. (jawapan kurang baik kerana tidak menggunakan ayat sendiri) Teras perpadauan bermaksud kaum-kaum berlainan di Malaysia saling memahami cara hidup, budaya dan agama masing-maisng. ( Jawapan lebih baik )

(ii) Dengan menggunakan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah untuk merealisasikan perpaduan di negara kita. Jawapan ( ii ) Kerajaan boleh memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan. Penubuhan sekolah wawasan memberi peluang kepada pelajar berbilang kaum berinteraksi dan memahami budaya antara satu sama lain. Selain itu, amalan rumah terbuka diadakan semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Keadaan ini memberi peluang kepada rakyat berbilangan kaum saling memahami budaya dan memupuk intergasi. ( 50 pp) Bahagian D

Arahan : Sila kena pasti kata kunci ( arahan soalan), kemudian tentukan bentuk graf yang sesuai bagi setiap soalan sebelum merujuk kepada jawapan yang disertakan. Jawapan setiap soalan akan diberi komen / kata kunci tertenu. Selamat mencuba.

1. Berdasarkan maklumat yg diberikan dlmm petikan di bawah, sediakan graf yg sesuai utk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yg dipilih dlm Pasaran Saham Kuala Lumpur.( 2000)

2. Berdasarkan maklumat yg diberikan di bawah, sediakan graf yg menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa Saham KL bagi tempoh tahun 1990 dan tahun 1995.(1998)

3 .Dengan berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah ini, sediakan graf bar yg sesuai utk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pd tahun 1990 dan tahun 1995. ( 1996)

4.Dengan menggunakan maklumat yg disediakan dlm petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yg sesuai utk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1990. ( 1995)

5Berdasarkan maklumat yg diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai utk menunjukkan peratusan perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.(2004)

6.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan bilangan kes kebakaran mengikut punca dari tahun 1996 hingga 2000.(2003)

7. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai utk menunjukkan kuantiti eksport tiga komoditi utama antara tahun 1989 hingga tahun 1992. Pada gambar rajah yang sama, tunjukkan juga jumlah pendapatan eksport tiga komoditi utama itu bagi tempoh yang dinyatakan, dengan menggunakan graf garis. (1994 )

8 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institut pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut. (1993)

9 Dengan menggunkan maklumat yg diberikan di dalam petikan bawah, sediakan graf bar yang menunjukkan bilangan kes jenayah perdagangan yang dilaporkan kpd pihak polis, bilangan orang yg ditangkap dan bilangan mereka yang didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah tersebut di antara tahun 1985 hingga 1989. ( 1991)

10. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Berhad ( CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yangditawarkan pada tahun 2004. ( 2008)

11 Berdasarkan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan carta yg sesuai utk menunjukkan perbezaan peruntukan perbelanjaan sektor ekonomi kerjaan Persekutuan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malayisa ketujuh. ( 2000)

12. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan import dan eksport Malaysia bagi tahun 1998.

13. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.( 2008)

Jawapan Bahagian D (Berdasarkan soalan bahagian D - Teknik Menjawab Soalan Pengajian AM 2 ) Catatan : Pelajar perlu meneliti kata kunci dalam arahan soalan dalam menentukan bentuk jawapan yang tepat.

Soalan 1 : Graf garis biasa . Alasan ; kata pola-pola perubahan dan berkaitan dengan saham.

Soalan 2 ; Graf garis biasa. Alasan : Keadaan turun-naik, dan berkaitan dengan saham.

Soalan 3 : Bar piramid komponen. Alasan : Ada perkataan Jumlah dan 3 dimensi/perkara ( pekerjaan, etnik dan tahun ) Soalan 4 : Bar piramid kompaun. Alasan : Ada 3 dimensi/perkara ( berat kelahiran, etnik dan jantina )

Soalan 5 ; Bar memesong. Alasan ; Peratusan perubahan, ada data 2 tahun / tempoh

Soalan 6 ; Graf garis biasa :Alasan: kadar perubahan , ada 5 tahun paksi mendatar.

Soalan 7 : Gabungan graf bar dan bar garis : Alasan : ada 2 ukuran berlainan . Bar kompaun sebab tidak perkataan jumlah. Satu garisan sahaja kerana perkataan jumlah pendapatan eksport 3 komoditi

Soalan 8 : Graf garis komponen . Alasan : Ada perkataan jumlah dan sebagai komponen jumlah pengambilan

Soalan 9 : Graf kompaun . Alasan : tidak ada perkataan jumlah dan ada 4 dimensi/perkara ( dilapor, ditangkap, didakwa dan tahun.)

Soalan 10 : Pai Bertingkat : Alasan : tidak ada perkataan bandingkan/bezakan, hanya ada satu jumlah besar sahaja.

Soalan 11 : Carta pai banding. Alasan : perkataan perbezaaan, ada 2 jumlah data besar ( RMK-6 dan RMK-7)

Soalan 12 : Carta pai banding : perkatan menunjukkan dan jumlah import dan eksport

Soalan 13 : Gabungan graf bar dan garis . Alasan : ada 2 ukuran berlainan ( pengeluaran = tan matrik, perolehan = RM juta )

Oleh , En Oong Bon Hok Sekolah Tinggi Kota Kinabalu Sabah. 3.9.2009

Bahagian E ( Jadual ) Secara umum, setiap tahun mesti ada sekurang-kurangnya satu soalan tentang jadual/ grafik dalam soalan STPM. Terdapat cara tertentu semasa menjawab soalan jadual. Rujuk soalan jadual berikut, fahamkan arahan dan sediakan rangka isi sebelum merujuk kepada cara untuk mendapatkan jawapan.

Soalan Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola pinjaman yang dibiayai oleh institusi kewangan kepada beberapa sektor tertentu dari tahun 1996 hingga 1999. Jadual bolehla di lihat bwah..entah kenapa xboleh insert in the middle of post=( Cadangan Jawapan Jadual

Bahagian E ( Carta Aliran) Pengajaran dalam bahagian ini agak sukar kerana tidak ada satu panduan yang berkesan dalam pengajaran carta aliran. Soalan yang ditanya dalam soalan STPM berlainan dan tidak ada hubung kait setiap tahun. Terdapat 2 cara mendekati soalan carta aliran, iaitu menggunakan pendekatan proses dan bukan proses. Soalan-soalan tahun lepas digunakan sebagai bahan pengajaran dan soalan latihan. Cadangan jawapan disediakan, pelajar dikehendaki mendapatkan soalan-soalan yang tercatat.

a. Teknik mendekati soalan berbentuk Proses terikat dgn pergerakan anak panah

# 1999 : bagaimana kemiskinan di desa dikurangkan # 2004 : Fasa yang perlu dilalui oleh sebuah firma dlm prose mengurus secara strategik #2003 : Peringkat peringkat yg dilalui oleh Projek X utk menghasilkan sesebuah projek pembangunan yang berkesan.

b. Teknik mendekati soalan tidak berbentuk proses- tidak terikat dgn anak panah

# 1994 : Pelbagai kegunaan air # 1998 : Faktor langsung dan tidak langsung mempengaruh amalan pemakanan

# 2002 : Pelbagai pihak terlibat dlm pembangunan alam

Anda mungkin juga menyukai