Anda di halaman 1dari 8

Rumusan

Rumusan ini adalah perbuatan meringkas sesuatu karangan ataupun sesuatu cerita.
Rumusan mengandungi semua isi penting dalam cerita tersebut.

Teknik Rumusan Bahasa Melayu Spm


Ada beberapa teknik rumusan untuk rujukan SPM

Peraturan Merumus
i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan
ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti
iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp
iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 – 8 isi dan boleh ditulis lebih
asalkan tidak melebihi jumlah patah kata
v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan
perkataan lain / tukarkan penanda wacana
vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi
tersurat, isi tersirat dan kesimpulan

Contoh Pendahuluan Rumusan


1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan…

2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim


CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan
pembantu rumah…

3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan


keseluruhan petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan …
CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan
mendera pembantu rumah mereka di negara ini.

Contoh Isi Tersurat


Contoh Isi Tersurat 1
I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi
arahan soalan / tugasan pertama.
II, Jika arahan soalan ialah faktor….. isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon
mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari
ayat asal
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.

Contoh Isi Tersurat 2


I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas
kedua dalam arahan soalan
II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua…. kesan-kesan.. maka
pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan

Contoh Penutup
I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul /
merumus petikan
II. Unsur pertama – menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu….. dengan
ditandakan dengan kata… mestilah/ haruslah / hendaklah.
III. Unsur kedua – menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini
ditandakan dengan kata … agar / supaya

Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu
rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.

Strategi Penulisan Rumusan Spm


Strategi Rumusan Spm 1
: MENGANALIS KEHENDAK SOALAN

a) Baca arahan soalan dengan teliti.


b) Kenal pasti dan garisi dua frasa dalam arahan soalan yang menjadi fokus pertama
dan fokus kedua.

Strategi Rumusan Spm 2


: MEMBACA PETIKAN

a) Baca petikan yang diberi dengan teliti


b) Fahami isu keseluruhan yang ingin disampaikan.

Strategi Rumusan Spm 3


: MENULIS PENDAHULUAN

a) Patuhi fokus pertama arahan soalan (terletak selepas perkataan ‘tentang’)


b) Tukarkan kata kunci dengan kata seerti dan mulakan ayat dengan Petikan
membincangkan…
c) Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.Contoh:Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pencemaran
alam sekitar di negara kita dan langkah-langkah mengatasinya.Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Analisis soalan: Fokus 1 : Faktor-
faktor pencemaran alam sekitar di Malaysia.
Fokus 2 : Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

Teknik Menghasilkan Rumusan Berkesan

TEKNIK MERUMUSKAN PETIKAN/ RENCANA


A. MENULIS PENGENALAN:

1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh
ada perkataan ‘dan’ dalam pengenalan.
2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:
* faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi
* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan
* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif
* ciri = sifat = bentuk
* masalah = halangan = cabaran = kekangan

3.

Contoh-Contoh Rumusan
:

Contoh Rumusan 1
Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada
masyarakat.
Pengenalan rumusan :
Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah.

Contoh Rumusan 2
Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di
kawasan Bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut.
Pengenalan rumusan :
Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di
kawasan Bandar.

Contoh Rumusan 3
Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan
langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120
patah perkataan.
Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam
diri seorang pelajar cemerlang.

Contoh Rumusan 4
Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian
kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang
karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian
kepada Negara.

Contoh Rumusan 5
Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan
cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan
ringan kepada kanak-kanak.

B. MENULIS ISI TERSURAT:


1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata
dalam soalan. Jangan ubah)
2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.
3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)
4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.
5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi
tersurat.
6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat.
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat.

8. Contoh penggunaan ayat:

Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat)

-Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang
tersumbat.
-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan
bandar.
-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena
tersebut.
-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai
berhampiran.
-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.
-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan
di Bandar.

Contoh 2 : Rumusan kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa)


-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit.
-Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar.
-Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar.
-Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar.
-Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.

9. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan
lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini
digunakan)
Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-
undang.
Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-
undang.

Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah
trafik.
Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah
trafik.

10. Contoh :
Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.
“Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak
menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu
dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-
lumba harus disekat. ”

Isi tersurat :
-Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang
ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba.
Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah
yang dihadapi.

“Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi.


Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang
dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah.”
Isi tersurat :
– Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan
oleh orang ramai menjadi lebih mudah.
Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya.

“Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini
banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah
digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara.”

Isi tersurat :
– Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi
memberi keuntungan kepada negara.
Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah
mengatasinya.
“Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti
cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar
bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil
menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat
berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. ”

Isi tersurat :
– Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya
masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

C. MENULIS ISI TERSIRAT: 1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.


2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.
3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil
sebagai isi anda.
4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu
ditambah.
6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan
lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini
digunakan)

7. Contoh :
Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah
yang dihadapi.

“Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi.


Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang
dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah.”
Isi tersirat :
– Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan
pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di
negara kita.
Contoh 2 : Rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan
langkah untuk memajukannya.
Isi tersirat :
-Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan
memberi kemudahan subsidi baja kepada para petani.
Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.
“Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak
menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu
dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-
lumba harus disekat.”

Isi tersirat :
– Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan
menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi
peraturan di jalan raya.

Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan


cara-cara untuk mencegahnya.
Isi tersirat :
– Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar
anak-anak memilih makanan yang seimbang.

D. MENULIS PENUTUP / ULASAN: 1. 3 aspek perlu ditulis iaitu:


i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan
2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut:
i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi
ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut
iii. supaya / agar
3. Ayat seharusnya berbunyi begini :

Contoh 1 :
Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

Contoh 2 :
Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda:


Contoh 1 :
Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya.
Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah
penyalahgunaan dadah dapat diatasi.
Contoh 2 :
Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut.
Ulasan rumusan:
Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan
yang seimbang.

Contoh 3 :
Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang
dihadapi.

Ulasan rumusan:
Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar
mendapat pengetahuan yang berfaedah.
Contoh 4 :
Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta
permasalahannya.

Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam
pembelajaran mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat
dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai