Anda di halaman 1dari 49

MODUL PEMASTIAN PENCAPAIAN KELULUSAN 100 PERATUS MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM 2006 NEGERI PAHANG

AKU NAK LULUS!........

RUMUSAN Keperluan Peperiksaan SPM : Soalan 1 (wajib dijawab) Kehendak Soalan: a) Anda diminta merumuskan petikan rencana yang diberikan. b) Panjang rumusan itu hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Markah: 30M a) Pendahuluan 2M b) Isi Tersurat - 4M-12M c) Isi Tersirat - 4M-12M d) Penutup - 2M JUMLAH -20M BAHASA -10M ----------30M ----------STRATEGI PENULISAN RUMUSAN Strategi 1 : Menganalisis soalan a) Baca arahan soalan dengan teliti. b) Kenal pasti dan garisi dua frasa dalam arahan soalan yang menjadi fokus pertama dan fokus kedua. Strategi 2: Membaca petikan a) Baca petikan yang diberi dengan teliti b) Fahami isu keseluruhan yang ingin disampaikan. Strategi 3: Menulis Pendahuluan Bagaimana menulisnya? a) Patuhi fokus pertama arahan soalan (terletak selepas perkataan tentang) b) Tukarkan kata kunci dengan kata seerti dan mulakan ayat dengan Petikan membincangkan Contoh: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pencemaran alam sekitar di negara kita dan langkah-langkah mengatasinya.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Analisis soalan: Fokus 1 : Faktor-faktor pencemaran alam sekitar di Malaysia. Fokus 2 : Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar.

Contoh Pendahuluan: Petikan membincangkan punca-punca terjadinya pencemaran alam sekitar di Malaysia.

LATIHAN 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang implikasi kebanjiran pendatang asing ke negara kita dan faktor kedatangan mereka ke negara kita.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Analisis soalan Fokus 1: ____________________________________________________________ Fokus 2: ____________________________________________________________ Pendahuluan _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _________________________________________. LATIHAN 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan remaja dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Analisis soalan Fokus 1: ______________________________________________________________ Fokus 2: ______________________________________________________________ Pendahuluan _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ ________________________________________. LATIHAN 3 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Analisis soalan Fokus 1:_________________________________________________________________ Fokus 2:_______________________________________________________________ Pendahuluan: _____________________________________________________________________________________ _________________________________________________________.

Starategi 4: Menulis Isi Tersurat a) Patuhi fokus pertama dalam arahan soalan. b) Tulis 6-8 isi tersurat. c) Mulakan ayat pertama dengan frasa pertama dalam arahan soalan. Kaedah Mengesan/mengenal pasti isi tersurat Kaedah 1 a) Cari dan kenal pasti ayat yang menjawab fokus pertama. b) Garisi ayat tersebut. c) Tulis semula ayat dalam satu perenggan. JIKA GAGAL (UNTUK PELAJAR LEMAH) GUNAKAN KAEDAH 2 Kaedah 2 a) Salin ayat pertama dan ayat terakhir setiap perenggan. b) Kemudian salin ayat kedua setiap perenggan hingga cukup 110 perkataan. c) Jika belum cukup 110 perkataan, salin ayat yang berada di bahagian tengah setiap perenggan. Kaedah 3: Untuk pelajar yang sangat lemah a) Salin petikan bermula perenggan kedua ATAU b) Salin semua perenggan dalam petikan kecuali perenggan pertama dan terakhir. PANDUAN MENGENAL PASTI PERKATAAN / RANGKAI KATA DALAM AYAT YANG MERUJUK ARAHAN SOALAN CONTOH Arahan Soalan: Kesan Kata/rangkai kata yang mungkin digunakan; -menyebabkan, kebaikan/keburukan, implikasi, kesan, impak, akibatnya dll. Arahan Soalan: Faktor Antara rangkai kata yang mungkin digunakan; - disebabkan oleh,punca/berpunca , akibat daripada, didorong oleh, kerana

ISI TERSIRAT Strategi Menulis Isi Tersirat 1. Jika Fokus Soalan Langkah. Pelajar boleh fikir a)Apakah tindakan ibu bapa b)Apakah tindakan sekolah c)Apakah tindakan kerajaan.

2. Jika Fokus Soalan Kesan.Pelajar boleh fikir a) Apakah kesan pada diri sendiri/ibu bapa b) Apakah kesan pada masyarakat c) Apakah kesan pada negara. 3. Jika Fokus Soalan Faktor.Pelajar boleh fikir a)Apakah faktor persekitaran b)Apakah faktor ibu / bapa c)Apakah faktor media massa

KESIMPULAN/PENUTUP RUMUSAN Wajib ada dua unsur penting iaitu CADANGAN dan HARAPAN Kesimpulannya, semua pihak perlu_____________(cadangan)___________________ supaya/agar ________________(harapan)______________________________.

Contoh A: Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha mengatasi masalah pencemaran alam sekitar supaya/agar masyarakat dapat hidup selesa. Contoh B: Kesimpulannya, semua pihak perlu memupuk minat membaca supaya/agar dapat melahirkan warganegara yang berilmu.

RUMUSAN 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah cetak rompak dan faktor-faktor yang mendorong perkembangan kegiatan tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Masalah cetak rompak di Malaysia sama ada berupa penghasilan kaset, video, video cakera padat, atau buku berlaku sekian lamanya. Produk dan barangan yang dicetak rompak dijual dengan bebas di pusat beli belah, pasar malam, dan gerai kaki lima. Walaupun berbagai-bagai usaha telah dilakukan, tetapi masalah tersebut masih gagal untuk dibendung daripada terus menular. Sindiket yang bertanggungjawab menghasilkan produk cetak rompak bukan sahaja sukar dikesan, malah pihak berkuasa turut menghadapi masalah untuk memberkas para penjaja yang menjual barangan tersebut. Mereka mampu menghilangkan diri dalam tempoh masa yang singkat apabila serbuan diadakan. Bagi mengelakkan diri daripada dikesan, mereka juga sering menukar lokasi perniagaan dan menggunakan modus operandi yang berbeza untuk memasarkan barangan tiruan mereka. Oleh hal yang demikian, sudah sampai masanya orang ramai membantu dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah cetak rompak ini sebelum menjadi kudis yang dapat merosakkan masyarakat kita. Kerjasama yang dapat dihulurkan oleh orang ramai untuk mengatasi masalah ini ialah tidak membeli barangan cetak rompak dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mempunyai maklumat berhubung dengan kegiatan tersebut. Bagi menggalakkan orang ramai berbuat demikian, pihak berkuasa perlu menyediakan sedikit ganjaran untuk mereka yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang terbabit dalam kegiatan cetak rompak ini. Selain itu, harga barangan asli perlu dikurangkan supaya menjadi lebih kompetetif jika dibandingkan dengan barangan yang dicetak rompak. Sama ada disedari ataupun tidak, terdapat banyak faktor yang mendorong perkembangan industri cetak rompak daripada terus berleluasa di negara ini yang menyulitkan tindakan pihak berkuasa. Pada masa yang sama ,kempen memerangi cetak rompak perlu dilakukan secara berterusan dan tidak bermusim sahaja. Walau bagaimanapun, kempen tersebut perlu disusuli dengan tindakan yang lebih tegas daripada pihak berkuasa seperti mengenakan hukuman yang lebih berat bagi mereka yang didapati bersalah melanggar Akta Hak Cipta, Akta Perihal Dagangan, Akta Filem(penapisan), Akta Kawalan Harga, dan Akta Cakera Optik. Bagi memastikan penguatkuasaan akta-akta ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, kerjasama daripada seluruh agensi kerajaan adalah diperlukan untuk memerangi kegiatan ini sehingga ke akar umbi. Pihak Badan Pencegah Rasuah harus diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk menyiasat dan mengesan pihak yang bersubahat dan terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan yang tidak bermoral ini. (Petikan diubahsuai daripada rencana Cetak Rompak: apakah yang dirompak oleh Ann Abdullah dalam Dewan Masyarakat Ogos 2001)

PENDAHULUAN: Petikan membincangkan cara-cara mengatasi masalah cetak rompak. ISI TERSURAT ISI TERSIRAT(Faktor perkembangan) 1. Kurang penguatkuasaan pihak berwajib. 8 isi yang dihitamkan dalam petikan 2. Permintaan yang tinggi / pasaran luas. 3. Harga murah. 4. Kurang kesedaran sivik daripada pengguna. 5. Harga produk tulen mahal.

PENUTUP: Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menangani masalah cetak rompak supaya negara tidak rugi.

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM 2 (a) Berdasarkan petikan rumusan di atas jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii) Berikan maksud rangkai kata terus menular dalam petikan di atas. (2M) Mengapakah masalah kegiatan cetak rompak masih gagal diatasi ? (3M) SOALAN KBBK (4M)

Jawapan: i. masih berleluasa ii. Sebab: - penjual mampu menghilangkan diri dengan cepat apabila serbuan diadakan. -penjual sering menukar lokasi perniagaan -penjual menggunakan modus operandi yang berbeza.

RUMUSAN 2 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya vandalisme dalam kalangan remaja dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kamus Dewan mentakrifkan vandalisme sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Perbuatan ini mungkin berpunca daripada kurangnya didikan dalam keluarga khususnya bagi menghargai sesuatu barang dan kebanyakan mereka ini menganggap sesuatu yang disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta adalah percuma. Pelajar sekolah pula dikatakan tidak memiliki sifat dan nilai murni didapati sering merosakkan harta benda awam. Harta benda awam yang sering dirosakkan oleh mereka ialah telefon dan tempat menunggu bas yang juga disediakan untuk orang awam. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991) sesiapa yang merosakkan harta benda awam boleh didenda sehingga RM2000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun perbuatan laku musnah ini semakin berleluasa dan kini berada pada tahap serius terutamanya di bandar-bandar besar . Banyak faktor yang menyebabkan perbuatan ini. Antaranya pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah dalam keluarga. Faktor ini juga dibantu oleh remaja yang bermasalah apabila berkumpul dan bercampur dengan kumpulan remaja lain yang bermasalah, pasti akan bertambahlah masalah. Selain itu paparan media massa, filem dan drama barat yang boleh mempengaruhi remaja melakukan perbuatan vandalisme. Pengaruh televisyen amat besar dalam diri remaja yang menyebabkan mereka melakukan vandalisme. Pelbagai cara patut dilakukan untuk mengatasi maslah ini. Antaranya ialah sikap prihatin setiap masyarakat dengan memberikan perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini. Bagaimanapun, penguatkuasaan bukanlah jalan penyelesaian sebaliknya kesedaran remaja, para pelajar dan anggota masyarakat memainkan peranan yang lebih penting. Tentulah sukar bagi pihak penguatkuasa untuk menangkap mereka yang bersalah kerana vandalisme dilakukan di tempat yang tersorok. Tambahan pula kegiatan ini dikatakan mendatangkan keseronokan kepada remaja. Terdapat pula remaja yang berpendapat perbuatan ini dapat menunjukkan kehebatan dan keberanian mereka. Usaha gigih perlu diambil khususnya untuk memberi kesedaran kepada warga kota dan orang ramai supaya menjaga kemudahan awam yang disediakan. (Diubahsuaikan daripada Vandalisme di kalangan remaja oleh Aminudin Mansur, Fokus Mei 1997)

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2a: Petikan Umum (i) (ii) Apakah maksud rangkai kata mendatangkan keseronokan dalam petikan di atas ? (2M) Bagaimanakah untuk mengatasi perbuatan laku musnah yang semakin berleluasa kini ? (3M) 7

RUMUSAN 3 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kuala Lumpur banjir lagi. Sudah tidak terbilang berapa kalikah para wartawan, pasukan penyelamat dan pelbagai agensi lain terpaksa dikerahkan ke tempat kejadian untuk membuat liputan dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Hujan lebat yang turun tanpa henti selama dua jam yang bermula pada waktu makan tengah hari kelmarin menenggelamkan beberapa kawasan utama di tengahtengah ibu negara. Laluan yan menempatkan bank-bank utama negara, telah ditenggelami banjir lumpur. Stesen LRT Putra yang terletak di bawah tanah di situ, juga tenggelam. Hal ini semua sungguh memalukan dan menjejaskan imej negara sebagai destinasi pelancongan. Jika dikira kerugian yang dialami oleh semua pihak, secara terperinci termasuk kerugian masa, tenaga dan sebagainya amatlah besar. Beratus-ratus kereta awam tenggelam di tempat-tempat letak kereta milik swasta dan Dewan Bandarraya Kuala Lumpur (DBKL). Banjir kilat semalam berlaku disebabkan hujan lebat hampir dua jam di ibi negara mengakibatkan beribi-ribu kenderaan terperangkap, manakala dua orang mati terkena kejutan elektrik dan terjatuh. Orang ramai hari ini mendakwa sistem perparitan di sekitar pusat bandar raya yang gagal diselenggara dengan sempurna menjadi punca banjir kilat melanda ibu negara petang semalam, paling buruk dalamtempoh 30 tahun. Satu lagi kelemahan yang kita dapati ialah tiadanya sistem amaran awal oleh pihak-pihak terbabit untuk mengingatkan orang awam mengenai kemungkinan berlakunya bencana seperti banjir kilat ini. Kelemahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak berkuasa sebuah bandar raya bertaraf kosmopolitan ini telah mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada pihak awam. Umum mengetahui, di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur terletaknya pusat pelbagai kegiatan perniagaan dan kormisial. Di situlah terletaknya bank, kompleks beli belah, perhentian bas, pejabat, restoran, masjid, mahkamah dan segala-galanya. Kawasan bandar menjadi tumpuan ramai orang dengan pelbagai urusan. Apabila ini berlaku, masalah pembuangan sampah ke dalam sungai dan parit sewenangwenangnya terus terjadi. Ini akan mengakibatkan parit tersumbat dan sungai menjadi tercemar dan cetek. Apabila hujan turun banjir kilat akan berlaku. Hal ini akan menyusahkan pelbagai pihak, kesesakan jalan raya berlaku malah banyak kenderaan ditenggelami air. Sehingga kini, kita belum dapat pastikan di manakah silapnya sehinggakan gejala banjir kilat ini menjadi satu fenomena biasa di Kuala Lumpur. Pada kaca mata orang ramai banjir berpunca daripada perancangan yang tidak teliti. Menyalahkan pembangunan bandar sebagai punca banjir kilat hanyalah dianggap sebagai tidak mengakui kelemahan. Jabatan yang berkenaan didakwa tidak serius dalam usaha menangani masalah banjir kilat di bandar raya Kuala Lumpur. Ini termasuk kegagalan jabatan berkenaan bertindak segera mendalamkan sungai di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi punca berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan sekitar bandar raya.Selain itu, kegagalan sungai utama di ibu negara menampung kandungan hujan yang luar biasa menyebabkan berlakunya banjir kilat. (Diubahsuaikan daripada Pencegahan Banjir Patut Jadi Syarat Projek oleh Abdul Rani Ismail, Berita Harian 28 April 2003)

Soalan 2 : Pemahaman a) Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan satu jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata bertaraf kosmopolitan. (2M) (ii) Apakah kesan-kesan banjir kilat yang melanda bandar raya Kuala Lumpur ? (3M)

RUMUSAN 4 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan ekonomi akibat kemalangan jalan raya dan langkah-langkah menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kemalangan jalan raya sering diperkatakan terutama ketika musim-musim perayaan. Kejadiankejadian yang berlaku turut mengundang keprihatinan dan teguran daripada Perdana Menteri. Misalnya, perlanggaran antara sebuah bas ekspres dan sebuah bas sekolah berhampiran Merapoh di laluan Lipis-Gua Musang ketika orang ramai berpusu-pusu menuju ke kota selepas seminggu berhari raya mengundang polemik dan menjadi topik perbualan setiap lapisan masyarakat. Selain korban, kecelakaan dan kecederaan, kemalangan jalan raya turut membawa implikasi negatif kepada sektor ekonomi. Perangkaan Majlis Keselamatan Jalan Raya sendiri menunjukkan bahawa kerugian ekoran kemalangan jalan raya kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah RM 6.1 juta pada tahun 1997, RM 5.6 juta (1998), RM 5.5 juta (1999), RM 5.6 juta (2000), RM 5.4 juta (2001) dan RM 5.4 juta (2002). Selain itu, setiap tahun kerajaan dan pihak-pihak berkaitan terpaksa membelanjakan sebanyak RM 6 bilion untuk tujuan baik pulih, tuntutan insurans dan bil perubatan. Kemalangan jalan raya yang menimpa golongan pekerja sewaktu ke tempat bertugas boleh menjejaskan produktiviti negara terutama jika melibatkan pekerja yang berkemahiran tinggi dan pekerja dalam sektor pekerjaan yang dianggap kritikal. Tanpa rasa prejudis kepada mana-mana kumpulan atau kelas pekerjaan, kehilangan seorang kakitangan dalam kemalangan jalan raya ke tempat kerja merupakan satu perkhabaran yang tidak baik kepada mana-mana organisasi. Hal ini demikian kerana kos sumber manusia akan bertambah terutamanya yang membabitkan perbelanjaan mengambil pekerja baru dan kos untuk latihan semula. Seterusnya, jika diperincikan lagi, kebanyakan mangsa korban kemalangan berusia antara 18 hingga 40 tahun. Golongan ini boleh diklasifikasikan sebagai golongan remaja dan belia. Kehilangan mereka dalam kemalangan jalan raya turut mengakibatkan kehilangan aset negara. Pendidikan, kemahiran, dan kudrat golongan belia yang masih bertenaga amat ditagih untuk menjana kekuatan ekonomi negara. Jika masalah ini tidak dapat diatasi negara akan kekurangan penduduk muda dan keperluan tenaga kerja mungkin terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing. Di samping kos perbelanjaan yang meningkat, kemalangan jalan raya yang kerap berlaku boleh menyebabkan pelabur-pelabur asing dan para pelancong kurang yakin untuk datang ke negara ini. Golongan pelabur mungkin beranggapan pelaburan di negara ini tidak menguntungkan kerana proses penghantaran barang-barang dan bahan mentah akan menjadi lambat akibat masalah kemalangan jalan raya. Para pelancong asing juga mungkin tidak mahu lagi mengunjungi lagi negara ini jika mereka melalui satu pengalaman buruk menaiki kenderaan awam seperti teksi, kereta sewa, limosin mewah, dan bas pelancong yang dipandu oleh sebilangan pemandu yang tidak bertoleransi di jalan raya. Seandainya tidak dibendung, keadaan ini akan menyebabkan kerugian kepada ekonomi negara yang bergantung kepada 9

pelaburan asing untuk memajukan sektor perindustrian negara dan juga mengakibatkan kehilangan sumber pendapatan utama dari aspek pertukaran wang asing melalui sektor pelancongan. Kesimpulannya, teguran Perdana Menteri ketika musim perayaan yang lepas berhubung kemalangan jalan raya wajar diberi pertimbangan oleh semua pihak. Kita pasti berasa kesannya jika kemalangan yang berlaku menyebabkan kita kehilangan insan yang tersayang. Mendapat kecacatan kekal, dan berdepan dengan masalah trauma yang berpanjangan. Oleh itu, satu jalan penyelesaian konkrit perlu diputuskan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya moga-moga kita bertambah insaf dan bersungguhsungguh mencegahnya. (Petikan diubah suai daripada Kemalangan Jalan Raya dan Kesannya Kepada Ekonomi oleh Abdullah Salleh, Dewan Siswa April 2004)

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2a : Petikan Umum Berdasarkan petikan di atas jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata menjana kekuatan ekonomi negara . (2M) (ii) Nyatakan sebab dan alasan kemalangan jalan raya boleh menjejaskan kemasukan pelabur dan pelancong asing ke negara ini ? (3M)

10

Jawapan Rumusan 2 Pendahuluan: Petikan membincangkan faktor-faktor / sebab-sebab berlakunya vandalisme dalam kalangan remaja. Isi Tersurat ( Punca-punca vandalisme) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kurang didikan moral dan nilai murni. Menganggap harta benda kerajaan/swasta yang disediakan percuma Pengaruh rakan sebaya. Percampuran kumpulan remaja bermasalah. Paparan aksi oleh media massa/pengaruh televisyen. Perbuatan vandalisme bagi remaja menyeronokkan Dapat menunjukkan kehebatan dan keberanian.

Isi Tersirat (kesan vandalisme) 1. Berlaku pembaziran wang kerajaan. 2. merosakkan imej negara 3. Menyusahkan pengguna/orang ramai yang hendak menggunakan kemudahan awam. Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha menangani masalah vandalisme supaya/agar keselesaan masyarakat terjamin.

Jawapan 2a (Petikan rumusan 2) (i) - memberi kepuasan (ii) Cara-cara: - masyarakat perlu bersikap prihatin terhadap anak mereka - penguatkuasaan undang-undang/menangkap mereka yang melakukan vandalisme kesedaran remaja itu sendir

JAWAPAN RUMUSAN 3 PENDAHULUAN Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab berlakunya banjir kilat. ISI TERSURAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Hujan lebat yang turun tanpa henti-henti. Sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik. Masalah pembuangan sampah ke dalam sungai dan parit. Perancangan yang tidak teliti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jabatan yang berkenaan tidak serius dalam usaha mengatasi banjir kilat. Kegagalan jabatan yang berkenaan mendalamkan sungai. Sungai utama gagal menampung hujan yang luar biasa. 11

ISI TERSIRAT 1. Pihak berkuasa memastikan tiada longkang yang tersumbat. 2. Orang ramai tidak membuang sampah ke dalam parit dan sungai. 3. Membuat perancangan jangka panjang untuk mencegah banjir.

Soalan 2a (i) berkedudukan mencapai tahap bandar (ii) Kesan: - laluan yang menempatkan bank-bank utama negara dan stesen LRT Putra telah ditenggelami banjir lumpur. - Memalukan dan menjejaskan imej negara sebagai destinasi pelancongan - Kerugian yang dialami oleh pelbagai pihak amat besar.

RUMUSAN 4 PENDAHULUAN Petikan membincangkan implikasi negatif kepada ekonomi akibat kemalangan jalan raya. ISI TERSURAT 1. Kerugian kepada KNK negara. 2. Kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan terpaksa membelanjakan sebanyak RM 6 bilion untuk tujuan baik pulih, insurans dan perubatan. 3. Menjejaskan produktiviti negara. 4. Melibatkan kehilangan pekerja berkemahiran tinggi dan pekerja dalam sektor pekerjaan yang kritikal. 5. Kos sumber manusia bertambah. 6. Kehilangan aset negara kerana kematian belia dan remaja. 7. Pelabur asing enggan melabur di negara ini kerana bimbang kos pelaburan meningkat. 8. Pelancong asing enggan ke negara ini kerana bimbangkan keselamatan mereka. ISI TERSIRAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. Meningkatkan kompaun kepada pesalah jalan raya. Mengenakan syarat yang ketat untuk tuntutan insurans akibat kemalangan jalan raya. Menggantungkan seumur hidup lesen pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut. Pemandu yang terlibat dalam kemalangan wajib mengikuti kursus. Menjalani ujian pemanduan sekali lagi. Menarik balik serta menyita permit syarikat pengangkutan awam.

PENUTUP Kesimpulannya, semua pihak perlu mengamalkan pemanduan berhemah di jalan raya supaya kerugian akibat kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. 12

Soalan 2a (i) membina keutuhan ekonomi negara/Malaysia (ii) Sebab dan alasan: - pelabur asing menganggap pelaburan tidak menguntungkan kerana proses penghantaran barangbarang dan bahan mentah akan menjadi lambat akibat kemalangan jalan raya. - Pelancong asing mungkin tidak mahu mengunjungi negara ini jika mereka melalui pengalaman buruk menaiki kenderaan awam yang dipandu oleh pemandu yang tidak bertimbang rasa dan tidak bertoleransi di jalan raya. Nota: sebab M Alasan 1M

13

PEMAHAMAN . MASALAH 1. Pelajar tidak menulis jawapan dalam ayat yang lengkap 2. Pelajar tidak menulis jawapan berpandukan peruntukan markah 3. Pelajar gagal mencari isi/jawapan dalam petikan STRATEGI 1.Pastikan pelajar menulis jawapan dalam ayat yang lengkap 2.Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat sahaja 3.Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan. 4.Guru membimbing pelajar jawapan dengan mencari kata kunci dalam soalan dan petikan.

SET 1 Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Keputusan Datuk Daneng 25 tahun dahulu telah mengubah dunia. Saya cukup bangga dengan kejayaan datuk, ucap Jo sambil mengelap manik-manik peluh di dahinya yang sudah berkedut itu. Cikgu, tolong janganberdatuk dengan saya, siapalah saya di depan cikgu. Kalau tidak kerana cikgu, saya hanya Daneng, anak rimba, ucap Daneng dengan penuh rasa hormat. Dia merenung wajah gurunya yang sudah diukir garis-garis usia. Suaranya juga agak lemah .Tetapi di sebalik lelaki tua itu, semangat Cikgu Jo masih kental dan kuat. Itulah yang dikagumi Daneng. Jasamu akan dikenang sepanjang zaman. Oh, Daneng! Usahamu itu tidak sia-sia. Datuk Daneng telah dapat menyelamatkan belantara ini. Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang memiliki hutan tropika terbanyak di dunia pada tahun 2020 ini. Negara memiliki lebih daripada 20 juta hektar hutan. Rancanganmu itu telah dapat memulihara memelihara, dan menambahkan kawasan hutan di negara kita, ucap cikgu Jo sambil merenung lelaki dewasa yang berusia hampir separuh abad itu. (Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau oleh Seroja Theavy A/P Balakrishnan dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.) (i) (ii) Siapakah Daneng dalam petikan di atas? Apakah jasa-jasa Datuk Daneng? [3 markah ] [3 markah ]

14

Soalan 2( c ) Petikan Prosa Klasik Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka Tun Mamat pun hairan memandang perhiasan taman itu. Maka Tun Mamat bertemu dengan sebuah balai di dalam taman itu, semua perkakasnya tulang, atapnya rambut. Di atas balai itu seorang perempuan tua baik rupanya, menyampai kain pendukung. Empat orang perempuan muda-muda menghadapi dia. Maka ia bertanya kepada Tun Mamat, Orang mana kamu ini dan hendak ke mana kamu? Maka kata Tum Mamat,Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini.Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini: tiada boleh naik; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa? Dan apa nama tuan hamba? Maka sahut perempuan itu,Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang.Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri. (Dipetik daripada Pemingangan Puteri Gunung Ledang dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah yang dilihat oleh Tun Mamat setelah sampai ke taman itu? [ 3 markah ] Apakah yang diberitahu oleh Tun Mamat kepada perempuan tua itu? [ 3 markah ]

(ii)

15

Soalan 2 (d) Petikan Puisi Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur benih menerima kehadiran warga kota lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati. Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi kebosanan menggigit pangkal rasa. Demikianlah etika di perjalanan budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan memacu menghimpun kekeuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan fitrah sang manusia peradaban kota masa kini. Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit kemanuasiaan semakin mandul pada penghujung musim. Zam Ismail Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Bagaimanakah keadaan pengguna jalan raya seperti yang digambarkan dalam rangkap pertama sajak di atas? [ 3 markah ] Apakah sifat-sifat negatif masyarakat seperti yang terdapat dalam sajak di atas? [ 3 markah ] 16

(ii)

SET 2 Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dan banyak dongeng dipercakapkan orang tentang Pusaran dan Junid. Sangat tidak menyenangkan. Ucapan yang sangat menakutkannya ialah dari Pak Cik Kar, bomoh tua yang buta itu. Pusaran itu bukan lembu betul-betul. Mungkin jiwanya manusia. Anak kembar dengan anakmu, yang kerana satu kesalahan, rohnya masuk ke dalam ibu lembu. Sebab itulah ibunya mati.Pernah kau dengar ibu lembu yang baranak, mati? Ucapan itu sangat menakutkan Mohsin. Dia menjadi berdebar mendengar ucapan itu. Walaupun dia tidak meyakini benar-benar tapi itu meragu-ragukan fikirannya.Bagaimana kalau kata-kata bomoh itu benar? Mana mungkin lembu kembar dengan manusia? Mana mungkin tubuh lembu jiwa manusia? Mohsin cuba menetapkan fikirannya apabila tiba kepada puncak keraguannya. Keakraban Junid dengan Pusaran sangat berlainan. Dia masih ingat: dia cuba memisahkanJunid dengan membawanya ke rumah datuknya di kampung ulu. Dia melihat Pusaran tidak galak. Rumput-rumput yang dimasukkan ke dalam kandangnya tidak disentuh selama tiga hari selama Junid tidak ada. Dan alangkah anehnya, datuk Junid membawa cucunya yang dikasihi itu pulang.Junid tidak dapat tidur. Makannya tidak lalu dan selalu demam-demam. (Dipetik daripada cerpen Pusaran oleh S.Othman Kelantan, dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Apakah yang diperkatakan oleh Pak Cik Kar mengenai Pusaran? [ 3 markah ] Terangkan akibat apabila Mohsin memisahkan Junid dengan Pusaran. [ 3 markah ]

(ii)

17

Soalan 2( c ) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka Laksamana pun berseru-seru pula, katanya, Hai Si Jebat derhaka! Sungguh engkau berani tiada berlawan. Marilah engkau turun dari istana ini bertikam sama seorang! Maka suara itu pun terdengar kepada Hang Jebat, dikenalnya suara Laksamana. Maka Hang Jebat, ia pun naik ke peranginan: maka dibukanya peranginan itu ,maka dilihatnya Laksamana terdiri di tengah halaman itu. Maka Hang Jebat pun berdebar-debar hatinya; ia pun fikir dalam hatinya: Adapun Hang Tuah itu sudah mati dibunuh oleh Bendahara; sekarang Laksamana itu tiada dalam dunia ini, siapa pula yang datang ini seperti Laksamana pun sikapnya dan lakunya? Kalau mataku bekas tidur ini gerangan, maka jadi salah pemandanganku? Maka Hang Jebat pun turun dari peranginan itu lalu ia mandi pada pasu emas itu dan dibasuh mukanya. Setelah sudah maka Hang Jebat pun memakai pakaian kerajaan lalu ia membuka pintu itu. Maka Laksamana pun berseru-seru ,katanya Hai Si Jebat, segeralah engkau turun! Jika engkau tiada turun sekarang istana ini kunaiki, tetapi sukar kita bertikam. (Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Apakah yang difikir oleh Hang Jebat apabila melihat Laksamana? [ 3 markah ] Apakah yang dilakukan oleh Hang Jebat setelah melihat Laksamana? [ 3 markah ]

(ii)

18

Soalan 2 (d) Petikan Puisi Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR KELEBIHAN ILMU Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besar sukat digunakan, Di laut di darat di rimba di pekan. Masa seorang ialah taulan, Teman berbeka suluh berjalan, Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, Ialah kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuas takak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat sujana, Tepinya ajal sempadannya fana.

Zaba Antologi Kerusi Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Nyatakan kelebihan ilmu seperti yang diterangkan dalam rangkap keempat syair di atas. [ 3 markah ] Berikan maksud rangkap keenam syair di atas. [ 3 markah ]

(ii)

19

SET 3 Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Jumari Jipan tidak dapat dan tidak sanggup berhujah selepas itu. Segala-galanya tidak bererti pada waktu itu kerana memang nyata Deliah kini piatu. Dengan kematian Ripin bererti seluruh keluarga anak itu sudah terkorban. Dan Deliah yang petah bercakap mula kerap bercakap sendirian atau dengan kucingnya. Dan bila anak itu membawa bungkusan kecil dengan topi datuknya, Jumari Jipan lesu sendirian, apa lagi Rinda sengaja kelihatan pilu dan melelap-lelapkan matanya. Kini selain Rinda, nampaknya dirinya saja menjadi teman atau penjaga Deliah. Pilu menyeluruhi nadinya. Kebetulan memang dia sendiri pun tidak pernah mempunyai cucu dan tidak mungkin mempunyainya, setelah dua orang anaknya mati muda. Sebelum botnya bergerak, Jumari Jipan sendiri melompat ke jeti dan cepetcepat merangkul anak itu, dan melompat semula bersamanya di atas dek. Kemudian dia cepat-cepat melompat lagi mengambil Rinda yang sedang mengiau bimbang. Teman-teman kelasi mengeleng-geleng, tetapi mengerti. Jumari Jipan merenung mata berolok anak itu ,lalu memeluknya seihsan hati sambil samasama menangis beberapa ketika.Dia membawa Deliah dengan rasa amat pilu dan bertambah bencinya terhadap perang. (Dipetik daripada cerpen Di Sisi Rinda, oleh A. Samad Said, dalam Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) (ii)

Siapakah Deliah berdasarkan petikan di atas?

[ 3 markah ]

Sekiranya anda Jumari Jipan, apakah tindakan anda untuk membantu Deliah? [ 3 markah ] Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai murni lain daripada keseluruhan cerpen. [ 3 markah ]

(iii)

20

Soalan 2( c ) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka dilihat oleh Tun Beraim Bapa sultan keluar itu, maka Tun Beraim Bapa pun berdiri dengan khidmatnya di hadapan sultan itu lalu ia sujud. Maka Sultan pun bersabda kepada Bermamat P.nti. dan Maidana P.nti.Katakanlah kepada anakku Si Beraim Bapa, aku menyuruhkan ia menaiki kuda itu di hadapan jamu helat asing, tandilnya lasykar pendekar Keling itu , suruh pacu kudanya itu ke Tukas. Maka Bermamat P.nti. dan Maidana P.nti. pun menjunjungkan sabda yang maha mulia itu kepada Tun Beraim Bapa.Ya tuanku Tun Beraim Bapa, sabda paduka ayahanda naiklah tuanku ke atas kuda itu di hadapan jamu orang helat asing lasykar pendekar Keling itu. Maka Tun Beraim Bapa pun menyembah sultan, lalu baginda naik ke atas kudanya. Maka dipacunya lalu ditarikkannya di medan. Maka ia pun berkhidmat kepada sultan tatkala akan naik kuda itu, maka dipacunya pula. Maka (kuda ) itu pun bangkit lalu ke udara. Maka dipacunya pula lalu dihalakannya pula ke Tukas. Maka dengan seketika itu juga lenyaplah daripada mata sultan. Maka sultan pun berbiji sabak, katanya, Wah, anakku lenyaplah ia! Di mana kutaha engkau kucari, kataku tiada diturutnya,kerana kuda itu gila tiada pernah dikenderai orang. (Dipetik daripada Kepahlawanan Tun Beraim Bapa dalam Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i)

Apakah yang dititahkan oleh sultan kepada Bermamat P.nti. dan Maidana P.nti? [ 2 markah ] Apakah tindakan Tun Beraim Bapa setelah mendengar pesanan ayahandanya.? [ 3 markah ] Pada pendapat anda wajarkah sultan memerintah Tun Beraim Bapa menunjukkan kehebatannya kepada orang asing?Berikan alasan anda. [ 3 markah ]

(ii)

(iii)

21

Soalan 2 (d) Petikan Puisi Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN ENAM KERAT Ular tedung jangan dipermudah, Bisanya dapat membawa maut, Jika tak maut merana juga; Berhujan berpanas aku tak endah, Keris lembing aku tak takut, Kehendak hati kuturut juga. Kuda liar berkeliling kota, Kota terbuat dari kayu, Tempat berkawal lasykar Feringgi; Kami mendengar khabar berita, Bunga kembang sudah pun layu, Gugur ke bumi tak harum lagi. Penakik pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung, Alam terbentang dijadikan guru.. Sultan Muda dari Lampung, Memikul cangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah sekah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak, Ke mana hendak digapai lagi. Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) (ii)

Berikan maksud rangkap pertama pantun di atas.

[ 3 markah ]

Pada pendapat anda mengapakah seorang gadis perlu menjaga maruah dirinya? [ 3 markah ] Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas. [ 3 markah ]

(iii)

22

SKEMA PEMARKAHAN PANDUAN GURU: Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2 (d) 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu tepat, berikan separuh(50%) daripada markah yang diperuntukkan . 4. Kesalahan bahasa dan ejaan hendaklah ditolak markah daripada setiap ceraian soalan. 5. Jawapan bagi Soalan 2(b), 2(c) dan 2(d) mestilah berdasarkan teks Komponen sastera tingkatan 4 dan tingkatan 5 SET 1 Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden (i) Daneng ialah: - bergelar datuk - anak rimba - bekas anak murid cikgu Jo - berusia hampir separuh abad [mana-mana 3 isi ] Jasa-jasa Datuk Daneng ialah - menyelamatkan hutan belantara - negara memiliki lebih daripada 20 juta hektar hutan -menambah kawasan hutan di Malaysia

[1m] [1m] [1m] [1m]

(ii)

[1m] [1m} [1m]

Soalan 2( c ) Petikan Prosa Tradisional (i) Perkara yang dilihat oleh Tun Mamat ialah; - sebuah balai yang diperbuat daripada tulang dan atapnya daripada rambut [1m] - seorang perempuan tua yang cantik rupanya [1m] - empat orang perempuan muda yang menghadapi perempuan tua [ 1 m ] Perkara yang diberitahu oleh Tun Mamat ialah; - mereka orang Melaka [1m] - mereka dititahkan oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang. [1m] - dia bernama Tun Mamat. [1m] - Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung [1m] [ mana-mana 3 isi ]

(ii)

23

Soalan 2( d ) Petikan Puisi (i) Keadaan pengguna jalan raya ialah; - hilang sabar - sangat resah - sakit hati Sikap negatif masyarakat ialah; - hilang perasaan sabar - menjadi sombong - terlalu mengikut emosi - tidak bersopan santun - biadap [ mana-mana 3 isi ]

[1m] [1m] [1m]

(ii)

[1m] [1m] [1m] [1m] [1m]

SET 2 Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden (i) Perkara yang diperkatakan oleh Pak Cik Kar ialah; - Pusaran bukan lembu betul-betul - Pusaran berjiwa manusia - Pusaran anak kembar dengan Junid

[1m] [1m] [1m]

(ii)

Akibat Mohsin memisahkan Junid dengan Pusaran ialah; - Pusaran tidak galak [1m] - rumput-rumput yang dimasukkan ke dalam kandang tidak disentuh oleh Pusaran. [1m] - Junid tidak dapat tidur [1m] - Junid tidak lalu makan [1m] - Junid selalu demam [1m] [ mana-mana 3 isi ]

Soalan 2( c) Petikan Prosa Tradisional (i) Perkara yang difikirkan oleh Hang Jebat ialah; - Hang Tuah sudah mati dibunuh Bendahara - Laksamana sudah tiada di dunia - orang yang datang itu menyerupai Laksamana - pandangannya tersilap [mana-mana 3 isi ] Perkara yang dilakukan oleh Hang Jebat ialah; - turun dari peranginan - mandi - membasuh mukanya - memakai pakaian kerajaan [mana-mana 3 isi ]

[1m] [1m] [1m] [1m]

(ii)

[1m] [1m] [1m] [1m]

24

Soalan 2( d) Petikan Puisi (i) Kelebihan ilmu ialah; - sebagai penghibur - dapat menerangkan sesuatu yang tidak jelas - menerangi alam kubur Maksud rangkap keenam ialah; - ilmu sangat berguna kepada kita - orang yang bijaksana sentiasa mencari ilmu - bidang ilmu sangat luas - kita dituntut mencari ilmu hingga ke akhir hayat [ mana-mana 3 isi ]

[1m] [1m] [1m]

(ii)

[1m] [1m] [1m] [1m]

SET 3 Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden (i) Deliah ialah : - anak piatu - petah bercakap - teman Rinda - cucu Ripin [ mana-mana 3 isi ] Tindakan saya ialah; - membawa Deliah tinggal bersama - menjadikan Deliah sebagai anak angkat - memberi pendidikan - memberi kasih sayang - melindungi keselamatan Deliah daripada ancaman tentera penjajah [ mana-mana 3 isi ]

[1m] [1m] [1m] [1m]

(ii)

[1m] [1m] [1m] [1m] [1m]

(iii)

Nilai murni dalam petikan ialah; - simpati.Contoh; Jumari Jipan bersimpati terhadap Deliah yang menjadi anak yatim piatu. [1m] Nilai murni dalam cerpen ialah; - ketabahan. Contoh ;Jumari Jipan tabah menghadapi dugaan hidup pada zaman perang. [1m] - kasih sayang. Contoh: Deliah amat menyayangi kucingnya Rinda [1m] - kebijaksanaan. Contoh: Jumari Jipan menyuruh Deliah berpecah daripadanya ketika melarikan diri dari tentera Jepun [1m] [ 1 isi + 1 huraian = 1 markah ]

25

Soalan 2( c) Petikan Prosa Tradisional (i) Perkara yang dititahkan oleh sultan ialah; - supaya menyampaikan pesanan kepada anaknya Tun Beraim Bapa.[ 1 m ] - menyuruh Tun Beraim Bapa menaiki kuda di hadapan tetamu asing[ 1 m ] - menyuruh Tun Beraim Bapa ke Tukas. [1m] Tindakan Tun Beraim Bapa ialah; - menyembah sultan - menaiki kuda - memacu kuda

(ii)

[1m] [1m] [1m]

(iii)

Wajar: - supaya orang asing menghormati sultan dan Tun Beraim Bapa - supaya orang asing tidak berani menyerang/ menawan negerinya - sebagai persembahan / hiburan kepada tetamu - untuk menaikkan imej sultan dan negara di mata orang asing [ mana-mana 3 isi ]

[1m] [1m] [1m] [1m]

Tidak wajar - sikap menunjuk-nunjuk bertentangan dengan ajaran agama [1m] - menimbulkan rasa sakit hati /tidak puas hati dalam kalangan tetamu asing [1m] - tetamu asing akan tahu kelebihan dan kekurangan pahlawan Melayu / mudah menawan negeri [1m] - melahirkan rasa bongkak/ ego dalam diri Tun Beraim Bapa [1m]

Soalan 2( d) Petikan Puisi (i) Maksud rangkap pertama ialah; - aku sanggup berhujan dan berpanas - aku tidak takut kepada keris dan lembing / senjata - aku berusaha untuk mencapai cita-cita / kehendak hati Seorang gadis perlu menjaga maruah diri kerana; - tuntutan agama - supaya disukai / mendapat ramai kawan - tidak menjatuhkan maruah keluarga / mengelakkan keluarga mendapat malu - dihormati oleh masyarakat - supaya masalah sosial berkurangan [ mana-mana 3 isi ]

[1m] [1m] [1m]

(ii)

[1m] [1m] [1m]

[1m] [1m]

26

(iii)

Pengajaran yang terdapat dalam pantun ialah; - kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam usaha mencapai cita-cita [1m] - kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan [1m] - kita hendaklah berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain [1m] - kita haruslah pandai menjaga maruah diri [1m] - kita hendaklah menjadikan alam sebagai sumber ilmu [1m] [ mana-mana 3 isi ] Bahan 1 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

b]. Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan ayat itu kepada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya. Keadaan kehidupan sekarang sudah banyak berubah hingga menyebabkan hubungan kekeluargaan bertambah renggang dan nilai-nilai hidup lama semakin dilupakan. Golongan remaja pula lebih suka hidup bebas dan tidak suka dikongkong oleh ibu bapa kerana mereka menganggap bahawa cara berfikir golongan veteran sudah ketinggalan zaman. Strategi Menjawab 1. Baca arahan soalan dengan teliti. Fokus Soalan : Pisahkan ayat Bilangan ayat: 6 ayat 2. Baca dan fahami keseluruhan petikan di atas. 3. Petikan di atas mengandungi 2 ayat panjang. Anda perlu membina 3 ayat dasar atau ayat pendek bagi setiap ayat dalam soalan di atas. Ayat pendek ialah ayat yang hanya mengandungi satu subjek dan satu predikat. 4. Kenal pasti subjek dalam 2 ayat di atas. Subjek ayat pertama: Keadaan kehidupan sekarang Subjek ayat kedua : _____________________ 5. Mulakan ayat pertama, kedua dan ketiga dengan subjek yang sama. Mulakan ayat ketiga, keempat dan kelima dengan subjek yang sama yang telah anda kenal pasti dalam ayat kedua petikan soalan. 6. Gugurkan semua kata hubung dan penanda wacana yang terdapat dalam petikan soalan. Contoh kata hubung: dan, kerana. 7. Tulis jawapan anda. Jawapan ayat pertama telah diberikan kepada anda. (i) Keadaan kehidupan sekarang sudah banyak berubah.

27

[c] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) (ii) (iii) Saya sangat gembira kerana dapat berjamu selera dengan menikmati makanan kegemaran iaitu mihun goreng. Syarikat rakaman telah memperluaskan kempen anti cetak rompak supaya pengguna membeli barangan tulin. Sukan lasak kurang diceburi oleh gulongan remaja kerana aksi yang merbahaya dan kos latihan yang tinggi.

Strategi Menjawab 1. Baca arahan soalan dengan teliti. Fokus soalan: kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. 2. Baca ayat-ayat yang diberikan dengan teliti. Kenal pasti perkataan yang salah imbuhan dan ejaan. 3. Dalam satu ayat terdapat 1 kesalahan imbuhan dan 1 kesalahan ejaan. 4. Garis dua perkataan yang salah tersebut agar anda tidak lupa membetulkannya ketika menulis berkenaan semula. (i) Saya sangat gembira kerana dapat berjamu selera dengan menikmati makanan kegemaran iaitu mihun goreng.

5. Salin semula ayat tersebut dengan menukarkan perkataan yang telah dikenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan. Garis perkataan yang telah anda betulkan. (i) Saya sangat gembira kerana dapat menjamu selera dengan menikmati makanan kegemaran iaitu bihun goreng.

28

[d] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) (ii) (iii) Orang tua itu kesal dengan sikap anak-anaknya yang bukan mengenang budi itu. Abu Bakar menyelak saku seluarnya sebab mengambil kunci rumah. Berjuta ringgit telah dibelanjakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk membaiki kehancuran harta benda awam yang dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Strategi Menjawab 1. Baca arahan soalan dengan teliti. Fokus soalan: kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. 2. Baca ayat-ayat yang diberikan dengan teliti. Kenal pasti perkataan yang salah penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. 3. Dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. 4. Garis dua perkataan yang salah tersebut agar anda tidak lupa membetulkannya ketika menulis ayat berkenaan semula. Contoh (i) Orang tua itu kesal dengan sikap anak-anaknya yang bukan mengenang budi itu. 5. Salin semula ayat tersebut dengan menukarkan perkataan yang telah dikenal pasti kesalahan. Garis perkataan yang telah anda betulkan. Contoh jawapan daripada soalan (i) diberikan kepada anda. (i) Orang tua itu kesal akan sikap anak-anaknya yang tidak mengenang budi itu.

29

Jawapan Bahan A

[b]

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Keadaan kehidupan sekarang sudah banyak berubah. Keadaan kehidupan sekarang menyebabkan hubungan kekeluargaan bertambah renggang. Nilai-nilai hidup lama semakin dilupakan. Golongan remaja lebih suka hidup bebas. Golongan remaja tidak suka dikongkong oleh ibu bapa. Golongan remaja menganggap cara berfikir golongan veteran sudah ketinggalan zaman.

C] (i) Saya sangat gembira kerana dapat berjamu selera dengan menikmati makanan kegemaran iaitu mihun goreng. Saya sangat gembira kerana dapat menjamu selera dengan menikmati makanan kegemaran iaitu bihun goreng. Syarikat rakaman telah memperluaskan kempen anti cetak rompak supaya pengguna membeli barangan tulin. Syarikat rakaman telah memperluaskan kempen anti cetak rompak supaya pengguna membeli barangan tulen. Sukan lasak kurang diceburi oleh gulongan remaja kerana aksi yang merbahaya dan kos latihan yang tinggi. Sukan lasak kurang diceburi oleh golongan remaja kerana aksi yang berbahaya dan kos latihan yang tinggi.

(ii)

(iii)

[d] (i) (ii) Orang tua itu kesal dengan sikap anak-anaknya yang bukan mengenang budi itu. Orang tua itu kesal akan sikap anak-anaknya yang tidak mengenang budi itu. Abu Bakar menyelak saku seluarnya sebab mengambil kunci rumah. Abu Bakar menyeluk saku seluarnya untuk mengambil kunci rumah.

(iii)

Berjuta ringgit telah dibelanjakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk membaiki kehancuran harta benda awam yang dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk membaiki kerosakan harta benda awam yang dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

30

Bahan 2 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa b] Tulis petikan di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Kok Keong: Harjit Singh: Khai Boon: Kuldiph Singh: Khai Boon: Kuldiph Singh: Banyak susu. Ke mana Singh? Susu ini untuk rumah-rumah dan kedai-kedai sana. Di mana? Di Taman Seri Ayu itu? Ya, di situ juga! Di situ banyak pembeli. Wah, baguslah! Boleh saya beli satu botol? Sudah habis. Ini sudah ada yang punya. Lain kali saya simpankan. [ 6 markah] Strategi Menjawab 1. Baca arahan soalan dengan teliti. Fokus soalan: Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. 2. Baca petikan yang diberikan dengan teliti untuk memahami maksud keseluruhannya. 3. Panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah/atau perbualan kepada cakap pindah. Ciri-ciri bahasa lisan yang berikut hendaklah dibetulkan i. Kependekan kata seperti: dah, mau, pegi dan sebagainya hendaklah dibetulkan iaitu: sudah, mahu dan pergi. ii. Kata seru ( bertanda !) seperti cis, amboi, aduh dan sebagainya hendaklah ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan. Cis! - Dengan marahnya/ Dengan perasaan benci Aduh! - Sambil mengerang kesakitan Amboi!- Dengan perasaan terkejut../ Dengan perasaan kagumnya iii. Tanda pengikat kata dan dialog hendaklah dihilangkan. Tanda soal juga hendaklah dihilangkan. iv. Kata ganti diri saya ditukar menjadi dia, di sini menjadi di sana ,masa ini menjadi masa itu dan kami menjadi mereka. Hari ini ditukar menjadi hari sebelumnya dan sebagainya. v. Memberi imbuhan pada kata-kata yang sesuai. Sebahagian contoh jawapan disediakan kepada anda. Jawapan Kok Keong mengatakan bahawa susu yang dibawa oleh Harjit Singh itu banyak dan bertanya kepada Harjit ke manakah tujuannya. Harjit Singh menerangkan bahawa susu itu untuk dihantar ke rumah-rumah dan kedai-kedai di sana. (sambung jawapan anda.)

31

c] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2006 telah menggalakkan pemasukan pelancong asing sekaligus menyumbang kepada sektor ekonomi negara Jerman. (ii) Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. (iii) Amalan Gaya Hidup Sihat merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat menyeluruh negara ini. [6 markah] Strategi Menjawab 1. Baca arahan soalan dengan teliti. Fokus soalan: kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. 2. Baca ayat-ayat yang diberikan dengan teliti. Kenal pasti perkataan yang salah imbuhan dan ejaan. 3. Dalam satu ayat terdapat satu kesalahan imbuhan dan satu kesalahan ejaan. 4. Garis dua perkataan yang salah tersebut agar anda tidak lupa membetulkannya ketika menulis berkenaan semula. 5. Salin semula ayat tersebut dengan menukarkan perkataan yang telah dikenal pasti kesalahan. Garis perkataan yang telah anda betulkan. (i)

d] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Semua lukisan-lukisan yang memenangi pertandingan itu telah ditampal di dinding bilik seni lukis sekolah. (ii) Ubi yang ditanak oleh kumpulan pengakap itu sudah empuk dan dapat dimakan. (iii) Bahawa kami berikrar akan mendukung cita-cita lalu memajukan dan menaikkan prestij persatuan ini. [6 markah] Strategi Menjawab 1. Baca arahan soalan dengan teliti. Fokus soalan: kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. Baca ayat-ayat yang diberikan dengan teliti. Kenal pasti perkataan yang salah penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. 3. Dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. 4. Garis dua perkataan yang salah tersebut agar anda tidak lupa membetulkannya ketika menulis ayat berkenaan semula. 5. Salin semula ayat tersebut dengan menukarkan perkataan yang telah dikenal pasti kesalahan. Garis perkataan yang telah anda betulkan. 2. (i)

32

Jawapan Bahan 2 Kok Keong mengatakan bahawa susu yang dibawa oleh Harjit Singh itu banyak dan bertanya kepada Harjit ke manakah tujuannya. Harjit Singh menerangkan bahawa susu itu untuk dihantar ke rumahrumah dan kedai-kedai di sana. Kok Keong bertanya di manakah tempat itu. Seterusnya, Kok Keong meneka bahawa tempat itu mungkin di Taman Atikah. Harjit mengiakan tekaan Kok Keong . Selain itu, Harjit menekankan bahawa di tempat itu banyak terdapat orang yang membeli susu tersebut. Kok Keong memuji usaha Harjit itu serta bertanya sama ada dia boleh atau tidak membeli sebotol susu tersebut. Harjit menegaskan bahawa susu untuk dijual sudah habis kerana susu yang ada padanya pada waktu itu sudah dipesan oleh orang lain. Walau bagaimanapun, Harjit berjanji kepada Kok Keong untuk menyimpan sebotol susu untuk Kok Keong pada waktu yang lain. [c] (iv) (v) (vi) [d] (iv) (v) (vi) Semua lukisan yang memenangi pertandingan itu telah ditampal pada dinding bilik seni lukis sekolah. Ubi yang direbus oleh kumpulan pengakap itu sudah empuk dan boleh dimakan. Bahawa kami berikrar akan mendukung cita-cita untuk memajukan dan menaikkan prestasi persatuan ini.

Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2006 telah menggalakkan kemasukan pelancong asing sekali gus menyumbang kepada sektor ekonomi negara Jerman. Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Amalan Gaya Hidup Sihat merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat seluruh negara ini.

33

Bahan 3 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[a] Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) mencukur mencucuk mencucuh mencuci mencubit mencungkil

[6 markah] b] Tulis semula ayat di bawah dalam bentuk cakap pindah tanpa mengubah maksud asal. . (i) (ii) (iii) c] Saya suka memelihara ikan, kata Suhaimi. Mengapakah kamu menangis? tanya Halilah kepada adiknya. Wah, indahnya pemandangan di sini! kata Mei Ling

[6 markah] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) (ii) (iii) Dalam Pertandingan Lagu Patriotik setiap peserta mendengarkan lagu-lagu yang membangkitkan semangat dan memberi manafaat kepada penonton. Pengerusi maklumkan ajenda mesyuarat kepada ahli dalam mesyuarat agung itu. Setiap pekerja mempunyai tahap kebolehan yang berbeda dan mereka memerlu masa untuk menguasai bidang tugas yang diberikan.

d] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) (ii) Teksi itu terperosok ke dalam sungai sebab berek bas itu mengalami kerosakan. Bahawa kami berikrar akan mendukung cita-cita lalu memajukan dan meningkatkan prestij persatuan ini. Setengah penonton membaling tin minuman ke padang apabila pemain gagal memasukkan gol.

(iii)

34

[e] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. Perselisihan, persengketaan dan pertengkaran sesama sendiri merupakan nilai-nilai negatif yang wujud dalam kehidupan manusia. Sesiapa yang terlibat dalam suasana tersebut akan terseksa jiwa dan sukar menceritakannya. Walau bagaimanapun, orang yang terlibat itu sendiri akan dapat merasakan penderitaannya berbanding dengan orang lain yang hanya dapat bersimpati sahaja. Apabila berlaku sesuatu perselisihan faham kita tidak patut bertindak melulu, seelok-eloknya carilah jalan penyelesaian yang baik kerana manusia itu akan melakukan kesalahan atau kesilapan, sama ada disengajakan atau tidak.

35

Jawapan Bahan 3 [a] (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) [b] (i) Suhaimi berkata bahawa dia suka memelihara ikan. (ii) Halilah bertanya adiknya sebab dia menangis. (iii) Dengan rasa kagum Mei Ling berkata bahawa pemandangan di situ indah. [c] (iv) Dalam Pertandingan Lagu Patriotik setiap peserta memperdengar lagu-lagu yang membangkitkan semangat dan memberi manfaat kepada penonton. Pengerusi memaklumkan agenda mesyuarat kepada ahli dalam mesyuarat agung itu. Setiap pekerja mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa untuk menguasai bidang tugas yang diberikan. Tukang gunting itu tidak mencukur kerana jambang itu yang menjadi tanda pengenalannya. Doktor itu mencucuk jarum pada lengan pesakit untuk memasukkan air. Kanak-kanak tidak boleh mencucuh meriam buluh kerana berbahaya kepada keselamatannya. Setiap pagi ibu mencuci pakaian menggunakan mesin basuh. Emak memarahi Zuraidah kerana mencubit paha adiknya hingga adiknya menangis. Akademi Fantasia diadakan untuk mencungkil bakat untuk menjadi seorang penyanyi.

(v) (vi)

[d] (vii) Teksi itu terjunam ke dalam sungai kerana berek teksi itu mengalami kerosakan.

(viii) Bahawa kami berikrar akan mendukung cita-cita untuk memajukan dan meningkatkan prestasi persatuan ini. (ix) Sesetengah penonton membaling tin minuman ke padang apabila pemain gagal menjaringkan gol.

[e] (i) Bertikam lidah (ii) Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul (iii) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

36

NOVEL

ASPEK KELEMAHAN PELAJAR DALAM MENJAWAB SOALAN NOVEL: 1. Tidak membaca novel 2. Tidak mempunyai kemahiran menjawab aspek komsas.

STRATEGI KEPADA GURU 1. Pelajar perlu dipastikan membaca dan menghafal sinopsis kedua-dua novel yang lengkap(rasional soalan perbandingan) 2. Pelajar dipandu untuk menjawab soalan-soalan aspek komsas berdasarkan kepada isi dalam sinopsis.

3. Pelajar diarah menggunakan permulaan ayat yang betul (ayat pernyataan)dalam menjawab soalan aspek sastera sesuai dengan kehendak soalan. Contoh : Soalan tema : Novel bertemakan .. Soalan persoalan : Persoalan ketabahan terdapat dalam novel. Soalan watak dan perwatakan : Rimpa seorang . Soalan binaan plot : Bahagian permulaan novel dimulakan dengan.. Soalan teknik plot/teknik : Teknik plot/teknik penceritaan yang terdapat dalam novel Penceritaan Soalan nilai : Nilai yang terdapat dalam novel ialah nilai kasih sayang @ Nilai kasih sayang terdapat dalam novel ini. Soalan pengajaran : Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan. Janganlah percaya kepada kepercayaan-kepercayaan karut. Kita mestilah.. Kita haruslah.. 4. Pastikan setiap ayat pernyataan ini disokong dengan contoh. 5. Setiap satu pernyataan dan contoh yang lengkap hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

37

SINOPSIS NOVEL TERMINAL TIGA Novel ini mengisahkan seorang pemuda dari kawasan pedalaman Sabah yang begitu gigih untuk meneruskan pengajian dalam bidang penulisan kreatif(ASK) di Akademi Seni Kebangsaan,Kuala Lumpur. Rimpa yang merupakan anak sulung dalam keluarga dan baru sahaja memeluk Islam bercita-cita besar untuk mengubah nasib keluarga yang miskin . Dengan dorongan daripada Bang Maily, abang angkatnya Rimpa meluahkan hasratnya itu kepada ibunya. Pada peringkat awal, ibunya membantah hasrat Rimpa, namun Rimpa tetap dengan keputusannya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur Rimpa terpaksa menghadapi pelbagai masalah. Antara masalahnya ialah dia terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan. Walaupun Bang Maily sekeluarga banyak membantunya, tetapi Rimpa tetap berusaha berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Sabah untuk menguruskan biasiswanya. Dia juga terpaksa menulis untuk menampung sara hidupnya di ibu kota. Semasa cuti semester, Rimpa pulang ke Sabah untuk menguruskan biasiswa dengan Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah, Rimpa mengambil peluang untuk mencari ayahnya yang telah meninggalkan keluarga selama 10 tahun. Rimpa telah pergi ke Nabawan bersama-sama adiknya apabila kedengaran berita bahawa ayah mereka berada di sana tetapi usaha mereka tidak berhasil. Jirannya, Ruzaini yang bersimpati atas nasib keluarganya menjaga keluarga Rimpa sewaktu ketiadaannya. Akhirnya Rimpa kembali semula ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian. Tidak lama selepas pulang dari Kota Kinabalu, Rimpa mendapat berita daripada Ruzaini bahawa ayahnya telah kembali ke rumah serta kehadiran sekumpulan pendakwah ke kampung mereka. Di samping itu, dia juga menerima sepucuk surat daripada Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah yang mengatakan bahawa permohonan biasiswanya telah diluluskan. Dia pulang ke Sabah untuk bertemu dengan ayahnya. Setibanya di Sabah dia dikejutkan dengan berita Ruzaini lari mengikut 38 SETEGUH KARANG Novel ini memaparkan kisah Awanis atau Anis yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidupnya semenjak ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Awanis terpaksa berdepan dengan masalah adiknya, Anita dan masalah yang dialami oleh Maysarah, kakaknya. Konflik bermula setelah Anita mengetahui bahawa dia merupakan anak angkat dalam keluarga Awanis. Anita kecewa dengan berita tersebut lalu dia melarikan diri. Maysarah pula telah mengalami tekanan perasaan kerana tidak boleh menerima hakikat kematian ibu dan bapanya. Semenjak ibu dan bapanya meninggal, Awanis adik- beradik telah dijaga oleh Pak Oni, iaitu bapa saudaranya, Pak Oni cuba memulihkan kesuraman yang berlaku dalam keluarga Awanis, namun dia gagal. Selain menghadapi masalah keluarga, Awanis juga terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dalam latihan praktikalnya di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Paka, Terengganu. Di PPK Paka, Awanis diperkenalkan dengan penyelia Encik Johari yang mempunyai sikap prejudis terhadap pelatih perempuan. Awanis dicabar menjatuhkan setandan kelapa sawit. Dengan kegigihan dan semangat, Awanis berjaya. Walau bagaimanapun , akhirnya Encik Johari menyedari keistimewaan Awanis dan terasa kehilangannya apabila Awanis menamatkan latihan praktikalnya. Hubungan Awanis dengan Wan Asri, iaitu rakan sekerjanya di PPK Paka juga telah menimbulkan prasangka dalam kalangan rakanrakan di pejabatnya tetapi dapat diatasi dengan bijak oleh Awanis. Awanis terpaksa menamatkan lebih awal latihan praktikalnya setelah mendapat berita Anita melarikan diri dari rumah setelah Kak May membocorkan rahsia keluarga. Sekembalinya Awanis ke rumah, dia telah mencari Anita yang telah melarikan diri ke rumah Cikgu Rushda. Awanis memujuk Anita supaya kembali semula ke rumah mereka, namun Anita tetap berdegil. Anita meminta bantuan Awanis

kumpulan pendakwah. Rimpa kecewa dengan tindakan Ruzaini. Setelah tamat cuti Rimpa kembali ke Kuala Lumpur semula dan Rimpa diberitahu bahawa kampus mereka akan berpindah ke Matic di KLCC.Hal ini bermakna Rimpa perlu bersedia dengan kos sara hidup yang tinggi. Dia juga akan berada di terminal ketiga dalam perjalanan hidupnya dalam meneruskan perjuangan untuk mencapai cita-citanya.

untuk mencari keluarga kandungnya. Malangnya, apabila mereka bertemu dengan keluarga kandung Anita, keluarga kandungnya tidak mahu menerima Anita dan menganggap Anita membawa bala/sial kepada keluarga mereka. Awanis memujuk Anita supaya kembali semula ke rumah mereka. Pertengkaran Awanis dan Kak May menyebabkan Awanis kecewa lalu balik ke ITM Arau Perlis. Walau bagaimanapun, Awanis diberitahu oleh Pak Oni, Kak May telah menelan pil tidur yang berlebihan. Dia dimasukkan ke hospital. Akhirnya, Awanis adik- beradik bertemu dan bersatu semula di hospital dan keluarga mereka kembali ceria.

39

TEMA :

IDEA ATAU PERSOALAN POKOK YANG MENJADI SUBJEK SESEBUAH NOVEL(1 SAHAJA)

Rimpa gigih untuk meneruskan pengajian dalam bidang penulisan kreatif di Akademi Seni Kebangsaan

BUKTIKAN

TEMA TERMINAL TIGA KEGIGIHAN SEORANG PEMUDA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN

BUKTIKAN

40

TEMA :

IDEA ATAU PERSOALAN POKOK YANG MENJADI SUBJEK SESEBUAH NOVEL(1 SAHAJA)

Awanis tabah meneruskan kehidupan setelah ibu bapanya meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan.

BUKTIKAN

TEMA SETEGUH KARANG KEGIGIHAN DAN KETABAHAN SEORANG GADIS UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN

BUKTIKAN

41

ASPEK NILAI DAN PENGAJARAN DALAM NOVEL SETEGUH KARANG

NILAI KETABAHAN DAN KEBERANIAN Anis tabah dan berani untuk mengharungi liku-liku kehidupannya setelah kematian kedua-dua ibu bapanya.Anis juga berani pergi mendaftar seorang diri di ITM Arau,Perlis dan di PPK Hulu Paka,Terengganu.

Kita hendaklah tabah dan berani menghadapi pelbagai cabaran supaya kita kita menjadi lebih yakin dan berdikari menempuh kehidupan.Kita juga tidak gentar menghadapi segala pancaroba hidup.

NILAI KASIH SAYANG Nilai dapat dilihat dalam watak Pak Oni ,Anis, dan kak Nor.Pak Oni begitu saying akan anak-anak saudaaranya Anis, Anita, dan kak May.Dia sanggup memikul tanggungjawab menjaga seelah pemergian abangnya.Kak Nor pula amat mengasihi suami dan anak-anaknya dengan menjalankan tugas seorang isteri dan ibu dengan penuh tanggungjawab.

Kita haruslah mengamalkan sifat berkasih sayang sesama manusia. Sebagai seorang kakak, kita seharusnya memikul tugas untuk menasihati, membantu, mendidik, dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada adik-adik kita.Contohnya Awanis yang begitu sayang akan Anita,telah mengambil keputusan untuk manamatkan latihan praktikalnya lebih awal dan balik ke Ipoh untuk menyelesaikan masalah adiknya itu.

NILAI TOLONG-MENOLONG Kak Nor mengamalkan nilai tolong-menolong dengan menawarkan tempat tinggal kepada Anis di rumahnya kerana Anis tidak mempunyai tempat tinggal setelah tiba dari Ipoh.

Kita mestilah mengamalkan sikap tolongmenolong kerana sikap itu bukan sahaja meringankan beban orang yang memerlukan bantuan, bahkan kita dapat menjalin hubungan yang lebih mesra dengan mereka.

NILAI BERTANGGUNGJAWAB Pak Oni sanggup berulang-alik dari Lumut ke Ipoh setiap hari demi menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak saudaranya.Dia juga bertanggungjawab menjaga makan minum anak-anak saudaranya.

Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.Sebagai seorang kakak ,Anis mmenunaikan tanggungjawab terhadap adiknya Anita dengan membantu Anita menyelesaikan masalahnya untuk bertemu keluarga kandungnya yang sebenar.

42

LATIHAN PENGUKUHAN SET 1 (a) Berdasarkan dua buah novel yang kamu pelajari, huraikan dua persamaan persoalan yang terdapat di dalamnya. (7 markah) (b) Watak sampingan tidak kurang penting dalam penghasilan sesebuah novel. Berdasarkan salah satu daripada novel yang kamu kaji, jelaskan dua sikap negatif watak sampingan dan berikan pendapat kamu apakah tindakan yang sewajarnya diambil oleh watak sampingan itu . (8 markah)

SKIMA SOALAN 4a 2 Persamaan Persoalan Terminal Tiga 1. Persoalan kegigihan Rimpa gigih menuntut ilmu dalam bidang penulisan kreatif di Akademi Seni Kebangsaan. 2. Persoalan kasih sayang Rimpa amat sayang akan ibunya dengan berusaha mencari bapanya yang telah menghilangkan diri selama 10 tahun.

Seteguh Karang 1. Persoalan kegigihan Awanis gigih untuk menyatukan semula hubungan antara adik beradik yang semakin renggang setelah kematian ibu bapa mereka. 2. Persoalan kasih sayang Awanis amat sayang akan adik beradiknya iaitu kak May dan Anita . Dia sanggup balik lebih awal ke Ipoh demi sayang akan Anita yang dianggap sebagai adik kandung sendiri.

3. Persoalan berdikari 4. Persoalan ketabahan Lain-lain persoalan yang sesuai dan ada dalam kedua-dua novel diterima.

1 contoh bagi membuktikan persoalan setiap novel dan tepat beri 2 markah Maksimum 7 markah sahaja.

43

b. 2 sikap negatif watak sampingan : Berdasarkan sebuah novel sahaja Terminal Tiga Seteguh Karang Ruzaini lari dari rumah mengikut kumpulan Kak May bertindak mengurungkan diri dan pendakwah menyalahkan dirinya atas kematian kedua-dua ibu bapanya. Tindakan wajar- Ruzaini tidak sepatutnya Tindakan wajar - Kak May sepatutnya lebih mengambil tindakan itu kerana telah meninggalkan tabah daripada adik-adiknya kerana dia ialah kakak keluarga semata-mata mengikut lelaki yang bukan sulung. Dia sepatutnya menunjukkan contoh muhrim. Dalam agama pun perbuatan ini adalah teladan yang baik kepada adik-adiknya supaya dilarang kerana anak gadis perlu taat kepada orang mereka lebih bersemangat untuk meneruskan hidup. tua mereka.Sepatutnya Ruzaini berfikir semasakmasaknya sama ada tindakannya betul atau tidak.Dia perlu meminta izin daripada keluarga terlebih dahulu. Ramon Suka memburuk-burukkan Bang Kak Maznah dan kak Sofia suka menjaga tepi kain orang.Kedua-duanya suka melemparkan Maily @ suka melaga-lagakan Bang Maily gosip tentang hubungan Anis dan Wam Asri. dengan Rimpa.Perkara ini berpunca daripada sikap cemburu Ramon terhadap Rimpa. Tindakan wajar- Sepatutnya sebagai orang yang Tindakan wajar Ramon tidak sepatutnya memburukkan Bang Maily kerana dia bekerja lebih dewasa di PPK mereka tidak wajar dengan Bang Maily. Lagipun Bang Maily banyak menghabiskan dengan membuat tanggapan buruk membantunya selama ini. terhadap hubungan Wan Asri dan Anis. Gossip ini boleh menimbulkan perkara yang negatif. Lain-lain yang sesuai diterima. 1 sikap buruk watak sampingan 2 markah. 1 tindakan wajar bagi watak 2 markah 2 isi yang lengkap = 8 markah

44

Set 2 a) Novel yang kamu baca mempunyai keistimewaan atau kekuatan . Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan atau kekuatan sebuah novel yang kamu baca. (7M) b) Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot/teknik penceritaan dalam penghasilan novel mereka. Huraikan dua teknik plot daripada sebuah novel yang Kamu pelajari dan kemukakan peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik tersebut. (8M)

Skema pemarkahan 4a) Keistimewaan/kekuatan novel 1.Tema

Contoh Berkisar kepada persoalan remaja yang tabah menempuh liku-liku kehidupan. Awanis tabah dan gigih menempuh kehidupan setelah ibu bapanya meninggal dunia.Novel ini juga memuatkan persoalan dunia pelajar yang begitu berdikari dan mempunyai semangat yang kental bagi mencapai kejayaan. Melalui watak Awanis,banyak mengajar remaja supaya gigih berusaha. Awanis diperlihatkan begitu gigih belajar setelah gagal dalam Peperiksaan SPM kali pertama.Dia tidak putus asa belajar dan mengambil peperiksaan SPM buat kali ke-2 sehingga Berjaya menempatkan diri di ITM Arau, Perlis.

2.Banyak mengandungi pengajaran dan teladan

3.Bahasa yang digunakan dalam novel ini mudah dan ringkas sehingga menarik pembaca untuk terus membaca novel ini sehingga selesai.

(Lengkapkan contoh)

4.Teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang menarik dan tidak membosankan.

(Lengkapkan contoh)

45

4b) Teknik Plot 1.Teknik imbas kembali Contoh Anis mengimbas kembali peristiwa yang membawa kepada kematian ibu bapanya. Anis mengingat kembali sebelum kematian mereka, mereka telah pergi ke Pulau Pinang untuk memujuk kak May supaya kembali ke rumah tetapi kak May enggan.Sekembalinya dari sana, mereka telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Anis meramalkan sifat fizikal Encik Johari yang disangka seorang yang sudah separuh umur, berkepala botak , dan berperut gendut sebelum bertemu dengan Encik Johari pada hari pertama dia mendaftar di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Paka, Terengganu. Anis berdialog dengan Encik Johari sewaktu mendaftar pada hari pertama di PPK tentang keupayaan pelatih perempuan dalam menjalankan tugas.

2.Teknik imbas muka

3.Teknik dialog

4.Teknik pemerian

Sila lengkapkan

5.Teknik Monolog Dalaman

Sila lengkapkan

46

Set 3 a)Plot merupakan aspek penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan eksposisi (permulaan) novel terseebut dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pekembangan cerita. [ 7 markah ] b)Huraikan perbezaaan watak antara watak utama (protagonis) dengan watak penentang (antogonis) berdasarkan novel yang telah anda pelajari itu. [8 markah ]

SKEMA JAWAPAN. TERMINAL TIGA (OTHMAN PUTEH) (a) Bahagian eksposisi ( permulaan ) dan perkembangan dalam novel Terminal Tiga karya Othman Puteh: Cerita dimulakan dengan penampilan watak utamanya iaitu Rimpa yang berada di terminal tiga Lapangan Terbang Subang. Rimpa sedang menunggu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabala, kerana balik bercuti di kampung halamannya di pedalaman Sabah. Ketika itu, udara di Kuala Lumpur berjerebu, beberapa penerbangan ditunda kerana jerebu. Cerita terus berkembang ketika di dalam pesawat, Rimpa teringat ibunya di desa, terkenang Bang Maily keluarga angakatnya di Kota Kinabalu yang banyak menolongnya dan teringat ayahnya yang telah lama meninggalkan keluarga. Di Kota Kinabalu, Rimpa mengunjungi rumah Bang Maily, untuk menguruskan biasiswanya. Rimpa cuba mencari ayahnya di Nabawan. Rimpa pulang ke desa dan memberitahu ibu bahawa ayahnya tidak dapat ditemui. Rimpa juga bertemu Ruzaini teman sepermainan sejak kecil Berlaku konflik antara mereka. Ruzaini menuduh Rimpa telah melupakannya, Rimpa menafikan tuduhan Ruzaini. Rimpa pulang ke kampus ASK di Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajiannya.

47

(b)

Perbezaan antara watak utama (protagonis)Rimpa dengan watak sampingan (antagonis) yang dipilih iaitu Ramon. Ramon merupakan kenalan Rimpa ketika di Kota Kinabalu.

Rimpa ( Protagonis)

Ramon ( Antagonis)

* Watak dinamis (berubah) * Bertanggungjawab terhadap keluarga iaitu mencari bapanya di Nabawan . * Gigih dan tabah meneruskan pelajaran di Kuala Lumpur. * Jujur dalam persahabatan, terpengaruh dengan desakan Ramon. * Menyesal dan insaf setelah minum minuman yang memabukkan. * Taat kepada perintah Tuhan, seperti mengerjakan sembahyang ketika di Terminal Tiga Subang.

Watak statik (tidak berubah) Tidak bertanggungjawab dengan sahabat Tidak meneruskan pelajaran. Mengambil kesempatan dan mempengaruhi Rimpa. Suka minum minuman yang memabukkan dan cuba mempengaruhi orang lain untuk melakukan perkara negatif. Bersikap negatif dan tidak pernah mengingati tuhan. Bukan muslim / tidak memeluk sebarang agama.

48

Anda mungkin juga menyukai