Anda di halaman 1dari 18

Cara Penulisan Esei Pengajian AM

Cara Menulis Karangan Pengajian AM.

Pengenalan.
- Karangan merupakan nadi dalam pemarkahan pengajian Am dari semester 1- 3.
- Penulisan karangan yang baik dan memperolehi markah yang baik akan memberi impak yang besar
dalam penentuan gred dalam subjek ini.
- Ada 3 sahaja cara penulisan esei dalam pengajian am iaitu 5 + 0 , 2+3 / 3+2 dan 1+ 4.

Analisis Soalan.
- Anda boleh menggunakan kaedah WH Question.
- 3 soalan yang kerap kali digunakan ialah why , how dan what.
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh
itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

- Berdasarkan contoh diatas ada 2 perkara yang perlu diperhatikan dalam soalan tersebut.
i)Kata Kunci Soalan.
ii)Isu yang diutarakan
iii)Kehendak soalan.
iv)penanda wacana ( bergantung situasi )
- Daripada 4 aspek ini, kita akan menilai dan menganalisis kehendak soalan ini supaya dapat
memenuhi kehendak yang sewajarnya.

i) KATA KUNCI SOALAN.


- Kata Kunci soalan merupakan langkah utama yang perlu diperhati oleh seseorang pelajar.
- Kesilapan menganalisis kata kunci soalan secara tidak langsung akan menjadikan markah anda
tidak akan dapat markah yang memuaskan atau mungkin terpesong daripada soalan sebenar ( 0
Markah ).
- Daripada contoh diatas didapati kata kunci soalan iaitu Huraikan berada dibelakang. Hal ini
bermaksud soalan ini menghendaki pelajar menganalisis keseluruhan penyataan tersebut. Namun,
hal ini akan bertukar seandainya kata kunci soalan itu berada di tengah atau dihadapan. Apabila
berlaku demikian, pelajar Cuma perlu menganalisis penyataan selepas kata kunci. Misalnya,

Banyak Faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara


ini. Huraikanlangkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi gejala ini .

ii) ISU YANG DIUTARAKAN.


- Para pelajar juga perlu mengetahui isu yang diutarakan.
- Isu ini biasanya diperolehi selepas kehendak soalan.
- Isu juga boleh berlaku sekiranya perkataan atau penyataan itu diulang-ulang.
- Misalnya dalam contoh tadi,

Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh
itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

iii) Kehendak Soalan.


- Kehendak soalan merupakan jawapan yang diinginkan oleh pemeriksa daripada pelajar.
- Kehendak soalan ini berfokus hanya pada 4 benda utama iaitu,
i) Kebaikkan / Manfaat
ii) Keburukkan / masalah
iii) Langkah / cara
iv) Faktor / sebab / punca
- Keempat-empat contoh diatas hanya memerlukan jawapan berbentuk umum tanpa memerlukan
fakta khusus.
- Umum selagi jawapan itu relevan untuk dinilai masib boleh digunapakai.
- Fakta Khusus- perlu sebijik dalam buku ataupun ada penambahan beberapa perkataan tertentu
dalam penulisan isi.
- Ada juga beberapa jawapan yang memerlukan fakta atau ayat tertentu misalnya;
a)Perkataan risiko dalam penulisan esei perlu menulis.

Contoh;
Antara keburukkan keldai dadah ialah mencemarkan imej negara sekiranya perkara tersebut
berlaku.
b) Jawapan sememangnya berfakta,
misalnya;
Antara cabaran wawasan 2020 ialah mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju.

iv) Penanda wacana.


- Kaedah keempat merupakan kaedah yang jarang diperhatikan oleh pelajar.
- kaedah ini adalah dengan 2 cara iaitu ;
a) melihat penanda wacana pada ayat seterusnya
b) melihat kepanjangan sesuatu ayat.
-
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh
itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

Daripada 2 cara analisis ini, kamu akan lebih mengetahui sama ada karangan itu menunjukkan 1+4 , 5+0
mahupun 2+3/3+2.

- Daripada contoh diatas, lihat perkataan yang diHighlightkan.


- Perkataan itu merupakan penanda wacana yang membawa maksud BERTENTANGAN dengan ayat
sebelumnya.
- Hal ini menunjukkan bahawa keseluruhan ayat tersebut telah menjelaskan bahawa dalam penulisan
isi mahupun esei adalah mustahil jawapan tersebut ialah 5+0 dan 1+4 ( melainkan sebab-sebab
tertentu).
-
Fakta-Fakta Gempak / Cliche
- Hadapi masalah mengetahui beberapa isi yang sesuai digunakan.
- Berikut merupakan senarai fakta umum yang boleh digunakan mengikut kehendak soalannya.
(selebihnya isilah yup. Selamat maju jaya )

Bil Kebaikkan / Manfaat Keburukkan


1) Meningkatkan imej negara Penularan wabak penyakit
2) Menambah pendapatan negara Menjejaskan ekonomi negara
3)
4)
5)

Bil Usaha / Langkah / Cara Punca / Sebab


1 Memperkasa dan menguatkuasakan
undang-undang
2 Mewujudkan kesedaran dalam
masyarakat
3 Mengadakan kerjasama
antarabangsa.
4 Mengadakan rundingan di peringkat
(antarabangsa, tempatan , serantau )
5 Membawa masuk ( teknologi terkini
/kepakaran asing )

Cara kembangkan Isi

- Pengembangan sesuatu ayat boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah WHQuestion.


- WHQuestion yang selalu digunakan dalam pengembangan ayat dalam penulisan esei ialah siapa
(who) , apa (what) dan bagaimana (how).
- Hal ini tidak semestinya WHQuestion yang lain tidak diperlukan tetapi dalam penulisan karangan
Pengajian Am, WHQ yang lain jarang digunakan .
- Contohnya;
Antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala mencuri di negara ini ialah
menguatkuasakan dan memperkasakan undang-undang. (apa itu undang 2? ) Undang-undang
merupakan satu bentuk peraturan yang mesti dipatuhi oleh sesebuah masyarakat dalam sesebuah
negara misalnya. (Bagaimana undang-undang mengatasi) Melalui undang-undang yang sedia ada,
penjenayah boleh dikenakan hukuman yang berat jika disabitkan kesalahan misalnya dihukum
penjara. (siapa yang akan melaksanakannya) Pihak yang diberi kuasa akan menghukum pesalah
tersebut. (apakah kesan ) Hal ini akan menberi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat
setempat untuk tidak melakukan jenayah mencuri tersebut kerana tindakan undang-undang yang
tegas. (81 Patah Perkataan )
Kesimpulan + Pendahuluan

- Pendahuluan Esei Pengajian am tidak perlu terlalu panjang.


- Jika tiada idea terus sahaja tulis balik penyata soalan tersebut sebagai pendahuluan.
- Begitu juga dengan kesimpulan, cukup satu atau dua baris sahaja sudah memadai kerana yang
paling utama ialah isi dan pendahuluan serta kesimpulan buat syarat sahaja.
PRAPENULISAN :
1. 1. Memilih Soalan/Tajuk (Penting !!!) (2 minit)

1. a. Baca setiap soalan dengan teliti.

2. b. Pilih soalan yang sesuai dan mudah/senang.

dapat mengemukakan sekurang-kurangnya empat isi

telah dibuat/diajar.

pemahaman, pengetahuan dan keupayaan untuk mengembangkan isi.

1. 2. Menganalisis Soalan/Tajuk (2 minit)

Mengenal pasti kata kunci soalan.

ISU

Apa isu ? Konsep, istilah dsb seperti jenayah juvana, vandalisme, lebuh raya. (yang
akan disentuh dari awal hingga akhir esei.)

Skop isu ? Lokaliti tempatan (masyarakat / negara) atau global (antara bangsa)

MAKLUMAT ; tunggal atau majmuk

FOKUS

Kehendak / Tugasan soalan ? Bentuk /Arahan soalan dan format jawapan.

Tugasan Contoh Soalan

1. Satu kehendak

2. Dua kehendak seimbang

3. Dua kehendak tidak


seimbang

4. Tiga kehendak

5. Sejauh manakah anda


bersetuju

( 2 setuju & 2 faktor lain) @

( 3 setuju & 1 faktor lain)


6. Bandingan (2 isu)

1. 3. Merangka isi (3 minit)


Kepentingan :

a. Mengelak kebuntuan idea semasa menulis.

b. Penyusunan isi mengikut keutamaan.

c. Mengelakkan pengulangan isi.

PENULISAN ( 30 minit )

Pemerincian

Pemerengganan

Penjalinan penanda wacana

Penggunaan bahasa/Penataan laras bahasa

Pengolahan

ESEI A & B (@ 25 MARKAH)

Perenggan 1 Pendahuluan

(2 3 ayat) Isu utama

30 patah kata Ulas isu (ubah suai soalan)

Jangan masuk isi

Kehendak soalan
Perenggan 2 5 Perenggan isi 1, 2, 3 dan 4 Idea .. betul @ salah ?
{tahu}
(5 7 ayat) Idea / Ayat isi
Huraian . Jelas @ tidak
70 patah kata Huraian jelas?

Fakta / Contoh {analogi dan gambar}

Ayat penegas isi* Apa? Kenapa


? Bagaimana?
Perenggan 6 Penutup

(2 3 ayat) Kembali kepada isu

30 patah kata Rumus isi

Harapan / komentar /
amaran
A. Menulis pendahuluan

Fungsi dan kepentingan :

1. 1. Komponen karangan yang harus ditulis dengan menarik berkesan untuk


merangsang impression pemeriksa/ berfungsi sebagai denak.

2. 2. Item utama yang menjadi asas penilaian. Kedudukannya seperti wajah/muka


kepada seseorang.

3. 3. Kebulatan/kemantapan karangan terungkap pada peranggan pendahuluan.

4. 4. Pendahuluan berfungsi untuk membayangkan perkara/isi yang akan dihuraikan


seterusnya.

Cara atau langkah penulisan pendahuluan; * Rujuk contoh

1. 1. Perlu menyentuh isu yang diperkatakan secara umum.

2. 2. Jangan sesekali menulis isi dalam perenggan pendahuluan.

3. 3. Seelok-eloknya, kehendak soalan terungkap pada ayat terakhir perenggan


pendahuluan.

B. Menulis perenggan isi.

Kepentingan Perenggan Isi

1. a. Fokus terpenting dalam sesebuah karangan

2. b. Bahagian terbesar (80 %) dan utama dalam penulisan.

3. c. Konsep isi dan penyampaian merupakan unsur yang terpenting

4. d. Aspek pemerincian, pemerengganan, penjalinan, penataan laras bahasa,

dan pengolahan akan tergambar dalam perenggan isi.

Cara Menulis Perenggan Isi * rujuk contoh

1. 1. Ayat judul / ayat isi.

1. a. Kehendak soalan + isi karangan

2. b. Tepat, jelas, padat, konkrit

3. c. Jangan gabungkan dengan huraian dan contoh.

1. 2. Pengembangan isi.

1. a. Huraian, bahasan, fakta, contoh, data


2. b. 4W + 1H; Apa? Siapa? Mengapa? Bila? Bagaimana?

3. 3. Ayat penegas isi.

1. a. (rujuk ayat judul)

4. 4. Penanda wacana.

Fungsi / Menyatakan Contoh Penanda Wacana


Maksud

Tambahan daripada apa- selain itu, di samping itu, tambahan pula, kemudian, lagi
apa yang telah dikatakan pula, pertama, akhirnya, sehubungan dengan itu,
sebelumnya. sehubungan dengan hal itu, dalam pada itu, kemudian.

Perlawanan atau kontras sebaliknya, sebenarnya, biarpun, biarpun begitu,


terhadap apa-apa yang walaupun, walau bagaimanapun, walaupun
telah dikatakan begitu, walaupun demikian, namun begitu, namun
sebelumnya. demikian, sungguhpun, meskipun, akan tetapi, pada hal.

Sebab-musabab terhadap maka, jadi, akibatnya, lantaran itu, oleh sebab itu, oleh itu,
apa-apa yang dikatakan oleh hal demikian, dengan demikian, namun demikian,
sebelumnya. berhubung dengan ini, hasilnya.

Ringkasan atau ringkasnya, jadi, dengan perkataan lain, pendek kata,


kesimpulan terhadap apa- dengan kata lain, secara ringkasnya, pendeknya,
apa yang telah dikatakan kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhirnya.
sebelumnya.

Penjelasan terhadap apa- jelasnya, lebih tepatnya, tampaknya, sesungguhnya


apa yang telah dikatakan
sebelumnya.

Masa kemudian, selanjutnya, selepas itu, pada waktu itu.

C. Menulis penutup.

Fungsi dan Kepentingan

1. Merumus keseluruhan karangan

2. Pelengkap kepada karangan seperti mana fungsi pendahuluan

3. Sentuhan terakhir dalam penulisan yang akan meninggalkan bekas kepada


pemeriksa.

Cara Menulis Perenggan Penutup* rujuk contoh


1. 1. Penanda wacana

2. 2. Kembali kepada isu/tema/tajuk

3. 3. Mengulas isi secara ringkas/merumus isi secara umum.

4. 4. Komentar/Cadangan/Nasihat/Harapan.

PASCAPENULISAN ( 3 minit)

1. 1. Menyemak isi

2. 2. Pengeditan bahasa(ejaan/tanda baca)

Dikirim dalam BAHAGIAN A, BAHAGIAN b, ESEI | Leave a Comment

Soalan Tugasan Bahagian A: Isu Perniagaan Francais


Disember 15, 2009

Soalan Perbincangan dan Latihan Kendiri

Industri francais merupakan dimensi baru dunia perniagaan yang berpotensi di


Malaysia. Bagi menjayakan bidang ini, peranan pelbagai pihak amatlah penting.
Huraikan.

Arahan :

1. Dapatkan maklumat tentang tajuk di atas.

2. Buat perbincangan kumpulan:

i. Kenal pasti isu utama.

ii. Nyatakan kehendak tugasan soalan.

iii. Buat rangka isi-isi.

3.Tulis sebuah karangan yang menepati piawai STPM (250 patah perkataan).

Dikirim dalam BAHAGIAN A, ESEI | Leave a Comment

Esei Contoh : Bahagian A (Isu Juvana)


Disember 15, 2009
Contoh esei.

Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita
pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.

Pendahuluan

Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Hal ini
amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa
depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan ini
dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan)

Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah juvana ialah masalah
keluarga. Keluarga yang mempunyai masalah seperti berlakunya konflik penceraian dan
pengabaian terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat
dalam jenayah juvana. Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah
menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata, keluarga yang bermasalah
menjadi punca meningkatnya gejala jenayah juvana. (61 patah perkataan)

Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada
peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana media massa memaparkan pelbagai unsur
negatif seperti aksi-aksi ganas dan ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial.
Sebagai kesannya, remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning,
pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana meningkat
disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan)

Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan melalui pendidikan agama dan moral. Ibu
bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak dan perlu menjadi contoh teladan
kepada mereka. Pendidikan di rumah pula diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan
aktiviti-aktivti kokurikulum. Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu
diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme pendidikan ini dapat membentuk
jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam jenayah juvana. (68 patah perkataan)

Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi membendung gejala


juvana. Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke semasa seperti Kempen
Belia Benci Dadah. Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan
program-program yang bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan
perkara ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu kerajaan
dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui kempen-kempen ini, remaja
akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara. (70 patah perkataan).
Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat dibendung jika
faktor-faktor penyumbang dikenal pasti dan seterusnya mengambil langkah-langkah
mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak
kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan
kepada negara. (46 patah perkataan)
Teknik Mengolah Karangan STPM - Guna Formula
Teknik Mengolah atau Mengembangkan Isi Karangan
Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Pendahuluan

Karangan yang baik haruslah diolah dengan mengembangkan isi iaitu menghuraikannya sambil
mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai. Dalam hal ini, kita jarang-jarang mendengar murid
menghadapi masalah untuk mendapatkan isi karangan. Namun demikian, kebiasaannya murid
menghadapi masalah untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan tersebut. Mereka selalunya
menghadapi masalah untuk mengembangkan isi tersebut agar menjadi satu kesatuan idea dalam
perenggan-perenggan karangan. Isi tersebut perlu dikembangkan menjadi satu pertautan idea
antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.

Murid-murid juga selalunya menghadapi masalah untuk menulis karangan yang menepati jumlah
perkataan, seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kerap kali berlaku, murid-murid menulis karangan
yang jumlah perkataannya kurang daripada yang telah ditetapkan oleh soalan. Perenggan karangan
juga biasanya tidak seimbang kerana terdapat perenggan yang panjang dan ada pula perenggan
yang pendek. Perkara ini berlaku kerana murid-murid tiada teknik atau cara yang boleh membantu
mereka untuk mengembangkan isi karangan agar seimbang antara perenggan. Oleh hal yang
demikian, cikgu akan membincangkan teknik atau cara-cara untuk mengolah atau mengembangkan
isi karangan.

Keperluan Soalan
Bagi peperiksaan STPM, bahagian ini akan mengemukakan 4 soalan karangan yang berdasarkan isu-
isu semasa. Berdasarkan trend soalan semasa, terdapat satu soalan yang biasanya merujuk kepada
soalan karangan berformat. Murid-murid dikehendaki menulis sebuah karangan yang panjangnya
hendaklah antara 650 hingga 700 perkataan dengan berdasarkan 4 soalan yang dikemukakan dalam
peperiksaan STPM.

Untuk menghasilkan karangan yang baik, empat proses yang berikut perlu diikuti oleh pelajar, iaitu:
i. Membaca semua soalan
ii. Membuat pemilihan dan perancangan
iii. Menulis karangan
iv. Membuat semakan

Selepas proses pertama dan kedua itu dilakukan, barulah murid menjalankan proses yang ketiga
iaitu menulis karangan. Proses menulis karangan akan melibatkan pengolahan dan pengembangan
isi karangan yang diperoleh dalam proses yang kedua. Proses inilah yang paling rumit dan mencabar
kebolehan, kemahiran dan pengetahuan murid. Oleh hal yang demikian, proses yang ketiga ini
perlulah diberikan tumpuan utama kerana markah karangan murid akan ditentukan oleh proses yang
ketiga ini.

Teknik Mengolah Karangan dengan Menggunakan Formula


1. Pendahuluan
i. IKCHF (IKCHF- Isi, Kesan, Contoh, Huraian, Fokus soalan)

Contoh perenggan pendahuluan 1


Statistik kemalangan jalan raya seringkali meningkat pada musim perayaan utama negara kita. (I)
Hal ini telah menyebabkan banyak kecederaan berlaku dalam kalangan pengguna jalan raya di
samping banyak juga nyawa manusia yang terkorban. (K) Sebagai contoh, kadar kemalangan
biasanya meningkat pada musim perayaan utama. (C) Jumlah kemalangan jalan raya tentunya
membimbangkan banyak pihak. (H) Oleh hal yang demikian, usaha pihak berkuasa perlu
ditingkatkan bukan sahaja pada musim perayaan tetapi juga pada hari-hari biasa untuk
mengurangkan kes kemalangan jalan raya daripada terus meningkat di negara kita. (F)

Contoh perenggan pendahuluan 2


Terdapat projek perumahan yang terbengkalai atau tidak disiapkan oleh pemaju perumahan di
negara kita. (I) Hal ini sudah tentu akan menyusahkan pembeli-pembeli rumah yang mengharapkan
rumah mereka disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (K) Terdapat beberapa kes seperti
ini yang berlaku di Kuala Langat, Gombak dan Hulu Langat, iaitu seperti yang dilaporkan oleh media
massa arus perdana. (C) Perkara ini tentunya meresahkan bakal pembeli rumah yang sedang
berkira-kira untuk membeli rumah. (H) Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang timbul daripada
masalah tersebut dan usaha-usaha perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah ini.
(F)

2. Isi Karangan
i. 5W1H (Apa, Siapa, Mengapa, Bila, Di mana, dan Bagaimana)

Contoh perenggan isi


Kemalangan jalan raya yang berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya
yang cuai. Mereka biasanya tidak menumpukan perhatian semasa memandu kenderaan di jalan
raya. (A) Kebiasaannya juga mereka menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan
ataupun memandu dalam keadaan mengantuk. (M) Keadaan ini seterusnya menyebabkan pemandu
kenderaan hilang kawalan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan. (Ba) Oleh hal yang
demikian, pengguna jalan raya perlu berhati-hati dan tidak cuai semasa memandu kenderaan di
jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan daripada berlaku. Hal ini bertepatan dengan pepatah
Melayu iaitu beringat sebelum kena dan janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah. (M) (79
perkataan)

ii. Individu dan Keluarga (Inke), Masyarakat (Kawan, Jiran dan Sekolah), Negara, Teknologi, dan
Antarabangsa. ((InkeManeTekA)

Contoh perenggan isiSalah satu punca penagihan dadah adalah disebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya. (Kawan) Para ramaja biasanya mudah terpengaruh oleh perbuatan yang dilakukan oleh
rakan-rakan mereka. Selain itu mereka juga ingin tahu dan ingin mencuba perkara tersebut. Hal ini
biasanya akan menyebabkan mereka ketagih terhadap dadah.

iii. Inikah Hasilnya Cinta (IKHC Isi, Kesan, Huraian, Contoh)

Contoh perenggan isi


Aktiviti sukan yang kita lakukan boleh menyihatkan badan kita. (I) Hal ini dikatakan demikian
kerana semasa kita bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. (K) Seterusnya perkara ini
berlaku disebabkan oleh jantung kita bekerja kuat dan mengepam darah ke seluruh badan. (H)
Contoh aktiviti sukan yang boleh kita lakukan adalah seperti bermain bola sepak, badminton, hoki,
dan berjoging. (C)

3. Penutup/kesimpulan
i. KCAPH Kesimpulan, Cadangan, Ancaman, Harapan)

Contoh perenggan kesimpulan


Kesimpulannya, masalah rasuah perlulah ditangani segera oleh pihak berkuasa di negara kita. (K)
Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa perlulah mengadakan kempen secara besar-besaran
tentang keburukan rasuah. Kempen tersebut bolehlah dijalankan di media-media massa arus
perdana dan juga melalui ceramah yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah.
(C) Hal ini dikatakan demikian kerana jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu akan
merosakkan jentera pentadbiran negara. Jika jentera pentadbiran negara kita rosak sudah pasti
kita semua yang akan menerima padahnya.(A) Perkara ini bertepatan dengan ungkapan, lebih baik
mencegah daripada mengubati sesuatu penyakit.(H) Jadi, kita semua berharap agar masalah ini
dapat ditangani dengan berkesan sebelum berleluasa atau menjadi lebih serius. (H)

ii. Kena Hati-Hati (Kesimpulan, Hurai, Harapan)

Contoh perenggan kesimpulanKesimpulannya semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras


jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Anggota masyarakat perlulah membantu pihak berkuasa
dengan melaporkan kejadian jenayah yang berlaku dengan segera. (H) Dengan cara itu, masalah
jenayah diharapkan dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa. Seterusnya, hal ini
membolehkan masyarakat di negara kita ini hidup dalam keadaan aman, tenteram dan harmoni.(H)

Penutup
Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu murid-murid dalam menghuraikan dan
mengembangkan isi karangan dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap
perenggan karangan dengan teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan
perenggan kesimpulan akan menjadi seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan
jumlah perkataan yang dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Di samping itu, murid-
murid juga dinasihatkan agar membaca bahan-bahan bacaan yang relevan dan sesuai untuk
membantu proses pengolahan dan pengembangan isi karangan. Murid-murid turut digalakkan
membaca suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian, majalah Dewan Masyarakat, Dewan Siswa,
Pelita Bahasa, Fokus, Kosmik, dan sebagainya. Selain itu, murid-murid juga dinasihatkan supaya
banyak berlatih untuk mengembangkan isi karangan supaya tidak menghadapi masalah semasa
berada di dalam dewan peperiksaan. Selamat mencuba formula yang dicadangkan ini.
Prakata Karangan Pengajian Am
Karangan Pengajian Am sangat berbeza dengan karangan Bahasa Melayu. Hal ini adalah
kerana, karangan pengajian am meletakkan menjawab soalan sebagai keutamaan. Bahasa
hanyalah menjadi perantara untuk calon menyampaikan idea-idea dan hujah. Manakala,
karangan Bahasa Melayu lebih melihat kepada kemahiran berbahasa dalam konteks
penulisan. Namun demikian, tidak dinafikan calon yang mahir berbahasa lebih cenderung
memberikan idea yang mudah difahami dan bernas dengan mengambi kira dari segi
semantik ayat dan pemilihan diksi yang tepat. Justeru, dalam pada menjawab soalan
karangan Pengajian Am, calon dinasihatkan agar memberikan idea-idea yang bernas,
bersifat fakta, dan disokong dengan hujah-hujah yang jitu. Sewaktu menulis karangan, calon
perlu ingat "i am answering question" berbanding dengan bermain bahasa.

Panduan Umum
1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang tajuk
karangan yang hendak dipilih.
2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan
calon tentang isu yang menjadi tajuk dalam sesuatu soalan.
3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang
boleh mengganggu kelancaran penulisan karangan kelak.
4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang
diperkatakan secara mendalam.
5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan logik.
6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai dengan
keupayaan diri calon, maka pilihlah tajuk berkenaan.

PERINGKAT-PERINGKAT MENULIS KARANGAN


Peringkat 1: Menganalisis Kehendak Soalan.
1. Mengenalpasti kehendak soalan atau tajuk merupakan perkara yang amat penting
supaya isi-isi dan pendekatan yang dikemukakan nanti tidak menyeleweng daripada
tajuk karangan yang diberi.
2. Ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak
mematuhi kehendak soalan.
3. Oleh itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu para
calon menggarap isi persoalan dalam sesuatu tajuk karangan.
4. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menganalisis kehendak
soalan ialah dengan menggunakan kaedah BIFS.

a. Bentuk Soalan ( B )- Berfokus atau Tidak Berfokus.


i. Berfokus - Kata soal terletak di hadapan ayat.
Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui
aplikasi teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan
sebagainya. Jaringan komuniti maya ini mewujudkan pelbagai
implikasi. Jelaskankebaikan dan keburukan jaringan komuniti maya.

(Pernyataan tidak perlu dianalisis kerana kehendak soalan adalah jelas)

ii. Tidak Berfokus - Kata soal berada di belakang ayat.


Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui
aplikasi teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan
sebagainya. Jaringan komuniti maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun
demikian, ia juga boleh membawa impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan?

(Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak soalan)

b. Isu ( I ) - apakah isu yang diutarakan dalam soalan. kegagalan memahami isu
soalan akan menyebabkan karangan calon lari daripada tajuk soalan.
c. Fokus Soalan ( F ) - merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama
ada satu fokus atau dua fokus.
d. Skema Jawapan ( S ) - asas skema hanya ada 2 iaitu 5A+B0 (5+0) dan
3A+2B@2A+3B.
Skema asas ini boleh berkembang kepada skema pecahan. Misalnya skema asas
5+0, boleh jadi 1A wajib; Skema asas 3A+2B@2A+3B, boleh jadi 1A wajib atau
boleh jadi juga 1A dan 1B wajib.

Peringkat 2: Menyenaraikan Idea Utama.


1. Dalam karangan pengajian am, calon perlu memberikan 5 idea utama (5 markah)
dan setiap idea diiringi dengan 3 idea sampingan berbentuk huraian, huraian
lanjutan, contoh dan ulasan atau penegasan idea. (5IU x 3H=12H = 15 markah)
2. Bagaimanapun, pada peringkat ini calon perlu menyenaraikan seberapa banyak
idea yang berkaitan dengan kehendak soalan. (lebih daripada 4)

Peringkat 3: Mengasingkan Idea Idea Utama dan Idea Sampingan


4. Idea utama ialah idea secara langsung dengan kehendak soalan dan ia
merupakan satu perkara pokok yang besar dan boleh berdiri sendiri.
5. Idea sampingan ialah tidak langsung dengan kehendak soalan tetapi secara
langsung dengan idea utama dan ia merupakan perkara-perkara kecil yang tidak
boleh berdiri sendiri tanpa perkara pokok.
6. Idea utama perlu diasingkan kerana markah hanya diberikan jika idea utama
betul. Idea utama yang salah tidak akan diberikan markah huraian walaupun huraian
betul.
7. Idea utama yang salah dianggap tidak relevan (TR) kerana tidak menjawab
kehendak soalan.
8. Idea sampingan perlulah diletakkan selepas idea utama sebagai hujah-hujah yang
menyokong idea utama.
9. Idea sampingan ini perlulah jelas dan tidak boleh dipertikaikan pernyataannya.
10. Idea sampingan yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.

Peringkat 4: Menyediakan Rangka karangan.


1. Rangka karangan haruslah disediakan terlebih dahulu sebagai garis panduan
kepada calon-calon semasa proses mengarang.
2. Perkara yang harus ada dalam karangan merangkumi aspek berikut:
a. Calon-calon dapat menentukan isi-isi yang perlu dimuat dalam sesebuah
karangan.
b. Calon-calon akan menentukan urutan isi yang disusun mengikut keutamaan.
c. Calon dapat memastikan tidak ada isi-isi yang tertinggal.
d. Calon dapat merangka pendahuluan dan penutup karangan yang bersesuaian
dengan isi karangan.

Peringkat 5: Menulis Karangan


1. Proses penulisan dijalankan setelah rangka karangan disediakan dengan jelas
dan teratur.
2. Proses penulisan ini akan terlaksana dengan baik dan lancara apabila kesemua
empat peringkat di atas diikuti dengan sempurna dan berkesan.
3. Pada peringkat ini, calon perlu sentiasa ingat "saya menjawab soalan" untuk
memastikan karangan tidak terkeluar daripada tajuk.

Peringkat 6: Menyemak Karangan


1. Setiap karangan yang ditulis hendaklah disemak semula oleh calon dengan teliti
supaya dapat mengesan kesalahan-kesalahan yang tidak disedari.
2. Kesalahan ini boleh melibatkan aspek struktur ayat (S) dan tatabahasa (T) yang
terdiri daripada ejaan, tanda baca, perkataan, mahupun struktur ayat.
3. Setiap kesalahan yang dikesan hendaklah diperbetul dengan jelas.

Nota tambahan: Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu mengandungi


tiga bahagian; Pendahuluan, Isi dan Penutup. (Perengan 1: Pendahuluan,
perenggan 2-6: Isi dan perenggan 7: Penutup). Peringatan: Calon tidak boleh
memberikan lebih daripada 5 idea. Satu perenggan untuk satu idea sahaja. Jadi, 5
perenggan untuk 5 idea. Sekiranya calon menambah perenggan untuk tambahan
idea, ia tidak akan dikira. Kemungkinan juga jumlah patah perkataan melebihi 350
patah perkataan yang disyaratkan dalam arahan soalan. Hal ini juga
akan menjejaskan kesimpulan. Sekali gus, menjejaskan pemarkahan dari segi
Impak kekesanan atau Kesimpulan.

Anda mungkin juga menyukai