Anda di halaman 1dari 7

Teknik-teknik Pengajaran

Kongsi Teknik
Ruangan ini akan mengkongsikan tentang teknik yang boleh guru-guru gunakan
dalam P & P. Semoga dengan menggunakan teknik ini kita akan dapat
menghasilkan sebuah pembelajaran yang aktif.

Round Robin

1. Menyumbangkan idea atau pendapat secara lisan semasa dalam perbincangan


kerja berkumpulan dengan cara yang sistematik.
2.Mendengarkan dengan teliti sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli
kumpulan.
3.Bersedia untuk merumuskan atau meringkaskan kesemua idea yang telah
dikemukakan oleh ahli kumpulan.

Update on : 18 September 2012

8 Peta Pemikiran (i-Think)


Kali ini saya akan mengongsikan salah satu peta pemikiran yang ada terdapat
dalam program i-think. Ada 8 peta pemikiran yang dicadangkan: circle
map,bubble map, double bubble map, tree map, brace map, flow map, multi-
flow map dan bridge map. Terserah kepada kita sebagai guru memilih peta
pemikiran mengikut kesesuaian tajuk pelajaran yang hendak diajarkan.

Hari ini saya akan mengongsikan satu daripada teknik itu iaitu peta buih. Bagi
saya fungsi utama menggunakan peta buih ialah supaya pelajar dapat
menkategorikan sesuatu senarai mengikut kumpulan. Ini bermakana setelah
aktiviti menyenaraikan sesuatu idea daripada sesuatu topik, pelajar bolehlah
menggunakan peta buih supaya mereka dapat mengkategorikan senerai
tersebut mengikut sub-tema yang dicipta sendiri oleh pelajar itu. Kemahiran
mengkategorikan adalah salah satu kemahiran yang ada terdapat dalam
kemahiran berfikir. Ini penting dilatih kepada pelajar supaya mereka dapat
menghasilkan produk tugasan yang kreatif.
Tambahan lagi, peta buih dapat meningkatkan kosa kata pelajar kerana mereka
berusaha untuk mendapatkan idea kearah topik atau tema. Bagi saya pada
peringkat sekolah rendah peta buih sesuai digunakan kerana pelajar akan
dapat mempelajari konsep tema dan dapat memperkayakan lagi
perbendaharaan kata mereka. SELAMAT MENCUBA!

Menurut program i-think, proses pemikiran peta buih ialah menerangkan


menggunakan kata sifat (describing qualities). Gambar rajah peta buih adalah
seperti di bawah ini:

Sila Klik disini: Peta buih_update3_1


Update on : 25 September 2012

Peta Bulatan
Proses Pemikiran: untuk mendefinisikan mengikut konteks
Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah
Tuliskan tema utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya
Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tadi
Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan
dengan tema tadi untuk menjana idea (proses sumbang saran)
Lukis bingkai di bahagian luar bulatan untuk menyatakan sumber rujukan atau
sudut pandang daripada pelbagai pihak

Faedah Menggunakan Peta Bulatan

Meningkatkan kosa kata


Sumbang saran idea dalam penulisan
Menguji pengetahuan sedia ada murid
Menguji pemahaman murid selepas p&p

Digunakan untuk apa?


Konteks.senaraikan
Jelaskan
Tuliskan semua yang anda tahu..
Sumbang saran
Kenalpasti
Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
Meneroka makna/maklumat

Sumber dari: http://www.ipkent.edu.my/ipkent/images/think/programithink.pdf


Update on : 2 October 2012
TEKNIK JIGSAW
Teknik mengajar Jigsaw sesuai digunakan dalam pengajaran membaca, menulis
dan lisan. Suhardi (2001) menerangkan bahawa teknik Jigsaw adalah teknik
belajar secara berkumpulan. Terdapat kumpulan asal (home group) dan
kumpulan ahli (expert group) dalam model pembelajaran koperatif jenis Jigsaw.

LANGKAH-LANGKAH TEKNIK JIGSAW:


Kumpulan Asal (Home group) > Kumpulan Ahli (Expert group) > Kembali ke
Kumpulan Asal

Cara memulakan teknik Jigsaw:

Langkah 1

Langkah-langkah dalam teknik Jigsaw dengan membahagikan pelajar kepada


kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai 4 atau 5 orang ahli. Kumpulan
dipanggil kumpulan asal(home group). Setiap ahli kumpulan asal diberikan
tugasan atau tajuk yang berbeza yang berkaitan dengan tema.

Contoh Tema: Pencemaran Alam Sekitar

Kumpulan A/B/C/D/E

Pelajar 1: Tajuk pencemaran sungai

Pelajar 2: Tajuk pencemaran air laut

Pelajar 3: Tajuk pencemaran udara


Pelajar 4: Tajuk pencemaran daratan

Pelajar 5: Tajuk pencemaran bunyi

Langkah 2

Kumpulan asal berpecah dan membentuk kumpulan baru yang dipanggil


kumpulan ahli (expert group). Dalam kumpulan ahli sesi sumbang saran
diadakan. Setiap pelajar dalam kumpulan ahli (expert group) berbincang untuk
berkongsi maklumat dan pendapat di antara mereka untuk menyamakan
persepsi atas hasil dapatan mereka. Mereka juga boleh merujuk bahan sokongan
seperti kamus, buku glosari dan ensiklopedia. Di sini juga berlakunya
pemprosesan dan penghadaman maklumat dalam wacana daripada bahan
sokongan dan hasil perbincangan. Dengan adanya aktiviti dan penglibatan
anggota kumpulan ahli, mereka akan menjadi arif dan menjadi pakar tajuk yang
dibincangkan.

Langkah 3

Kembali ke kumpulan asal dan setiap ahli membentangkan kepakaran dalam


kumpulan asal. Mula-mula pelajar 1 menyampaikan maklumat kepakarannya
kepada rakan-rakan lain. Rakan-rakan lain perlu mengemukakan
pertanyaan. Pelajar 1 hendaklah menjawab sebarang pertanyaan dengan
menyerlahkan keterampilannya sebagai pakar. Seterusnya pelajar 2 pula
menyampaikan kepakarannya dan diikuti dengan pelajar 3 dan 4.

Pembentangan dan perbincangan dalam teknik Jigsaw dapat mengembangkan


pembelajaran yang inovatif dan koperatif di mana peranan pelajar adalah sangat
besar berbanding guru yang hanya bertindak sebagai fasilitator. Sekian, selamat
mencuba..
[Sumber dari: Mohd Isa bin Abd Razak @Blog Sambung-menyambung 2009
2012.http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/. ]
Update on : 10 October 2012
Kaedah Task-Based Learning
Galina Kavaliauskiene (2005), TBL atau kaedah berasaskan tugasan adalah
merujuk kepada aktiviti yang direka untuk pelajar dalam melaksanakan tugasan
yang autentik.

Rangka kerja kaedah TBL menjelaskan langkah-langkah yang dijadikan sebagai


panduan dalam melaksanakan P&P menggunakan kaedah TBL. Menurut Ellis
(2006 dlm Anwar 2012), sehingga hari ini terdapat pelbagai rangka kerja yang
telah diperkenalkan dalam TBL namun kesemuanya tidak lari daripada konsep
TBL itu sendiri iaitu mempunyai unsur-unsur yang berorientasikan tugasan atau
task-based. Tambahan lagi pelbagai rangka kerja ini mempunyai persamaan
dari segi tiga langkah utama dalam TBL iaitu tugasan pra, semasa tugasan dan
tugasan pasca. Tiga langkah ini menunjukkan kronologi dalam pengajaran
menggunakan kaedah TBL.

Model tugasan Jane Willis (1996) mengemukakan empat tugasan atau langkah
dalam rangka kerja TBL. Langkah-langkah tersebut adalah pratugasan,
persiapan tugasan, pelaksanaan tugasan dan pasca tugasan. Aktiviti yang
dilakukan pada setiap langkah adalah seperti dalam rajah berikut.

Fasa 1: Pra Tugasan


Memanupulasikan bahan bantu seperti menggunakan gamabar atau teks
sebagai rangsangan kearah topik tugasan.
Aktiviti sumbang saran seperti membuat senarai, kongsi idea, kongsi
pengalaman.
Persediaan bahasa untuk menigkatkan kesediaan pelajar menggunakan
bahasa, pemilihan perkataan atau istilah yang sesuai.

Fasa 2: Persiapan Tugasan


Setelah berbincang dalam pra tugasan, pelajar mula membuat keputusan
tentang jenis projek yang akan dihasilkan. Contohnya butiran terperinci yang
akan dimasukkan atau dilukis dalam; poster, soalselidik, laporan, skrip
diaalog/lakonan, model dsb.

Fasa 3: Persiapan Tugasan


Setelah membuat keputusan jenis projek yang akan dihasilkan dan membuat
persediaan dengan teliti, tahap ini merupakan tahap merealisasikan tugasan
/projek.

Fasa 4: Merealisasikan Tugasan


Setelah selesai tugasan, pelajar-pelajar dikumpul untuk sesi
penilaian. penilaian mungkin diberikan oleh hakim, fasilitator, rakan sebaya
kumpulan/pelajar sendiri.
Penilaian boleh berbentuk refleksi kendiri, saranan/cadangan pelajar lain,
kritikan membina, menceritakan pengalaman setiap ahli, kebenaran fakta,
kekuatan bahasa dsb.

Anda mungkin juga menyukai