Anda di halaman 1dari 7

Amalan IBSE dalam Bilik Darjah

Tajuk: Model instruksi berasaskan inkuiri, backward design dan rancangan pembelajaran

Dr. Chiam Sun May


Pensyarah Kanan Jabatan STEM, IPGK Kent, Tuaran

Pengenalan

Pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri membolehkan seseorang individu belajar melalui


siasatan terhadap senario, masalah dan melalui pengalaman sosial. Seseorang guru harus
mendorong muridnya untuk melakukan penyiasatan supaya rasa ingin tahu mereka dapat
dipenuhi. Penyiasatan membantu mereka meluaskan asas pengetahuan, memperhalusi
kemahiran dan perkembangan kognitif (National Science Education Standard, 2000).
Pembelajaran berasaskan inkuiri berpotensi untuk meningkatkan penglibatan intelektual dan
kefahaman yang mendalam pada diri murid, membuka peluang kepada mereka meningkatkan
kemahiran menyoal, penyelidikan, komunikasi, berkolaborasi dan menyelesaikan masalah
dalam kehidupan harian. Murid diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam penciptaan
dan peningkatan pengetahuan baharu. Pollen (2009, p.11-14) menjelaskan bahawa terdapat
empat prinsip dalam amalan pembelajaran berasaskan inkuiri yang diringkaskan seperti berikut:

Prinsip #1: Pemusatan murid, manakala guru, sumber dan teknologi bertujuan untuk
menyokong pembelajaran mereka
Prinsip #2: Semua aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada kemahiran memproses
maklumat
Prinsip #3: Guru bertindak sebagai fasilitator
Prinsip #4: Aspek pentaksiran lebih kepada menilai perkembangan kemahiran memproses
maklumat dan pemahaman konsep

Backward design

Menurut Wiggins dan McTighe (2011), reka bentuk ini memanfaatkan guru kerana ia
membantu guru menentukan hasil pembelajaran murid. Setiap tugas dan instruksi daripada
guru harus mempunyai objektif yang bersesuaian dengan tujuan dan matlamat pelajaran / unit
yang menyeluruh. Backward Design bertujuan untuk meningkatkan pemahaman yang lebih
baik mengenai content / proses yang akan dipelajari murid. Guru perlu memikirkan apa yang
perlu dipelajari murid, jenis-jenis data yang boleh dikumpulkan sebagai bukti bahawa murid
telah mencapai standard pembelajaran serta dapat memastikan murid belajar.

Backward Design mempunyai 3 Stages iaitu :


 Stage 1: Mengenalpasti hasil pembelajaran yang ingin dicapai (Identify Desire Results)
 Stage 2: Menentukan penilaian dan bukti pentaksiran (Determine Assessmeent Evidence)
 Stage 3: Merancang pembelajaran dan instruksi (Plan Learning experiences and
Instruction)
Rajah 1: Stages dan proses Backward Design
Sumber: https://www.mostkreativeklassroom.org/backwards-design.html

Rajah 1 menunjukkan tiga Stages dan proses dalam Backward Design yang bermula dengan
Stage 1 diikuti Stage 2 dan diakhiri dengan Stage 3. Sila rujuk Lampiran S16B-2 dan Lampiran
S16B-3 untuk penerangan terperinci tentang Backward Design.

Perbandingan kaedah tradisional dan kaedah backward design

Jadual 1 membuat perbandingan kaedah tradisional dan kaedah Backward Design. Perhatikan
kedudukan perkataan yang berwarna merah.

Jadual 1: Perbandingan Kaedah Tradisional dan Kaedah Backward Design

Guru sebagai pereka bentuk

Untuk membantu guru mereka bentuk instruksi yang menyokong pembelajaran berasaskan
inkuiri, Backward Design yang dikemukakan oleh Wiggin & McTiger (2005) dalam
Understanding by Design, UbD Framework diaplikasikan. Menurut mereka, Backward Design
dapat mengelakkan masalah ‘purposeless’ yang sering berlaku dalam proses PdP, seperti
‘ hands-on without minds-on’ (iaitu berfokuskan aktiviti tanpa tujuan intelektual, walaupun
menyeronokkan dan menarik) dan ‘coverage’ (iaitu berfokuskan menghabiskan kandungan
dalam sukatan pelajaran atau buku teks).

Model instruksi berasaskan inkuiri

Terdapat pelbagai model instruksi sains yang digunakan sejak masa dahulu. Sila rujuk
Lampiran S16B-4 untuk melihat perkembangan model-model instruksi yang digunakan untuk
PdP Sains. Disebabkan perkembangan penyelidikan dalam pendidikan sains, model instruksi
telah diubah suai. Kebanyakan guru mengaplikasikan Model Instruksi Needham's Five Phase
Constructivist Model (Needham & Hill, 1987). Untuk modul ini, Model Instruksi 5E digunakan.
5E bermaksud lima fasa dalam model instruksi tersebut iaitu Fasa Engage, Fasa Explore, Fasa
Explain, Fasa Elaborate dan Fasa Evaluate (Bybee et al., 2006).

Ringkasan aktiviti

Slot ini bermula dengan aktiviti Hide and Seek. Sila rujuk Lampiran S16B-1a. Anda
dikehendaki mencari kupu-kupu, itik dan kelawar dalam imej tersebut. Lampiran S16B-1b
menunjukkan kedudukan kupu-kupu, itik dan kelawar.

Baca penerangan yang disediakan dalam Slot 16 oleh Dr. Chiam Sun May.

Aktiviti yang disediakan dalam slot ini termasuk recap slot yang lepas, membuat rujukan
dengan bahan-bahan resos daripada slot-slot yang lepas, aktiviti yang memerlukan anda
membuat renungan dan merujuk kepada lampiran/rujukan yang disediakan dalam slot ini. Anda
dikehendaki mengikut semua aktiviti seperti yang disarankan dalam bahagian
prosedur/lampiran. Beberapa rujukan disediakan seperti dalam lampiran dan senarai rujukan.
Anda digalakkan untuk membuat rujukan tambahan jika perlu.

Demi membantu peserta bengkel membuat rujukan lanjutan/penerokaan lanjutan/independent


study, ada istilah tertentu dalam modul ini dikekalkan dalam bahasa Inggeris tanpa
diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Anda digalakkan membaca buku-buku rujukan/ hasil
penulisan akademik lain berkenaan dengan Inquiry-Based, Backward Design dan Model
Instruksi 5E.

Slot ini mempunyai satu sesi hands-on. Arahan tugasan adalah seperti dalam bahagian prosedur.
Peserta bengkel dikehendaki membentangkan hasil kerja selepas sesi hands-on. Lampiran
S16B-5 adalah untuk kegunaan peserta bengkel dari sekolah rendah manakala Lampiran S16B-
6 adalah untuk kegunaan peserta bengkel dari sekolah menengah.

Slot ini diakhiri dengan refleksi. Sila rujuk Lampiran S16B-7. Anda dikehendaki membuat
refleksi kendiri selepas slot ini.
Objektif

Di akhir slot ini, peserta memperoleh:

1. Pengetahuan dan kefahaman terhadap Backward Design.


2. Kefahaman dan idea bagaimana melengkapi Stage 1 Backward Design (Hasil
pembelajaran, Big Idea, essential question, pengetahuan dan kemahiran), Stage 2
Backward Design (performance task dan bukti penilaian) dan Stage 3 Backward Design
(merancang rancangan pembelajaran).
3. Pengalaman hands-on untuk menyediakan rancangan pembelajaran

Alat dan bahan: Bahan resos untuk setiap peserta bengkel (Senarai Lampiran dan senarai
Rujukan)

Masa: 2 jam 30 minit

Prosedur

1. Slot ini bermula dengan aktiviti pra. Sila rujuk Lampiran S16B-1a: Hide and Seek untuk
aktiviti ini. Anda boleh merujuk kepada Lampiran S16B-1b untuk mendapat jawapan
selepas anda mencuba.
Penghargaan: Imej Hide and Seek diperoleh daripada https://forums.hardwarezone.com.sg/

Renung-renung:
a. Pada pendapat anda, bagaimana pereka imej ini mereka (design) imej ini?
b. Adakah pereka melukis kupu-kupu, kelawar dan itik terlebih dahulu sebelum melukis
bahagian-bahagian yang lain?
c. Cadangkan langkah-langkah yang diambil oleh pereka tersebut untuk mereka imej ini.
d. Pada pendapat anda, perlukah pereka merancang/menetapkan kedudukan kupu-kupu,
kelawar dan itik terlebih dahulu sebelum menghasilkan imej tersebut?

Catatan:
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta bengkel bahawa dalam
kehidupan harian, ada banyak aktiviti di mana kita mengamalkan Backward Design tanpa
menyedarinya, walaupun situasi tersebut mungkin tidak kena mengenal dengan tugas
seorang guru.

2. Recap: Slot 12 - Empat Aras Inkuiri.

3. Renung-renung: Perhatikan Jadual 1 di Bahagian Pengenalan. Jelaskan perbezaan dan


persamaan kaedah tradisional dan kaedah Backward Design.

4. Sila rujuk Lampiran S16B-2 untuk pengenalan Big Idea, Essential Questions dan Six Facet
of Understanding.

Renung-renung: Cadangkan contoh Big Idea, Essential Question dan Non-Essential


Question.
5. Lampiran S16B-3 memperkenalkan proses penggubalan rancangan pembelajaran
berpandukan kerangka Backward Design. Dua contoh rancangan PdP (Sains Sekolah
Rendah dan Sains Sekolah Menengah) disediakan.

Renung-renung: Kaji dua contoh tersebut, cadangkan contoh-contoh aktiviti pembelajaran


lain yang boleh menawarkan pengalaman pembelajaran autentik kepada murid-murid anda.

6. Lampiran S16B-4 memberi kajian literatur tentang perkembangan model-model instruksi.


Perbandingan antara model-model instruksi yang digunakan dalam PdP Sains disediakan.
Dalam modul ini, Model Instruksi 5E diberi penekanan.

Renung-renung: Apa perbezaan Model Instruksi Needham’s Five Phase Constructivist


Model (1987) berbanding dengan Model Instruksi 5E yang dicadangkan oleh Bybee et al.
(2006)?

7. Arahan untuk sesi hands-on:


a. Hasil kerja sesi hands-on akan dibentangkan dalam slot pembentangan selepas slot ini.
Operasi 6-5-3 digunakan (setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang menyediakan
Rancangan Pembelajaran (Learning Plan), selepas pembentangan setiap kumpulan
perlu memperolehi 3 idea/cadangan penambahbaikan daripada kumpulan lain, di
mana idea/cadangan penambahbaikan ini adalah sesuatu tindakan yang dapat
dilaksanakan dalam masa 5 minit). Operasi 6-5-3 bertujuan untuk perkongsian ilmu
pengetahuan, pengalaman dan hasil kerja sesi hands-on peserta.
b. Anda dibahagikan kepada kumpulan guru sekolah menengah dan kumpulan guru
sekolah rendah.
c. Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada enam orang.
d. Anda dikehendaki menyediakan rancangan pembelajaran (learning plan) dalam
kumpulan. Anda dikehendaki membuat pembentangan hasil kerja anda pada slot
seterusnya.

Untuk fasa Evaluate, anda dikehendaki menyediakan rubrik penilaian. Recap: Slot 14
Pentaksiran dalam IBSE.

e. Arahan untuk peserta bengkel dari sekolah rendah:

Untuk kumpulan sekolah rendah, sila rujuk Lampiran S16B-5.

Topik yang telah ditetapkan adalah Sains Tahun 4 di mana Standard Kandungan yang
ditetapkan adalah 7.2, manakala Standard Pembelajaran adalah 7.2.1, 7.2.2, 7.2.3.

Anda dikehendaki memilih Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dari


SATU MATA PELAJARAN SAINS/ MATA PELAJARAN LAIN SEKOLAH
RENDAH DARI MANA-MANA TAHUN.

Contoh 1: Topik dari mata pelajaran Sains Tahun 3 sebagai mata pelajaran untuk
digabungjalinkan.
Atau
Contoh 2: Topik dari mata pelajaran Matematik Tahun 5 sebagai mata pelajaran untuk
digabungjalinkan.
Rujuk DSKP KSSR untuk membantu anda mencari mata pelajaran dan topik yang
sesuai. Seterusnya lengkapkan templat Lampiran S16B-5.

f. Arahan untuk peserta bengkel dari sekolah menengah:

Untuk kumpulan sekolah menengah, sila rujuk Lampiran S16B-6.

Topik yang telah ditetapkan adalah Sains Tingkatan 2 di mana Standard Kandungan
yang ditetapkan adalah 9.2 dan 9.4. Standard Pembelajaran yang ditetapkan adalah
9.2.3, 9.4.1 dam 9.4.3.

Anda dikehendaki memilih Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dari


mata pelajaran SAINS SAHAJA dari MANA-MANA SATU TINGKATAN.

Contoh 1: Mata Pelajaran Sains Tingkatan 4 sebagai mata pelajaran untuk


digabungjalinkan.
Atau
Contoh 2: Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3 sebagai mata pelajaran untuk
digabungjalinkan.

Rujuk DSKP Sains KSSM untuk membantu anda mencari topik yang sesuai.
Seterusnya lengkapk templat Lampiran S16B-6.

Anda disediakan Model Lesson sebagai rujukan tambahan:


(Penghargaan: TPU IBSE Malaysia yang menyumbang Model Lesson tersebut.)

i. Model Lesson 1: Experimentation (SR)


ii. Model Lesson 2: Document-Based Research (SM)
iii. Model Lesson 3: Modeling (SM)
iv. Model Lesson 4: Modeling (SR)
v. Model Lesson 5: Interdisiplinary Project (SM)
vi. Model Lesson 6: Interdisiplinary Project (SR)
vii. Model Lesson 7: Interdisiplinary Project (SR)

8. Recap: Slot 1 – 15 untuk membantu anda menyediakan rancangan pembelajaran.

9. Sesi pembentangan akan diadakan selepas peserta bengkel menghasilkan Backward


Design.

10. Sila rujuk Lampiran S16B-7. Anda dikehendaki membuat refleksi kendiri sebelum slot ini
tamat.

Lampiran

Lampiran S16B-1a: Hide and Seek


Lampiran S16B-1b: Jawapan Hide and Seek
Lampiran S16B-2: Backward Design
Lampiran S16B-3: Proses penggubalan rancangan pembelajaran mengikut kerangka Backward
Design
Lampiran S16B-4: The Origins and Developments of Instructional Models
Lampiran S16B-5: Templat Perancangan PdP Mengikut Backward Design
Lampiran S16B-6: Templat Perancangan PdP Mengikut Backward Design
Lampiran S16B-7: Refleksi Exit

Rujukan

Bybee, R. W. Taylor, J. A. Gadner, A., Van Scotter, P., Powell, J., Wesbrook, A., & Landes,
N. (2006). The BSCS 5E Instructional Model: Origin and Effectiveness. Colorado
Springs, CO: Biolobical Science Curriculum Studies.
National Science Education Standard. (2000). Inquiry and the National Science Education
Standard: A guide for teaching and learning. Washington, DC: The National Academic
Press.
Pollen. (2009). Designing and implementing inquiry-based science units for primary
education. Montrouge: La main à la pâte.
Wiggins, G., & McTighe, J. (2005). Understanding by Design. Alexandria: VA: ASCD.
Wiggins, G., & McTighe, J. (2011). The Understanding by Design guide to creating high-
quality units. Alexandria, VA: ASCD.

Penghargaan

Penulis modul merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Lay Ah Nam, En. Tan
Cho Chiew, Pn. Low Kee Sun, Cik Nor Asmah Mohd Salleh dan En. Kuit Vui Ket atas inspirasi,
idea, cadangan, komen, input dan sokongan moral semasa penyediaan modul ini.

Anda mungkin juga menyukai