Anda di halaman 1dari 31

RAISING QUESTIONS

(BERTANYA SOALAN SEPERTI


SAINTIS)
PENGENALAN
• Semua inkuiri bermula dengan soalan.
• Kemahiran inkuiri sains yang penting :
• mengemukakan soalan,
• membuat ramalan,
• merancang penyiasatan,
• menganalisis data dan menyokong pernyataan dengan bukti.
• Salah satu kemahiran asas adalah ‘mengemukakan soalan’
• Sains bermula dengan soalan tentang sesuatu fenomena dan
diikuti dengan usaha untuk membina penjelasan mengapa
fenomena itu berlaku.
• Salah satu amalan sains ialah keupayaan untuk menjana soalan
yang dapat dijawab secara empirikal berdasarkan apa yang
telah diketahui serta menentukan soalan yang masih tidak
dijawab dengan memuaskan (Bybee, 2011).
• Soalan yang dimaksudkan adalah soalan saintifik dan ia boleh timbul
melalui pelbagai cara.
• Antaranya, didorong oleh rasa ingin tahu terhadap alam, diinspirasikan
oleh ramalan tentang model, teori atau dapatan penyiasatan lepas
ataupun dirangsang oleh keinginan untuk menyelesaikan masalah.
• Soalan saintifik adalah berbeza dengan soalan lain kerana jawapannya
adalah berdasarkan penjelasan yang disokong oleh bukti empirikal,
termasuk bukti yang dikumpulkan oleh orang lain atau melalui
penyiasatan (NGSS Lead States, 2013).
SAINS MERUPAKAN SUATU CARA UNTUK MENGETAHUI
(WAY OF KNOWING) YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH
ORANG RAMAI DAN TIDAK TERHAD KEPADA AHLI SAINS.

• Kanak-kanak secara semulajadi memiliki sifat ingin tahu tentang apa yang
mereka perhatikan dalam alam ini.
• Meskipun sebelum memasuki sekolah rendah, kanak-kanak bertanya soalan
sesama rakan dan kepada orang dewasa tentang perkara di sekeliling mereka.
• Kanak-kanak ini seumpama saintis, menerokai penjelasan terhadap soalan
mereka
• Mereka ingin tahu bagaimana burung terbang, mengapa pokok tumbuh
tinggi, sebab munculnya pelangi, dan mengapa ada bola yang tenggelam dan
ada pula bola yang terapung, serta lain-lain lagi.
• Keupayaan mengemukakan soalan adalah satu kemahiran yang boleh
dipelajari.
• Kemahiran ini penting untuk membangunkan tabiat minda saintifik.
• Walaupun seseorang itu bukan saintis mahupun jurutera, keupayaan untuk
mengemukakan soalan yang jelas merupakan satu komponen penting
dalam literasi sains, dan ini akan menjadikan mereka pengguna
pengetahuan sains yang kritis.
• Murid yang berada di mana-mana tahap persekolahan sepatutnya mampu
mengemukakan soalan tentang teks yang dibaca, ciri-ciri bagi fenomena
yang diperhatikan dan kesimpulan yang dibuat daripada model dan
penyiasatan saintifik mereka (National Research Council, 2012).
• Murid-murid juga perlu mengenali perbezaan antara soalan yang tidak
boleh disiasat (non-investigable question) dan soalan yang boleh
disiasat (investigable question).
• Jawapan bagi soalan yang tidak boleh disiasat boleh ditemui dalam
sumber seperti kamus atau melalui pencarian laman web. Manakala
soalan yang boleh disiasat adalah soalan yang boleh diuji untuk
menentukan jawapannya.
• Mengemukakan soalan juga akan membawa kepada penglibatan
amalan sains yang lain.
• Sebagai contoh:
• i) mengemukakan soalan mengenai data akan membawa kepada
amalan menganalisis dan menginterpretasi data dengan lebih lanjut.
• ii) seseorang murid mungkin mengemukakan soalan dan seterusnya
membawa kepada amalan merancang dan menjalankan penyiasatan
atau penambahbaikan suatu reka bentuk
MURID HARUS MEMPUNYAI RASA PEMILIKAN
(OWNERSHIP) DAN MEMAHAMI SOALAN ATAU
MASALAH YANG SEDANG DIKAJI.
• Untuk melibatkan murid secara bermakna dalam suatu penyiasatan
sains, mereka perlu memahami sepenuhnya soalan ataupun masalah
yang sedang dikaji.
• Satu cara adalah menyediakan peluang kepada murid untuk
mengambil bahagian semasa menentukan soalan atau masalah.
• Mereka perlu diberi masa untuk memahami isi pelajaran;
membincangkan soalan dan masalah yang mungkin, memikirkan apa
yang bakal disiasat dan cara pelaksanaannya (Pollen, 2009).
BAGAIMANAKAH ANDA MEMBANTU MURID
MENGEMUKAKAN SOALAN DALAM KELAS
ANDA SEKARANG?
• Peristiwa bercanggah (discrepent events) dan IBSE
• Peristiwa bercanggah yang mana hasilnya adalah di luar jangkaan atau
diragui.
• Salah satu cara efektif untuk menggunakan peristiwa bercanggah adalah
dengan bertanya kepada murid apakah yang akan berlaku sebelum
melakukan demonstrasi dan meminta murid menyatakan idea jawapan
yang munasabah tanpa memikirkan betul atau salah jawapannya.
• Setelah demonstrasi peristiwa bercanggah itu, biarkan murid berinteraksi
dengan bahan-bahan untuk menyiasat sebarang pemboleh ubah.
• Mereka diminta mencatat sebarang soalan yang timbul dan pemboleh
ubah yang boleh disiasat.
• Sekiranya tujuan anda adalah ingin membangunkan kemahiran
inkuiri murid (seperti mengemukakan soalan yang boleh
disiasat),tujuan itu perlu anda nyatakan secara eksplisit dan fokuskan
maklum balas anda pada kemahiran yang dihasratkan.
AMALAN SAINS YANG DIBERI FOKUS
• Mengemukakan soalan
• Salah satu amalan sains ialah mengemukakan soalan dan memurnikan
soalan yang membawa kepada penghuraian dan penjelasan tentang
kejadian sesuatu fenomena semulajadi dan yang boleh diuji secara
empirikal.
• Soalan kejuruteraan pula memperjelaskan masalah bagi menentukan
kriteria bagi penyelesaian yang berjaya dan mengenal pasti kekangan
yang dihadapi.
• Kedua-dua saintis dan jurutera turut mengemukakan soalan untuk
memperjelaskan idea.
• Saintis bertanya
• • Apakah yang wujud dan apakah yang berlaku?
• • Mengapakah ia berlaku?
• • Bagaimanakah seseorang itu mengetahui?
• Jurutera bertanya
• • Apakah yang boleh dilakukan untuk menangani sesuatu
keperluan atau kehendak manusia?
• • Bagaimanakah keperluan ini boleh dijadikan lebih spesifik?
• • Apakah peralatan dan teknologi yang sedia ada, atau boleh
dibangunkan untuk menangani keperluan ini?
RINGKASAN AKTIVITI

• Tujuan aktiviti Belon Ais dan Cartesian Diver adalah untuk melibatkan
peserta dalam amalan mengemukakan soalan.
• Penekanan itu BUKAN pada aktiviti tesebut, tetapi kepada perubahan
konseptual dan kefahaman tentang amalan sains tersebut.
• Aktiviti-aktiviti ini merupakan contoh peristiwa bercanggah
OBJEKTIF:
• Di akhir slot ini, peserta dapat:
• 1. Mengemukakan soalan dengan memerhati dan mengalami fenomena
tersebut.
• 2. Membentuk dan memurnikan soalan yang boleh dijawab secara emprikal
dalam kelas sains.
• 3. Membandingkan dan membezakan soalan yang boleh disiasat dengan
soalan yang tidak boleh disiasat.
• 4. Mengubah soalan yang tidak boleh disiasat kepada soalan yang boleh
disiasat.
AKTIVITI 1 : BELON AIS
• Penerokaan (Explore)
• Perhatikan, manipulasikan ais itu dan catatkan soalan anda
• Manipulasikan ais yang diletakkan di dalam dulang dengan
menggunakan radas yang disediakan
• Memerhati dengan teliti, dan jana/ kemukakan soalan secara individu
dahulu
• Anda perlu menghasilkan seberapa banyak soalan yang anda mampu
tentang apa yang anda perhatikan dan fikirkan.
PENERANGAN (EXPLAIN)

• b. Kongsikan soalan anda


• Setiap kumpulan mengkongsikan satu “soalan yang boleh disiasat
(I)” dan satu “soalan yang tidak boleh disiasat (NI)”.

• [Soalan yang boleh disiasat dapat disiasat dengan melakukan sesuatu


yang konkrit dengan alat dan bahan.]
PENGEMBANGAN (ELABORATE)
• C) Pembangunan kriteria
• Apakah yang menyebabkan anda beranggapan bahawa soalan itu boleh
disiasat?
• • Apakah ayat untuk soalan yang tidak boleh disiasat?
• • Apakah ayat untuk soalan yang boleh disiasat?
• d) Mengubah soalan (Turning question)
• Mari kita menjalankan satu “imbasan pemboleh ubah” terhadap soalan yang
tidak boleh disiasat.
• • Berdasarkan pembolehubah-pembolehubah, janakan soalan yang boleh
disiasat.
ALAT DAN BAHAN

• 1. 1 belon ais
• 2. 1 dulang cetek
• 3. 1 besen yang dalam
• 4. 1 kanta tangan
• 5. 1 termometer
• 6. 2 paku
• 7. Pewarna makanan (dua warna yang berbeza)
• 8. 1 sudu besar gula
• 9. 1 sudu besar garam
• 10. Bekalan air
CARA PENYEDIAAN BELON AIS
• 1. Isikan 1/3 belon itu dengan air.
• 2. Bekukan belon itu di dalam peti beku lebih kurang 24 jam (terpulang kepada
saiz belon ais anda).
• 3. Tanggalkan belon dan letakkan ais itu ke dalam dulang
• Untuk permulaan 10 minit, peserta akan dibekalkan dengan kanta tangan, paku
dan termometer.
• Cahaya lampu akan ditutup. Mereka boleh menggunakan lampu suluh daripada
telefon bimbit mereka.
• Dalam 10 minit seterusnya, lampu akan dinyalakan. Peserta akan dibekalkan
dengan pewarna makanan, gula, garam dan besen. Mereka boleh mengisi besen itu
dengan sedikit air.
CONTOH SOALAN BOLEH DISIASAT (I) &
TIDAK BOLEH DISIASAT (NI) ( AKTIVITI
BELON AIS ).
AKTIVITI 2: CARTESIAN DIVER
• Penerokaan (Explore)
• (a) Ramalkan dan manipulasikan susunan radas, perhatikan dan
catatkan soalan anda.
• Berdasarkan susunan radas, ramalkan apakah yang akan berlaku.
• (i) apabila botol itu diperah; (ii) apabila perahan itu dilepaskan.
• (b) Meneliti soalan
• telitikan kesemua soalan yang anda kemukakan.
• • Setuju dengan SATU soalan dan kongsikan kepada rakan lain.
• c. Mengelaskan soalan
• • Adakah itu soalan yang boleh disiasat?
• o Telitikan semua soalan anda.
• o Tentukan soalan yang anda rasa “boleh disiasat (I)” dan soalan
yang “tidak boleh disiasat (NI)”.
• Penerangan (Explain)
• d. Kongsikan soalan anda
• • Setiap kumpulan berkongsi satu “soalan yang boleh disiasat (I)”
dan satu “soalan yang tidak boleh disiasat (NI)”.
• • Adakah anda setuju dengan agihan tersebut? Mari kita
berbincang.
• Pengembangan (Elaborate)
• e. Pembangunan kriteria
• • Apakah yang menyebabkan anda beranggapan bahawa soalan itu boleh disiasat?
• • Apakah ayat untuk soalan yang tidak boleh disiasat?
• • Apakah ayat untuk soalan yang boleh disiasat?
• f. Mengubah soalan (Turning question)
• • Mari kita jalankan satu “imbasan pemboleh ubah” terhadap soalan yang tidak
boleh disiasat.
• • Berdasarkan pembolehubah-pembolehubah, janakan soalan yang boleh disiasat.
CARA PENYEDIAAN CARTESIAN DIVER

• Rujuk gambarajah di sebelah kanan untuk menyediakan Cartesian Diver.


• i. Dapatkan sebatang penyedut minuman seperti (a).
• Potongkan anggaran 3 cm daripada hujung yang bengkok.
• ii. Masukkan sebuah klip kertas segitiga untuk kekalkan bersama kedua-dua
hujung yang terbuka, seperti dalam (b).
• iii. Kepilkan satu lagi klip kertas segitiga kepada klip tadi, seperti dalam (c).
• Isikan air ke dalam sebuah botol air kosong sehingga 90% penuh.
• Masukkan Cartesian Diver itu ke dalam air dan tutup botol itu
• dengan ketat.
• 3. Untuk sesuatu pengalaman yang lebih mencabar, satu lagi
Cartesian Diver yang lain boleh disediakan dengan membuat satu
lubang kecil pada penyedut minuman itu. Masukkan Cartesian
Diver ini ke dalam botol yang sama dengan Cartesian Diver
sebelum ini.
KESIMPULAN
• Mengemukakan soalan yang dapat disiasat adalah penting bukan hanya untuk
dapat merumuskan dan mengenali pertanyaan seperti itu, tetapi, seperti
dalam semua kemahiran proses, pertanyaan semacam itu menyebabkan
pemahaman anak-anak akan hal-hal di sekitarnya.
• Pemahaman ini datang secara beransur-ansur dengan menyatukan idea dan
bukti, didorong pada awalnya oleh keinginan untuk mengetahui, dengan
pertanyaan. ….. Harlen W. & Elstgeest J. (1992)
TUGASAN
• Laksanakan Aktiviti : Cartesian Diver
• Rakamkan video/ mengambil gambar mana-mana proses yang
ingin dikongsikan pada 13 Ogos 2021(Slot Cikgu Albert : 8-9.30 )
• Pembentangan :
• Contoh soalan-soalan boleh disiasat dan tidak boleh disiasat
• Bagaimana menukarkan soalan tidak boleh disiasat kepada soalan
boleh disiasat dengan menggunakan kaedah “variable scan”
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai