Anda di halaman 1dari 11

Bertanya Soalan Seperti Saintis

Koay Suan See, Ng Mei Eng, Juriah Abu Bakar dan Cindy Wong Chyee Chen

Pengenalan

Semua inkuiri bermula dengan soalan.

Terdapat banyak kemahiran inkuiri sains yang penting seperti mengemukakan soalan, membuat
ramalan, merancang penyiasatan, menganalisis data dan menyokong pernyataan dengan bukti.
Salah satu kemahiran asas adalah ‘mengemukakan soalan’.

Sains bermula dengan soalan tentang sesuatu fenomena dan diikuti dengan usaha untuk membina
penjelasan mengapa fenomena itu berlaku. Salah satu amalan sains ialah keupayaan untuk
menjana soalan yang dapat dijawab secara empirikal berdasarkan apa yang telah diketahui serta
menentukan soalan yang masih tidak dijawab dengan memuaskan (Bybee, 2011).

Soalan yang dimaksudkan adalah soalan saintifik dan ia boleh timbul melalui pelbagai cara.
Antaranya, didorong oleh rasa ingin tahu terhadap alam, diinspirasikan oleh ramalan tentang
model, teori atau dapatan penyiasatan lepas ataupun dirangsang oleh keinginan untuk
menyelesaikan masalah. Soalan saintifik adalah berbeza dengan soalan lain kerana jawapannya
adalah berdasarkan penjelasan yang disokong oleh bukti empirikal, termasuk bukti yang
dikumpulkan oleh orang lain atau melalui penyiasatan (NGSS Lead States, 2013).

Sains merupakan suatu cara untuk mengetahui (way of knowing) yang boleh diamalkan oleh
orang ramai dan tidak terhad kepada ahli sains.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kanak-kanak secara semulajadi memiliki sifat ingin tahu
tentang apa yang mereka perhatikan dalam alam ini. Meskipun sebelum memasuki sekolah
rendah, kanak-kanak bertanya soalan sesama rakan dan kepada orang dewasa tentang perkara di
sekeliling mereka. Kanak-kanak ini seumpama saintis, menerokai penjelasan terhadap soalan
mereka. Mereka ingin tahu bagaimana burung terbang, mengapa pokok tumbuh tinggi, sebab
munculnya pelangi, dan mengapa ada bola yang tenggelam dan ada pula bola yang terapung,
serta lain-lain lagi.

Keupayaan mengemukakan soalan adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari. Kemahiran ini
penting untuk membangunkan tabiat minda saintifik. Walaupun seseorang itu bukan saintis
mahupun jurutera, keupayaan untuk mengemukakan soalan yang jelas merupakan satu
komponen penting dalam literasi sains, dan ini akan menjadikan mereka pengguna pengetahuan
sains yang kritis.

Murid yang berada di mana-mana tahap persekolahan sepatutnya mampu mengemukakan soalan
tentang teks yang dibaca, ciri-ciri bagi fenomena yang diperhatikan dan kesimpulan yang dibuat
daripada model dan penyiasatan saintifik mereka (National Research Council, 2012). Sekiranya
murid membangunkan amalan mengemukakan soalan, mereka boleh bertanya soalan dengan
lebih baik. Oleh itu, pengalaman mempelajari sains (dan kejuruteraan) sepatutnya
membangunkan kemahiran mengemukakan soalan dalam kalangan murid dan menggalakkan
mereka menjana soalan yang boleh disiasat secara empirikal. Murid-murid juga perlu mengenali
perbezaan antara soalan yang tidak boleh disiasat (non-investigable question) dan soalan yang
boleh disiasat (investigable question). Jawapan bagi soalan yang tidak boleh disiasat boleh
ditemui dalam sumber seperti kamus atau melalui pencarian laman web. Manakala soalan yang
boleh disiasat adalah soalan yang boleh diuji untuk menentukan jawapannya.

Mengemukakan soalan turut meliputi mengemukakan soalan mengenai data dan dakwaan (claim)
yang dibuat. Perlu disedari bahawa mengemukakan soalan juga akan membawa kepada
penglibatan amalan sains yang lain. Sebagai contoh, mengemukakan soalan mengenai data akan
membawa kepada amalan menganalisis dan menginterpretasi data dengan lebih lanjut. Contoh
lain, seseorang murid mungkin mengemukakan soalan dan seterusnya membawa kepada amalan
merancang dan menjalankan penyiasatan atau penambahbaikan suatu reka bentuk.

Murid harus mempunyai rasa pemilikan (ownership) dan memahami soalan atau masalah yang
sedang dikaji.

Untuk melibatkan murid secara bermakna dalam suatu penyiasatan sains, mereka perlu
memahami sepenuhnya soalan ataupun masalah yang sedang dikaji. Salah satu cara adalah
menyediakan peluang kepada murid untuk mengambil bahagian semasa menentukan soalan atau
masalah. Mereka perlu diberi masa untuk memahami isi pelajaran; membincangkan soalan dan
masalah yang mungkin, memikirkan apa yang bakal disiasat dan cara pelaksanaannya (Pollen,
2009).

Bagaimanakah anda membantu murid mengemukakan soalan dalam kelas anda sekarang?

Peristiwa bercanggah (discrepent events) dan IBSE

Suchman (1966), seorang peneraju awal dalam pembangunan strategi inkuiri dan program
berasaskan inkuiri, menyarankan agar strategi inkuiri merangkumi peristiwa bercanggah yang
mana hasilnya adalah di luar jangkaan atau diragui. Murid memerhatikan peristiwa bercanggah,
mengemukakan soalan, menguji pelbagai hipotesis dan bersoal-jawab melalui sesi debriefing.

Salah satu cara efektif untuk menggunakan peristiwa bercanggah adalah dengan bertanya kepada
murid apakah yang akan berlaku sebelum melakukan demonstrasi dan meminta murid
menyatakan idea jawapan yang munasabah tanpa memikirkan betul atau salah jawapannya.
Setelah demonstrasi perisitwa bercanggah itu, biarkan murid berinteraksi dengan bahan-bahan
untuk menyiasat sebarang pemboleh ubah. Mereka diminta mencatat sebarang soalan yang
timbul dan pemboleh ubah yang boleh disiasat. Sekiranya tujuan anda adalah ingin
membangunkan kemahiran inkuiri murid (seperti mengemukakan soalan yang boleh disiasat),
tujuan itu perlu anda nyatakan secara eksplisit dan fokuskan maklum balas anda pada kemahiran
yang dihasratkan.

Amalan sains yang diberi fokus

Mengemukakan soalan: Salah satu amalan sains ialah mengemukakan soalan dan memurnikan
soalan yang membawa kepada penghuraian dan penjelasan tentang kejadian sesuatu fenomena
semulajadi dan yang boleh diuji secara empirikal. Soalan kejuruteraan pula memperjelaskan
masalah bagi menentukan kriteria bagi penyelesaian yang berjaya dan mengenal pasti kekangan
yang dihadapi.

Kedua-dua saintis dan jurutera turut mengemukakan soalan untuk memperjelaskan idea.
Saintis bertanya
• Apakah yang wujud dan apakah yang berlaku?
• Mengapakah ia berlaku?
• Bagaimanakah seseorang itu mengetahui?

Jurutera bertanya
• Apakah yang boleh dilakukan untuk menangani sesuatu keperluan atau kehendak manusia?
• Bagaimanakah keperluan ini boleh dijadikan lebih spesifik?
• Apakah peralatan dan teknologi yang sedia ada, atau boleh dibangunkan untuk menangani
keperluan ini?

Kedua-dua saintis dan jurutera bertanya


• Bagaimanakah berkomunikasi tentang fenemona, bukti, penjelasan, dan penyelesaian reka
bentuk?

Ringkasan aktiviti

Tujuan aktiviti Belon Ais dan Cartesian Diver adalah untuk melibatkan peserta dalam amalan
mengemukakan soalan. Penekanan itu BUKAN pada aktiviti tesebut, tetapi kepada perubahan
konseptual dan kefahaman tentang amalan sains tersebut.

Peserta diberi peluang untuk mengemukakan soalan dengan memerhati dan mengalami
fenomena tersebut. Mereka mengemukakan soalan dan menulis soalan tersebut dalam buku nota
sendiri. Mereka turut diminta untuk membezakan soalan yang boleh disiasat dengan soalan yang
tidak boleh disiasat, serta mengubah soalan yang tidak boleh disiasat menjadi soalan yang boleh
disiasat jika perlu.

Aktiviti-aktiviti ini merupakan contoh peristiwa bercanggah. Sesuatu peristiwa bercanggah


sering melibatkan satu fenomena yang berlawanan dengan intuitif (counter-intuitive) dan
menjana percanggahan kognitif (cognitive dissonance). Terdapat pelbagai cara untuk membantu
peserta mengemukakan soalan sendiri berdasarkan fenomena yang diperhatikan. Peranan
seseorang fasilitator adalah menyediakan peluang kepada peserta untuk mengemukakan soalan.
Sekiranya peserta menggunakan buku nota sains, jurnal sains, atau peralatan catatan peribadi
yang lain, soalan yang dijanakan oleh peserta seharusnya dicatatkan ke dalamnya. Bukan sahaja
mengemukakan soalan, malah peserta patut digalakkan untuk menerokai jawapan terhadap
soalan mereka sendiri.

Objektif

Di akhir slot ini, peserta dapat:


1. Mengemukakan soalan dengan memerhati dan mengalami fenomena tersebut.
2. Membentuk dan memurnikan soalan yang boleh dijawab secara emprikal dalam kelas sains.
3. Membandingkan dan membezakan soalan yang boleh disiasat dengan soalan yang tidak
boleh disiasat.
4. Mengubah soalan yang tidak boleh disiasat kepada soalan yang boleh disiasat.

Alat dan bahan (untuk setiap kumpulan)

Aktiviti 1: Belon Ais


1. 1 belon ais
2. 1 dulang cetek
3. 1 besen yang dalam
4. 1 kanta tangan
5. 1 termometer
6. 2 paku
7. Pewarna makanan (dua warna yang berbeza)
8. 1 sudu besar gula
9. 1 sudu besar garam
10. Bekalan air

Aktiviti 2: Cartesian Diver


1. Satu Cartesian Diver
2. Satu botol yang mengandungi air (90% penuh)

Masa: 4 jam

Prosedur

Aktiviti 1 : Belon Ais

Penerokaan (Explore)

a. Perhatikan, manipulasikan ais itu dan catatkan soalan anda


• Manipulasikan ais yang diletakkan di dalam dulang dengan menggunakan radas yang
disediakan.
• Memerhati dengan teliti, dan jana/ kemukakan soalan secara individu dahulu sebelum
berbincang dalam kumpulan. Anda perlu menghasilkan seberapa banyak soalan yang
anda mampu tentang apa yang anda perhatikan dan fikirkan.
• Tuliskan semua soalan anda dengan menggunakan pen maker. Tuliskan satu soalan di
atas sekeping kertas A4.
• Catatkan soalan anda di dalam buku nota sains anda juga.

Penerangan (Explain)

b. Kongsikan soalan anda


• Setiap kumpulan mengkongsikan satu “soalan yang boleh disiasat (I)” dan satu “soalan
yang tidak boleh disiasat (NI)”.
• Adakah anda setuju dengan pengagihan itu? Mari berbincang.

Pengembangan (Elaborate)

c. Pembangunan kriteria
• Apakah yang menyebabkan anda beranggapan bahawa soalan itu boleh disiasat?
• Apakah ayat untuk soalan yang tidak boleh disiasat?
• Apakah ayat untuk soalan yang boleh disiasat?

d. Mengubah soalan (Turning question)


• Mari kita menjalankan satu “imbasan pemboleh ubah” terhadap soalan yang tidak boleh
disiasat.
• Berdasarkan pembolehubah-pembolehubah, janakan soalan yang boleh disiasat.

Aktiviti 2: Cartesian Diver

Penerokaan (Explore)

a. Ramalkan dan manipulasikan susunan radas, perhatikan dan catatkan soalan anda.
• Berdasarkan susunan radas, ramalkan apakah yang akan berlaku.
(i) apabila botol itu diperah; (ii) apabila perahan itu dilepaskan.
• Manipulasikan susunan radas tersebut.
• Memerhati dengan teliti, dan jana / kemukakan soalan secara individu dahulu sebelum
berbincang dalam kumpulan. Anda perlu menghasilkan seberapa banyak soalan yang
anda mampu tentang apa yang anda perhatikan dan fikirkan.
• Tuliskan semua soalan anda dengan menggunakan pen maker. Tuliskan satu soalan di
atas sekeping kertas A4.
• Catatkan soalan anda di dalam buku nota sains anda.
b. Meneliti soalan
• Ketepikan bahan-bahan itu.
• Di dalam kumpulan anda, telitikan kesemua soalan yang anda kemukakan.
• Setuju dengan SATU soalan dan kongsikan kepada rakan lain.

c. Mengelaskan soalan
• Adakah itu soalan yang boleh disiasat?
o Telitikan semua soalan anda.
o Tentukan soalan yang anda rasa “boleh disiasat (I)” dan soalan yang “tidak boleh
disiasat (NI)”.

Penerangan (Explain)

d. Kongsikan soalan anda


• Setiap kumpulan berkongsi satu “soalan yang boleh disiasat (I)” dan satu “soalan yang
tidak boleh disiasat (NI)”.
• Adakah anda setuju dengan agihan tersebut? Mari kita berbincang.

Pengembangan (Elaborate)

e. Pembangunan kriteria
• Apakah yang menyebabkan anda beranggapan bahawa soalan itu boleh disiasat?
• Apakah ayat untuk soalan yang tidak boleh disiasat?
• Apakah ayat untuk soalan yang boleh disiasat?

f. Mengubah soalan (Turning question)


• Mari kita jalankan satu “imbasan pemboleh ubah” terhadap soalan yang tidak boleh
disiasat.
• Berdasarkan pembolehubah-pembolehubah, janakan soalan yang boleh disiasat.

Penilaian dan refleksi

Pra aktiviti
1. Bagaimanakah anda membantu murid mengemukakan soalan dalam kelas anda?

Pasca aktiviti
1. Apakah kepercayaan anda tentang mengemukakan soalan dalam sains?
2. Bagaimanakah peristiwa bercanggah boleh digunakan untuk membantu murid
mengemukakan soalan dalam sains?
3. Apakah peristiwa bercanggah yang anda gunakan sekarang dan BAGAIMANAKAH anda
menggunakan?
4. Apakah strategi lain yang boleh digunakan untuk membantu murid mengemukakan soalan?
5. Melalui penggunaan buku nota sains dan murid mencatatkan soalan mereka di dalamnya,
amalan mengemukakan soalan dapat dipupuk. Apakah pandangan anda terhadap strategi ini?
6. Apakah pendapat anda tentang strategi ini dalam mempromosi pembelajaran sains dalam
kalangan murid?
“Using students’ questions and facilitating their search for explanations initiate
students into the processes of inquiry (Johnston, 1996).”
(Cadangan rujukan: Lampiran S4-1)

Lampiran

Lampiran S4-1: Enjoyment and satisfaction in finding out for themselves something that they
want to know

Panduan untuk fasilatator

Cadangan rujukan tambahan untuk fasilitator:


1. https://www.michiganseagrant.org/lessons/teacher-tools/guide-to-writing-an-inquiry-based-
question/
2. https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/03057260701828101

Aktiviti 1: Belon Ais

Cara Penyediaan Belon Ais


1. Isikan 1/3 belon itu dengan air.
2. Bekukan belon itu di dalam peti beku lebih kurang 24 jam (terpulang kepada saiz belon ais
anda).
3. Tanggalkan belon dan letakkan ais itu ke dalam dulang sebelum serahkannya kepada peserta.

Nota untuk Fasa Penglibatan, Aktiviti (a)


Untuk permulaan 10 minit, peserta akan dibekalkan dengan kanta tangan, paku dan termometer.
Cahaya lampu akan ditutup. Mereka boleh menggunakan lampu suluh daripada telefon bimbit
mereka.

Dalam 10 minit seterusnya, lampu akan dinyalakan. Peserta akan dibekalkan dengan pewarna
makanan, gula, garam dan besen. Mereka boleh mengisi besen itu dengan sedikit air.

Cadangan rujukan untuk fasilatator berkenaan aktiviti belon ais.


1. https://www.scholastic.com/teachers/blog-posts/alycia-zimmerman/asking-questions-
scientist-ice-balloon-exploration/
2. https://www.exploratorium.edu/sites/default/files/pdfs/ifi/Raising_Questions.pdf
Aktiviti 2: Cartesian Diver

Cara Penyediaan Cartesian Diver

1. Rujuk gambarajah di sebelah kanan untuk menyediakan (a) (b) (c)


Cartesian Diver.
i. Dapatkan sebatang penyedut minuman seperti (a).
Potongkan anggaran 3 cm daripada hujung yang bengkok.
ii. Masukkan sebuah klip kertas segitiga untuk kekalkan
bersama kedua-dua hujung yang terbuka, seperti dalam (b).
iii. Kepilkan satu lagi klip kertas segitiga kepada klip tadi,
seperti dalam (c).

2. Isikan air ke dalam sebuah botol air kosong sehingga 90% penuh.
Masukkan Cartesian Diver itu ke dalam air dan tutup botol itu
dengan ketat.

3. Untuk sesuatu pengalaman yang lebih mencabar, satu lagi


Cartesian Diver yang lain boleh disediakan dengan membuat satu
lubang kecil pada penyedut minuman itu. Masukkan Cartesian Diver
ini ke dalam botol yang sama dengan Cartesian Diver sebelum ini.

Cadangan rujukan untuk fasilitator berkenaan aktiviti Cartesian Diver.


1. https://www.bemidjistate.edu/academics/departments/science/k12-science-units/cartesisan-
diver.pdf
2. https://educ.queensu.ca/sites/webpublish.queensu.ca.educwww/files/files/Community/COC/
Widgets/Grade%208%20Cartesian%20Diver%20Teacher%20Handout.pdf

Rujukan

Bybee, R. W. (2011). Scientific and engineering practices in K-12 classrooms: Understanding “A


Framework for K-12 Science Education.” Science Teacher, 78(9), 34–40.
Harlen, W. (2012). Inquiry in science education. Dimuat turun dari https://www.fondation-
lamap.org/sites/default/files/upload/media/minisites/action_internationale/inquiry_in_scienc
e_education.pdf
Johnston, J. (1996). Early explorations in science. Philadelphia: Open University Press.
National Research Council. (2012). A framework for K-12 science education: Practices,
crosscutting concepts, and core ideas. Washington, DC: The National Academies Press.
NGSS Lead States (2013). Next Generation Science Standards: For States, By States.
Washington, DC: The National Academies Press.
Pollen (2009). Designing and implementing inquiry-based science units for primary education.
Montrouge: La main à la pâte.
Suchman, R. J. (1966). Developing inquiry: Inquiry development program. Chicago: Science
Research Associates.
Lampiran S4-1

Enjoyment and satisfaction in finding out for themselves something that they want to know.

Keseronokan merupakan satu motivasi yang kuat untuk melakukan apa-apa sahaja termasuk
mempelajari sains. Untuk memberikan pengalaman autentik kepada murid, murid perlu
mendefinisi soalan atau masalah secara sendiri, yang mana mereka tidak mengetahui
jawapannya dan ingin mencari jawapannya. Kerja amali di makmal sekolah atau bilik darjah
sering menitikberatkan soalan yang dikemukakan oleh guru dan tidak menarik minat murid.
Ini disebabkan jawapan bagi soalan itu agak ketara (sebagai contoh, murid mungkin telah
mengetahui bahawa kereta yang bergerak dari kecerunan yang lebih tinggi akan bergerak lebih
jauh berbanding dengan kereta yang bermula dari kecerunan yang lebih rendah), atau jawapan
yang dikehendaki di luar konteks murid dan tidak dapat merangsang murid mengemukakan
soalan mereka sendiri (mengapakah murid perlu mengambil tahu faktor yang mempengaruhi
ayunan bandul?). Kotak 2 menggambarkan bagaimana pendekatan yang berlainan boleh
mempengaruhi sejauh mana murid mengambil pemilikan (ownership) terhadap soalan.

Kotak 2

Bayangkan seorang guru sedang memperkenalkan unit tentang pengukuran masa. Salah satu
radas pengukuran masa yang sedang disiasat oleh murid ialah jam pasir. Murid-murid
dicabar untuk berfikir tentang bagaimana jam pasir dibina dan apakah faktor (pemboleh
ubah) yang penting dalam mengawal masa yang diambil oleh pasir melalui liang kecil. Hasil
pembelajaran kedua adalah murid menyedari bahawa mereka hanya boleh memperoleh
keputusan yang sahih sekiranya mereka memanipulasikan satu faktor (pemboleh ubah)
dalam satu masa (dan memalarkan pemboleh ubah yang lain). Cara guru menyediakan
proses penyiasatan itu boleh mempengaruhi rasa pemilikan (sense of ownership) dan
kefahaman murid.

a) Seseorang guru mungkin menunjukkan sebuah jam pasir kepada murid dan menyatakan
faktor yang mempengaruhi masa yang diambil oleh pasir untuk melalui liang kecil.
Kemudian guru turut memberitahu murid tentang langkah-langkah untuk menjalankan
eksperimen dan murid sendiri perlu melihat keputusannya. Cara ini adalah sama seperti
pengajaran jenis kuliah traditional, di mana guru memberi keputusan. Ini adalah sangat
berbeza dengan pengajaran berasaskan inkuiri.

b) Seorang guru yang lain mungkin mengarahkan murid untuk memerhati, melukis dan
menerangkan sebuah jam pasir yang terletak di atas meja, bertanya kepada mereka
apakah faktor yang mempengaruhi masa yang diambil oleh pasir untuk melalui liang
kecil, dan diikuti dengan perbincangan tentang penyiasatan yang akan dijalankan oleh
mereka. Soalan ini mungkin membawa makna kepada sebahagian murid, tetapi
mungkin tidak kepada mereka yang kurang berpengalaman dengan jam pasir.
c) Manakala seorang guru lain menyediakan tiga buah jam pasir, salah satu jam pasir
mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan yang lain untuk melalui liang
kecil. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk memerhati, melukis dan
menerangkan ketiga-tiga jam pasir yang terletak di hadapan mereka. Murid dikehendaki
membuat pemerhatian terhadap setiap jam pasir, Murid akan mendapati bahawa pasir
tidak habis melalui liang kecil pada masa yang serentak. Ramai yang akan berasa hairan
dan tertanya-tanya kenapa ini berlaku. Ini merupakan satu contoh setting (atau
rangsangan) untuk sesuatu penyiasatan di mana murid akan lebih mengambil pemilikan
terhadap masalah itu.

Sumber: Harlen, W. (2012). Inquiry in science education.

Anda mungkin juga menyukai