Anda di halaman 1dari 71

MASALAH KAJIAN,

MATLAMAT, OBJEKTIF,
SOALAN KAJIAN/HIPOTESIS,
PEMBOLEHUBAH DAN
DEFINISI
One of the most
challenging aspects of
conducting research is to
clearly identify the
problem that leads to a
need for your study
(Creswell, 2005)
What Is a Research Problem?
A research problem is an
educational issue or concern
that an investigator presents
and justifies in a research
study.
Pernyataan masalah yang
berkesan menjelaskan apa
yang hendak dikaji,
bagaimana dan setakat mana
hendak dikaji, dan berbentuk
operasi.
Research Problem
Sumber Masalah

1. Pengalaman (Experience)
Tekal dengan badan pengetahuan
Meningkatkan motivasi penyelidik
2. Karya berkaitan
Karya mengemukakan kajian lanjut
yang perlu dilakukan bagi
memantapkan penjelasan
Mantap dengan rangkaian teori
sesuatu bidang
Sumber Masalah
3. Teori (Contohnya menjelaskan sesuatu fenomena)
Bolehkah anda membuat rumusan dan
mengintegrasikan beberapa kajian yang lepas
ke dalam teori?
Adakah terdapat ramalan teoritikal yang
memerlukan pengujian yang empirikal?
Adakah anda mempunyai beberapa teori yang
anda percaya mempunyai merit? Uji mereka!
Sekiranya terdapat sedikit atau tiada teori
langsung dalam bidang yang diminati, fikirkan
tentang membuat pengumpulan data untuk
membantu anda mewujudkan teori dengan
menggunakan teknik grounded theory.


Sumber Masalah
4. Kehidupan seharian (common sense)
Idea penyelidikan yang biasa. Berdasarkan
penyoalan dan perasaan ingin tahu serta
pengalaman.Contohnya: fikirkan bagaimana teknik
atau amalan dalam pendidikan yang kita percayai
akan dapat memperbaiki lagi amalan dalam
pendidikan. Adakah anda ingin membuat
penyelidikan mengenai salah satu daripada teknik
atau amalan tersebut?
5. Isu yang praktikal
Apakah isu semasa dalam pendidikan?
(pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, mata
pelajaran, guru, murid, ibu bapa) Apakah tajuk
penyelidikan yang kita rasa berkaitan dengan isu
tersebut?
Sumber Masalah
Kajian yang lepas (previous research)
sumber yang sangat penting sebab bidang
penyelidikan pendidikan telah dilakukan secara
meluas dalam pelbagai topik dan hasil
penyelidikan ini telah menimbulkan pelbagai
persoalan berbanding jawapan. Oleh itu kita perlu
membuat penyelidikan lanjutan daripada
persoalan yang wujud. Sorotan literatur yang
terdapat dalam kajian lepas juga dapat membantu
kita memperkembangkan lagi idea dan membuat
rujukan yang lebih mendalam. Penggunaan
penyelidikan lepas dapat membantu pelajar untuk
mempelajari dan menyemak semula kaedah dan
pemboleh ubah yang telah digunakan oleh
penyelidik terdahulu.
Sumber Masalah

7. Pengulangan (Replication)
Anda boleh memilih untuk mengulangi
semula sesuatu penyelidikan yang telah
dilakukan oleh penyelidik terdahulu
disebabkan oleh anda berfikir dapatan
kajian tersebut mempunyai kepentingan
yang signifikan dan anda ingin
mengesahkannya (verify).

Menentukan Sama Ada Masalah Boleh
Diselidiki
Bolehkah anda mengkaji masalah tersebut?
Adakah anda dapat memasuki tempat
penyelidikan?
Adakah anda mempunyai masa, sumber dan
kemahiran untuk menjalankan penyelidikan?
Perlukah anda mengkaji masalah tersebut?
Adakah dapat menambahkan ilmu
pengetahuan ?
Adakah dapat menyumbang kepada amalan?
Adakah kajian anda bersesuaian dengan sorotan
literatur yang ada?
Adakah kajian anda mengulangi kajian lepas tetapi
menggunakan sasaran dan lokasi kajian yang
berbeza?
Adakah kajian anda boleh memperkembangkan
lagi kajian lepas atau mengkaji tajuk tersebut
dengan lebih mendalam?
Adakah kajian anda memberikan peluang, ruang
dan suara kepada mereka yang tidak dihiraukan
dalam masyarakat.?
Adakah kajian ada berkaitan dengan amalan anda?
Sambungan
1. Sesuai untuk diselidiki; aspek peribadi,
minat, kepakaran dan kemampuan.
2. Boleh dilakukan secara saintifik;
cerapan dan bukti empirik.
3. Meningkatkan pengetahuan sejagat.
4. Menambah dan memantapkan teori
(badan pengetahuan yang sedia ada).
Kriteria Penilaian Kepentingan
Masalah
Bolehkah anda mengkaji masalah itu?
Bolehkah anda sampai ke lokasi
berkenaan?
Masa, sumber dan kemahiran mencukupi?
Perlukah anda mengkaji masalah itu?
Bolehkah ia menambahkan atau
memperkayakan ilmu?
Bolehkah ia memperbaiki kepada amalan?

Kriteria Penilaian Kepentingan
Masalah
Adakah kajian anda mengulangi kajian lain
tetapi mengkaji populasi dan lokasi lain?
Adakah kajian anda adalah merupakan
perkembangan kajian lepas atau mengkaji
tajuk itu dengan lebih mendalam?
Adakah kajian anda memberi peluang
kepada mereka yang terpinggir dalam
masyarakat bagi menyuarakan pendapat
mereka?

Kriteria Penilaian Kepentingan
Masalah
Sesuai untuk diselidiki; aspek peribadi,
minat, kepakaran dan kemampuan.
Boleh dilakukan secara saintifik; cerapan
dan bukti empirik.
Meningkatkan pengetahuan sejagat.
Menambah dan memantapkan teori (badan
pengetahuan yang sedia ada).
Kriteria Penilaian Kepentingan
Masalah
Pernyataan Masalah
(Statement of the Problem)
Pernyataan masalah yang berkesan
menjelaskan apa yang hendak dikaji,
bagaimana dan setakat mana hendak
dikaji, dan berbentuk operasi
Pernyataan Masalah
Research problems tend to emphasizes the
need to explain, predict, or describe something
The research problem is the educational issue
or problem within your broad topic area
Pernyataan masalah merupakan rumusan
masalah utama kajian.
Mengandungi pembolehubah dan
hubungan pembolehubah yang dikaji.
Pernyataan masalah yang baik:
Dinyatakan dengan tepat dan jelas.
Menyatakan hubungan yang jelas antara
pembolehubah yang dikaji.
Setiap pembolehubah yang dikaji boleh
diuji.
Pernyataan Masalah
5 Unsur Dalam Pernyataan Masalah
Tajuk Bukti
kepada Isu


Kekurangan
dalam bukti


Apakah
penyelesaian
Terhadap
Kekurangan
Atau
kelemahan
ALIRAN IDEA
Bidang
yg
diminati
Isu
Pendidikan
Keprihatinan
Masalah
Sesuatu
yang
Memerlukan
penyelesaian
Bukti
daripada
literatur
Bukti
daripada
pengalaman
Dalam bukti ini
apakah yang
kurang
Ingin tahu
lebih lanjut?

Bagaimana mahu
mengemukakan apa
yang diperlukan
untuk membantu :
penyelidik
pendidik
pembuat polisi
individu seperti
yang dikaji
Isu etika
di
sekolah
Keganasan
terhadap
pelajar junior
Jurang dalam
literatur
Laporan
tentang
keganasan
Penjelasana
mengenai ciri-
ciri keganasan
Menilai keganasan
Membantu membentuk etika yang baik
Membantu murid memahami isu etika
Bahagian Pernyataan Masalah
Mengandungi;
1. Tajuk
2. Permasalahan kajian
3. Justifikasi tentang kepentingan masalah
tersebut seperti yang ditemui dalam
sorotan literatur dan dalam amalan
4. Kekurangan/kelemahan dalam
pengetahuan/amalan sedia ada terhadap
masalah
5. Pembaca yang akan mendapat faedah
daripada hasil kajian kelak
MATLAMAT PENYELIDIKAN
(PURPOSE STATEMENT)
Matlamat penyelidikan ialah:

Tujuan umum yang hendak
dicapai bagi menyelesaikan
masalah.
Mengapa Matlamat
Penyelidikan Penting
Membantu mengenal pasti reka
bentuk yang sesuai
Membantu menghubungkaitkan
tujuan penyelidikan dengan
keputusan
Unsur-Unsur Dalam Pernyataan
Matlamat Penyelidikan Kuantitatif
Memperkenalkan pembolehubah, hubungan
antara pembolehubah, peserta kajian dan lokasi
kajian
Panduan untuk penulisan
Gunakan ayat tunggal
Gunakan ayat seperti ..Tujuan penyelidikan ini
adalah untuk..
Jika menggunakan teori, nyatakan teori yang
akan di uji
Gunakan ayat kuantitatif seperti hubungan,
perbandingan bagi menerangkan hubungan
antara pembolehubah
Contoh Matlamat
Penyelidikan Kuantitatif
Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji hubungan antara
penggunaan komunikasi melalui
Internet antara guru dan ibu bapa di
sekolah Daerah Hulu Langat dan
pencapaian murid dalam ujian bagi
mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan.
OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Objektif memandu reka bentuk, kaedah,
cerapan, analisis dan tafsiran
penyelidikan. Oleh itu, ia perlu
dinyatakan dengan jelas dan berbentuk
tingkah laku. Cara menyatakan objektif
ialah dengan menentukan perlakuan
atau domain yang ingin dicapai.


Kenyataan yang digunakan dalam penyelidikan
bagi membawa maksud apa yang ingin dicapai
oleh penyelidik.
Anda boleh mengenal pasti objektif dengan melihat
kepada frasa ayat seperti objektif penyelidikan ini
ialah
Contoh berikut mewakili objektif penyelidikan..
Untuk menghuraikan kekerapan komunikasi
melalui internet antara ibu bapa dan guru
Untuk menghuraikan jenis atau kategori
komunikasi melalui internet antara ibu bapa dan
guru.
Untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran
abakus dan mental arithmetik dalam kalangan
peserta kursus.

Objektif dibentuk setelah masalah
dikenal pasti.
Objektif mesti jelas untuk menunjukkan
apa yang hendak dicapai, juga
memandu penyelidik tentang apa,
bagaimana dan bila data dicerap.
S M A R T
SpecificMeasurableAchievableRealisticTime-frame
Penyelidik kerap mengkategorikan objektif
kepada dua jenis iaitu:
1. Objektif umum: membayangkan maksud
menyelesaikan masalah yang telah
dibentangkan dalam pernyataan masalah.
Contoh: mengkaji kesan-kesan
pendekatan konstruktivisme dalam
pengajaran Sains.
2. Objektif khusus:
Contoh:mengkaji kesan pendekatan
konstruktivisme terhadap pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Sains.
Contoh-Contoh Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan ini ialah untuk:
1. Mengenal pasti tahap keupayaan pedagogi
kandungan guru pelatih.
2. Mengenal pasti perbezaan tahap
keupayaan pedagogi kandungan guru
pelatih mengikut jantina.
3. Mengenal pasti perbezaan tahap
keupayaan pedagogi kandungan guru
pelatih mengikut program pengajian.

Contoh-Contoh Objektif Penyelidikan
1. Mengenalpasti tahap pencapaian akademik
pelajar-pelajar tahun 3 dari teras disiplin
yang berbeza iaitu Sains, Kejuruteraan dan
Sains Sosial di Universiti Teknologi Malaysia
2. Mengukur tahap motivasi pelajar terhadap
pembelajaran bahasa Inggeris
3. Menentukan sejauhmana pembelajaran
secara koperatif dapat meningkatkan
pencapaian kemahiran menulis pelajar
dalam bahasa Arab Tinggi
Objektif penyelidikan ini ialah untuk:
1. Menjelaskan jenis komunikasi Internet
yang berlaku antara ibubapa dan guru.
2. Menghubungkaitkan kekerapan dan
jenis komunikasi internet dengan
pencapaian murid dalam kelas melalui
pengukuran ujian.
Contoh-Contoh
Objektif Penyelidikan
Mengenalpasti
Mengelas
Mengukur
Merekod
Mengumpul
Menyusun
Memerhati
Menjelas
Membina
Menyedia
Mencadang
Menganalisis
Membuktikan
Membezakan
Membandingkan
Mengubahsuai
Mengolah
Menyatakan
Mengunjurkan
Menghubungkan
Mengolah
semula
Mensintesis
Membincang
Meramal
Merumus
Menjumpai
Mempertahan
kan
Memanipulasi
Merajah
Menyalin
Menyebut
Melukis
Mempercayai
Menilai
Menyedarkan
Mengetahui
Memahami
Mendefinisi
Memberitahu
Menyenaraikan
Menerang
Melabel
Meniru
Kata Kerja Objektif
Pembolehubah Kajian
(Research Variables)
Pembolehubah Kajian Berkaitan
Pembolehubah merupakan satu ciri atau
atribut yang dianggap sebagai mewakili satu
konsep/gagasan yang mempunyai nilai yang
berubah-ubah dari satu individu ke individu
yang lain.
Juga merupakan penterjemahan konsep
yang terdiri daripada beberapa aspek yang
boleh diukur apabila konsep telah diberi
definisi operasional.
Apakah Pembolehubah?
Pembolehubah
(Ciri atau Sifat)
mungkin
dan
Boleh diukur
( boleh dinilai dan direkod
dalam instrumen )
Berubah-ubah
( boleh berbeza nilai
atau skor untuk
individu berbeza
Contoh Pemboleh Ubah dan Bukan
Pemboleh Ubah

Pemboleh
Ubah

Gaya
Kepimpinan
Kawalan
organisasi
Autisme

Boleh diukur
tetapi agak
sukar

Sosialisasi
Imaginasi
Keinginan
Diskriminasi

Hampir
mustahil
untuk diukur

Pemikiran
Subconscious
Kemiskinan
Dunia


Jenis
Pemboleh Ubah

Boleh berdiri sendiri tanpa
memerlukan pemboleh ubah lain,
meskipun ianya saling berkait
Akan mengubah nilai dalam
pemboleh ubah bersandar

Contoh: kaedah pengajaran mengubah
markah ujian mata pelajaran

Pembolehubah Bebas

Pemboleh ubah yang terdiri daripada
tingkah laku subjek yang bergantung
kepada pemboleh bebas.
Menerima pengaruh/kesan/rentetan
daripada pemboleh ubah bebas
Merupakan kesan/kesan/rentetan
pemboleh bebas yang dicerap
Contoh: mencerap kesan kecerdasan
(pemboleh ubah bebas) terhadap
kebolehan membaca (pemboleh ubah
bersandar)
Pemboleh Ubah Bersandar
Pembolehubah Perantaraan
(Intervening Variables)
Pemboleh ubah perantara : Atribut atau
ciri-ciri yang berada antara (stands
between) pemboleh ubah bersandar dan
pemboleh ubah bebas

Masuk campur atau mengganggu
pemboleh ubah lain
Contoh Pemboleh Ubah Perantara
Independent
Variable
Pemboleh
Ubah Bebas
P/U Perantara
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Pemboleh Ubah
Bersandar
P/U
Bersandar
Contoh
Masa pejabat yang selesa
untuk pelajar berurusan
Pelajar mendapatkan
bantuan daripada
pejabat di fakulti
Contoh
Contoh
P/U Bebas
P/U Bebas P/U Perantara
Pelajar mula
mengambil risiko
Masa pejabat yang selesa
untuk pelajar berurusan
Masa pejabat yang selesa
untuk pelajar berurusan
Pelajar mula
mengambil risiko
Pelajar mendapatkan
bantuan daripada
pejabat di fakulti
Juga dikenali sebagai Spurious variables
Pembolehubah yang tak dapat dikawal dan mempengaruhi
prestasi pembolehubah bersandar, lalu mempengaruhi
kesahan eksperimen
Pembolehubah yang tidak dikaji namun kehadirannya
mungkin mendatangkan kesan kepada sama ada
pembolehubah bebas atau pembolehubah bersandar, atau
kedua-dua sekali.
Kesan ini perlu dikawal supaya tidak disalah ertikan
Mempunyai kaitan dengan ancaman kesahan luar dan
kesahan dalaman
Contoh: Sikap terhadap sekolah adalah ditentukan oleh
bangsa, tetapi ciri-ciri diskriminasi juga wujud terhadap
bangsa. Penyelidik hanya dapat mengukur bangsa.

Pembolehubah Ekstranous (Ancaman/Threats)
(Confounding Variables)
HIPOTESIS PENYELIDIKAN
Hipotesis adalah saranan sementera bagi
menjelaskan fenomena yang
dikaji/menyelesaikan masalah
Membolehkan penyelidik mengaitkan teori
dengan cerapan
Memberi jangkaan mengenai hubungan
antara pemboleh ubah-pemboleh ubah
Dibentuk sebelum pengumpulan data bagi
memberi panduan pengumpulan dan
pentakbiran
Bukti dari cerapan akan menentukan sama
ada sesuatu hipotesis perlu diterima atau
diketepikan

Tujuan Hipotesis Kajian
1. Memberi jangkaan/ramalan sementara tentang
fenomena: menghubungkan fenomena dan
penyelesaian masalah dengan badan
pengetahuan berdasarkan fakta yang diperolehi.
2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji
secara langsung.
3. Memberi panduan penyelidikan: sebagai wakil
objektif, hipotesis menentukan apakah masalah
dan bagaimana mengumpul (kaedah kajian),
menganalisis & mentakbir data dan menentukan
asas pemilihan sampel
4. Memberi kerangka laporan dapatan dan
kesimpulan
Ciri-ciri Hipotesis
1. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat
Contoh: Prestasi penguasaan matematik dalam
kalangan pelajar perempuan lebih tinggi
berbanding dengan pelajar lelaki
2. Mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh
ubah (Boleh diuji: diukur dan dicerap)
3. Harus bersifat khusus dan tidak boleh bersifat
umum (khusus untuk perkara yang ingin diukur).
Oleh itu objektif khusus boleh dijadikan panduan
dan secara tidak langsung memudahkan proses
mengenal pasti hubungan /perkaitan/perbezaan
antara pemboleh ubah.
3. Mesti tekal dengan pengetahuan yang
sedia ada/teori, dan tidak bertentangan
dengan teori dan hukum yang ada.
4.Mempunyai kuasa penjelasan: logik &
tepat, dan jelas, rasional
Contoh: Pendekatan konstruktivisme
dapat meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sains.
5.Mesti boleh diuji pengujian hipotesis
membolehkan kepastian dibuat sama ada
bukti yang ada menyokong ataupun tidak
hipotesis yang bersifat sementara.

JENIS HIPOTESIS
Hipotesis Nol
Hipotesis Alternatif
Berarah Tidak berarah
Hipotesis nol (H
o
)
Hipotesis nol
Tiada perubahan dalam pemboleh ubah
bersandar
Contoh:
H
o
: Tiada perbezaan signifikan markah
ujian antara pelajar lelaki dan
perempuan bagi ujian pencapaian
matematik
Hipotesis alternatif (H
a
)
Hipotesis alternatif berarah
Menjelaskan arah perubahan pemboleh ubah
yang diramal oleh penyelidik
Hipotesis berarah lebih bernas kerana
menunjukkan arah tindakan yang perlu dilakukan
sekiranya bukti empirik menunjukkan hipotesis
berkeadaan benar.
H
a
: Pelajar perempuan memperolehi pencapaian
dalam ujian matematik lebih tinggi
berbanding pelajar lelaki
Hipotesis alternatif tidak berarah
Tidak menyatakan arah perubahan dalam
pemboleh ubah bersandar
Tidak menunjukkan arah fenomena
H
a
: Prestasi penguasaan matematik dalam
kalangan pelajar perempuan berbeza
dengan pelajar lelaki
H
a
: Terdapat perbezaan dalam markah
pencapaian ujiam matematik antara
pelajar lelaki dan perempuan
Hipotesis alternatif (H
a
)
H
o
: Tidak terdapat perbezaan signifikan prestasi BI
antara pelajar bandar dan luar bandar

H
a
: Pelajar bandar menunjukkan prestasi BI lebih
tinggi berbanding pelajar luar bandar

Jika terbukti prestasi BI di bandar lebih tinggi
berbanding dengan di luar bandar, maka tindakan
seterusnya ialah menggubal program yang sesuai
bagi meningkatkan prestasi BI di kalangan pelajar
luar bandar, dan mendorong penumpuan
penggunaan sumber pendidikan dengan
maksimum.
Kelebihan hipotesis alternatif berarah
Memandangkan hipotesis berarah sangat
berkesan, pengkaji perlu mendapatkan
sokongan literatur sebelum membuat
keputusan mengemukakan hipotesis
berarah.
Tanpa sokongan teori hipotesis berarah
mungkin kurang bernas dan kurang
berwibawa, dan seterusnya menghasilkan
teori yang berasingan yang akan
merosakkan badan pengetahuan sesuatu
disiplin ilmu.
Membentuk Hipotesis
1. Secara induktif (aruhan)
Buat aruhan dari cerapan atas kumpulan kecil
dan berasaskan cerapan itu, buat tafsiran dan
gunakannya sebagai generalisasi atau
kenyataan umum. Misalnya, dari cerapan
didapati markah BI pelajar di sebuah sekolah
berbeza-beza, maka dihipotesiskan bahawa
terdapat hubungan antara taraf sosio-ekonomi
penjaga dengan pencapaian Bahasa Inggeris.
Sesuai untuk ahli Sains Sosial dan pendidikan
yang sering cerap tingkah laku sosial.

2. Secara deduksi
Dibentuk berasaskan teori sesuatu bidang
penyelidikan.kepada cerapan.
Contoh: daripada kajian literatur tentang
teori pendidikan didapati pembelajaran
berpusatkan pelajar lebih berkesan dalam
menggarap kemahiran berfikir berbanding
dengan pembelajaran berpusatkan guru.
Pengesahan hanya boleh dilakukan setelah
kajian dibuat ke atas data empirik. Jika data
sokong hipotesis, dapatan boleh
digabungkan dengan teori, oleh itu hipotesis
lebih berfungsi sebagai pelengkap teori.

Tahap Hipotesis
Sesetengah penyelidik hanya menggunakan
istilah hipotesis penyelidikan bagi penyelidikan
mereka. Hipotesis ini tidak melibatkan hipotesis
nol dan hipotesis alternatif

Hipotesis penyelidikan tentang sesuatu
fenomena biasanya dinyatakan dalam bentuk
yang pincang/bias, namum boleh juga
dinyatakan dalam bentuk tidak pincang.

Contoh:
Prestasi penguasaan matematik dalam kalangan
pelajar perempuan lebih tinggi berbanding
pelajar lelaki
Prestasi penguasaan matematik antara pelajar
lelaki dan perempuan adalah tidak sama


Pernyataan hipotesis yang melibatkan
hipotesis nol dan alternatif adalah dikenali
sebagai Hipotesis Operasi

Hipotesis nol (H
o
) adalah dinyatakan dalam
bentuk yang tidak pincang seperti tiada
perbezaan, tiada hubungan, tiada
perkaitan antara pemboleh ubah yang
dikaji

H
o
biasanya akan diketepikan atau ditolak
selepas pengujian hipotesis dijalankan ke
atas data jika hipotesis itu bernas

Hipotesis alternatif (H
a
) dinyatakan dalam bentuk
yang pincang dan dijangka diterima oleh penyelidik
pada akhir analisis.
H
a
dinyatakan dalam bentuk positif iaitu bertentangan
dengan H
o
, kerana H
a
menunjukkan jangkaan
dapatan penyelidikan

Contoh:
H
a:
: Pelajar perempuan memperolehi pencapaian
lebih tinggi dalam ujian matematik
berbanding pelajar lelaki
H
a
dibina serentak dengan H
o
dengan tujuan
diterima sekiranya H
o
diketepikan.

SOALAN KAJIAN
(RESEARCH QUESTION)
Soalan Kajian
Dibentuk daripada objektif kajian
Soalan kajian digunakan apabila penyelidik
tidak mempunyai sokongan teori yang kukuh,
maka lebih sesuai untuk mengemukakan
soalan daripada hipotesis kajian.
Contoh:
Apakah tahap pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sains?
Adakah terdapat hubungan antara tahap
pencapaian pelajar dengan faktor jantina?
DEFINISI KONSTITUTIF DAN
OPERASIONAL
Definisi Konstitutif & Operasi Gagasan
Penyelidik
Gagasan: konsep-konsep yang abstrak
Contoh: motivasi, konsep kendiri, kreativiti dll.
Dikenali sebagai gagasan kerana dibina
sebagai label yang cuba menjelaskan secara
ringkas banyak tingkah laku yang berkait.
Contoh: kecerdasan: semua tingkah laku dan
kemahiran yang dipercayai menggambarkan
kecerdasan yang mungkin dikonsepsikan dan
dirujuk sebagai kecerdasan.

- Jadi konsep merupakan pengikat bagi
beberapa gagasan (Contoh: penguasaan BI
mungkin terdiri daripada gagasan seperti
perbendaharaan kata, kebolehan membaca
dan kebolehan mengarang).
- Gagasan perlu didefinisikan berasaskan
pemahaman ahli-ahli dalam bidang yang
berasaskan teori yang terkumpul dalam
kajian-kajian berkaitan.


Definisi Konstitutif
- Pentakrifan gagasan penyelidikan yang
berasaskan kepada teori yang diperolehi
daripada kajian berkaitan (contoh: definisi
motivasi mengikut teori humanisme).
Definisi Operasi
- Petunjuk kehadiran atau ketidakhadiran
gagasan dalam penyelidikan (contoh:
gagasan kecerdasan boleh dicerap
daripada petunjuk tingkah laku).
Definisi operasional ialah satu ukuran yang
jelas, terang, dan merupakan mekanisme
untuk mengukur sesuatu tingkah laku.
Jackson (1988): merupakan satu proses
merujuk kepada pemilihan indikator kepada
pemboleh ubah konsepsi (gagasan)
Merupakan langkah untuk mendefinisikan
konsep dengan cara mengkhususkan aktiviti
atau menentukan langkah-langkah yang
sesuai bagi menilai penyelidikan itu.
Definisi operasional yang jelas
membolehkan pengkaji membentuk alat
ukur yang boleh mencerap kewujudan
sesuatu gagasan penyelidikan dan
mengumpulkan bukti empirik.


Kepentingan Kajian
Significance of the study in thesis is a
part where you will tell the importance
and purpose of your study. This part is
tell how the study would be beneficial to
society and specific person.
Why is your study important?
To whom is it important?
What benefit(s) will occur if your study
is done?
Skop dan Batasan Kajian
A limitation identifies potential weaknesses of the
study. Think about your analysis, the nature of
self-report, your instruments, the sample. Think
about threats to internal validity that may have
been impossible to avoid or minimize--explain.
- the literature you will not review (and why not),
- the population you are not studying (and why
not),
- the methodological procedures you will not use
(and why you will not use them)
Kerangka Konsep Kajian
Kerangka Teori

Anda mungkin juga menyukai